Showing posts with label vitamin c. Show all posts
Showing posts with label vitamin c. Show all posts

Saturday, 6 December 2014

Vitamin C Plus Sustained Release

Assalamualaikum semua. Hari ni tersangat gembira. Ya, permulaan hari yang baik. Semoga bulan ini merupakan bulan bertuah untuk saya. Aminnn~ Seperti tajuk di atas, promosi bulan Disember ni adalah Vitamin C Sustained Release dan juga Vitamin E Complex. Tapi saya nak share cerita pasal vitamin C ni dulu la ehh... Ianya merupakan antara vitamin kegemaran saya. Vitamin C yang terbaik dan terhangat di pasaran. Paling laris katakan macam pisang goreng cheese!! Kenapa saya kata yang terbaik? Jom kita tengok kandungan dan kelebihan vitamin C Shaklee ini.


Vitamin C Sustained Release Shaklee
Tahukah anda?
Vitamin C merupakan vitamin larut air dan mudah termusnah akibat proses oksidasi. Vitamin C tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh dan kita memerlukan vitamin C daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Persoalannya, berapa kerap kita makan sayuran dan buah-buahan dalam masa satu hari? Yang lebih penting, vitamin mudah musnah akibat sayuran yang perlu dimasak terlebih dahulu. 

Kandungan Vitamin C Sustained Release

  1. mengandungi 100% askorbik asid semulajadi 553.0 mg dalam satu tablet bersamaan dengan 7 setengah biji buah oren. Korang boleh makan buah oren banyak tu ke? Sebiji sehari pun belum tentu kan? Hehehe
  2. diformulasi bersama 120.0 mg bioflavonoid - bioflavonoid yang diesktrak daripada buah-buahan sitrus. Fungsi bioflavonoid juga meningkatkan penyerapan vitamin C oleh tubuh. Bioflavonoid juga membantu kesan antibakteria secara terus.
  3. Mekanisme sustained release atau lebih dikenali sebagai time-release (terms pharmacology) - Vitamin C akan dibebaskan secara perlahan-lahan di dalam tubuh kita selama 5 jam. Ini bagi memastikan kadar vitamin C tersebut sentiasa berada di dalam salur darah kita dan akan diserap perlahan-lahan setiap kali ianya dibebaskan. 

Dos Harian Vitamin C yang Dicadangkan oleh FDA

  • Lelaki > 18 tahun : 90 mg
  • Wanita > 18 tahun: 75 mg
  • Wanita hamil > 18 tahun: 120 mg
  • Bayi (0-12 bulan): mengikut jumlah vitamin C di dalam susu ibu
  • Kanak-kanak (1-3 tahun): 15 mg
  • Kanak-kanak (4-8 tahun): 25 mg
  • Remaja lelaki (14-18 tahun): 75 mg
  • Remaja perempuan (14-18 tahun): 65 mg
Sesetengah kes seperti perokok perlu ditingkatkan pengambilan dos harian Vitamin C mereka lebih 35 mg berbanding mereka yang tidak merokok. Hal ini kerana rokok mengandungi bahan beracun dan toksin yang boleh membunuh sel. 

Dos Maksimum Harian Vitamin C yang Dibenarkan

  1. Dewasa (>18 tahun): TIDAK melebihi 2,000 mg sehari (termasuk ibu hamil dan ibu menyusu)
  2. Kanak-kanak (1-3 tahun): 400 mg sehari
  3. Kanak-kanak (4-8 tahun): 650 mg sehari
  4. Kanak-kanak (9-13 tahun): 1,200 mg sehari
  5. Remaja : 1,800 mg sehari

Kelebihan Pengambilan Vitamin C untuk Kesihatan

  1. Selsema (common cold) - pengambilan vitamin C membantu meningkatkan sistem imun tubuh kita. Vitamin C tidak terbukti menyembuhkan selsema tetapi ia berupaya membantu memendekkan tempoh selsema tersebut.
vitamin-c-selsema
Selsema mudah terjangkit
  1. Tekanan darah - tekanan darah tinggi merupakan antara faktor risiko penyakit jantung dan strok. Saintis di Universiti John Hopkins telah membuktikan pengambilan supplemen Vitamin C (secara purata 500mg sehari) boleh membantu menurunkan paras tekanan darah.
  2. Nafas berbunyi selepas bersenam ('wheezing') - 1 daripada 10 orang mengalami batuk, nafas berbunyi dan semput selepas bersenam (exercise-induced bronchoconstriction). Ulasan terkini daripada penemuan Universiti Helsinki bahawa pengambilan vitamin C membantu mengurangkan simptom nafas berbunyi ini.
  3. Penuaan pada kulit - Vitamin C memberi kesan pada sel di dalam dan juga luar tubuh. Sebuah kajian telah diterbitkan di dalam American Journal of Clinical Nutrition mengkaji hubungan di antara pengambilan nutrisi dan penuaan pada 4,025 wanita berusia 40 hingga 74 tahun. Pengambilan Vitamin C yang tinggi dikaitkan dengan risiko rendah mendapat kedutan, kulit kering serta complexion kulit yang lebih baik.
  4. Gout - Kajian menunjukkan vitamin C membantu merendahkan risiko mendapat gout. Mereka yang mengambil suplemen vitamin C di antara 1,000 mg hingga 1,499 mg sehari menunjukkan penurunan risiko gout sebanyak 31% berbanding mereka yang tidak mengambil suplemen.
  5. Jangkitan salur kencing - Suplemen vitamin C 100mg sehari mampu mengurangkan risiko jangkitan salur kencing pada ibu mengandung. Vitamin C menghentikan pertumbuhan sesetengah bakteria dengan menjadikannya lebih berasid. 
Jadi korang semua jangan lepaskan peluang untuk dapatkan vitamin C Shaklee ni dengan harga jatuh terduduk!! Hanya bulan ni jer taw..bulan Disember sahaja!! dan sehingga stok masih ada. Vitamin C Sustained Relese ni HOT sangat sampai selalu cepat habis stok~!!! Harga retail adalah RM92.50 sebotol. Sebotol tahan sehingga 6 bulan bergantung pada pengambilan anda. Jangan lepaskan peluang ini~!!! 

Nak dapatkan harga SUPER JIMAT? SMS, whatsapp saya 0175598332 segera!!

Saturday, 8 November 2014

Atasi KULIT BERMINYAK Untuk Elakkan Jeragat

Assalamualaikum semua... Setiap orang inginkan kulit wajah yang sihat tanpa jeragat. Paling merimaskan jika kulit muka kita bermnyak akibat pengeluaran sebum yang berlebihan terutamanya ketika cuaca panas. Sebum diperlukan untuk memastikan kulit sentiasa lembap dan dilindungi daripada bakteria. Namun, apabila ianya terhasil secara berlebihan boleh menyebabkan liang pori tersumbat lalu boleh menyebabkan JERAGAT, kulit kusam dan mempercepatkan penuaan.

Sekarang terdapat pelbagai jenis penjagaan produk kecantikan di pasaran. Saya sarankan anda untuk dapatkan yang produk yang bebas bahan kimia dan tanpa pengelupasan. Berhati-hati dalam setiap produk yang dikeluarkan. Pastikan produk yang anda gunakan mendapat kelulusan dari pihak KKM. Kaji terlebih dahulu bahan kandungan yang digunakan dalam setiap produk untuk pastikan ianya sesuai untuk kulit anda.

Atasi kulit berminyak

Punca Kulit Muka Anda Berminyak

  1. Keturunan - sekiranya ibu atau ayah anda mempunyai jenis kulit berminyak, kebarangkalian anda mempunyai kulit muka berminyak juga besar.
  2. Pemakanan - sekiranya anda gemar makan makanan pedas serta berminyak anda lebih cenderung mendapat kulit berminyak.
  3. Perubahan hormon - sekiranya anda mengalami kulit berminyak yang tidak menentu, means kejap macam berminyak kejap kering maknanya ia bergantung pada hormon anda. Hormon androgen menghasilkan lebih banyak minyak. Paras hormon androgen tinggi semasa akil baligh, sebelum datang bulan, semasa hamil dan semasa menopause.
  4. Stress - Apabila anda stress, badan akan menghasilkan sejenis hormon cortisol yang akan meningkatkan penghasilan sebum. Jadi, untuk mengurangkan stress, anda boleh cuba vitamin B-Complex.
Vitamin C Sustained Release

Vitamin C Sustained Release Shaklee Membantu Atasi Masalah Kulit Berminyak

  • Vitamin C terkenal sebagai antioksidan yang mampu melawan radikal bebas dan melambatkan penuaan.
  • Vitamin C merupakan vitamin larut air yang mudah diserap oleh tubuh.
  • Terkenal dengan sifat antibakteria - boleh dijadikan masker muka. Untuk resepi boleh klik di sini
  • Membantu penghasilan kolagen - menganjalkan kulit dan melambatkan penuaan. 
  • Memperbaiki kesihatan sendi - menyokong penghasilan tisu ligamen dan tendon pada sendi
  • Meningkatkan ketahanan tubuh dari jangkitan
  • Sebiji Vitamin C bersamaan 7 1/2 biji oren 
Sebotol Vitamin C Sustained Release Shaklee mengandungi 180 biji dengan harga hanya RM 92.50. Sebotol mampu tahan sehingga 6 bulan, bergantung pada pengambilan anda. Sebiji hanya RM 0.51 jer...50 sen jer senang kira. Haaa 7 biji oren pun tak dapat dengan harga ni kan? Betul tak? 


Sekiranya anda berminat nak dapatkan produk dengan harga istimewa ini boleh hubungi saya seperti di bawah

ATAU

klik "Order Now" untuk pembelian terus di website shaklee2u.com.my.

Dilakazuha
SMS/Whatsapp/ Wechat
0175598332






Friday, 24 October 2014

Mama Pulang Dari Tanah Suci

Assalamualakkum semua... Minggu lepas mama saya dah selamat tiba dari Tanah Suci. Alhamdulillah syukur.. Hampir 90% jemaah haji mengalami batuk dan selsema. Ramai juga yang pakai penutup mulut tu. Perubahan cuaca gamaknya. Kadangkala hujan juga di sana. Nasib baik ada bekalkan mama Vitamin C Sustained Release dan Nutriferon, takde la teruk sangat batuk dan selsema mama. Kak Timah (wife sepupu saya) sampai hilang suara akibat batuk. Mama kata dalam bilik hotel macam dah berlawan-lawan batuk sape paling kuat. 

Penerbangan mama tiba dalam pukul 845 malam. Kami tahu mama mesti keluar lambat. Gerak dari Bangi pun lepas Isya'. Bukan jauh sangat pun dari Bangi. Hehe.. sementara tunggu mama keluar sempat lagi shopping baju Faeezah. Kat tepi tu ade bukak booth jual baju budak-budak plak. Murah jugak la. Sehelai RM5, RM7...ok la tu. Comel-comel jer coraknya. Oh ye..beshtie saya pun baru selamat bersalin, belikan juga hadiah untuk baby dia. Heeee...

3 Generasi
Rasenye dekat pukul 930 baru mama keluar. Ya Allah rindu betul dekat mama. Terus salam peluk cium mama. Heeee... Wak Timah (mak sedara saya) terus naik flight balik Penang malam tu jugak. Sempat salam jer... sementara tunggu tu mama bersembang-sembang kejap dengan rakan sebilik masa kat sane.. Wak pun kena pakai penutup mulut sebab batuk teruk.

Bersama rakan-rakan sebilik mama
On the way balik, mama lapar. Kami pun lapar jugak. Tak sempat makan malam pun tadi. Terus singgah kedai Sup Urat Keting, kedai ni jer yang bukak lagi.. dah pukul 11 malam kot. Heeee... dah la kakak dengan abang saya pun join sekali. Kitorang tak kesah sebab esok kitorang cuti. Harharhar...

Malam tu, mama dan kakak saya bermalam di rumah saya. Riuh dengan suara Faeezah dengan anak-anak kakak saya. Tahniah, dorang tidur pukul 1 pagi kot. Heee... Mama bercerita keadaan semasa di sana. Ada juga jemaah yang tersesat. Ada juga jemaah yang tak mampu nak tunaikan rukun haji terpaksa upah orang. Alhamdulillah mama masih mampu berjalan ke Masjidilharam sejauh hampir 1 kilometer dari hotel, ulang-alik untuk menunaikan solat. Nasib saya suruh mama amalkan AJHT. Lega rasenya sedikit sebanyak dapat bantu mama tunaikan ibadah dengan lancar. Semoga Allah menerima ibadah haji mama tahun ni. Aminnn~

Friday, 10 October 2014

Masker Muka Simple and Mabeles!!

Assalamualaikum semua... malam tadi cuba buat masker muka yang paling simple skali. Sebabnya muka rasa gatal and pedih, tangan ni gatal pegi picit blackhead n whitehead tu. Masalah betul... kadang-kadang stress juga. Biasalah muda remaja lagi ni hormon tu tak balance lagi. (padahal dah anak sorang dah nih.. hehe) Jadinya bermasker juga la malam tadi mengenangkan Faizal tade senang sikit koje. Kalo dia ada banyak komen nanti. Heee...

Masker ESP, Vitamin E dan Vitamin C

Bahan-bahan Masker:

  • 1 sudu ESP Shaklee
  • sebutir Vitamin E Shaklee
  • Vitamin C SR yang dipatahkan separuh (saya tak patahkan sebab ada yang dah terpatah sebab Faeezah suka goncang-goncang botol vitamin tu..huhu)
Cara-caranya:

  1. Campurkan kesemua bahan dengan sedikit air sehingga sebati dan tidak berketul-ketul. 
  2. Ikut kesesuaian anda nak pekat or cair. Saya suka pekat sikit so takde lah meleleh-leleh jer nanti.
  3. Tepekkan pada muka anda yang telah dibersihkan dengan air tanpa sabun ya.
  4. Biarkan sehingga kering atau 15 minit. Ikut suka anda. 
  5. Selepas tepek tu kurangkan pergerakan otot muka ya.. rileks saja sambil tengok tv  atau baca buku pun boleh.
  6. Selepas tu cuci muka anda dengan sabun atau pencuci muka anda sendiri. 
  7. Siap! 
Memang best la pakai masker ni. Muka jadi tegang and lembut jerrr... dah tak pedih lagi da. Heheee... cer korang try plak nanti tengok hasilnya macam mana eh. Lagi best nak pakai hari-hari pun tape sebab tade bahan kimia langsung. 🙆🙆🙆

Monday, 8 September 2014

Persediaan Menunaikan Haji Untuk Mama

Assalamualaikum semua... Lambat plak nk cite pasal ni... Huaaa komited sangat dengan kerja kat lab tu kan....Hari Khamis lepas (4 Sept) mama lapor diri kat Kompleks Tabung Haji kat Kelana Jaya. Masa lapor diri pukul 1.30 pagi. Hahaha...bersengkang mata kitorang adik beradik anak beranak semua kat sane taw. Nasib baik jugak sepupu yang pergi sekali dengan mama ada bawak karpet nipis tu..bentang siap bawak makanan lagi. Berpiknik kitorang dekat tepi khemah menunggu tu sementara tunggu masa lapor diri. Ramai sangat orang dalam khemah tu yang kitorang dok luar jer.. panas kot kat dalam khemah tu.


Sementara menunggu di Kelana Jaya


Alkisahnya, sebelum ni memang mama dah consume Omega Guard dan Advanced Joint Health (AJHT). Lagi-lagi sejak mama sakit lutut sampai kena injek dengan doktor and tekanan darah mama tiba-tiba tinggi sampai mama nak pitam. Sejak dari tu memang saya bagi kat mama dua supplemen ni. Alhamdulillah, kesihatan mama bertambah baik dan mama tak lagi ke klinik sebab kedua-dua penyakit ni.

Sebagai tambahan untuk persediaan mama ke Tanah Suci Mekah, saya bekalkan mama dengan multivitamin Vitalea supaya mama lebih bertenaga dan tidak cepat penat. Almaklumlah berjuta-juta umat Islam seluruh dunia berkumpul bagi menunaikan ibadah haji. Selain itu, saya turut bekalkan mama dengan Vitamin C Sustained Release dan Nutriferon untuk boost sistem imun mama. Mana taknya, hari tu juga mama demam, batuk dan selsema. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk meningkatkan sistem imun tubuh tetapi reaksi berfungsi dalam tubuh yang berbeza. Nutriferon lebih spesifik dan terus bertindak pada sistem imun kita manakala vitamin C lebih kepada sistem tubuh yang menyeluruh. (Saya bagi kedua-duanya sebab mama mesti kadang-kadang terlupa nak makan salah satu nanti).



Memandangkan kes wabak Mers-CoV agak tersebar di sana sekurang-kurangnya dapat membantu mama sembuh dengan lebih cepat pun dah cukup bagus. Harap-harap tak sampai seminggu dah baik la. Saya bagi mama tisu peket juga...sebab asyik mengalir je kan.. Hehehe... Sekurang-kurangnya kita berusaha juga untuk sembuh dengan cepat supaya lebih mudah nak tunaikan segala rukun haji nanti. 

Saya tak pasti macam mana nak hubungi mama kat sana sebab mama tak tahu nak tuka simkad Arab yang kerajaan dah bagi siap-siap. Oh ya...banyak juga barang yang kerajaan bagi free kat jemaah haji kali ni. Dulu takde pun macam ni. Segala peralatan dan ubat-ubatan seperti panadol dan glucosamine juga diberikan secara percuma. Mungkin saya boleh hubungi mama melalui sepupu saya yang turut ke sana. Semoga mereka semua mendapat haji yang mabrur. ^_^ 

Friday, 28 March 2014

SET BAJET atau FULL SET : Milkbooster

Assalamualaikum semua..

Hari ni just nk buat short entry kalau boleh... tapi jarang la dpt buat pendek2..xreti sbnrnya. Kalau da stat taip tu mule la nk panjang lebar cite dia. Hehehe... Ok2..fokus2... Yg mana satu pilihan korang, set bajet atau set optimum? Kat sini sy akan explain pros and cons dua2 set nih yer..

First of all, kita semua dah taw yg breastfeeding ni dah menjadi satu amalan atau trend yg semakin mendapat perhatian ibu-ibu yg bakal melahirkan bayi mereka. Malah pihak kerajaan juga menyokong kempen penyusuan ibu secara ekslusif diberikan pada bayi mereka. Seiringan dgn fenomena ini, produk2 berkaitan penyusuan ibu menjadi semakin popular dan on-demand terutamanya breastpump dan supplemen penggalak susu atau 'milkbooster'. 

Sekarang kita dapat lihat, trdpt pelbagai jenis dan jenama produk milkbooster yg trdpt di pasaran sekarang. Bagi sy tidak salah anda mencuba setiap satu jenis untuk pastikn produk yg mne benar2 brsesuaian dgn korang. Bergantung pada bajet korang. Ade sesetengah jenama yg memang agak mahal dan ade juga yg lebih murah. Tapi korang kena fikir jauh, jangka masa panjang. Sebab penyusuan ibu ni matlamatnya sehingga dua tahun kan? So korang kalau boleh kena la maintain ambil supplemen tu selama dua tahun. kalau korang tiba2 stop amik supplemen tu n susu badan korang drop, mesti korg nak sambung makan lagi kn? 

Sekurang-kurang 3 liter sehari

Jangan dengar sangat ckp distributor nih... kadang2 ade distributor yg hanya nak 'menjual' tanpa memberi guideline yg betul. Kalau beli vitamin mahal2 tapi cara makan pn x betul x guna jugak. Kalau x menjadi kadang2 bukan salah vitamin tu x berkesan, tapi cara makan yg x betul. Tapi ade jugak yg jenis yang nak nampak kesan dgn cepat tapi makan x ikut dos dan masa yg betul. Pastu nk salahkn distributor plak. (sy pernah kena dah dgn sorg customer sy...) Lagi x boleh nk tolong, nak susu badan sampai memancut2 tapi air masak kurang minum. Acane tu?? Diri sendiri yg xnak tolong..sy cuma tunjukkan caranya saja.

Entry sebelum ni sy dah pernah explain kedua-dua set ini kt sini. So korang boleh refer la kt entry sy yg tu brkenaan set-set ni. Cuma utk entri kali ni sy nk tekankan tentang persamaan dan PERBEZAAN antara dua set nih. Yg ni sy observe sndri yer...dari pengalaman sy sndri. Saya just nk share dgn korang semua.

Firstly, dalam set bajet ada alfalfa dgn esp. For certain people these two things dah cukup memenuhi keperluan dorg untuk menambahkan susu badan. Tapi korg tahu tak yg pengeluaran susu adalah bergantung pada tahap kesihatan si ibu? Bila ibu sihat dan ceria gembira bertambah banyak susu yg akan dihasilkan. Kalau ibunya stress dan badan pun penat susu pn segan2 je nak keluar. Betul tak? Saya sendiri pernah merasainya.


Dgn pengambilan ESP

Mase mula2 dulu sy bermula hnye dgn alfalfa.  Kononnya nk try je dulu sbb mase tu dah mcm2 petua sy cuba tp xjalan jugak. Ok 1st week xnmpk lg..hasil mngepam sy masih same 2 oz saje stiap kali pam. Sy x putus asa lg. Sy minum byk air n mngepam lg. Kdg2 bile smpt hujg mggu sy buat power pumping. Mggu dpn tu da nmpk perubahan..pam dpt 3-4 oz. Alhamdulillah gembirenye sy ade peningkatan sikit. Yg lagi best, mase bulan puasa susu sy masih banyak. Ade kwn sy susu dye xkua lgsung mase puasa pdhal seblom2 ni susu dye lg byk dri sy. N lg best susu pun lebih pekat. Mcm mne nk taw? Tgk gmbr atas tu... ade 2 layer kn? Dulu mase sebelom sy amik set ni layer bwh lg byk dri yg atas..plg2 pun msti half dri susu tu. (Sori tade gmbr sbb gmbr dlm hp lme...hp sy ilang! Huhu) Sekarang? Mmg sy puas hati! Anak sy pun da x melekat lame..dulu nk dekat 30 min jugak skrg 15 min da lepas or trtdo.

Disebabkn workload yg mkin banyak dan stress, penat kaki sy cpt kebas2 n xleh dok bersila lame2... so sy mula amik ostematrix n b-complex. Alhamdulillah mmg dah jarang sgt sy kebas2 kaki...n jrg juga saket2 pinggang or belakang. Mlm pun tido lebih lena walaupn kejap2 trjage sbb anak nk susu. 


Pengambilan b-complex

Sebab ape perlu b-complex? Selain dpt mngurangkn stress, b-complex ni main peranan regulate hormone kte jugak. Pernah sekali sy trtggal set vitamin sy kt kmpung. Mase tu plak stok b-comllex sy abes, trpakse tggu order sampai. Yg sy perasan, susu sy akan jd kuning skit. Yelar sbb b-complex kn vitamin larut dlm air? Sedangkn urin kte pun akn jd lebih pekat warnanye bile amik b-complex nih.. and mase x amik b-complex ni jerawat2 mula mghinggap! Oh noooo... n period sy xdtg utk bulan tu. (Sy da cek upt tp negatif yer!) Nampak x kesan b-complex ni pd sy? Besar kan impak dye walaupn dlm vita-lea ade juga vitamin b?  

Vita-lea ni mmbantu memenuhi nutrient dlm diet sy..sbb sy bknnye ari2 mkn buah. Sayur tu mkn la jugak tp x la mkn semangkuk kn? So walaupun sy tetap mkn sayur utk sumber serat sy juga, tapi sy tetap amik vitalea utk tenaga seharian. Sy xleh bayang org yg lgsung xmkn sayur2an lagi2 ibu yg mnyusu. Nutrient susu ibu adalah lengkap dan komposisinya adalah tetap..cuma rasanya yg mungkin brbeza2 ikut apa yg si ibu mkn. Klo kte kurg amik nutrien, badan tetap akn hasilkn susu yg masih sama komposisi. Klo xcukup dye akn serap dri badan kte. Mase tu mule2 la mcm2 saket yg dtg akibat kekurangan nutrient.

Vitamin c? Mcm sume yg taw fungsi utama adalah immune booster. Kalau ibu saket susu pn susah nak kua kn? Ibu pn akan jadi stress n xlarat nk menyusukn anak tu. Pernah, sy saket demam smpi muntah2... pegi klinik pun smpi dpn pintu muntah lagi. tapi sy tetap mkn vitamin sy mcm biase n doc pn bg ubat yg tidak beri kesan untuk bf. N walaupun xlarat sgt sy tetap susukn anak sy smbil berbaring. Anak sy ok jer cuma sy jer la... naseb baek suami pn memahami. Dye je la yg melayan anak. Kalau nk susu dye baringkn anak seblah sy. Senang! Hehehe... Ekstra lagi untuk kulit yg lebih sihat!

Ingat yer..setiap kali korg pegi klinik jgn lupe mention yg korg tu BF! Takut nti doc bg salah ubat..takot effect kt baby plak. N ade certain ubat yg boleh inhibit production susu taw sperti ubat slsema and antibiotic.  So please remind your doctors yg u guys still BF yer...

So, which one yg korang pilih? Set bajet atau full set? Tepuk dada tanya iman! Tgk poket anda dan ukur baju di badan sendiri. Untuk full set, sy highly recommended to those mommies yg bekerja especially yg kerja berat2 n byk brgerak..sbb korg perlukn lebih tenaga dan kalori. X bermakna set bajet x berkesan yer.. cuma tgk pada keperluan tubuh anda. :)

Untuk sebarang tempahan atau konsultasi, sila hubungi sy seperti di bawah yer : 



Wednesday, 19 March 2014

Tips kulit sihat: LEMON remedi JERAWAT??

Assalamualaikum semua..alhamdulillah kite masih brpeluang bernafas menikmati nikmat hari ini.. hari ni nk share skit tips kecantikan yg sy sndri pun nk cuba nti. Sindrom PMS la nih...byk plak yg naik. Tmbh faktor stress lagi... I really need my b-complex!! Gara2 tertinggal kt ipoh la nih...huaaaa~~

Ok2 back to the main topic. Seperti yg korg sume taw, lemon adalah sejenis buah sitrus yg mngandungi asid askorbik (vitamin C) yg tinggi semulajadi. Selain sedap dijadikn lemonade, jus lemon juga boleh dijadikan remedi utk merawat jerawat dari luaran. Byk kan kegunaan lemon ni? Hehe... tapi kalau sape2 yg nak try dgn buah sitrus yg lain silakan...brkesan atau tidak sy xpasti yer..hehehe

Jus lemon asli

Cara-caranya:

1. Cuci muke korg dgn sabun pencuci muka dan air suam..
2. Letakkan tuala kecil basah yg suam2 kuku tu kt muke korg 5 minit gitu. Ni nk bg pori2 lterbukak. So lg senang jus lemon tu nk meresap ke dlm kulit korg.
3. Perahkn jus lemon ke dlm mgkuk..dlm 2-3 sudu kecik tu ckup da la....
4. Apply jus lemon kt jerawat korg pelan2 gne cotton ball or cotton bud pn boleh.
5. Biarkan jus tu kering sekurang2nya 30 minit...lagi lama lagi bagus.
6. Cuci muka korg dgn air sejuk plak. Ni nk bg liang2 pori korg trtutup balik.

PERINGATAN!!
Jus lemon adalah bersifat asid. So korg akan rasa pedih skit la mse sapu tu. Tahan je la yer...nk cantik pnye psl kn? Hehehe... kalau pedih sgt korg cmpur skit dgn air bg cair.

Kalau korg wat time malam sebelom tido, biarkan saje jus lemon tu kering smpi esok pagi baru basuh. Ingat, lagi lama lagi bagus yer...

Jus lemon mmpunyai sifat antibakteria yg kuat dan boleh mmbunuh bakteria yg mnyumbat pori2 korg tu..tu sbbnye jd jerawat. Jus lemon jugak bleh dijadikn sbgai agen pengelupasan atau skrub sbb asid dlm jus lemon boleh menanggalkan sel2 kulit yg mati kt muka tu. So nti bleh replace dgn sel baru. Jus lemon juga boleh mengurangkan kesan parut jerawat dan mncerahkan kulit!!

TETAPI...sesetgh org mgkin kaedah ini x brkesan untuknya. Ini brgantung kpd jenis kulit korg. And kaedah ni xleh buat hari2..sbb ianya akan mngeringkan kulit korg. Ikot keadaan cmne, mybe 2 hari skali or 2x seminggu myb dah cukup.

Sape yg TIDAK BOLEH gunakan kaedah ni?

Mgkin ramai yg xtaw tp xsume org bleh guna jus lemon kt muka ni...especially yg mmg semulajadi dark skin color. Ini sbb sel melanin yg mghasilkan melanosit yg mmberi warna kulit akan mghasilkn lbih byk melanin! So tmp bekas jerawat korg tu akn jd lbih gelap n tona kulit jadi x sekata...lagi2 bile exposed dgn sunlight. So it is not RECOMMENDED for those yg dark skin lar...



So ape lagi, cubalah!! Kalau ada sape2 yg penah try cara ni bleh la share yer...nk taw jugak kesan dia..jadi ke xjadi...heheeee... 

P/s: korg penah tgk cte tomato man mse kcik2 dlu x? Tulis entri ni tringat dekat cik SITI LEMON! Favret katun zmn kcik dulu...hehehe

Selamat mencuba ^_^

Thursday, 27 February 2014

ada apa dengan SET HAMIL SHAKLEE?

Assalamualaikum...


Alhamdulillah ramai betol kawan2 yg tengah pregnant sekarang...murah rezeki kamu semua. Ramai gk yg tanye, saya bile lagi nk tambah? hehehe.. bukan tak nak tambah tp bukan sekarang. In shaa Allah ade rezeki taon dpn bertambah la ahli keluarga kami. Lagipun masa bersalinkn faeezah kna operate sbb dye songsang kn... kena la jarakkn juga. Kerja sekarang pn membutuhkn waktu yg padat... bukan senang kerja kt lab ni..maen dgn chemical...main dgn microb lg... berbahaya plak tu. Hehehe...



Mase sy mengandung dulu, sy xtaw pn pasal Shaklee ni. Satu kerugian utk saya lar... Sudah tentu sebagai ibu kte inginkan yg terbaik utk anak kte. Mase dlu sy brgantung sepenuhnya pada ubat yg klinik bg dan susu tepung jer...tu pn bknnye rajin nk minum selalu. hehehe... Ubat yg klinik bg tu ferrous fumarate (masa sy dlu la taon 2012)..skang klinik bg zincofer. Mmg sy xlalu bau ferrous fumarate tu..so Hb sy turun naik. Kejap ok kejap x..kejap2 borderline je. Inisiatif sy mase tu cume banyakkan mkn kerang and sayur bayam utk dptkn sumber iron tu. Kerang plak sy xnk yg direbus...nk yg bakar aje. Hehehe..mujur kt Bangi ni byk kedai yg kerang bakar dye sedap. Tapi ade skali sy sanggup ajak en.suami ke Bagan Lalang...yg tu mmg puas hati la besa2 kerang dye. Perghhh... Tapi xkn la hari2 nk mkn kerang n bayam kan? Muntah gak sy... heee....



Sekarang lebih mudah dgn Set HAMIL Shaklee!!


set HAMIL lengkap untuk anda

Set Hamil Shaklee ini merangkumi:


1. Vita-lea : multivitamin yg dihasilkan bersama Iron formula bagi membantu pembentukan sel-sel darah merah...lebih byk info tentang Vita-lea di sini...

2. B-complex : kombinasi 8 jenis vitamin B yg perlu diambil serentak bersama asid folik bagi membantu pembentukan janin dan mengelakkan 'spina bifida' iaitu deformasi tulang belakang.

3. Vitamin C Sustained Release : membantu meningkatkan sistem imun ibu dan kulit yg cantik. Harus diingatkan pengambilan ubat-ubatan semasa hamil sebaik-baiknya elakkan.

4. Ostematrix : sumber kalsium yg diperlukn bagi pembentukan tulang dan gigi yg kuat. Mengurangkan rasa kebas dan kejang otot. 

Tahukan anda?
Sekiranya pengambilan kalsium anda tidak mencukupi semasa hamil, kalsium akan diserap daripada tulang dan gigi kite untuk disalurkan pada janin. Sebab itu ramai ibu2 yg mengalami osteoporosis dan gigi gugur selepas melahirkan bayi. Jadi ambillah supplemen bagi menampung keperluan harian anda.

set HAMIL optimum untuk anda

Set ini ada additional item iaitu OMEGA GUARD!!

Omega Guard mengandungi DHA dan EPA yg penting untuk perkembangan otak bayi. Malah ibu juga terasa lebih sihat sebab Omega ni bersifat panas... Utk lebih byk info tentang Omega Guard boleh klik sini.


Untuk addition, anda boleh ambil bersama ESP...utk lebih info tentang ESP, anda boleh klik sini. Ramai juga yg ambil ESP semasa hamil tapi harus diingatkan, PROTEIN SOYA boleh mengaktifkan cyst. Sekiranya anda dikesan mempunyai cyst, pengambilan ESP adalah tidak digalakkan. Jadi sebelum anda mengambil ESP sila periksa keadaan anda terlebih dahulu yer....


Supplemen ini hanya MEMBANTU sahaja. Ianya bukan seperti ubat-ubatan di mana tindakannya adalah merawat manakala supplemen ini lebih kepada pencegahan dan pemulihan jangka panjang. Oleh itu untuk anda dpt lihat KEBERKESANAN supplemen ini bergantung kepada tubuh anda. Beri ia masa untuk bertindak dan menyesuaikn dengan tubuh anda. :)

Sila hubungi saya PENGEDAR SAH SHAKLEE KEGEMARAN anda melalui:

Fb: Dila Kazuha
Page: Mama Mia Shoppe
Tel/SMS/Whatsapp/Wechat: 0178780310 / 0175598332
E-mail: dilakazuha@gmail.com