Showing posts with label Masa. Show all posts
Showing posts with label Masa. Show all posts

Thursday, February 14, 2013

On time...

Assalamualaikum..

Waktu ke JB baru-baru ni, agak ramai bilangan ahli keluarga yang ikut serta. Bila sudah ramai tentulah banyak kepala. Tapi Alhamdulillah.. walaupun banyak kepala, semuanya tahu nak hormat masa orang lain. Takde langsung masalah tertunggu-tungu dan menunggu-nunggu. Janji nak keluar pukul 5.30, pukul 5.30 semua dah bersiap tunggu kat kereta. Janji nak bertolak pukul 9.30, pukul 9.30 semuanya dah berkumpul. Lambat 5-6 minit tu adatlah sebab ada yang anak kecil. Ada yang perlu menunaikan hajat di saat nak keluar tu.

Bila berjalan ramai-ramai pun semuanya tahu tak mahu berhenti lama-lama di satu-satu tempat. Bila nampak orang lain dah gerak, semuanya tahu nak bergerak juga. Tanpa perlu orang lain tolong panggil mahupun tolong ingatkan. Bila dah berpisah untuk buat hal masing-masing dan berjanji untuk bertemu semula pada waktu dan tempat yang ditetapkan semuanya muncul tepat pada masanya. Takde siapa yang mahu membiarkan orang lain tercari-cari.  Alhamdulillah.. aku seronok dengan cara yang begitu.  

Bila semua orang tahu hormat masa orang lain, tiada pembaziran masa yang berlaku. Tiada mulut yang akan mengata. Tiada siapa yang akan diumpat. Tiada hati yang akan sakit. Tiada siapa juga yang mahu membuat muka dan mengeruhkan keadaan. Kesimpulannya kami semua dapat berkumpul bersama tanpa stress. Semoga anak-anakku dapat mengambil pengajaran dari sikap yang baik ini. Sebelum kita mahu orang menghormati kita, kitalah yang perlu lebih menghormati orang lain. Bila saling tahu hormat menghormati hidup kita akan terasa lebih indah dan membahagiakan.

Oh ya.. Benar-benar Cinta Bab 18 sudah di update di Ilham Karangkraf. Sudi-sudikan dan selamat membaca.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada buat kita semua. Take care and have a nice day!

Thursday, June 30, 2011

Masa...

Sungai

Airmu mengalir
Dari gunung, jauh di sana
Jernih dan sejuknya
Sungguh indah, dipandang mata

Kau tetap mengalir
Walau apa halangan tiba
Tak berhenti-henti
Hingga sampai di laut nanti

Masa juga
Kan berlalu tak menunggu kita
Gunakanlah sepenuhnya
Janganlah leka

Pernah dengar lagu Sungai ini tak? Lagu sungai ini merupakan antara lagu kegemaran aku. Rasanya aku belajar lagu ni kat sekolah masa darjah 2 ke darjah3. Menarik sangat lagu ini. Sebab itulah sampai sekarang aku masih ingat senikata dan melodinya. Bagi aku lagu ini merupakan lagu yang sangat indah. Begitu juga dengan isinya.  

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian... (Surah Al-Asr)


Sejak kecil lagi kita sudah diterapkan dengan kepentingan menjaga masa. Namun sampai sekarang sikap membuang masa itu masih ada dalam diri ini. Sedih betul rasanya. Harap-harap  selepas ini aku lebih pandai menghargai masa. Dan berharap sangat agar aku tidak terleka apatah lagi dalam kerugian.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...