Showing posts with label berpantang. Show all posts
Showing posts with label berpantang. Show all posts

Monday, April 7, 2014

Set Berpantang yang Terbaik

assallammualaikum wbt =)

Ramai yang pm Vee tanya Set Berpantang apa yang terbaik & menjadi pilihan Vee. Dah tentulah Vee jawab Set Bersalin Nona Roguy , NR . Selain tue.. bagi mereka yang kurang suka jamu atau herba, bolehlah pilih  Set Bersalin Shaklee =)

Kenapa Set Bersalin NR? Sebab Vee sendiri dah ambil set tue selepas bersalinkan Elena. Highly recommended kerana



  1. membantu menurunkan berat badan dengan cepat (makan kena jaga ok)
  2. adanya pil Phytonatal yang sememangnya terbaik dari ladang!! bila nak membuang air besar, x rasa gerun sebab najis x keras & lancar jer (khas untuk mereka yang bersalin normal)
  3. Phytonatal boleh diambil walaupun anak ada kuning. Sebabnya x panas & x effect baby sangat
  4. Teh herba yang sedap rasanya & membantu banyakkan susu badan. terbukti!!
  5. Ada lulur herba yang memang best sebab rasa suam-suam jer bila pakai. Tapi time pantang xleh mandi lama-lama tau!
  6. Minyak herbanika antara minyak yang paling Vee suka sebab boleh dijadikan param, pilis & penyembuh luka jahitan =)
  7. Krim herba pun best jugak sebab x panas sangat. Tapi Vee sapu jer losyen halia sebab nak kurus cepat hihihihi
itu pengalaman Vee la, cuma bila berat badan dah banyak turun.. part menggeleber tue agak menyakitkan mata T_T

Untuk mereka yang berkenan dengan Set Lepas Bersalin Shaklee, Vee rekemenkan korang ambil


  1. ESP : memberikan tenaga kepada ibu, membantu banyakkan susu badan, khasiat kepada baby (kulit baby jadi cantik & bersih), membantu badan tidak menggeleber walaupun turun berat badan
  2. B-Complex : anti-stress, elakkan meroyan
  3. Zinc Complex -: mempercepatkan luka sembuh, elak rambut gugur
  4. Ostematrik : membekalkan kalsium untuk ibu & baby, elakkan sembelit
  5. Lecithin : membakar lemak & membantu menurunkan berat badan
  6. Vit-C : Mengukuhkan sistem imunisasi & mencantikkan kulit, elakkan selsema
  7. Vitalea : membentuk sel darah merah (mengganti darah yang hilang) 
haaa... sila tambah Phytonatal NR dalam Set nie jugak sebab memang bagus dalam proses pembuangan najis & membantu memulihkan rahim & dalaman ^_^

Macam Vee, bila dah abes pantang & baby pun dah makin besar.. Vee sambung ambil Produk Shaklee ESP, Lecithin , Alfalfa & Herb-Lax sebab nak meneruskan azam 50kg sampai berjaya =)

------------------------------------------------------------------------------------

Berminat nak Set Bersalin NR? Korang dah boleh beli dengan Vee =)

Set Bersalin NR = RM 365 + RM 10 (Postage)

Pakej :
  1. Phytonatal - 90 biji (2-4 biji sehari)
  2. Akar Herbanika - 10 peket (1 uncang untuk 3 hari)
  3. Minyak Herbanika - 100ml
  4. Herbanika Barut (krim) - 60gm
  5. Uncang cuci Herbanika - 10 peket (buat mandian & cucian)
  6. Herbanika Lulur - 100gm
Free Gift ( boleh pilih mana-mana yang suka =) )

Pilihan 1 
  • Bengkung Bodycare / bengkung Seraimas
Pilihan 2
  • Losyen Pati Halia
  • param
  • pilis
  • barut baby
  • minyak telon baby
  • sabun susu beras/ susu kambing
Pilihan 3 
  • Tungku baby
  • barut baby
  • minyak telon baby
  • sabun susu kambing / sabun susu beras
  • Losyen Pati Halia
Pilihan 4 
  • Nu3med NR
Pilihan 5
  • Kapsul haruan
  • minyak telon baby
  • param
  • pilis
  • barut baby
---------------------------------------------------------------------------------

Untuk korang yang berminat dengan Set Lepas Bersalin Shaklee 

Set Penuh + Free Gift

  1. ESP : RM 150
  2. B-Complex : RM 53.75
  3. Zinc Complex : RM 33.75
  4. Ostematrix : RM 61
  5. Lecithin : RM 52.50
  6. Vit-C : RM 92.50
  7. Vitalea : RM 88.75
Jumlah : RM 532.25 / Set 

Set Bajet + Free Gift
  1. Zinc Complex : RM 53.75
  2. Vit-C : RM 92.50
  3. B-Complex : RM 53.75
  4. Vitalea : RM 88.75
Jumlah : RM 288.75 / Set 

sms / whatsaap Vee untuk harga istimewa & nasihat percuma : Vee : 012- 6498084


Wednesday, December 4, 2013

Cara Berpantang

Assallammualaikum wbt..

Lain orang, lain cara pantangnya ..betul x?  Sesetengah orang memang prefer berpantang cara tradisional, ada yang suka dengan cara moden & ada yang suka apply kedua-duanya.

Vee? Vee lebih senang dengan cara tradisional & dicampur sedikit cara moden hehehehe acaner tue?

Mula dari Mandian dulu. Vee memang hari-hari mandi air rebusan serai wangi, serai wangi original tau.. bukan serbuk sebab Mil memang tanam depan rumah. Then air cebok pun guna asam keping + uncang teh herba yang disertakan dalam set NR. Lepas mandi air suam nie.. wangi seluruh bilik sebab serai wangi memang harum baunya & segar :)

Lepas mandi, wajib Bertungku. Dulu masa Elaine, Vee guna bata panas. Sekarang nie guna tungku elektrik sebab xnak susahkan Mil & Mr Hubby.. memang x sepanas bata tapi letak la lama sikit kat tempat yang ditungku tu.. terasa gak. Bertungku bertujuan untuk membantu lancarkan peredaran darah, mengecutkan rahim, keluarkan darah kotor, melegakan sakit & lenguh badan. Biasanya Vee akan tungku di perut, belakang badan, pinggang , paha & tapak kaki. Paling penting di perut sebab nak kecutkan rahim.

Lepas tu Berbengkung. Sebelum berbengkung, Vee akan sapu perut, paha, pinggang & belakang belikat yang biasanya tempat lemak-lemak suka lepak dengan losyen pati Halia. Lengan Vee sapu dengan krim barut NR sebab xnak panas sangat, Vee kan bf baby. Lepas sapu krim-krim tue baru berbengkung. Kali nie Vee ada dua jenis bengkung. Wajib ada dua sebab kena cuci la kan..xkan nak pakai 44 hari dengan 1 jenis bengkung jer. Vee ada bengkung lilit 4meter yang mak buat sendiri & bengkung Bodycare yang ikat tali kasut tue. Tujuan berbengkung? Mestilah nak bagi body slim melim hehehehe perut kan membesar selama 9 bulan..haruslah berbengkung.

Kali nie Vee x pakai param & pilis :p sebab Vee sapu leher, kepala, tangan & kaki dengan Minyak Herbanika NR jer. Alang-alang beli NR.. gunalah sepenuhnya. Tujuan? Elakkan angin sejuk masuk ke liang-liang roma yang biasanya terbuka luas selepas bersalin.

Oh ya.. bagi Vee Minyak Herbanika nie antara minyak yang terbaik terutama untuk Vee yang bersalin secara normal nie. Minyak nie leh letak atas pad sebab membantu menyembuhkan jahitan episiotomi dengan cepat ^_^ rasa berangin jer.

Bab makan pulak.. sarapan pagi biasanya Vee minum milo panas & makan biskut atau roti. Tengahari Mama masakkan ikan yang direbus atau digoreng dengan halia. Sayur sedikit & minum air suam or teh herba NR. Nasi wajib nasi panas & x boleh tambah. Petang sama macam sarapan..Vee minum milo & makan biskut &  malam sama menu macam tengahari gak. Kalau boring minum milo, Vee selamba minum Indocafe hehehe :p even Mil x bagi sangat takut anak angin.

Stokin wajib pakai.. xleh bersejuk sangat, so kipas xleh laju-laju, pakai baju lengan panjang & xleh lasak-lasak.

Perkara paling wajib bagi Vee ialah makan Phytonatal NR .. sebabnya sangat mujarab melawaskan pembuangan air besar sepanjang berpantang tanpa rasa takut hehehe selain tu mengeluarkan darah-darah kotor & panaskan badan. Yang paling penting membantu membakar lemak-lemak yang ada & dilawaskan melalui poo-poo ^_^

Dah masuk minggu ke3 pantang nie, baru nak minum Bidadari dcl hehehe tujuan untuk membantu mengecutkan rahim & membuang darah kotor dalam badan. Selain tue membantu memulih & mengetatkan keintiman wanita. Errr... kan ke moto Bidadari tue.. "setiap malam adalah malam pertama" .. so penting diamalkan semasa berpantang nie :p

Haaa.... nak update pasal berat badan nie @_@ Kempen 50kg tu wajib direalisasikan.

Hari last sebelum bersalin :          72kg     17/11/13
Selepas bersalin :                        68kg     19/11/13
Seminggu berpantang :                65kg      25/11/13
2 minggu berpantang :                 63.5kg    2/12/13

Friday, December 16, 2011

lagi kesah Elaine ^^

assallammualaikum wbt

bila dah ada Puteri Hati nie.. banyak perkara yang kita kena fikirkan.. antaranya susunan dalam bilik.. dah xder nak focus untuk hiasan yang sarat-sarat.. kalau boleh nak yang simple, selesa & ceria jer sebab Elaine tido sekatil dengan vee & Mr Hubby.. 

so side table da wajib letak barang-barang macam kat bawah nie


nampak tue.. pampers, minyak yu yee,  tisu, baby wipes, kain basah untuk lap mulut Elaine lepas menyusu supaya x kena kurap susu & secawan air suam untuk vee (wajib sebab sangat haus selepas menyusukan Elaine)


yang nie pulak banyak barang-barang vee yang harus digunakan sepanjang berpantang hehehe  tapi jamu vee x makan lagi sebab nak tunggu Elaine dapat suntikan pertama dulu.. sebab x makan jamu, badan pun lambat lah turun.. huhuhu tapi Mama bagitau yang vee da susut, tapi belum sampai tahap yang vee inginkan ^^ sabar..sabar.. lagi seminggu lebih jer lagi.. lepas tue jamu time!!

oh ya.. arini vee sajer jer letak  Elaine tido dalam baby cot dia tue.. alhamdulillah Elaine tido dengan selesanya ^_^  so lepas nie leh la bawa masuk baby cot tue dalam bilik.. bukan apa, sian tengok Elaine kena tido sekatil dengan kitorang.. risau Elaine rasa sempit jer huhuhu at least bila Elaine tido kat baby cot, lebih selesa & luas ^_^


hanya bantal jer yang pink.. tue pun Tuk Mak yang buatkan & bantal Heart tue vee punya.. yang lain agak maskulin warnanya sebab Mr Hubby dulu nak Baby Boy hehehe xper lah Elaine, Ummi abes pantang jer.. kita gi shopping baju lawa-lawa k ^_^

Tuesday, December 6, 2011

al-kisah Berpantang

assallammualaikum wbt

dah hampir 2 minggu vee berpantang, barulah vee berpeluang untuk buat entry tentang berpantang hehehe actually ini kali kedua vee berpantang , so xdelah rasa susah sangat kan cuma lain sedikit daripada pantang yang sebelum nie sebab sebelum nie vee berpantang sebab vee keguguran

kali nie, vee berpantang di rumah Mama (MIL) tapi vee bertuah sebab Mak vee turut sama menjaga vee di sini. vee kan satu-satunya anak perempuan , mestilah mak nak jaga vee kan.. cuma xleh lama sebab adik ipar vee pun akan bersalin gak (dah bersalin da pun..semalam hehehee)

rutin berpantang vee mudah ajer.. bangun awal pagi, lebih kurang lepas subuh, vee akan disuruh bersiram dengan air suam yang direbus dengan pandan wangi & serai wangi.. memang harum semerbak satu rumah. masa hari pertama bersiram.. Mak yang mandikan (sangat manja kan hehehe) memang agak menjerit jugaklah sebab kepanasan , dah lama x bersiram air suam. then duduk bersimpuh masa bersiram tue sebab nak jaga tempat jahitan.. sangat sopan =)

then lepas bersiram, vee akan bertungku. vee bertungku menggunakan bata merah sebab ada mak bidan nasihatkan untuk guna bata merah. khasiatnya bata merah diperbuat daripada tanah, & kita sebagai manusia juga berasal daripada tanah, so lebih baguslah. bertungku fokus bahagian perut sebab nak kecutkan rahim. then bahagian belakang & tempat-tempat yang rasa macam sengal-sengal badan .

then Mr Hubby akan sapukan param & pilis seluruh badan, vee lak request sapukan krim susut perut tue kat perut, paha & lengan sebab nak cepat kurus heheehe.

selepas badan disapukan param, Mr Hubby akan pakaikan bengkung untuk vee. memang mula-mula rasa x selesa & ketat tapi vee suka setiap kali buka bengkung, semakin menyerlah bentuk pinggang & tiada perut yang menggelebeh hahahaha setiap kali rasa slim, vee mesti angkat-angkat kening pada Mr Hubby hehehee signal nak bagitau Mr Hubby yang vee akan berjaya mencapai target vee

alkisahnya, masa pregnant, vee berkenan dengan baju kebaya & jubah yang cantik-cantik tapi Mr Hubby janji akan belikan kalau vee berjaya menguruskan badan.. so.. sekarang nie angkat-angkat kening lah dengan Mr Hubby menuntut janji heheeheh

bab makan..memang ikut pantang lah.. tapi vee x makan jamu, halia, black pepper, kunyit & makanan yang memanaskan badan sebab vee menyusu badan, so xmolah Elaine yang kena tanggung sakit sebab vee lak kan.. tunggu Elaine dapat injection pertama after one month, baru vee start makan semua tu.

vee hanya makan nasi panas berlaukkan ikan yang boleh dimakan sewaktu berpantang jer + pucuk mengkudu. haaa... nie memang best sebab selain khasiat pucuk mengkudu untuk cuci darah, ianya akan menjadikan kita awet muda ^^ best kan hehehe sarapan vee cuma minum air milo & roti berintikan meatloaf ajer =) simple & sesuai untuk orang yang ingin menurunkan berat badan dengan kadar segera.

la nie.. vee kena ikut waktu Elaine la plak.. maksudnya kalau Elaine tido waktu siang, vee pun ikut tido sekali sebabnya waktu malam, Elaine lebih banyak berjaga untuk menyusu. mula-mula vee memang terasa penat gak lah sampai sakit-sakit badan sebab vee menyusu Elaine dengan posisi duduk.. Mama x bagi vee menyusu Elaine dengan posisi baring sebab nanti sakit tulang belikat..  tapi bila dah lama nie.. alhamdulillah xlah susah mana vee nak ikut time Elaine ^^ Mr Hubby lak memang banyak membantu vee even kadang-kadang kesian gak tengok Mr Hubby yang banyak kena buat kerja heheheehe tapi nilah can vee nak berehat sepenuhnya hihihihihi 

oklah cukup dulu sampai sini.. gambar pun xder nak upload.. nak layan My Precious Daughter ~~Elaine Medina~~ nie ^^ 

Sunday, October 31, 2010

masih dalam pantang .. majlis tunang kazen




semalam adalah Hari Pertunangan Nur Saadah Rashid @ Bangi . Saadah nie dah kira sepupu jugak la, belah hubby..anak kepada Pak Usu, adik mama hehehehe

anyway semalam tu sebenarnya dah 3 minggu lebih vee berpantang, so vee rasa ok jer kut vee g sana.. bukan wat per pun kan. lagipun lamanya lah vee duk terperuk kat dalam umah..

masa raya..ms nie pregnant 3 bulan




vee pun dah plan nak pakai Jubah Pink vee tu..eh..eh!!! dh sangat longgar la hehehehe betul..bukan auta nie. vee dah turun banyak gak lah yer masa berpantang nie. thank Sayang sebab jaga vee dengan baik ..mmmuuuaaahhh hehehehe sebab last vee pakai masa raya tu, bahagian belakang & perut sendat sket (seperti gambar di atas) hihihi



then bila sampai sana jer, sumer ibu2 & bapa2 sedara + kazen ucap takziah.. alamak.. sedih nie sebenarnya sebab vee macam baru nak lupakan hal tu...huhuhu anyway vee sangat2 menghargai perhatian itu. thanks ^_^

wah Adaa... cantik dah macam pengantin dah.. warna putih susu.  majlis berjalan lancar. hari nie dimeriahkan dengan Sofeya & Haziq. Haziq hepi jer sebab mama dia dah pun pregnant sebulan.. tahniah k. Lya :D






anyway balik jer dari majlis.. aduuhh kepala vee nie rasa nak pecah.. sian hubby kena picit.. tapi lagi teruk bila dah malam.. so my hubby tolong letakkan pilis & vee terus tidur. alhamdulillah kepala vee terus elok bila bangun ^_^ alhamdulillah..



Tuesday, October 26, 2010

ubat periuk oh ubat periuk





arini vee start minum ubat periuk walaupun macam terlewat jer kan.. bila vee bukak plastik.. ada macam2 akar dan herba yang vee xpernah nampak pun sebelum nie, manjakani pun 1st time vee tengok..
   
rasanya??? aduhhh Y.A.R.K.K :( huhuhu memang vee x dapat nak explain... hmm tapi kena gak minum...huwaaa!!!!!! dah la warna airnya hitam... uhuk uhuk...

Wednesday, October 20, 2010

Bila Harus Berpantang 2

post kali nie nak share about pantang. post yang lepas vee just bagitau secara ringkas kan, so kali nie vee bagi details sket.     


   
    
    

Vee diwajibkan pantang selama 44 hari huhuhuhu hanya orang yang telah melaluinya tau bagaimana seksanya :p banyak perkara yang xleh dibuat. meh vee senaraikan yer..
   
1- vee wajib memakai stokin sepanjang hari. start vee balik dari Hospital Serdang, mama dah suruh vee pakai. sebabnya supaya kaki x sejuk, maklumlah lantai mar-mar kan sejuk.  stokin kena stokin yang tebal, xleh yang nipis-nipis tau..
   
2- kain batik tu dah jadi kain harian vee. vee xtau lah sebab per tapi my mum yang suruh vee pakai kain batik..maybe sebab kain batik nie tebal sket dan xkan nak pakai seluar kan... 
   
3-bengkung pun vee kena pakai. haaa..part yang nie vee keliru sket..ada yang bagitau xyah pakai bengkung sebab vee gugur.. tapi ada gak yang suruh vee pakai sebab nak jaga perut supaya x menggeleber..yelah kan.. vee pregnant 4 bulan, perut mestilah besar sket.. so xkan nak biarkan jer.. tapi vee x pakai ketat2 lar sebab takut effect kat rahim. kadang2 vee ngelat gak sebab panas + kulit vee nie sensitif sangat, timbul bintik2 gatal hurmmmm... azabnya bila gatal tu datang.. nak garu beria-ia kang, berparut lak.. huhuhu garu guna kain je la jawabnyer... bengkung vee ada dua, satu yang mak vee buat..memang panjang tu, 4 meter..dah leh wat baju dah pun hehehehe satu lagi mama (ibu mertuaku) bagi yang AmWay nyer.. bengkung biru... so vee pakai gilir-gilir lar
   
4- param untuk memanaskan badan. minggu pertama vee memang pakai sebab nak elak badan sejuk, tapi masuk minggu kedua, vee dah kurangkan penggunaannya sebab mak bidan x bagi vee terlampau panas @ sejuk... 
   

   
5-pilis... memula vee x pakai sebab rasa kepala x pening tapi masuk minggu kedua, vee mula pakai especially sebelum tidur sebab vee dah rasa sakit kepala. diorang cakap kena berjaga-jaga bila kepala pening, takut tumpah darah.
   
   
6- air suam dah jadi air yang utama dalam kehidupan vee nie, minum air suam..mandi pun air suam..even nak wat cebok pun kena air suam+ asam keping.. sebab nyer masih sama, xnak badan vee sejuk.. xper lah kan.. leh jaga kesihatan, air suam kan baik untuk kesihatan badan :)
   
7- vee dibekalkan Asid Folik oleh doktor untuk 3 bulan. tujuannya nak kuatkan rahim & membentuk sel-sel bayi nanti. wah.. baguslah sebab baby vee sebelum nie pun survive tanpa asid folik.. kesian baby vee..hurmmm... 
    
   
8- Pil Curcumin ataupun nama melayunya Kunyit adalah pil tambahan untuk vee. mama bagitau elok untuk merawat luka dalam rahim. mama beli dr HPA.
   
   

9- Pil Spirulina nie pun vee kena makan gak.. sebabnya mama cakap untuk kekuatan badan.. ramai yang cakap badan vee nie lemah.. alaaa.. mana der.. vee x lemah la..lemah lembut ada la heehehhehe
    
   

10- Teh Herba Pegaga, mula2 masa beli nie, vee takut vee x suka nak minum, tapi bila dah minum.. eh eh... ok lah rasa nye.. sedap sampai leh minum sepanjang hari hehehe khasiatnya??? dah namapun pegaga, memang sangat elok lah untuk wanita. untuk awet muda pun sama .. so pada yang x berpantang pun masih leh minum teh herba nie, sebab khasiatnya untuk wanita sangat banyak tau
   

    
11-  ada saper2 suka makan halia x? haa.. yang nie bila dok pikir balik, vee mana nak makan halia, pedas + rasa x best tapi nie yang jadi hidangan utama masa vee berpantang. khasiatnya apalagi kalau bukan untuk buang angin dan panaskan badan, bagi berpeluh. tapi bila dah selalu makan, sedap gak.. hehehe yang x leh tahan tu, my hubby belikan minuman halia... aduhaiiii nasib baik sarapan leh minum milo... bagi yang nak buang toksin badan dalam masa yang sama nak diet, makan dan minumlah halia nie yer
   

   
12- madu pun antara menu yang harus ada masa berpantang nie.. vee makan sesudu madu setiap hari. elok untuk badan dan kesihatan. kulit pun jadi cantik hehehehe berpantang nie memang bagi can untuk jaga diri sendiri dengan betul la kan.. 
   
   
13-  Pati Ikan Haruan sangat baik untuk menyembuhkan luka2 dalaman.. nak lagi best makan lah ikan haruan tapi kat kl nie mana nak dapat, so masa my hubby beli tu, dah terbayangkan kehanyiran pati ikan nie huhuhu tapi alhamdulillah bila vee rasa .. xla teruk sangat.. sedap gak la rasanyer.. x caya korang rasa lah heheehhe my hubby beli jenama MasPati, Pati Ikan Haruan dengan Gamat, lagi ok kan.. yang lagi best sebab pati nie ada kolagen dan menjadikan kita awet muda.. suka ..suka!! hehehehe banyak khasiatnya. x caya, baca kat kotak tu
   
   
   
14- telor ayam kampung... hurmm.. yang nie vee lepas makan 2 biji jer sebab masa mama bagi vee telan telur kuning tu, vee termuntah.. loya ya amat.. kali kedua vee telan dengan muka terkulat2 ..terus dah x makan lepas tu.. aiiii camner lar orang leh telan selamba jer yer telor tu.. hurmmm
    

vee rasa cukuplah sampai sini buat masa nie, ada masa sambung balik hehehehe 



Saturday, October 16, 2010

Bila Harus Berpantang

     
     
Waktu berpantang nie x semudah yang disangka. Sebelum melalui pengalaman nie sendiri, vee selalu rasa yang berpantang nie mudah untuk diikuti, tapi bila dah lalui sendiri.. baru tahu x lah semudah yang disangka.
Disebabkan vee keguguran masa kandungan 4 bulan, so vee harus berpantang lebih dari orang yg bersalin. Balik jer dari Hospital Serdang, masa untuk pantang pun bermula. My mum sibuk nak wat kan bengkung untuk vee macam orang dulu-dulu. Bayangkan bengkung 4 meter, punyalah panjang.. leh wat sepasang baju kurung lagi.
Hmm… Alhamdulillah sebab adanya suami yang sangat baik hati sentiasa menemani di sisi vee. Hakeem sanggup menjaga dan melayan karenah vee yang macam-macam. Kadang-kadang vee sedih gak sebab bila vee wat perangai, Hakeem tetap sabar melayan karenah vee. Vee sentiasa mendoakan semoga segala jasa & kasih sayang Hakeem pada vee mendapat balasan yang indah dari Allah.
Menu untuk orang berpantang, memang lah x sesedap makanan orang sihat. Halia & black paper adalah sajian utama.  Itulah yang vee makan dan beberapa hari kemudian, mama call nak minta Hakeem anta vee ke damansara sebab mama nak jaga.
Pilis & param vee pakai x sampai seminggu pun sebab kulit vee sensitive. Habis naik bintik-bintik gatal  kat pinggang vee. So vee just pakai bengkung je la. Tapi memang mujarab sebab dah start ramping lak pinggang nie hehehehe. Tu baru seminggu. Hehehehe
Then, mama ada belikan pil HPA “Circumin & Spirulina” . baik untuk kesihatan dalaman. Curcumin tu herba kunyit yg bagus untuk kesihatan dalaman wanita, Spirulina lak banyak khasiatnya. Antaranya untuk awet muda 7 kekuatan badan. Tea herba Pegaga pun kena minum setiap hari. Sesuai untuk wanita yang keguguran dan lepas bersalin. Vee ambil garlic oil from Blackmores sebab nak mudahkan pembuangan hehehehe
Masa vee tulis nie, baru jer seminggu berpantang, harap vee leh bertahan lah selama 44 hari. Tapi ada beberapa pantang yang vee langsung x leh makan selama 100 hari… aduyaiiii… xpelah.. untuk kebaikan, ikut jelah…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...