Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts
1/27/11

mak andam mak buyung

Mummy dart diberi tugas touch up sikit simple -simple cousin Dart untuk hari pernikahan beliau. And guess what, masa tu sehari sebelum Dart meletop! 24 hb Disember 2010. Phew, memang tekad sangat tak kira apa terjadi, Dart nak juga hadirkan diri ke majlis nikah cousin Dart Nabila akak DIKLA ni. Sebabnya majlis ni dilangsungkan di rumah nenek Dart! Kenduri sebelah perempuan berlangsung esok harinya, hari Dart meletup! So, tak berkesempatan untuk hadirkan diri memeriahkan majlis. Orang sibuk bersangding, aku sibuk meneran! Masa hari nikah tu Dart berjalan sana-sini, sampai orang tengok pun naik takut! Serupa orang tak mengandung gayanya. Sengaja sebenarnya buat macam tu, supaya senang nak beranak. Active gila, and Dart tak suka mandom-mandom duduk saja. Boring la, baik kita sibuk-sibuk, time kenduri kan, nak jugak seibuk-sibuk! heee. Tapi alhamdulillah terbukti berkesan. So to mummies wannabe out there, do walk a lot! Tak apa, insyaallah senang nak beranak nanti.

Back to the main story, the makeup was simple sangat-sangat. Dart buat smokey eyes kat mata Dikla ni. Mata dia besar, plus bulu mata melentik sangat sangat, so tak payah guna false eyelashes pun walaupun dah beli spare. Dart guna semua self makeup kit, umm most of them are MAC especially base, takla ada banyak sangat stock. Tapi bolehlah untuk sekadar simple touch up. Terlupa nak bawak balik eye shadow pallet! And, masa tu baru terasa nak beli brush yang best. Takda brush yang appropriate rasa macam tak lengkap! Bukan apa, nanti rasa tak kemas! It's like painting, guna kebesaran brush pada tempat yang sepatutnya. Anyway really enjoyed the day! Congrats Dikla! May you have prosperous marriage. Jangan gaduh-gaduh ~ :)

She's cute...
(sorry for the less quality pic)

My makeup kit.
12/16/10

taman tasik Taiping


Salah satu lokasi kegemaran bila balik ke Taiping ialah Taman Tasik Taiping. Tak tau kenapa rasa sangat nyaman dan tenang bila datang sini. Bagi orang yang pernah sampai ke sini faham kot perasaan Dart. Park ni sangat bersih, rumput pun nampak segar dengan warna hijau pekat, susah nak nampak rumput yang botak di situ. Segar bugar dan healthy(subur) ja pemandangan di situ, diserikan lagi dengan pokok-pokok tua besar gedabak(kalau malam memang seram!). Boleh nampak orang beriadah, berdating, tangkap gambar outdoor kawin, yang paling sweet bila tengok family ramai-ramai bentang mat dan picnic dengan bahagia. Dart rasa situasi ni kat japan banyak, tapi susah nak dapat kat Malaysia. Mungkin park kat sini tak banyak dan cantik. Filem SEPI pun pakai taman ni buat shoooting kan! mantop.

i love.

Minggu lepas berkesempatan datang ke taman tasik dengan mak mertua dan hubby. Sejak dok kat Ipoh ni rajin beno la aku balik Tepeng ha ha. Bila petang-petang bosan dok rumah, jalan-jalan la di taman ni. Sempat jugak snap some precious maternity pictures with hubby sebelum Dart kembali kurus. I guess gambar ni would be my last during pregnancy. Dart pun dah 38 weeks. Tunggu masa ja nak meletop. Cuma tak sempat nak ambik gambar maternity secara serious dengan proffesional photographer. Next time mungkin. 

precious.

bye-bye big tummy.

Bila dah kawin dengan orang Tepeng mestilah / wajib kot tangkap gambar outdoor di situ. heeeee. Termasuk lah Dart n hubby. Outdoor potraitures kami tangkap kat taman tasek ni lah jugak. Dart tak sempat nak sort out balik gambar kawin, sebab terlampau busy. Lepas kawin terus honeymoon, minggu depan tu terus start kerja. Oklah, lepas ni kena kutip balik dekat facebook yang mana orang tag. Sayang pulak rasa. Especially masa preparation 2 minggu selepas balik ke malaysia. 


forever.
12/14/10

dib dah kawin!

Last weekend, atau last-last weekend(dah lupa), ha ha Dart and hubby sempat meluangkan masa kami ke majlis perkahwinan housemate saya yang pertama di Jepun dulu, Dibah! Congrats dear, akhirnya Dib & Fai disatukan dengan ikatan yang sah lagi suci..cewah! Semoga kekal sehingga ke akhir hayat. Seronok dapat jumpa semua girfrens yang baik masa di Jepun dulu. Teringat zaman-zaman bujang heeeee.  Dah makin bertambah pasangan-pasangan yang mendirikan masjid. Lepas ni time bunting ramai-ramai plak la kot. Sekarang ni Dart ja yang mengandung rasa out of place pulak heeeeee. Takpa, my time cepat skit, advance! ;p

time makan & sebelum pengantin lelaki sampai

time bersanding

soft tone mode skit sebelum balik. LIKE!

Like i said before, no more pants for me aite? Garang tak i pakai maxi dress leopard gitu auwwww!

Some random facts about my pregnancy :
1. Masa tu 37 weeks.
2. Chcckup di Ipoh, Pusat Perbatan Al-Ridzwan
3. berat 63 maintain!
4. Berat baby over 3 kilos sudah! hmmmm hmmmm.
5. Air ketuban sudah melebihi 7. 10.5 kot. Normal! 
6. Kepala baby di bawah. But muka facing up! Takpa ada masa lg.
7. Sakit belakangku sudah hilang! 
8. Tapak kaki semakin mengembang
9. Nafsu makan membuak especially nice desserts! phew.

Only 3 more weeks to go!
It's the calm before the storm. At this point my baby measures: 7 lbs and 20 inches (with boys somewhat heavier and longer than girls). Happily, as far as internal organs go, they are now developed enough to function in the outside world, so that if labor decided to kick in, we'll both be ready!
5/27/10

gambar kahwin di belog



by udey

for more pics, klik here

oh oh...masa reception on my side, kami mengupah Mukhriz Latif & Udey Ismail, bekas senior photographer CS. Alah, disebabkan aku suka dengan tone color depa, terus aku hire depa. So, sapa nak kawin ka, boleh la usha-usha hasil tangan diorang ni. Diorang pun ada blog n web sendiri. depa ni memang sporting habism n fun to work with hehe. promot2!


by mukhriz

for more pics, klick sini.

till then, tak sabar nak tengok album. Belum siap da.
4/1/10

musyauwarah



Aku nak mengadu sakit pinggang, segala badan dek menjadi bibik tak berbayar FOC kat blog ni. Baru ja habis mesyuarat pra-perkahwinan. Panggil jiran terdekat dengan saudara-mara terdekat untuk apa aku tak tahu. ha ha. Aku main curi-curi dengar dari atas aja. Sekali curi dengar orang macam tengah bertahlil berdoa. Sekali curi dengar orang dah nak makan nasi ha ha.

Anyway, siang tadi memang penat. Sampai ke hujung sebelum orang datang aku dok vacuum. Kerja aku vacum. Nak sapu tak boleh, rumah dah penuh dengan carpet. Mama aku tak suka masak banyak-banyak masa kenduri, so semua cater. Mak mentua nak mai pon cater ha ha. Nasib baik tak masak sendiri. Kalau tidak memang lembik lutut. Semua tetamu makan dengan best, lauk lebih semua bawak balik tapau. Syok-syok. Aku pun dah lama sangat tak berjumpa dengan jian-jiran walaupun jiran sebelah rumah.

Tapi alhamdulillah, semua sudah selesai dan maklum. Majlis kenduri nanti semoga berjalan dengan lancar. Mintak-mintak jangan hujan!

mama's best caterer.
3/31/10

final touch



Bercakap pasal fine touching or finishing, aku sungguh teringat kat Jepun. Bukan nak mengomplen ka apa, tapi memang sah-sah banyak yang boleh diambil iktibar dari sana. Rumah aku baru saja direnovate, biasalah, semua orang pun renovate rumah kan. Tetapi yang aku agak tak puas hati, lepas renovate rumah, takda siapa pulak nak kemaskan sisa-sisa batu-bata, atap-atap, siling, tong-tong cat semua kecuali family atau tuan punya rumah itu. Kalau di sana, kerja itu menjadi tanggungjawab orang yang menguruskan kerja-kerja renovate, yakni pekerja kontrak itu sendirilah. Papa cakap, bila tengok diorang bekerja rasa kasihan, kesian kesian jugak, tapi bila habis kerja, kemaslah semula bagi sampai ke bentuk asal. Benda ni yang kurang diambil perhatian. Bila dah habis, tinggalkan kawasan rumah macam tu aja. Finishing tak diambil kira. Bekas-bekas cat habis di lantai, kerja siapa? Kalau dah tau, lapik la dengan plastik ka apa, barulah lantai asal tu kekal berkilat.

Petang tadi aku sapu lantai di kawasan/halaman rumah, bersepah serpihan-serpihan batu-bata, simen di atas lantai. Takkan semua benda nak kena bayar lebih kan?Nak cantik, kena bayar. Haih tak faham. Satu benda yang tak boleh ditandingin dengan negara maju; bersepah-sepah. Kalau sendiri yang tak bersihkan siapa lagi?Orang Jepun pun bukan mesin yang bersihkan. Diorang buat kerja sampai licin, cuci calat. Komplen komplen jugak, kerja menyapu aku last-last habis jugak, licin. Esok nak basuh lantai di porch pulak. Haih, tuan rumah pulak kena habiskan kerja kontrak.

bilik pengantin sebelum

thanks mama sebab merealisasikan my dream room. Belum siap lagi. Dalam pembikinan. ;)

p/s:btul ckp papa, dah takda jepun jepun lagi from now on.sigh.
2/22/10

hadiah kawin 1st & lm

Sabtu lepas dikejutkan dengan kedatangan member Jepun yang sweet, Inaho chan! Dapat message dari dia "eh, sekarang ada di rumah tak?" dah la tak bayar bil telefon sekarang, takleh nak balas message dia. Tetapi thanks to telecommunication company japan, boleh balas pakai email straight away ke telefon. Terus balas aku ada ja kat rumah. Lepas mandi aja terus bunyi loceng, tengah-tengah berkemban lari tengok kat luar. Lah! Inaho chan! Ingat dia ada kat Osaka lagi, terkejut beruk aku!(Inaho chan internship di Panasonic hq branch, Osaka buat tv viera)

inaho chan!

Memang rindu sangat kat minah comel ni. Sebab dia sangatlah comel, dan baik hati sangat. Selalu jugak kitorang call tanya khabar masing-masing. Tak la asyik aku yang terhegeh-hegeh nak tanya khabar dia sorang. Inaho datang tak bawak tangan kosong. Bawak buah tangan dan....hadiah kawin untuk aku n bubu! huwaaaaaaaaaaa. kandou gila~

buah tangan, 10en manju(kuih traditional jepun)

ni dia my 1st wedding gift


Hadiah tu dia suruh bukak dengan bubu lepas kawin nanti haha. Kami borak-borak pasal macam-macam, sebab lama sangat tak jumpa. Then lepas sembang-sembang beliau pun pulang...Dan aku terus pecut kereta ke Tsutaya&seibunkan(bookstore) angkut 2 majalah.

Sebelum tu camwhoring jangan lupa!kan dah tak masuk!fail lagi!

last-last pakai timer jugak

sunset sungguh cantik...

Balik-balik dah senja, malam pulak lepak-lepak makan-makan dengan Toyohashi gurls, Aicha, Uya and Hana chan. Dinner di Louisiana Mama kedai pasta. Sedap nak mampus~ And paling terharu Uya sempai belanja....phew...sasuga budak master dapat scholar banyak ha ha.

the salad

lepas tu, pizza datang, chese fondea, spagethi, dessert. phew! Memang lazat~

me with uya

aicha with hana

Ah ni yang aku nak angkut slr sebijik ni!geram gambar tak lawa hahahhaa.

And the makeup was simple choco...

(1st time makeup macam spa-q)

and the outfit was:
jacket : honeysuckle rose
muffler : no brand
pants : uniqlo
bag : guess
boot : no brand; bought in seoul

had a great time spending together! muah.
1/26/10

diari & chocolate


dalam bas.
tertarik dengan lori transfomers.

Hari ni sangat sejuk! Angin kuat! Silap pakai baju nipis...brrr brrrr. So far, dah masuk hari ke 12 berpraktikal di Topy. Bila dah lama kerja ni rasa bosan la pulak. Asyik nak telangkup atas meja. Aku kalau kerja bukan di site memang aa ngantuk gila. Tak layak keja office a camni. Kalau bagi kerja yang aku boleh ke hulu ke hilir memang best. Hasil kerja rnd pun berjalan lancar, alhamdulillah, supervisor bagi kerja terus aku completekan. Malas nak tangguh-tangguh. I have to get ready for the presentation. Yang itu paling penting!

Balik aja, singgah di kaikan, tengok budak-budak tolong zaza tukarkan tayar Caldina zaza untuk nak buat syaken. Boleh dikatakan hampir semua budak Malaysia kat toyohashi akan bawk balik Caldina. ha ha. Aku?habuk pun tadak kot. Takpa, nak kawin punya pasal. That's my priority.

Anyways, valentine day dah nak dekat. Kat Jepun, cara sambutan valentine tak macam kat Malaysia, lain terus. Girls akan bagi chocolates as presents for guys! Alang-alang dah banyak gila company chocolates sedang berlumba-lumba nak untung di hari valentine(Godiva, royce, morozoff bla bla), aku pun ambil kesempatan untuk nak beli chocolates yang dihias cantik2 untuk hantaran for bubu. Rasanya kat internet tak puas la cari, kena cari kat kedai. Kalau kat bandar besar lagi banyak choices. Ada survey kat internet sikit-sikit and look what i've found!


Tools chocolates! how sweet! Aku tak rasa sesuai dengan bubu, but sesuai dengan aku ha ha. Teringat masa busy dengan research yang mana boleh katakan setiap hari aku pegang spana! Nak nak! Interesting~

But for hantaran, mmmmm, i want more to tastier, dan yang paling penting, cantik dan pelik. Ya la, kalau tak pelik, baik beli Patchi kat Malaysia ja. Tengah survey2 lagi, still dont know which one to choose. Takpa, perkara kecik ja bak kata my parents. Ikutlah~

Ok, nak dinner! sambung nanti~

11/29/09

tak sempat ber"autumn"


Cis, tahun ni tak sempat nak bergambar posing-posing depan lensa kamera dengan daun-daun keorenan autumn in my heart! Mungkin kepala penuh dengan fyp, research yang membebankan, so weekend penat cam malas nak kluar. Ha padan muka. Lebih malang, cari-cari 紅葉(kouyou-daun momiji oren)yang dekat, tak jumpa, last-last berposing sakan kat taman apa entah. Dalam kampung mana, yang aku ingat, banyak sungguh limau mandarin. Main letak duit dalam tabung kalau nak beli buah yang dilungguk 100yen. Masuk 100yen satu bungkus, tanak masuk pun takpa, kat neraka nanti jawab! ha ha.

pokok sakura la wey kat belakang tu, silap besar la(bogel).

ish tema apa ni.ha ha

candid di taman permainan

haa, ada nampak pokok berdaun oren? takda kan hahhahaha. lepas keciwa, terus blah ke Toyohashi st. mencari ketenangan, dengan harapan kedai yang baru bukak dapat mengubat hati yang duka tak dapat tengok daun oren. Harap handbag ja oren.

Pose di toilet saja yang dapat di"capture"

Ini pun agak menghampakan, kedai yang baru bukak tu tak ikhlas langsung;

tingkat 1- 1 restoran china, 1 cafe
tingkat 2 - 1 kedai crepe, 1 kedai donut, 1 kedai makeup, 1 kedai brg cantik, 1 pameran michael jackson "THIS IS IT"??
tingkat 3- ruang pejabat
HAMPEH.

Tapi choco ring tu memang masyuk. Tak dapat lupa sampai sekarang.

Last-last lepak kat *bucks lama gila, alang-alang tunggu Yana sampai dengan paper bag COACH yang gedabak.


Pukul 11 pm, layan cerita ni. 1st day kat Jepun, yang tengok dalam pawagam tak sampai 50 orang. Kamon aa orang Jepun....wayang tak minat apa yang korang minat aaa??? Cerita NEW MOON? aku suka, kecuali bela ni, serius cam tak faham feeling yg dia nak express. Dia sedih, tapi nampak macam tengah stim. Dia sedih lagi, rasa macam orang gila. Tak rasa sedih langsung, terus hilang mood terasa nak penampaq. Baik aku layan makcik Bela Tari Tirana lagi masyuk. Tak pon kak ruby bang aji. Tu pon ok jugak.

Trench coat : ARTICLE COM
(gift from Mama)
yellow inner : GAP
pants : uniqlo
shoes : BONIA
handbag : Guess

Tahniah la dekat member2 yang dapat tengok momiji tahun ni, cam tak dapek tengok laa tahun ni, pasrah. haha

9/18/09

TH for him!

I've made my decision to just buy everything from head to toe by Thomas Jacob Hilfiger's designs stuff as my hantaran for him. For me, the price is ok, reasonable but I'm not sure what's the market price in Malaysia as I am very sure it's the best for my budget.di Japan). Nak designer brand yang lain(Gucci, LV, bla bla) terlampau mahal dan taknak lah over budget yang sememangnya susah nak budget. So beralih kepada more cheaper designer brands that i still can afford to buy. Last time I just bought the pair watch from Tommy as well. Sangatlah murah kalau nak banding dengan jam lain. I guess tommy kat sini memang tak mahal kot berbanding kat Malaysia sebab Tommy is less famous or popular compared to other brands. Kat sini budak sekolah menengah pun pakai buang ja wallet Dior(I still remember one of my friends buang wallet CD just in front of my eyes tsk), LV, Prada just like toys to them. So mana la nak pandang Tommy stuffs kan. Still, i do think this brand is cool. Now I am surveying the wallet pulak for him. Hopefully dapat yang best dan tak mahal. Yehoo. Hoping and keep prayng that semuanya berjalan lancar for us even tho rasa macam it's still jauh..tapi have to do something so that the "perasaan" tu tak hilang macam tu saja since i have got engaged for one year. Takkan hilang punya la perasaan ni. hehe.


 

Blog Template by YummyLolly.com