Hari ni aku selsema teruk. Kemarin aku bantai makan ulam ngan ikan panggang cicah budu sampai terlupa yang aku ni ada alahan terhadap budu, belacan dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Aduh, aku rasa nak demam sekarang.
Confession: Masa aku kecik aku pernah memasukkan sesuatu ke dalam lubang hidung aku secara sengaja.
Ceritanye macam ni. Aku ingat lagi, cikgu sains darjah 4 aku nama dia Cikgu Mat, dia ajar kitorang semua pasal hidung.
"Kamu semua tahu tak bulu hidung kita tu Allah jadikan sangat berguna untuk kita?"
Aku mendengar penuh perhatian. Dalam hati aku, 'Oh bulu hidung pun ada gunanya? Ingatkan saja2 buat perhiasan.'
Cikgu Mat sambung, "Bulu hidung kitalah yang menghalang debu-debu atau habuk-habuk daripada masuk ke saluran pernafasan kita. Kalau awak semua tak percaya cubalah awak masukkan habuk dalam hidung awak tu, takkan boleh lepas punya. Sebab bulu hidung tu macam penyapu, dia akan mengeluarkan balik benda tersebut."
Aku kagum dengan kehebatan bulu hidung. Tak sangka aku bulu hidung dapat bertindak seperti penyapu. Lepas habis kelas Sains aku terus pergi toilet kat hujung bangunan sekolah aku, aku intai2 lubang hidung sendiri kat cermin, nak tengok aku ada bulu hidung ke tidak. Oh ada sedikit bulu2 roma halus! (Sikit je, taklah macam Mat Said wei!)
Aku excited terkinja-kinja sebab ada bulu hidung. Aku nak cuba try test power bulu2 hidung aku, lalu aku memasukkan sesuatu ke dalam lubang hidung aku. Aku masukkan cebisan plastik kecil yang digumpal kecik gila. Lepas dah masuk, aku tunggu, tak keluar2 balik. Penyapu rosak ke? Lepas tu aku terus rasa sakit gila hidung aku dan mula selsema beberapa hari.
Gumpalan kecil tu tak pernah keluar2 sampai sekarang, dan sampai hari ni lah aku menghidap resdung. Dan sampai hari ni juga aku alergi terhadap budu walaupun budu tu feveret aku nombor satu. Syukur, resdung aku tak teruk. Cuma kena serang bila aku makan makanan yang tak sepatutnya aku makan.
Aku bukan nak salahkan cikgu aku, tapi aku nak ingatkan kepada cikgu2 sekalian lah, janganlah bagitau murid kamu yang bijak pandai tu pasal boleh masukkan apa2 saja dalam lubang hidung. Kerana pasti sekurang2nya ada satu di antara mereka yang mempunyai daya ingin tahu yang lebih tinggi dari sewajarnya. Ya, aku lah antara kanak2 genius yang mempunyai daya ingin tahu atau curiosity yang lebih dari yang lain. (Ayat ni khas untuk mengcover kebodohan sendiri sebab aku tahu, kau orang mesti nak cakap aku bodoh kan kan? Cet!)
Kau orang janganlah cerita kat orang pasal ni. Malu aku weh!
Oh ye, kepada kau orang yang ada anak 'genius' macam aku ni, kau jangan lupa ingatkan anak kau supaya jangan pernah cuba masukkan apa2 barang sekalipun ke dalam lubang hidung diorang, walaupun cikgu Sains diorang kata bulu hidung tu berfungsi macam penyapu.
Kat bawah ni aku cerita sikit lah pasal resdung, penyakit common orang2 kampung macam aku ni.
Bacalah kalau kau orang nak baca. Ini aku tolong highlight dari paper Utusan tarikh bila entah.
Gejala resdung:
* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
Punca resdung:
* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.
Komplikasi resdung:
* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.
Rawatan:
Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.
* Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
* Ubat selesema
* Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
* Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.
Tip menguruskan resdung:
* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan
Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya
* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
* Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan
* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.