Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Monday, March 7, 2016

:: Cara Menyimpan Susu Perahan/EBM ::


So mommies/daddies hari ni ai nak bercerita sedikit tentang cara serta jadual penyimpanan EBM/Susu Perahan.


Sebelum ai bercerita lanjut meh kita tengok dulu JADUAL penyimpanan a.k.a jangka hayat susu perahan/EBM yang bakal disimpan mengikut tempatnya :



Masa ai punya journey menyusukan Mimi dulu,EBM ai disimpan dalam storage bottle. Agak costly dan makan ruang dalam peti ais!

Semasa ai melahirkan Bidadari, pengalaman kat hospital mengajar ai lebih berjimat cermat dan bijak dari segi storage untuk EBM-EBM yang telah diperah. Ai simpan EBM ai dalam BEKAS DADIH.

Kenapa bekas dadih. Kalau uolls nak tau dengan cara ini korang boleh mengelakkan PEMBAZIRAN terhadap EBM uolls. Untuk pengetahuan uolls, satu bekas dadih yang pendek boleh menyimpan dari 60-70ml EBM so dengan cara ni korang senang cairkan mana yang PERLU sahaja.

Ruangpun tak pakai banyak mana dalam freezer sebab bekas dadih ni kecik comel. Harga? dah tentu murah ai beli 100 bekas dadih harga tak sampai RM15. See..jimat jimat dan jimat. Anak minum EBM bertambah jimat!





Bila nak bawak travel/balik kampung, ai masukkan ais dalam bekas polisterin yg kecik bersama bekas-bekas dadih nih..ais memang akan meliputi keseluruhan bekas-bekas nih. Sampai ke kampung keras kejung membatu EBM ni semua. As a result ai senang dan tenang hatiku ini!

Ok tu je kot ai nak share ngan uolls pasal menyimpan stok EBM nih...so selamat mencoba!
watermark

Tuesday, January 26, 2016

:: Mengelak Kelahiran Pramatang ::

Bolehkah sesuatu kelahiran bayi pramatang dielakkan?

Langkah-langkah pencegahan mengelakkan kelahiran pramatang :

·                     Wanita yang mengandung tidak digalakkan mengambil rokok, dadah dan alkohol.
·                     Jagaan pra kehamilan wanita mengandung yang mempunyai masalah perubatan yang kronik contoh kencing manis.
·                     Penjagaan awal antenatal dan berkala dapat mengesan dan merawat awal untuk mencegah komplikasi.
Mengurangkan risiko komplikasi untuk bayi pramatang:

·                     Menggunakan corticosteroid semasa mengandung apabila menjangkakan kelahiran pramatang akan berlaku, kelajuan kematangan paru-paru dan mengurangkan risiko, RDS, IVH, NEC dan kematian bayi.
·                     Penggunaan tocolytic digunakan untuk melambatkan proses kelahiran untuk beberapa hari bagi memberi peluang steroid untuk bertindak balas sebelum kelahiran berlaku
·                     Pengurusan dan penjagaan yang optima di bilik bersalin dan di unit neonatal adalah amat baik untuk mendapatkan hasil yang baik.

Dan sebenarnya semuapun dalam ketetapan Allah..kita ni hanya merancang. Yang penting jaga kesihatan mental dan fizikal dan jaga diri. Serta bersedia lebih awal kerana bila kita mengandung apa-apa sahaja kemungkinan boleh berlaku.

Jadi to all mommies and mommies to be out there....TAKE CARE! =) xoxo


watermark

Monday, January 25, 2016

:: Bayi Pramatang - Penjagaan Khas ::


Adakah bayi pramatang memerlukan penjagaan khas?

Keperluan penjagaan bergantung kepada keadaan dan tahap keseriusan pramatang seseorang bayi.

Penjagaan am adalah diperlukan untuk semua bayi pramatang:

·                     Mengawal suhu badan
o                  Perlu dirawat di dalam inkubator atau di bawah pemanas radian/warmer
·                     Memeriksa tahap gula dalam badan
o                  Untuk mengesan dan merawat tahap gula sama ada tinggi atau rendah.
·                     Pembekalan Nutrisi
o                  Bayi yang hampir matang iaitu melebihi 35 minggu yang mana dalam keadaan sihat selalunya boleh diberi penyusuan ibu secara eksklusif. Untuk bayi yang lebih pramatang selalunya memerlukan susu formula sebagai tambahan pada peringkat awal umurnya.
·                     Mengelakkan dari jangkitan
o                  Mencuci tangan adalah perkara asas yang penting sebelum dan selepas merawat bayi. Ini sangat penting sebabnya anda atau sesapa yang ingin menyentuhnya perlu berada dalam keadaan sentiasa bersih. Ciuman adalah dilarang sama sekali!

Rawatan khas bergantung kepada keadaan bayi dan komplikasi yang dialami. Contohnya :

·                     Ventilasi dan rawatan serakan terapi untuk masalah pernafasan.
·                     Pemantauan yang rapi untuk bayi yang menerima oksigen terapi.
·                     Pemberian cairan dan elektrolit untuk bayi yang tidak sihat.
·                     Parenteral nutrisi (Nutrisi yang diberi terus ke dalam saluran darah) diberi kepada bayi yang tidak boleh menerima susu melalui usus. Perahan susu badan atau susu formula selalunya diberi melalui tube orogastrik kepada bayi pramatang yang mana boleh menerima susu secara enteral.
·                     Antibiotik diberi sekiranya disyaki atau pasti ada jangkitan.
·                     Ultrabunyi dilakukan pada otak untuk mengesan dan merawat perdarahan dalam otak atau lain-lain yang tidak normal.
·                     Saringan untuk penyakit retina (rop) mata,rawatan laser atau terapi crayo akan diberi pada bayi yang mempunyai masalah mata yang serius.
·                     Bayi yang mempunyai penyakit paru-paru yang kronik dan boleh dirawat di rumah, bekalan oksigen perlu disediakan di rumah.


Baru-baru ini ai follow up Bidadari di HKL, ai sempat bertanya pada doctor yang bertugas tentang anak pramatang dan penerbangan. Menurut doctor seeloknya dielakkan sehingga Bidadari lebih dari 6 bulan. Enviroment airport/dalam kapal terbang mungkin tidak sesuai untuk anak seperti Bidadari. Kerana ada risiko terdedah pada mereka-mereka yang tidak sihat.


Pemulihan adalah aspek yang penting dalam rawatan?

Semasa discaj nasihat berkaitan perlu diberikan:

·                     Perlu meneruskan apa sahaja ubatan yang diberi termasuklah vitamin dan zat besi.
·                     Pemakanan yang diperlukan oleh bayi. Kesabaran adalah diperlukan dalam memberi penyusuan kepada bayi pramatang. Mereka selalunya lambat dalam menghisap susu. Susu badan adalah yang paling baik tetapi jika menggunakan susu formula hendaklah menggunakan susu formula pramatang untuk memastikan nutrisi yang diberi menepati tahap maksima pada bayi pramatang.
·                     Mengikut jadual pelalian yang rutin untuk kanak-kanak.
·                     Menjauhkan tempat yang sesak untuk mengelakkan kanak-kanak mendapat jangkitan seperti batuk atau selesema.
Temu janji untuk bayi pramatang (<32 minggu) adalah penting:

·                     Untuk menilai tahap pertumbuhan dan perkembangan.
·                     Merawat komplikasi.
Sesetengah kanak-kanak akan memerlukan:

·                     Fisioterapi,terapi cara kerja dan lain-lain terapi.

·                     Pendidikan khas

watermark

Friday, January 22, 2016

:: Bayi Pramatang - Tingkah laku & komplikasi ::


Bagaimana rupa dan tingkah laku bayi pramatang?

·                     Bayi pramatang dilahirkan kecil dan mempunyai sifat-sifat pramatang dan bergantung pada usia kandungan.
·                     Berat badan bayi pramatang selalunya antara 500gm untuk usia kandungan 22 minggu hingga 1000gm untuk 28 minggu dan 1500gm untuk 32 minggu dan 2.5 kg untuk 37 minggu. Dalam kes Bidadari ai pula dia mempunyai berat yang kurang sejak dari dalam kandungan menurut doctor KKIA & HKL, bahkan doctor HSJ sendiri rasa macam pelik kerana beratnya tak sekata dengan usianya pada 34minggu 5hari iaitu 1.18kg.
·                     Tanda-tanda dan gejala bergantung pada komplikasi.
·                     Kemungkinan mengalami tanda-tanda masalah pernafasan contoh nafas berbunyi, hidung kembang kempis,nafas kencang , kulit berwarna biru dan suhu badan tidak stabil.

Patutkah kita risau jika bayi dilahirkan pramatang?

Pra matang adalah berkaitan dengan komplikasi yang mungkin berlaku, lebih pramatang maka lebih tinggi risiko untuk setiap komplikasi.

Komplikasi awal dan pertengahan adalah termasuk:

·                     Sindrom kesesakan nafas di sebabkan kekurangan cecair yang dipanggil serakan di dalam paru-paru.
·                     Pendarahan di dalam otak yang melibatkan kapilari darah di sekitar ventrikel di dalam otak.
·                     Jaundis (Perubahan warna kekuningan di kulit dan di putih mata disebabkan sistem metabolisme bilirubin yang tidak matang.)
·                     Masalah dan kesukaran penyusuan disebabkan usus yang pramatang.
·                     Jangkitan di dalam darah(septisemia), paru-paru(radang paru-paru), selaput di sekeliling otak dan saraf tunjang dan pereputan usus(Necrotising Enterocolitis).
·                     Penyakit retina yang tidak matang(Retinopathy of prematurity)-satu keadaan pertumbuhan salur darah di dalam mata yang tidak matang.
·                     Penyakit paru-paru yang kronik hasil dari kerosakan paru-paru disebabkan pramatang, penggunaan oksigen dan terapi ventilasi.
·                     Salur darah yang menyambung antara jantung dan paru-paru tidak tertutup (Patent Ductus arteriosus) yang mana boleh menyebabkan kesesakan dalam pernafasan atau kegagalan jantung berfungsi.
·                     Inguinal hernia di mana disebabkan kelemahan otot-otot di pelipat paha.
Komplikasi Lewat :

·                     Serebral palsi
·                     Kecacatan otak
·                     Sawan (Epilepsy)
·                     Buta
·                     Pekak
·                     Ketidakupayaan Untuk Belajar
·                     Perkembangan Lambat
·                     Pembesaran Perlahan
Kadar kematian adalah tinggi walaupun mendapat rawatan rapi,bayi yang dilahirkan antara 26-28 minggu usia kandungan mengalami kadar kematian antara 30%- 50% manakala bayi yang dilahirkan sebelum 26 minggu usia kandungan mempunyai kadar kematian antara 80-100%. Lebih matang seseorang bayi maka peluang untuk hidup adalah tinggi. Bayi yang lahir melebihi 34 minggu usia kandungan mempunyai 90% peluang untuk hidup.


Pada ai bimbang itu perlu dan tetap aka nada pada parents yg mempunyai anak pramatang, tetapi jangan terlalu bimbang, lain anak lain ragamnya dan tak semua bayi pramatang tidak ada harapan untuk hidup.

watermark

Thursday, January 21, 2016

:: Bayi Pramatang ::

Bilakah bayi dikatakan pramatang?

Kebanyakan bayi yang dilahirkan dalam lingkungan 40 minggu usia kandungan. Bayi dikatakan matang jika lahir di antara 37-42 minggu usia kandungan. Jika bayi dilahirkan sebelum 37 minggu usia kandungan ianya dikatakan pramatang.

Adakah ramai bayi dilahirkan pramatang?

Insiden bayi pramatang berbeza-beza di antara Negara. Di Malaysia lebih kurang 8% bayi yang dilahirkan adalah pramatang. Tetapi mengikut pengalaman ai sewaktu berada di HSJ, bayi pramatang ramai juga jumlahnya. 

Mengapakah bayi dilahirkan pramatang?
Tiada jawapan konkrit untuk menjelaskan kenapa kes ini berlaku. Punca mungkin juga boleh disebabkan oleh pecahan pada lapisan amonion yang terjadi lebih awal (premature rupture of membrane) dan kontraksi otot rahim (uterine contraction), bahagian servik yang tidak kuat (cervical incompetence), Pengidap darah tinggi (pre-eclamptic toxaemia), placenta praevia, uri terkoyak dari dinding rahim (abruptio placenta) dan menyebabkan pendarahan. Mungkin juga antara sebab di bawah :



·                     Pecah ketuban awal
·                     Pernah melahirkan anak pramatang.
·                     Kandungan lebih dari satu contoh kembar 2 atau 3 dan seterusnya.
·                     Uterus dan serviks yang luar biasa.
·                     Kandungan yang mempunyai komplikasi contoh: tekanan darah tinggi semasa mengandung dan uri di bawah.
·                     Kurang sokongan sosial.
·                     Pengambilan alkohol, dadah merbahaya dan merokok semasa mengandung.
·                     Jangkitan pada salur kencing.
·                     Jangkitan sejak lahir di dalam uterus.


Kalau macam dalam kes yang ai sendiri alami, yang mana ai sendiri pun tak pasti sebab musabab utamanya, adakah sebab fibroid yang doctor kata ada pada Rahim ai? Atau sebab ai terlalu letih dan selalu stress? Yang mana ada antara sebab-sebab ini menyebabkan air ketuban ai pecah??


Wednesday, January 6, 2016

:: Cara Kangaroo Care Mother (KMC) ::



Kangaroo care atau teknik penjagaan kanggaru ialah satu teknik sentuhan kulit ke kulit di mana bayi akan di letakkan di dada ibu malah ayah juga. Kangaroo care ini sangat popular terutama untuk bayi pramatang di NICU kerana kajian membuktikan kesan yang sangat baik untuk bayi-bayi ini.



Penulis buku "Kangarooing Our Little Miracles", menyatakan bahawa KC banyak membantu bayi pra matang dalam beberapa perkara.

1. Suhu Badan - Kajian menunjukkan ibu mempunyai aliran udara hangat yang boleh diselarsakan dengan bayi. Apabila bayi kesejukkan suhu badan ibu boleh menghangatkan bayi.

2. Penyusuan - Penjagaan ini membenarkan bayi mudah mendekati payu dara dan sentuhan merapatkan hubungan ibu dan anak.

3. Meningkatkan berat badan - membolehkan bayi tidur dengan lena dan cukup bagi memberi tenaga kepadanya. Menang sangat terbukti kerana semasa ai KC dengan bidadari berat Bidadari pernah naik lebih dari 400 gram sehari.

Kangaroo Care sangat 'power' dan kesannya sangat hebat dari membiarkan bayi duduk di dalam inkubator sahaja.







[Pakaian dan posisi]

1. Seeloknya bayi dan ibu tidak berpakaian. Tapi bagi la bayi pakai pampers takut terkencing atau terberak pulak nanti. Si Ibu pulak pakailah baju berkancing atau 'tube'

2. Letakkan bayi di dada ibu. Peluklah bayi erat-erat....bukan sahaja menenangkan bayi malah menenangkan ibu sekali. Dengan posisi tegak dekatkan bayi ke kulit ibu (dalam dakapan), bayi mestilah berada dalam dalam “frog position” kepala dan dada bayi terletak di dada ibu



3· Lepas ibu dan bayi dah detach to each other, nak selimut pun boleh lagi 'warm' dan selesa.

Masa ai dalam NICU buat KMC dekat bidadari sekali ai try pakai baju besar dan letak bidadari dalam baju, kemudian ai cuba wrap Bidadari dengan long large pashmina, selepas tu disebabkan tak ada bilik khas untuk KMC ai peluk Bidadari macam biasa je..still resultnya tak menghampakan..berat tetap naik dengan jayanya dan Bidadari tetap tidur lena.....

 sampai sekarang Bidadari memang suka KC nih....

watermark

Friday, September 18, 2015

:: Pengalaman suntikan DEXA - Mematangkan Paru-Paru Bayi::


33 minggu mengikut perkiraan doktor di Klinik Kesihatan Ibu Anak. Walaupun kalau diikutkan tarikh last period EDD sepatutnya tengah bulan November. Tapi selepas discan buat kali pertama haritu derang percepatkan pulak tarikh ke 1 November.

Setelah berminggu-minggu menjalani rutin pemeriksaan kat KKIA dan sekali sekala di HKL, akhirnya ai sekali lagi diarahkan ke MFM HKL (Maternal Fetal Medicine). Tak tau kenapa tiap kali check up kat MFM darah ni mesti tinggi tetiba. Sebab lama menunggu ke nervous ke apa ke tah la. Hahahahahaha.

Dekat MFM ni Doktor Kamarul yang handle kes ai so far. Seorang doktor yang positif dan suka memberi harapan pada pesakitnya. Semalam Dr. Kamarul buat detail scan lagi. Katanya baby kecik so far berat baby dalam 1.4kg. Dia tanya Mimi dulupun kecikkan? YES. Lahir normal kan? - YES. Lama jugak dia berhenti berfikir then dia cakap "Kalau ikut i memang i nak hold on to you lagi nih..kita ada masa. Tapi diantara masa tu takut jugak kalau ada apa-apa complication since u ada fibroid & baby pun masih melintang & kecik".

Bila ai tanya fibroid tu masih dikedudukan sama ke? Dia cakap dah berganjak sedikit ke kiri. Dalam hati ni berdoalah agar fibroid tu terus ke tempat lain supaya mudahlah nak bersalin normal nanti. Amin..amin. Dalam masa yang sama ai no dok memujuk baby supaya turunkan kepala kat bawah, sebab masa minggu 29 macam tu kepala dia dah kat bawah, tetiba dia nak tidur melintang pulak. T_T



Dr Kamarul teruskan detail scan, buat ukuran segala. Memang agak kecil baby kali ni. Tapi berat ai naik je. Lepas habis scan, berbincang dengan partner dia. Walaupun ada keluhan kecil dari Dr Kamarul dia pun cakap "Kita bagi u DEXa ye..untuk matangkan paru-paru baby". Ok..time ni terus jadi BLUR. "Boleh jadi saya bersalin awal ke apa nih doktor?" terus tertanya.
Partner dia tolong jawapkan "Awak kena standby la dari sekarang paling awal pun maybe dalam 36 weeks" - FINE! I'm not ready.......arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Stress kejap.

Pujuk hati berzikir...zikir..zikir...
Redha. Berdoa dan berharap baby sihat,kuat dan boleh naik berat badan dengan segera yang mungkin dapat berat macam mimi pun tak pe la..even Mimi pun IUGR tapi 2kg+ jugak la.



Ai pun diarahkan untuk tunggu sekejap. Dalam 30 minit lepas tu nurse panggil. Masuk bilik rawatan. Dia terangkan sikit suntikan DEXA ni nak kena cucuk kat mana dan sebagainya la. Nurse ni ada pengalaman rasanya dia siap cakap, "sakit jugaklah DEXA ni puan. nanti lepas saya tarik jarum keluar puan rehat sampai puan dah tak rasa sakit. Nak tidur pun tak pe..." - ai memang jenis tahan sakit tapi sebelum tu akan membayangkan sakit tu sakit yang macamana.




Serius masa cucuk memang rasa sakit macam biasa je. Lepas tarik keluar jarum je...datang nyutttttttt nyutttttttt nyuttttttttt dia kejap ada kejap tak de. Agak sakit jugak la tapi masih leh tahan. Hati pulak jadik sayu tetiba mengenangkan baby yang tengah menendang tak berenti dalam perut. Pahit ke DEXA tu? Pujuk baby...cakap kat baby "u r tuff like me...u are superstrong like me, we can do this together. Apa ada hal kita pernah climb mountain sesama..diving segala. hari-hari2 jalan 1km++. C'mon..this is small matter" zikir dan zikir lagi.

Dalam 15 minit ai dok baring. Layan je denyut kat bontot. Daripada nak mintak timeslip terus dapat MC. Nurse cakap 12 jam lepas suntikan pertama kena datang untuk lengkapkan dos. Makanya, 1245 pagilah ai kena pegi HKL amik suntikan ke dua.





Suntikan kedua nyata lagi menyakitkan dari yang pertama, mungkin sebab nurse yang attend tu main cocok je kat bontot ai ni. Nurse yang siang siap bahagi 4 kawasan bontot tu n baru cocok. Pagi ni terasa macam sakit pinggang pulak. T_T

So itulah kisah pengalaman ai dengan suntikan DEXA. Memang takkan lupa. Sebab masa Mimi dulu memang tak kena. Doakan baby sehat,kuat dan menggemok sementara nak 40weeks ni ye semua. Trimas....


Kat bawah ni ai cerita sikit pasal apa itu suntikan DEXA

Apakah Itu Suntikan Dexa?
Suntikan dexa merupakan pemberian kortikosteroid kepada ibu-ibu hamil yang berisiko mengalami kelahiran pramatang di antara minggu ke 24 hingga minggu ke 36 kehamilan. Risiko kelahiran pramatang ini boleh dilihat apabila ibu-ibu hamil mengalami kontraksi pramatang, air ketuban pecah atau meleleh atau apabila tanda-tanda kelahiran lain telah bermula.

Siapakah Yang Memerlukan Suntikan Dexa?
Suntikan dexa diberikan kepada ibu-ibu hamil yang berisiko mengalami kelahiran pramatang ketika usia kehamilan di antara 24-36 minggu. Selepas minggu ke 37, suntikan ini tidak lagi diperlukan kerana di usia kehamilan ke 37 paru-paru bayi dikatakan telah matang sepenuhnya dan bersedia untuk dilahirkan tanpa sebarang risiko yang tinggi.

Apa Kegunaan Suntikan Dexa?
Seperti yang kita sedia maklum, paru-paru bayi belum matang sehinggalah minggu yang ke 37 di dalam kandungan. Oleh yang demikian bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan (pramatang) berisiko mengalami masalah pernafasan yang boleh membawa kematian.

Menurut kajian, pemberian suntikan ini telah menunjukkan pengurangan yang signifikan di dalam masalah pernafasan (RDS) dan pendarahan intraventricular yang sering terjadi kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Walaupun suntikan ini berkemungkinan mempunyai sedikit side effect , tidak dinafikan bahawa ianya membawa lebih kebaikan kepada bayi yang berisiko dilahirkan tidak cukup bulan.

Berapa Lamakah Suntikan Ini Perlu Diambil?
Suntikan ini diambil secara pasangan iaitu dos yang yang kedua diberikan selepas 12 jam dos yang pertama. Setiap dos mengandungi 12mg IM Dexamethasone.




watermark

Thursday, September 10, 2015

:: Parenting - Cerita Klinik Pakar Mata (Oftalmologi) Kanak-kanak, HKL ::

Assalamualaikum/Hi
Lama jugak cari masa cari idea cari ayat yang paling sesuai nak menulis entry yang satu nih. Bukan apa entry ini akan melibatkan atau akan bercakap a.k.a mengadu domba Hospital Besar Kuala Lumpur. Ai akui HKL dah banyak improve tapi ada certain perkara jugak yang masih belum improve.

Ceritanya bermula bila ai di arahkan oleh doktor untuk membawa Mimi ke Klinik Pakar, Jabatan Oftalmologi, HKL (klinik pakar mata). Mimi tak sakit mata, tak rabun pun cumanya Mimi memang ada file ngan pediatrik dari kecik so doktor nak follow up macam-macam dari tanda lahir cafe au lit, hearing test sampai la ke mata pulak.

So ai bertemankan incik pinky pergi la ke Klinik Pakar seawal kul 0800. Dapat number giliran berselang 24 orang di hadapan. Kami pun tunggu. Haaaa....dekat proses yang pertama ni pun rasa macam dah kena 'TIPU' sebabnya number giliran tu di panggil pada jam 1130 pagi oi! Rupanya number yang pertama kami dapat tu HANYA untuk urusan pembayaran di kaunter je. Dah berapa jam wasted kat situ? Urusan bayaran pun punya lama nak panggil..the hell sangat!

Lepas bayar, kaunter bagi lagi 2 number giliran berasingan. Kena tunggu lagi. Number giliran pertama di panggil selepas 30 minit menunggu. Oklah..masuk la bilik 15, berjumpa dengan doktor pakar visual (macam ditulis kat pintu). Mimi pulak adalah seorang kanak-kanak yang kalau dia tak kenal memang dia akan susah nak bagi kerjasama dan dia memang fobia terhadap doktor beruniform dan jugak peralatan perubatan. Doktor ni dok suluh-suluh mata dia. Skill memujuk budak? 4.5/10. So fefaham la akan kerjasama yang mimi bagi. Tetiba doktor tu datang ngan sebotol ubat titis mata.

"Mak...ubat ni pedih sikit tau. Kita kena titis dalam mata dia nak tengok dia rabun ke tak" makanya meronta-rontalah mimi. T_T
Ujian tak dilakukan sebaik selepas ubat kena titis. Dah kena tunggu lagi. Kali ni masa menunggu 40 minit!

Kami masuk sekali lagi bilik yang sama lepas 40 minit. Kali ni doktor bawak alat macam teropong untuk Mimi tengok dalam alat tu. Lastly doktor cakap : ANAK PUAN TAK DE RABUN JAUH ATAU DEKAT, CUMA SILAU JE. TAPI TETAP KENA BUAT SPEK MATA.

Dia pun dok tanya member sebelah dia istilah kedoktoran. Dan keluarkan result sebelah 170 sebelah dalam 250 tahap kesilauannya.

Dah habis satu perkara, sekarang kena tunggu satu lagi number giliran di panggil. Inilah kemuncak cerita ai nih. Number di panggil lepas lebih kurang 30 minit jugak. Masuk je bilik tu ai tengok memang ramai orang parents dan budak kecik. Ada 2 orang doktor pakar dan beberapa doktor biasa,muda ala-ala baru grad.

Sorang doktor wanita india panggil nama Mimi. Tanya itu ini yang TAK BERKAITAN dengan mata. Padahal waktu tu sebenarnya Mimi dah terlelap ni sebab bosan dan penat menunggu agaknya. Dan doktor ini juga TIADA SKILL memujuk kanak-kanak kecik langsung. Itu termasuklah nurse yang membantu ye. Mimi tengah tido, ai nak kejutkan tak bagi terus diselaknya mata Mimi, mana tak ngamuk budak tu? Dah sekali lagi Mimi tak nak bagi kerjasama. Menangis la dia. Dah menangis p suluh lampu suluh yang agak tajam cahayanya. Tak cukup tu, datang nurse titis pulak mata Mimi dengan ubat titis - YES...sekali lagi kali ni 2 jenis ubat!!!!!!! Meraung-raung kepedihan la Mimi. Dah tu sekali lagi kena tunggu. Another 30 min BURNed!

Namapun dipanggil sekali lagi. Doktor kali ni pakai alat dekat kelapa dia pulak nak tengok ke dalam mata Mimi. Mimi memang dah jadi takut sebenarnya dengan doktor tu sebab doktor ni agak kasar berbanding yang mula-mula tadi, nurse pun macam bonzer. SKILL PUJUK TETAP TIADA. Bila derang tak dapat nak tgk mata Mimi doktor pun cakap : PUAN MASUK BILIK 24 ye. KITA KENA CHECK ANAK PUAN DEKAT SANA.


Ai pun pegi la masuk bilik tu, dalam bilik tu ada pelbagai jenis mesin dan sebuah komputer yang dekat skrinnya ada paparan seperti dalam mata. Mungkin tu mesin scan dalam mata la. Doktor pun datang bersama seorang nurse. Nurse suruh baringkan Mimi atas katil. Dia cakap dia nak kena bedung Mimi - ok fine la. Bedungla asal tak sakitkan Mimi. Lepas bedung Mimi senyap lagi mungkin sebab ai p bisik kat dia jangan takut mama ada mama peluk mimi k.

Tup tup sangkaan ai meleset sama sekali bila ai dan incik pinky di suruh keluar dari bilik tu. Tak sampai 30 saat tetiba ai dengan suara Mimi meraung sekuat-kuatnya macam sakit teramat sangat. Bilik tu kedap bunyi k..suara mimi jelas dengar sampai luar. Incik Pinky dah nak p terajang pintu ai dah kecut perut. Kalau ai tak tahan Incik Pinky mau pintu tu dah diterajangnya. Tapi serius ai sangat takut dengan Mimi menangis menjerit-jerit macam tu. Ai saspek doktor dah nurse berkasar dengan Mimi sebab tak nak bagi kerjasama. Sorang doktor 2 nurse dalam bilik tu.



Rasanya dalam 2 or 3 minit ai tak berapa pasti ai dengar Mimi meraung. Pintu terbukak je terus ai berlari masuk. Ai tengok atas katil yang mimi baring ada BESI penahan mata berkelip dan swab. Berderau darah. Patutla Mimi menjerit mesti derang paksa secara kasar nak letak besi penahan tu kat mata mimi. Ai pandang doktor. "Anak puan TAK RABUN" - mujur dalam hati ni dok tak henti selawat sebab tak nak bagi naik amarah. Dah doktor memula tadi pun cakap tak rabun so perlu ke sakitkan Mimi lagi untuk pastikan dia rabun ke tak? Incik Pinky diam je sebab ai tau dalam hati dia marah. Ai terus jadi BLUR dan tak boleh nak berfikir sangat. Dalam kepala otak ni dok terngiang tangisan Mimi yang tak berhenti nangis lagi ai dok fokus pujuk Mimi je.

Doktor suh tunggu kat luar bilik. Ai peluk Mimi kuat-kuat. Dah tak teringat ai ni pregnant dan tengah dukung Mimi yang dekat 15kg tu. Takut .....serius takut. Kalau mata Mimi cedera waktu dia meronta? Kalau jadi apa-apa? ARghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

Lepas 15 minit menunggu, doktor datang bagi surat next appointment yang mana hati ai dah berbelah bagi nak pegi lagi. Dan tetiab doktor tu just MELAUNG dari jauh. "Jangan lupa buat spek ye puan!" - sungguh professional!

Ai amik appointment date dia tulis RA/RV. Memang ai dah tak tau nak pegi lagi atau tak sebab ai tak nak Mimi sakit lagi. TAK NAK!

So itulah cerita yang agak mengerikan kat Klinik Pakar JABATAN Oftalmologi HKL. Bagi ai KESEMUA DOKTOR, NURSE dan lain-lain yang bekerja kat jabatan tu terutama mereka yang terlibat bawah label PEDIATRIK OFTALMOLOGI kena ada skill pujuk kanak-kanak tak kisah tahap mana pun kesusahan nak handle seorang budak tu.



Tak mencederakan tak pe...andai kata satu hari nanti ada yang tercedera? Macamana?

so apa pendapat korang, patut ke ai pegi lagi?

p palang s : Ubat-ubatan yang dititis kedalam mata pesakit, doktor tak ada bagi penerangan jelas dan terperinci ubat apakah itu.



watermark

Monday, August 10, 2015

:: Mimi bercerai Susu ::

Selama ni ai baca je pengalaman mak-mak yang bercerai susu dengan anak. Tak sangka perasaan yang ditanggung sememangnya amat berat dan menyedihkan. Bila doktor suruh berhentikan Mimi susu badan, memang berat hati. Rasa macam kesian dekat dia. Dah la jenis tak nak minum susu formula. Serabut fikir nak buat cenggana. Haih!!!

Bermula ngan kaedah melumur garam - tak jadi. Letak minyak kapak - tak jadi. Dan akhirnya kaedah ignore sahaja permintaan dia time dia nak susu..itu menjadi tapi kena buat diversion. Bagi dia tengok video cerita kartun fav dia. Berminggu jugak mencuba akhirnya berjaya. Tapi still dia tak minum susu dah sampai skang cuma kadang-kadang dia minum la susu HL ke Yakult ke ikut mood dia.

Memang mula-mula dia tak leh nak tido malam sebab dah terbiasa tidur melekat kat mama dia nih. Tapi Alhamdulillah bila dah start masuk minggu 12 or 14 macam tu terangkan kat dia..dia nak ada adik. Tunjuk kat dia baby. Dia suka dan dia macam faham je. Tapi datang pulak tabiat dia yang lain..tak semena-mena selak baju mama dia, cium perut bertubi-tubi. Pernah sekali dia buat kat public kalut mama dia turunkan baju..apa daa Mimi nih!

Pendek je cerita cerai susu Mimi, tak leh nak cerita panjang. Sedih rasa hatiku ini. Sekian.



watermark

Tuesday, August 4, 2015

:: Cerita 2nd Pregnancy ::


Sekejap je kita dah nak sampai hujung tahun. Rasa macam baru je lagi Januari. Dan dah lama jugak ai agak menyepi kat sini disebabkan hormon yang tak berapa nak stabil sejak beberapa bulan yang lepas.

Ni tetiba terasa macam nak menulis semula. Sebab kenapa ai tak banyak update blog, kalau ada update pun merapu meraban je. Hahahahaha bukan sebab apa..sebabnya adalah Alhamdulillah ai pregnant buat kali ke-2. And yes, Mimi bakal jadi kakak mithali!

Kalau ikutkan banyak nak cerita ni, nanti ai cerita satu per satu dari cenggane ai tau ai pregnant, cerita wining off Mimi from breast feeding (ini sedih). Dan perjalanan sampai la hari nih.

So, kita mulakan dengan cerita Positif Pregnancy buat kali ke-2. Kalau mengikut perkiraan doktor KKIA ai sekarang ni dah 27 weeks pregnant. Dan ianya bermula tanpa sedar memang tak sedar langsung. Cumanya ai rasa macam pelik-pelik suam kuku bila ai tengok pokok mangga rasa macam berselera sangat. Lepas tu dok gigih menanam pokok  mangga. Siap marah-marah bila orang tebas rumput tertebas pokok mangga yang ai tanam. Tapi masa tu tak syak apa-apa. Lagi pun ai baru je balik dari Koh Samui. Menunggu hari bulan penuh je pun.

Yang membuatkan ai tak rasa ai pregnant adalah sebabnya ai amik ubat tahan period sebab ai nak travel nak diving n buat xtiviti lasak masa kat Koh Samui nun. So takkan la preggy kan kan kan?

Tetiba datanglah satu hari ni ai terasa menggatal nak buat pregnancy test atas alasan saja gatal! Hahahahha lagi pun selera makan lain macam pulak. Ai buat test petang. Tak sampai seminit....DABEL LINE!!!

Buntang kejap mata...sebab this time around it's a SUPRISE!! Sebab not expecting i'm expecting. Hahahahahaha...perasaan dah bercampur baur time tu. Nak cakap cenggane ngan Incik Pinky nih? Masa Mimi dulu bawak dinner bagai. Kali ni direct je la...selammmmm nak tgk reaksi dia!

Ai pun p la bersua muka ngan Incik Pinky...hand over terus result. Dia tengok-buat muka BLUR-pandang ai..............DIAM
"Apa nih?" dia tanya
"Cuba tengok betul-betul...." ai balas
Dia tengok test..tengok ai...tengok test...tengok ai...
"Biar betul...." sambil kerut-kerut muka

Sekali lagi Incik Pinky jadi BLUR+tak faham. Adeyhlah lakiku ini~
"Jom p klinik.." ai bagitau kat dia
P la klinik...doktor cakap 7 weeks! Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaah..dah 7 weeks baru nak sedar. Kat Samui nun kemain lagi melasak oiiii,....nasib baik tak jadik menda tak elok.

Masa ultrasound siap dah ada heartbeat..hehehhehehe..syukur Alhamdulillah. Doktor nasihatkan supaya tak yah dah breastfeed Mimi.

Patutla my mom n few close frens asyik tegur kenapala ai ni asyik nak marah2 dua tiga menjak nih....rupanya 'berisi'.

So itu cerita 27 weeks yang lepas. Dan ceritanya masih belum habis...nanti kita cerita lagi. Doakan ai n baby sehat2 ye...trimas.

watermark

Thursday, August 7, 2014

:: 10 tip berguna mendidik anak umur 0 hingga 3 tahun ::



Hari ni I nak share tips yang sangat berguna dalam mendidik anak 0 hingga 3 tahun. Trimas to Kak Ida Khairani


1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin.

Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.
Aku nak explain lebih-lebih pon, aku bukan doktor. T_T
So mohon akur je lah dengan fakta yang diberikan ini.
Tip didik anak, bermain di pantai untuk motor skil
Terapi juga ni bermain pasir di pantai.


2. Don't expose to too much things in a box.

"Things in a box" tu macam, tv, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!
Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan.
Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T

Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku.
Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak.
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik.
Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan?
Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! Hamik kau.
Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia. ;D
So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?
Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"
Gitu.
Takut aku. :D
Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,
"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tv, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."
"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."
"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."

Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:
Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.
So lama-lama pandangan anak tu tak luas.
So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.
So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes.
Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.
Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak.
Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
Dan sebagainya.
Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.
 So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,
saraf mata dirangsang dengan baik.
So brain development pon berlaku dengan baik.

Gitu.
Aku rasa cukup mudah penjelasan yang Dr. Sherine bagi tu.
Terutama untuk orang vangang macam aku ni nak faham.
Maafkan saya, saya bukan Doktor. Dulu SPM Biologi B3 je. T_T



3) Stimulate their imitation skills.

Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands. Camtu.
Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang.
Lack of imitation skills.
So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc.
Because language and speech is also an imitation skill,
attitude pon imitation skill,
cara berfikir pon imitation skill,
dan semua-semua tu pon related to brain development.

So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:
Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
 Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.

Gitu.

Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus.
Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki.
Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).

Part ni aku terkedu.
Sebab Haikal memang tak merangkak langsung.
Dia tu kan dulu lepas meniarap, terus duduk.
Lepas duduk terus berdiri dan berjalan.
T___T

Tapi takpe. Dr. Sherine kata masih belum terlambat.
So sekarang hari-hari aku suruh Haikal jadi tiger.
Sebab nak suruh dia merangkak. Kahkah.

Merangkak pun bagus rupanya
Pakat2 jadi tiger ya!



4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.

Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc.
Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak.
Plus boleh belajar sambil bermain.
Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik.
Macam barbie doll, superheroes dalam tv, monsters, etc.
Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia.
Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.
Macam tak elok sangat la kan.

Padahal aku pon banyak je belikan Haikal mainan otromen. T_T
Siap nak tidur pon, Haikal akan selimutkan otromen.
Mama dia dapat selimut sipi-sipi, sikit pon Haikal tak peduli. -..-

Tip Pertuturan: Pilih mainan yang boleh make up story dan realiti
Banyakkan toys yang boleh relate dengan realiti bukan hanya fantasi..

5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.

Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak,
better cakap,
"Elephant!"
bukan
"That is elephant!"
atau
"Wow u see that big elephant?"

Camtu.

Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak.
Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird."
Camtu.
Ajar word by word.
Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.

Bila nak bagi arahan pun sama.
Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.
Contoh,

"Eat."
bukan
"Come and eat."
atau
"U must eat."

"Sit."
bukan
"Come and sit beside Mama"
atau,
"Sit and keep quiet."

Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc.
Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.



6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.

Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit.
Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc.
So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia.
So macam fobia camtu la kan.

Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest,
bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut,
Suruh orang tu high five dengan anak kita tu.
Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan?
So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus,
suruh high-5 dulu.
Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D

Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful.
Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.
Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat,
dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya.
So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.
Gitu.



7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.

Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.
Hoih mahu kau tak hangin kan??
So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal,
better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.

Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita.
Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak,
make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak.
Jangan cakap atau marah sambil berdiri,
anak jadi bertambah takut.
Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.

Tip Pertuturan : Bercakap pada eye level anak. Pastikan anak faham dan lihat mata kita juga
Bercakap pada eye level anak..


8) Overly-attached to one person is not a good sign.

Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat.
So itu petanda tak bagus.
Something wrong with his self-esteem.
So kena biasakan dia rapat dengan semua orang.
Especially family members.



9) Bila bermain, follow his interest.
Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal.
Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball.
Gitu.
Ikut kehendak anak pada ketika itu.
Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara.
Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan.
Haruslah dimarahin dong.

Bermain bersama ikut minat anak
Pandainya, anak Adlil, Haikal ni pegang pen..Menurut Adlil practise make perfect. Show by example


10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.

Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane,
jangan biarkan soalan tu tak berjawab.
Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.

Contoh macam kalau kita tanya,
"Kenapa Haikal menangis?"

Tapi Haikal diam je,
mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana.
So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam
 "Haikal jatuh?"
"Haikal sakit perut?"
"Haikal nak ikut papa pergi kerja?"
"Haikal bosan?"

Itu contoh.
Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai.
At least soalan dah terjawab.
Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.


Ok tu je 10 tips yang dapat dikongsi.
Lagi sekali, tips-tips ni ialah dari Dr. Sherine, Child Psychaitrist dari Hospital Gleneagles.
Bukan keluar dari mulut aku ye.Bukan aku reka ke apa.
Cuma aku tulis ni ikut bahasa aku la kan. Supaya korang pon senang nak faham.

Niat aku satu je.
Nak share supaya korang pon sama-sama dapat manfaat.
Sebab seriously semua tips ni aku dah try dan setakat ni Alhamdulillah,
aku nampak kesan positif pada Haikal.
Kesan dia sangat drastik ok.
Sebab budak 0-3 y.o. ni development diorang memang lajuuuuuu.
So korang kena cepat praktikkan tips-tips di atas. =)

Tapi of course semuanya berlaku dengan izin Allah.
Tapi tak salah kita ikhtiar yang terbaik dan termampu.
Part usaha, doa, tawakkal tu kan tugas kita.
InsyaAllah, outcome dia nanti menggembirakan kita.
Sebab Allah tak pernah kecewakan hamba dia yang berusaha bhai..




Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Top Post