Showing posts with label famili. Show all posts

2nd anniversary...

0


11 Mac 2013 - Genap usia perkahwinan kami 2 tahun. 
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk sama-sama menikmati alam rumahtangga bersama-sama puteri kesayangan. Tiada sambutan yang istimewa untuk meraikan hari bersejarah, cukuplah sekadar meluangkan serta menghabiskan masa bersama-sama di rumah. Tambah pulak, masing-masing kurang sihat, lagi la mood nak keluar berjalan-jalan langsung tiada. Mula-mula Damia dan hubby kurang sihat, masing-masing batuk dan selsema. Diorang dah pun beransur sembuh, terjangkit kat diri sendiri la pulak. Ni pun baru je lepas telan ubat, tak tahan sakit kepala yang asyik berdenyut-denyut sejak bangun tidur pagi tadi. Lepas hantar Damia ke taska, balik rumah, membizikan diri dengan mengemas apa-apa yang patut kat rumah ni. Bila badan dah berpeluh, baru la rasa badan ni bertenaga semula. Tapi selsema tetap tak hilang2.. 


Memandangkan hari ulang tahun perkahwinan kami adalah sama dengan hari ulang tahun kelahiran hubby, maka tak best la pulak takde kek sebagai simbolik. On the way balik rumah dari UTM semalam, sempat la singgah kedai kek. Cukuplah sekadar dua ketul kek yang comel sebagai simbolik untuk meraikan hari special ni. Dah la hadiah tak sempat nak sediakan. Hihihihi..

Tahun lepas punya anniversary, masing-masing excited nak buat surprise masing-masing. Tahun lepas masih berdua, boleh la nak stay up malam2 semata-mata nak siapkan kad ucapan buatan sendiri.. hahahaha.. Tahun ni tak boleh nak stay up dah.. Bila tidur, Damia asyik nak berkepit je.. Selagi belum lena, jangan harap la nak tinggalkan dia tidur sorang-sorang.

Begitulah al-kisahnya.
Walaupun tiada special celebration, tapi masing-masing saling menghargai dan saling menyayangi antara satu sama lain. Itu pun sudah memadai.. Yang penting semakin hari rumah tangga yang kami bina sehingga hari ini semakin bahagia dan tambah berseri dengan gelak ketawa serta keletah manja puteri kami, Damia Hanani.



Damia nak dapat adik ke?

0

Kasi tajuk gempak gitu.. hahahaha..

Gambar tak berapa nak baru. Beberapa bulan yang lepas, sebelum Damia boleh meniarap lagi. Dah lama tak update blog, banyak entri selamat tersimpan sebagai DRAFT je. Ini adalah salah satu entri draft bersama entri2 yang lain yang ketandusan idea di tengah-tengah jalan. Hihihi..

Tengok pada gambar kat atas tu, kalau orang2 tua tengok, sure diorang cakap Damia nak dapat adik. Bukan orang tua je yang selalu berpandangan macam tu, orang muda pun ada. Tapi sebenarnya, memasukkan kaki ke dalam mulut dikalangan baby adalah perkara normal. Perbuatan sebegitu sebenarnya merupakan salah satu perkembangan normal bagi seorang bayi. Sampai satu peringkat, bayi akan mengangkat kakinya dan akan menariknya ke arah mulut.

So, begitulah al-kisahnya. Persoalan Damia nak dapat adik tu, biarlah mama Damia habis belajar dulu. Baru lah boleh fikir pasal adik untuk Damia.. hihihi.. Tapi kalau rezeki Allah nak kasi, hati ini terima seadanya. Tapi kalau boleh biarlah dulu. Yang sorang ni pun tak larat nak handle.. huhuhu...






Kisah di hari raya...

1

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Masih belum terlambat kot untuk tuan rumah ucapkan selamat hari raya... raya kan sebulan... al-maklumlah, tuan rumah tengah berpantang, tak sempat nak update blog ucap selamat.. huhu.. bercerita pasal raya ni, sure masih ramai dalam mood raya lagi kan...
.
.

Tahun ni KS dan suami beraya di JB bersama keluarga mertua. Tahun ni KS tak beraya sangat la sebab beraya dalam pantang.. so, takde lemang, takde ketupat, takde lodeh, nasi dagang + ketupat palas jauh sekali la kan... bukannya raya kat Trg... Walaupun menahan perasaan tengok je orang lain makan sedap2 di hari raya, tapi tak kesah la.. lepas habis pantang nanti nak qada' semua sekali... boleh gitu?
.
.

Di kala orang lain berketawa ria, nun di sudut hati sedikit sayu + sedih terasa... bukannya tak gembira beraya bersama keluarga mertua, tapi bila mengenangkan mak di kampung yang teringin sangat2 nak tengok cucu baru, sebak rasa di hati... Belum berkesempatan lagi nak balik Trg since bersalin hari tu... Tunggu habis berpantang baru plan nak balik sana... Nasib baik, teknologi sekarang ni canggih... pagi2 raya kami dah berface-time untuk lepaskan rindu masing-masing.

[First Aidilfitri bersama si kecil]

Orang lain beraya, kita pun nak la beraya sama kan... Tengah2 berpantang pun sempat lagi 'mak' melaram.. hahahaha... ada aku kesah?... ;p


 [Kami yang ceria - Family sebelah suami....]

Bergambar bersama famili haruslah wajib. Ye, tahun ni kami bertemakan warna biru...
Tahun lepas MIL dan FIL dapat dua menantu, tahun ni dapat dua cucu...
Alhamdulillah... semakin berkembang famili En Khalil dan Pn Aisah..
.
.
.
.

[Three of us - Happy family]

First gambar kami bertiga... Tahun lepas beraya berdua, tahun ni beraya bertiga... hihihi... Jangan tak tahu, si kecik tu pun ada baju raya jugak tau... Walaupun time tu usia Damia baru 17 hari... siap pakai baju kurung lagi.. Biarlah gedabak pun, tak kena dengan saiz, tapi melaram adalah wajib macam mak dia jugak.. hihihi... Baju raya si kecik tu hubby sempat belikan malam raya kat pasar borong. Harga seploh hinggit.. hahaha...
.
.
.

 Ok la.. itu la serba sedikit cerita raya kami pada tahun ni.. Sekian... (",)







Majlis Kahwin Cousin kat Singapore

0

Dah seminggu lebih event ni berlangsung, hari ni baru berkesempatan untuk berstori-mori. Ini cerita adalah berkisahkan tentang majlis kahwin sepupu sebelah suami kat Kota Singa. 11.11.11, tarikh yang menjadi titik noktah kepada kisah percintaan di antara pasangan Syikin dan Aminurashid.

Majlis perkahwinan yang gilang gemilang itu telahpun selamat berlangsung di Woodlands Drive 14. Sempat jugak KS snap nama blok bangunan tempat upacara tu berlangsung...
.
.
.
.

Pada 12.11.11, tepat jam 2.30 petang rombongan pengantin lelaki tiba. Walaupun keadaan hujan lebat, tapi perjalanan majlis tetap berjalan dengan lancar. Hujan rahmat kata orang. Aishh, tetiba teringat majlis kahwin kami pon hujan lebat....pengantin kuat makan belacan kot!..hehehehe..

Ha, nak masuk?
Kene la bayar tol dulu...
Bayar jangan tak bayar!

Pasangan pengantin.. sama cantik sama padan...
Pengantin perempuan dah macam puteri Jowo kan...

Bergambar sekali dengan pengantin perempuan. Nak jugak tumpang merasa duduk kat atas kerusi ala2 princess tu...pelamin simple but nice... Pengantin perempuan tak pandang kamera pulak..maklumlah, banyak sangat paparazzi kat depan tu...hehehe
.
.
.
.
.
.
Kepada pasangan Syikin dan Amir, semoga berbahagia dan kekal ke akhir hayat. Amin...












Ku rindu sama kamu si budak kenit....

0


Dah seminggu moment terindah itu berlalu pergi....
Sesungguhnya aku sangat rindu akan si budak kenit kat bawah ni...
Rindukan gelagat dan ketelahnya yang bersahaja, tapi membuatkan semua hati terhibur...

Kusyuk betul main teddy bear...
Ada ke patut nak ikat getah rambut kat telinga bear tuh...ingat telinga tu rambut ke?

 Langsung tak peduli orang disekeliling dia...
Puas mama dia ajak masuk tidur, tapi tak ado dilayannya...
Makin malam, makin ligat dan aktif..
Orang lain kemain dah mengantuk nak melayan karenah dia..

 Comel sungguh....cubit2 pipi Aina yang gebu...hehehehe...

 Semua benda yang dia suka, semuanya dia kata itu dia punya...
"Aina punyee......" --> really missed this word!
Barang orang nak, tapi barang dia orang lain tak leh sentuh....(",)

 
 Dah penat la gamoknye tu...
Terlentang sampai nampak poyot buncit...hehehehehe..



Anak buah KS ada blog!!

0

Sambil2 layan facebook pagi tadi...nampak la status kat page anak saudara KS (Aisha Hafisha - bukan nama sebenar, entah2 gabungan nama dia ngan boifren dia kot...ishk3..) yang berbunyi:

"Ooh sedih...
xleh update blog
tenet lambat glew"

AWAS: Sila abaikan perkataan "glew" (sebutannya adalah giler) di atas. 
hehehehe.. biasa la ayat budak2...;p
.
.
.
.
.
.
.
.

berbalik kepada "Status" di atas
"Eh bila masa pulak budak ni ada blog?" 
"Tak pernah tahu pun...."

.
.
.
.
.

Godek punya godek, geledah punya geledah...
FINALLY, i found her blog!
mmm boleh jadi skuad CSI ni.... hehehehehe...
.
.
.
.
.
.

Haa ni la page anak buah KS tu
CINTA. SUKA. HIDUP
Apa-apa aje la


Jom kita kasi terjah sama ini budak!



Nota kaki : Ni la anak buah KS yang dapat 8A dalam PMR yang lepas. UPSR dulu pun dapat straight As...bangga kejap! ye la kan...mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi...hehehehehehe...


Selamat Hari Bapa..

2

Ayah…
semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah
semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang raja
Ayah…
ketika aku mengalah…
engkau semangatku
ketika aku sakit…
engkau penawarku
ketika aku bersedih…
kau air mataku
ketika aku ketawa
engkau riangku
dan ketika engkau berduka?
aku harap akulah penawar duka laramu

Selamat Hari Bapa diucapkan kepada ayahanda tercinta iaitu Hj Abdul Rahman bin Hasan. Kamulah seorang ayah yang terbaik di muka bumi ini... Saya sayang ayah!

kerana perit jerihmu aku berjaya ke menara gading
terima kasih ayah!

nota kaki : air mata selalu menitis setiap kali bersalaman dengan ayah ketika pulang ke kampung... bila mana memandang dirimu yang sudah tidak segagah dahulu.. dan yang pastinya kasih sayangmu terhadap anak2 tidak pernah berubah..


Izyan Nadhirah.... anak buah baru yang tomei (",)

3

seperti yang Kasih janjikan sebelum ni.....Kasih nak tunjukkan gambar anak buah baru Kasih yang baru lahir 25 April 2010.... comel tak? seperti yang telah diwar2kan nama baby girl ni adalah Izyan Nadhirah binti Saiman....

baby Izyan ni tido je time Kasih jenguk dier kat Shah Alam hari tu... nama pon baby kan, keje dier asyik tido je memanjang... bila lapo baru bukak mata, nangis mintak susu....hehehe

lam gambar ni, baby Izyan nampak besar kan..tapi sebenarnya kecik je..Kasih nak pangku pon tak berani...huhu..maklum lah, Kasih takde adik... anak sedara je yang ramai...(",)

birthday celebration in advance...

3

surprise..surprise...Kasih sangat terharu dengan surprise cake yang langsung tak dijangka kedatangannya... bukan satu yang Kasih dapat, tapi dua bijik sekali dapat...kek2 ni datangnya dari family Kasih...

.
.

ni kek yang pertama


dan yang ni kek yang kedua


hari Sabtu lepas kan Kasih g KL sebab nak p tengok anak sedara baru.. Izyan Nadhirah binti Saiman... tapi time tu baru 2hb Mei... still de 3 hari lagi menjelang birthday Kasih...ni semua gara2 kakak2 Kasih yang 4 orang (Kak Mah, Kak Jah, Kak Dah dan Kak Na) punye idea la ni... time Kasih g jenjalan kat Berjaya Times Square, diorang plan arrange majlis tu...

dah la penat2  bersesak-sesak naik komuter dari KL Sentral menuju ke Shah Alam..fuh kemain ramai orang nek komuter time tuh... tambah pulak bunyi perut yang berkeriut mintak diisi... sesampai je kat stesen komuter Shah Alam, tunggu abang ipar datang amik... pastu terus pergi stesen bas Shah Alam tuk beli tiket bas balik JB keesokan hari... huh, tahan je penat + lapo...bila la nak sampai rumah....

Sesampai je kat rumah, terus terjah dapur cari makanan...lapo2...huhu...mmm menu nasi ayam! ape lagi, seraaaaangggg..... tengok syok2 senduk sup....


Kak Na : "Adik, nanti datang depan ea...."
Aku : "Watpe?"
Kak Na : "Ade laa....senduk la dulu sup tu...pahtu datang depan k!"
Aku (dalam ati) : "ishk kacau daun betol la kakak aku sorang ni... nak makan pon tak senang...huhuhu..."

Kasih kan adik yang baik, patuh menurut arahan sang kakak....letak pinggan kat atas meja, trus pegi depan... dannnn..jeng jeng... nampak kek dua bijik terhidang kat atas meja depan...owh terharunye....


tQ for my luvly family especially for my sisters...luv u ols soooooo much.....muaahhhhh...sayang kamu semua...♥ ♥ ♥

aina sayang....

0
ngah bosan nih... x tau nk wat ape...ble bukak koleksi gambar2 terbaru, terpandang la folder "AINA"...tetiba rindu plak kat anak buah aku yg tersangat la comey nih....geram sangat2 kt dier...montel..bam bam...cute lagi... sape2 yg dekat ngan si aina mesti nk cubit pipi dier yang bambam nih....kalu x percaya tgk la gmbr2 aina yg comey kt bwh ni...


ade lagi nih...


dan gambar nih plg comel.....gaya ngah tido...ni pah penat main-main...sleep time....

 

nota kaki: so, tu je nk criter kali ni...miss u aina.....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (25) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) aktiviti. (8) kahwin (8) raya (8) UTM (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) kenangan (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) Baju kelawar (1) EBM (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Shaklee (1) Tak sihat (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) mrsm kuala berang (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)