Showing posts with label suami isteri. Show all posts
Showing posts with label suami isteri. Show all posts

Thursday, September 15, 2011

what a Girl want from a Man???

vee sebenarnya tertarik dengan entry Sebenarnya, Apa yang Gadis Malaysia Nak Dari Jejaka Melaya? by The Other Khairul. sangat menarik & walaupun dah berkahwin, x salahkan kalau vee ingin menyatakan dan berkongsi pengalaman mengenai apa yang vee inginkan daripada seorang lelaki terutama yang bergelar suami.

so kepada jejaka-jejaka & juga Mr Hubby yang disayangi.. please alert yer hihihihi actually pilihan terpulang pada diri masing-masing.. mana ada citarasa yang sama kannnn,.... oh ya, vee letak beberapa ciri yang penting je lah yer.. kalau nak letak semua, tunggu vee buat buku ~~ngee~~

1. Berkepimpinan / Matang

ciri pertama yang vee biasa akan lihat pada seseorang yang bergelar lelaki. vee akan amat mengagumi lelaki yang kelihatan berkaliber, matang & bijak dalam mengendalikan sesuatu. x kesahlah berapa umurnya, tapi lelaki yang memiliki sifat-sifat nie biasanya dapat dilihat dari segi tutur katanya. cara dia berkomunikasi terutama dengan rakan-rakan.

bagi seorang suami pula, amat penting memiliki ciri-ciri nie sebab suamikan ketua dalam sesebuah keluarga. so suami harus bijak dalam mengendalikan sesuatu yang boleh memberikan kebahagiaan kepada isteri & anak-anak. suami juga merupakan idola bagi anak-anaknya dalam proses pembesaran mereka nanti.

walaupun orang selalu mengatakan "Love at the 1st sight" = cinta pada rupa paras, bagi vee itu jadi sangat useless bila lelaki tue bersifat x berkaliber / matang. sesetengah lelaki konon-kononnya bila bercakap dengan perempuan, bukan main lagi ayat tersusun & ala-ala macho tapi bila dengan kawan-kawan, habis terlepas laku, terjerit sana-sini & menuturkan kata-kata yang kurang sedap di dengar.

seriously vee reject dari hati dengan serta-merta. daripada jatuh hati terus vee layan macam biasa jer.. (bercakap melalui pengalaman) kesimpulannya, kalau dalam diri x dilahirkan untuk memimpin, x kesahlah berapa umurnya.. tetap tidak menjadi pilihan.

2. Pendiam / Pendengar yang Baik

lelaki pendiam memang menjadi tarikan yang sangat besar pada pandangan mata vee hehehe Pendiam itu Misteri. pendiam bukanlah maksudnya x bercakap & hanya senyap sepanjang waktu (gigit kang.. da la vee suka berceloteh). Pendiam means berkata-kata bila perlu. ayat-ayat yang keluar pun sedap jer telinga nie mendengar ^_^

disebabkan vee sangat suka bercerita , vee memang suka orang mendengar dengan sepenuh hati & bijak memberi respon. bukannya hanya diam tanpa memberi apa-apa pendapat. sedih tauuu.. lagipun vee pernah buat entry tentang Pillow Talk kan.. so bila anak-anak dah besar sket.. vee nak Mr Hubby & vee jadi Pillow Talk untuk anak-anak pula =D
biasanya lelaki pendiam nie seorang yang suka memerhati & teliti. so xdelah kelam-kabut dalam membuat sebarang keputusan. sesuailah dengan vee yang agak clumsy bila nak buat keputusan terutama time shopping hehehehe

3- Penyabar

wajib & penting sangat-sangat sebab vee nie agak kurang penyabar orangnya. alhamdulillah Mr Hubby memiliki sifat nie dalam diri & bukan hanya diakui oleh family, tetapi juga diakui sepenuhnya oleh teman-teman & juga orang sekeliling.  bayangkanlah vee dulu masa bercinta, teramat suka merajuk. sikit-sikit merajuk..merajuk & merajuk! kalau lelaki lain maybe dah hangin dah hahahaha tapi alhamdulillah Mr Hubby rajin memujuk vee (sebab nak ngorat kot time tue huehuehue)

la nie xderlah vee merajuk sangat, dah nak jadi Ummi dah pun.. anyway orang yang penyabar nie ada had nya kan.. so sarang tebuan jangan dijolok.. nanti terasa sengatnya juga hehehe

4- Romantik

wajib ada dalam kriteria yang vee nak hehehe walaupun Mr Hubby x menunjukkan sangat ke"romantikan"nya tapi dari cara layanan & tutur kata dah cukup buat vee rasa dihargai. x segan nak bawa vee keluar jalan-jalan ke mana sahaja samada bertemu rakan-rakan or keluar jalan-jalan walau pun keadaan vee masa tue tengah chubby amat T_T... x segan nak duduk rapat & peluk bahu even depan orang ramai.

tapi dalam masa yang sama, saper x suka dapat bunga & hadiah daripada insan tersayangkan ^^ Mr Hubby selalunya suka buat suprise untuk vee.. eh... laaa.. patutlah Our Baby suka wat suprise..menurun dari Mr Hubby rupanya ^_^

5- Penyayang

haruslah ada pada setiap insan yang kita sayang sebab setiap wanita sangat suka disayangi dan dimanja kan..kann.kann ^_^ kalau nak tau lelaki tue penyayang or x. tengok cara dia layan budak-budak & budak-budak tue mesra x dengan dia. kalau dia jer yang mesra tapi budak-budak macam scary jer nak rapat dengan dia pun x leh gak kan.

sifat nie penting sangat sebab wanita memang suka rasa disayangi & dimanjai even dah bergelar isteri & ibu. wanita kan manusia juga, so sentiasalah menunjukkan perasaan sayang & cinta tue setiap masa yer ^_^

Friday, July 8, 2011

Aja aja Fighting!!!!

assallammualaikum wbt



x jawab dosa tau ^^ anyway minggu nie banyak masa dihabiskan keluar bersama Birthday Boy eshhhh sesuai lagi ker nak panggil boy.. dah besaq panjang da tue.. nak jadi Daddy da x lama lagi hehehehe disebabkan vee memang x buat apa-apa suprise pun sebab x reti nak suprisekan Mr Hubby T_T vee cuma ajak Mr Hubby jalan-jalan & belanja makan. hadiah? dah bagi dah pun.. request by Mr Hubby sendiri.. nak selipar Crocs sebab Crocs lama dah haus tapaknya... nasib baik minta Crocs jer kan.. jimat sket heheheheeh =)


camnie lah design nyer.. cuma color biru tua

anyway Mr Hubby nie bertuah sebab ramai sangat yang sayang ngan dia.. malam tue, Mak Yah, mak sedara Mr Hubby siap buat jamuan kecil-kecilan untuk Mr Hubby.. jemput sekeluarga ajer.. untung Mr Hubby kan... ^^ yang wish Mr Hubby pun ramai gak.. ramai lah kawan-kawan lama especially lelaki heheheh yang perempuan? kureennng la yang wish.. reason? ntah ler... xkesahlah... yang penting orang yang tersayang ingat, cukuplah ^^

minggu nie vee pergi check up untuk minggu yang ke 20.. alhamdulillah Baby dah genap 5 bulan ~~wink~~ berat vee naik tapi x sampai 2kg.. abes la kena tegur dengan nurse heheehe alaa... oklah tue naik sket.. nanti masa pantang xlah susah nak turunkan berat badan kannnn...  Sue pulak naik 3kg..lagilah kena tegur dengan nurse siap bagitau kalau naik banyak lagi bulan depan, kena minum air gula.tidak!!!!! minta dijauhkanlah vee kena minum air gula. baik vee maintain jer makan.. x banyak, x sket.. janji sihat ^^ 

then nurse check bunyi degupan jantung Baby.. lucu bila nurse bagitau Baby nyorok ke belakang.. ooo main cak cak lak dia yer heheehe nurse bagitau yang baby akan aktif bergerak masa minggu ke 22 nanti.. can't wait thats moment !!

Sofeya.. lama x cerita pasal Ucukk sorang tue kan.. dah makin notti sket. sejak da dapat kaki nie, memang bersepah rumah jadinya. mulut pulak da pandai mengajuk orang. tapi still mengada-ngada kalau jumpa Uncle dia (Mr Hubby la..saper lagi) bila vee sengaja peluk Mr Hubby depan dia, dia terus datang & peluk sama.. elehhhhh.. jeles lah tue heheheehe kadang-kadang buat hati rasa geram tapi sayang tue sentiasa ada =) Sofeya ooo Sofeya...xtau lah nanti bila dah ada adik-adik.. peelnya macam mana plak.

싸움 이동 이동 (betul ker nie ?????)

harini ceri-beri lak.. aduyaiiiii... xtahan perut nie rasanya.. vee bukan apa, risau Baby x selesa jer.. tapi Mr Hubby sentiasa ada di sisi minta vee x perlu bimbang sangat, just relaks & enjoy dengan Baby ^^ tapi dalam masa yang sama Mr Hubby suruh vee study..alaaaaaaaaaaaa... yela..yela... vee study  la nanti... sebabnya Sabtu depan ada exam ... nampaknya kena perah otak lah minggu nie .. aja aja fighting vee !!! Baby.. jom kita study sama-sama k.. dah besar Baby leh jadi Doktor ok!! aja aja!!!!


Monday, July 4, 2011

Pillow Talk


alam percintaan itu sememangnya indah. lebih-lebih lagi semasa hubungan itu masih segar & masih dalam proses mengenali antara satu sama lain. Quote di atas tue vee jumpa & edit sendiri kerana vee setuju dengan kata-kata itu.  sebab kalau semasa kita bersama dengan seseorang yang kononnya kita sayangi, tetapi dalam masa yang sama kita jatuh cinta dengan orang lain.. dah jelas yang kita x betul-betul cintakan yang pertama tue kan...  situasi pernah terjadi sebelum nie & vee memilih untuk bersama dengan insan yang benar-benar mengajar vee tentang erti cinta, kasih & sayang yang bukan hanya dilafaz tetapi datang dari lubuk hati ^^

bila hubungan cinta yang terjalin dibawa kepada ikatan yang lebih kukuh & halal di sisi Allah swt, ianya menjadi lebih bermakna kerana gelaran kekasih bertukar menjadi Suami Isteri. secara umumnya bagi pasangan yang belum berkahwin akan merasa sudahpun mengenali pasangan dengan sedalam-dalamnya. betulkan?

vee akui sebelum kawen, vee pun fikir yang vee cukup  mengenali Mr Hubby namun bila dah hidup bersama, serumah, makan bersama-sama, sekatil & segalanya di depan mata.. masih terlalu awal untuk vee mengatakan yang vee mengenali pasangan kita sedalam-dalamnya.

masa kita bercinta, banyak perkara kita lakukan adalah lebih kepada keinginan sendiri ataupun keinginan pasangan sahaja. namun bila dah bersama, sikap untuk hanya berfikir demi diri sendiri x boleh di"apply" lagi sebabnya kita kena berfikir untuk keharmonian bersama.

kalau dulunya vee suka dipujuk setiap kali vee terasa hati... tapi bila dah hidup bersama, xkan nak merajuk setiap masa kan?? sentiasa mengharap suami untuk memujuk... x bolehlah macam tue.. dah depan mata pun nak merajuk bagai....tipulah kalau vee x terbawa-bawa sifat vee tue sehingga kini.. tapi xlah seteruk dulu kan sebab Mr Hubby pun malas nak layan sangat bila vee merajuk =p

drama pahit & manis dalam rumahtangga tue dah memang lumrah... x perlu disediakan skrip pun..memang akan berlaku.. so bila dah berlaku babak-babak yang kurang menyenangkan.. pilihan yang paling menjadi favourite untuk menyelesaikannya ialah dengan "Pillow Talk".


Pillow Talk bagi vee ialah baring bersama di atas katil & mula berbincang berdua dari hati ke hati. apa yang kita rasa.. apa isu yang kita x puas hati & terasa hati. bagi peluang kedua-duanya berbicara & meluahkan perasaan ..bila buat macam tue, barulah vee tahu apa yang silapnya pada vee & Mr Hubby pun tahu apa yang vee inginkan . then barulah Mr Hubby bagi pandangan & nasihat yang boleh mengubah perasaan daripada negative seperti sedih & terasa hati kepada perasaan yang tenang & menyenangkan hati ^^ bukannya masing-masing x mahu mengalah & berusaha untuk mementingkan diri sendiri tanpa bertolak ansur dengan pasangan.

Pillow Talk nie memang sesuai dipraktiskan oleh suami isteri supaya kita lebih memahami pasangan kerana sikap & kehendak manusia nie bukannya sentiasa sama.. sikap kita sering berubah-ubah mengikut masa, usia & pengalaman. so setiap masa  kita kena sentiasa "update" pasangan kita. wajib untuk kita memahami pasangan demi keharmonian hidup bersama. macam yang vee bagitau sebelum nie.. kita masih belum kenal pasangan kita sepenuhnya selagi kita x hidup bersama dengannya.. malahan mereka sentiasa berubah-ubah kerana mereka adalah manusia , bukannya barang yang hanya statik & x berubah-ubah .. betulkan ^^


paling penting semasa Pillow Talk nie.. buka hati & mendengar . jangan nak "argue" luahan pasangan sebab bukan makin elok nanti.. makin jadi gaduh adalah. so, buka hati.. terima pendapat & mendengar luahan dengan penuh minat & berusaha untuk menerima. insya Allah masing-masing akan berakhir dengan senyuman. selalunya bila Pillow Talk berlaku.. terselit juga gurauan untuk menambahkan rasa senang & gelak ketawa ^^ banyak kali jugaklah kitorang tidur lewat dalam jam 4-5 pagi semata-mata seronok ber"pillow talk" nie heheehe bila dah ok.. boleh pulak kitorang imbas kesah-kesah dulu untuk menyemarakkan kembali rasa cinta antara kami ^^

hopefully bila dah ada anak-anak nanti.. vee & Mr Hubby akan menjadi Pillow Talk mereka & teman baik mereka ^^ x sabar nak tunggu saat tue ^^ amaran kepada yang lain.. Pillow Talk hanya sesuai dipraktiskan oelh Suami Isteri yang sah sahaja yer.. yang belum kawen.. jangan nak mengada-ngada nak "apply". nanti payah nak menjawab di dunia satu lagi ... renung-renungkan yer ^^

Wednesday, June 15, 2011

Semua Impikan Pasangan macam Seth Tan ^^

assallammualaikum wbt



Nora Elena boleh dikategorikan sebagai drama yang paling hangat masa kini. betulkan? vee yakin tepat jam 7pm confirm ramai yang da duduk depan tv nak tengok drama nie kan hehehe

anyway ramai yang da berangan nak dapat suami hensem & romantik macam Seth Tan kan.. tipu la kalau xnak. alaaa.. nama pun cerita adaptasi dari novel kan..confirm lah banyak imaginasi dari realiti. kesian la pakwe-pakwe / suami- suami yang dibanding-bandingkan dengan Seth Tan..


biarlah hensem mana pun Seth Tan tue, bagi vee Mr hubby tetap paling hensem & paling romantik di mata & hati vee. biarlah semua wanita tergila-gilakan lelaki seperti Seth Tan, hati vee tetap setia pada Mr Hubby ^^ walaupun teringin nak kena dukung macam Elena yang didukung oleh Seth, tapi vee x kesah pun bila Mr Hubby x mampu nak dukung macam tue sebab keadaan yang x mengizinkan hahahahaa nantilah... masa pantang nanti, vee pantang betul-betul sampai slim dari Nora Elena, pastu suruh Mr Hubby dukung heheheehe


oh ya.. vee cuba cari novel Kasih yang Suci tue tapi x jumpa. mesti da sold out kan.. xper.. vee da baca online da pun hehehehe  hope kepada teman-teman yang lain, x perlulah mengharapkan pasangan kita seperti Seth Tan.. nobody perfect kan.... kesian pasangan yang terpaksa makan hati bila dengar pujian korang tentang Aaron Aziz tue.. dah namanya Aaron yang berlakon..memanglah hensem.. cuba letak Tomok.. mau nyerr korang xnak peduli sangatkan heheheeheh :p  sentiasa tanam dalam hati & fikiran yang pasangan kita terutamanya suami kita adalah yang terbaik pernah kita miliki ^^

to Mr Hubby ~~I LOVE YOU MORE THAN YOU KNOW~~


pictures : credit 2 Uncle Google

Monday, May 2, 2011

Our Memories Begins wif Friendster ^^

assallammualaikum wbt

punyalah lama x bukak friendster.. vee terus baca comment2 lama ^^ ingat zaman belajar & bercinta dengan Mr Hubby hehehe

anyway vee ingat nak keep all the memories with Mr Hubby in this entry coz always make me smile ^^

agak x tersusun & x mengikut tarikh.. xpelah.. janji vee faham ^^ xder dapat mesej jiwang-jiwang pun sebab Mr Hubby x suka mengayat secara terbuka hehehehe

oh ya.. semua pic kat bawah nie from Mr Hubby untk vee ^^


myspace comments
17 aug 08

myspace comments
17 aug 08
MySpace Graphics
11 feb 08

MySpace Graphics
11 feb 08


zwani.com myspace graphic comments
4 june 08



MyHotComments.com
8 mac 2009 ~~untuk my birthday ^^~~
MyHotComments.com

MyHotComments.com
8 mac 09

tko24.jpg
30 sept 08




senyum sorang-sorang heheeheh

oh ya.. rasa nak gelak jer bila baca comment Mr Hubby yang dolu-dolu. ada satu girl yang teringin nak kenal dengan Mr Hubby tapi selamba jer Mr Hubby balas.."eh..xyah la susah2..uang karen jer" aduhhhh.. agak kejam di situ @_@ ( x baik tau =p)

actually x kesah lah pasal mesej dolu-dolu tue... past is past kan lagipun darah tengah muda.. mesti la ramai yang mengayat & diayat.. vee nyer comment yang dolu-dolu pun rasa nak gelak bila baca balik.. tapi biarkan jelah... xder apa dah nak difikirkan ^^

to Mr Hubby ~~I Love You More Than You Know Syg ^^ coz i always melt your heart kan...kan..kan... hehehehehe~~


lagu-lagu yang menjadi favourite vee & Mr Hubby masa bercinta ada dalam mp3 kat blog vee tue ^^ sudah tentu lagu " Tercipta Untukku & Aku dan Dirimu" yang menjadi lagu tema kami ^^

Wednesday, April 6, 2011

I LOVE YOU MORE THAN YOU KNOW ^_^

bila vee duk belek-belek gambar lama nie.. tiba-tiba vee terkenangkan saat macam mana vee dengan Mr Hubby boleh declare as Couple ^^ memang lucu sangat bila kenang balik ^^

sebelum nie vee ada buat entry khas macam mana vee & Mr Hubby bercinta kan ,Kesah Chenta (klik sini), tapi x bagitau camner kitorang declare. hehehe anyway sebelum vee tulis nie, vee dah minta Mr Hubby cerita balik saat-saat tue supaya xder sebarang kesilapan =p



seingat vee, masa tue hari sabtu kitorang ada training kat ofis. then balik dari training tue, Mr Hubby ajak gi KLCC sebab nak shopping & tengok movie skali. actually masa tue vee tahu hati kitorang nie dah berbunga-bunga cinta tapi masih x declare apa-apa sebabnya tunggu masa yang sesuai =p masa tue vee macam x kesah pun samada kitorang declare atau x sebab hati dah macam terikat antara satu sama lain ^^ cheeewaaaahhhh

sampai kat KLCC, kitorang parking dekat dengan Isetan sebab nak shopping kat situ. then dalam kereta tue, serius vee dah ingat-ingat lupa apa yang menyebabkan kitorang declare hari tue.. alamak haaiiii =p hurmmmm... seingat vee, masa tue vee nak keluar kereta then Mr Hubby terus tanya vee 

"vee ada sesuatu nak bagitau Akim kan"

 vee tak pandang muka Mr Hubby masa tue just jawab

"errm? mana ada.. ke Akim yang ada nak bagitau vee something?"

"baik vee cakap sekarang, kalau x Akim turun jer terus "

aish... main paksa-paksa lak nie

"ala..Akim la cakap... vee malu laaa.. mana penah vee cakap kat orang macam tuee......"

"cakap jelaa.... Akim nak dengar"

"dengar apa..cakap apa..."

"xpelah... kita turun je lah jom" & Mr Hubby acah-acah nak buka pintu... alaaaa....

"ermmmmmm..." 

vee rasa hampir 5 minit gak lah vee macam tu , rasanya dah merah dah pipi nie, ada ker patut vee yang kena cakap dulu... aissshhh

"i love u" 

perlahan jer vee sebut & laju

"apa dia? x dengar.. cakap kuat-kuat"

"alaaa...kan dah cakap dah..

masa tue dah x pandang dah muka Mr Hubby

"cakap kuat-kuat & pandang Akim" 

vee pun dah segan ya amat, pandang muka Mr Hubby & cakap

 "I Love You"

"I Love You Too  Vee ^^ " sambil senyum meleret...

cessss!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

xsangka yang vee dah terkena.. tapi xpelah.. at least vee lah tulang rusuk Mr Hubby yang hilang tue ^^


pic kat atas tue sempena sambutan Ulangtahun Percintaan vee & Mr Hubby yang pertama. kitorang celebrate kat Sunway Pyramid jer hehehe cincin vee tue emas putih beli kat Wah Chan & Mr Hubby lak cincin platinum. tue hadiah sempena anniversary kitorang berdua ^^


seingat vee, masa Mr Hubby jemput vee dari stesen LRT Tmn Bahagia, vee xtau pun Mr Hubby nak bawa pergi Sunway, bila vee masuk kereta, tiba-tiba Mr Hubby keluarkan sejambak bunga yang sangat cantik (kat atas tu la ^^)  & say "Happy Anniversary Sayang" vee memang terkejut & terharu sangat-sangat^^

anyway paling best sebab bunga tue my favourite color ~~Pink & Purple~~ then kitorang terus ke sunway & vee belanja aiskrim kat Baskin Robbin & beli key chain yang best ^^

key chain utk kunci kereta vee & Mr Hubby


siapa sangka, x sampai setahun dari tarikh 1st anniversary kitorang, vee bergelar tunangan kepada Mr Hubby & 7 bulan berikutnya officially jadi wife Mr Hubby ^^ memang indah bila dikenang =)))) 

I LOVE YOU MORE THAN YOU KNOW ^_^

p/s : agak-agak anak-anak Ummi gelak x bila baca kesah chenta Ummi & Daddy nanti??? can't wait 4 that moment ^^

p/s : kepada teman-teman yang sudi meluangkan masa membaca & meninggalkan komen untuk setiap entry vee selama nie, terima kasih daun keladi ^^ to my silent reader... pun terima kasih jugak yer ^^

Thursday, March 31, 2011

sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri

assallammualaikum wbt

sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri , buang yang keruh, ambil yang jernih, (sila baca sambil nyanyi ala-ala P.Ramlee k) 


dapat agak x apa yang vee nak tulis nie? hehehe biasanya vee x pernah nak ceritakan hal-hal personal antara vee & Mr Hubby terutamanya bila ada harinya kami "tergigit lidah "kan.. biasalah tue, x elok memceritakan kesah rumah tangga kepada orang lain, lebih-lebih lagi mengenai hal peribadi. x elok. dalam Islam pun dah bagitau kan ^^

namun, secara realitinya, susah nak jumpa pasangan suami isteri yang sentiasa bahagia & x pernah bermasam muka.. sedangkan Saiditina Aishah r.a pun menyimpan rasa cemburu terhadap Saidatina Khadijah yang telahpun tiada di mata, ini kan pula kita sebagai umat Muhammad S.A.W. yang kerdil nie...

bila dah bersengketa, pasti hati kecil ini mudah terasa & teringin untuk membawa diri @ merajuk. lebih-lebih lagi bila dah berbadan dua (walaupun alasan tue x patut digunakan) masa tue, dalam kepala nie dah fikir yang bukan-bukan dah (dahsyat sungguh syaitan nie menghasut kan..)


tapi bila hati dah kembali terpujuk, perasaan senang hati & semakin sayang tue kian bertambah..kan..kannn ^^ kalau x caya.. tanyalah pada mereka yang dah kawen, confirm rasa indah sangat bila dah berbaik semula ^^  masa nie kalau nak minta apa-apa pun gerenti dapat punya ~~teeheee~~

anyway to Mr Hubby yang paling di SAYANGI ^^ seandainya Sayang baca entry nie, vee nak bagitau yang vee memang x pernah senang bila kita "tergigit lidah " tau.. sakit & menyakitkan...kalau x caya, cuba gigit lidah sampai berdarah.. apa rasanya??? sakit ker sedap? kalau Sayang jawab sedap... x mo da kawan dengan Sayang :p vee kawan dengan bantal bucuk tue jer ~~ngee~~

p/s I LOVE YOU 

p/s : hari nie kandungan vee dah mencecah usia 6 minggu ^^ x sabar nak tunggu baby nie 2 bulan, then 4 bulan sebab nak rasa gerakan baby & paling dinanti-nantikan kelahiran baby ke atas muka bumi indah ciptaan Allah swt & dapat membesarkan baby dengan sempurna ~~insha Allah~~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...