ad ld

Showing posts with label buang bayi. Show all posts
Showing posts with label buang bayi. Show all posts

Sunday, August 1, 2010

Bayi Nyaris Dimakan Anjing Liar

Nibong Tebal: Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat hampir menjadi habuan sekumpulan anjing apabila ditinggalkan di depan sebuah kedai di Taman Cegar, Simpang Ampat di sini, pagi semalam.

"Saya sangkakan bunyi anjing tetapi apabila memeriksa bungkusan itu, saya dapati seorang bayi. Nasib baik saya jumpa lebih awal, kalau tidak mungkin dimakan anjing yang sering berkeliaran,” kata pemilik kedai itu, Ng Song Huat. Bayi yang cukup sifat seberat 2.58 kilogram itu, ditemui kira-kira jam 7.56 pagi dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk pemeriksaan lanjut. Ng ketika ditemui berkata, dia terkejut apabila melihat satu bungkusan di depan kedainya sebaik membuka premis itu untuk pergi membeli barangan dapur. -bharian

Friday, July 23, 2010

Bayi Putus Kepala Ditemui

PELABUHAN KLANG - Seorang penyelam Royal Selangor Yatch Club tidak menyangka plastik hitam yang diingatnya berisi bangkai ayam yang dilihat terapung di Yatch Club rupa-rupanya mengandungi mayat bayi lelaki yang sudah terputus kepala.

Menurutnya, kira-kira jam 3.30 petang semalam, dia bersama beberapa rakan sedang menarik bot untuk dibawa ke darat bagi dibersihkan melalui landasan yang dikhaskan. “Ketika berada dalam bot, saya ternampak kaki kecil sebesar tapak tangan dewasa dalam satu plastik hitam yang terapung berhampiran landasan. “Saya memaklumkan rakan-rakan namun semua mengesyaki ia adalah kaki ayam yang dibuang orang ramai.

“Namun firasat saya kuat mengatakan ia adalah kaki manusia dan lantas saya turun ke dalam air lalu membawa plastik itu ke daratan,” katanya. Menurutnya, sebaik membuka plastik, dia dan rakan-rakan terkejut mendapati ia adalah mayat bayi yang sudah terputus kepala. “Kelihatan ia masih bertali pusat dan lehernya dipenuhi darah bercampur air. Perutnya juga sudah kembung dipenuhi air.

“Berdasarkan keadaan mayat, saya yakin ia baru dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab ke laut. Saya segera memberitahu pengurus yang kemudiannya menghubungi polis memaklumkan kejadian itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, sumber polis berkata, hasil siasatan mendapati bayi berkenaan adalah bayi lelaki.

“Ia dibungkus bersama sehelai lampin pakai buang dalam satu plastik hitam. Berdasarkan keadaan mayat kita mengesyaki ia dibuang ke laut dalam tempoh tidak sampai 24 jam. “Bagaimanapun kita akan menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan itu. Semua maklumat bakal diketahui melalui bedah siasat yang akan dijalankan pagi esok (hari ini),” katanya. “Mayat bayi itu kemudian dihantar ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang,” katanya.- sinarharian

-- Perbuatan yg sgt kejam.. Betapa seksanya bayi tu jika dia masih bernyawa ketika dibuang ke laut..

Sunday, July 4, 2010

Lagi Mayat Bayi Baru Lahir Di Tapak Pelupusan Sampah

SANDAKAN 4 Julai - Mayat seorang bayi perempuan yang baru lahir ditemui di kawasan tapak pelupusan sampah di Batu 8, Jalan Fook Kim, dekat sini semalam.

Mayat bayi itu yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain ditemui kira-kira pukul 6 petang oleh kanak-kanak yang memungut sampah di kawasan tapak pelupusan itu.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rosli Mohd. Isa berkata, siasatan awal polis mendapati mayat bayi itu ditemui oleh kanak-kanak berkenaan dari longgokan sampah yang baru diturunkan dari sebuah lori sampah.

Lori tersebut sebelum itu memungut sampah di kawasan Batu 4 di sini tetapi pekerjanya tidak menyedari tong sampah yang mengandungi mayat bayi itu, katanya.

Rosli berkata, mayat bayi itu kemudian dihantar he Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

Friday, July 2, 2010

Ajar Seks Di Sekolah Spt Ajar Pencuri Mencuri Dgn Betul?

KOTA BHARU 2 Julai – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda. Mursyidul Am Pas itu berkata, antara lain langkah tersebut akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.

"Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang. "Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, hari ini.

Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul. Nik Aziz juga mahu agar perbuatan zina dalam Islam dinyatakan sebagai ”zina” dan bukan ”seks bebas” seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak.

"Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud,” katanya. – Bernama

-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
-- Guru Dirogol Rakan Sekerja Di Rumahnya Di Sabak Bernam
-- Budak 14 Tahun Dirogol Bergilir Gilir 8 Lelaki (Gambar)