Thursday, February 18, 2010
Puisi Hati
Kadang diri membisu
Hati kecil selalu meronta
Adakah iman ku ini
Bagaimana iman ku
Allah
Hamba kerdil ini megadu
Bagaimanakah iman ini
Ibadah ku
Kau terima la ya Allah
Tuhan
Takala pertukaran waktu ini
Hamba ini sering bermunasabah
Habat ciptaan mu
Sungguh indah ciptaan mu
Mengapa diri sering membisu
Andai
Selama hidup ku hanya untuk MU
Ku korban syahid dijalan MU
Biar darah iman menyentuh bumi
Janji Allah tetap pasti
Bagun malam
Tulang belakang sakit
Solat malam terus hidup
Pedagogi kehidupan
Iman dicari demi keredaan MU
Markas JB
06hbFeb2010
2159
Friday, February 5, 2010
11 JENIS MANUSIA DI DOA MALAIKAT
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.
5. Kalangan malaikat mengucapkan amin ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: Jika seorang imam membaca¬(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu aamiin, kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku, Mereka menjawab: Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak.
10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahualam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah
Tuesday, February 2, 2010
Renungilah ke dalam Diri Sendiri Untuk Terus Memperbaiki Diri
Seseorang yang ingin menyempurnakan diri sendiri, setelah bertaubat dari segala dosa yang telah dilakukan, maka hendaklah dia sentiasa fokus melihat keaiban diri sendiri dan meninggalkan kesibukan melihat keaiban orang lain.
Manusia yang sentiasa mencari salah dan kelemahan orang lain sentiasa lalai daripada melihat keaiban diri sendiri. Ia bagai pepatah yang mengatakan:
“kuman di seberang laut pun kelihatan, tetapi gajah di hadapan mata sendiri pula tidak kelihatan”
Imam Hasan Al-Bashri r.a. pernah berkata:
“Berbahagialah orang yang sibuk melihat keaiban diri sendiri daripada sibuk melihat keaiban orang lain”.
Orang yang sentiasa fokus dalam melihat kelemahan diri, akan mudah melihat ruang kekurangan diri lalu berusaha untuk membaikinya kerana Allah s.w.t. dan dengan bantuanNya. Usaha melihat ke dalam diri sendiri ini juga dikenali sebagai muhasabah diri.
Muhasabah dari sudut bahasa bererti: memerhatikan dan memperhitungkan.
Muhasabah dari sudut syarak pula bererti: perasaan yang timbul dalam batin seseorang, yang mencela kejahatan nafsu dan perbuatan maksiat yang telah dilakukan, yang mana, dari perasaan tersebutlah, timbulnya rasa keinsafan.
Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. berkata:
"Orang yang sentiasa muhasabah dirinya, sentiasa berusaha untuk menjauhi dirinya daripada jalan-jalan yang membawa kepada kemaksiatan, dan sentiasa menyibukkan dirinya dengan ketaatan."
[Haqo'iq 'ani At-Tasawwuf m/s 235]
Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:
"…dan adalah keadaannya itu melewati batas.”
(Surah Al-Kahfi: 28)
Imam Qotadah r.a. berkata berkenaan dengan ayat ini:
"Sesungguhnya, orang yang dimaksudkan di dalam ayat ini telah mensia-siakan dirinya dan merugikan dirinya. Dia menjaga harta-hartanya namun menggadaikan agamanya, akibat tidak muhasabah dirinya…"
[Tibb Al-Qulub bagi Ibn Qayyim: m/s 85]
Telah berkata Imam Al-Hasan berkenaan dengan ayat ini:
"Sesungguhnya, seseorang hamba itu, sentiasa dalam kebaikan, jika dalam dirinya ada seruan yang mencela dirinya, dan muhasabah diri merupakan sifat keutamaannya".
Firman Allah s.w.t. lagi:
Maksudnya:
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang Telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat)”
(Surah Al-Hasyr: 18)
Maksud ayat tersebut ialah, Allah s.w.t. menyuruh kita memperhatikan setiap amalan yang dilakukan oleh kita, samada ianya suatu ketaatan ataupun suatu kemaksiatan bagi memastikan kebahagiaan di akhirat kelak.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
"Orang yang bijak ialah orang yang menghitung dirinya dan beramal untuk kehidupan setelah kematian…"
(Hadith riwayat At-Tirmizi dan Ibn Majah).
Maksud perkataan "daana nafsahu" dalam hadith tersebut bererti, menghitung dan muhasabah diri.
Imam Az-Zarruq r.a. berkata:
"Kelalaian daripada muhasabah diri itu membawa kepada kerosakan diri. Gagal dalam memperhatikan nafsu diri, membawa kepada sikap redha terhadap keburukan nafsu tersebut."
[Qawa'id At-tasawwuf m/s 75]
Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. berkata:
"Sesungguhnya, muhasabah diri itu akan menyemai suatu rasa bertanggungjawab dalam diri seseorang, terhadap Allah s.w.t., makhluk-makhlukNya dan tanggungjawab terhadap dirinya sendiri untuk melaksanakan syariat Allah s.w.t.. Dengan muhasabah diri, seseorang dapat menghayati bahawa, dirinya tidak diciptakan secara sia-sia."
Jenis-jenis Muhasabah Diri
Muhasabah diri ada dua jenis iaitu, muhasabah sebelum beramal dan muhasabah setelah beramal.
Jenis Pertama: Muhasabah Diri Sebelum Melakukan Sesuatu
Maksudnya: Seseorang itu menghitung di permulaan amalannya, samada amalan tersebut perlu dilakukan ataupun perlu ditinggalkan. Jika amalan tersebut sesuatu yang diperlukan, maka lihatlah, adakah ia bersesuaian dengan syariat ataupun bertentangan. Sekiranya bertentangan dengan syariat, maka sewajarnya dia meninggalkan niatnya untuk melakukan perbuatan tersebut, selagimana tidak sampai tahap mudarat. Jika mudarat, maka boleh dilakukan sekadar ingin menolak kemudaratan.
Al-Hasan berkata:
"Allah s.w.t. merahmati seseorang yang berhenti sejenak sebelum melakukan sesuatu, lalu memperhatikan niatnya. Jika amalan itu ingin dilakukan, maka dia meneruskan amalannya. Adapun jika bukan kerana Allah s.w.t., maka dia meninggalkannya."
Seterusnya, jika dia pasti, niat perkara yang ingin dilakukannya itu kerana Allah s.w.t, dan perkara tersebut perlu dilakukannya, maka hendaklah dia pastikan, adakah dia mampu untuk melakukannya ataupun tidak. Jika dia tidak mampu lakukan kesorangan, maka tinggalkanlah dahulu perkara tersebut, ataupun meminta bantuan daripada orang lain.
Jika dia mampu melakukan perbuatan tersebut, maka dia perhatikan pula, adakah perbuatan itu lebih baik dilakukan atau lebih baik ditinggalkan daripada melakukannya.
Jika perbuatan itu lebih baik dilakukannya, daripada ditinggalkannnya, maka perhatikanlah, adakah faktor pendorong dia melakukan amalan tersebut, kerana mengharapkan keredhaan dan ganjaran daripada Allah s.w.t., ataupun kerana inginkan ganjaran duniawi dan ganjaran makhluk.
Jika faktor amalan tersebut kerana inginkan ganjaran makhluk, maka, baikilah niat, barulah meneruskan amalan tersebut. Jika faktor pendorong melakukan amalan tersebut kerana Allah s.w.t., maka teruskanlah melakukan perkara tersebut dengan meminta bantuan daripada Allah s.w.t, untuk kejayaan usaha tersebut, kerana seseorang hanya mampu melakukan sesuatu dengan izin Allah s.w.t..
Jenis Kedua: Muhasabah Setelah Melakukan Sesuatu:
Maksudnya, seseorang itu memperhitungkan amalan yang telah dilakukannya iaitu:
Pertama: Menilai semula, adakah amalan tersebut menepati seluruh hak-hak Allah s.w.t. dalam ketaatan.
Kedua: Memerhatikan semula, kemungkinan ada amalan yang sebenarnya, lebih patut ditinggalkan daripada ianya dilakukan, lalu berazam untuk tidak mengulangi kembali kesalahan tersebut.
Ketiga: Memerhatikan semula, niatnya dalam amalan tersebut. Jika kerana Allah s.w.t, maka hendaklah dia bersyukur kepada Allah s.w.t., kerana membantunya dalam ketaatan kepadaNya. Jika kerana makhluk atau kepentingan duniawi, maka hendaklah dia meminta ampun kepada Allah s.w.t. daripada dosa tersebut lalu berazam untuk tidak mengulanginya.
Kesimpulan
Muhasabah diri adalah antara akhlak yang mulia yang dapat membantu seseorang untuk terus menyempurnakan aspek kehambaan dirinya dalam mencapai keredhaan Allah s.w.t.. Lihatlah kepada diri sendiri, nescaya akan terzahir bahawasanya segala yang berlaku di sekelilingmu adalah untuk menyempurnakan kehambaanmu. Itulah interaksi Allah s.w.t. kepadamu melalui perbuatan-perbuatan dan ketentuanNya.
Semoga Allah s.w.t. berikan kepada kita kekuatan untuk merealisasikan makna muhasabah dalam diri kita agar kita dapat mencontohi Saidin Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam perkataan, perbuatan dan hal hubungan hati Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam dengan Allah s.w.t..
Wallahu a’lam…
Al-Faqir ila Rabbihi Al-Jalil
Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al-Razi Al-Azhari
‘AmalahuLlahu bi althofiHi al-Khafiyyah
Sumber : Http://Mukhlis101.Multiply.Com
Monday, February 1, 2010
Hukum Rejam Bagi Penzina
Penzina Diletakan Ke dalam Tanah (Mungucap Kalimah)
Penzina Direjam Dengan Batu
Manyat Penzina Ditarik Keluar
Sedikit Huraian Berkaitan Hukum Zina:
Perzinaan ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seseorang lelaki dan wanita di luar nikah yang sah, atas dasar disengajakan dan keduanya mengetahui, bahawa persetubohan itu dilarang keras oleh agama.
Firman Allah swt :
“Perempuan dan lelaki yang berzina, maka rotanlah mereka oleh mu, tiap-tiap seorangdari keduanya sebanyak seratus kali rotan. Dan kamu tidak boleh merasa sayang kepada keduanya dalam perkara agama (hukum ) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, dan hendaklah hukuman keduanya itu disaksikan oleh segulongan orang-orang yang mukmin.” (An-Nur : 2)
Hadis Nabi saw :
Dari Ubadah bin Samit ra dari Nabi saw ia bersabda,” Ambillah oleh mu (peraturan) daripada aku, Ambillah daripada aku, sesungguhnya Allah telah memberikan jalan untuk mereka, iaitu perawan dan jejaka, hukumannya di rotan sebanyak 100 kali rotan dan dibuang daerah selama 1 tahun. Janda sama duda, hukumnya dirotan sebanyak 100 kali rotan serta direjam.” (Riwayat Muslim dan Abu Daud)
Di dalam Tafsir Khazin menyatakan, “Telah ijmak (sepakat) seluroh ulama, bahawa perawan/jejaka yang berzina di jatuhi hukuman rotan sebanyak 100 kali, sedangkan ‘Mushan’ yang berzina dijatuhi hukuman Rejam (didera dengan batu).”
Berkata pengarang Kitab I’anah At-Talibin disyaratkan Ihshan (Muhshan) dalam perkara Had ini :
a) Baligh
b) Berakal
c) Merdeka
d) Talah merasakan persetubuhan yang halal (telah pernah kahwin)
p/s : Perlaksanaan hukum tidak akan sempurna jika amalan Dakwah ditinggalkan. Bahkan dengan dakwah ianya akan membawa manusia kepada takwa dan melalui takwa manusia akan menghindari zina. Jika terjebak dengan zina pasti akan diiringi dengan taubat dan tangisan serta rela untuk dihukumkan.
Wallahu'alam