Hi uolls... tenggelam timbul dah aku ni yer. sat kang update sat kang sepi seribu bahasa.. sian blog kitew ni... ;p Moh kita story mory meh.
Masa ada anak 1 sibuk cari stroller pilihan hati, mula2 beli yang termampu dulu, pastu baru la dapat yang menjadi pojaan hati :D
ye la, anak pertama banyak kot nak kena pakai duit, macam air turujun kot.... so beli yang biasa2 dulu, ada duit lebih baru beli yang kita nak. tak gitu.
Bila dah ada no 2 pulak, stroller 1 tak cukup okeh... bila letak adik dalam stroller, abang tengok je stroller tu. sah sah dia kenal tu dia punya.
Masa 1st time keluar nak letak adik dalam stroller, abang punya excited nak duduk dalam stroller siap dah tunggu daddy angkat, sekali tengok letak carrier adik, terpinga-pinga je dia. Masa tu aku sedih giler kott... Ya Allah kesian nye anak aku... :(
Lepas pada tu, abang sepet tau dah stroller sekarang adik yang naik, bukan dia lagi. Siap tepuk2 aku tunjuk stroller and said ' adik ami adik..' huwaaaaa..... berdouble rasa sedih. Anak ami dah besar dah pandai dah tahu...kesian sangat rasa...
So kami decide cari 1 stroller/buggy untuk abang ezekiel.. tapi takut jugak dia tak mahu..sebab dia suka sangat stroller dia tu.
Aku prefer buggy la, sebab buggy ni biasanya ringan dan sesuai letak dalam boot kereta yang comel lote macam viva iolls.. kalau kereta apak dia boleh lah, tapi kalu dah 1 buggy 1 stroller makan space jugak. Tapi paling penting 2 2 stroller boleh masuk dalam boot kereta ami dengan jayanya. :D
Antara yang menjadi pilihan hati makpak
mydear buggy 4 wheel RM459
buggy style ni memang ramai makpak pakai. murah, kecik, ringan dan senang nak buka tutup. pakej sangat kan. poket pon tak sesak muka pon ada sinyum... hahah
Berat : 3.85kg
Mydear Buggy 3 wheel RM359
Sama je la macam yang atas, cuma 3 wheeler and murah lagi sikit. Berat : 3.6kg
Quicksmart RM1300
Telan air liur mak incik, tersedak-sedak sampai kita tau.
Berat : 5kg
Quinny Yezz *drooling* RM1.5
jatuh cinta lagi
lagi lagi ku jatuh cinta
waaaaaa....ngapa lah ngko mahal sangat hoiiiiiiiii!!!
Berat 5kg
Ke empat empat jenis ni semua jenis ko boleh bawak naik flight, boleh bimbit je dengan tangan. jimat ruang kereta. Mana 1 pilihan anda?? tepuk dada sila tanya poket.
Jap nak tepuk poket daddy ;D