Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label madinah. Show all posts
Showing posts with label madinah. Show all posts

25 June, 2012

Umrah Hari 4

30/4/2012 (Isnin)
Hilang Jemaah Kumpulan & Perjalanan ke Makkah


Hari terakhir di Madinah, rasa seperti sekejap saja.
Kami di’brief’ apa yang patut dibuat sebelum melakukan umrah pada hari ke-3,
Lebih kurang 1jam.. kiranya kursus pendeklah, kut ada jemaah yang masih tidak jelas.
Kami dijangka bertolak ke Makkah pada pukul 2 -3petang.



Pagi sebelum bertolak tu, kami diberi no. Bilik siap-siap maka terus tulis di stiker beg, jadi senanglah sampai di Hotel kat Makkah, staff akan terus angkat ke no.bilik kita.


Sebelum bertolak ke Makkah, kami baru tahu bahawasanya seorang bapa ahli group saya telah hilang dari Asar (rasanya hari ke-2) sehinggalah beberapa jam nak bertolak ke Makkah baru jumpa dia.


Rupa-rupanya pakcik tu tak jumpa jalan keluar dari Masjid Nabawi.  Walaupun anak dia cari di dalam masjid, tetap tidak jumpa.  Muttawif turut cemas sebab takut nak jumpa, ye lah dah nak gerak ke Makkah ketika tu.
Kami semua terkejut kerana terjadi dalam group saya.


 Dengar khabarnya pakcik itu telah pesan kepada anaknya “takpe, balik lah dulu.. ayah dah biasa kat masjid ni” ermmm begitulah agaknya Allah nak tunjuk.  Mungkin pakcik tu tak ada niat nak riak tapi semuanya atas ketentuanNya.  Rasanya pakcik itu tidak memakai tag nama.  Saya sentiasa beringat, tag nama itu harus sentiasa pakai, kita bukan tahu apa yang bakal terjadi.


Sebelum bertolak juga kami diduga lagi.  Ada jemaah yang terlupa untuk memulangkan kunci bilik hotel.  Selagi tidak pulangkan, selagi tidak boleh ke Makkah.  Lama juga mutawwif mencari.. akhirnya berjumpa tetapi tidak pasti dari group bas 2 @ 3.
Akhirnya bertolak lah kami, Cuma terlewat sedikit dari waktu jangkaan iaitu 3.20ptg.
Aircond bas pula slow.. tempat mutawwif lagi la tak rasa langsung :P

 Tempat hentian rehat.. semua bersesak-sesak di atas jln tar untuk solat

Kami singgah miqat setelah 10minit perjalanan.
Terlalu ramai orang sehingga mencuba masuk beberapa kali tetapi tidak dapat.
Akhirnya dapat masuk, banyak lagi kosong sebenarnya tapi jemaah tak mahu masuk saff depan hmmm.

 Betapa ramainya queue nak amik wudhu & ke ladies

Maka bertolaklah ke Makkah.  Semua mula mengucap Labbaik pastu saya terus mimpi :P  Dalam perjalanan, mutawwif kata ada pengumuman tergempar & jangan terkejut.
Punyalah kami berdebar!  Rupa-rupanya yang menggemparkan tu ialah BILIK HOTEL DITUKAR LAGI OLEH PIHAK HOTEL.  Huk alohhhhhh!  Ingatkan ada kes-kes kecemasan, adus ustaz nihhhh! :P

 Kami singgah di mana tak tahu tempat.  Macam perhentian.  Terlalu ramai jemaah.  Mutawwif kata lebih selesa kalau solat di Makkah terus sebab disitu bersesak-sesak.  Kami ok je, saya pun tak mahu di situ, tak selesa.  Berhenti dekat 1jam pulak sebab driver siap lepak-lepak makan, borak-borak dengan kawan dia adeihhh!


 Lebih kurang 10mlm, kami sampai ke Hotel Tharwat Ajyad Hotel.
Dan kami disuruh pergi dinner dahulu & tak perlu risaukan luggage.
Makan saja apa yang ada.
Selepas itu saya turun semula untuk tulis no. Bilik baru.  Nasib baiklah bilik ditingkat 2 saja maka saya bawa hand luggage naik tangga jah.

Balik rehat seketika tapi tak janji elok-elok dengan mutawwif.. saya decide pergi Masjdil Haram pukul 12malam.  Staff Al-Quds datang ketuk pintu, katanya penolak wheelchair sudah sampai dan kami turun 11.50malam.

Nasib baiklah penolak wheelchair tu orang Pattani nama Hj. Mahmood boleh cakap melayu.. lega mami.
Oleh sebab saya dah letih + mengantuk maka apa yang Hj. Mahmood tu cakap macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. Saya asyik ‘ok ok ok’ jah huhu!

Sambungggg....

06 June, 2012

Umrah Hari 3- Ziarah Kota Madinah

29/4/2012 (Ahad)
Ziarah Kota Madinah

Selepas subuh, blur but better than nothing kan?
 
Pergi subuh sedikit lewat pada hari itu sebab malam sebelumnya tidur lambat.
Hampir 4pagi baru pergi Subuh, ketika tu jemaah sudah ramai.
Tapi saya aje lah yang pergi lambat sebab mami & makcik saya pergi dahulu hehhhh.

Dataran masjid nabawi

Tapi saya tetap jumpa mereka sebab dah tau di mana port mereka.
Tapi tak dan lah nak berlama solat sunat tu (siapa suruh pergi lambat) :D

Aktiviti 'memburu' :P
 
Lepas solat subuh, terus keluar sebab harini ada Ziarah Kota Madinah.
Berpusu-pusu keluar... eh stuck pula kat street seller tu.
Haruslah saya tergoda dengan barang-barang yang dijual tu walaupun kebanyakkannya 'made in china'. Bukan setakat perempuan, lelaki pun ada yang membelinya ;-)

Saya ulang apa yang street seller tu jual.. seperti kopiah, jubah wanita/ lelaki, sejadah, kompas kiblat, jam tangan, tasbih, tudung, telekung, toys, akesesori, beg... weh banyak lah hehe.

Oleh sebab bas pukul 7pagi maka sempatlah lagi kami pusing-pusing kawasan tu.
Saya perhatikan, ramai juga Indonesian yang duduk hotel 5bintang.. wah sangat kagum mereka ;-)

Kecil-kecil tu burung.  Rasanya saya ada snap gambar mami saya.  Tapi saya tak nampak kat mana mami saya dalam gambar tu.. hehhhh?  Ke dalam gambar lain? :P
 
Mami saya tanya di hotel manakah agakanya Adi Putera tinggal & tak pernah nampakpun Nora Danish solat di Masjid Nabawi tu.  Huk aloh... ingat jemaah di masjid tu 100orang je ke?  hehe.

Di depan hotel saya tinggal.. JAWRAHAT AL-FAYROZ.  Hati-hati mokcik kioh.. sebelah tu kedai jubahhhh! :P
 
Kami pulang untuk sarapan pagi kemudian naik berehat di bilik sementara nak turun balik pukul 6.30pagi. 
Bas kami bertolak pada pukul 7.05pagi untuk memulakan lawatan.
Seperti biasa, mahu berebut duduk di seat paling hadapan.
Di Madinah juga tidak dapat lari dari kesesakan jalanraya.  Saya suka tengok kereta mereka sebab terlalu kotor & kemek tidak dibaiki walaupun masih baru.  Itu lambang kemegahan mereka.. jangan terkejut! :D

Masjid Quba'
 
Tempat pertama kami ziarah pada hari itu ialah Masjid Quba'.
Ini kali kedua kami menjejakkan kaki di sini, syukur alhamdulillah diberi peluang sekali lagi :-)
Depan Masjid Quba'.. walaupun belum 10pagi, tapi matahari terik seperti 12tengahari di malaysia
 
Masjid ini terletak lebih kurang 5km dari Masjid Nabawi di mana telah diasaskan oleh Rasulullah S.A.W sebelum sampai di Madinah :-)

Sesiapa yang tidak tahan godaan, mesti akan menyinggah :-)
 
Masjid Quba' juga adalah di antara masjid yang paling suci selepas Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis (saya teringin pergi sini) & Masjid Quba'.
Terang-terangan MADE IN CHINA! :p
(tangan dalam gambar itu tidak tahu kepunyaan siapa ehehe)
 
Semasa hayat Rasulullah, Baginda selalu mengunjungi & bersolat di Masjid Quba' ini pada setiap hari Sabtu dengan menunggang kuda & juga berjalan kaki.
Begitulah serba sedikit sejarah mengenai Masjid Quba' ni.

Selesai solat sunat di Masjid Quba', ramailah jemaah yang singgah di tepi-tepi jalan tu sebab ada street seller hehe. 
Saya tidak membeli sebab malu kat mutawwif.. nanti dia kata pergi sana untuk shopping.. dia ada cakap kat saya sambil lalu "takyah beli banyak-banyak, nanti berat sebelah bas tu"... terus saya matikan niat untuk menjenguk dengan lebih "pay attention" eeekkeekeke.

Kurma baru masak?  Berapa riyal sekila tak ingat
 
Selepas itu kami menuju pula ke Ladang Kurma.
Kat sini boleh makan berapa banyak kurma sampai kembung tapi saya memang tak plan sebab saya memang tak suka makan buah hmmm.  Saya sekadar melihat.


Di luar ni ada disediakan air kopi, tapi makcik saya kata sangat pahit.  Nasib baik saya tak minat kopi :D  Selepas tu masuk dalam kedai.  Mak oiiii terkejut sebab terlalu ramai berasak-asak untuk membeli kurma.  Macam lepas ni dah tak wujud kurma di muka bumi hmmm sungguh saya tak gemar berebut-rebut macam tu.  

Kopi pahit a.k.a saya phobia kopi selepas balik Kemboja kekeke
 
Saya hanya mahu membeli kurma ajwa yang dikirim officemate saya.
Dia beri RM50 maka saya bajet 1/2kg aje sebab ajwa tu 1kg dah SR70-SR80.

Mula-mula tu banyak juga saya ambil (kacang, kismis, coklat kurma, buah tin, aprikot) lepas tu saya tidak pasti siapa cakap (mungkin jemaah yang dah biasa umrah), kalau boleh tak payah beli kat situ sebab mahal.  Beli aje di kedai-kedai kawasan masjid Nabawi, lagi murah.  Di Ladang Kurma mahal sebab "kita boleh test seberapa banyak yang kita nak secara PERCUMA".. it means.. hidden costs lah tu. 
Bila beli jadilah mahal.. timbal balik kepada FREE TESTER tu hehe.

Lepas letak balik, nampak pula coklat yang dilambak-lambak tu.  Saya tanya berapa 1kg?  Katanya SR10 jadi saya dengan terujanya kaut sampai 1kg & lepas timbang.. tadaaaaaa SR40 ok untuk 1kg.  Sempat lagi menipu tu.. benci!  Tapi ambil lah juga huhu.  Oh coklat tu bukan untuk saya tapi untuk diberikan kepada orang.  Saya tak suka langsung pada coklat!

Punyalah ramai ketika nak bayar tu.  Yang menariknya boleh bayar guna duit rupiah & ringgit malaysia.  Dan yang hairannya lagi ialah rata-rata yang pergi situ ialah jemaah dari Indonesia & Malaysia.  Saya tak nampak pun jemaah dari Arab ke, azerbaijan ke, turki ke, pakistan ke.. hmmm ke memang untuk 2negara serumpun ni je?

Mami & mokciks 
 
Agak lama di situ & selepas itu meneruskan ke tempat seterusnya iaitu Bukit Uhud.
Rasanya 1/2jemaah group saya yang turun di sini sebab matahari terik di atas kepala & cuaca panas.  
Kelihatan ramai yang mendaki bukit Uhud
 
Yang muda-muda ni turunlah, kecuali pasangan suami isteri ni yang memang 'kecoh habis' juga turun.  Pasangan ni lah yang memeriahkan kami dalam bas + mereka kelakar hehe.

Mutawwif ceritalah sedikit sebanyak sejarah mengenai Perang Uhud di Gua Uhud ni.  Saya rasa tak boleh bayangkan bagaimanakah keadaannya pada zaman Rasulullah S.A.W ni.  Termenung seketika mendengar sejarah yang mutawwif ceritakan itu.  Nak cerita balik kat sini panjang.. boleh lah BACA SINI MENENGAI PERANG UHUD.

Mutawwif cerita sejarah bukit Uhud, saya pula tetap posing standard di tengah matahari terik :D
(rindu cuaca sejuk di Madinah pula rasanya hmmm)

Ketika tu ada juga yang memanjat bukit uhud tapi mutawwif kata tak perlu lah panjat, nanti ambil masa.  

Di situ juga ada makam para syuhada yang mati syahid ketika berperang, yang telah dimakamkan di dalam pagar.  Nak pergi ke situ kena menapak jauh juga (tidaklah jauh pun sebenarnya tapi sebab takut jemaah lain tertunggu-tunggu, tengok aje lah dari jauh).
Dalam tembok tu lah makam yang mati syahid :-)
 
Mutawwif hanya memberi masa seketika untuk just take a look.
Saya ambil gambar sahaja di situ & pabila lalu dekat mutawwif, dia pun tengah ambil gambar Bukit Uhud.  Aik, dah selalu pergi pun ambil gambar juga ke?
Tapi tanya dalam hati saja lah he he he.

Tak tahulah jemaah dari mana

Street seller still ;-)

Walaupun negara kaya minyak, tapi petrol pump nya "segan hidup mati tak mahu" huhu
 
Tidak lama kemudian meneruskan perjalanan & bas melalui kilang Al-Quran.  Mutawwif tanya juga nak masuk ke tidak.  Tapi hanya jemaah lelaki sahaja yang dibenarkan masuk & nak masuk tu kena beratur panjang + lama.  Nanti kesian jemaah perempuan.
Pintu gerbang Kilang Quran
 
Jadi kami sebulat suara untuk tidak masuk sebab lepas aje lalu kilang tu, punyalah ramai + tersangat panjang queue tu.. terus jemaah kata "tak apa lah kalau tak masuk kalau gini ghupe nya... lalu pun tak apa dah" heheh.

Tengokkkkk... betapa panjangnya queue kan?
 
Lepas tu kami terus pulang ke hotel.  Masih awal lagi, baru 10.30pagi.
Lepas sampai Malaysia baru perasan bahawanya kami tidak pergi ke Masjid Kiblat & Perkuburan Baqi'.  Hanya melaluinya sahaja.


Mutawwif lupa kot?  Heheh tapi tidak mengapalah, saya pernah pergi semasa umrah pertama tahun 1998 dahulu.  Kebanyakkan dalam group saya tu adalah jemaah berulang :-)  Tetapi kesian juga pada jemaah yang kali pertama pergi.  Nak kena komen nih.. hmmm!

Ok lah sambung dengan kisah kehilangan selipar lepas zuhur pulak he he he!

01 June, 2012

Umrah Hari2 Part 1- Bin Dawood

28/4/2012 (Sabtu)
Shopping @ Bin Dawood

Hari ke-2 ni mutawwif kata AKTIVITI BEBAS & jemaah buleh buatlah apa yang sepatutnya seperti beribadah di masjid @ melakukan aktiviti-aktiviti DI SEKITARNYA.
Mutawwif siap depangkan tangan masa sebut AKTIVITI DI SEKITARNYA (maksud dia.. SHOPPING lah tu) :P

Dalam masjid nabawi pukul 3pagi

Subuh pertama kami pergi ke Masjid Nabawi pada pukul 3pagi.
Mami saya selalu ragu-ragu, siap suruh tanya orang hotel lagi kalau awal sangat masjid buka ke tutup hmmmm.  Banyak kali dia suarakan kerisauan tak awal sangat kah 3pagi? 
Bila sampai lobi, ada je jemaah berbondong-bondong menuju ke masjid, barulah mami lega.   
Kalau nak jalan seorang diri ketika ni pun rasanya tiada masalah sebab ada je jemaah tak putus-putus di sana sini.
Waktu-waktu sebegitu pun di perkarangan masjid nabawi ada yang menjual Quran untuk diwakafkan di masjid.  Tak usah risau.. ramai je yang menjualnya & mereka jerit "WAKAF WAKAF WAKAFFF"  Yang kecil 1unit 20riyal.  Yang besar saya tidak tanya berapa. 
 Oleh sebab sampai masjid 3pg ++, maka jemaah tidak ramai & duduk di saf depan.
Oh ye, ketika ni saya bawa kamera MINIMO & aku sorokkan dalam stokin (bukan di tapak kaki tu tapi di betis hehe), mula-mula takut juga, kot guard tu cek sampai situ tapi alhamdulillah guard hanya cek dalam beg saja.  Kalau boleh bukalah beg tu awal-awal so that guard boleh cek terus.

 Saya menyelesaikan dulu solat yang sunat dibuat & kemudian baru saya snap gambar.
Walaupun hasil minimo tidak memuaskan hati tapi itu lebih baik dari tiada gambar langsung kan? :-)
 Waktu subuh di Madinah pada hari itu ialah 4.21pagi tetapi saya tengok azan berkumandang pukul 3.30pagi.  Saya agak keliru & tertanya-tanya dalam hati "jadual saya salahkah?".  
Ayuh pergi berburu jubah :D
Jadi bertanyalah saya pada jemaah sebelah warga Indonesia (dari surabaya tak silapnya).  Dia kata dia pun tak tahu sebab itu subuh pertama dia.  Oh dia pun baru sampai macam saya.  Lepas tu makcik saya kata itu azan untuk kejutkan & panggil jemaah untuk subuh.  Oh barulah faham hehe (tak sempat baca bab ni kat forum rasanya).
 Selepas subuh kami tunggu seketika buat apa yang patut dan keluar tidak lama kemudian.  Bila tengok kat luar, rasa teruja sebab ramai peniaga-peniaga jalanan tengah display barang-barang mereka di atas jalan.

Bin Dawood yang diperkatakan oleh ramai jemaah
Macam-macamlah ada macam jubah, telekung, kain tudung, jam tangan, stokin, sejadah, kopiah, cincin, tasbih dan macam-macam lagi la.. sesiapa yang tengok pasti teruja termasuklah saya hehe.   Tak sempat snap gambar.

Tetapi semasa kami nak pegang-pegang tu, polis pula datang halau... bertempiaran peniaga-peniaga tu angkut barang mereka.  Sudahnya kami ronda-ronda di kawasan sekelilingnya.  Sudah banyak berubah.  14tahun dulu, kedai-kedai buruk je tapi sekarang semua teratur & menarik serta bersih :-)

 Kami balik ke hotel dulu untuk breakfast & akan keluar semula meneruskan "misi" (shopping) pada pukul 7pagi.  Saya mengaku, saya pergi sana pun NAK SHOPPING sekali selain ibadah.  Tapi saya dah bajet awal-awal lah nak beli apa.  Saya tukar RM1000= SR1190 (rate 0.84) sahaja.

Ni saya tengok ada yang nak pergi siap cakap "pergi sana bukan nak shopping tp nak beribadah / tak highlight sangat pasal shopping"  tapi bila balik bertan-tan hasil shopping dia.  Cakap jujur buleh tak?  Tak perlu tipu lah kata tak nak shopping.. nanti memakan diri sendiri. 

Ramai yang suka air ni tetapi saya tak suka sangat sebab manis!
  
Saya baca di forum mengatakan bahawa kalau nak beli Jubah, beli di Bin Dawood.  Saya bayangkan Bin Dawood ni kat 1lorong je, rupa-rupanya dalam 1building.  Besar juga.. rambang mata dibuatnya hehe.
Oleh sebab semasa Subuh saya melalui Bin Dawood so kami shoot terus ke sana.

Kedai kurma di dalam Bin Dawood.  Baik beli di sini saja

Masa sampai tu kedai di tingkat bawah sahaja yang buka sebab baru pukul 8 & kedai di tingkat atas buka pukul 10pagi  tapi kami ronda selow-selow.  Saya pantang tengok jubah mesti nak beli.  Tapi oleh sebab 40riyal sahaja sehelai maka saya beli tanpa fikir panjang.  Cantik di mata saya je saya beli.  Yang glamer pun baru 80riyal.  Saya ingatkan sampai ratus-ratus riyal.



Tumpanglah seketika.. waktu ni penat sangat :P
 
Ada sorang pekerja kedai jubah ni duk layan saya supaya beli banyak lagi (pandaiiii le dia!) pastu saya minta 1design ni tapi size S (yang saya pegang tu size M), tiba-tiba pekerja tu cakap "tinggal 1SPESIS ini sajaaa.. buleh buleh.. murahhh!"  Saya terus gelak tak ingat pastu saya perli dia "HAAA?  SPESIS JUBAH?  SPESIS FROM WHERE?  SPESIS APA?"  kahkahkaha!  Pastu pekerja tu geram kat saya, dia nak penyek-penyek saya ahahahah adoiiii SPESIS JUBAH... patut nya PIECE bukan SPESIS :))
Both jubah saya beli.  Kanan SR80 & kiri SR40.
Kalau kat Malaysia yang kanan tu harus RM100 ++ @ RM200 hehe (saya selalu survey online maka saya tahulah!)

Lepas tu saya nampak lagi jubah-jubah glamer kat 1kedai ni.  Ketika tu ada 3lelaki arab tengah borak-borak dalam kedai tu (kedai mereka le tu), masa saya masuk tu saya ralit tengok jubah-jubah tu & dgr la ada lelaki tu cakap "waaa.. ehem ehem".. saya tak peduli pun pastu mami duk gelak-gelak, jadi saya tanya kenapa.. mami cakap arab-arab tu ralit tengok saya.. huk alohhhhhh gatai pulok hahaha (ye lah ketika tu customer berapa kerat je sebab masih awal, arab-arab tu nak hilangkan boring lah tu hehe).
Semua orang sudah penat, hanya makcik saya yang masih memburu :P

Setelah memburu beberapa helai jubah, tiba-tiba saya rasa macam dah banyak duit saya habiskan (padahal saya sorok duit situ sini sampai saya tak ingat letak mana hehe) jadi saya stop memburu.  Saya hanya melihat abg & makcik saya shopping.


Waktu ni 11pagi tak silap saya, kagum tengok.. cantiklah.  Senang jemaah lalu lalang tanpa rasa panas :-)
  
Saya tengok semua benda yang dijual pun dengan tidak berperasaan.. saya banyak duduk je.  Ketika abg saya riki kurma di kedai kurma pun saya tak ada mood dah membeli (oh ya, kalau nak beli kurma/ kismis.. belilah di kedai-kedai kurma di kawasan Masjid ni ya.. murah.  Jangan beli di ladang kurma sebab mahal). 


Saujana mata memandang

Kami keluar dari Bin Dawood sebab makcik nak cari handbag tapi tak jumpa pun kedai handbag.  Pusing-pusing kat luar lepas tu tiba-tiba ada 2perempuan (umur belasan tahun kut) hulur Quran kat saya.. saya ingatkan dia nak jual jadi saya kata tak mahu (tak mahu beli sebab ketika tu pegang banyang barang maka takkan nak pegang Quran dengan keadaan tak proper.. takut tertindih ke apa ke), tiba-tiba dia shoot kat makcik saya.  Rupa-rupanya dia sedekahkan saja Quran tu, siap alas dengan tissue awal-awal kut takde wudhu.  Laaa sesungguhnya saya blur huhu.



Dengan mami saya

Ambil gambar sekejap di perkarangan Masjid Nabawi sebab payungnya sudah terbuka.  Saya tiada peluang ketika mana payung tu terbuka & tertutup.. cukup cantik sekali, sungguh saya kagum.  Jemaah memang sentiasa ramai lah di situ samada beriktikaf, berehat, makan mahupun tidur di perkarangan Masjid Nabawi :-)


Money changer yang sangat tinggi kaunterny haihhh~
 
Kami ambil keputusan untuk masuk Bin Dawood semula & terjumpalah money changer ni.  Mami minta tukarkan RM400= SR480:  rate 0.83 (agak ok rate nya berbanding di kelate huhu).
Punyalahhhh tinggi kaunternya, tak sesuai tawwww untuk saya yang renek lagi rendang ni :P
Riki-riki di kedai emas pulak

Bila masuk Bin Dawood, kami decide nak lunch sahaja di Restoran Abu Khalid.
Menunya punyalah banyak tapi yang ada hanya Nasi Bukhari, katanya selepaz zuhur baru menu lain siap.. alahai dah lah kering tiada kuah (saya suka makan nasi dengan kuah yang banyak).  Tapi saya makanlah juga.. saya kan big eater hehe.  1pinggan share 2orang (portion memang banyak).  Air saya tidak order sebab biasanya saya menge"paw" air mami.


Pemandangan masjid nabawi dari tingkap restoran Abu Khalid
 
Selesai lunch pukul 11lebih & decide hantar segala hasil buruan ke hotel.
Agak malu sebenarnya sebab terlalu banyak beg plastik di kiri kanan huhu.


 On the way ke hotel tu singgah pula di kedai emas.  Saya tak masuk pun, saya duduk jah atas wheelchair tu sebab saya memang tak minat at all.  Jadi berurusniagalah mereka di dalam kedai tu.


 Lepas balik hotel, saya berehat seketika & mami /makcik saya pergi masjid dulu.
Saya pergi kemudian dengan brisk walk sebab dah nak azan.  Lambat sampai karang ada yang kena solat luar masjid ni.


Depan restoran Abu Khalid

Ketika sampai, orang sudah berbondong-bondong.. tu lah siapa suruh pergi lambat kan hehe..  ok bersambung!