Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Showing posts with label Suka duka. Show all posts
Showing posts with label Suka duka. Show all posts

Wednesday, February 11, 2009

Ku Pinta PadaMU....



Ntah apa puncanya,ntah apa sebabnya..hari ini merupakan hari silapku..hari ini merupakan hari kelam kabutku dan ntah apa2 lagi..nak kata aku tak sihat..tubuh badanku sihat..
dari pagi menjelang tengahari semua kerja yg ku buat serba serbi tak kena..buat boucher salah,print cek silap..tak tahu apa yang mengganggu fikiranku..sebenarnya ada sesuatu yang mengganggu fikiran dan perasaanku..saat seseorang mendapat berita gembira dan bahagia dalam hidupnya detik itulah merupakan berita duka buatku...begitukah diriku..apa yang melanda diriku ini...apakah yang terjadi pada diriku ini..mengapa aku jadi begini hanya kerana berita itu...inikah yang membuatkan
perasaanku tak sihat,hatiku terluka dan jiwaku sakit..pada siapa nak ku khabarkan kelukaanku..pada siapa nak luahkan perasaanku..pada siapa nak ku ceritakan apa yang aku rasa...airmata hanya jadi teman kala ini..kerana siapa pun tkkan mengerti..siapapun tkkan memahami..hanya padaMU Ya Allah tempatku curahkan segalanya..kerana Engkau Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui..tenangkanlah jiwaku ini..ku pohon padMU ya Allah..muga esuk Kau hapuskan kedukaanku..Kau sirnakan kelukaanku..berikanlah aku sinar baru, ....ingin ku buang jauh perasaan ini..ingin ku matikan dia dalam hatiku..inginku kuburkan segala angan dan impianku..kerana hanya aku yang memintal angan dan impian sedangkan dia telah mendapat cahaya cintanya...Ya Allah berilah kekuatan untuk menempuh hari esuk yang masih panjang ...berikan aku ketabahan.....kerana kehidupan harus ku teruskan demi anak2 yang masih memerlukanku...
"Siapakah yang dapat mengerti kelukaan ini,siapakah yang dapat menyapu airmata senduku"

Monday, February 02, 2009

Antara Filem Hindi.Realiti dan Kisah Sorg Teman




Kalaulah apa yang berlaku dalam kehidupan kita ni mcm dalam filem hindi tu bestkan..apa saja kesusahan,kesukaran,penderitaan,pahit getir dan apa saja pasti endingnya happy ending..tak penah sekalipun filem hindi yang aku tguk endingnya hero atau heroinnya tak bersatu atau mati..kalau bercinta..ditentang sehngga hampir mati pun tetap akan berjaya mencapai matlamatnya..alangkan indahnya jika tiap apa yang kita hajati kita dapat macam cite hindi tu..belum lagi dgr lagu ayng didendangkan oleh pelakonnya konon..belum lagi tguk hero dan heroinnya yang cun melecun...terbuai2perasaan bagi org yang tgh dilamun cinta..tambah menderita org yang sedang rindu merindu...ahh...itu hanya cite..untuk membuai perasaan dan menambah angan2..realitinya..tak penah sama seperti dalam cite.
Aku buat entrinya saja suka2..masa tak sihat, terbaring je..mata dok mngadap tv..semua cite aku layan (mngpun aku minat giler pelakon sorg ni....hehehe).
Tapi yang paling penting ialah cite sorg teman yg membuat aku terpanggil nk tulis sesuatu kat sini..kata temanku itu dia rasa dia dah jatuh hati kat seseorg,ku tanya siapa dia tapi dia kata 'biarlah rahsia' macam kata Dato CT dalam lagunya....hmmm...terkedu juga bila aku baca msg temanku itu..tak tahu nk gambarkan apa perasaanku..terkejut..suka..gembira..sedih...ntahlah..Walaubagaimanapun aku nasihatkan temanku itu supaya berterus terang pada gadis yang dia suka tu..supaya tak melepas lagi..jika temanku itu terbaca entri ni..jgn berharap apa yang kita impikan macam cite hindi...sbb kita dalam dunia realiti.

Thursday, January 22, 2009

Bila Cuti Datang Lagi

Jika orang lain sibuk menghitung hari nak bercuti
berbeza pulak dgn aku ni...
aduhhh..boringnya bila cuti datang lagi..
pulak tu empat hari..
Mana nak pegi ek..nak balik kampung..
baru sangat aku balik kg.
nak pegi makan angin..dok hotel..
makan2 shopping..aku bukannya mampu.
kalau aku buat macmtu alamat terkucillah
budjet aku bulan ni....
Kesudahanya memang aku tak bercuti..
siapkan apa yang patut kat rumah,
then datang ofis..
Bos dah siapkan keja2 yang aku kena
buat masa cuti panjang ni...
bestnya..banyaklah OT aku bulan ni ..
Alhamdulillah...so...
cuti2 tu ada hikmah buat diriku.
Tambah sedikit pendapatan dengan
bayaran OT yang aku buat.
Siap buat OT...apa lagi dok mengadap
buah hati pengarang jantung aku..
IDALARA.BLOGSPOT.COM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...