Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label fotografi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fotografi. Papar semua catatan

HANTU KEDAI MAKAN

AWAS!
Entri ini mungkin memualkan!
Admin tidak akan bertanggung jawab
Jika bulu roma Anda naik!
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
Hantu Kedai Makan
( fotografi Adroid 2012 )
"ini mungkin sebab kita jumpa makanan di bawah meja makan..."

Kecoh bila hantu-hantu dapat publisiti masuk
dalam suratkhabar, jadi kelakar pula bila
imej-imej yang dikatakan hantu itu sebenarnya
palsu . Sama ada dengan menggunakan
aplikasi pada komputer mahupun paling mudah
dengan aplikasi pada telefon bimbit atau pintar.
Muat turun sahaja apa-apa aplikasi kesan khas
hantu dan pasang pada telefon bimbit.

Gambar 'Hantu Kedai Makan' di atas
menggunakan kamera Adroid telefon pintar
Samsung Galaxy Beam GT-18530 dengan
aplikasi hantu 'HorrorCamera'.
Aplikasi tersebut boleh dimuat turun dari
'PLAY STORE'
( fotografi Adroid 2013 )

Macam-macam kesan khas hantu dan seram
boleh digunakan untuk sekadar hiburan.
Jangan pula terlalu serius dan disalahguna.

Fotografi Adroid - DUNIA GULI

Fotografi Kamera HP / Fotografi Adroid
Tajuk : Dunia Guli
Kamera Telefon Bimbit : Samsung Galaxy Grand Duos
Aplikasi Foto Adroid : FX Camera / Fisheye / Circular

Ringkasan Aplikasi
FX Camera Versi : 2.6.8 / Size 9.69MB
FX Camera adalah aplikasi percuma keluaran
BITCELLAR.INC.
FxCamera menyediakan cara yang mudah untuk
mengambil gambar dengan pelbagai kesan khas.
Lebih dari 40 filter unik yang ditawarkan untuk
Anda menjadi lebih kreatif.
Ia telah dimuat turun sebanyak 20 juta pengguna
di 200 negara, menjadikannya salah satu daripada
aplikasi kamera yang paling popular di dunia

Ringkasan Kamera Telefon Bimbit
Samsung Galaxy Grand Duos GT - 19082
Sistem Operasi : Adroid Jelly Bean 4.1.2
Fungsi Tersedia Kamera dan Video
Hadapan / 2 Megapixel
Belakang / 8 Megapixel
Keupayaan LED Flash, Auto Focus, CAF
atau Continuous Auto Focus, Digital Zoom,
Focus Mode, Scene Mode, Shooting Mode,
Timer, Exposure Value, ISO, Metering,
Auto Contrast, Outdoor Visibility, Resolution,
White Balance, Guidelines, Anti-Shake, GPS Tag,
Contextual Filname, Image Quality Set,
Kesan Khas dan lain-lain.

Raja Semut Api

"Raja Semut Api"
'Kalau digigit semut ini pasti kita boleh jadi Kapten Semut atau
Baja Hitam, tak pun boleh jadi Kapten Lalat'
Gaban jauh sekali!
Itulah imaginasi kanak-kanak yang berangan nak jadi adiwira.
Nak jadi Superhero konon!

Koleksi Gelas Lama Terapung....

Keris pun boleh berdiri dengan sendiri inikan pula
gelas boleh terapung, Misteri hantu gelas?
Waktu terapung, cepat-cepat ambil gambar!
Memang mula-mula terlopong juga!
"Terapung apa ke bendanya!? ambil gambar dari bawah
cermin lutsinar saja, macamlah orang tak tahu!"
Shhhh! diam-diamlah, apalah kau labu!

Halo Bulan Sabah Ogos 2012

Fenomena Halo Bulan ?
Sayang kamera tak dapat ambil dengan jelas...
Sejelas mata yang memandang...
Seindah panca indera menikmati malam...

Kampung Pinang Sebatang

Di sebuah kampung yang terdapat Sebatang Pokok Pinang
Semua pun ada sebatang...

Pelekat Lalat Yang Berbau Ikan Masin

Tahi Lalat, Pening Lalat, Kapten Lalat...
apa pun iaryylr dapat tangkap gambar lalat bersantai .
Mungkin ada yang belum lihat lalat dari jarak dekat?.
Ada sesiapa yang menghadapi masaalah dengan lalat?
Selesaikannya dengan Pelekat Lalat!
Beratus-ratus ekor lalat pasti terjerat dengan Pelekat Lalat
'SELL' yang berbau ikan masin yang menghairahkan lalat.
Sesuai digunakan pada musim lalat, waktu kenduri-kendara,
juga dirumah yang banyak sampah menjemput lalat.
'Fotografi Serangga'

Pelesit Kampung

Pelesit Kampung di Sabah
Sewaktu berada di sebuah rumah, kami didatangi tetamu
yang tidak di undang. Seekor belalang yang di gelar
belalang pelesit. Sempat juga iaryylr ambil gambar.
Naik pening juga belalang ini kena 'Flash' kamera Nikon.
Yang ini tidak seseram suatu ketika dahulu. Waktu
iaryylr bujang, belalang jenis ini sering masuk dalam bilik,
siap berbunyi-bunyi lagi, melawan pula tu. Naik bulu
roma bila berdesis dan terbang ke arah diri. 
Yang kedua, masa masuk hutan dulu pernah nampak
yang bersaiz besar, tapi tidak tahulah saiz sebenarnya
paling besar bagaimana, tetapi yang dalam hutan tu dulu
lebih besar dari belalang kunyit. 

Jangan Tinggal Daku...

Nasib Sang Kerengga...
Jangan tinggal daku...

ILMU MENJINAKKAN KAMBING

Kambing Liar? Degil? Tak Mahu Mandi?
ini ubatnya dengan Aura Telapak Tangan Besi Kursani
peringkat ke 2 tahap 1 Jalan Kebun 17/44...
Foto Kandid : iaryylr yylriar
Lokasi : Sabah / Kamera : Nikon

Kerbau Yang pandai bermain Bola di Merlimau Melaka?

Sewaktu iaryylr berkunjung di Melaka, Sempat juga
singgah di Perigi yang dipercayai Perigi peninggalan
Portugis di Merlimau Melaka. Sebelum tiba, pusing-pusing
kawasan kampung untuk menikmati pemandangan dan
suasana kampung. Tiba-tiba iaryylr ternampak sekawan
Kerbau di padang bola, eh! kerbau tu main bola lah !?!?
dan... GOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL!
MACAM TAK PERCAYA!
Tapi itulah yang sempat dirakam sebagai kenangan...

Dalam Bilik...

Meter penyukat debu...
IARYYLR
Barang lama
Asal jadi Spiderman 3
iaryylr
Bukan Ahli Kumpulan Band Spider
"Lukisan Maut"
iaryylr
Boleh Membawa Maut!
'Matinya Seekor Patriot'
iaryylr
Labah-labah kering
Tangki Nyawa
iaryylr
Bukan tangki oksigen
Kamera : Nikon D40X

Lari dari Lensa

Lari Bawa Ku Pergi...
Sang Semut, Kapten Semut
Kamera Nikon D40X - dISCO ops! Discontinued

Lari! lari! lari! yehaaaaa!, Sang Semut cuba lari dari ditangkap
lensa, Sang Semut Hitam yang  pantas berlari.

Kerdil Angkasa Bukan Kapal Angkasa

Kerdil Angkasa
Kapal terbang
Kamera Nikon D40X - Discontinued

Yang besar di bawah, nampak kecil pula di atas!
Cuba teka kapal terbang syarikat penerbangan apa?
MAS?, AIR ASIA? atau lain-lain?

Menongkat Langit

Menongkat Langit
Kamera Nikon
Kamera Nikon D40X - Discontinued
Bagai menongkat langit bagai pembinaan Piramid

Merokok Rindu Kampung

"Kampung Rindu Rokok Hisap"
Kamera Nikon D40X - Discontinued

Nikon D40X - Discontinued
Perlu diservis kamera lama ini, hampir 5 tahun agak
iaryylr usianya, sudah ada habuk sensornya. Kalau
setting tertentu boleh nampak kesannya.
Hari tu 'frost' sebab ambil gambar dalam bilik ais ICT.
Main bersih guna tisu lens sahaja sebab tiada pilihan.
Kalau lalu KL bolehlah singgah pusat servis Nikon.
Nak servis sendiri kena beli kit membersih.
Lens 18-55mm, nak tingkatkan belum ada bajet :) .
Mungkin cukupkan umurnya 10 tahun.

Mengguna kamera DSLR ini lebih banyak 'try and error'.
Antara minat, bakat dan berbakat iaryylr dalam kategori
minat sebab iaryylr cuma lebih berminat ambil gambar
dan dunia gajet, cuma sekarang jauh berbeza dengan dulu.
Dengan DSLR imej yang terhasil adalah  lebih terperinci,
hasilkan apa yang kita mahukan, namun kamera
kompak terkini dan separuh SLR juga mampu menghasilkan
keperincian imej dengan mod dan teknik penggambaran.

"Gambar menceritakan segalanya", ya!? segalanya walau
tidak terungkai sepenuhnya. Bagi iaryylr, imej yang
terhasil dari lensa apa jua kamera pun yang penting
kepuasan penggambarnya. Puas dengan tujuan,
puas kehendak atau puas dengan keperluan.

Bakat perlu diasah dan berbakat itu semulajadi. Apapun
itu pandangan peribadi sahaja. Kawan iaryylr
yang berbakat melukis di lantai pun rialistik hasilnya.

Kamera filem pertama iaryylr bernilai kira-kira RM65.
Manual penuh, Bertahun juga guna kamera filem manual
 sebelum bertukar ke kamera automatik bernilai RM180.
Kamera pun kena kena kebas dengan rakan sekerja,
Guna pula kamera syarikat, kamera syarikat pun kena
kebas dengan rakan sekerja keh! keh! keh!

Cerita tentang fotografi sampai bila pun tiada
kesudahannya, dari kamera filem, kamera digital,
kamera telefon dan yang jarang dengar kamera teropong.
Apapun yang penting kita 'Enjoy!', joli dengan kamera
kita, ceria dengan hasilnya! yehaaaa!

Pejabat Pos Lama Banting

Pejabat Pos Terbakar!
Gambar Pejabat Pos Lama Banting Pada 1 Januari 2009,
sebelum terbakar atau dibakar  mungkin pada pada 
2010 atau 2011. Dulu ingat nak ambil puncak bumbung
tu kalau terbakar, tapi bila dah terbakar tak mahu pula
selongkar kesan dan sisa kebakaran. Sudah lebih 3 tahun
berlalu, mungkin ada yang tidak pernah melihat atau
mengetahui  bahawa terdapat sebuah Pejabat Pos lama
di Pekan Banting yang juga bersejarah.

Hidup Dan Mati Di ICT

Penguin Malaysia di ICT
Hidup dan Mati, tiada teman untuk berseri...

Pejabat Pendidikan Daerah Klang - Fotografi Adroid

Ikan Kap PDD Klang - Fotografi Adroid
Gajet : H/p Tablet Galaxy Tab PT1000
Aplikasi Adroid : Camera FV-5 Lite

Minat iaryylr pada gajet dan fotografi sememangnya
sudah lama, cuma ada pasang surut ibarat bait lagu
"Air pasang pagi surut pukul lima,
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga..."
Sejak menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson Xperia X8
dengan sistem Adroid pada 2011, maka dapatlah iaryylr
mempelbagaikan hobi fotografi dari kamera telefon bimbit,
kamera digital dan kamera dslr. 
Sistem Adroid menawarkan banyak pilihan aplkasi perisian
fotografi mengikut citarasa, keperluandan kemampuan.
iaryylr banyak membuat percubaan pada setiap aplikasi
percuma atau percubaan yang ditawarkan untuk keperluan
dan kesesuaian telefon. Aplikasi  adroid yang ditawarkan
sememangnya berguna bagi mereka yang ingin meningkatkan
keupayaan sistem kamera telefon bimbit atau tablet
yang biasanya di datangkan dengan fungsi asas sahaja.

Lampu Tanglung ICT

Lampu Tanglung ICT
Gajet : Kamera DSLR Nikon D40X

Bukan cerita hantu di ICT atau kisah Hantu Tanglung,
tapi lampu berbentuk tanglung di ICT Shah Alam.
Sebenarnya pada bulan Mei 2012 adalah hari pertama
iaryylr melawat ke ICT Shah Alam.

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.