Friday, November 25, 2011

Bila anak tak sihat....

Irfan ni hari tu berapa hari demam on off. Lepas tu mcm dh baik..tapi selesema pulak..lepas tu cirit birit..huhu sian baby mama. Mama pun batuk sampai nk termuntah..penat rasa. Dah pun gi klinik smlm..lega sikit. Tapi sgt kesian kat irfan la ni. Aiman pun mcm baru start selesema..hmm..Harap2 mama sihat selalu utk jaga anak2 mama....Irfan tak mau mkn..bila dia nk mkn..lepas tu nanti mesti cirit..sian dia. Time mandi bukak je pampers mesti dia cirit dlm bilik air..huhu. Aiman siap ckp...eiii..yellow..yellow...nk tergelak pulak mama dgr...


Aiman dh start cuti sekolah. 1st day ni mama tak dpt buat byk aktiviti dgn dia sbb

irfan tak sihat..selesema,demam,cirit birit..sian baby mama...Nanti irfan sihat kita buat mcm2 ye....



..nk kena tido cepat ni sbb budak2 dh tido....

Bila terpaksa memilih antara Aiman dan Irfan...

Bulan 2 nanti mama kena buat satu keputusan besar iaitu memilih antara Aiman dan Irfan. Sebabnya Aiman nk kena masuk wad utk bius satu badan utk prosedur audio BSER test kat hospital. So mama kena la tunggu dia kan..sape lagi yg boleh n ada. Aiman mmg takmo dgn org lain..huhu. Tapi kesian sgt dgn irfan yg masih direct breastfeeding. Malam2 mmg dia kerap menyusu..huhu. Irfan baru 1thn 5bulan. Mama plan nk genapkan 2thn baru nk stop. Ada masa lagi beberapa bulan. Ingat nk cuba pump n practise irfan minum EBM. tapi nanti nk tinggal dia waktu mlm tu...hmm..cemana lah ye. Dulu penah bagi dia try mcm2 cara tp dia takmo..dia mau yg fresh je. Susah hati mama bila terpaksa buat pilihan gini. Dua2 anak perlukan mama dlm satu masa tapi berlainan tempat. Kalau ayah ada kan senang..boleh dia jaga Aiman n mama jaga irfan..huhu..tapi apakan daya..... (T T)












Tuesday, November 22, 2011

Setelah 6 bulan lamanya...

Oh..nmpknya saya merindui autumn di jepun. Skrglah musimnya...ni pic tahun lepas..irfan kecik lagi masa ni dlm 5-6bulan gitu. Alhamdulillah irfan dpt merasa semua musim sebelum back for good :-)

Setelah lebih kurang 6bulan pulang ke Msia..anak2 dan saya sendiri dah semakin dpt menyesuaikan diri.


-Makanan-Anak2 dh pandai mkn mcm2 makanan msia..Aiman pun kdg2 boleh mkn sambal tumis dh..laksa pun mkn dgn irfan2 sekali pandai mkn hihi


-Mandi air sejuk- Aiman kalau mandi air sejuk mmg dia dok menjerit sampai skrg. Kalau air suam senyap je mandi. Kalau letak dlm besen mmg dia berendam ala2 dok dlm onsen smapai takmo keluar bilik air. Nmpk mcm payah jugak dia nk sesuaikan diri.Irfan ok je..sejuk2 pun dia pulun mandi hihi.Mama pun dh ok cuma kalau pagi mcm subuh tu tak berani jugak nk mandi pagi sejuk yg amat huhu. Bertahun2 dok jepun musim panas pun mandi air suam haha..Sape berani mandi air paip sejuk kat jepun tu..mcm air ais ;-p


-Cuaca-cuaca ok je walaupun panas tp bila hujan tu sejuk jugak. Lagipun bukannya keluar rumah sgt pun. Kalau panas dok dlm bilik la on aircond ;-p Kalau dok kat luar gi kedai ke..mmg berpeluh mcm lari marathon gitu hihi...Anak2 pun dh semakin sesuai..Aiman la agak kuat berpeluh mcm mama


Skrg ni mama dh pandai shopping online hihi. Dok depan laptop je pun dh boleh habis duit ;-p hohoho..berita buruk utk hubby la kot ala tp bukan beli benda tak penting pun..educational toys anak2..buku..dan baju2an menyusul kemudian ;-p Bukan apa...senang..takyah keluar gi mana2 tunggu je brg sampai. Dah la tak tau kedai mana nk cari kalau nk gi beli pun..lepas tu nk gi tak reti tak tau selok belok sini kena susahkan org lagi..baik beli online..boleh pilih belek lama sikit..kalau gi kedai dgn anak2 ni takleh nk belek lama2..huhu


Rutin harian pun dh berubah skrg..

Pagi : Msk bekal aiman,iron baju sekolah,breakfast,mandi dgn anak2


Tghari : Bagi anak2 lunch,siapkan aiman utk ke sekolah..tidokan irfan dan mama pulak lunch. Kalau sempat time ni le nk buat kuih ke roti ke ape pun..tapi kalau malas n tak sempat beli je..tp selalunya maktok aiman ada jugak msk ape2


Ptg :lepas solat asar terus bawa irfan gi ambik aiman kat sekolah..lepas tu selalunya singgah kedai dulu dan terus balik. Bagi aiman mkn ptg..tgk tv..kalau rajin bwk anak2 keluar ambik angin ptg. Masuk mandi solat maghrib


Mlm : Dinner..solat Isyak..bukak laptop tunggu hubby online hihi. Paling lama sejam kot. Puasla sembang sbb nmpk muka. Aiman selalu time ni dok colour2 buku..sambil sembang dgn hubby lukis2 utk aiman..irfan pulak selalu takmo dok dlm bilik..nk gi kat tokwan tgk tv.pukul 11gitu anak2 dh tido..mama pun tidolah..kalau tak ngantuk berblog dulu muahahaha.....


Tapi sebenarnya rasa sunyi la jugak sbb yg tersayang takde disisi. Pegi mana2 dgn anak2 je. Bila tengok org lain rasa sgt jealous huhu. Selalu bila rasa mcm ni..cepat2 kena buang perasaan tu jauh2 supaya tak sedih. Selalu kena ingat apa tujuan balik ni sebenarnya. Cuma agak kecewa sbb cuma dpt hntr Aiman ke early intervention programme aje..therapy2 ni lmbt sgt appointmentnya..kecewa jugak sbb kat sini kurang kemudahan. Kalau kat KL tu byk..hmmm. Takpe lah usaha mana yg termampu jela. Dh berjauhan dgn hubby ni pun dh terasa sgt BERAT nk pikul ni. Irfan ni pun susah nk tinggal dgn org sbb masih direct breastfeeding. Agak berat hati kalau nk gi kursus ke ape ke..hmm. Jauh2 ni penat bermain dgn emosi..sedih huhu. Tapi jauh2 ni rasa rindu sgt2 mcm masa bercinta jarak jauh dulu lah. Kalau boleh time hubby balik nanti semua nk pakai baju baru tudung baru..make up baru hahahaha (alasan yg baik utk shopping ;-p)

Friday, November 18, 2011

Aiman Faiz 4thn 11 bulan

Harini Aiman genap 4thn 11bulan. So ini bermakna bulan depan Aiman akan genap berusia 5thn. Aiman ni kalau org tengok dia mmg org takkan tau pun yg dia adalah kanak2 autistik sbb rupa dia normal. Tapi bila tengok perangai dia ada sedikit pelik. Dlm gmbr diatas tu aktiviti stimming yg biasa aiman buat..huhu. Mesti dia akan pegang dua benda yg sama n jauh n dekatkan benda tu mcm pintu lif tertutup n terbuka. Lepas tu dia ckp la sorg2. Tapi Aiman mmg suka train dgn lif. Kat jepun lif dgn train kan ada suara org cakap. So, mmg dia tiru la mcm org tu ckp. Skrg ni pun kalau naik lif mmg dia akan sebut dlm bhs jepun bila sampai ke satu2 tingkat.

Aiman ni sensitif terhadap bunyi..especially bila irfan menangis. Ni mmg antara ciri2 yg ada pd budak autistik. Aiman akan tutup telinga n akan pukul irfan.Dia tak suka irfan nangis. Lagi satu Aiman sensitif dgn iklan2 yg ada gmbr muka org. Dia akan takut n nak lari jauh dr gmbr tu. So, kalau gi shopping mall yg ada byk iklan muka org besar2 gitu jadi masalah sbb dia nk lari. Selalunya kat farmasi mcm guardian n watsons ada muka2 org ni..kat peti ais aiskrim pun ada. Tapi tak kira la gmbr tu kat mana..asalkan muka org mmg dia takut.

Lagi satu Aiman tak boleh kalau org ambik/main toys dia. Dia rasa tu hak dia n dia tak reti berkongsi. So, mama kena selalu practise main sama2 dgn dia supaya dia boleh belajar berkongsi n ikut giliran bila main. Tapi mmg agak susah n mencabar sbb mcm nk bergaduh je huhu

Baru2 ni berkesempatan baca buku ni. Mmg beli utk baca sebagai menambah pengetahuan. Bagus utk sesiapa yg baru2 mengenali autisme.

Siang tadi pegi kedai. Tiba2 terperasan yg aiman gi kat sorg perempuan tu sambil jenguk2 kat muka dia. Org tu tgh ambik air dlm peti ais kat kedai tu. Sekali org tu toleh..rupa2nya cikgu aiman. Cikgu dia kata..laa patutla dok tengok lama2..Aiman pun gelak..eh dia kenal cikgu dia..hihi...






......tak sabarnya menanti bulan depan...sabar..sebulan lebih je lagi utk dptkan semangat baru :-) saya kan kuat..saya tak boleh lemah..tak boleh sakit..nanti sape nk jaga anak2..mereka perlukan saya :-) bersyukur sbb sentiasa berada disisi anak2 dlm apa jua keadaan...utk hubby pulak masih boleh bagi semangat dan dorongan utk dia dari kejauhan...sedar tak sedar dah 6 bulan kami berjauhan...

Thursday, November 17, 2011

Irfan Faris 1thn 5 bulan

before and after

Alhamdulillah..harini genap irfan berumur 1thn 5bulan. Pagi tadi servis rambut dia..bagi pendek sikit. Lenguh pinggang mama sbb irfan tak dok diam..huhu. Meraung2 dia sambil cakap namau..namau..nasib baik maktok tolong pegang.

Irfan ni mmg suka melalak. Kalau nangis tu mmg lama la nk kena pujuk. Mcm semalam.. mengantuk tambah pulak aiman pukul dia sbb dok nangis..lagi la bertambah n mama terpaksa dukung dia sampai dia tidur..huhu..lenguh badan. Tapi nk buat cemana kan..anak..layankan je la.


Gigi irfan dah makin banyak n dia pun sgt sedap menggigit waktu menyusu tu huhu.


Byk jugak vocab dia skrg. Kalau tengok tv tu apa yg dia nmpk tu dia sebutla...mcm sun,flower,cat,dog,butterfly...paling selalu dia sebut perkataan NAK. semua nak...bila dia ckp nak mama selalu tanya dia nak apa..dan dia jawab nak ayer (air)kalau nk air..kalau nk benda lain dia tunjuk n kalau takmo dia kata NAMAU.


Ptg smlm dh bersiap2 nk gi ambik aiman kat sekolah..mama duduk jap nk mkn kuih. Sekali irfan dtg n cakap jom..jom..tak sabar sgt tu.Mama ckp nanti dulu..lepas tu dia dh marah siap guling2 kat lantai ;-p ish ish..lepas tu terusla bawak dia keluar..menyanyi2 dia sambil sebut SHOES..tau pun nk jln cari shoes. Bila dah sampai pandai dia ckp sampai dah...


Smlm suruh aiman kencing..tapi irfan yg cakap..syuuu..syuuuu..paham rupanya si kenit ni ;-p aiman pun byk tiru irfan pulak dah...kejap abg tiru adik..kejap adik tiru abg....


Thursday, November 10, 2011

Kisah Raya dan anak2

Hari raya Aidiladha lepas kami berpeluang utk pulang ke rumah atok n opah Aiman Irfan. Terima kasih Tok wan dgn mak tok hantar n jemput kami. 1st time beraya tanpa hubby huhu..biasanya kalau kat jepun kalau raya haji cuma masakkan mknan raya jela. Tapi tak sedih sgt sbb dpt balik rumah family sendiri hihi


Anak2 di pagi raya. Diorg ikut atok dgn opah gi surau..tengok org lapah daging lembu. Mama pegi lambat sikit sbb baru nk mandi mkn semua hihi..



sampai2 je aiman syok main dlm surau..hmm takpela asalkan dia tak keluar





pegi raya rumah mak sedara mama

sempat jugak mintak mak masakkan makanan yg teringin nk mkn hihi...terima kasih ma





Ok..cerita pasal Aiman pulak. Skrg ni mmg tgh fikir aktiviti yg sesuai utk Aiman time cuti sekolah nanti. Nk kena sedia alatan yg sesuai n aktiviti yg sesuai utk dia


Skrg ni tiap2 hari Aiman suke mintak aiskrim dr mama..huhu. Pandai pulak cari dlm peti ais sendiri kalau mama tak bagi huhu.

Petang tadi Aiman buang air besar dalam toilet. Mama suka sgt. Bukan senang sblm ni nk suruh dia duduk kat situ time nk membuang.Kalau time takmo buang mmg dia rela duduk. Masa nmpk dia mcm nk buang tu terus mama lari bwk dia masuk toilet walaupun masa tu mama tgh mkn spaghetti huhu...berjaya jugak akhirnya..cuma lepas ni kena prihatin sikit kena selalu tgk dia n kena selalu tanya.

Si irfan ni pun kalau kentut or nk buang air besar mesti dia ckp bobot..bobot...dh tau dh lepas tu mesti akan ada hasilnya..nanti mama nk cuba train irfan sekali hihi. Haritu mama terpegang irfan kuat sikit sbb nk halang dia pegi kat aiman yg tgh kencing kat bilik air..tiba2 irfan pandang muka mama..dgn marahnya dia ckp aduhhh sakitt...HAHAHA..irfan ni suke mengejutkan mama tauu..pandai mintak mcm2 dh skrg...nk gi jln mintak shoes...masuk dlm kereta terus sebut giant...mcm takde tempat lain nk pegi ye nak..dh itu yg dekat dgn rumah kite hihi...