Mar 3, 2025

03.03.2025 : Apa itu CT Scan - Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh.

Aku teringat, bulan Mac 2025 aku perlu ke HRPB, Ipoh untuk CT Scan. Ada ubatan yang perlu aku makan sebelum ke HRPB. Cuma, tarikh sebenar aku lupa.Ketika menunggu panggilan untuk proses CT Scan di HRPB, Ipoh.Slps tarawih Ramadhan di Kinding, aku tiba di rumah jam 10.00mlm. Aku mula cari fail rawatan hospital, juga ubatan dalam bakul. Jumpa...!Aku mula...
Continue Reading...

Feb 8, 2025

KOMUTER : Siri 2 - Menempah online tiket OKU - PERCUMA.

08.02.2025 - Jam 2.00pm. Aku meneroka aplikasi KTM untuk tempahan tiket secara online. Aku temui butang/ruang tempahan tiket. Aku memilih lokasi mula dan akhir perjalanan. Aku bermula dari Ipoh mahu menuju ke Padang Besar. Kali ini aku memilih perkhidmatan komuter KTMB. Baru aku tahu bahawa aku layak menaiki perkhidmatan Komuter KTMB secara...
Continue Reading...

KOMUTER : Siri 1 - Mendaftar Aplikasi KTMB/ETS untuk Golongan OKU

Hari ini, aku menghidupkan semula kehidupan yang telah lama kaku. Kaku membeku.Ipoh, memiliki perkhidmatan KTM yang efisyen kepada pengguna perkhidmatan awam khususnya komuter dan ETS. Aku telah mula mendaftar elemen OKU dalam aplikasi KTM. Aku mula mendaftar online pada hari Ahad (02.02.2025) dengan upload dokumen pdf tentang kad pengenalan dan...
Continue Reading...

Aug 16, 2024

16.08.2024 : Tahniah En Mustafa Kamal : Sekolah Pengajar dan Sahabat Bahasa, IPGM

Syabas dan tahniah kepada En. Mustafa Kamal bin Alias, Pensyarah Kanan JIP yang telah menyampaikan taklimat kepada seluruh warga kampus IPGM Kampus Ipoh dalam slot Bicara Ilmu di Perhimpunan Organisasi Bulan Ogos 2024.Taklimat ini berlangsung pada 16.08.2024 (Jumaat), jam 8.30 pagi di Dewan Seri Melati, IPGM Kampus Ip...
Continue Reading...

Jul 11, 2024

11.07.2024 - Tahniah Pn Yumi :Bengkel Pedagogi Berkesan Pemulihan Khas Dalam PdPc berdasarkan SKPM Kualiti@Sekolah Standard 4

Syabas dan tahniah kepada  Pn Yumi yangyang berjaya melaksanakan amanah sebagai Penceramah di Bengkel Pedagogi Berkesan Pemulihan Khas Dalam PdPc berdasarkan SKPM Kualiti@Sekolah Standard 4 bertarikh11 Julai 2024, bertempat De5 @PPDKiS, Gopeng  dan anjuran Pejabat Pendidikan Kinta Selatan (PPDKS). Bengkel ini telah disampaikan kepada...
Continue Reading...

May 29, 2024

15-17.05.2024 - Tahniah Dr. Ganesan : Lantikan Sebagai PRESIDEN " International Virtual Workshop on " Research Writing and Scholarly Publications in the Age of Artificial Intelligence "

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi International Virtual Workshop on " Research Writing and Scholarly Publications in the Age of Artificial Intelligence" yang telah diadakan selama tiga hari dari 15-17 MAY 2024 di Tamil Nadu India. Bengkel...
Continue Reading...

Dec 8, 2023

08.12.2023 - Klinik Berhenti Merokok : Pertemuan Ke-3

Hampir tiga bulan aku berhenti merokok bertembakau. Tiada lagi asap-asap rokok tembakau. Aku ubah tingkahlaku merokok dengan hisapan vape. Betul, sesekali berasa gian juga rokok bertembakau ni. Abaikan aja perasaan tu dengan beraktiviti.********Hari ini ada sedikit kelewatan untuk ke Klinik Berhenti Merokok di Klinik Kesihatan Chemor. Menunggu...
Continue Reading...

Dec 2, 2023

02.12.2023 - Klinik Nagoke : Bawa Rozita ketemu pakar kulit

Malam tadi, aku tiba di Temoh. Rozita mengadu lehernya gatal. Ada tompokan gatal. Katanya, dah beli ubat kulit. Apabila 2 hari disapu, kulit tompokan gatal itu semakin memedih dan berair. Malahan, kulit kelopak matanya juga bengkak.Aku membelek kulit leher dan kelopak matanya. "Pedih ni. Tentu kulit ada alahan. Esok pagi kita ke klinik." kata...
Continue Reading...

Nov 24, 2023

24.11.2023 : Klinik Kesihatan Chemor : Temujanji di Klinik Berhenti Merokok

Hari ini aku perlu ikuti temujanji dengan doktor Klinik Berhenti Merokok di Klinik Kesihatan Chemor. Ini pertemuan kali ke-2. Berada di ruang pendaftaranDua minggu lalu, aku telah datang untuk pertemuan utk kali pertama. Ada beritanya yang telah dicatatkan. KLIK di sini.Malam tadi, aku telah ambil kad temujanji dalam fail rawatan dan letakkan...
Continue Reading...

Nov 17, 2023

17.11.2023 - Keguguran : Air ketuban pecah

Malam tadi, jam 10.30 malam aku menerima panggilan daripada isteri. Agak mengejutkan. Aku masih berada di Taman Kinding Permai, Ipoh."Yang, Amira berasa sakit perut petang tadi. Air Ketuban dah pecah. Kami ke Hospital Tapah", kata isteri di telefon."Okay, kita jumpa di Hospital Tapah. Bantu uruslah mana-mana yang patut dulu", balas aku dan terus mengemas...
Continue Reading...

Nov 10, 2023

10.11.2023 : Cara Berhenti Merokok : Berjumpa doktor di Klinik Berhenti Merokok.

Ramai yang merokok. Ada yang baru memulakannya aktiviti merokok.. Ada yang sedang kesedapan di zon merokok. Ada yang sedang berusaha berhenti merokok tetapi masih gagal. Ada yang pasrah dan dalam menjalani proses berhenti merokok. Pelbagai kategori kelompok manusia berkaitan merokok. Hal ini timbul kerana manusia itu terperangkap dalam proses...
Continue Reading...

Nov 6, 2023

06.11.2023 - Rawatan Susulan : Sakit Jantung (2)

Hari ini, awal pagi lagi telah aku bergerak menghala ke Hospital Besar Raja Bainun, Ipoh. Siri Pertemuan di HospitalMengapa Ke Hospital?Hari ini 06.11.2023 (Isnin), adalah  tarikh pertemuan dengan doktor setelah hampir sebulan aku keluar wad 5B pada 30.9.2023 lalu. 06.11.2023 - Tarikh PertemuanIsu Parkir lagi..!!Isnin, parkir awam penuh...
Continue Reading...

Nov 1, 2023

01.10.2023 - Rawatan Susulan : Sakit Jantung

Hari ini aku bergegas ke Hospital Raja Bainun. Ada dua hal yang harus diselesaikan. Pesakit yang ramai di Hospital Raja Bainun, Ipoh. Ini di kawasan Unit Pengambilan Darah.Pertama, urusan rawatan susulan sakit jantung yakni proses ambil darah. Ujian darah ini untuk mendapatkan keputusan kandungan darah setelah sebulan aku keluar wad tempoh hari....
Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template