Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label tin minuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tin minuman. Papar semua catatan

Tickle soul with coca-cola!©

Tickle soul with coca-cola!©
Baru hendak merangkak mendapatkan tin Coca-Cola
edisi terhad terkini 2013!
Chup! Coca-Cola refresh lah together-gether
Coca-Cola #beb #lenglui #macha #bestgiler
Coca-Cola #syoknya #fuyoh #terrernya
hobbies & collectables
Tin Coca-Cola Edisi Terhad 2013
Maka pada Ahad lepas, baru boleh buat operasi santai
mencari 7 beradik tin Coca-Cola edisi terhad.
Operasi santai sebelum bekerja cuma berjaya
mengumpulkan adik beradik yang terpisah.
No:7 #terrernya,  No:3 #macha dan No:1 #beb .
Bolehlah buat Menggelitik Jiwa Dengan Coca-Cola!©
koleksi coca-cola Malaysia
Koleksi Coca-Cola 2013
Rileklah!
kita santai dengan video Coca-Cola Sharing Can
Santai Bersama Coca-Cola!© 
Jadi tidak perlu pergi banyak tempat, singgah ke dua
buah kedai 7-e sahaja. Bukan sahaja dapat tin tetapi
dapat juga borang peraduan Coca-Cola ~ 7-eleven.
Chup! refresh lah dengan Coca-Cola!
coca-cola collectibles
Borang Peraduan Coaca-Cola 2013
Jika sempat boleh masuk peraduan ini, mana tahu
dapat hp Sony Experia L atau Apple iPad Mini,
tidak pun dapat kamera digital Sony DSC-WX80/B.
Borang peraduan ini pun juga boleh di simpan
sebagai koleksi coke Coca-Cola atau
koleksi borang peraduan.

7 tin edisi terhad ini pasti menggembirakan
kolektor Coke, pengumpul lama atau baru.
Manakan tidak? 7 tin sekali keluar serentak!,
bagai kembar 7. #Fuyoh!

GARDENIA BEVERAGE

GARDENIA, Bukan sekadar roti.
Juga dengan barisan minuman ringan.
Tapi iaryylr baru dapat bawa pulang
tin minuman ice Cream SODA Gardenia.
Tahun lepas masih nampak minuman
botol Gardenia, tahun ini tidak lagi.
Diperbuat oleh
GARDENIA BEVERAGE SDN. BHD
Mile 6- 1/2, Jalan Putatan,
Kota Kinabalu, Sabah

SUNDROP ICE CEYLON TEA

Segar Dan Pekat,
Sudahkah Anda merasai minuman sejuk Teh Ceylon
keluaran Syarikat Sundrop Fruit Juices?
( Kamera : HP Adroid Samsung Galaxy Grand Duos )
Sebuah syarikat yang pada awalnya ditubuhkan oleh
Green Spot International dari Pasadaena, USA
di Kuching Serawak dan mengilangkan produk
minuman Green Spot pada tahun 1957.

Kisaran Green Spot

Berbalik pada Minuman Teh Ceylon Sejuk ini,
perghhh! memang nyaman diminum sejuk.
Walau banyak jenama dan jenis minuman teh lemon
di pasaran, namun inilah pertama kalinya 
minum teh lemon dari jenis Teh Ceylon?.
Selepas ini kena ambil tahu juga tentang jenis teh
dari jenama teh lemon yang lain.

( Kamera : HP Adroid Samsung Galaxy Grand Duos )
Tentang Sundrop Fruit Juices Bhd

Sundrop Fruit Juices Bhd. has been manufacturing
beverages since the company was set up by Green
Spot International from Pasadaena, USA. The first
beverages manufacturing plant opened in December,
1957. In 1987, the name Green Spot was changed
to Sundrop Fruit Juices Bhd. when the company
began manufacture of non-Green Spot beverages.

In 1992 the company commenced manufacture of
canned coffee and tea drinks. The company
manufactured beverages first in returnable glass
bottles and later in two piece cans.
Sumber
http://www.sundrop.com.my
Alamat

Sundrop Fruit Juices Sdn. Bhd.
No.151, Jalan Batu Kitang P.O.Box 13 93700
Kuching Sarawak, Malaysia.

Tin Minuman Bertukar Wajah

Tin Minuman Malaysia
Beberapa tahun ini kita dapat lihat begitu banyak perubahan
tema grafik beberapa jenama minuman antaranya Yeo's, Lipton,
Coca-Cola, F&N, 100plus, Cheer dan lain lain.
Selain perubahan kekal, terdapat juga keluaran khas untuk
perayaan , acara ataupun peraduan khas.
Bukan sahaja pada tin minuman, malah kotak dan botol minuman.
Bagi iaryylr, tak terkejar semua ini, mana yang ada sahaja.
Mungkin kolektor Tin minuman tegar berjaya mengumpul
semuanya, pasti ianya suatu kepuasan yang tak terhingga.

iaryylr pun pernah menimbang tin tin minuman yang lama
telah di kumpul, dapatlah sedikit hasil nya... hu hu hu ...


收集可口可樂 www.iCoke.com.tw

收集可口可樂
Coca-Cola Taiwan
250ml adalah lebih sihat...
Perbandingan dengan Coke Malaysia 285ml
Disumbangkan oleh adik kepada abangnya,

業餘愛好和收藏品 - Hobi Dan Koleksi

KALENG COCA-COLA INDONESIA

Segarnya mantap!
Coke Indonesia dengan isi bersih 330ml
Diproduksi oleh PT. COCA-COLA Bottling Indonesia
Cibitung 17520 - Indonesia
Di Bawah Otoritas The Coca-Cola Company
Pemilik Merek-Merek Dagang "Coca-Cola"
"Coke" Dan Dynamic Ribbon Device
Kaleng Coca-Cola Indonesia Tahun 2008?
( Coca-Cola - Sammlung )

Coca-Cola Light Sarah J.Parker Jepun

Coca-Cola paling ringan... Rasa ringan saja!
Dengan warna perak dan gambar artis Sarah J.Parker
Kandungan 350ml - Tiada Kalori - 100% Light Taste
Keluaran Coca-Cola Jepun Tahun 2008 
Sempena Filem "Sex In The City" ?
( coke-Sammlung )

Coca-Cola Diet Coke United Kingdom

Diet Cara Orang United Kingdom
Diet Coke Bebas Kafein dengan tin warna emas Yang Memukau
Coca-Cola Diet Coke 2008 - Keluaran Great Britain 

Coca-Cola Coke Zero Hong Kong

Coca-Cola Coke Zero untuk Kaki pancing... 
Coke Zero, Koleksi Si Kaki Pancing...
Nampak tu!, betul-betul memancing dapat Coke Zero!
- Coca-Cola 2008, Coke Zero keluaran Hong Kong -
( Coca-Cola  Sammlung )

Coca-Cola Heaven And Earth

Sudahkah Anda menikmati minuman keluaran
Coca-Cola 'Heaven And Earth'?
Cubalah bertin-tin untuk merasai nikmatnya...
emmm! sedapnya!
Lemon - Markisa - Teh Hijau

FIZZI COLA JAWI

Tin Minuman Fizzi Cola Jawi
Tin Minuman ini dijumpai pada Bulan Ramadhan,
Hari Jumaat 27 Julai 2012.
Jumpa sewaktu membersihkan sebuah kilang
yang akan dijadikan stor menyimpan barang.
Fizzi Cola adalah minuman keluaran Yeo's.
ianya sudah tidak dikeluarkan lagi. Bila teringat
jenama Fizzi, makan terasa pula keunikkan
air minuman berkarbonat keluaran Jenama Fizzi,
lebih lagi perisa Limau Bali dan Sarasap yang unik!.
Nampaknya iaryylr kena cari peneman Fizzi Cola
seperti Fizzi Orange, Fizzi Root Bir, Fizzi Pomelo.

Skateboard Milo

Nampaknya pemain papan luncur Milo
ini wajahnya menyerupai seseorang.
Apapun kita minum Milo Mocha dulu.
Lepas itu baru kita fikir-fikir siapa yang
kita kenal menyerupai pemain tersebut.

7-up Tanah Arab

7-up Dubai
150ml sudah cukup untuk Pak Arab,
di sini sudah di biasakan tidak cukup.
Kenapa di Malaysia minuman berkarbonat
tiada keluaran 150ml?.
Kadang rasa tidak sesuai pula kanak-kanak
dan orang tua minum sama banyak dengan
tin minuman isipadu 325ml. Bayang saja
kanak-kanak belum sekolah minum setin
325ml. Mungkin perlu tindakkan awal.
Pendapat iaryylr, dengan keluaran 150ml ,
dapatlah pengguna membuat pilihan.
Kurang juga pembaziran dan menjimatkan.
Sesuai juga untuk orang-orang tua dan
kanak-kanak. Melambatkan kesan dari
kemanisan gula. Kadang bukan hendak
minum sangat pun, tetapi untuk basah
tekak. Lagipun jika ada keluaran 150ml,
maka dapatlah kolektor mempelbagaikan
koleksi ,  he! he! he! he!

Nestle Milo Hi-Cal

Dengan 1 Semangat Dan 3 Tema Berbeza
Milo Hi-Cal dengan Semangat Kesukanan!
'Grab N gO!'
Si iaryylr tu sedang sedia untuk melakukan rembatan
kencang, sebab itu lelaki dan perempuan tu cepat - cepat
memanjat untuk mengelak dari terkena bola!

Nescafe Mocha Edisi Khas VS Nescafe 2009

"Tidak Serupa Lagi Tidak Sama"
Pada minggu lepas terdapat iklan yang menarik
kepada sesiapa yang tertarik berkenaan
4 minuman tin popular nescafe sedia ada
terpilih sebagai keluaran khas pada 2012.
Anda boleh rujuk iklan di blog edilelly dan aku.
iaryylr tidak pasti adakah 'Special Edition'
yang di maksudkan hanya pada tema pada
tin, mutu rasa yang dipertingkatkan atau
keduanya sekali. Kena rasa baru boleh tahu.
O.k, di bawah adalah tin Nescafe Mocha
keluaran 2009 dan keluaran edisi khas 2012
Nampaknya banyak juga perubahanya.
iaryylr tidak pasti pula adakah terdapat
lagi perbezaan pada keluaran terdahulu
atau pada 2010 dan 2011, cuma pada 2011
terdapat sedikit perbezaan pada tema
sempena peraduan yang di anjurkan .
'Tak sama tapi serupa'
iaryylr pun baru dapat 3, iaitu Kopi Latte, Kopi
Original dan Kopi Mocha, tinggal nak cari
tin 'Kopi O' sahaja. Bagaimana rasannya
jika ada Nescafe Tongkat Ali dan Ubi Jaga?

Milo 100 tahun Nestle di sisimu

Milo 100 tahun Nestle di sisimu
Inilah tin milo yang bakal punya cerita jika
di simpan. Mungkin juga menjadi panas
pada ulang tahun nestle ke 125 tahun nanti.
Sekejap sahaja 25 tahun itu akan tiba jika
masih tubuh di kandung nyawa.
Apapun mari kita bandingkan perbezaan
pada bahagian belakang tin milo ini.
Lihat juga pada saiz gelang tulisan 'Original'.
Bagaimana? tidak serupa lagi tidak sama?
100 tahun Nestle di sisimu!

100 Plus Dato Lee Chong Wei

Minum Tengahari Bersama Dato Lee Chong Wei,
Nikmati 100 Plus Tangrine Oren.
Mari bersama beliau dengan sambil berpeluang
menyertai peraduan 'Road to London'
Hadiah menarik! selamat mencuba!
Ada tandatangan Dato Lee Chong Wei!
Suatu hari nanti pasti ada juga yang mencari.
( Koleksi tin minuman )

COCA-COLA BAHARU

Cola-Cola Gajah Putih, Nampak Sama!
Tapi ada yang tidak pula serupa....
Kelihatan fon telinga membentuk rupa botol Coke.
Tin Coca-Cola yang berjaya diselamatkan sebelum
kejadian banjir besar di Thailand baru-baru ini.
Nampaknya setakat hari ini 23/10/2011, Negara
Gajah Putih masih mengharungi bencana banjir.

COCA-COLA Chelsea COCA-COLA Football

Coca-Cola Super Cup / Coca-Cola Chelsea
Berpelukan beramai-ramai secara terbuka...
Chelsea Football Club Tour 2011
Pelukkan Kejuaraan, Pelukan Persahabatan
Pelukan Hangat, Pelukkan Peluhan...
Keringat Keriangan...
Ya! betul!, Tin Coca-Cola Chelsea Football Club
Tour 2011 Thailand - Super Cup Bangkok 2011
Saya dapat 3 jenis gambar berbeza, tapi 1 tidak lepas
sebab bukan disimpan dalam bagasi... hu hu hu...
'Koleksi Coca-Cola Coke 2011'

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.