The Entourage

Showing posts with label Sales. Show all posts
Showing posts with label Sales. Show all posts

Thursday, 6 November 2014

Zalora: Sephora & Shawls

Aku beli tudung sket-sket. Yang mana aku tengok murah, aku beli. For now, tak berani beli yang mahal-mahal banyak sangat. Pakai pun senget-senget ekeke. Later-later baru kumpul yang proper sket. Banyak dah brand muslimah wear yang aku dah bookmark ekeke.

Korang ada any particular brand yang korang suka? Jum share!




Monday, 27 October 2014

Johor: Cerita JPO

Alkisahnya cerita aku pergi JPO.

Plannya nak gi ramai-ramai dengan cousin-cousin aku. Tapi mak buyong sorang tu ada hal pulak. So diorang gerak lambat dari KL. Alaaa.. aku dah menggeletis nak round JPO nih. Aku, Irfan dengan Mama hari jumaat tu kul 11 pagi dah sampai JB. Siap sempat singgah makan Kacang Pool lagi sebelum gerak rumah makteh hehe. Yer laa.. dah kalau kul 7 pagi dah gerak dari KL. Memang sampai awal laa kaan.

So bila sampai rumah makteh tu, dah lepak-lepak, mandi-mandi, makan-makan suma, dalam kul2 petang tu aku dah tak senang duduk dah haha. Teringat-ingat kat JPO. Terus ajak Irfan gi JPO. Kahkahkah. Anak opkos laa tinggal denga Nendanya. Dia tak heran pun sebab ramia kawan. Main tak ingat dunia sampai Mummy kuar pun tak nampak.

Bila sampai je JPO, punya laa happynya aku sebab takde orang! Parking pun tepi-tepi entrance tu je. Takyah pusing doploh kali cari parking jauh-jauh. Syiok gila aku pusing-pusing satu JPO. Semua kedai aku masuk 2-3 kali hahaha. Mana-mana kedai yang perlu beratur pun takyah beratur wehhh. Bestnyaaa! Kami sampai JPO dalam kul 2.30 petang. Kul 9.30 malam baru gerak balik ekeke. Sakan tak sakan laa kan.


Inilah supir + bodyguard + porter aku kahkahkah. Oh by the way, JPO memang tengah sale gila-gila. Dan barang baru pun banyak yang baru sampai. Memang masuk je kedai, rasa nak beli semua benda. Tapi terpaksa shopping dengan berpada-pada dan berhati-hati sebab kena simpan duit next trip. Next trip tu nanti aku cite. Takleh cite kat sini awal-awal, ramai yang merati. Hikhikhik.

Kat bawah ni antara barang-barang yang aku beli. Enjoy je laa mana yang ada ye. Yang lain-lain tu tak sempat nak setting snap gambar. Dak gedik dah bangun mintak attention pulak haih.

Winter wear dak gedik ni aku saje beli size besar-besar. Sebab tak tau bile lagi kami nak gi tempat sejuk. Tunggu holiday tempat sejuk or tunggu winter Hong Kong je la. Tu pasal beli besar. As for now pun, winter wear untuk size dia skang pun dah banyak. Peninggalan trip Tokyo dengan Gold Coast. So beli je yang untuk umur 3-4 tahun. Ha simpan sampai berkulat ekeke.


Kat JPO tu ada satu kedai yang memang kemestian ler untuk aku masuk. Nama dia Perfumes & Cosmetics kot. Barang Lancome sangat ler murah kat dalam tu. Since aku memang sesuai Lancome, memang everytime pergi, aku akan restock cosmetics aku kat situ. Hehe aku kan hantu shopping yang bargain hunter. Kalau aku rasa benda tu berbaloi, memang aku akan beli banyak buat stock. Sebab tu cosmetics aku hanya kat JPO dan juga Eraman duty free ekeke.


Saje sambar beg ni buat gi kerja. Tak pernah ada lagi beg biru. So cargas saje grab. Ermm.. sebenarnya beg ni buat nak mencukupkan tiga barang je. Aku beli jeans dengan top kat Guess, sekali orang tu cakap kalau beli tiga barang dapat additional 20% off. Hmm apa lagi. benda yang paling senang dan dekat untuk digrab adalah beg ni. Caras terus ekeke.


Friday, 24 October 2014

Photobook: Travel

Ingat tak aku cerita aku ada dapat free photobook dari Bcard? Tapi aku tak pakai sebab aku nak buat besar sket untuk dak gedik? Haa.. this time aku pakai. Buat photobook travel kami. Mula dari awal-awal kawen, sampai laa ke time aku tengah preggy, sampai laa dak gedik dah kuar. Complete gambar travel untuk dua tahun.






Cumel je photobook ni. 6x6 inci. Sebab tuh laa free kot. Nak promote. Tapi ada 40 pages. Okay la tu. Simpan sendiri. Buat kenang-kenangan. Hehe.

Wednesday, 22 October 2014

Zalora: Sephora

Lupa pulak nak cite. Sempena #MYCyberSale yang sedang berlangsung hari tu kan, korang shopping apa di atas talian? Jangan lepaskan peluang okey. Ada 300 company take part. Banyak gila discount diorang bagi. Aaaaaa pengsannn. *Tengah eyeing iphone6 kat Lazada*

One of the company taking part was Zalora. Opkos laa kan. Dan-dan diorang hantar email cakap ada 20% off for all items. 20% off tu dah normal laa kan kat Zalora. Tapi lepas tu dapat pulak email dari Bcard. Katanya kalau beli kat Zalora sempena #MYCyberSale ni dapat 25% off + 5x Bpoints. What??? Itu sudah bagus. 5x Bpoints tuuu. Banyak wooo. Aku pun apa lagi. Terus bukak Zalora walaupun tak sure nak beli apa ekeke.

Last-last tengok punya tengok, rasa macam nak kumpul barang Sephora laa. Nak beli baju macam tak larat dah tengok baju. Mungkin kena start beli selendang/wide shawl pulak kot? Teehee.


RM43.75 total saving di situ. Berbaloi kan? Yeay! Mari berwangi-wangian!

Tuesday, 14 October 2014

Sephora Is Here!

Dah lama dah dapat sebenarnya. Tapi takde masa nak menulis pasal ni. Barang Sephora aku dah dapat yeay! Siap dapat free gift lagi. Yang dalam pouch tu adalah free gift.


Kat bawha ni barang-barng free gift dalam pouch tu. Dengan pouch tu sekali tau free ekeke.


Thursday, 11 September 2014

JPO ehh.. Johor


Hehehe.. sebenarnya nak gi Johor sebab ada wedding cousin mama. Tapi sambil menyelam minum air laa kan. Last gi Johor hari tu tak dapat nak singgah JPO sebab dalam keta masa on the way balik tu aku sorang je yang nak gi. Yang lain semua tak nak. Takpe.. takpe. This time aku gi sendiri! Bule shopping puas-puas! Ikut time aku sendiri! Huhhh!

Mama dah cakap awal-awal, dia takde nak cari apa-apa pun kat JPO. "Boring laa.. bukan tempat aku," katanya. Hehehe.. So dia dengan rela hati nak tolong jaga dak gedik. Dia kata macam susah je aku nak shopping nanti sambil carry dak gedik. Pastu kang kena stop cari nursing room pulak. Pastu nanti kesian jugak kat dak gedik nak tido ke apa ke. Betul jugak kan. Gi JPO bukan sejam dua. Bule makan satu hari jugak kihkih.

So nanti aku akan hantar mama and dak gedik gi rumah Mak Teh dulu, then kami cousing-cousin akan patah balik ke JPO untuk SHOPPING! Weeehuuu! Thank you tolong layan dak gedik hehe.. Mak sendiri kan, tak pernah berkira dan sentiasa berkorban apa saje untuk kesenangan dan keselesaan anak-anak dan cucu.

Oh lupa pulak.. hari ni last day aku keja. Esok dah cuti uols! Yeayyy. Plannya nak gerak kul5 pagi esok. Doakan perjalanan kami selamat ye. Muahhh!

So.. nanti kita jumpa lagi k! Byeeeee..!

*Banyaknya cerita-cerita travel yang tak hapdet huwaaaa.

Tuesday, 9 September 2014

FashionValet


First time membeli kat FashionValet. Saje je nak try-try. Sebenarnya aku nak beli nursing top. Nak tambah collection kihkih. Tapi dah boring sket dengan DNAbyDynas. So saje laa tengok-tengok kat FashionValet. Sekali banyak laa pulak collectionnya kan. Terus register. Sebab bila register automatically dapat 20% off for first purchase.

Pastu bila dah order suma, bila nak check out tu rupanya siap dia bagi extra 1000 points. Wowee.. 1000 points equals to rm10. Semakin kurang harga dia yahooo! Best pulak shopping kat sini. Next time bule shopping lagi!

Wednesday, 3 September 2014

QQ Baby Shop: Baby Pajamas!

Korang pernah dengar online baby shop nama QQ Baby shop? They sell really nice baby clothes. And cheap too! Dan yang paling aku suka service dia top-notch. Hari ni order, esok dah sampai. Laju gila. Dan diorang ni sangat efficient. Always be in touch in case ada apa-apa yang korang tak puas hati.

Masa aku dok browse-browse qqbabyshop ni, maka ternampaklah olehku pj yang cantik-cantik lagi comel-comel. Geramm aku. Dia jual satu set rm28. Size ranges from 2T-7T. Pastu bila beli banyak bule dapat murah. Aku kan bargain hunter. Terus kaut 10 set sekali kahkahkah. Dalam 10 set ni aku amik 5 set long pants and 5 set short pants. Long pants pj adalah untuk time tidur and short pants adalah untuk time siang.

Pj ni jenis snug fitting. So aku beli size untuk umur 2T and 3T. Bila sampai rumah tengok yang 3T tu alahaaai.. dak gedik macam dah bule pakai je. Menyesal tak beli besar lagi sebab sebenarnya masa kat Gold Coast aku dah shopping pj dia kat Cotton On. Jenis long sleeve set macam gi jugak laa. Comel-comel dan kalerfuuuul. Geram aku. Since dah beli kat sana, ingatkan this time nak beli untuk time dia umur 3 tahun laa (gila lama simpan hahahah). Sekali nampak gaya macam bule pakai terus je kihkih. Pj kalau besar sket pun takpe. Bule tutup tangan and kaki terus, takyah pakai socks dah ekekek.


Cuba korang tengok closely design-design yang aku pilih. Nampak tak tiba-tiba ada design yang super cumel yang macam tak sesuai je untuk dak gedik? Alaa yang miao ada flower-flower tuuuu.. ekekeke. Tu sebenarnya bukan untuk dak gedik. Tu untuk cousin dia.. Qisya! Hehehehee.. alang-alang membeli banyak tu, sauk laa satu untuk anak kesayangan mak ngah kan ekeke.. I datang Gombak nanti I pass okeh babe!

Sunday, 17 August 2014

Bonus

Ada orang dapat bonus. Dan ada orang dapat habuan kihkih.

Sebelum puasa hari tu, Eddie dapat bonus. Alhamdulillah rezeki kami anak beranak. Setiap kali bonus mesti dia akan tanya aku nak apa hehe. Nak belanja katanya. Tapi this time since dia tau aku memang tengah aim Si Gucci kat @kerengga_kurus, terus dia cakap nak belikan. Wow.. Hari tu bila tanya, dia buat-buat tidur. Hahaha tu laa perangai Eddie. Bila mintak apa-apa, dan-dan tu laa jugak terus buat-buat berdengkur. Mengada.


Cantik beno sampai buat aku termimpi-mimpi. Tapi Eddie bagi aku option jugak laa if let's say ada benda lain yang aku teringin. Saat dia sebut nak belikan beg ni confirm laa memang tade benda lain dalam kepala otak ni. Memang terus je laa aku menjerit-jerit tersengih-sengih macam orang gila nakkan bag tu. So Eddie cakap, dia balik nanti bule gi kedai Kerengga Kurus. Happynya tuhan je yang tau.

Tu masa tu laa. Malam tu aku dok pikir. Patut ke aku beli beg tu? Perlu ke aku another extra bag? Tak membazir ke? The bag worth the prize ke?

So bila aku pikir-pikir balik, dari segi practicalitynya, dari segi worth ke tidak, aku tak rasa nak beli pulak. Untuk harga yang macam tu, lebih baik aku beli something yang betul-betul ada nilai. Bukannya aku tade handbag kan? Nak simpan bape banyak handbag betul tak?

Pikir punya pikir, aku terpikir macam nak cari something gold, sebab dia tak susut nilai. Plus aku bule buat investment jugak kan. Dengan harga lebih kurang dengan beg tu, I'm sure I can get a pretty descent one.

So bila Eddie sampai sini je, bermulalah pencarian gelang tangan emas aku. Sebenarnya nak beli gelang kaki sebab aku takde lagi. Tapi gelang kaki bape je, bule beli sendiri.. ehhh hahaha. Mula-mula sekali, kami gi Emas Sri Pinang sebab kalau beli kat situ dapat 3X bpoints. Kalau gelang harga rm4k, kali dengan tiga, dah berapa? Banyak woo point. Untung di situ. Haha kami kan opportunist. Tapi malangnya, tade yang cantik. Terpaksa laa lepaskan opportunity itu.

Next kami ke Habib, ada jugak yang aku berkenan. Tapi Habib mahal sket. Masa tu RM155 segram. Gelang yang aku nak dah nak cecah RM6k. Terbeliak aku. So pusing-pusing lagi tempat lain. Tomei macam biasa-biasa je. Lebih kurang Emas Sri Pinang jugak.

Last sekali kami masuk Poh Kong. Sekali ada laa pulak gelang yang aku suka kat Habib tu. Beza design sket je. Dan harga Poh Kong adalah RM149 segram! Apa lagi, caras terus!


Simple je gelangnya. Jenis lipan. Aku suka sebab dia padu. Orang kata design ni everlasting. Tak makan dek zaman. Mana-mana zaman pun ada design ni. Lari sket-sket je. Teringat mama pun ada satu. Aku memang saje cari yellow gold sebab time nikah dah dapat white gold. Variety laa sket kan. Plus umur-umur skang ni dah pikir investment je.

Gelang ni panjang. Aku kena potong tujuh butir baru ngam kat tangan. Tu pun panjang lagi. Amoi tu cakap, kalau yang extra tu aku tak nak, dia bule timbang balik and tolak harga. Tapi Eddie suruh amik jugak. Dia suruh simpan kot-kot aku gemuk nanti katanya. Cisss.

Since aku beli gelang ni sehari sebelum raya, banyak pulak discount yang dia bagi. Alhamdulillah laa kan. Pastu free gift pun banyak. Tapi entah pape je la kan. Sarung duit raya laa, tudung saji laa, kad raya laa hahaha. Bedal ler, amik jeeee.

Wednesday, 23 July 2014

Zalora: Okay Last!

Betul ni. Last je ni shopping kat Zalora. Pasni tak shopping dah!

Hari tu aku baru dapat Straight Maxi Skirt Zalia yang aku beli sekali dengan Kimono Prada Lace Top tu. Sekali besar la pulak kan. Size M kot. Tapi besar. So, aku pun pulangkan ler. Senang je shopping dengan Zalora ni. Semua sampai ke riba. Kalau rasa tak kenan, bule pulang within 30 days after purchase. Free je, takyah bayar postage. Pastu dia kasik store kredit, ko bule beli mend lain pulak.

Since aku memang nak maxi skirt tu, aku pun beli la benda yang sama. Cuma this time aku amik S. Sambil-sambil tu tangan gatai pi click menda lain. Sebab kalau amik tiga barang Zalia dapat extra 20% off. Pastu aku ada coupon voucher jugak. Sudahnya, aku cuma perlu bayar half je. Hehe.. yerr aku memang bargain hunter. Suka shopping tapi hanya akan beli bila aku rasa aku akan untung yeeehaa!



Dah dapat pun sebenarnya skirt tu. Size S tapi still macam besau sket (thanks to puasa). Tapi tak laa nampak sangat. So, bule laa pakai raya nanti hehe. 


Thursday, 17 July 2014

Zalora: Lagi & Lagi

Hari tu ada dapat lagi 20% off voucher dari Zalora. Memang selalu je Zalora bagi sebenarnya. Kalau korang subscribe kat email. Tiba-tiba ada je dia hantar. Selalu aku memang tak pandang sangat ler setakat 20% tu. Banyak mana je dia potong. Still mahal. Biasanya aku akan membeli-belah kalau voucher yang dia bagi tu 25% and above. Baru laa berbaloi kan. Sebab apa-apa pun aku memang kena spend rm75 and above untuk waive postage fee. Bukan apa, rasa membazir pulak nak bayar postage tu. Baik start kereta pergi mall. Kan?

This time aku dapat 20% off voucher je. Saje je laa browse-browse apa yang menarik. Tiba-tiba ternampak kat website dia tulis if check out using mastercard dapat 10% off lagi. Hanya setiap hari Khamis. Wow.. itu sudah 30% off dah tu. Macam best je. Terus aku sambar mana yang patut.





Baju putih tu macam inner. Aku nak pakai dengan kaftan raya ni. Yang lain tu flats untuk pakai gi keja. Since kami dah ada untuk planning tahun depan, aku refrain diri aku untuk beli stilettos dah. Sebab aku tau hanya tahun ni je aku bule pakai. Tahun depan takleh dah. Apa planningnya? Bukannnn.. bukan nak preggy lagi haha. Nanti laa aku cite bila dah betul-betul confirm k. :)


Cuba tengok berapa banyak discount yang dia bagi. Aku rasa berbaloi sangat. RM45 off tau. Lepas ni memang aku akan tunggu hari Khamis je untuk shopping. Hehehe. I love Zalora!

Monday, 14 July 2014

Zalora: Discount! Discount! Discount!


Konon-konon tak nak beli baju raya sebab tatau nak pakai bila.

Konon-konon nak recycle baju je sebab banyak baju elok-elok lagi.

Konon-konon nak simpan duit untuk Gold Coast sebab nak gi Harbour Town.

Aku tewas rupanya.



Mana taknyaaaa. Tiba-tiba je Zalora kasik voucher raya 20%. Lepas tu kalau beli Zalia dapat lagi 20%. Lepas tu aku memang ada store credit RM30 lebih. Tengok-tengok balik.. ehhh.. tingal bape je. Banyak kot saving di situ. Tutup mata dan click saje.


Sangat berbaloi-baloi kan. Tengok last bill aku kena bayar bape. Dekat half of the price weh. HEhehe.. Oh lagi satu sape-sape yang ada Mastercard sila lah bershopping di hari Khamis ye. Ada additional 10% yeay!

*Nak beli Jovian membazir sangat rasanya. Zalia pun jadik laa.. Lawo juga.

Saturday, 5 July 2014

ToysRus Sale


Kenapa laa KLIA 2 dia tak buat gini. Kalau tak, weekdays lagi aku dah gi. Sorry post lambat pulak entry ni. Aku pun baru jumpa. Saaaat lagi nak pi. Nak cari kot-kot ada barang yang menarik untuk dak gedik. Pastu nak singgah Ikea sekali kot, Insya Allah. Jum korang!

Thursday, 3 July 2014

Ikea Sale

Sale gila-gila weh! Kenapa lah kenapa Ikea takde online shopping. Huwaaa! Ada sape-sape nak gi tak? Nak kirimmmmm..











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...