Saturday, December 24, 2011

Kepulangan yg dinanti....

Harini hari Sabtu. Hari Ahad mlm flight hubby dr Jepun ke KL dan isnin dia akan sampai di Alor Setar. Moga selamat semuanya. Happynya tak terkata..setelah 4bulan lamanya berjauhan huhu. Tapi balik dlm 2minggu je.Jadi la kan dari tak balik langsung. Mula la rasa berdebar2 mcm 1st time nk jumpa.Nanti nk pandang muka pun jadi malu.Ntahla..asal lama tak jumpa mesti jadi gini huhu...;-p


Beberapa hari ni agak sibuk buat kuih2 frozen memandangkan adik beradik hubby pun akan balik.Kesian kat mak so tolong buat kuih frozen supaya senang bila dh ramai2 tu kan. 28hb ni kami ada family day so akan bermlm di satu tempat..lepas tu nk balik rumah mak saya..balik alor setar balik dan akan bercuti di satu tempat selama 3hari 2mlm..just 4 of us :-) Mungkin dlm 2minggu ni tak sempat nk berblog kot hihi. So utk tatapan semua ni ada gmbr 2hari lepas kami bercuti kat Lumut bersama mak tok dgn tokwan anak2..so ada gmbr anak2 sikit....

Selamat bercuti buat semua..jumpa lagi di tahun hadapan 2012.....

Monday, December 19, 2011

5 tahun




5 tahun yg lepas lahirnya seorg bayi pada 18Disember di Ayase Kosei Hospital seberat 3.75kg secara emergency c-sect. Dan bayi itu dinamakan Aiman Faiz.



Happy 5th birthday utk Aiman. Mama doakan semua yg terbaik utk Aiman. Mama dah hadahkan basikal utk Aiman. Nmpk Aiman suke sgt kayuh basikal.Masa kat nihon dulu ayah ajar Aiman tak boleh n tak faham nk kayuh. Alhamdulillah skrg dh boleh. Next week ayah balik ada satu lagi hadiah menanti Aiman ;-p



Sunday, December 18, 2011

1 tahun 6 bulan

Harini 17hb genap irfan 1 thn 6 bulan. Syukur alhamdulillah...makin byk perkembangan irfan.

-gigi makin byk tp yg atas je yg bawah tak berapa byk hihi

-suka tiru org ckp

-vocab dia makin bertambah..umbrella,flower,sun,butterfly,horse,..dan byk lagi tak tersenarai

-abc dah kenal,123 pun..colours pun dh kenal...nanti mama ajar yg lain pulak ye hihi

-skrg ni mama dlm proses nk weaning irfan..huhu..continue dgn formula..sebabnya lepas ni mama kena byk tinggal irfan sebab urusan aiman. Sedih mmgla sedih tapi takde pilihan..mama tak mampu nk pump susu yg tak seberapa ni utk irfan.So skrg ni baru belajar minum botol..mmg dia tak berapa nk..sekali bagi sehari je..adela 20ml dia minum..selebihnya masih lagi breastfeeding. Mama risau sgt2 nk tinggal irfan dgn maktok kalau irfan masih bf sbb nanti mama kena teman abg aiman kat wad..nanti kalau irfan nangis2 sian maktok..mama pun sedih jugak nanti takleh tido teringat irfan :-( mana nk susah hati nk kena tengok abg aiman kena bius lagi nanti huhu. Takpe la slow2...harap2 bulan 2 nanti semua berjalan lancar...



Thursday, December 8, 2011

Kisah cuti sekolah dan terapi Aiman

Rasanya dah 2minggu tak berblog. Sejak Aiman cuti sekolah ni mama jadi penat. Sbb mcm2 aktiviti nk kena buat utk dia..huhu. Mlm pun mengantuk awal sbb letih. Harini anak2 tidur awal curi masa sikit. Dlm masa 2minggu ni Aiman ada pergi Speech therapy dan Occupational therapy. Utk speech therapy ni mcm tak cukup je mama rasa sbb hospital sini ada sorg je sbb yg sorg lagi sambung study..next appointment bulan 3 ni :-( Kalau ada pengganti diorg akan bg date awal dr tu hmm.. Tapi dh dpt idea dr therapist tu..boleh practise kat rumah. Sblm ni mmg tak tau cemana nk buat.Bila dh gi sekali baru tau..oo mcm tu..



Utk Occuptional therapy pulak sebulan sekali..satu sessi 45minit. Okla sikit yg ni. Byk bincang dgn occupational therapist (OT) tu pasal Aiman. Dia tanya aiman suka apa..lepas tu bagi aiman main train yg berblok2 ada warna2..mmg dok diam n asyik jela dia. Disebabkan aiman ni byk masalah dgn fine motor skill so lepas ni akan bagi tumpuan yg tu.Disamping tu boleh practise kat rumah. Ada satu borang yg mama kena isi..bulan depan hantar supaya nanti senang nk tgk perkembangan aiman cemana lepas gi therapy ni. Next appointment jugak mama akan diajar pasal sensory integration. Kena study dulu lah nmpknya pasal ni hmm...takpela demi Aiman :-) gmbr ni masa gi occupational therapy tu. Aiman mmg takleh dok diam.Masa gi speech therapy tu dia hilang kejap sampai mama panik..rupanya dia lari kat lif huhu. Penat la mama sbb aiman lari sana sini. Bila time nk masuk bilik dh turn dia ..dia buat lembik kaki n mama terpaksa pikul dia..huhu. Mmg sakit le badan. Nak buat cemana ye. Itulah pengorbanan namanya. Mmg penat tapi kena byk bersabar.


Anak2 semakin membesar n tersangat la aktif.Irfan pun sama la kuat memanjat. Mandi pun dgn anak2 je skrg. Senang sbb semua ada sekali. Kang kalau tinggal sorg kat luar jadi risau pulak. Dan nmpknya irfan dgn aiman suke mandi sekali sbb mama letak besen besar utk berendam. Skrg ni mmg nmpk irfan byk mengalah dgn aiman. Aiman tak pandai nk share dgn adik. Adik pegang ape pun tak boleh. Sian irfan tp irfan pun kdg2 tak mengalah..bila aiman nk buat dia ..dia jerit Aimannnnn!!! hihihi..dan mama terus dtg menyelamatkan keadaan ;-p tu pun kalau sempat. Sbb tu amat risau kalau nk tinggalkan budak berdua ni. Kdg2 terserlah sifat2 keabangan dan keadikan mereka. Haritu aiman tersedak minum air..irfan dtg sambil sapu belakang aiman sambil sebut fuang fuang...tak tahan mama nk gelak.


ni gmbr siang td. Mama bawak anak2 gi Souq Al Bukhary. Jln kaki jela hihi..nasib baik boleh gi jln kaki ye..kalau tak..tak merasa le kome nk jln2 hahaha. Gi mkn kat marrybrown tu sambil anak2 boleh main kat sini. Sempat jugak mama beli buku2 utk anak2. Dah 2 hari kami tinggal bertiga sbb tokwan dgn maktok budak2 ni balik kampung jaga nek tak sihat. Baru balik ptg tadi..alhamdulillah lega sbb mama ni tak berani sgt hihi..harapkan ade hero kecik 2 org tu aje.


Tiap2 hari dok fikir nk buat aktiviti ape kat aiman ni. Lama lagi pulak tu cutinya. Ada lagi 19hari sebelum ayah mereka pulang bercuti. Makin tak sabar pulak..hihi. Tambah pulak bila mengenangkan nk gi holiday..nk berspa...nak pegi family day..penuh aktiviti 2minggu sblm berjauhan balik. Harap2 semua yg diplan berjln lancar. Emosi pun kdg2 ok kdg tak ok. Hanya org yg mengalaminya saja yg paham. Bukan senang ye nk berjauhan begini nk kena sabar selalu layan karenah anak2. Kdg2 diri sendiri sakit pun terbiar sbb nak dahhulukan anak2. Yosh gambarou!!!





Friday, November 25, 2011

Bila anak tak sihat....

Irfan ni hari tu berapa hari demam on off. Lepas tu mcm dh baik..tapi selesema pulak..lepas tu cirit birit..huhu sian baby mama. Mama pun batuk sampai nk termuntah..penat rasa. Dah pun gi klinik smlm..lega sikit. Tapi sgt kesian kat irfan la ni. Aiman pun mcm baru start selesema..hmm..Harap2 mama sihat selalu utk jaga anak2 mama....Irfan tak mau mkn..bila dia nk mkn..lepas tu nanti mesti cirit..sian dia. Time mandi bukak je pampers mesti dia cirit dlm bilik air..huhu. Aiman siap ckp...eiii..yellow..yellow...nk tergelak pulak mama dgr...


Aiman dh start cuti sekolah. 1st day ni mama tak dpt buat byk aktiviti dgn dia sbb

irfan tak sihat..selesema,demam,cirit birit..sian baby mama...Nanti irfan sihat kita buat mcm2 ye....



..nk kena tido cepat ni sbb budak2 dh tido....

Bila terpaksa memilih antara Aiman dan Irfan...

Bulan 2 nanti mama kena buat satu keputusan besar iaitu memilih antara Aiman dan Irfan. Sebabnya Aiman nk kena masuk wad utk bius satu badan utk prosedur audio BSER test kat hospital. So mama kena la tunggu dia kan..sape lagi yg boleh n ada. Aiman mmg takmo dgn org lain..huhu. Tapi kesian sgt dgn irfan yg masih direct breastfeeding. Malam2 mmg dia kerap menyusu..huhu. Irfan baru 1thn 5bulan. Mama plan nk genapkan 2thn baru nk stop. Ada masa lagi beberapa bulan. Ingat nk cuba pump n practise irfan minum EBM. tapi nanti nk tinggal dia waktu mlm tu...hmm..cemana lah ye. Dulu penah bagi dia try mcm2 cara tp dia takmo..dia mau yg fresh je. Susah hati mama bila terpaksa buat pilihan gini. Dua2 anak perlukan mama dlm satu masa tapi berlainan tempat. Kalau ayah ada kan senang..boleh dia jaga Aiman n mama jaga irfan..huhu..tapi apakan daya..... (T T)












Tuesday, November 22, 2011

Setelah 6 bulan lamanya...

Oh..nmpknya saya merindui autumn di jepun. Skrglah musimnya...ni pic tahun lepas..irfan kecik lagi masa ni dlm 5-6bulan gitu. Alhamdulillah irfan dpt merasa semua musim sebelum back for good :-)

Setelah lebih kurang 6bulan pulang ke Msia..anak2 dan saya sendiri dah semakin dpt menyesuaikan diri.


-Makanan-Anak2 dh pandai mkn mcm2 makanan msia..Aiman pun kdg2 boleh mkn sambal tumis dh..laksa pun mkn dgn irfan2 sekali pandai mkn hihi


-Mandi air sejuk- Aiman kalau mandi air sejuk mmg dia dok menjerit sampai skrg. Kalau air suam senyap je mandi. Kalau letak dlm besen mmg dia berendam ala2 dok dlm onsen smapai takmo keluar bilik air. Nmpk mcm payah jugak dia nk sesuaikan diri.Irfan ok je..sejuk2 pun dia pulun mandi hihi.Mama pun dh ok cuma kalau pagi mcm subuh tu tak berani jugak nk mandi pagi sejuk yg amat huhu. Bertahun2 dok jepun musim panas pun mandi air suam haha..Sape berani mandi air paip sejuk kat jepun tu..mcm air ais ;-p


-Cuaca-cuaca ok je walaupun panas tp bila hujan tu sejuk jugak. Lagipun bukannya keluar rumah sgt pun. Kalau panas dok dlm bilik la on aircond ;-p Kalau dok kat luar gi kedai ke..mmg berpeluh mcm lari marathon gitu hihi...Anak2 pun dh semakin sesuai..Aiman la agak kuat berpeluh mcm mama


Skrg ni mama dh pandai shopping online hihi. Dok depan laptop je pun dh boleh habis duit ;-p hohoho..berita buruk utk hubby la kot ala tp bukan beli benda tak penting pun..educational toys anak2..buku..dan baju2an menyusul kemudian ;-p Bukan apa...senang..takyah keluar gi mana2 tunggu je brg sampai. Dah la tak tau kedai mana nk cari kalau nk gi beli pun..lepas tu nk gi tak reti tak tau selok belok sini kena susahkan org lagi..baik beli online..boleh pilih belek lama sikit..kalau gi kedai dgn anak2 ni takleh nk belek lama2..huhu


Rutin harian pun dh berubah skrg..

Pagi : Msk bekal aiman,iron baju sekolah,breakfast,mandi dgn anak2


Tghari : Bagi anak2 lunch,siapkan aiman utk ke sekolah..tidokan irfan dan mama pulak lunch. Kalau sempat time ni le nk buat kuih ke roti ke ape pun..tapi kalau malas n tak sempat beli je..tp selalunya maktok aiman ada jugak msk ape2


Ptg :lepas solat asar terus bawa irfan gi ambik aiman kat sekolah..lepas tu selalunya singgah kedai dulu dan terus balik. Bagi aiman mkn ptg..tgk tv..kalau rajin bwk anak2 keluar ambik angin ptg. Masuk mandi solat maghrib


Mlm : Dinner..solat Isyak..bukak laptop tunggu hubby online hihi. Paling lama sejam kot. Puasla sembang sbb nmpk muka. Aiman selalu time ni dok colour2 buku..sambil sembang dgn hubby lukis2 utk aiman..irfan pulak selalu takmo dok dlm bilik..nk gi kat tokwan tgk tv.pukul 11gitu anak2 dh tido..mama pun tidolah..kalau tak ngantuk berblog dulu muahahaha.....


Tapi sebenarnya rasa sunyi la jugak sbb yg tersayang takde disisi. Pegi mana2 dgn anak2 je. Bila tengok org lain rasa sgt jealous huhu. Selalu bila rasa mcm ni..cepat2 kena buang perasaan tu jauh2 supaya tak sedih. Selalu kena ingat apa tujuan balik ni sebenarnya. Cuma agak kecewa sbb cuma dpt hntr Aiman ke early intervention programme aje..therapy2 ni lmbt sgt appointmentnya..kecewa jugak sbb kat sini kurang kemudahan. Kalau kat KL tu byk..hmmm. Takpe lah usaha mana yg termampu jela. Dh berjauhan dgn hubby ni pun dh terasa sgt BERAT nk pikul ni. Irfan ni pun susah nk tinggal dgn org sbb masih direct breastfeeding. Agak berat hati kalau nk gi kursus ke ape ke..hmm. Jauh2 ni penat bermain dgn emosi..sedih huhu. Tapi jauh2 ni rasa rindu sgt2 mcm masa bercinta jarak jauh dulu lah. Kalau boleh time hubby balik nanti semua nk pakai baju baru tudung baru..make up baru hahahaha (alasan yg baik utk shopping ;-p)

Friday, November 18, 2011

Aiman Faiz 4thn 11 bulan

Harini Aiman genap 4thn 11bulan. So ini bermakna bulan depan Aiman akan genap berusia 5thn. Aiman ni kalau org tengok dia mmg org takkan tau pun yg dia adalah kanak2 autistik sbb rupa dia normal. Tapi bila tengok perangai dia ada sedikit pelik. Dlm gmbr diatas tu aktiviti stimming yg biasa aiman buat..huhu. Mesti dia akan pegang dua benda yg sama n jauh n dekatkan benda tu mcm pintu lif tertutup n terbuka. Lepas tu dia ckp la sorg2. Tapi Aiman mmg suka train dgn lif. Kat jepun lif dgn train kan ada suara org cakap. So, mmg dia tiru la mcm org tu ckp. Skrg ni pun kalau naik lif mmg dia akan sebut dlm bhs jepun bila sampai ke satu2 tingkat.

Aiman ni sensitif terhadap bunyi..especially bila irfan menangis. Ni mmg antara ciri2 yg ada pd budak autistik. Aiman akan tutup telinga n akan pukul irfan.Dia tak suka irfan nangis. Lagi satu Aiman sensitif dgn iklan2 yg ada gmbr muka org. Dia akan takut n nak lari jauh dr gmbr tu. So, kalau gi shopping mall yg ada byk iklan muka org besar2 gitu jadi masalah sbb dia nk lari. Selalunya kat farmasi mcm guardian n watsons ada muka2 org ni..kat peti ais aiskrim pun ada. Tapi tak kira la gmbr tu kat mana..asalkan muka org mmg dia takut.

Lagi satu Aiman tak boleh kalau org ambik/main toys dia. Dia rasa tu hak dia n dia tak reti berkongsi. So, mama kena selalu practise main sama2 dgn dia supaya dia boleh belajar berkongsi n ikut giliran bila main. Tapi mmg agak susah n mencabar sbb mcm nk bergaduh je huhu

Baru2 ni berkesempatan baca buku ni. Mmg beli utk baca sebagai menambah pengetahuan. Bagus utk sesiapa yg baru2 mengenali autisme.

Siang tadi pegi kedai. Tiba2 terperasan yg aiman gi kat sorg perempuan tu sambil jenguk2 kat muka dia. Org tu tgh ambik air dlm peti ais kat kedai tu. Sekali org tu toleh..rupa2nya cikgu aiman. Cikgu dia kata..laa patutla dok tengok lama2..Aiman pun gelak..eh dia kenal cikgu dia..hihi...






......tak sabarnya menanti bulan depan...sabar..sebulan lebih je lagi utk dptkan semangat baru :-) saya kan kuat..saya tak boleh lemah..tak boleh sakit..nanti sape nk jaga anak2..mereka perlukan saya :-) bersyukur sbb sentiasa berada disisi anak2 dlm apa jua keadaan...utk hubby pulak masih boleh bagi semangat dan dorongan utk dia dari kejauhan...sedar tak sedar dah 6 bulan kami berjauhan...

Thursday, November 17, 2011

Irfan Faris 1thn 5 bulan

before and after

Alhamdulillah..harini genap irfan berumur 1thn 5bulan. Pagi tadi servis rambut dia..bagi pendek sikit. Lenguh pinggang mama sbb irfan tak dok diam..huhu. Meraung2 dia sambil cakap namau..namau..nasib baik maktok tolong pegang.

Irfan ni mmg suka melalak. Kalau nangis tu mmg lama la nk kena pujuk. Mcm semalam.. mengantuk tambah pulak aiman pukul dia sbb dok nangis..lagi la bertambah n mama terpaksa dukung dia sampai dia tidur..huhu..lenguh badan. Tapi nk buat cemana kan..anak..layankan je la.


Gigi irfan dah makin banyak n dia pun sgt sedap menggigit waktu menyusu tu huhu.


Byk jugak vocab dia skrg. Kalau tengok tv tu apa yg dia nmpk tu dia sebutla...mcm sun,flower,cat,dog,butterfly...paling selalu dia sebut perkataan NAK. semua nak...bila dia ckp nak mama selalu tanya dia nak apa..dan dia jawab nak ayer (air)kalau nk air..kalau nk benda lain dia tunjuk n kalau takmo dia kata NAMAU.


Ptg smlm dh bersiap2 nk gi ambik aiman kat sekolah..mama duduk jap nk mkn kuih. Sekali irfan dtg n cakap jom..jom..tak sabar sgt tu.Mama ckp nanti dulu..lepas tu dia dh marah siap guling2 kat lantai ;-p ish ish..lepas tu terusla bawak dia keluar..menyanyi2 dia sambil sebut SHOES..tau pun nk jln cari shoes. Bila dah sampai pandai dia ckp sampai dah...


Smlm suruh aiman kencing..tapi irfan yg cakap..syuuu..syuuuu..paham rupanya si kenit ni ;-p aiman pun byk tiru irfan pulak dah...kejap abg tiru adik..kejap adik tiru abg....


Thursday, November 10, 2011

Kisah Raya dan anak2

Hari raya Aidiladha lepas kami berpeluang utk pulang ke rumah atok n opah Aiman Irfan. Terima kasih Tok wan dgn mak tok hantar n jemput kami. 1st time beraya tanpa hubby huhu..biasanya kalau kat jepun kalau raya haji cuma masakkan mknan raya jela. Tapi tak sedih sgt sbb dpt balik rumah family sendiri hihi


Anak2 di pagi raya. Diorg ikut atok dgn opah gi surau..tengok org lapah daging lembu. Mama pegi lambat sikit sbb baru nk mandi mkn semua hihi..



sampai2 je aiman syok main dlm surau..hmm takpela asalkan dia tak keluar





pegi raya rumah mak sedara mama

sempat jugak mintak mak masakkan makanan yg teringin nk mkn hihi...terima kasih ma





Ok..cerita pasal Aiman pulak. Skrg ni mmg tgh fikir aktiviti yg sesuai utk Aiman time cuti sekolah nanti. Nk kena sedia alatan yg sesuai n aktiviti yg sesuai utk dia


Skrg ni tiap2 hari Aiman suke mintak aiskrim dr mama..huhu. Pandai pulak cari dlm peti ais sendiri kalau mama tak bagi huhu.

Petang tadi Aiman buang air besar dalam toilet. Mama suka sgt. Bukan senang sblm ni nk suruh dia duduk kat situ time nk membuang.Kalau time takmo buang mmg dia rela duduk. Masa nmpk dia mcm nk buang tu terus mama lari bwk dia masuk toilet walaupun masa tu mama tgh mkn spaghetti huhu...berjaya jugak akhirnya..cuma lepas ni kena prihatin sikit kena selalu tgk dia n kena selalu tanya.

Si irfan ni pun kalau kentut or nk buang air besar mesti dia ckp bobot..bobot...dh tau dh lepas tu mesti akan ada hasilnya..nanti mama nk cuba train irfan sekali hihi. Haritu mama terpegang irfan kuat sikit sbb nk halang dia pegi kat aiman yg tgh kencing kat bilik air..tiba2 irfan pandang muka mama..dgn marahnya dia ckp aduhhh sakitt...HAHAHA..irfan ni suke mengejutkan mama tauu..pandai mintak mcm2 dh skrg...nk gi jln mintak shoes...masuk dlm kereta terus sebut giant...mcm takde tempat lain nk pegi ye nak..dh itu yg dekat dgn rumah kite hihi...
















Monday, October 31, 2011

Kisah Anak-Anak

Semakin hari..mereka semakin membesar. Bermacam telatah dpt dilihat. Skrg ni budak berdua ni mmg pandai main sama2 walaupun selalunya bergaduh jela hihi. Time mandi Aiman selalu syampu n sabunkan irfan. Selalu jugak diorg ni duet nyanyi sama2. Antara lagu2nya..old mcdonald,head n shoulders knees n toes,baa baa black sheep dan byk lagi. Riuh sgt

Irfan suke2 hati je dok atas aiman. Selalu kalau Aiman pukul irfan..mesti irfan jerit "Aimannn!!" sambil buat muka geram. Eii tak tahan mama tengok nk tergelak. Geram agaknya asyik kena dgn si abg yg tak berapa paham bahasa.
ni pic waktu gi mkn laksa kat teluk kechai. Kali ketiga kot merasa mkn laksa ni. Lain sikit sbb laksanya dimakan dgn sambal nyiur (kelapa)Diam n sgt behave 2 beradik ni n mama tau diorg tgh lapr sbb tu dok diam.Irfan pulak asyik sebut nakk nakk je. Irfan dah pandai mintak..nak air..ambik..habis...byk jugak vocab dia skrg. Paling mama suke bila irfan berulang kali panggil mama dgn suara yg manja...tapi lepas tu..susu..susu susu..



mereka sgt bekerjasama dlm hal menyepahkan rumah huhu. Botol sos pun irfan bawak sampai ke bilik.Tapi takde sos tu botol kosong je..kdg2 senduk n mcm2 lagi ada dlm bilik ni. Kalau ada brg hilang sila lah cari dlm bilik ni...hihi. Aiman pakai underwear je hihi. Haritu borong byk utk dia sbb time siang mmg dia pakai ni. Time mlm tu sblm tido je..time tido pakaikan diapers blk huhu.Tapi tak pernah basah pun sbb bangun je tido terus suruh gi toilet.


anak2 mkn aiskrim. Aiman skrg ni dh pandai mintak aiskrim dr mama. Beli jela kan dh dia mintak..mama suke sbb aiman mintak.


oh ye smlm hubby ke post office n ckp dia takleh nk pos mknan dr jepun ke msia..sbb org pos ckp byk negara dh blok mknan dr jepun so tak dibenarkan pos mknan disebabkan radiasi..huhu. Ada kirim nori,wakame kt dia suruh bawa blk bulan 12 ni..tp dia nk pos sbb ada byk brg lg nk bwk blk. Haritu dh plan dgn hubby nk dtg jepun sekejap thn depan bile aiman cuti..tp tiba2 hubby kata takpayah sbb tgk berita org dok cek radiasi ada merata2..hmm..bahayala dia kata dgn anak2 ni. So,pilihan terbaik tunggu jela dia blk. Risau la jugak dgn dia. Yela benda2 gini bukannya nmpk kan...doakan yg terbaik saje utk semua disana. Tapi kalau mmg kami ni tak balik msia..mau tak mau terpaksala jugak kan dok sana..nk buat cemana..cari rezeki bg yg keje..yg study pulak kena cari ilmu. Moga semuanya baik2 disana.

Tuesday, October 25, 2011

Pencapaian Aiman

Petang tadi mama gi jumpa cikgu Aiman. Kena sign report kemajuan Aiman. Setelah 5bulan Aiman masuk ke early intervention programme kat NASOM tu...ada byk kemajuan dlm diri dia. Cikgu dia pun terangkan kat mama semua psl Aiman. Melalui STAR program yg diorg guna..boleh la tengok Aiman dah capai level mana utk bahagian2 tertentu. Mama dah minta cikgu fotostat utk tengok bahagian mana Aiman lemah n perlu bagi perhatian. Ada byk bahagian n dibawahnya ada byk yg kecik2 lagi..Mmg boleh tengok la mana yg dia dh master atau tak.Seperti yg mama jangkakan Aiman mmg agk lemah dlm writing/colouring..cara pegang pensel tak betul walaupun dia boleh menulis...pegang gunting pun sama. Bab ni mmg dia kurang. Lagi satu button baju..nanti kena praktis ni n mama akan buat sesuatu utk ni.


Aiman ni bila panggil dia kdg2 je dia pandang..kdg2 tak pun. Bab ni Aiman masih di level satu.Lagi satu bab toilet training..bab buang air kecil dah pass..dia dh pandai gi kencing sendiri n basuh semua sendiri. Bab buang air besar tu mcm problem sikit tapi takpe..take time n mama tau suatu hari nanti Aiman boleh buat.Skrg ni pun waktu siang mmg Aiman diaperless :-) Dia rasa nk kencing dia gi lari kat toilet sendiri. Mama rasa lega sikit bab toilet ni sbb dulu mama tak tau cemana caranya nk train dia..tapi akhirnya berjaya jugakla dgn bantuan cikgu2 NASOM.

Byk jugak bahagian yg Aiman dah capai level 2 :-) Cikgu kata Aiman pun kalau boleh nk usahakan biar dpt masukkan ke sekolah mainstream. Mama pun harap mcmtu.skrg ni nk kena fokus part2 yg Aiman lemah. Skrg ni pun Aiman dh dok kelas lain..dgn budak2 besar..dia sorg paling kecik n paling muda hihi.Bila dia tengok org menulis dia pun semangat nk buat keje sama. Tapi bila cikgu turun bawah dia pun lari turun sama hahaha..dah agak dah dia takleh dok diam ;-p. Cikgu dia kata kalau budak hyper takpe dr hypo..kalau hyper otak dia laju..kalau hypo susah nk ajar sbb budak tu diam je.Mama sungguh lega bila cikgu kata Aiman ni byk boleh baca,nombor semua pandai n byk lagi. Mama sgt suka hati n rasa pengorbanan mama ni sgt2 berbaloi


ni gmbr bile ntah masa gi ambik Aiman.Mama dgn irfan dok dlm keta..maktok gi ambik kat pintu
Yg ni mama baru tau yg Aiman pandai buat sbb Aiman buat depan mama..tak suruh pun sebenarnya..ingatkan dia tak reti.. Siap ade pengiraan dia sekali..huhu...Tunjuk kat ayah dia.Ayah dia kata eh betul la dia kira..huhu..senyum melebar masa skype dgn ayah dia.
Tak sabarnya nk tunggu ayah dia balik huhu. Takpe..lagi 2 BULAN saje..baru je melepasi 1 bulan pun rase mcm 1 tahun huhu. Tak sabar nk gi holiday..semua dh booking dh..tunggu masanya je :-)


Oh ye..last week ada pegi buat medical test..sebenarnya buat blood test dgn urine test. Keputusannya byk yg ok..especially bab darah putih tu.Alhamdulillah normal. Maknanya masa test dulu tu maybe tgh stress so drh putih jadi byk :-)bab2 kanser pun diorg test takde. Cuma bab kolesterol kena jaga2 sbb byk. Kena byk senaman n doktor kata elok kalau mkn omega 3.Cuma kalau breastfeeding takleh mkn lagi katanya. Lagi satu saya takde antibody hepatitis A dan B..so nanti kena ambik injection kat doktor....Nanti kalau ada masa nk gi check gigi pulak la. Diri sendiri terbiar dah bab kesihatan ni. Dulu tiap2 tahun wajib gi check..hmm....



Thursday, October 20, 2011

Apabila usia anak2 semakin bertambah....

Pada 17hb aritu irfan genap berusia 1thn 4bulan dan pd 18hb Aiman berusia 4thn 10bulan. Gambar ni mmg mama ambik pd tarikh tu..cuma lambat update kat sini sbb bz dgn benda lain huhu. Perkembangan irfan :

-gigi geraham 2 dah tumbuh dan ada 2 lagi yg sedang keluar. Tu yg makin suka menggigit huhu


-semakin suke meniru org berckp. kalau dia terjatuh ke atau ada benda terjatuh dia akan ckp Allahuakbar..tp bunyi pelat sikit..hihi


-antara perkataan yg dia selalu sebut...mama,aiman,ball,cat,hujan,azan,naik,nak mandi,susu n byk lagi mama lupa la hihi

-kalau main handphone mama mesti dia ckp..hello...ada ada ada...bye...hahaha..gelak dgr..

-dh boleh nyanyi abc,baca one sampai ten...sesetgh huruf dia kenal kalau tunjuk

-semakin suke memanjat..suka masuk bilik air nk main air

-suke menyanyi

Cerita Aiman pulak. Aiman suka colour2 buku..tulis2 number n mcm2 benda yg berkaitan dgn belajar ni. Cuma kdg2 mama rasa terganggu dgn irfan sbb irfan suke mengacau huhu. Penyelesaiannya guna meja makan sbb tinggi. So,irfan takdela nk ambik brg2 tu hahaha. Ataupun..bagi irfan kat sape2 tolong jaga kejap..hihi..ramai je pengasuh kat sini. Aiman dh pandai marah irfan bila irfan kacau dia...siap ckp amboi lagi ;-p kdg2 dia menasihatkan irfan " irfan jatuh satgi" semuanya sbb dia selalu dgr mama ckp. Kdg2 mmg nk tergelak..hihi. Haritu ada dengar Aiman nyanyi lagu buih sabun masa mandi sampai habis. Lagu tu maktok dia suke nyanyi kat dia masa bagi dia mandi. Tak penah dgr dia ikut pun. Sekali mama terdengar dia nyanyi lagu tu sampai habis..terkejut huhu.Sebenarnya selalu kalau dgr dia nyanyi nursery rhymes lagu english..sekali dgr Aiman nyanyi lagu melayu daa..hihi


yg kat bawah ni mama tk perasan pun bile dia buat. Tengok2 dh mcm ni...betul tu dh cuma tulisan tak berapa cantik..takpe la nanti praktis lagi.

Favourite Aiman sememangnya train. Mama pun beli kan train baru utk Aiman. Tapi Aiman lebih suke guna sebutan "densya" dari train hehe....sampai irfan pun dh ikut. rail tu dia yg pasang sendiri. ..sbb mama sibuk skype dgn ayah tp sempat ambik gmbr ni n ayah pun tgk aiman main


Moga terus bersabar menghadapi apa saja dugaan. Sabar ye Aiman...mama tau Aiman mmg rapat dgn ayah..nanti2 ayah balikla dok dgn kita. Haritu masa ayah balik raya Aiman tunggu ayah walaupun ayahnya di dalam toilet..huhu. Masih sama mcm kat Jepun dulu. Dulu dia mmg selalu tunggu depan pintu masa ayah dia mandi. Bila ayah dia balik dia yg cepat2 nk bukak pintu sambut ayah. Mama pun rindu saat2 mcm dulu..hntr n sambut ayah aiman depan pintu setiap hari :-(


Mama dgn ayah buat semua ni utk masa depan Aiman. Belajar ckp melayu je senang..mudah utk Aiman kalau dpt masuk sekolah lain nanti. Kalau belajar bhs lain nanti susah pulak nk tukar bahasa ye :-) Ayah pun bukan selamanya nk dok jepun. Lambat laun Aiman mmg kena sekolah kat Msia jugak..sebab tu kita kena balik dulu :-) Sebenarnya mana2 pun mama tertekan jugak. Kalu masih dok di jepun pun mama akan tertekan jugak nk hntr aiman terapi/school kat sana..dgn mama yg tak pandai mcm2 ni. Kelebihannya sbb ayah ada di sisi tapi mama kena buat senidri jugak dgn irfan lagi huhu. Kat Msia pulak boleh usaha ramai yg tolong cuma nya si ayah jauh..tapi agak berbaloi kot bila tengok ada improvement dari dulu. Environment byk membantu jugak sebenarnya. Dok Jepun kurang bergaul dgn org n dok dgr org ckp jepun je...huhu. Walau apa pun mama rasa keputusan mama bawa Aiman balik adalah yg paling tepat setelah kali pertama ckp nk balik tu dh nangis teruk n ckp tak jadi nk balik..tp bila fikir2 balik..biarlah jauh dr si ayahnya asalkan Aiman ni ada masa depannya. Mama tak boleh buang masa lagi. Masa tu penting buat aiman. Mungkin ada hikmah disebalik apa yg berlaku.


Kimono!!

Sambil2 dok belek gmbr lama..terjumpa gmbr ni. Tahun 2005 masa ni. Berkesempatan memakai pakaian tradisional jepun iaitu kimono di rumah Yamaguchi-san. Byk betul kimono kat rumah dia. Siap suruh pilih nk pakai yg mana..haha. Tapi dh edit tang rambut tu ;-p Sgt panas n berlapis2 kimono ni. Mcm berat nk berjalan. Lepas tu kimono yg org kawin pakai tu pun merasa gak pakai..siap ade corak emas warna putih dan sgt berat. Mana ntah gmbr tu pegi huhu. Mmg sgt beza dgn yukata tu sbb yukata nipis. Kalau setakat nk pakai kimono n ambik gmbr kat kedai mahal...nasib dpt pakai free hihihi......
masa ni dagu runcing je lagi terbentuk..skrg ohhhh tidak..berlapis2 ;-p hahaha..inai pun ada kat jari tuu baru 2bulan kawin hihi...






Wednesday, October 12, 2011

Bila rindu menjelma.....

Beginilah rutin harian kami sejak bulan jun haritu. Bulan ni masuk bulan ke 5 berjauhan. Setiap mlm mesti webcam skype...sekurang2nya sejam kot. Byk nk kena bincang..pasal anak2..pasal duit..pasal masa depan....n nk mengadu mcm2...sbb tu tiap2 mlm kena online ;-p kesian jugak kat hubby kdg2 baru blk keje..dgn baju keje tu dok mkn maggi tadi sambil skype..huhu..tp jgn mkn selalu ye..tak baik utk kesihatan ok....

basuh pinggan pun nk tunjuk hihi. haritu siap tgk dia msk..sidai baju..kesian kena buat sendiri. tapi kalau saya ada pun basuh pinggan dgn sidai baju tu pun mmg dia buat tanpa disuruh ;-p rindu pulak kat rumah angel height tu..walaupun kecik..tapi kami sgt bahagia tinggal didlmnya..moga2 ada peluang utk kembali ke sana lagi walaupun sekejap ;-p


sambil main dgn anak2..tunjuk flash card ..irfan gmbr binatang semua dia kata nyiau..nyiau...semua cat ;-p gelak ayah dia dgr...lepas tu irfan buat show lagu head shoulders knees and toes kat ayah...
aiman seperti biasa dia akan buat derk je..sekali sekala je dia respons..tu pun penat nk tackle dia.irfan takyah panggil..dia dtg sendiri...



sgt stress harini sampai takleh nk tido..dah pukul 12lebih dh pun huhu. byk nk kena fikir..cuba takmo fikir tapi mesti dok teringat jugak..huhu...cemana la nk buat ni..lepas satu..satu masalah yg datang...hero penyelamat pulak jauh...hanya dpt memberi kata2 semangat..huhu...penat fizikal penat mental..emosi pun penat...mmg kena gi holiday..tapi sgt takde mood...huhu..nk pegi mana pun malas....


moga dipermudahkan segala urusan.Amin..

Monday, October 10, 2011

Banyakkk cerita.....

Haritu terasa rindu nk mkn ikan salmon..nasib baik ternmpk kat Giant..terus beli sambil tak pandang harga hihi. Mmg suke msk mcmni je.Yela kat nihon bersepah2 jual kan sampai tak lalu nk mkn. Tapi alangkah sedap kalau dpt mkn salmon sashimi ataupun aburi salmon..huhu
beberapa hri lepas ada pegi majlis perasmian kedai baru...kedai perabot..interior decoration kepunyaan sedara2 jugak ni. pegi la bagi support kat dia...ada dato mukhriz tun mahathir dtg rasmi kan kedai tu. ni nasib baik aiman gi sekolah..kalau tak takde chance le nk dtg haha



last week jugak ade appointment utk buat audio BSER test utk aiman. sbnrnya awal2 mmg mintak speech therapy je..tapi dh doktor tu tanya audio dh penah buat ke..ckp le belum. terfikir jugak sbb aiman mmg dh confirm disahkan autism so mcm takmo buat.tapi hubby kata better buat memandangkan doktor kat jepun dulu ckp better check guna alat.kita tak tau kalau2 dia ada mslh kurang dengar ke ape walaupun sbnrnya dia mcm dgr..hmm...so aiman kena bius haritu..tapi bius tu tak berkesan kat dia. ohh mama sungguh sedih masa tgk aiman menangis meronta kena cucuk sampai berdarah2.ramai gile pegang dia..mama takut nk tengok huhu. doktor tu ckp tu dh maximum dose dh..tp aiman takmo lena jugak so takleh buat test.kena guna cara lain iaitu kena masuk bilik operation bius sepenuhnya n kena masuk wad. dat yg kosong ialah bulan 2 tahun depan huhu.





mama sgt susah hati sbb kalau aiman tido wad mama jugak kena jaga.cemana dgn irfan..huhu...mama kan pembekal susu irfan...huwaaa. So, mama dgn ayah ambik keputusan nk cuba buat test tu kat private. Kebetulan pulak abg ipar ada kwn dgn pakar ENT tu..huhu. Sbb kalau private boleh le pilih date sendiri..boleh buat time ayah aiman blk bulan 12 ni. Bolehla ayah tunggu aiman..mama jaga irfan. mama tak sanggup nk berjauhan dgn anak2..dhla jauh dr ayah mereka...nk jauh dgn anak..nanti lagi bertambah sedih. Teringat blk masa bersalin irfan dulu..10hari dok wad..hari2 nangis teringat kat aiman padahal tiap2 hari dia dtg tgk mama kat wad..huhu..






aiman mmg suke baring2 kat lantai..ikut suke dia..mama tak larat dh nk angkat dia..blk rumah satu badan mama sakit sbb dok angkat dia...huhu





kesian tgk aiman time ni.mama dia mcm layu tp dia lawan mata dia takmo tido..siap nyanyi2.doktor pun pelik...balik rumah 3jam kemudian baru dia lena...huwaaaa......






byk benda nk kena settlekan cepat2..berserabut la selagi tak settle....dulu masa dok jepun tak penah nk kena pk berat2 mcm skrg. skrg baru lah sedar bahawa masa utk bersukaria/honeymoon itu sudah habis..huhu. Badan pun selalu letih..mcm takde masa utk diri sendiri ye jugak. Asyik terlupa nk gi buat blood test utk diri sendiri (ni kes bln 12 thn lepas yg result blood test yg terlebih darah putih tu..doktor advise suruh check lagi..tp tak sempat nk buat lagi..adeihhh).









Tak sabar tunggu hujung bln 12 ni sbb hubby kata nk bawak kami jln2. Yela kami sgt penat menghadapi saat2 berjauhan ni..stress n mcm2 tekanan..emosi yg tak stabil semua ada.. so terapi yg sesuai ialah dgn pegi holiday..biarlah dekat sekalipun..asalkan kami bersama satu family jauh dr org lain buat sementara waktu.













Monday, October 3, 2011

Cerita Aiman

Alhamdulillah netbook ni dh baik. Dah hampir seminggu masuk workshop huhu. Last week, ada jamuan anjuran NASOM sempena perpindahan dari tmn muhibbah ke taman PKNK. Satu taman dgn rumah kami hihi. Mama sgt suke sbb dekat dgn rumah. Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan. So, mama pun bawak lemang,rendang n kek. Byk jugak mknan sbb buat potluck..lupa nk ambik gmbr byk2 sbb sibuk dgn irfan yg tak dok diam




ni transport baru aiman utk ke sekolah hahaha..







tengok jugak kelas aiman..tp tak ambik gmbr byk. beberapa nama yg aiman selalu sebut tu rupa2nya kwn sekelas dia.patutla asyik dok sebut2 nama alif,nana dgn nurin...cikgu2 pun kata semua tu kwn baik aiman hihi. bila tengok budak2 ni ..org tak tau pun diorg ni autism sbb rupa comel2 mcm budak normal.aiman pun org tak percaya bila kata dia autism.



Perkembangan Aiman skrg..nmpknya dr segi perckpan tu dh makin bertambah.




Cerita 1


Mama tgh potong kek nk bwk gi sekolah.Aiman dtg nk mintak kek


Aiman : kek cepat sikit (sambil tadah tgn)


Mama: tunggu kejap tengah potong


Aiman : cepat la


Mama senyum je...biarlah walaupun bunyinya kasar..tp nanti boleh praktis lagi




Cerita 2


Mama turun dr kereta dgn irfan..sambil tunggu Aiman turun.Tiba2 masa dia nk turun tu dia kata "tepi sikit"..wah wah anakku...tapi betul la perkataan yg dia gunakan tu..mama happy sgt




Cerita 3


Mama lukis nombor2 utk Aiman warnakan. Bila tengok hasilnya..lama mama tengok sbb mcm pernah tengok la warna mcm tu...rupa2nya......betul2 sama dgn kartun charlie n the numbers kat babytv tu. Kuat betul ingatan dia...padahal masa dok warna tu dok dlm bilik..bukan depan tv pun....Biarlah comot sekalipun..mama tau ni salah satu kelemahan aiman..tapi ni mcm dh ok sikit dr haritu..dulu lagi teruk dr ni...yg mama tau kelebihan aiman ialah memori aiman sgt kuat..so mama kena gunakan sebaik mungkin...




Cerita 4


Ayah Aiman telefon. Tiba2 Aiman dtg kat mama sambil tadah tgn dan dia kata "cakap,cakap"..ohh dia mintak nk ckp rupanya.Bagi la dia ckp dgn ayah dia..happy nmpk muka dia.ape yg dia ckp ntah..tapi dgr ayah dia suruh bace doa..dia bace doa tido hihi




Last week jugak ada appointment kat hospital..utk check telinga Aiman. Sebelum tu kena tidurkan dulu baru boleh buat test tu. Punyela susah nk bagi mkn ubat tu..beramai2 pegang dgn nurse. Setelah hampir 2jam aiman tak tido jugak..dia cuma pening2 je...terus cancel buat hari lain pulak..nanti bius terusla kejap sbb ubat mkn tak jalan.

Sebelum dpt jumpa doktor tu..penatnya dgn aiman..dia lari sana sini..huhu.mmg takleh dok diam.masa nk timbang pun dia terlompat2 sampai mama kena angkat dia yg berat itu huhu.mmg hari yg sgt meletihkan sbb byk kali mama kena angkat n pegang dia kuat2..huhu. Jauh pulak tu sekali dia lari..lepas tu siap bukak kasut kat tangga tu..org nk lalu lalang kat situ..huhunasib baik irfan tokwan tolong mengasuh kejap..kalau tak pengsan mama.irfan lena je kat tokwan.irfan mcm tau mama tgh susah dgn abg..irfan lena je..sama mcm mama nk ambik lesen haritu..irfan lena jugak..mama je risau kat irfan...


Friday, September 23, 2011

Cerita campur2...

sila jamu mata ye dgn agar2 ni.bukan senang nk buat sebabnya buat sambil kendong irfan kat belakang haha.agar2nya senang nk buat.tp jd susah sbb penat mengendong :-p
minggu lepas ni berpeluang ke padang besar di perlis.melalui ladang tebu yg terbesar di msia iaitu di chuping,perlis.mmg sgt luas..kwsn yg mencatakan suhu terpanas dimsia..pernah mencecah 40.2 degree kalau tak silap
ni gmbr anak2 berendam dlm air suam..sbb hujan kesian la nk bg mandi air sejuk.sampai takmo naik la dua2 tu
irfan kena iron...sian irfan..tp bukan slaah mama.tp org lain letak iron panas merata..huhu
aiman pulak jatuh kat tepi longkang disaat mama tgh mandi.sbb tu mama tak suke org bwk aiman keluar kalau org dok tgh buat keje lain sbb confirm takkan ada yg boleh perhatikan dia 100% mcm mama dgn ayah boleh tengok aiman
smlm ke jamuan hariraya di bengkel sinar harapan.ramai kanak2 istimewa dijemput.aiman dgn kwn2 n cikgu2.kami mkn sekali.sempat le berbual dgn cikgu2.baru mama tau kwn baik aiman nama nana dgn nurin.patutla selalu dok sebut dua nama tu kat rumah..hihi.
ptg td bwk anak2 keluar.kesian tengok diorg terkurung seharian. mama pun bosan.mama lagi la kdg2 sehari tak jejak tanah langsung.asyik tgk dinding rumah je.paling jauh ke kedai depan tu pun 2-3kali seminggu.huhu.agak tertekan disitu sbb dh didik oleh hubby selalu berjln ke sana sini bila cuti..huhu.sgt rindukan saat2 itu.tunggu hubby balik bulan 12 ni nk gi holiday :-)
alhamdulillah anak2 sgt ok.pelik la nape kalai gi ramai2 dgn org lain budak2 ni suke buat perangai ye? agaknya mau jln2 dgn mama je kot :-p. Nasib baik Giant boleh jln kaki je dr rumah..lebih kurang mcm dr rumah kat zama dgn train station. Masuk dlm Giant tu konon nk beli udon sekali takde. time aku takmo berlambak2 ade huhu. lepas tu terus naik atas kat food court minum air soya dgn anak2.baik je aiman dok kat kerusi. lepas tu turun gi marrybrown..beli chicken porridge,nasi ayam dgn french fries utk bawak balik. sambil tunggu dok kat kerusi buaian..sukela aiman..lepas tu terusla balik. lepas ni boleh amalkan selalu kot .dpt jugak mama exercise :-) irfan sampai terlena dlm buggy..sampai rumah angkat tido kat tilam sampai pukul 8lebih :-p dan skrg 2org budak tu sdg mengganas dlm bilik huhu.pukul berapa nk tido pun tak tau..dh 11 lebih dh ni....