Showing posts with label oum. Show all posts
Showing posts with label oum. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

BILA NAK EXAM SIBUK...BILA SIBUK NAK EXAM

Tajuk  bagi pening je

tapi memang betul pun 
time nak exam ni time tu lah banyak aktiviti sekolah
bukan aktiviti sekolah je

hal-hal luar
bab keluarga
bab  ngeteh dengan member

ada 2 hari lagi 
harapnya dapat fokus
esok ptg ada pibg
so dah tolak brp jam tu
apa-apa pun yang penting
FOKUS....



exam 21 and 22 ni
lepas tu 
aktiviti mengemas rumah
mengemas PSS

Tuesday, December 13, 2011

CAra Belajar bila Nak Exam

lain orang lain cara belajarnya.
ibuayu lak kalau belajar mesti:
"
"
"
nak baring-baring
tak boleh ada tv or dengar radio
dan yg penting mesti ada pen kat tangan
b
tak kiralah catat ke tidak


baca faham ke tak

mesti nak pen banyak-banyak adakat sebelah

yang penting masa exam soalan boleh jawab..amin..

Sunday, April 3, 2011

Baru satu paper

Sabtu semalam ibuayu ada exam subjek seni
baru abis satu paper
masalahnya minggu depan sabtu dan ahad ada 2 paper nak hadap

lepas tu sepanjang minggu depan dah terasa sibuk kat sekolah

ada audit nak datang

bawa budak olahraga ke peringkat negeri lak...


aduhai ..tak tahulah macamana sempat ke tak nak ngadap buku ni..

kalau exam awal tahun ni memang tension sikit
ialah sekolah penuh dengan macam2 aktiviti tak terkejar rasanya...

apa-apa pun doakan ibuayu dapat jawab exam  ye....

Tuesday, March 29, 2011

Tengah emosi EXAm

Sabtu ni ada satu paper
Minggu depan berturut2 Sabtu dan ahad ada paper..

balik sekolah lepas lelap sekejap 
barulah bukak buku..
ibuayu je yang lelap faiz tak lelap

bila kita nak bukak buku siap cakap jangan kacau ye ibu nak baca buku

wah dia pun macam paham je kata baca buku

tak lama paham nya..boring tengok kartun abis badan2 kita dilanyaknya..
pipi kita dicubit2nya..
asyik nak cium ibu dia je..
aduhaii ..macamana ibu nak baca buku ni...
ibu pun gusti samalah....

dari tak boleh baca buku baik on blog jap..keh3
alasan yang biasa didengar......

ni budak kuat mengacau...

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan dan Doakan Diriku

Salam Ramadhan
Selamat Berpuasa dan beribadah
Semoga bulan puasa ini dapat mengeratkan ukhuwah antara kita
"
"
"
Ibuayu tak dapat tulis banyak
Tengah sibuk nak menghadapi exam Jumaat dan Sabtu
Jumaat sebelah pagi
Sabtu 2-5 petang
Ayahnas kena masaklah gamaknya.
Doakan ibuayu ye dapat jawab exam
Baca modul dah khatam ..tapi masih tak ingat2
Banyak betul urat yang dah putus

Saturday, April 3, 2010

Saat nak Exam


Di saat ibuayu tengah bergelumang nak hadapi peperiksaan Faiz lak diserang demam and selsema..
Faiz ni setiap bulan mesti nak dapat upah..
Nasib baik demam tak panas cuma selsema je ..tapi malam tadi susah gak dia nak tidur..
"
".
Ibuayu lak bila buka je buku mengantuk..tapi bila tutup buku tak ngantuk lak..
Exam 5,6,and 7 April ni...doakan ye...

Sunday, February 28, 2010

Baru balik dari kuliah

Masa kat kuliah tadi bersemangat nak siapkan asgmnt...
Sampai rumah takde sesiapa(fauzan and faiz kat kg.Nanti ayahnas abis kursus terus ambil)
So buka laptop...then buka blog..then..layan blog and FB
"
"
Asmngt??????
lain kali lah..
Penatlah...
keh3

Sunday, January 31, 2010

Masih keletihan

hari ni kuliah pertama ibuayu untuk sem jan ni ..
Fauzan and Faiz tinggal dengan ayahnas...
Tak import nek kiah pun..sebabnya ayahnas rela jaga anak2 bujangnya..
Oklah tu ..nanti bila game dah start baru panggil nek kiah.

Pagi2 bangun ibuayu dah goreng kuew tiaw utk diaorang ..tengah nak masuk kuew tiaw je gas dah abis...alamak cam na ni..nasib baik dapur elektrik masa belajar KSPK tu boleh guna lagi..so sempatlah masak....

Balik rumah pukul 4.00 lebih..letih rasanya esok dah nak sekolah ..ada majlis NILAM lagi...aduhai..rasa nak tido je...sabar2 tunggu malam ni dah nak senja...

Wednesday, December 9, 2009

Selesai sudah..

Alhamdulilah selesai sudah exam untuk sem pertama ni.
Terima kasih untuk teman-teman blogger yang mendoakan untuk ibuayu juga
[-suziey-]

Terima kasih juga untuk nek kiah yang terpaksa menjaga faiz di kampung selama 3 hari ni...kejap lagi nak balik kg..tak sabar nak peluk cium sikecil tu yang dah pandai jalan.

Sunday, December 6, 2009

Sunyi

Blog ini akan sunyi seketika kerana ibuayu ingin berjuang ke medan perang.

Bukan lama 3hari je..lepas exam...baru buka cerita ye.

Masa bukan internet ni pun ayahnas dah sound banyak kali...Baca buku..baca buku..

Lepas tulis entri ni memang berazam nak tutup..

Doakan ibuayu ye..

Monday, October 19, 2009

Bila nak mula?

Masa SMP hari tu belajar 3 bulan tak yah gi sekolah .So tumpuan sepenuhnya untuk belajar.
La ni kuliah dah mula asigment dah dapat tapi tak mula apa2 lagi.
Modul yang dapat pun bersih je belum buka.

Tak tau bila nak mula....
* Pagi sekolah
*Petang ada kelas
* Malam pkl 8.30 dah tidurkan faiz ibuayu pun samalah beradu zzzzzzzzzzzzzzzzz.

Sapa yang nak disalahkan ...

Ingat bila buka laptop nak cari bahan tapi dah kerja lain lak
Asyik buka BLOG dan FB..........

Semoga mood belajar akan mula mendatang.....

Wednesday, October 7, 2009

Raya dan OUM

Rumah Terbuka

Nak kata buat open house tak juga adalah buat jamuan ringan sikit.Menu utama Laksa Johor ,nasi impit and rendang.Seronok rasa walaupun agak kepenatan.Thanks pada kawan-kawan yang sudi hadir ke rumah ibuayu yang sempit ni.

Rakan-rakan seperjuangan (juang sekolah ,juang ketupat juang beraya)



Wah sedapnya ibuayu masak keh3..kata rusiah




Awek-awek Faiz (Ni semua anak mak pengasuh faiz ,kak cik je takde)


Tutorial Pertama

Pada 4hb Oktober yang lalu buat pertama kali ibuayu bergelar siswi. Alhamdulilah walaupun belajar di IPGM je sebab OUM tak muat tapi rasa tercabar sungguh dengan jadual kuliahnya.Ibuayu bertolak dari rumah jam 9.00 am dan pulang semula jam 8.00 pm.3 slot kuliah yang dihadiri sungguh meletihkan.Berkejar masa untuk sembahyang dan langsung tidak berkesempatan untuk makan.Slot terakhir terasa menggigil badan.nasib baik pensyarah muda... Ialah ni tutorial pertama .Lepas ni dah tahu dah nak susun masa...

Nilah buku yang perlu dibaca
"
"
"

Friday, July 10, 2009

Akhirnya....

Akhirnya yang dinanti telah tiba...




Berdebar-debar hati ibuayu ketika membukanya





Bukan hadiah bukan bungkusan apa2







Tapi keputusan KDP 14m PraSarjana OUM.
Alhamdulilah... Ibuayu berjaya...
Terima kasih untuk lelaki-lelaki kesayangan ibuayu...iaitu ayahnas,Fauzan and Faiz
terima kasih kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang 3 bulan ibuayu belajar..tak sia-sia ibuayu tido sambil peluk buku diruang tamu sendirian..Abang ..ibuayu ada 4 tahun lagi ye..

Terima kasih juga untuk my idola ..rusiah..keh3...ekin and 5 lelaki..zam,nasa,fauzi,amin n isha....,rakan-rakan sekelas OUM 1...terima kasih banyak2 perjuangan kita baru bermula 4 tahun dari sekarang baru boleh mengecapi kemanisannya.

Saturday, February 28, 2009

oum


Dah seminggu ibu ayu daftar kat ipgm kampus perempuan melayu melaka.(MPPM)Orang tua nak belajar. Alhamdullilah dapat gak masuk Pra Sarjana. Tahun lepas dah orientasi kat USM ,tapi kitaorang tak dapat teruskan coz katanya tak iktiraflah..mcm2.malas nak ingat.Tapi hati ibuayu ni masih rasa seronok kat sana seminggu.(seronok makan murah).Buat masa ni belum sibuk lagi assigmnt blm dapat tapi perbentangan berlambak.Ni tengah cari idea tajuk Pn Jai Shree Malaysian education system needs to be free from examination...Birulah mata ibuayu 3 bulan ni.....Tengoklah modul yang kena baca kat sebelah tu..mudah2an dapat khatam...
Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015