Friday, 9 December 2011

Kata 31 | Hikmah~

Hadirnya aku di antara kalian.
Bukanlah sebagai pemusnah mahligai.
Hadirnya aku hanya sekadar 'bahan uji' DIA.
Untuk menguji sejauh mana keutuhan cinta kalian.

Pandanglah dari sisi yang positif.
Pasti kalian akur yang tersiratnya.


Monday, 14 November 2011

Luah 18 | Rindu~



Rindu itu terkadang harus disimpan rapi.


Kerna jika diluahkan pasti menggugat hati.






Rindu itu tidak bertepi~

Thursday, 10 November 2011

Kata 30 | Faham~

"terkadang kita selalu rasa semua yang lain tak pernah memahami kita. tapi pernah tak terfikir, kenapa orang tak faham kita. sebab kita sendiri yang tak pernah buat bagi orang faham kita dan kita sendiri yang tak pernah cuba memahami yang lain."
 

Friday, 4 November 2011

Kata 29 | Aku~




Aku punya hati sekeras batu.
Yang amat mudah dileraikan.
Dari lembutnya bujukan kamu.









Keras kamu pada aku.
Maka jadinya...
Rapuh aku pada kamu.


Tuesday, 1 November 2011

Luah 17 | Cabar~

Terkadang pabila ada yang mencabar.
Terasa seakan ingin mencabar kembali.


Tapi...
Berbaloikah?
Akal Tuhan dah beri.


Teruskan saja langkah sendiri.
Mungkin itu yang terbaik~
Buat sendiri dan semua.


Sunday, 30 October 2011

Kata 28 | Keliru~


Sekejap begitu.
Sekejap begini.


Kamu keliru sama aku?
Kamu mahu tahu?




Sekali kamu keliru sama aku.
Seribu kali aku lebih keliru...
Sama diri aku sendiri~


Saturday, 29 October 2011

Kata 27 | Fitnah~




Tahu apa rasa apabila dituduh melakukan sesuatu yang kamu tak pernah terfikir sekali pun untuk lakukannya? 

Rasa seakan ditikam mentah-mentah sesuka hati mereka.
Bila berbalik kembali padamu perbuatan kamu itu. 
Baru kamu tahu seksanya rasa itu. 


Wednesday, 26 October 2011

Kata 26 | Adil~


Pabila manusia mula berlaku
Tidak adil pada kita...

Yakinlah dan tetapkan hati.
Ya Adl itu sesungguhnya Maha Adil.

Pasti dan akan tetap selamanya ADIL~



Baik atau buruk balasan DIA.
Kitalah yang memilihnya~

Quote 5 | Tangisan~


~Sekarang aku ngerti akan nikmat tangisan kurniaan Tuhan~


Tuesday, 11 October 2011

Luah 16 | Maaf~

Lewat ini
aku terlalu lantang
meludah bicara.

Jelas tampak di situ
sepertinya aku ini
mau kan perhatian.

Mungkin kerna luka
yang aku cuba jahit
belum lagi sembuh.

Maaf jika tercalar kamu di hati.
Dari aku insan yang pentingkan diri.

Sunday, 9 October 2011

Luah 15 | Sedih~

Ada satu ketika timbul satu rasa
rasa yang terlalu sukar diungkapkan
seakan ingin menjerit ke seluruh alam
tentang kebenaran dan hakikat sebenar

yang selama ini aku diamkan
yang selama ini mereka perkatakan
yang kebenaran diputarkan mereka

namun apalah dayaku
hanya mampu menggigit bibir
menahan sedih
menahan pilu
menahan amarah
seorang diri
hanya mampu biarkan mereka
mempermainkan maruahku

hanya kerna aku tak mampu suarakan
jangan sangka aku terlalu hina
hanya kerna ada yang perlu aku lindungi
jangan fikir aku merelakan dikeji

Jika boleh aku pinta pada Tuhan
beri kalian rasa seperti aku rasa tika ini
seakan hidup tanpa bernyawa
menahan segala seorang diri
malangnya
masakan aku sanggup
doakan begitu
buat kalian

hanya kerna aku terus berdiam
jangan sangka aku tak punya perasaan
aku juga manusia biasa yang bisa sakit pabila disakiti


Saturday, 8 October 2011

Luah 14 | Hati~

Yang dinamakan manusia itu
Hatinya pasti berbolak-balik
Ada ketika rasanya seperti itu
Ada ketika rasanya seperti ini

Tentunya Aku juga seperti itu

Jadi, aku mohon
Jaga selalu ya hati aku
Ya Quddus~

Moga jauh aku selalu dari penyakit hati itu
Kerna aku tak mahu jadi seperti mereka itu
Mereka yang bermegah mengaibkan yang lain~


Tuesday, 4 October 2011

Kata 25 | Annoying~

Sendiri yang letak diri di lokus yang salah.
Juga masih mahu salahkan yang lain?
Annoying bukan manusia itu~

Itu AKU!


Saturday, 1 October 2011

Quote 4 | Eleh~

Sebelum terlupa.
Aku mau katakan.
Tak suka benar aku.
Pada kata 'eleh'.
Entah kenapa.

Maaf.
Kayaknya memperlekeh.
Hanya mengguris hati.
Hanya menambah perit.
Dituturkannya keluar.
Dari mulut yang lain.

Oh ya.
Aku baca di sini tadi. (Eleh)
Pasal eleh itu.
Yang selama ini.
Aku tak suka dengar.
Dari mulut sesiapa pun.

Jika niatnya hanya mau memperlekeh. 
Atau sekadar mencabar ego yang lain.

Thursday, 29 September 2011

Quote 3 | Kerja~

Rajin bercakap, Rajin bekerja     -    bagus sekali
Rajin bekerja, malas bercakap    -    kena buli
Malas bekerja, rajin bercakap    -    wayang cina
Malas bekerja, malas bercakap  -    tak guna
Malas bekerja, suka mengadu    -    nyanyuk
Malas bekerja, selalu ponteng    -    baik berhenti
Malas bekerja, suka menyibuk   -    baik mati

(Professor Ungku Aziz)



Tuesday, 27 September 2011

Kata 24 | Perlu~

Moga Tuhan terus beri aku
Apa yang aku perlu
Bukan apa yang aku mahu

Kerna mungkin apa yang aku mahu itu
bisa merosakkanku...

Monday, 26 September 2011

Lagu 5 | Pedoman~

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

(Tuhan Berikan Aku Cinta)
Bukan satu kesilapan 
jika kita terjumpa yang salah
tapi sebagai pedoman dalam hidup.

Tuhan kurniakan kita
insan yang  bimbing kita
dalam sedar atau tidak
walau hanya sesingkat pertemuan itu
punya seribu makna yang kekal abadi.



~Aku percaya Sang Adamku sedang menanti untuk memimpin tanganku ke syurga~

Sunday, 25 September 2011

Luah 13 | Hembus~

Aku pejam rapat-rapat
Tarik nafas dalam-dalam
Aku buka kotak lama itu
Aku hembus semua ke dalamnya
Aku tutup cepat-cepat
Aku tak mahu buka lagi

Aku tarik nafas lagi
Dalam sedalamnya
Aku hembus kuat-kuat

Lega~

Aku tersenyum
Aku teruskan langkah.

Saturday, 24 September 2011

Luah 12 | Terang~

Jika menerangkan itu suatu yang mudah
Tiadalah manusia yang tersalah sangka

Jika meluahkan itu amat senang
Tiada terpendam yang menyakitkan

Manusia itu pelbagai ragamnya
Hadamlah satu persatu
dan mulakan langkah baru




Friday, 23 September 2011

Kata 23 | Usaha~

Usah ditanya mengapa belum berhasil
Jika usaha belum benar-benar jitu~

Masih banyak yang tertangguh
Perlu dibereskan satu persatu
Teruskan usaha~


Wednesday, 21 September 2011

Kata 22 | Belajar~

Aku mahu membuka mata seluasnya
Seluas juga mata hati aku bukakan
Melihat mereka di luar kotak sana
Belajar untuk meneliti ke akar
Bukan hanya memetik hasilnya saja.


Tuesday, 20 September 2011

Lagu 4 | Symphony~

Alun sebuah symphony
Kata hati disadari
Merasuk sukma kalbuku
Dalam hati ada satu
Manis lembut bisikanmu
Merdu lirih suaramu
Bagai pelita hidupku

Syair dan melodi
Kau bagai aroma penghapus pilu
Gelora di hati
Bak mentari kau sejukkan hatiku

Burung-burung pun bernyanyi
Bunga-bunga pun tersenyum
Melihat kau hibur hatiku
Hatiku mekar kembali
Terhibur symphony
Pasti hidupku ‘kan bahagia

(Symphony indah)
Tika pilu tika sendu dulu
hadirnya dirimu di hatiku
menguntum kembali ceria itu

Aku tersenyum megah sekali
Bagai menggenggam bahagia abadi

Biarpun kini tinggal memori
senyuman itu tetap abadi


Dalam hidup, melepaskan mungkin terjadi, 
Yakinlah janji Tuhan yang setia menanti

Monday, 19 September 2011

Kata 21 | Salah~

Salah dan Manusia.
Takkan pernah lari
kita ini manusia
dari melakukan
kesalahan
kesilapan
dalam meniti hari
di dunia fana ini.

Untuk apa ditunding
pada yang lain
sedangkan
semua punya khilaf
aku dan juga kamu
kita pernah tersalah
kita pernah tersilap.

Tapi kita masih
punya masa
untuk kembali
memadam yang salah
melakar yang baru
aku percaya
kita mampu.

Betulkan?


Aku manusia
yang tak ngerti
menyalahkan yang lain
Maafkanku jika ini membebankan~


Friday, 16 September 2011

Lagu 3 | Pelangi~

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahaya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini


Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

(Pelangi Petang)

aku belajar tentang pelangi
dari dia Sang Pelangi

pelangi itu
katanya pasti pergi

bila sang mentari
mengambil posisi

namun di sini
masih aku
mencari
di mana dia
Sang Mentariku


Tuesday, 13 September 2011

Kata 20 | Degil~

degil itu
bagiku

adakala bawa untung
adakala beri pengajaran
tiada ruginya menjadi degil

Monday, 12 September 2011

Lagu 2 | Cinta~

Cinta bukan sekedar kata-kata indah
cinta bukan sekedar buaian belaian peraduan

Samudra cinta dari pulung hati
tak terukur dalamnya
Hingga saat perpisahan tiba
mengundang air mata
atau hanya secuil penyesalan

Cinta adalah ruang dan waktu
datang dan menghilang
semua karunia sang pencipta

(Lagu Cinta)


indahnya cinta itu
bukan dari kata
indahnya cinta itu
dari pulung hati

biar terpisah jiwa
dasar hati masih
kan dibasahi rindu

cinta itu
datang dan pergi
cinta sang pencipta jua
yang kekal abadi selamanya


Sunday, 11 September 2011

Lagu 1 | Hati~

tatap manja matamu kisahkan berjuta cerita
hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna
karunia Illahi mempersatukan dua hati
ku rasa yang kau rasa karena hati bicara

(Karena Hati Bicara)


Kerna hati itu bisa bicara
walau tanpa kata
hati bersuara



Saturday, 10 September 2011

Kata 19 | Tanggapan~

Kadang kita selalu terlepas peluang.
Menerangkan kebenaran pada orang.
Segala yang berlaku disalah ertikan.

Biarpun sudah terlambat.
Biarpun nasi dah jadi bubur.

Lafazkanlah jua~


Situasi mungkin takkan berubah.
Sekurangnya tanggapan orang.
Setelah memahami.
Akan berubah.

Friday, 9 September 2011

Kata 18 | Kejar~

Kadang kita terpaksa berlari.
Walau tiada yang mengejar.

Mungkin kerna takut.
Akan mengejar.
Yang tak patut dikejar.

Thursday, 8 September 2011

Luah 11 | Tamak~

Aku nak.
Tapi Tuhan tak bagi.
Aku nak juga.

Tamak?
Memang aku tamak.
Tapi Tuhan kata.
Bukan milik aku.
Baiklah.
Aku lepas.

Pergi.
Tapi jangan tangis.
Jangan sedih.
Tahu tak aku benci.
Tengok kamu sedih.
Aku sakit.

Sakit buat aku.
Nak tarik kamu.
Balik.

Tuesday, 6 September 2011

Kata 17 | Benih~

Sudah tiba masa untuk meneruskan.
Apa yang sudah dimulakan.

Moga benih yang ditanam.
Malam ini.
Akan buahkan hasilnya.
Tahun depan.

Ameen~

Monday, 5 September 2011

Kata 16 | Renung~

Mereka sudah mula nampak cahaya indah di depan.
Sedang itu aku masih mahu bergelap di sini?

Renung-renunglah wahai hati~
Jika bukan sendiri.
Siapa lagi?

Sunday, 4 September 2011

Luah 10 | Hina~

Aku sedar.
Aku hina di mata seseorang.
Katanya aku tak pernah bersalah.
Sedangkan hatinya memainkan lagu.
Yang mencantas segenap jiwa aku.
Seolah aku ini tiada harga diri.

Tak mengapa.
Kamu takkan ngerti.
Isi hati aku yang benarnya.
Kamu hanya inginkan mereka.
Ngerti jiwa dan hati kamu yang lara.

Akhirnya.
Yang perit itu pada dia.


Saturday, 3 September 2011

Kata 15 | Tangis~

Jangan kamu fikir, aku tertawa di saat kamu menangis.
Jangan kamu pernah menangis, di saat aku tertawa.

Sebatikan rasa kita.
Biar terbang pergi.
Debu derita.

Wednesday, 31 August 2011

Kata 14 | Raya~

Hari ni hari raya.
Aku rasa lain itu.

Tahun lepas.
Raya aku dalam bilik.
Tahun ni.
Raya aku dengan semua.

Ya.
Ada beza aku rasa dalam meniti.
Mungkin yang pergi tahun lalu.
Sudah terbiasa di tahun ini.

*Esok, ramai yang akan hadir... 
moga aku dapat kembali...
ke alam mereka seperti dulu-dulu...*


Thursday, 25 August 2011

Kata 13 | Hilang~

Aku semakin hilang.
Dalam kotak kata.
Yang aku sendiri reka.

Tak mahu cari jalan pulang.
Untuk seketika waktu hilang.


Kata 12 | Ragu~

Ramai yang ambil mudah.
Ragu-ragu itu bahaya.
Dalam setiap hubungan.
Jika sudah menular ragu-ragu.
Pasti berulang rasa tidak senang.
Biar sama manusia.
Mahupun Tuhan.
Ragu-ragu harus dibendung.

Jika lidah sering melafazkan percaya.
Kenapa hati masih perlu ragui setia.


Monday, 22 August 2011

Kata 11 | Hubungan~

Hubungan manusia sesama manusia memang complicated.
Hubungan manusia dan Tuhan amat indah jika kena caranya.

Tapi.

Manusia lebih cenderung pada hubungan yang complicated itu.


Friday, 19 August 2011

Kata 10 | Tahan~

Kamu sakit?

Aku tak tahu rasa kamu.

Aku teka saja.

Kamu tahan. Ok.

Aku mohon.

*Maafkan aku kerna jadi punca semua ini*

Thursday, 18 August 2011

Luah 9 | Pendam~

Mungkin kerna letih banyak pendam rasa.
Buat aku fikir sesuatu yang tak sepatutnya.

Jiwa memberontak, hati menggelodak.

Ok. Simpan. Diam. Senyum.

Ambil nafas baru.
Moga tenang.

Luah 8 | Hati~

Hobi aku, jaga hati orang lain.
Hati aku, pijak sampai lumat.

Wednesday, 17 August 2011

Luah 7 | Bahagia~

Berbahagialah selalu~

Kamu layak miliki bahagia itu.

Bukan aku.

=)

Luah 6 | Singkir~

Di penghujung musim, yang buruk tetap pada aku.
Orang lain tersenyum, aku tersingkir~

Sunday, 14 August 2011

Kata 9 | Jelas~

Aku suka diam.
Aku suka lihat.
Aku suka dengar.

Tapi bila aku sudah mula berkata.
Aku pasti nyatakan biar kamu jelas.

Aku tak suka kamu keliru.
Salah faham dengan aku.

Tapi pasti ada juga larinya.
Mesej yang aku sampaikan.

Bila aku penat.
Aku akan diam.

Biar kamu rungkai sendiri.
Biar kamu faham sendiri.
Itu pun kalau kamu sudi.


*ternyata ketika mandi juga idea datang*


Saturday, 13 August 2011

Luah 5 | Syukur~

Dalam perjalanan ke negeri abadi.
Ada banyak ranjau liku aku lalui.

Tuhan beri aku sakit.
Tuhan beri aku ujian.
Tuhan beri aku derita.
Tuhan beri aku sengsara.

Bukan itu saja.
DIA kurnia aku bahagia.
DIA kurnia aku senyuman.
DIA kurnia aku kasih-sayang.
DIA kurnia aku segalanya aku perlu.

Itu tandanya.
Tuhan kasih aku.
Tuhan sayang aku.
Tuhan cintakan aku.

Bila aku berlari.
DIA tunjukkan jalan.
Bila aku tersadung.
DIA hulurkan tangan.
Bila aku terjatuh.
DIA angkat aku kembali.


.:Aku bersyukur Tuhan ada:.


Quote 2 | Takdir~

"Setiap orang hidup dalam takdir masing-masing... namun... kepasrahan kepada Allah adalah jawapan kepada ketenangan yang hakiki..."



.:Bujukan Sang Sahabat buat aku yang tersadung:.

Friday, 12 August 2011

Luah 4 | Tepi~

Tanpa sedar...
Aku sudah selamat di bawah rupanya...
Sudah puas aku berehat seketika waktu...

Kini... aku sedang menapak ke atas kembali...

Perlahan-lahan...


Terima kasih kerna hantarku dengan penuh kelembutan~
Amat aku hargainya~


di sini aku selitkan Tepi itu...

Thursday, 11 August 2011

Kata 8 | Sedar~

Kita belajar...
Tentang hidup...
Tentang mati...
Tentang dunia...
Tentang akhirat...

Banyak kita belajar...
Banyak juga kita tahu...

Tapi...

Banyak lagi yang kita tak sedar...


Tahu tak semestinya Sedar~


Wednesday, 10 August 2011

Quote 1 | Sabar~

"Memang kalau akhlak belum mendarah daging, kita akan rasa tercabar apabila berdepan dengan karenah orang lain yang menguji kesabaran kita. Sebab itu kita kena sabar dalam bersabar."
(Beduk Diketuk)


Terkesan~


Sabar dalam bersabar...


Moga-moga~



Monday, 8 August 2011

Kata 7 | Aku~

Dia bukan aku...
Kamu bukan aku...
Mereka bukan aku...
Semuanya bukan aku...

Jika aku sudah bukan aku~

Awas!!!

Kata 6 | Rindu~

Selalu dengar...
Selalu baca...
Selalu tulis...

rindu dendam~

Apa kaitan rindu dan dendam?
Dalam rindu haruskah ada dendam...
Atau dalam dendam itu wujud rindu...

Sunday, 7 August 2011

Kata 5 | Baca~

Ada musim aku suka baca buku...
Ada musim aku suka baca blog...
Ada musim aku hanya suka menonton...
Bila agaknya mampu jadi multitasking...
Melakukan semuanya tanpa musim...


Cuba?
=_='

Luah 3 | Sayu~

Malam makin kelam...
Fajar makin menyinsing...
Aku masih bulat matanya...
Tiada nafsu untuk melangkah ke tempat beradu...
Putaran kenangan lalu bermain canda di jiwa sepi...
Hendak rasa apa... Sudah tidak pasti~


~Bahagialah kamu selalu, doaku~

Saturday, 6 August 2011

Luah 2 | Kawan~

Aku sudah bilang...
Kita pasti bercantum kembali...
Malam ini bersaksikan bulan mulia...
Kita ketemu kembali bersama menyisip memori semalam...
Agar hari esok kita akan terus bersinar...
Terima kasih kawan~
Selamat pulang ke pangkuanku~


Menyorot kenangan di sini~

Kata 4 | Senyum~

Jangan fikir senyum itu mudah...
Puas aku cuba dan mencuba...
Masih belum menjadi lagi...
Senyum sumbing aja yang keluar...


*sigh~

Kata 3 | Lidah~

Baru aku sedar...
Lidah ini juga punya musim...
Musim dulu aku suka yang itu...
Musim ini aku suka yang ini...
Bukan sekadar rasa yang aku telan...
Tapi memori yang aku simpan...

Luah 1 | Rindu~

Aku kangen bangat ama kamu...
Bila mau ketemu kembali...
Mungkin perpisahan ini...
Bakal ke akhirnya waktu...
Aku rindu~

# rindu sama makhluk bermisai dan berbulu juga berkaki empat itu... mana kamu hilang... :(

Friday, 5 August 2011

Kata 2 | Fasa~

Sedang merubah fasa...
Sedikit demi sedikit...
Bukan sangat mudah...
Bukan juga amat payah...
Yang penting usaha...
Yang penting tawakal...

Kata 1 | Luah~

Terkadang luahkan saja apa yang dirasa...
Terkadang pula telan saja tanpa luah rasa...

Ada masa mereka faham...
Ada masa mereka abaikan...