ad ld

Showing posts with label anak kembar. Show all posts
Showing posts with label anak kembar. Show all posts

Thursday, March 7, 2019

Kembar Dan Kakak Hanim

Scroll album nampak gambar ni. Zaman kanak2 riang ni kiut miut cinonet lagi. Sekarang dah besar, cepatnya masa berlalu. Dulu aktiviti hari cuti macam ni lah, ukur jalan sekitar sungai petani. Cuti dua hari habis dijajah Giant, Tesco, Central Square, Sp Plaza.


Ni dekat Amanjaya Mall. Masa tu tempat baru rasmi lagi.


Dah banyak bakar kalori menapak satu mall kan, masa utk makan la plak hehehe.
Sayang anak-anak mama.

Wednesday, June 7, 2017

Salam 12 Ramadhan

Assalamualaikum sahabat. Alhamdulillah hari ni dah 12 hari kita berada dalam bulan Ramadhan yang penuh baraqah ini. Sekejap je masa berlalu, biasanya selepas 14 hari berpuasa akan kedengaran pula lagu raya di segenap tempat la kan. Lepas tu mood lain dah kan, asyik ingat raya je 😁😊


Mcmne dengan persiapan raya uolls, dah settle ke belum? Pakaian raya si kembar Husna n Hanis dah hampir complete. Kakak Hanim masih lagi dalam proses mencari baju raya dia. Kena prepare pakaian lebih skit tahun ni sebab cuti raya agak lama di kampung. 😆😀

Kakak, Husna n Hanis pun asyik tanya dah lately bila nak kampung, nak tokma tokbah n makcik pakcik dorang. More excited lah bila dah makin besar ni.

-- Lelaki Tampar Imam Masjid Negara Direman 14 Hari (Gambar)

Tuesday, May 30, 2017

Si Kembar Dan Kakak Di Hari Cuti Itu

Throwback weekend bila ntah ni. Lupa suda.. Tempat fevret la hari cuti lepak playground Taman Jubli Perak Sg Petani. Skang makin seronok sbb ada nilai tambah yg baru. Org main muzik, bergambar dgn little monkey, roller blake, budak2 main ala2 parkour. Tapi yg paling happening, budak 3 ketul ni suka main tiup belon.




Modal rm2 je setiap sorang, dpt 1 bekas air sabun dan main la sampai habis kering. Kalau rasa x puas hati lagi, boleh tambah plak..😁😍
Selain anak2 main tu, mama papa pun tumpang sama. Maklum la masa kecik2 dulu xde semua. Bagi chance la join sekali kan..hehe.

-- Selamat berpuasa uolls. Semoga diterima segala amal ibadat kita semua di bulan yang penuh baraqah ini. Aamiin.

#ramadhankareem
#bulanpuasa2017
#pahitmanis1stlove

Friday, March 24, 2017

Akibat Selalu Tengok Cerita Ganas

Sape minat tengok citer ganas, seram, gaduh2 dan sewaktu dengannya? Mungkin ini salah satu akibatnya kan..hehe. Just joking uolls, jangan ambik serius ok..



Si kembar Husna n Hanis ni memang suka panjat2, lompat2. Nampak macam bulat tapi kalau kat playground x larat kita nak kejar main lari2 dengan dorang tu. Yang x tahannya bila dorang dh penat, suh mama papa dukung plak. Redha je lah kan.

Monday, February 13, 2017

Taman Jubli Perak Tempat Bakar Lemak Di Petang Hari

Cuti weekend biasalah kuar meronda dengan family terchenta kan. Lepas asyik makan je keje nya, kita bakar lemak la plak kononnya. Sesi lompat bintang bersama kanak-kanak riang ni kadang2 dekat dua jam jugak baru rasa letih nak balik. Yang tak tahannya, mama papa dorang dah lenguh kaki tapi anak2 masih aktif jalan san sini. Redha je lah..huhu..

Taman Jubli Perak Sp ni memang ramai, nak parking pun kena tengok masa gak, kalau nasib baik sekali pusing je dah boleh park, tu pun jenuh cilot kih3.. Si kembar Husna Hanis ni dah makin suka bergambar, kalau dengar kata nak snap pic, terus posing baik punya. Suka tengok telatah dorang ni, macam2 warnai suka duka perjalanan hidup kami. Alhamdulillah.

Sunday, January 15, 2017

Main Masak Masak Dengan Anak Anak Di Hari Cuti

Assalamualaikum. Hari ni Kedah cuti uolls. Sempena 3 hari cuti ni sejak Jumaat, sempat la luang masa banyak skit dari biasa bersama family kan. Semalam lagi dah plan pagi ni nak main masak2 dengan daughters tu. Riuh rendah jugak layan dorang ni tapi happy tengok anak2 bekerjasama nak masak tu.. Dan hasilnya..


Cheezzy balls mabelesss homemade. Dah siap ni makan la puas2 kan. Kih3..



Gambar saat 'berperang' di dapur berterabur tepung dibuatnya. Harap2 moment seperti itu menjadi pengalaman menarik untuk mereka adik beradik kan. Alhamdulillah.

Friday, September 11, 2015

Gelagat Si Kembar Husna Dan Hanis

Husna Hanis dah umur 2tahun lebih, cepat masa berlalu. Macam2 pengalaman bersama dorang ni. Masa baru lahir kena prolong jaundis (kuning) dua minggu, siap warded lagi sebab tinggi sangat. Alhamdulillah lepas tu ok je dan kini membesar dengan baik. Tapi perangai x suka tido tu tetap ada, siang hari dorang boleh x tido langsung, pahtu mlm plak tido lewat kul 10-11mlm baru nak tido. Redha je lah kan.


Wednesday, August 5, 2015

Aidilfitri Di Kelantan Best Ke

Raya di Kelantan kat kampung sendiri mestilah best kan. Masa ni lah dapat jumpa semua adik beradik sambil bermaafan tapi the best moment tentunya dapat salam cium tangan dan menatap wajah ibu bapa kta kan. Tak lupa kepada yang telah tiada, tetap dirindui selalu, diutuskan doa dan ziarah pusara di kala berkesempatan.


Monday, August 3, 2015

Cuti Raya Dah Habis

Assalamualaikum.. Ya cuti raya baru habis ok, jangan jeles uolls sebab blog ni yg baru habis cuti hehe, owner blog dah seminggu masuk ofis. Maybe sbb byk makan ketupat daun palas masa raya tu yg mood malas melanda ke blog.


Lemak-lemak ketupat sudah dicernakan sedikit demi sedikit dengan aktiviti lompat bintang bersama di kembar husna hanis ni so mood berblogging kembali muncul. Cuti raya 12 hari di kampung memang heaven lah dan agak banyak gambar coming soon so stay tuned beb kih3.

-- Aidilfitri Di Kelantan Best Ke
-- Tapai Beras Pulut Raya Kelantan Menu Wajib Ada
-- Anak Anak Artis Yang Comel (Gambar)
-- Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar)


Wednesday, May 27, 2015

Anak Kembar Naik Kapal Terbang Kali Pertama

Pengalaman bawa bayi kembar naik kapal terbang kali pertama ni menarik gak bagi kami. Masa tu Husna dan Hanis baru umur 7 bulan, tahu minum susu je benda lain x layan sgt. Perlu diingatkan juga hobi dorang menangis beb. Flight 6.55am dari Penang to Kota Bharu, the one and only flight masa tu. Kalau missed memang xdak la, 3 hari lg baru ada huhu.


Tuesday, May 26, 2015

Gunting Rambut Anak Kembar Di Salon Kali Pertama

Pengalaman pertama si kembar husna n hanis gunting rambut di salon memang agak lucu beb. Mula2 tu risau gak boleh ke tak, kot2 xdan siap gunting dah nangis satu kedai wohoo. Letak Hanis atas kerusi tu dulu sbb nampak mcm cool je dia.


Respon Hanis ok sebab mama duk tunjuk gamba2 dalam majalah kat situ siap nyanyi bagai hihi. Settle rambut Hanis, giliran Husna plak.

Tuesday, April 21, 2015

Aiskrim Redakan Suhu Di Musim Kemarau

Musim panas kering skang ni memang boleh buat kekadang tu jadi x selesa kat rumah. Bahang terasa, mandikan anak2 pun air masih suam2 pdhal dah kul 8mlm. Siang xyah citer la, kalau on kipas je xleh tido, kena on ekon jgk 2-3jam baru lah anak2 tido lena skit.


Kalau kuar jln2, mesti aim shopping mall yg sejuk dan x ramai org, barulah dapat cuci mata dgn happy hehe.

Tuesday, March 24, 2015

Bakar Kalori Secara Percuma Setiap Minggu

Acara bakar kalori secara percuma disediakan setiap minggu di kebanyakan pasaraya dan pusat membeli belah di Sungai Petani. Penyertaan memang percuma, parking kereta pun xyah bayar. Acara bermula 10pagi hingga 10malam. Lebih efektif jika bawa anak2 bersama dan anak pulak jenis aktif x kira masa macam Husna dan Hanis ni hehe.


Wednesday, February 25, 2015

Si Kembar 2 Tahun Dah Happy Birthday Husna Hanis

Husna dan Hanis ni dah umur 2 tahun minggu lepas. Happy birthday my lovely twins, wishing u hapiness, health n love always. Semoga menjadi anak2 yang solehah, diberkati dan berjaya dunia juga akhirat. Amin.


Pantai Cenang Langkawi seronok dorang main pasir.

--  Cenang Langkawi Apa Yang Menarik?
--  Lisa Surihani Mengandung Anak Kembar? Apa Komen Lisa?
--  Pernikahan Yana Samsudin Dan Fadzil Dato Zahari Di Yong Peng (Gambar)
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

Thursday, November 27, 2014

Happy Birthday Hanim Dah 8 Tahun

Alhamdulillah kak hanim dah usia 8 tahun. Cepat masa berlalu dah abis darjah 2 dah anak mama nih. Semoga panjang umur, murah rezeki, jadi anak yg solehah, hidup diberkati dan berjaya di dunia juga di akhirat. Amin.


Thursday, November 6, 2014

Cinta Pantai Merdeka Di Hari Cuti

Cinta Pantai Merdeka lagu femes zaman sekolah tu. Masa tu duk fikir kat mana ye pantai merdeka nih, mesti view cantik smp org buat lagu kan. Dah lama x gi pantai tu, sejak mengandung sampai la si kembar Husna dan Hanis umur setahun lebih skang ni.


Weekend lepas kembali jejakkan kaki di sana, kiranya 1st time bawa si kembar gi pantai merdeka tu. Tak jauh dari sungai petani dalam 30 km kot lebih kurang. Seronok lah kakak Hanim n si kembar tu nk jalan2.

Monday, September 15, 2014

Cuti Sekolah Di Kota Bharu Seronok Ke?

Cuti sekolah bermula dah kan. Apa lagi, terus balik kampung Kota Bharu la. Pagi Khamis dh ada kat kg, balik awal skit sbb Kak Hanim dah cuti free upsr.


Kota Bharu di musim cuti sekolah? Mestilah jalan jem di mana mana je uols. Kurang skit dri musim raya je lah. Pepun This Is Kota Bharu tetap di hatiku. Aktiviti wajib di kg antaranya mesti main air di pantai la kan. Husna dan Hanis seronok main pasir di PCB, Kak Hanim pun join sama.

-- Buai Elektrik Bayi Sesuai Mudah Dan Berbaloi Ke?
-- Mee Udang Sedap Sg Petani @ D'King Mee Udang
-- Aeril Zafrel Kesal Anaknya Bersama Wawa Zainal Dilabel Anak Haram
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana 

Wednesday, September 3, 2014

Makan Makan Di Sungai Petani

Sungai Petani boleh dikatakan syorga makanan. Banyak kedai makan, restoran dan gerai yg ada menu sedap dan mabeles.


Mama Village Sungai Petani, best bak hang..hehe.

--  Nasi Kerabu Solok Lada Kelantan Mari
--  Le Boss Chicken Chop Dan Fish And Chips Terbaik Di Sungai Petani
--  Anak Anak Artis Yang Comel (Gambar)
--  Alvin Tan Hina Islam Rakam Video Muslim Call To Prayer Azan R&B Cover (Gambar)

Tuesday, August 12, 2014

Anak Kembar Di Usia 17 Bulan Pandai Buat Apa?

Anak Kembar Di Usia 17 Bulan Pandai Buat Apa? Soklan kawan zaman universiti kat whatssapp. Pandai menangis memang confirm la kan hehe. Lagi? Husna n Hanis dah pandai buat memek muka, bila mama papa dia larang dorang buat something, dorang akan menjeling lbh2 lagi Hanis. Bergaduh sesama kembar mmg selalu, berebut barang mainan padahal dah ada sorang satu benda yg sama.


Dorang dah tahu nama masing2, kalo kita tya sape nama Husna, angkat tangan! Husna angkat tangan sambil Hanis plak tunjuk kepada Husna. Gitu lah sebaliknya pun. Memang terhibur tengok gelagat Hanis n Husna ni. Masa meragam pun mencabar gak, dua dua nak dukung dgn org sama, mama or papa dorang. Redha je la kan hehe. Boleh cam tak mana satu Husna mana satu Hanis?

--  Irma Hasmie Bersalin Anak Kedua Di Prince Court (Gambar)
--  Robin Williams Ditemui Mati Disyaki Bunuh Diri (Gambar)
--  Perkahwinan Jaclyn Victor Dan Shawn Rivera Vokalis Az Yet

Wednesday, May 28, 2014

Bayi 13 Bulan Suka Makan Tomato Bagus Ke?

Husna dan Hanis ni pantang tengok tomato, suka sangat nak makan.


Makan lah nak, tomato murah je kan, lgpun bagus untuk kesihatan..hehe. Si kembar ni dah makin membesar, cepat je masa berlalu.