CSS

Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Tuesday, June 23, 2015

Kerabu Tomato Ikan Bilis


Assalamualaikum

Saya ngupdate belog pepagi ni tak lain takbukan adalah antara lain memberi idea pada mak mak nak menu apa petang nanti,. tak pening kepala, n dpt focus dengan kerja harian.Lagipun time ni saya agak free dan bertenaga nak ngadap laptop. Time lain mata saya kuyu je okay. Hahaha

Ok.. kerabu ni mmg pembuka selera. Saya tgok gambar ni pun dah merembes airliur. Haha.. rasa masam manis pedas rangup nya tu mmg mabeles. Boleh tambahkan apa apa sayur yang rasa sesuai. Buat lah dengan penuh kasih sayang ewah.

Jom cek resepi kak hana ini...


KERABU  TOMATO IKAN BILIS
resepi: kak Hana


Bahan-bahan
  • 2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris
  • segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
  • 1/2 biji bwg besar - dihiris
  • 3-4 biji chili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris
  • 1 btg serai - dihiris
  • 1 batang bunga kantan * izah tambah
  • garam
  • gula
  • jus lemon - optional *izah ganti limau kasturi
  • pak aji - klu suka

Cara-cara
  1. Ikan bilis goreng tumbuk kasar. Kemudian gaulkan semua bhn2. perasakan ngan garam dan gula. Klu nak lebih masam bleh letak jus lemon lebih.
  2. Dah siap! bleh la dihidang.








Tuesday, July 31, 2012

Begedil Daging Burger Hasue



Assalamualaikum..

Mula2 nak mintk ampun maaf ngan Hasue.
Rasaanya sehari dua ni ada himpunan rasa bersalah dipenjuru hati ini ngan Hasue.
Hahaha.. u know waat i mean..kikikiki
Yang ni pun salah satu rasa sedikit bersalah. Tapi yang banyak nya rasa sedap la.
Tekak saya memang nak rasa begedil yang simple je.
Dan resepi Hasue ni memamng kena ngan selera saya, tapi en hubby nak yang rasa rempah2 sikit.
Nex time saya buat rasa rempah2 iye cayammm..:-P
Ok derhaka banyak terjadi di begedil itu iaitu begedil ni menggunkan telur time nak goreng nyer.
Ni sebaab mengikutkan selera en suami yang suke garing2 diluarnya.
So cara sya , saya celupkn dengan telur dan lumurkan dengan tepung gandum bercampur tepung beras.
Sue...sorry banyak derhaka resepi begedil ko ni.
Ada lebih lagi dlm es box nanti ai goreng cara u pulak ekkkk :-)




BERGEDIL DAGING BURGER TANPA TELUR

2 Biji kentang-lebih kurang 400g
2 keping daging burger ayam ramly-cincang/potong kecil2
1-2 tangkai cili merah-hiris dan cincang halus
3 tangkai daun sup-hiris termasuk batangnya sekali
6 tangkai daun bawang-hiris
1/2 labu bawang besar-hiris dan cincang halus
1 sudu besar tepung ubi/tepung jagung
Minyak zaitun/minyak jagung atau minyak canola secukupnya.
Garam secukup rasa dan serbuk stok ayam(jika suka)


Cara membuatnya:
Mula2 rebus kentang sehingga lembut. Aku rebus guna pressure cooker lebih kurang 5 minit jer dah lembut selepas berdesir(aku belah 2 jer kentang tu). *izah goreng kentang sampai empuk. Dan mashed kan kentang tersebut.

Selepas kentang dah lembut(cucuk dengan garfu untuk menguji) boleh la dilecek menggunakan masher..masher ni memang berguna kat dapur..nak buat jemput pisang pun guna ni jugak.. ala,yang biasa orang guna untuk tekan2 daging burger tu. Kalau takde,boleh la guna garfu yer.. lecek sampai lumat semasa masih panas. *izah mashed guna belakang gelas jek :-)

Setelah itu, panaskan sedikit minyak,tumis bawang besar yang dicincang halus sampai naik bau,masukkan daging burger yang dicincang atau potong kecil sehingga masak. Perasakan dengan garam..boleh tambah sedikit serbuk pati ayam jika suka.

Sementara itu potong/hiris semua bahan lain.

Gaul guna tangan atau senduk. Tambahkan tepung ubi atau tepung jagung dan sedikit garam untuk rasa keseluruhan. Lepas tu masukkan dalam peti sejuk selama lebih kurang 20 minit agar mudah dibentuk.
Keluarkan dari peti ais,scoop menggunakan sudu bulat atau pencedok aiskrim supaya mendapat bergedil yang sama besar. Bulat2kan dulu kemudian baru tekan untuk mendapat bentuk yang sedikit leper. *izah tak masukkan ke dalam peti es pun, sebb bila kentang digoreng hasil begedil lebih firm dari kentang yg direbus.

Panaskan satu sudu besar minyak zaitun di dalam nonstick pan. Masukkan beberapa ketul bergedil (jangan letak terlampau banyak,nanti susah nak terbalikkan). Biarkan betul2 keperangan barulah terbalikkan(guna sudip leper,jangan guna penyepit) dan biarkan sehingga masak.
Angkat menggunakan sudip tadi dan toskan di atas kertas tisu(guna 2-3 lapis).

*izah goreng menggunakan cara deep fry. Celupkan begedil yang telah dibentuk ke dalm telur yang dikocok sedikit. Setelah dicelup ke dalam telur, salutkan menggunakan begedil dengan tepung gandum yang telah dicampurkan dengan tepung beras. Goreng hingga garing. 




Monday, July 23, 2012

Kangkung Goreng Belacan


Assalamualaikum..

Update blog petang2 sambil menunggu time berbuka. best jugak.
Ni kes nak update tengahari tadi tapinya disebabkan lappy buat hal pulak.
So, saya masukkan sayur paling sempoi tapi best.
Tapi klau badan tak tahan tak brapa boleh jugak makan kangkung kn. Takut sengal satu badan.
Kesian orang yang sengal badan tu, mujur tak mc hari ni. Hikhik..
Resepi ni simple je, tapi maybe jugak ada yang nak buat sebagai rujukan.
Biasa guna resepi style hasue ni mmg kene ngan selera n senang nak ingat. 
TQ Sue..i lebiu.


KANGKUNG GORENG BELACAN
Resepi: Hasue

Bahan-bahan ( Semangkuk besar )
1 ikat kangkung segar
1 tangkai cili merah(nak pedas,bubuh la cili padi ikut citarasa)*
2 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
Segenggam ikan bilis/udang kering*
1 sudu makan(atau lebih) belacan*
Garam dan perasa(ajinomoto) secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis


Cara-cara
Potong kangkung mengikut citarasa,bersihkan dan toskan.Bahan2 yg bertanda * ditumbuk hingga hampir lumat
Bila minyak sudah panas,tumis bhn2 yg dah ditumbuk tadi dan kacau hingga naik bau atau sedikit kekuningan..
Masukkan garam dan perasa. Kacau jap then masukkan kangkung.
Gaul rata dan kacau sehingga masak(jgn terlampau masak,x sedap plak) Bagi yg suka berkuah tu,leh bubuh sedikit air dan bila kuah dah mendidih padamkan api..
Hidangkan segera dengan nasi panas..! (hepp!org dlm pantang takleh mkn kangkung,org tua2 ckp takut sejukkk)huhuu.. :P




Tuesday, June 19, 2012

Sayur Goreng Tepung dan Stokin Comel!!!


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Allah memberi lagi kesempatan buat saya untuk share resepi yang sangat simple tapi sangt sedap buat selera kami. Sayur2 yang digoreng bertepung. Dicicah dengan cili sos sahaja atau saambal belacan atau tempoyak atau budu. Slrriipp teteibe rasa air liur menjejes nak keluar. hehehe... 

Resepi yang simple dimple. Ritu dah jumpa tepung bestari *yeke namanyer ni MAS and kak Nor?. Tapi pack tepung tu besorr sangat, rasa cam kalau gune mesti lepas tu masuk bubuk je. So saya hold dulu tuk beli tepung goreng segera tu. Untuk yang ni mcm biasa saya mixkan tepung2 sedia ada kat rumah. Sayur digoreng gini tak berminyak dan rangup enak dan segar.

SAYUR GORENG TEPUNG
by: izah

sayur seperti cendawan, terung purple, bendi atau jenis2 yg difikirkan boleh digoreng tepung.
Dibersihkan dan ditoskan kering airnya.

Campuran tepung:
(nisbaah bancuhan tepung adalh sama )

3 sb tepung gandum
3sb tepung jagung
3sb tepung beras
1 sk garam
1 sk kunyit serbuk
*jika mahu rasakan sikit ngan serbuk kari atau serbuk cili pun boleh
1-2 biji telur

cranya:

telur dipecahkan dan dipukul sedikit.
Sayur2 yang telah dibersihkan dan dikeringkan tadi digaulkan sekali dlam telur.
Campuran tepung, kunyit n gram di letakkan didalam bekas yang besar dan bertutup.
Masukkan sayur yg telah digaulkan dengan telur ke dalam bekas campuran tepung.
Tutup bekas dan goncangkan bekas supaya tepung bersalut rata dengan sayur.
Goreng dengan api yang betul2 pnas.
Angkt bila garing dan toskn minyk.
Sedia dihidangkan panas2.

nota: sesuaikan bancuhan tepung dengan bnyak sayur yg hendak digoreng. Lagi banyak tepung pun tk mengapa untuk salutan yang maksimum :-)




PROMOSI TERBARU DI KEDAI MYBESTBUY.

STOKIN COMEL!!

UNTUK 0-12 BULAN.

STOKIN LEMBUT BERSAMA KARTUN 3D.

RM14 

 BB star


 BB bee


 BB kitty


 BB smile


 BB ladybug


BB bear


 Juga boleh dilihat di sini




Friday, April 13, 2012

Brokoli Tumis Ayam - Menu Kanak-kanak


Assalamualaikum..

Siapa suka makan brokoli angkat dagu, turun dagu,  angkat lagi dagu. ;-)
Aaaa dah angguk kannn.. Sedapkan brokoli ni.
Lemak2 gitu.. makjemah masa duk kampung dulu memang haromm la nak jumpa sayur ni.
Kira bila dah merantau ke bandor baru ler jumpa sayur  gini.
Ingat lagi 1st time makan masa dinner besor2an kat PWTC.
Hidangan nya 7 pesalinan. Ada ke 7 pesalinan? kikiki
Ada la skali tu hidangan brokoli bodo gitu je. Sentap makjemah nak makan ke idak.
Tapi sebab nak menjaga maruah sendiri ;-P, ku kuatkan tekad tuk kunyah sayur tu.
Tapi skali kunyah..wahhh sedap rupanya. Lemak2 gitu.
Rasa nk tikam2 je ngan chopstik sapa yang duk amik kunyah amik kunyah sayur tu lagi.
So. skali skala kalau nampak sayur ni segar bugar, memang tak lepas peluang untuk beli.
Brokoli elok untuk sembelit dn gastrik dan pencernaan perut. ;-)


BROKOLI TUMIS AYAM DAN CENDAWAN
by: Izah

1-2 pokok brokoli
1 keping dada ayam di dadu
segenggam cendawan tiram
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar *sederhana size
sehiris halia
sedikit kicap
sedikit sos tiram
1/2 sk pati ayam
1/2 sb tepung jagung bancuh dengan sikit air

Caranya:

Pnaskan minyak untuk menumis bawang putih, bwg besar dan halia.
Tumis hingga naik bau kemudian masukkan ayam.
Biar ayam masak, masukkan pati ayam, sos tiram dan kicap.
Masukkan brokoli kemudian sedikit air.
Bila brokoli sudah masak, masukkan cendawan kacau sebentar.
Dan akhirnya masukkan bancuhan tepung jagung.
Kacau2 sehingga sedikit pekat pada kuahnya dan angkat untuk dihidang.









Friday, March 16, 2012

Kentang Putar


Assalamualaikum..

Lama tak layan kentang putar home made.
Yang pasti lebih sedap dan segar, sebab boleh adjust ikut citarasa kita.
Kalau dibeli tu masin, bila buat sendiri boleh kurangkan.
Kalau  dibeli tu kurang lemak, bila buat sendiri boleh tambah lemak kan.
Tak gitu kome? ;-)
Puas makan ni. Untuk sosnya tu saya ejas2 ikut sukatan sendiri.
Tapi masih menggunakan bahan yang sama, cume buat xbanyak leh ikut sukatan sendiri jela kan.
Bila buat mashed potato ni teringat time berblog dulu.
Happening je time2 kak Hana masa di Jepun dulu.
Eh time ni tak happening ke? Happening jugaaakk.. meriahhh gitu kan ;-)
Resepi ni memang diingati, dan masa tu amik kat rumah Mas.
Saya dah pernah buat dulu DI SINI.
Kali ni resepi sama gak amik rumah kak Hana.



RESEPI KENTANG PUTAR
resepi: kak Hana

Bahan-bahan
5-6 biji kentang
2 sudu besar butter
1 sudu besar mayonis
2 sudu besar susu segar
sedikit blackpepper
garam

Cara-cara
Kupas kulit kentang. Potong 4 atau 6. Rebus sehingga empuk. Toskan. Satukan semua bahan dan lenyek hingga lembut dan gebu. Ketepikan.




RESEPI GRAVY@SOS KENTANG PUTAR
sumber: Mas

Bahan-bahan
650 ml air
5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
40 gm mentega
20 gm tepung gandum- bancuh dgn sedikit air
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam- hana tak letak sbb dah masin *sma ngan k hana


Cara-cara
Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
Masukkan semula air rebusan ke dalam periuk. Masukkan butter, sos tomato, kicap (bergantung kehitaman yang dikendaki) dan sos tiram. Kacau sebati.Kemudian masukkan blackpepper.
Masukkan garam jika perlu.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
Kecilkan api, bancuh tepung dengan sedikit air, kemudian tapis utk mengelakkan berketul2. Masukkan ke dalam periuk sos tadi dan kacau perlahan. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
Curahkan ke atas kentang putar.




Monday, March 5, 2012

Cendawan Rangup


Assalamualaikum..

Menu ni kegemaran kami sekeluarga. 
Nak buatnya pun tak susah. Anak2 pun suke je makan. 
Kata diorang ni bukan cendawan tapi ayam. Gasak situ. 
Asal sebut ayam macam laju je diorang makan. Hehe..
Simple tapi rangup gitu.
Boleh ejas bahan2 ikut sukahati.

CENDAWAN RANGUP
by: izah

250 gm cendawan tiram *kurang lebih
* bersihkan dan keringkan cendawan. Jika cendawan besar, boleh disiat2 kan.
Ketepikan.

3 sb tepung gandum
3 sb tepung jagung
3 sb tepung beras
sedikit lada sulah
sedikit lada hitam
1 1/2 sb serbuk kari daging
1 1/2 sk garam halus *ikut citarasa
1 biji telur 

Caranya:
Setelah dibasuh cendawan, ketepikannya.
Campurkan semua tepung dan bahan perasa kecuali telur.
Masukkan ke dalam bekas tapuware besar bertutup dan tutup bekas.
Goncang2kn tepung supaya semuanya sebati. Ketepikan.
Pukul sikit telur dlm mangkuk besar.
Masukkan ke semua cendawan tadi ke dalam telur.
Gaul2 rata.Kemudian masukkan ke dalam tapuwre berisi  campuran tepung.
Goncang2 dan goreng hingga garing.
Cadangan hidangan: dihidang panas panas.








Wednesday, February 29, 2012

Gulai Masam Tempoyak Keladi


Assalamualaikum..

Punya lama gambar ni bertapa dalam kamere. Pastu baru je trasfer ke lappy. Pastu tunggu mood edit n update blog datang, maka keluar lah dia menjadi post di IML. Haaa itu lah proses kejadian blog masak2 yang unik dan lain dari blog ngomel2 yang lain kan. Keladi ni pemberian mak masa balik kampung duluuuu, laama dah. Mak ada berkebun petang, dan inilah antara hasilnya. Saya suke tang batangnya berbanding isi keladi. Sukee sangat. Kalau makan gulai ni, cara paling best, kuahnya mesti banyak macam sup soto dari nasi. Perhh tetibe air liur merembes dalam mulut. Huhuhu.. Kak Animm ingat dak? Hehehe ini ler kejadiannya. 

Resepi saya ikut cara mak. Atau cara orang Pahang masak gulai masam. Tanpa bawang bagai. Bagi siapa nak try gulai masam Pahang leh la buat. Simple tapi terbaikk.. Musti le terbaik, masakan negeri sendrik khaaan. Hehhe..



GULAI MASAM TEMPOYAK KELADI
by: izah

bahannya

3 batang keladi bersama ubinya
sejemput ikan bilis
10 biji cili padi
1/2 inci kunyit hidup
2 keping asam gelugur
3 sb tempoyak @ ikut suka
garam n gula jika perlu

caranya:
Keladi dibuang kulit, potong sederhna kecil dan basuh dengan air garam bagi hilang lendir.
Batang keladi dibuang kulit dengan cara menyiat kulitnya. Rendam kejap ngan air garam. 
Tips diberi oleh kakak, kalau dlm batang keladi tu ada anak keladi batang kecil putih, buangkan. Sebab itu lah yang datang miang time makan. 
Dah basuh kedua2nya, masukkan dalam periuk. Ketepikan.

Tumbuk kunyit dan cili. Masukkan ke dalam periuk tadi.
Masukkan air tinggi dari aras keladi. Banyakkan sikit sebab keladi menyerap air.
Masukkan ikan bilis, tempoyak n asam keping.
Masak hingga keladi n btgnya empuk.
Rasakan garam n gula.
Hidang.






Thursday, October 27, 2011

Terung bakar Bersantan..


Assalamualaikum..

Sebenarnya nak buat pengakuan.
Saya tak ingat la nama lauk ni. 
Pencuk terung ke?
Rasanya ada jugak orang panggil kerabu terung bersantan.
Pikir punya pikir namanya asyik duk tangguh je nak ngentry lauk ni.
Lastnya tajuk yang selamat ialah terung bakar bersantan lah. Hehee..
Sangat sedap tau. Aroma terung bakar digaul sekali dengan santan lemak, ada bau2 bawang tu. Memang best. Kalau nak pedas biasanya boleh letak hirisan cili. Atau nakkan rasa lada hitam leh campurkan serbuk lada hitam sikit. Yang versi ni saya hanya letak terung bakar, sikit bawang n santan pekat. Sebab saya dah buat sambal lain. Jadi saya nak nikmati terung ni lemak2 gitu. Fuh mmg best. Biasanya kalau kat kampung, banyak terung mak tanam, menu gini mesti mak buat punya. Memang sedap!! 

UPDATE:  Sumber dari kawan2 semua, kalau di pahang lauk ni memang dipanggil pencok terung. Yang juga dicampurkan dengan ikan masin talang bakar. Kata kak Madihaa, boleh juga diletakkan lada hitam. Lauk ni nama lain nyer lawar terung atau pecal terung. T kawan2 yang sudi komen!! Sangat menghargainya. :-)



TERUNG BAKAR BERSANTAN
 by: izah

2 biji terung purple size sedang
* bersihkan, jangan dipotong. Terus aje bakar terung bersama kulitnya. Bakar sehingga kulit bertukar hitam dan lembik texturenya. Angkat terung, potong menggunakan sudu, dan kukut isinya menggunakan sudu. Ambil isi sehingga tinggal kulit hitam sahaja.

1/2-3/4 cawan santan pekat sedang* kelapa diperah menggunakan air masak. Kalau beli santan mentah kena masakkan dulu la. Biasa untuk menu ni saya perah kelapa guna air masak, sebab menu ni tidak dimasak. 
2 ulas bawang kecil-hiris
garam secukup rasa
cili padi*optional


Campurkan santan bersama bawang dihirs dan cili padi. Perasakan dengan garam. Kemudian tuang ke dalam isi terung yang telah diasingkan dari kulit. Gaul2kan rata dan hidang.



Tuesday, September 13, 2011

Sambal Tumis Petai


Assalamualaikum..

Ni pulak sambal tumis petai. Kadang saya buat berkuah sikit, kadang buat kering sikit. Ikut suka hati la nak buat cemana kan. Kalau ada menu lain yg berkuah, so suke buat kering sikit. Satu hal lagi, en suami saya kalau petai ni, dia suka masak sekali dengan kulit petai tu. Berbeza ngan saya, saya tak berapa suke sebab terasa pahit kulitnya tu. Tapi bila dah slalu masak gini, dah rasa sedap aje.. Katanya pahit itu ubat. Kalau ikut mak saya, petai muda memang selalu masak dipotong ngan kulit2 sekali. Dan kulit tu elok je melekat dengan isi petai tu. Tapi kalau petai dah tua ni jarang masak gitu. Kalau cakap kat en suami, suami saya jawab, mak dia masak sekali ngan kulit walaupun tua sebab dulu2 hidup susah katanya. Dengan kulit2 sekali makan.  ;-) Simple sambal tumis dari saya. Sudikan..

SAMBAL TUMIS PETAI
by: izah

1 mangkuk petai
* petai dihiris bersama kulit. Kikis dulu kulit luarnya kemudian hiris. Ikut citarasa, kalau tak mau kulit boleh siang petai mcm biasa.

1 genggam ikan bilis
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
15-20 cili kering
1 sb asam jawa paste
sikit belacan
2 1/2 sb gula
garam secukup rasa
air

Ikan bilis ditumbuk sikit dan goreng kejap bukan sampai garing. *untuk hilang hanyir je. Tak nak goreng pun tak pe.
Celur sekejap cili kering untuk lembutkannya. Blender sekali cili kering bersama bawang besar, putih dan belacan. Tumis bahan kisar dengan minyak yang agak banyak sesuai untuk menumis bahan tersebut. Gunakan api kecik untuk menumis. Sebelum pecah minyak boleh masukkan ikan bilis, asam jawa paste, gula dan garam. Tumis lagi sampai betul2 garing n bau yang wangi. Kemudian masukkan petai kacau sebati bersama sambal dan masukkan air melebihi sikit paras petai. Masak lagi hingga petai masak dan pecah minyak. Boleh buang minyak sebelum dihidangkan.

*kuantiti air bergantung pada citarasa.

Gulai Lemak Kacang n Petai


Assalamualaikum..

Menu dinner yang simple. Petai 3 ikat yang di bawa balik en suami. Biasa wat sambal tumis petai. Kalau buat sambal tempoyak karang, en suami tak berapa lalu makan pulak. Dah brapa kali buat sambal tumis, tukar masak lemak la pulak. Selebihnya buat jeruk petai jela nampaknya. Jom ler layan masak lemak simple saya ni. Untuk gulai lemak gini saya lebih suke guna santan diperah sendri berbanding santan kotak. Lemaknya tu pure kan. Ok.. da..

GULAI LEMAK KACANG PANJANG N PETAI
by: izah

1 mangkuk kacang panjang
1/2 mangkuk petai
7-8 ekor udang
santan secukupnya
7-8 biji cili padi - tumbuk
2 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 /2 in halia - ketuk
1 btg kecik serai - ketuk
2-3 helai daun limau purut
garam

Masukkan santan, cili, bawang merah, putih, serai, halia dan petai ke dalam periuk. Masak ke atas api dan kacau selalu. Dah menggelegak masukkan garam, kacang panjang, daun limau purut n udang. Masak hingga kacang sedikit empuk dan udang cukup masak. Sedia untuk dihidang.




Friday, September 9, 2011

Biasa makan ASAM KATOK?


Assalamualaikum..

Habis dah la ye cerita raya. Nak cerita menda lain la pulak. Ada sapa biasa ngan asam katok ni? Makanan nostalgia zaman kanak2 ker? Bagi saya, ini ler pertama kali  menikmati asam katok ni. Mula2 tengok en suami bawak balik asam katok ni, tengok sekali kerling mcm lembik2 asam jawa je. Katanya asam katok ni kecik2 dulu slalu beli sebungkus kecik 5 duit, ke 10 sen? Lupa lak.. Saya membayangkan agaknya sebesar sup bunjut la kot.

Sedap sungguh, boleh ketagih makan menda gini. Tapi tak berapa reti nak makan gitu je. Sya makan dicicah dengan buah. Buah jambu batu ngan buah tembikai susu. Alahaiii memang sedaaapppp sangat. Ni kalau makan ngan buah lai ke..buah2 tawar, memang sedap. Rasa masam2 manis. Bermacam2 jenis buah dicampur sekali. Ada rasa buah kanna, buah pala, ada rasa cam jeruk kulit limau.. asam boi.. uishh sedap.


Kata en suami, asam ni makan gitu je. Dinikmati slow slow gitu. Pastu kena hati2 sebab ada biji2 kecik. Entah ler biji apa, rasanya biji buah kana, atau biji buah pala atau biji asam boi.

Ada sesiapa yang lebih arif atau bernostalgia dengan asam katok ni? Meh ler kabor kat kome. Saya masa kecik2 tak pernah lak jumpa, ke memang tak de kat area Pahang nun? Yang pasti.. i likeeeee..








Sunday, August 7, 2011

Kerabu Jantung Pisang





Assalamualaikum..

Hari ahad ni deme buat mende weh. Bersantai2 je kat rumah ye.. Ke baru bangun tido.. Haishh.. Saboo jela.. tak menda nye kalau baru bangun pun, kan ke malam tadi penat sikit buat solat tahajjudkan. Kata en suami kite kena selalu husnu zon iaitu berbaik sangka dengan semua orang. Baru hidup kita senantiasa tenang dan senang. Kalau sebut senang jangan la duk pikir senang material aje.. senang dlm hati ni lagii pentingkan. 

Semalam saya sangat terinsaf dengan satu drama 100 HARI. Mengisarkan cerita 100 hari sebelum mati dan tanda-tandanya. Tibe2 saya diserang dengan gerunnya untuuk menghadapi saat itu. Bagi saya cerita tu bagus, sebab sampai ke  hati. InsyaAllah hal mati ni memang tiap2 hari kena ingat, sebab mengingatinya membuatkan ibadah kita bertambah hebat.. Tanda 3 hari sebelum mati antaranya mata hilang sinarnya, sakit di atas dahi, dan bagi yang sakit tenat tu, hidung nampak jatuh, kaki terlunjur jatuh dan telinga, kening  pun melepeh. Terus teringat arwah abah, yang mana 3 hari before dia dijemput Allah, dia ada cakap gaya berseloroh  sambil pandang cermin dengan adik saya, katanya hidung, mata n dahi dia dah nampak jatuh. Agaknya abah dah nak mati ni. Lebih kurang gitu la ayatnya.. Tapi abah saya bukan la sakit tenat, sebelum meninggal dia alihkan kereta dan parking ke bawahh pokokk terperosok tepi rumah bagaikan tahu nanti banyak kereta yang akan datang ke rumah..hmmm

Menu? Kerabu jantung pisang. Seeeddaaapppp.. Saya suke sangat. Duk meratah je pun sedap. Bila tengok gambar tu tak de la menyelerakan sangat nampaknya kan. Tapi besttt sangatt. Saya berbuka makan nasi n kerabu ni je.. Terima kasih Kak Ayu Sg yang diambil resepinya dari majalah Jelita dan tuan resepi bernama HANA. Terima kasih kakak!!


KERABU JANTUNG PISANG
Sources:-From Shamsinah Mohd Said aka Hana@ Majalah Jelita Jun 2011


Bahan2nya:-
1 biji jantung pisang
air untuk merebus
sedikit garam

1 biji limau kasturi
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cli padi
1 biji cili merah
sedikit belacan
1/2 biji bawang besar dihiris
1 biji tomato dibuang empulur dan hiris
sedikit garam
sedikit gula
ikan bilis goreng secukupnya-(Ayu gunakan silverfish-ikan bilis yang kecik2)

*izah tambah 1 batang bunga kantan

Cara2nya:-
Kupas kulit jantung pisang yang keras hingga sampai pada kulit yang putih. Belah dua dan rebus bersama sedikit garam sehingga lembut lebih kurang 15 minit. Tus dan titiskan separuh air limau sebelum hiris.
Tumbuk bawang merah bersama bawang putih, cili padi, cili merah dan belacan sehingga lumat.
Campur jantung pisang yang dihiris bersama bawang besar dan tomato.
Bubuh sedikit garam bersama gula pasir dan bahan tumbuk.
Masukkan ikan bilis goreng.
Perahkan limau kesturi. Gaul rata.Hidang segera ketika ikan bilis masih rangup.


Thursday, March 24, 2011

Gulai Labu Manis


Assalamualaikum..

Dah kekenyangan makan tengahari ke? Ke diet? Kalau guna diet jus mate 5 tu tak yah makan lunch kan? Erkk ye ke? Memandai je la. Hee.. Tengok lauk di atas. Ada rasa terliur tak? Aduhaiii sedapnya.. Lauk sampingan  nyer kena ada ikan kering. Perghh tak hengat la menambah nasi. Pepulak labu tu lembik lembut. Cakap banyak pun tak guna lor. Resepi amik rumah Chef CMG.  Mekasih Cik Mat. Kalau nak tengok versi gulai cik Mat clik ler link kat bawah. Tapi lepas tengok jangan nyesal sudah. Hahaha..


GULAI LABU MANIS

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram labu manis, didadu besar2
8 tangkai kacang panjang, kerat pendek2
2 batang serai, dititik
1 helai daun kunyti, disiat
1 camca besar udang kering, rendam, tos dan tumbuk kasar
1/2 biji bawang besar, hiris halus
3 ulas bawang putih, dititik
300 ml santan pekat
800 ml santan cair
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan labu, bawang hiris, bawang putih, serai, serbuk kunyit dan santan cair. Kacau rata dan didihkan hingga labu 1/2 empuk. Masukkan daun kunyit dan kacang panjang. Biar mendidih.
  2. Tuang pati santan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula, serta lada hitam. Biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala hingga labu lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain