Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

11 May 2014

Yang Kedua 2014

Post kedua 2014, sempena hari ibu.......... Repost balik : "Memang kasih ibu membawa ke syurga, Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..."   Rindu kat blogspot.com. :) Selamat Hari Ibu Buat Semua wanita bergelar ibu. ...

20 April 2014

Yang Pertama 2014

Kali pertama semenjak lebih 2 tahun, tiba-tiba teringat nak buka dan log in blog ni. Alhamdulillah masih ingat lagi passwordnya. Semenjak berkembangnya Facebook, dunia blog ni semakin gelap. Ramai yang dah gantung jari untuk menaip kat blog-blog ni tapi masih ramai juga yang masih setia bersama blog ni walaupun juga aktif kat Facebook. Saya......... walaupun lama tak mengupdate blog ni tapi masih terasa sayang pulak nak delete. Banyak cerita-cerita dicoretkan kat sini buat berkongsi dengan rakan-rakan maya. Mana yang baik jadikan pengalaman, mana yang tak baik sama-sama buat sempadan. ........seronok jugak zaman berblog du...

23 December 2011

Layan TV Online

Sekarang menonton tv adalah lebih mudah dan senang. Tak semestinya kita memerlukan set tv, baru kita dapat menonton siaran televisyen. Dengan adanya komputer dan talian internet, menonton tv adalah mudah dan banyak pilihan.Laman-lalam berikut memberikan kita akses kepada tv online secara percuma sama ada dari dalam dan juga luar negara. 1. eRAMA TV url : http://erama.tv/mobiletv Saluran disediakan : TV1, TV2, TV3, TV9, Bernama TV   2. Asyik TV url : http://asyik.tv Saluran disediakan : TV1, TV2, TV3, TV9, Bernama TV 3. TV ONline via FaceBook url : https://www.facebook.com/tvonlinebcm?sk=app_216924904991602 Saluran : TV1, TV2, TV3, 8TV,...

18 December 2011

Penat Guna Antivirus Free................

.........atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE). Antivirus dari Microsoft ini pada saya ringan, komputer lebih laju sikit kalau nak dibandingkan dengan antivirus yang lain. Antivirus ini free tapi dengan syarat anda menggunakan Microsoft Windows yang berlesen tak kiralah sama ada Windows 7 atau Windows Vista Saya dah menggunakan MSE ini hampir setahun menggantikan Kaspersky Antivirus, Setakat ini prestasinya memberangsangkan. Komputer rasanya selamat dari ancaman virus, malware, spyware dan sebagainya. Malah Microsoft Office 2010 saya pun hampir-hampir dibersihkan dari segala 'kekotoran'. Microsoft...

10 December 2011

10 Hari Di Kampung

 (Kredit Gambar)Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung. Setibanya di kampung di petang 20 November, tak disangka hujan turun selebat-lebatnya mulai malam itu sehinggalah 4 hari kemudian. Sah, banjir menyambut kepulangan kami sekeluarga ke kampung. Nak tak nak, 4 hari terperuk di rumah menunggu banjir tiba. Alhamdulillah walaupun air tak naik sehingga ke rumah tapi bahagian dapur air masuk jugak. Dulu musim banjir, taklah sebegini. Jika banjir dah teruk sangat (Kota...

06 August 2011

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya. Melalui laman inilah saya kenal lebih ramai kawan walaupun hanya secara maya. Sejak adanya Facebook, ramai blogger semacam menyepi dari dunia blog dan beralih kepada wall kat facebook untuk menulis.Mungkin kat Facebook caranya lebih senang dan mudah Dalam masa 4 tahun dan lebih dari 400 posting, terasa amat sayang untuk meninggalkan dunia blog ni, tak apalah biarpun kurang meng'update' tapi saya rasa biarlah TokNabe's...

17 June 2011

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal. Setelah terlihat van yang terlibat, terus saya memberhentikan kereta untuk melihat perkembangan pemandunya memandangkan saya amat mengenali pemilik van berkenaan.Pemiliknya adalah bekas Pembantu Am Rendah di sekolah saya. Alhamdulillah, orangnya saya lihat tidak cedera, cuma mengalami sedikit calar-calar di kepala akibat terkena cermin yang pecah. Beliau memakai tali pinggang...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More