Sungguh terharu bila mendapat message seperti ini. Thank you kak ferie sebab kesiankan Dart. Entri ini bukan bertujuan untuk mendapat belas kasihan daripada sesiapa. I don't need any, btw. Sekadar berkongsi pengalaman. Memang benar, menjalani kehidupan berseorangan membesarkan anak yang masih kecil bukan perkara yang mudah, tanpa suami di sisi pulak tu. Nak mandi, nak solat, nak makan, semua benda yang Dart nak buat kena fikirkan keadaan baby dulu. Sejak duduk berdua dengan Hayyan, i dont feel i can be selfish anymore, it's all about him, my beloved son! Bila malam menjelma, mulalah terasa "insecure" dalam diri, ya lah, tiada lelaki dalam rumah nak dibuat hero kan. Housemate pun takda nak teman.
MORNING-
My life starts at approx. at 6 a.m. Secukup rasa. Tak awal tak lambat(tapi kalau dulu-dulu sebelum bergelar ibu awal sangatla haiiiiii~) Sejujurnya, bila ada hayyan, tidur Dart memang tak pernah cukup, tak pernah ada tidur yang berkualiti. Mata sekarang ni jangan cakaplah, nampak letih aja, full of dark circles. Tapi peduli apa kan, anak mesti diutamakan. Kalau tak tidur lena dia, tak tidur lena lah kita. Bangun aja pukul 6 lebih-lebih sikit campur bergolek-golek sebelum fresh, Dart akan masukkan hayyan dalam buaian dulu. Supaya bila Dart masuk ke bilik air dan mandi hayyan akan tidur lena. Dart akan cek beg pakaian hayyan yang nak dibawa ke pengasuh, supaya takda barang yang tertinggal macam botol susu, diapers. Botol susu paling penting. Hayyan nak botol avent dia aja. Yang lain taknak dah. Then, kalau baju kerja tak belum disterika, dart akan iron baju. Then terus mandi. Lepas mandi, solat, siap-siap sampai pukul 6.55 a.m. 5 minit sebelum pukul 7 dart akan menuju ke pintu depan dan bukak kunci dulu, termasuklah kunci pad lock di gate luar. Kalau tak buat macam tu, nanti bila angkat hayyan, akan timbul masalah lambat dan susah nak bukak kunci rumah sebab hayyan berat dah hampir 7 kilo bai. Plus, keselamatan pun kena fikir jugak. Pukul 7, hari masih belum terang sepenuhnya, bila tutup pintu, kunci pintu pulak, Dart akan jalan kaki hantar hayyan ke rumah pengasuh yang terletak selang 8 buah rumah from my house. Masa tu sunyi aja, anak Dart pun dart bedung dengan selimut, sambil jalan dart dodoikan dia eheh. Bila dah hantar hayyan ke rumah pengasuh, dart balik rumah dan kemas barang-barang, kemas tempat tidur, letak botol susu hayyan dalam sink dan kemas barang untuk ke ofis pulak. Masa tu lah kalau nak berak, haruslahhhhhhh. Makan suppliment, minum susu sikit, siap-siap dan off to work at 7:20 a.m. Kenapa Dart tak pakai car seta aja eh? Actually, belum sempat beli lagi la. haih tak suka terus beli nak survey dulu. Nantilah bila hayyan besar dan berat sikit i'll buy for him one.
BALIK KERJA(PETANG) -
Balik kerja, time ni la TIME PRECIOUS untuk buat kerja rumah. Dart akan basuh botol susu hayyan, sterilize, kemas rumah, sapu sampah, lipat kain dan letak di tempatnya. Masa ni rumah nampak teratur. Then bila dah siap semua kerja, Dart akan ambil hayyan di rumah pengasuh, sama juga berjalan kaki. Actually i prefer to walk. Boleh exercise sama. Kalau ada masa, Dart akan bawak hayyan jalan-jalan pusih taman, or lepak atas kerusi batu luar rumah, main-main dengan hayyan. Ok, bila dah nak senja, Dart akan masuk, kunci rumah(dan tak akan keluar lagi selepas tu kecuali ada apa-apa), letak hayyan depan tv, dan panaskan air untuk mandikan hayyan. Rumah sewa dart takda water heater so terpaksalah jerang air sikit. Kalau tidak kesian pulak air tank sejuk! Kadang-kadang rasa susah sikit sebab bila letak hayyan atas tilam dia akan merengek. Manja betul la anak mommy ni. Bila air dah siap sedia, dart akan mandikan hayyan pulak. Lepas siap mandi. letak hayyan atas tilam, g amik baju n kelengkapan dia dan siapkan hayyan pulak. Then bancuh susu sebab masa ni hayyan dah mula ngantuk. Tengok keadaan la jugak. Kalau tak ngantuk, Dart terpaksa la belek budak kecik tu sampailah dia tidur. Masa ni, i cannot be apart from him. Boleh la lari kejap-kejap tapi hayyan dah boleh detect mommy dia takda dekat dengan dia. so dia mula la buat perangai. Tapi itulah, dah duduk berdua aja, harussssslah manja kan anak aku. He doesnt have anyone else to be with, except me. Oh tadi lepas siapkan hayyan, Dart akan rendamkan baju hayyan yang dipakai haritu, dan perah untuk sidai. kalau hayyan tak meragam sangat dart akan keluar sidai baju. Baju dart basuh tangan ok. I have no problem with it, kecualilah kalau tak sempat, dart akan mintak tolong member dart basuh mesin.
MALAM -
Tepat pukul 10 malam, Dart akan masukkan hayyan dalam bilik, pasang lampu tidur kasik malap(sign for him - time to sleep ), bancuh susu, dan susukan hayyan sampailah dia tidur. Hayyan akan tidur pukul 10:30 p.m macam tu, then here comes PRECIOUS TIME AGAIN! Masa ni, Dart akan sediakan barang-barang hayyan untuk dibawa ke rumah pengasuh again. Tadi ada nampak Dart tulis dart mandi? TAK KAN? Masa ni lah jugak i get to take my bath dengan bahagianya. Tapi bahagia pun mandi tak tutup pintu habis wo takut-takut anak terjaga. Lepas mandi, solat, sediakan baju dart untuk ke ofis esok hari pulak. Then pi mai pi mai dah pukul 11 lebih dah. Masa ni Dart akan on SKYPE with my hubs. It's a must since we were both still studying heeeeee. Hubby akan temankan dart dengan video call supaya Dart tak rasa sunyi or takut. Tapi terbukti, terubat sikit hati kalau hubby temankan dart. So, skype tu kami on ja sampai pagi supaya i'll feel secured, kalau terjaga pun boleh terus gerak hubby dalam phone. That's why Dart sangat pentingkan internet connection. As long as i can contact n see my hubby's face everyday, im OK with it. Then pukul 11:30 p.m, dart pulak tidur. Then pagi pukul 3 a.m macam tu hayyan akan jaga untuk mintak susu. Plus kalau dia gerak-gerak terjaga , kena tepukkan dia sampai dia lena semula. Macam tu la rutin harian Dart. To hayyan, walaupun mummy letih, im happy because i have you in my life!
TAPI....kalau hayyan demam, memang teruk sikit sebab dia tak boleh lena. Mulalah risau dan nak suami ada di sisi. I have to take care after him, tak boleh tidur nyenyak. tapi taklah selalu.
As for conclusion, walaupun hidup susah, i can manage myself and my life well. Dart bersyukur juga dengan rezeki yang allah bagi ni, it makes me to be more organized woman, tahan lasak tu. phew. Tu belum weekend lagi. weekend memang dart tak stop kerja. Masak, iron baju husband...bla bla..still... i feel blessed. Kepada wanita wanita di luar sana, just be strong with anything yang tuhan letak. Semua dugaan yang tuhan letak ni boleh diatasi dengan minda dan semangat yang kuat! Insyaallah....Dont just keep complaining with our fate.
p/s/s: dalam entry tu dart tak sebut pasal makan kan? i rarely eat bila balik keja. i dont feel like eating when im home. macam tak selera pun ada nak makan sorang-sorang. plus i can use this opportunity untuk diet! yey~