Showing posts sorted by relevance for query kuresya. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query kuresya. Sort by date Show all posts

Friday, October 18, 2013

:: KureSya tu apa? ::



Haaa.....dah baca tajuk?

Ok...ada yang bertanya pada ai...AMENDA KURESYA tu?
Mungkin ada yang tak tau atau yang lupa atau yg masih BLUR tentang apa itu KureSya.

KureSya adalah sebenarnya nama kereta ai. Kereta yang mana satu?
 Kereta kelisa hello kitty ai tu la. Kereta mana lagi.

Kenapa bagi nama KureSya?
KureSya ni namanya tercipta atas sebab modifikasi kereta berkenaan dari KELISA kepada Daihatsu Mira Coure  (L700). 

Eh? Apsal macam tak sama?
Ok, begini. Dikalangan kaki-kaki Kelisa.. Coure juga di eja dengan ejaan Kurey (sebutannya begini ye kanak-kanak). Maka dengan itu nama Kurey telah diambil.

Mana pulak datangnya Sya?
Sya pula adalah nickname ai. So bila digabungkan Kurey+Sya....jadilah KureSya yang jugak membawa maksud "Sya punya Coure"

Ok...begitulah background nama KureSya ai.
Lepas ni tak mau blur2 dah bila ai sebut kureSya ye. 
Kbai..muaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah!





(snap shoot dari fb bro KiKie...lawak la hangpa nih)



Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Sunday, March 4, 2012

:: Review : Kereta Pengantin [KureSya] Reception::





On my big big Hello Kitty W-Day. KureSya telah menjadi pilihan utama untuk KERETA PENGANTIN (yang mana pengantin sendiri yang drive!!!! Hahahahhaha)

Pagi-pagi KureSya dah di hias comel-comel oleh my Incik Pinky. Nasib baik dia kreatif..pandai dia ikat reben n kain net dekat kureSya..Senyum je kureSya pagi tu walaupun actually side mirror dah kene ‘kidnap’ sebelah malam tu. T_T

So Enjoy the picture!!!




Kuresya dari depan


the kitty bride yang akhirnya 'legam' sebab kene asap di jalan raya


sisi kuresya


senyum....


antara isi perut kureSya


kami n kureSya


p outDoor kat putrajaya..sekali ada mat salleh nak amik gambar sama-sama



menuju ke destinasi seterusnya..


vroommm!!!!

gambar : kredit OP (candidStar - Karl Feizal & Aem)




Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty



Saturday, January 1, 2011

:: Selamat Tahun 2011 ::


2010 banyak tinggalkan kenangan yg mmg terkonang-konang kek den hi ha.....selamat tinggal 2010 ..selamat datang 2011 ..semoga kita semua bahagia..Amin. Good Luck for us all...
Inilah ringkasan JENDELA 2010 aku :



Januari 2010 : aku maseh terkontang kanting sebab Mr Kitty yang tak ku sangka akan menJACKPOT aku kerana matawang yang aku ada. Aku dalam masa yang
sama sedang berusaha untuk pergi atau memperbetulkan hubungan aku ngan Mr Kitty walaupon hati berbelah bagi.

Febuari 2010 : Aku akhirnya meninggalkan Mr Kitty for GOOD bilamana dia tetibe suh aku buat LOAN untuk dirinya. Harap MAAF aku tak nak jadik hamba lelaki lagi!!!

Mac 2010 : Aku dah start jadik orang yang NORMAL dan Happy kembali - trimas to Incik Pinky saye

April 2010 : Incik Pinky datang MERISIK aku..selepas lebeh kurang 2minggu aku berjumpa dengan keluarga dia. Dan selepas beberapa hari dia jumpa parents aku

Mei 2010 : Aku bertunang ngan Incik Pinky dalam majlis yang meriah serba PINK dan HELLO KITTY. Kereta aku akhirnya siap setelah sekian lama aku menunggu dengan penuh kesabaran bilamana selama ni duit aku asyik kene pau ngan lelaki TAK GUNA!

Jun 2010 : Aku terus terus terus HAPPY walaupun dugaan mula datang. Teruskan Projek KureSya

Julai 2010 : Masih lagi happy dan terus happy lagik. Teruskan Projek KureSya

Ogos 2010 : Aku adalah seorang yang HAPPY!. Teruskan Projek KureSya

September 2010 : Pertama kali bergelar Tunang orang di dalam Bulan Ramadhan dan bulan kelahiran. Teruskan Projek KureSya hampir siap..stiker pertama di tampal!

Oktober 2010: Pertama kali bergelar Tunang orang di dalam Bulan Syawal. Sesi pra-perkenalan dengan keluarga sebelah Incik Pinky dan sesi Incik Pinky berkenalan dengan keluarga aku. Teruskan Projek KureSya. Tambah lagi stiker. Projek Interior bermula.

November 2010 : Teruskan Projek KureSya..hampir complete!


December 2010 : KureSya menang besar jugaklah kat Autoshow. Alhamdulillah. Happy betul!!!! Malaysia menang AFF Suzuki Cup selepas 14 tahun menunggu. Dan ini merupakan TAHUN AKHIR aku bergelar CIK!

Tu saje kot.....nanti ape2 update mcm biasa sudaaaaa

Monday, March 25, 2013

Part 4 - Kereta Hello Kitty Dalam Gangster Celop ::







Ok mari kita sambung cerita yang INI ek lama pulak pause.


[[ lihatlah diriku yang kembang itu]]

dan sebelum tu ai ingin mengucapkan Jotaan trimas buat Cik Onie yang bercerita pasal KureSya kat blognya... heheheh trimas onie!



ok sampai mana tadik? Haaaa...hari pun dah malam. Kalau nak ikootkan hati ni, actually memang macam dah tak berapa nak larat...lemaklum la perut ngah memboyot. Pegi set lak tu jangan harap la dapat tempat selesa nak lepak melainkan shoot dalam hotel. Hehehehhee... lepak la tepi jalan tu sambil tengok semua buat kerja..tapi syok jugak sebab ai duduk je belakang Pengarah Beso malam tu...dapat la fefeeling DIRECTOR kejap, sambil sembang2 ngan  pembantu Abg Ahmad Idham.. alaaa budak kecik yang pernah berlakon 'Brain Scan' tu - dah besar dia weyhhhh!




[[ fefeeling DIRECTOR bersama Ahmad Idham]]





Scene KureSya tu je tah berapa kali dah sebab asyik nak gelak geli geleman je! Hahahhahhaa...tapi Kamal Adli memang sporting ngan kureSya. Scene tu dah la ayat tak follow script memang ayat main tabuh je pun. Lawak betul...Abg Ahmad Idham sampai gelak nak pecah perut ngan gelagat KA ngan SY tuh. HZ lak tak banyak cakap....penat kot agaknya.

[[ Syamsul Yusof + Haniz Zalikha - buat gapo dio tu? ]]

So far ai leh tau la cenggana kerja belakang tabir...memang penat. Walaupun 'berlakon' je. Trimas ai ucapkan kepada Kamal Adli yang sharing is caring kerepek ubi hasil perniagaan abang Ahmad Idham dengan ai malam tu (maybe sebab status mak buyungku ketika itu).





[[ Gangster dalam kereta Hello Kitty? Isn't it cute? Jawapan Kamal Adli : Yes, It isn't ]]

Lepas beberapa take...scene KureSya pun habis. Tapi tu la...takut pulak nak amik gambar ngan mereka-mereka itu. Sebab takut menggangu last-last sampai kesudah memang tak amik gambar!
Lepas tu teringat-ingat.. padan muka ai kan kan kan?
Tapi tak pe la...merasa jugak kureSya org glemer duduk dalam perut dia...hehehehe
Tu je la...cerita kureSya kali ni..next entry ai belan lebih banyak gambar masa shooting ya.



Kbai...Assalamualaikum!







Tuesday, September 2, 2014

:: Autoshow 3 hari berturut-turut ::


Assalamualaikum & Hi!
Penat tak habis lagi walaupun asalnya balik bercuti ke kampung incik pinky sambil berkenduri dan berautoshow........penat sangat tak terhingga nih!!!


29/08/2014
Gerak dari KL ke Taiping Subuh.


30/08/2014
Sampai Taiping jam 0730. Tak rehat pun..lap-lap kereta then bersiap nak pegi kenduri Hazea.
1200 Bertolak ke pantai remis. Tahniah hazea!!




balik dari kenduri hazea terus balik Taiping. Bersiap sedia untuk Autoshow RnR Bagan Ajam pulak. Maka bertolaklah kami ke Bagan Ajam. Sampai di sana jam 1800......setup semua


  autoshow kali ni memang agak mencabar minda bila Mimi asyik nak mengamuk aje. Tapi ai buat kawan baru termasuklah seorang mak cik dan pak cik.

Terima kasih buat Intan yang beriya sangat minat dekat kureSya


selesai autoshow pada jam 0000 - Merdeka Day. Alhamdulillah rezeki kureSya...ada jugak tempat di hati juri. Trimas GM Events!

Sampai Taiping dah kul 0130 macam tu la......rehat! zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

31/08/2014
Disebabkan lama dah tak join konvoi kenduri kami pun decided nak join konvoi kenduri hari ni walaupun sebenarnya ada autoshow kat Tapak Ekspo Seberang Jaya. Tak larat sama nak ngadap panas tu......p kenduri la.

Memula kami p Pengkalan, Ipoh.
Tahniah Ajim....














Lepas dari Pengkalan, kami bergerak ke Sek Izzuddin pulak



Balik dari ipoh dalam jam lebih kurang 1600. Terus balik Taiping. Rehat sekejap, lepas Maghrib keluar semula sebab teringin pergi Taiping Mall yang baru dibuka. Sikit punya jem la!!!!!!

Lepas habis shopping, lepak makan yong tau fu bomba.
Sampai rumah semula dah kul 0000. Pack tak jadual ai so far????

01/09/2014
Pagi-pagi dah bangun setup KureSya untuk Autoshow Dataran Sungai, Parit Buntar.
Maka kami pun pergi la parit Buntar. Sampai je sana sikit punya lapar la.......seup semua, tinggai je kureSya kami p makan. Panas tapi berangin hari tu.....

Autoshow kali ni habis awal jugak la sebelum Maghrib. Alhamdulillah rezeki KureSya masih ada. Mungkin sebab Mimi tolong Mama dia lap kereta kot....hehehe









trimas organizer and tahniah kureSya..

kami sampai semula kat Taiping jam lebih kurang 0745. Rehat sekejap sebelum pulang semula ke KL. ?Bertolak jam 2030 nak tau kami sampai KL kul berapa? 0200!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Letih teramat ok.....tak tau dah nak kata apa....jem maha teruk!

apa-apa pun itulah kisah percutian kali ni yang super busy dan jammed!
sekian terima kasih!







Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Tuesday, March 19, 2019

:: Kereta Hello Kitty - Hobiku hias kereta ::




Assalamualaikum/Hi,
Ya selain dari melancong hobi ai adalah hias kereta.
Dah tentu konsep hias kereta tu konsep kegemaran ai - HELLO KITTY!

Siapa yang kenal ai lama tau la tahap kegilaan ai macamana.
Tak de duit kepok-kepok je. Kalau ada....mmg siap bertelinga la kereta ai ni.







Tak semua orang suka kalau kita ni ada hobi.
Kena kecam? Selalu
Keca kecam netizen? Pernah je masa Harian Metro buat coverage tu hari.
Keputusan : Ai don't care..opsssss










Hobi ai ni so far alhamdulillah...memang tak tinggal hobi semata-mata sebab apa?









Sebab hobi tak tinggal hobi. alhamdulillah ada la sikit-sikit jugak pendapatan dari KureSya ai ni.

KureSya?
Ya......naka kereta ai KureSya



Gambar atas masa mula-mula KureSya muncul dalam majalah.







Alhamdulillah sampai sekarang masih ada rezeki KureSya.
Cuma ada sekali hari tu production tu dah janji amik details semua dah sekali dia leh cancel last minute padahal kita dah amik cuti nak hantar KureSya kat set.


Kalau ada sesapa minat nak sewa kereta konsep HELLO KITTY  buat prop birthday ke kawen ke photoshoot apa2 ke leh ke contact ai ye.


Adalah satu drama tu yang pelakon dia ala-ala cinta hati netizen Malaya (katanya).
Sekian.
watermark

Top Post