Wednesday, 31 August 2011

Kata 14 | Raya~

Hari ni hari raya.
Aku rasa lain itu.

Tahun lepas.
Raya aku dalam bilik.
Tahun ni.
Raya aku dengan semua.

Ya.
Ada beza aku rasa dalam meniti.
Mungkin yang pergi tahun lalu.
Sudah terbiasa di tahun ini.

*Esok, ramai yang akan hadir... 
moga aku dapat kembali...
ke alam mereka seperti dulu-dulu...*


Thursday, 25 August 2011

Kata 13 | Hilang~

Aku semakin hilang.
Dalam kotak kata.
Yang aku sendiri reka.

Tak mahu cari jalan pulang.
Untuk seketika waktu hilang.


Kata 12 | Ragu~

Ramai yang ambil mudah.
Ragu-ragu itu bahaya.
Dalam setiap hubungan.
Jika sudah menular ragu-ragu.
Pasti berulang rasa tidak senang.
Biar sama manusia.
Mahupun Tuhan.
Ragu-ragu harus dibendung.

Jika lidah sering melafazkan percaya.
Kenapa hati masih perlu ragui setia.


Monday, 22 August 2011

Kata 11 | Hubungan~

Hubungan manusia sesama manusia memang complicated.
Hubungan manusia dan Tuhan amat indah jika kena caranya.

Tapi.

Manusia lebih cenderung pada hubungan yang complicated itu.


Friday, 19 August 2011

Kata 10 | Tahan~

Kamu sakit?

Aku tak tahu rasa kamu.

Aku teka saja.

Kamu tahan. Ok.

Aku mohon.

*Maafkan aku kerna jadi punca semua ini*

Thursday, 18 August 2011

Luah 9 | Pendam~

Mungkin kerna letih banyak pendam rasa.
Buat aku fikir sesuatu yang tak sepatutnya.

Jiwa memberontak, hati menggelodak.

Ok. Simpan. Diam. Senyum.

Ambil nafas baru.
Moga tenang.

Luah 8 | Hati~

Hobi aku, jaga hati orang lain.
Hati aku, pijak sampai lumat.

Wednesday, 17 August 2011

Luah 7 | Bahagia~

Berbahagialah selalu~

Kamu layak miliki bahagia itu.

Bukan aku.

=)

Luah 6 | Singkir~

Di penghujung musim, yang buruk tetap pada aku.
Orang lain tersenyum, aku tersingkir~

Sunday, 14 August 2011

Kata 9 | Jelas~

Aku suka diam.
Aku suka lihat.
Aku suka dengar.

Tapi bila aku sudah mula berkata.
Aku pasti nyatakan biar kamu jelas.

Aku tak suka kamu keliru.
Salah faham dengan aku.

Tapi pasti ada juga larinya.
Mesej yang aku sampaikan.

Bila aku penat.
Aku akan diam.

Biar kamu rungkai sendiri.
Biar kamu faham sendiri.
Itu pun kalau kamu sudi.


*ternyata ketika mandi juga idea datang*


Saturday, 13 August 2011

Luah 5 | Syukur~

Dalam perjalanan ke negeri abadi.
Ada banyak ranjau liku aku lalui.

Tuhan beri aku sakit.
Tuhan beri aku ujian.
Tuhan beri aku derita.
Tuhan beri aku sengsara.

Bukan itu saja.
DIA kurnia aku bahagia.
DIA kurnia aku senyuman.
DIA kurnia aku kasih-sayang.
DIA kurnia aku segalanya aku perlu.

Itu tandanya.
Tuhan kasih aku.
Tuhan sayang aku.
Tuhan cintakan aku.

Bila aku berlari.
DIA tunjukkan jalan.
Bila aku tersadung.
DIA hulurkan tangan.
Bila aku terjatuh.
DIA angkat aku kembali.


.:Aku bersyukur Tuhan ada:.


Quote 2 | Takdir~

"Setiap orang hidup dalam takdir masing-masing... namun... kepasrahan kepada Allah adalah jawapan kepada ketenangan yang hakiki..."



.:Bujukan Sang Sahabat buat aku yang tersadung:.

Friday, 12 August 2011

Luah 4 | Tepi~

Tanpa sedar...
Aku sudah selamat di bawah rupanya...
Sudah puas aku berehat seketika waktu...

Kini... aku sedang menapak ke atas kembali...

Perlahan-lahan...


Terima kasih kerna hantarku dengan penuh kelembutan~
Amat aku hargainya~


di sini aku selitkan Tepi itu...

Thursday, 11 August 2011

Kata 8 | Sedar~

Kita belajar...
Tentang hidup...
Tentang mati...
Tentang dunia...
Tentang akhirat...

Banyak kita belajar...
Banyak juga kita tahu...

Tapi...

Banyak lagi yang kita tak sedar...


Tahu tak semestinya Sedar~


Wednesday, 10 August 2011

Quote 1 | Sabar~

"Memang kalau akhlak belum mendarah daging, kita akan rasa tercabar apabila berdepan dengan karenah orang lain yang menguji kesabaran kita. Sebab itu kita kena sabar dalam bersabar."
(Beduk Diketuk)


Terkesan~


Sabar dalam bersabar...


Moga-moga~



Monday, 8 August 2011

Kata 7 | Aku~

Dia bukan aku...
Kamu bukan aku...
Mereka bukan aku...
Semuanya bukan aku...

Jika aku sudah bukan aku~

Awas!!!

Kata 6 | Rindu~

Selalu dengar...
Selalu baca...
Selalu tulis...

rindu dendam~

Apa kaitan rindu dan dendam?
Dalam rindu haruskah ada dendam...
Atau dalam dendam itu wujud rindu...

Sunday, 7 August 2011

Kata 5 | Baca~

Ada musim aku suka baca buku...
Ada musim aku suka baca blog...
Ada musim aku hanya suka menonton...
Bila agaknya mampu jadi multitasking...
Melakukan semuanya tanpa musim...


Cuba?
=_='

Luah 3 | Sayu~

Malam makin kelam...
Fajar makin menyinsing...
Aku masih bulat matanya...
Tiada nafsu untuk melangkah ke tempat beradu...
Putaran kenangan lalu bermain canda di jiwa sepi...
Hendak rasa apa... Sudah tidak pasti~


~Bahagialah kamu selalu, doaku~

Saturday, 6 August 2011

Luah 2 | Kawan~

Aku sudah bilang...
Kita pasti bercantum kembali...
Malam ini bersaksikan bulan mulia...
Kita ketemu kembali bersama menyisip memori semalam...
Agar hari esok kita akan terus bersinar...
Terima kasih kawan~
Selamat pulang ke pangkuanku~


Menyorot kenangan di sini~

Kata 4 | Senyum~

Jangan fikir senyum itu mudah...
Puas aku cuba dan mencuba...
Masih belum menjadi lagi...
Senyum sumbing aja yang keluar...


*sigh~

Kata 3 | Lidah~

Baru aku sedar...
Lidah ini juga punya musim...
Musim dulu aku suka yang itu...
Musim ini aku suka yang ini...
Bukan sekadar rasa yang aku telan...
Tapi memori yang aku simpan...

Luah 1 | Rindu~

Aku kangen bangat ama kamu...
Bila mau ketemu kembali...
Mungkin perpisahan ini...
Bakal ke akhirnya waktu...
Aku rindu~

# rindu sama makhluk bermisai dan berbulu juga berkaki empat itu... mana kamu hilang... :(

Friday, 5 August 2011

Kata 2 | Fasa~

Sedang merubah fasa...
Sedikit demi sedikit...
Bukan sangat mudah...
Bukan juga amat payah...
Yang penting usaha...
Yang penting tawakal...

Kata 1 | Luah~

Terkadang luahkan saja apa yang dirasa...
Terkadang pula telan saja tanpa luah rasa...

Ada masa mereka faham...
Ada masa mereka abaikan...