Showing posts with label fauzan. Show all posts
Showing posts with label fauzan. Show all posts

Monday, November 21, 2011

Tahniah untuk Muhammad Fauzan Haikal

Penantian satu penyiksaan
Bila hari yang ditunggu-tunggu tiba mulalah hati berdegap degup

Bila dapat tahu keputusan UPSR boleh thru dengan sms ibuayu buat juga
tapi dia reply bukan main lambat lagi

Alhamdulilah
Fauzan berjaya mendapat 4 A 1 B
ibuayu bangga dengan keputusan itu
memanglah kalau boleh yang B tu pun nak A
tapi ibuayu tahu mungkin itu usaha dia sehabis baik

Masa trial UPSR pun dia dapat 2A 2B 1C

jadi keputusan UPSR dia memang diluar jangkaan kami
ayahnas pun terkejut bila dapat tahu keputusan fauzan
masa keputusan diumumkan di kantin sekolah ibuayu dah nampak wajah cemas fauzan

airmata kegembiraan ibuayu memang mencurah2
ibuayu rasa puas sangat
terasa bangga dengan kawan-kawan yang mengajar Fauzan
terasa terhutang budi insan2 yang menolong fauzan di saat-saat  akhir
ke sana sini ibuayu hanyak fauzan untuk membaiki kelemahannya..
alhamdulilah usaha itu benar-benar berbaloi

terima kasih bagi pihak ibuayu dan ayahnas
pada semua guru2 yang mengajar fauzan
terima kasih kepada kawan-kawan yang sering mendoakan kejayaan fauzan

Walaupun 3 orang sepupu fauzan mendapat 5 A
dan satu-satunya HERO MALAYA NEK KIAH ini mendapat 4A 1B

tapi untuk fauzan kami bangga denganmu nak

Yang penting ini merupakan langkah pertama untuk kejayaan yang seterusnya.

teringat entri lama pasal UPSR fauzan






tertutup pulak gambar fauzan dengan fail semasa hari Q

Tuesday, February 8, 2011

Rambut pacak

Petang semalam gi gunting rambut 2 bujang tu
mula2 fauzan yang gunting
India tu buat pacak kat rambut dia
kembang hidung Along kejap
dia  memang suka stail tu
tapi mana boleh buat macam tu kat sekolah
nak kena hempuk dengan cikgu ayu yang garang tu..keh3

lepas tu dak kenit lak yang gunting
dia duduk ok je
tapi mulut macam bertih jagung
jenuh india gunting rambut tu layan
dia lak cakap akit2 kat leher
lepas tu dia yang cakap dah..dah ..padahal belum selesai
dan sekali lagi india tu buat pacak kat rambut faiz

Ada orang yang menunggu luar kedai tu siap tersenyum bila tengok 2 org budak berambut pacak



menghayati aiskrim yang dibeli sebagai ganjaran berkelakuan baik semasa gunting rambut 





ni rambut pacak along lak



Wednesday, October 6, 2010

fAUZAN DAN UPKK

Sepanjang minggu ni fauzan menghadapi
peperiksaan UPPK...
Peperiksaan ni utk sek agama negeri Melaka
kiranya penting mcm UPSR lah

Ibuayu ni dulu sekolah agama kat Johor
Kiranya boleh baca JAwi lah..
tapi bila tak praktik selalu tergagap2 juga bila nak ajarFauzan
nasib baik ayahnas masih power bc jawi..

Esok fauzan menghadapi paper terakhir iaitu Bahasa Arab
Ayahnas kata baca nanti ayah tanya..
Bila time nak soal tak tahu nak tanya apa
Tak paham sebab semuanya Arab...keh3....

Macamana nak ajar ayahnas tak tahu ibuayu lagi tak tahu
Untuk fauzan ibu dan ayah sentiasa mendoakan yg terbaik utk Fauzan
Tak kira apa keputusannya yang penting ilmu akhirat itu dapat digunakan diduniawi ini.

Monday, August 30, 2010

Jap and Wait

Bila anak dah besar ni makin besar gak akal dia
Fauzan ni macam dah jd kebiasaan kalau panggil untuk sembahyang
selalu je cakap JAP..Jap (kejap)
"

"

So masa Zohor tadi dia ada kat ruang tamu 
ibuayu ada kat bilik
terus panggil dia masuk bilik 
Sampai bilik terus cakap
"Gi sembahyang sekarang ibu tak nak jap ..jap..."
Iyelah..memang nak sembahyg ni tunggu ibu habis dulu
(geram betul ada je nak menjawab)
"
And malam ni ayahnas terawih kat rumah ...
(kalau tak fauzan tentu ikut)
So ibuayu pun terus cakap 
" Fauzan gi sembahyang"
Tahu tak apa dia jawab
"
"
"
"
"
WAIT ibu...
Aduh angin satu badan
bila kita pesan tak nak ckp jap..jap ..
boleh lak dia cakap wait ibu..
manalah cikgu kelas dia tak marah
mulut asyik banyak menjawab @ bercakap
(macam ibu dia..keh3)

Thursday, July 8, 2010

Dah boleh harap anak ibu





Terasa juga sekarang ni fauzan dah semakin besar
Selain dari besar fizikalnya
"
"
banyak kerja yang boleh diharapkan..
"
"
Pinggan makan dah basuh sendiri
"
Dah boleh harap buang sampah kat luar
"
"
baju kat ampaian dah pandai angkat
"
"
Malam dah pandai mandikan adik..
"
"
Yang terkini dah pandai bancuh susu adik..
So makin senanglah ibuayu ..
dah berkira2 nak tambahkan adik baru untuk fauzan and faiz
"
sekejap je dah besar....ye abang long

Friday, March 26, 2010

No 28


Hari Rabu pagi tengah sibuk2 nak gi olahraga Fauzan pun sama sibuk hulur kad ujian bulanan dia..
Ibuayu tak baca terus tanya dapat no berapa Fauzan..
Dia jawab perlahan je..
dengar macam no 8 ibuayu tanya no 8 (terkejut gak)
Tak no 28 ...lagi terkejut beruk..monyet semuanyalah..hah apa 28...dapat berapa A (ibuayu tanya lagi darah dah mendidih ni)
dia kat 1 B 4 C.... masa tu dia dah tunduk 360 darjah dah
Hangin betul ibuayu pagi 2 dahlah no 28 dapat 1B 4 C je...geram betul(bayangkan kalau ni result sebenar UPSR dia)
"
Ibuayu pun apa lagi start enjinlah..berleter macam2..
Ibuayu kata tak pernah dari darjah 1 sampai 4 dapat no lebih 20..ni dapat 28..
Ibu hantar tuisyen sampai rm 68 satu subjek akhirnya dapat no 28..
peganglah 8 awak tu..
Mulai hari ni tak boleh keluar main,tak de Facebook selama 28 hari...
kad ujian bulanan tu pun ibuayu tak nak sain sampai 28 hari..
Jenuh fikir jalan penyelesaiannya..Nak ajar anak orang senang..tapi nak ajar anak sendiri yang susah..
masa ibuayu taip entri ni dah 2 hari berlalu..
Fauzan langsung tak tanya pasal FB..tak tanya pasal main
Bila ibuayu kata baca buku ,...terus baca (kalau tak sebelum ni banyak soaljawabnya)
Ada perubahan semoga berlanjutan jangan lak selama 28 hari je....

Wednesday, February 24, 2010

Maulidur Rasul

Jumaat ni fauzan akan gi berarak kat bandar melaka..
Ni aktiviti sekolah agama
Diaorg diberi sepasang kain
So kenalah ibuayu gi tempah
Kena pakai songket hitam..tak ada so kena beli
berabis jugalah untuk dia...
takpelah ibu and ayah bagi sokongan..
Hari jumaat ni mesti ada kat sekolah pkl 6.15..so kena bangun cepatlah semua..
Ni gmbr fauzan mencuba baju baru dia...

Friday, February 19, 2010

Ayahnas sibuk....Ibuayu pun buat2 sibuk

Kesibukan ayahnas pada hari rabu mengalahkan YB. Pagi gi sekolah.. Ptg pkl 3.30 dah gi padang... Pkl 7.30 sampai rumah..mandi solat and terus gi sekolah (kelas malam) makan pun tak sempat (ibuayu belum gi beli) Sebenarnya ibuayu ,fauzan and faiz pun tak lekat kat rumah..masih bercuti.. Dari MT ambil atuk mail kat kg... Bawa atuk gi pejabat RISDA..and tabung Haji..Jalan kat bandar melaka bukan main sesak .. dr Tabung Hj (bus stand lama) nak gi ambil nek kiah kat klinik peringgit.(nek kiah naik bas sendiri masa gi melaka..dah tahu mesti lama punya) Jalan depan Jusco baru..aduhhh...berpusing2 sesat lak..Ini kali pertama lalu situ..lalu je tak singgah pun Jusco... .Dari klinik peringgit nak ke Bachang...sesat lagi....lepas tu makan tengahari kat Batu Berendam...Ikan bakarnya sedap... (Tak de ambil gmbr pun..khusyuk makan)
So petang baru balik ke MT.. So mana nak jumpa ayahnas.... Malam tu Fauzan nak makan KFC..dah lama tak beli KFC..and ini pertama kali Faiz makan makan ayam KFC..sebelum ni bg kentangnya sahaja...bukan main suka dapat pegang peha ayam.
"
" "
"

Friday, February 12, 2010

Akhirnya....

Masa taip entri ni fauzan dah gi KL ikut long..(long ambil kak long kat MRSM and bawa nek kiah and atuk)
Ayahnas tengah tidur...Ialah ni je masa dapat berehat kalau tak..traning je..
Faiz juga temankan ayahnya tido.
(tentu dia sunyi malam ni abang longnya tak de)

Ialah faiz ni setiap malam fauzan yang tidurkan.
(Sebelum tidur tu dua beradik ni main2..golek2..tarik2 rambut..lepas tu faiz layan susu sambil tengok kartun..)

Ibuayu masa tu dah layan blog and FB
(keh3..tapi cakap dengan fauzan macam ni.."Fauzan tidurkan adik ye..ibu nak buat asgmnt..)

So buat masa ni cuti keinginan fauzan dah tercapai..
So ibuayu and ayahnas..belum tahu lagi bila nak gi KL


(dua beradik ni memang kuat bergurau)

Sunday, January 24, 2010

Balik kampung..



Tajuk macam jauh je kampung ibuayu ye...
Seronok faiz and fauzan bila dapat balik kg..
Ialah tanah luas....
Kat rumah ibuayu tanah mana ada ...
Petang tu dapatlah mereka pijak tanah.
So abis anak ayam tu hampir mati dicekik faiz..

mula-mula tengok dari jauh



dah hampirtakut-takut nak pegang

nak mati tercekik anak ayam tu
dua beradik kepenatan

Friday, December 11, 2009

HaPPy BiRThdAy Fauzan (part 2)

Ni cerita hari lahir fauzan lagi

Sabtu lalu di rumah nek kiah ibuayu and long menyambut hari lahir fauzan dan amalia..tiada jemputan..hanya potong kek je
hadiah dari mak long

Hadiah kali ni dia minta helikopter kawalan jauh..harganya rm 100++...

Sebelum beli ibuayu dah cakap banyak kali fikir betul2 sebelum ni pun dah pernah beli kereta control,heli control lah tapi semua main tak lama sekejap je rosak.

Tapi dia kata kali ni dia jaga baik2..ibuayu pun dah tak tau nak cakap apa serah jelah kat ayahnas..(sebab duit ayahnas)
ni heli fauzan

malam tu seronoklah dia main dengan amalia (hadiah amalia tu kami yang belikan saiz heli dia kecik sikit..sebab sesuai kat indoor)

and seperti mana yang telah dijangka tak yah tunggu seminggu..esok paginya terus rosak..kipas heli tu patah....
Kami dah tak kata apa..nak marah pun tak guna

Malam minggu tu di Mahkota Prade main bowling.Ayahnas tak main lutut belum baik..Untuk dua game tu Johannya..Ibuayulah



Friday, December 4, 2009

HaPPy BiRThdAy Fauzan

3 .12.2009 adalah hari lahir Fauzan ke 10 tahun..Disebabkan ayahnas masih berkursus di Wisma FAM maka ibuayu menyambut hari lah fauzan dengan ringkas.
Kek dan hadiah tak beli..Semua nak tunggu ayahnas.
Untuk Fauzan/Abang long...:

* jadi anak yang soleh
* rajin belajar
* dengar kata ibu dan ayah

(tapi semalam dia ada kata Jan tak nak jadi doktorlah jan nak jadi cikgu ..Jadi cikgu boleh tido petang..Aduhhhhhh geramnya..tu macam sindir ibu je)

tak potong kek..potong pizza je lah...


Saturday, November 21, 2009

Demam & Cacar Air,Sakit Mata

Dalam pergelutan ibuayu nak menyiapkan asgmnent yang hendak dihantar pada hari ahad ni sekali lagi ibuayu diuji apabila faiz diserang demam dan cacar air dan fauzan diserang sakit mata.

Disaat inilah kesabaran kita dan ketabahan hati itu perlu dikuatkan.

Ayahnas mana ye..bukan tak menolong tapi sibuk dengan MSKPP (Permainan untuk kaitangan pendidikan yang berlangsung di High school sehari suntuk)

Bukan asigment belum siap tapi selagi belum hantar ke tangan pensyarah selagi tu rasa macam nak ubah2 (asgment power point)



Friday, November 20, 2009

2 tahun lagi UPSR

Hari ni keputusan UPSR dah keluar.Alhamdulilah SKDTK mendapat 17 orang 5 A. Dan untuk keluarga nek Kiah Aina cucu ketiga yang mengambil exam UPSR mendapat 5 A( Sebelum ni kak long and kak Ngah pun 5A).tahniah untuk Aina..

2 tahun lagi fauzan lak akan ambil exam..bersama dengan amalia and nuha..(sepupu dia ni duk KL and pelajaran diaorang memang ok). Fauzan buat masa ni pelajarannya sederhana sahaja.Untuk ibuayu tidaklah menaruh harapan yang tinggi pada fauzan ni tapi malam tadi nek kiah telefon...cerita pasal aina and nek kiah pesan..tengok2 kan fauzan tu..Kecian dia...cucu lelaki pertama nak exam.Aduhh..ni bukan anak yang tensen ni mak yang tensen..And ayat power nek kiah..Mak bapak cikgu takkan anak tak.....(fikirlah sendiri).Adus......dum..dum..bang..bang

"Cikgu memang ajar anak murid tapi ada masanya anak cikgu taknak dengar cakap ibunya yang cikgu kerana cakap cikgu lebih betul dari ibunya yang juga cikgu"

contohnya: kalau ibunya yang cikgu cakap buat macam ni baru betul...bukanlah ibu cikgu cakap macam ni...(yang sebenarnya anak tu yang salah dengar cikgu dia cakap..Gerammm je)

fauzan and amalia

Sunday, November 1, 2009

Perihal Fauzan

Cerita 1
Hari Khamis baru ni fauzan mewakili sekolah untuk Pertandingan Dikir Barat Jqaf. Sekolah kami dapat nombor 4..Yang frustnya sekolah ayahnas dapat no 1.(dah 2 tahun berturut2).Jenuh juga balik dari sekolah tu Fauzan kena usik dengan ayahnya.Tersentap jugalah dia. For me..ibu sentiasa memberi sokongan walaupun anak ibu kalah.


Persembahan untuk 1Msia

Cerita 2
Sabtu waktu Fauzan balik dari main bola dia ngadu tangan kanan dia luka,jatuh basikal.Tapi takde lah dia ngangis. Esoknya ibuayu membebel..cakap"lain kali bawa basikal tu elok2 macamana nak jawab exam esok...dengan pantas fauzan menjawab" jan kan tulis tangan kiri.." Opps..macamana ibuayu terlupa lak..keh3 ketawa sendirilah.


Cerita 3
Ramai rakan2 guru and sedara mara yang cakap Fauzan dah Gemuk...Makan dia memang dahsyat.Walaupun dah makan malam pkl 8.00 nanti pkl 10.00 lebih mulalah ngadu lapar.tak tahu macamana nak control fauzan makan.Lepas sunat bulan 3 hari tu selera makan dia memang membuak2...

Saturday, August 15, 2009

Keturunan siapa?

Kalau bercerita bab perangai fauzan yg negatif ayahnas selalu kata tu keturunan ibulah tu (maksudnya perangai ibu mcm tu..ni tak melibatkan nenek moyang)tapi satu hari tu ibuayu dapat mengambil gambar candid untuk menunjukkan yang fauzan tu banyak juga ikut keturunan ayahnas..keh3.

"
"
"
"
"
"
"
"



Ayahnas habit dia kalau tido mesti tutup muka..tak kiralah dengan bantal atau kain..and nampaknya si fauzan dah mula ikut habit tu...

Yang ni lak selitan aksi faiz yang semakin sibuk bekerja.
Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015