Followers

Thursday, June 16, 2011

Sepi tanpa AYAH

Di mana akan kucari
Aku menagis seorang diri
Hati ku
Selalu ingin bersama mu
Untuk mu
Aku berpuisi



Untuk AYAH tercinta
Aku ingin bersua
Walau air mata
Di pipi ku



AYAH
Degarkan ku
Aku ingin berjumpa
Walau hanya dalam
Mimpi



Musafi_Islam
1900

15 Rejab 1432H

Wednesday, June 15, 2011

Benarkah ini Daging Lembu

The final product is very much like stewed beef.


“lembu atau babi?
Orang China ni bukan sahaja pandai membuat pelbagai barang tiruan malah bahan makanan juga termasuk telur dan daging. Yang utama ialah untung, tidak peduli apa kesannya kepada pengguna. Memandangkan semuanya tidak memberikan kesan sampingan pada kadar segera dan hanya terjadi pada jangka masa panjang, mereka tidak takut untuk melakukannya. Atas dasar mengaut untung sebanyak-banyaknya dalam perniagaan mereka sanggup melakukan apa sahaja, mereka terus berenovasi mencipta sesuatu yang baru. Mereka berjaya membuat telur tiruan malah lebih menarik mereka berjaya menukarkan daging babi menjadi daging lembu yang dinamakan “daging lembu tiruan”.

First cut the pork into pieces. Fauna from ChinaSMACK looks into the latest food security scandal on beef extract addictive which can turn pork into beef.Process of turning pork into “beef” by adding beef extract exposed Recently, Anhui, Jiangxi, Fujian, and other places have been exposed by the media who have discovered a kind of “beef extract” additive that allows pork to become “beef”.

Add beef extract to the pork pieces, mainly to allow the pork to gain a beef flavor. After half an hour, the pork becomes a brown color. Then add the pork to boiling water to cook it. The color of the pork will then also become darker.

Add the prepared “beef powder” to the pork, then add caramel.

After mixing, the pork immediately changes appearance, the color looking even more like soy sauce braised beef, mingled with an aroma.

Paling menakutkan apabila diberitahu bahan asasnya ialah daging babi. Ya… DAGING BABI! Terima kasih kepada penulis asal yang memaklumkan kepada kita perkara ini supaya dapat kita hindarkan diri dari termakan najis berat tersebut.

Di sana (negara China), harga daging lembu dua kali lebih mahal daripada daging babi. Jadi mereka mengambil langkah membuat tipu-helah dengan menjadikan daging babi seolah-olah daging lembu. Dalam masa 90 minit sahaja, daging babi yang digoreng akan menjadi “sesedap” daging lembu. … Mahukah anda mencubanya?

Macam mana mereka buat? Mereka menggunakan “beef extract” yang dijual dalam bentuk botol dan berleluasa di sana. Mereka gaulkan daging babi dengan rempah tersebut, dan …. terjadilah sesuatu keajaiban dimana daging babi yang dihidang itu telah berubah rasa seenak daging lembu. Mudah kan? Adakah peniaga di negara kita juga akan mengekspot teknologi ini untuk menjana keuntungan lumayan? Atau lebih mudah mengekspot daging babi tersebut kerana ianya murah di China. Andai kata ia berlaku, amatlah malang bagi kita semua umat Islam yang sedang menghadapi bencana serangan mental, jiga bakal diserang dalam bidang bahan permakanan. Ini tak termasuk mempopularkan coca-cola dan McD yang amat diragui kehalalannya.

Malaysia juga terkenal pengeluar babi terbesar di Asia Tenggara (memalukan sebagai sebuah negara Islam), tentu sekali tidak menjadi masalah untuk mereka (yang membenci Islam) melakukan pengkhianatan tersebut. Sudahkah anda bersedia?

Buat waktu ini adalah lebih selamat jika tidak membeli daging lembu yang tidak diketahui sumbernya. Jauhi pembelian daging impot walaupun ia murah. Jika kita sendiri yang membelinya, mungkin kita mampu mengelaknya. Bagaimana pula dengan jamuan kenduri atau majlis keramaian? … Inilah yang menjadi masalah besar kerana penguasaha makanan hanya memikirkan untung (bahan termurah) untuk menyediakan makanan. Adakah kita akan terselamat dari termakan daging babi? Cuba fikirkan.

Cuba lihat kesannya kepada kita bila kita memakan makanan bertaraf najis terutama najis berat sedemikian. Amat memudaratkan terutama dari segi keagamaan. Makan makanan dari sumber haiwan yang tidak disembelih dengan betul sudah dianggap memakan bangkai, inikan pula memakan daging babi. Iman akan mengelonsor ke tahap yang amat buruk!

Dari maklumat yang diperolehi, sukar membezakan antara daging “tiruan” a.k.a. babi yang diubah ini dengan daging lembu sebenar jika dilihat dari sudud fizikalnya. Orang ramai pun tak dapat bezakan daging lembu tiruan tersebut. Malah dalam jangka masa panjang ia boleh menyebabkan cancer. Asalkan boleh membuat wang, peduli apa yang akan dihadapi oleh pemakannya!

Persoalannya, siapakah yang akan dipertanggung jawabkan untuk menyelamatkan umat Islam Malaysia dari bencana seperti ini yang semakin hari semakin melarat? Adakah ia hanya tanggung jawab individu semata-mata – untuk menghindarinya, bagaimana pula keadaannya mereka yang tidak mengetahuinya? Beribu jenis bahan makanan yang ada dalam pasaran negara kita dan semuanya digunakan oleh orang ramai termasuk orang Islam. Cuba renungkan, siapakah yang bertanggung jawab? Tentunya jawapan mudah ialah “kerajaan” termasuk majlis ulama dan majlis agama Islam!

Kerajaan sebagai pemerintah yang sering menslogankan “negara Islam” didapati tidak mampu membangunkan sebuah badan yang khusus menjaga hal ehwal makanan Islam/halal di negara ini. Ini amat menyedihkan. Teknologi Makanan sudah semakin maju, terdapat ramai saintis dalam bidang ini dan sudah ada yang mempunyai Dr phd dan bergelar pakar, malangnya mereka tidak dapat digabungkan bagi membantu memuktamadkan kajian berkaitan sumber makanan halal. Sekurang-kurangnya umat Islam akan terasa terbela jika langkah membangun infrastruktur ini dilakukan.

Sampai masanya sebuah badan bertaraf nasional ditubuhkan sekurang-kurangnya setaraf “Badan Berkanun” bagi menyelamatkan umat Islam negara ini dari menjadi mangsa manusia keparat yang hanya hidup di atas kemungkaran malah sanggup membuat tipuan menjadikan makanan “haram” bertukar kepada “halal”.

Kita mengaku sebagai negara Islam, apakah layak disebut sedemikian jika tidak berusaha menyelamatkan umat Islam dari termakan najis? Persoalannya, sehingga kini belum ada usaha menubuhkan badan khas mengkaji halal/haram makanan Malaysia. Amat memalukan.

Teknologi ini sudah tiba di negara Malaysia? Wallahu a’lam

sumber…

CHINA: CHANGING PORK INTO BEEF

Friday, June 10, 2011

Rahsia Sujud dalam Solat


Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud melegakan sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W “Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut ”

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!

KELEBIHAN SUJUD DALAM SOLAT MENGIKUT KAJIAN SAINS

solat apabila kita mengetahui kelebihan setiap pergerakkan dalam solat akan menjadikan solat yang kita lakukan itu lebih bermakna.
contohnya sujud => jumlah sujud dalam sehari (5 waktu)

*solat 4 rakaat => 4×2 = 8 => kita ada 3 kali solat 4 rakaat (zohor,asar n Isha’)=> 8×3=24 kali

*solat 3 rakaat => 3×2 = 6 => kita ada sekali solat 3 rakaat (Maghrib) => 6 kali

*solat 2 rakaat => 2×2 = 4 => kita sekali solat 2 rakaat (subuh) => 4 kali

*jumlah keseluruhan => 24+6+4=34 kali sujud sehari

Dalam satu kajian sains oleh seorang prof.(bukan Islam) dalam bidang bialogi di salah sebuah universiti di US, dia menyatakan bahawa keadaan sujud boleh menyebabkan pengaliran darah ke otak secara menyeluruh.

Ia membolehkan otak kita berfungsi mengikut fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah.(selepas membuat kajian ini prof. tersebut telah memeluk Islam)…amin

Dalam kajian yang sama dia menyatakan tindakan kita melakukan sebanyak 34 kali sujud boleh meningkatkan daya ingatan, menghapuskan kebarangkalian penyakit gila sebelum usia 40thn dan penyakit nyanyok.

disalin dari : http://www.ehoza.com/v4/forum/religious-talk-muslim-section/43497-kelebihan-sujud.html

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Monday, June 6, 2011

Genap 1 Tahun Pemergian Arwah Ayah



Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Friday, June 3, 2011

1 Rejab 1432H (Jun-Julai 2011)



Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

"Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...