Showing posts with label hari HOT. Show all posts
Showing posts with label hari HOT. Show all posts

Friday, June 21, 2013

it's a girl yaww!!



As salam semua...

sempena hari baik ni..aku nak kongsikan gender lil baby ni...

Alhamdulillah..dan insyallah baby ni baby girl... :)

Im a happy ami!!

Sebelum ni sape yang ada fb or ig aku tau dah lah, sebab aku dah beli sehelai, ye SEHELAI sahaja dress untuk lil baby. Tu je la pon baju girl yang adik baby ade. Tapi rasanya hujung bulan ni nak pergi shopping lebih sket baju gegirl sebab dah confirm adik baby ni baby perempuan.....
Kalau baju abang kebanyakkan memang baju boboy la kan, so kita cari baju siang n baju tido girl lagi sikit, buat tambah2 je..kalau beli terlebih pon mungkin stok untuk dia da besar2 sket bukan untuk lepas lahir or dalam pantang.

Daddy dia senyummmmmmmmmm sampai telinga, dapat tahu adik baby ni girl. He was hoping for girl this time, alhamdulillah..it's a girl.

Masa 1st time pergi buat 4D scan, memang tahu dah waktu tu adik baby ni girl, tapi aku ni memang jenis susah sikit nak terus terima, padahal masa tu adik baby siap kangkang lagi tunjuk beger dia. Tataaaapppp mak hincek ragu2... so aku tunggu scan 2D kat KK, ehhhh dia kepit pulak kaki tu tak nak tunjuk...pemalusss sangat anak ami ni. :D
Then rabu baru ni aku pergi PPUKM untuk booking bersalin kat sana, samalah macam abang dia, dulu pon booking PPUKM jugak. so far aku puas hati. Masa scan kt PPUKM sekali lagi doktor cakap " ok...baby girl yer puan.." terus hati ku berbunga-bunga hahah... siap je check up, cakap kat hubby ' dy, hujung bulan kita pergi shopping baju adik baby dengan baju raya abang eh", daddy pon angguk je la..dia pon excited sama...sebab sebelum ni aku dok cakap, tak nak beli, nak tunggu dah keluar jugak2 baru nak pergi beli.
Tapi uolss..penpaham je la kan...kalau dah baby girl memang tak boleh nak tahan diri dari beli barang2 dia...so ami nak shopping!!! hoyeehhhhh!!!
Hari-hari ni lah muka yang aku tatap dekat PC. dengan harapan adik baby ikut muka dia. 
Tinggi sungguh impian mak ko dik...hehehehe
mak muka jawa ada hati anak muka minah salleh tantek gini.

Tengoklah...tak make up pon cun melacun giler kottttt...
cer tengok muka kita-kita tak de make up. fitammm 44x hahahahha



Wednesday, November 14, 2012

Di usia 28 ini



semalam cukup 28tahun aku hidup

28tahun rasanya separuh dari benda yang perlu aku tahu dan belajar dah pon aku tahu dan belajar
ada lagi separuh perlu aku ketahui dan pelajari

kenapa cakap separuh? sebab usia ni biasanya akan sampai 60-70tahun kan.

Alhamdulillah di usia ini aku diberikan kesihatan yang baik, seorang suami yang penyayang, yang rajin melayan kerenah aku, seorang anak yang comel, notty, monster, cerdik, sebuah keluarga yang saling menyokong & keluarga mertua yang best. Alhamdulillah, syukur.

Di usia ini diharap aku akan lebih matang serta memperbaiki kekurangan yang ada. Amin.


Kali ni dapat besday present tak disangka2..ohoiiii!!!!! senyumlah senyumlah ahai cek mek molek!! gitewww lagu didalam hati...hahahahah
  
gumbira tak muka hakaq. hohoi!!
 
Terima kasih sayang

After dah beli hadiah, kita beli durian crepe pulak...Ya Allah...sedapnye........ sumpah sedap! penggila durian sila pergi beli! confirm tak menyesal!
 
rasa dia....aduhaiiiiii!!!

Dah beli durian crepe, jalan-jalan beli pulak kasut murah-murah sajo... tribal print katanye...kihkih!!

murah je...tapi selesa hamat!

 
Perhentian terakhir sebelum balik rumah, kita ke SABA cyberjaya, makan nasi arab. nyumss nyumss!! 

Masa kat SABA ni ada la budak kecik ni dok menangis sebab baru bangun tido, ye lah tengah nak tido mak ayah bawak turun makan pulak, member bengang la kan. budak tu dok menangis. 
Si Sepet dok perati je la budak tu, kemain lagi dia menjenguk orang menangis, padahal baru sat tadi dia pon menangis jugak, kepoh sangat kan.

Elok je budak menangis tu stop nangis, Sepet pulak menangis tak pasal-pasal, bila aku tengok dia, rupanya bukan dia nangis, dia pergi tiru gaya budak tadi menangis.. aaaaaaa!!! aaaaaaa!!
 hadoiiiiiii!!! ko bayangkan lah! dengan muka toya dia tu. tergelak-gelak aku dengan apaknya. hahahah!! 

 
inilah dia budak yang p tiru anak orang menangis. tengok muka dia tu.notty kan. 

Sepet memang kuat meniru apa kita buat sekarang, tak kira lah, cakap ke perbuatan ke, cepat je dia tiru, kadang-kadang dia boleh simpan memori benda yang di tiru, kadang dia lupa.

Aku rajin kira 1 2 3 sampai 10, bila aku sebut je one..... dia pon sebut TET (ten) sambil tengok jari macam orang nak kira. kawaiiiii!!!  

Aku selalulah cakap NO bila dia buat benda-benda tak elok kan. sambil cakap NO sambil tunjuk jari goyang2, sekali je, sekarang belum sempat aku cakap NO, dia tau dia buat salah, sat g dia pon tunjuk jari telunjuk dia kat aku.boleh? hahahah!! Tapi peel yang tak hilang lagi adalah, cekau muka orang. geram!!calar tau muka, cuci muka pedih je rasa. lahai anak.

Pagi semalam dia nak sangat main dengan apak dia, tapi apak sedap je tidur, pulak tu tidur dekat depan tv je malam tu. Dia pon p amik sippy cup dia yang ada air, amik tonggeng kan sippy cup tu kat muka apak, pastu ketawa2.hahahah!! apak nak marah pon tak jadi. Last-last bangun jugak layan anak main. Kemain banyak akal dia sekarang. Dengan kuat merajuknye, kalau tak nak buat apa yang dia nak, merajuk, tak bagi main benda yang dia nak, merajuk, lambat suap makanan, merajuk, tak tahu perangai saper ntah dia ikut.kuikuikui!!


eh?? ni citer besday aku ke citer sepet? hahahah!! layan je la, lama dah tak citer pasal sepet kan. hikhik!!


sepet buah hati mamy dady ^-^





ps :: usia dah bertukar, template pon tukar jugak.omey tak?? kanak2 sangat kan.kuikui!!

Friday, November 9, 2012

Entry NIP yang mengundang amarah para ibu

salam Jumaat,

Aku rasa  2 3 hari ni memang para BF mommies diselubungi perasaan amarah atau menjengkelkan dek kerana  1 2 3 entry yang di 'up' oleh sorang blogger femes. Aku rasa dia femes lah sebab dia femes lah.hahah!!

Aku dah lama baca blog dia ni, ala ala stalker je la, tak follow follow ni.maaflah aku memang jarang follow blog orang kihkih..amat belagak disitu yer. :P tapi aku rajinnnnn membaca blog orang. Dia ni kalau korang rajin baca memang ayat or bahasa dia memang stok sinis sinis belaka, kadangkala lucah juga. DIa suka menyindir dalam kata-kata dia tu, ko nak terima, terima. tak mau kalu suka hati.gitewww konsepnye...

Pastu suka je pung pang pung pang pasal politik. pasal NIP pon jadi isu politik.kihkih!! ape saje lah..suka hati lah kan. blog dia suka dia lah nak citer apa, sebab aku suka je baca, tumpang gelak hilangkan stress. Tapi pasal NIP ni aku tak de lah tumpang gelak, tumpang geram ade lah.

NIP. Aku rasa, bagi perempuan semua pon kata tak ada masalah, tapi bagi lelaki aku rasa diorang rasa kurang selesalah kot, lagi2 orang seperti penulis itu.

Aku sendiri selalu je NIP, tapi tidaklah tengah-tengah alam aku nak NIP, terasa jugak macam tak selesa dan kurang selamat, even masa tidak bertudung pon tak de derr aku NIP selak-selak nampak tek tek. Apatah lagi bila dah bertudung mestilah aurat itu keutamaan kan. Biasanya NIP masa dalam restoren, aku dah tersangat jarang nak duduk kat luar restoren, konon tempat sesuai untuk smoker. Aku duduk dalam, pilih pulak tempat sorok-sorok sikit, incase sepet tetiba nak susu, tapi sejak-sejak dah besar ni boleh lagi pujuk-pujuk bagi minum plain water dulu, p bayaq makanan, jalan p kereta dan susukan.
Cuba masa baby halus lagi, memang aku susukan je lah dekat situ, hasben? tolonglah cover tengokkan orang keliling, yelah kita nak selesa orang keliling pon nak selesa jugak.

Bukan semua orang pon boleh memahami, malah ada je perempuan yang kurang memahami. tak percaya?? ADA, PERCAYALAH!

sebab. aku pernah je kena jeling-jeling dek perempuan, dia pon  ada anak sebaya sepet. Masa tu dekat KK, aku duduk sorok-sorok dah, semua kat situ perempuan dan ibu, tapi dia punya jeling tu macam nak ku cungkil mata dia.hahahah!! time tu anak dia tengah susu jugak tapi pakai botol. sepet kalau dah meraung tak boleh tunggu2. botol? dah bawak dan susu dah pon habis, masa tu KK ada masalah apa ntah lupa, tapi masa menunggu jadi lama dari biasa, so tunggu lama. Sepet dah tidur dan dah bangun tapi masih belum panggil. Bila dah bangun tidur, member laparlah kan, dan dan tu jugak nak susu, melilau aku cari tempat sesuai, dah jumpa elok aku nak NIP, dia punya pandanggggggg macam euwwwww!! bengang jugaklah aku time tu. Tapi suka hati ko la kak...kuasa aku nak melayan pandangan dia tu.

source :: sini


Macam hasben aku, mula-mula dia macam kurang selesa jugak, tapi dek kerana dah tengok macam mana anak dia menangis meraung-raung nak susu, kebetulan pulak pergi tempat tak de nursing room, dengan aku yang nak jalan habis laju semata-mata nak pergi kat kereta supaya boleh susukan anak. Sudahnya dia sendiri cakap, susukan lah, kita cari tempat lindung sikit. Ketahuilah ye, anak menyusu badan bukanlah jenis boleh tahan-tahan, boleh sabar-sabar, kejap ye nak kejap ye nak. Tidak. Tapi rasanya semua baby pon cam tu.

Bagi mengelakkan situasi macam tu berlaku, meh bagi tips sikit. Boleh lah kita sama-sama praktikkan.

1. Pump susu dan letak dalam botol siap2 sebelum keluar berjalan. Tapi cara ni mungkin tidak berjaya bagi baby yang reject bottle atau mommies yg direct feed je baby dia.

2. susukan dulu dalam kereta sebelum masuk shopping mall

3. bershopping selama sejam dua SAHAJA, sebab baby specially bawah 6bulan memang akan lapar nak susu 2jam sekali maksimum.

4. Sebaik je OTW balik rumah susukan lagi, kot nak singgah mana-mana ke kan.

Tapiiiii percayalah, even semua diatas kita dah buat, kadang-kadang tiba-tiba anak kita meraung menangis macam kita belum susukan dia, bagi ibu muda, anak menangis memang boleh buat kita jadi kelam kabut tak tentu hala, maka NIP adalah penyelesaian paling cepat tapi tidak MUDAH. Yer tidak MUDAH sebab, nak kena cukup terer men'cover' segala yang patut. Tengah gelabah wei dengar anak nangis, pulak tu jenis nangis macam kena cubit, orang pulak pandang-pandang.huhuhuhu.... cabaran sangat. Jadi jangan sebab ibu ni NIP maka dicop tak tau MALU. Ada sebab kenapa dan mengapa NIP ni perlu.

Kalau rasa tak selesa, janganlah dok pandang tenung bagai. Sama je macam korang kalau merokok kan. Bukan semua orang sekeliling suka pon korang merokok, malah siap hint batuk batuk bagai, tapi ada korang kesah? tak kan? gitewww...

aduhaiiii... Lelaki kamu tu diberi 9 akalnya maka gunakanlah..
Bercakap ikut sedap boleh...suka hatilah cakaplah..tapi lebih baik kalau bercakap tu berhemah.. nak menegur boleh, tak setuju ibu NIP boleh, tak da siapa cakap tak boleh. Tapi kalau kena caranya, kena gayanya,  insyallah ibu-ibu read:: Kami ni terima teguran tu. Memang ada point boleh di pakai tapi bahasa tu terlalu kasar untuk hati kami.

"Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu."

Friday, December 30, 2011

Selamat Tinggal 2011

Esok 31.12.2011 penutup tahun 2011, syukur alhamdulillah tahun ni banyak kegembiraan yang aku terima, lebih dari tahun sebelumnya, mudah2han tahun hadapan bertambah baik dari tahun ni.

Sesungguhnya aku bersyukur dengan apa yang aku miliki hari ni, Ya Allah terima kasih atas kurniaan Mu.

Dan tiada yang lebih gembira dari yang gembira adalah kehadiran Tuan Kecik. Putera Hati mummy & daddy. Anugerah terindah, terpaling berharga. Kegembiraan untuk setiap ahli keluarga.

My Little Caliph Ariq Ezekiel Lim


Muka geram! haha!!

SELAMAT DATANG 2012!! (^_^)

Monday, August 22, 2011

Mode :: RAYA!!



salam semua....

cer tengok mak buyung sorang ni, nak jugak mood raya bagai kan...hihik!
buyung2 pon boleh raya kan? hahak!

sebelum citer2 pasal raya, meh story sket pasal buka puasa dekat Dewan Felda last saturday. Event buka puasa keluarga belah hubby..
Alhamdulillah..rezeki... berbuka tu memang makan di tahap maksimum. ;p paling best banyak masakan johor, semua ada kaitan masakan johor je aku bedal, penyudah? perut penuh sampai rasa nak pitam, sendat sangat dada. Ish3x..lain kali jangan buat gitu june...makan kena beringat..

Menu memang menyelerakan..yang aku ambil, kuih onde2, kole kacang, kuih macam seri muka tapi bukan **korang paham?tak paham pon tak pe la ;p**, popia sambal. Then rojak mamak kot, seyes sedap gilerrrr, mee rebus terbaiikkkkkk... nasi tak ambil pon, jus kongsi dengan hubby, dia ambil nasi beryani. Sebenarnya nak makan nasi, banyak lauk kampung, tapi memang dah tak boleh nak sumbat dah, ruang cukup terhad. Air paling best AIR TEH MARBELESSS!! ;p lama sangat pantang air teh, tapi teringin sangat2, sudahnya 2 gelas aku sapu. ngeeee... banyak lagi sebenarnya makanan yang ada tapi tak larat nak pusing 1 dewan.

ok dah! tu cerita makan, meh citer sopping raya. cewah!!! sopping raya yer!


sopping raya start beli baju hubby dulu, beli kat Metrojaya sales Putrajaya, tapi tidaklah mentang2 sopping aku sopping 10 helai baju.. dia cuma beli 1 kemeja n 1 round neck T. Barang lain? perhiasan rumah..owhh sooo comel bila laki den lagi semangat beli barang rumah dari bini. heheheheh

Pembelian secara berhemah kononnya..then ke Jusco Equin, cari lagi barang rumah sikit2, dapat la wall clock yang comel di mata ku, vase, munga. Tu je kot. wat tambah2 rumah ku yang lopong di sana sini. Singgah semula putrajaya beli karpet. Alhamdulillah...baiya **pakistani** carpet sangat bermurah hati, harga adalah berbaloi2, hubby aku bab tawar menawar memang teror. Kagum ai! kalau aku?? maunya aku tawar sekali, dia dah bagi rege, terus bayar. hah! sengal!

wall clock tu lebih kurang cam ni la..tapi aku beli yang 2 pieces jek..

Sabtu baru ni, cuma lakukan jelejah ke Alamanda saja..cari sandal mak yong..kasut preggy memang ada, tapi color orange..hamekkk..baju raya mak yong color FINK + kasut Oreeennnn = anggun! so tak rela jadi anggun tu, cari lah sandal..simple jek..tapiiiiiiiii hazab okehhh..dah la ramai orang..bersesak2, jalan2 semua kedai kasut, sekaliiiiii..semua yang aku dok berkenan semua tak de saiz.urghh!! geram! Habis semua kedai kasut dekat alamanda aku terjah, tapi tak de lah terjah BONIA ke GUESS ke..kedai2 mampu milik la..heee.. aku dok berkenan sandal dekat Primavera, very nice & comfy, tapi " kak...tinggal saiz 5 dengan 9 je", pergi lagi 1 kedai sama jugak...itu la jawapan nyer.. dalam 4 , 5 kedai, hanya 3 yang terpilih, penyudah pergi NOSE, dapatlah sandal, tapi keselesaan tidak serupa dengan yang di Primavera itu..sambar je la..jangan banyak citer.

Ahad jalan2 lagi cari long dress, konon untuk raya la ni, dek kerana kalau beli baju kurung adalah membazir, sebab mak yong sekarang kena pakai saiz L/XL untuk memuatkan perut, sedangkan mak yong cuma pakai saiz S/M, maka tak payah buat pembaziran, beli baju yang boleh pakai selepas bersalin. Maka dress menjadi pilihan hati, jalan punya jalan, sampai hubby sakit kaki, pinggang kalah bini dia yang buyung. Sian hubby. Mujur dia memang rajin melayan, tak de nak buat2 muka, dia ok je..akhirnya dapatlah sehelai..jadilah...cukuplah edisi sopping raya.. tinggal hubby je nak cari jeans sehelai, tu pon dia cakap tunggu balik JB, kot ada dia suka, dia beli, kalau tak suka tak payah. Kasut hubby?? mestilah ada..ai beli dari jaohhh yu...tapi belum kunjung tiba.hahak! ingat sempat pakai raya, tapi macam tak sempat jek, mungkin pakai pergi open house la yer yayang. Kasut awak pon banyak lagi. huahuahua...kijam tak dapat bini cam ni. If kasut yang aku beli tu tak sempat sampai, beli sandal je la dulu..huhuhuh...

Haih..tak sabar nak balik JB, lama sangat dah tak balik. Mudah2han perjalanan kami nanti baik2 saja. To my little boy, kita balik kampung mummy ye sayang, jumpa tok mak, tok ayah dengan nenek umi. weee!! sebenarnya my little boy ni ramai atok dengan nenek, sebab aku kan cucu pertama, so si kecik ni jadi cicit la.

Hoh! panjang lebar plak entry ni..ngehhh...

ps:: bila mood raya mari, mood nak buat kerja memang kelauttt nunnnn....


Saturday, November 13, 2010

26 tahun

salam...

hari ini cukup usia aku 26 tahun.

Ya Allah, terima kasih kerana masih memberikan aku peluang untuk terus hidup di atas bumi mu. Limpahilah aku dengan rahmat mu, jauhi aku sekeluarga dari segala bencana. Amin.

dalam tak sedar dah 26 tahun aku hidup sebagai seorang cucu, anak, kakak, sepupu, kawan, dan kini seorang isteri .

dari seorang ank kecil, menginjak remaja, kemuadian dewasa, bertemu jodoh dan berkahwin. Jauh sungguh perjalanan yang telah aku lalui. banyak manis, pahit di depan aku dulu telah aku tinggalkan di belakang, dan kini menjadi panduan aku hidup untuk masa hadapan. Insyallah...

semalam berdating dengan hubby, ingatkan makan2 biasa, ye lah gomen dah gajikan.hihik!
tapi tak kisahlah nak kemana pon, janji dating. ;p

time bersiap tanya dia " nak pakai baju comel ke biasa2" he said " comel la sikit"

pastu " nak make up?" he said " make up la...momel2 cikit" aku " ok bby"

dalam bersiap dah terpikir, ni mesti ada sumthing ni...


ini adalah edisi bersiap comel aku.hahak! dah comel la ni bagi aku. ;p


owh kesayagan hamba. ;D

bila dah sampai tempat di tuju, rupanya hubby dah siap2 buat reservation. dalam hati dah suka! hehehe..yey yey nak sambut bday! ;p ** owh! hubby bukan type romantik yer..jadi pasti aku sangat berbunga2 bila dia buat sumthing cam ni**


restoran d'tasik dekat Resident Hotel Uniten.

tempat cantik, makanan sedap! seyes suka! time tu aku dok tersenyum2 jek..hubby lagi la senyum sipu2.comel! ;p


owh! sekali lagi tayang kesayangan hamba.


yours truly..abaikan hidung kembang saya yer.hahahha


makanan dah sampai! sedaapppp!!!!

menu :

nasi putih
sotong goreng tepung ** yang rupa cam sarang burung tu..**
telur bungkus
kailan sos tiram
kerapu masak asam pedas thai
epal juice
watermelon juice

makan tetapppppp banyakkk..hahahah...

then dekat restoren tu ada live band. sokaaa!!!



he dedicate to me this song!



rasa nak nangis! sangat terharu...thanx so much sayang!

lagu ni masa kami tengah berkawan mula2, tak sangka dia masih ingat. dia telah menyentuh hati aku semalam. love!

rasa terkaku sekejap.

kemudian aku pilih lagu ini untuk kesayangan aku tu.



bukan sepenuhnya yer..sikit jek..




kerana terkejut, aku lupa terus nak amik video lagu dealova. bila turn aku baru lah ingat nak amik video.

apa pun semalam was a great bday celebration untuk aku.

untuk sayang. i love you so much!!!

ps:: kalau nak wat wedding kat situ memang sangat sesuai tau! too b2b pergilah survey! wink! wink!

Monday, September 20, 2010

Raya ku meriah!!

Selamat Hari Raya semua....aku yakin lagi pasti raya korang mesti meriahkan...samalah dengan aiiiii....

raya tahun ni memang paling best bagi aku, sejak 2menjak dah tua ni tiap kali raya tak ada la aku rasa excited sangat, biasa2 je pon..tapi raya ni wat aku rasa tak sabar2 nak beraya.huhuhuuh...rasanya aku dah ada teman hidup kot. Suasana pon dah berlainan...

kalau dulu pepagi bangun tu, aku sebok kejut adk2 aku bangun, tapi kali ni kejut husband.

Dulu malam raya aku sebok gosok baju adik beradik,pakcik makcik aku **tender tiap tahun okeh!!**, tapi raya kali ni gosok baju hubby.

Pagi raya sebok kat dapur siapkan makan semua orang,tapi kali ni raya, aku tunggu hubby untuk makan sama2.

Dulu tiap pagi raya cium tangan mak ayah, tahun ni salam tangan suami.

Dulu pagi raya kat rumah mak, tahun ni kat rumah mak mertua.

Rasa sedih dan teruja sama level jek. Sedih tak dapat cium tangan mak ayah, tapi diganti dengan tangan mama&ayah mertua pulak.

Rasa sedih adik beradik tak ada, tapi diganti kakak2 ipar.

Rasa sedih adik sepupu tak ada sama, tapi diberi anak saudara...seronok kena panggil cik su, rasa dekat dengan diorang.

Tiap yang aku rasa aku hilang tapi diganti juga, walau xserupa tapi aku tetap rasa bahagia. Rindu tu terubat juga.

tapi aku cukup teruja beraya di kampung. dapat main mercun,.dengar bunyi mercun berlawan2, tengok anak2 sedara berlari main bunga api. Best giler....malam raya pulak buat BBQ keluarga, tugas aku buat sambal kicap, meleleh air mata diorang makan sambal kicap orang johor. huhuhuhu...
lepas BBQ sambung buat keje, tapi pagi tu aku dah sebok2 kat dapur, tolong mama n kakak ipar aku sediakan bahan2 untuk masak. Menu utama nasi dagang, ketupat palas, rendang ayam, kari daging. Paling masyukkkkkk nasi dagang mama..fuhh!!! terbaikkkk... ;D

Pagi raya, bangun terus bersiap untuk solat sunat hari raya...sayunyer rasa hati aku time tu...tapi i lex lex jek...hehehe...balik sembahyang makan beramai2,kemudian sesi bersalaman..tapi dengan kakak ipar n mama jek..aku laki bini bermaafan dalam bilik...kalau depan orang maunya aku tergelak2, dalam bilik pun aku ketawa2.huhuhu...

fuh!!!! berjela panjang..pastu terabur bagai. Baik layan picca jek ek..tapi sume pakai HP jek..tahun ni aku laki bini mamun terlebih, langsung tak ada pic berdua. Tunggu kamera kakak ipar aku jek ni, harap2 de ada la snap sekeping dua gambar kami. Baju kami MERAH yawww!!! tapi picca aku tayang ni pic raya kedua yer...huhuhuh



baju mak memang over tahun ni...warna warni ceria gtu...huhuh



my dear..otw g open house



owh...cukuplah...picca ini jek aku ada...sume dalam kete.huh!! mencik!

Wednesday, August 25, 2010

headpiece

salam...

uolllsssss.....
hari ni ai ceria yu...pagi2 mama**MiL** dah wat ati ai ceria tau...sesi bergossip girl sedikit, ok ok tau bulan puasa tapi nak buat macam manakan...manusia yang pernah aku ceritakan dalam entri ini... kami bercerita tentang manusia itu..oowwhhh!!!!puhlissss....banyak sangat manusia itu mengata aku dan hubby, malah keluarga aku pon dapat tempias...sedih! aku doakan Allah s.w.t ampunkan segala dosa ko manusia.

eh??? tajuk lain citer lain...ai memang suka merapu..kikikiki **sindrom terlebih hormon gembira** ;D

sebenarnya baru ni aku bukak belog fofular Hanis Zalikha, entri dia menarik minat aku...dia cerita tentang headpiece & rambut pelsu **gaya nenek dolo2 cakap palsu**. Mana tau ada B2B yang berminat nak cari headpiece untuk di gayakan seperti Hanis Zalikha masa wedding nantikan...cantik nokssss... mak suka!!

hanis pinjam picca kamu yer...

atau macam ni ke...

euwww seksi!!

tak pon macam ni...


sangat gojes noksss....gambar ihsan google yer...

So aku bagi la link untuk sho tu yer..boleh beli online...tapi rasanya lagi bagus pergi sendiri..sila klik Headcoverzshop untuk tahu lebih lanjut atau korang klik jek belog Hanis yer..

Kepada B2B yang sedang bertungkus lumus menyiapkan segala tugasan untuk hari besar aku ucapkan semoga sukses dengan perancangan kalian...dah kawen cepat2 kasi hapdet! kikikiki...ai memang suka tengok orang kawen...

ps:: rasa nak kawen lagi sekali! ;P

Friday, August 13, 2010

Custom Album: Story album

salam...

Eceh! tadi konon cakap tak ada nak hapdet, tetiba ada lagi. hehehhe...
Tadi dok belek2 henpon pastu, ternampak picca yang aku amik, picca wedding album aku..so nak share la ngan korang...cita basi dah...heheheh....


ini muka depan album aku, pakai clear crystal. Kan aku ada mention on my solemnization ada 5 pasangan sekaligus. Hubby aku paling menyerlah dengan baju dusty pink de.dok elok je tengah2.heheh...


oopsss! bantal nikah tertinggal dekat rumah, sebab dah kelam kabut, semua orang dah sampai, aku paling lewat, maka tergopoh2 lalu tertinggal, jadi duduklah di atas sejadah saja.. ;D


Ini make up session..untuk reception. aku tengok semua picca B2B mesti ada pic bride bercakap dekat phonekan?hehehhe bz sungguh!


Sesi outdoor di sekitar RJCC.


Sesi outdoor di Taman Merdeka, kemain ramai pengantin hari tu, sana sini dok amik gambar. meriah nokkk....

Cukuplah ek, tak yah banyak2 sangat...sekadar berkongsi, para pengantin lama/basi seperti aku, tunjuklah album kalian..mahu tengok jugak. hehhehe....

owh! sebelum menutup entry story album ni dari OP aku : MATLAN SOPAN
dia memang happening! weee!!!

ps:: aku tengok iklan raya petronas 2006, sedih! meleleh air mata, mudah2han aku tidak seperti itu kelak. hump!

Thursday, August 12, 2010

Juadah berbuka: Ikan masin masak lemak nenas & sambal udang nenas

Salam...

hari ni nak kongsi sikit menu masakan semalam.heheheh...
semalam pertama kali berbuka sebagai isteri. Rasa kelainanya, dulu masa bujang bukan tak pernah masak untuk hubby tapi feeling tu berbeza. Ni balik rumah sendiri, beria sorang2 kat dapur nak masak, time sahur lagi dah pikir nak masak apa.hahahha..semangat! ;p

So semalam aku pon masak la ikan masin masak lemak nenas, sambal tumis udang nenas dgn sayur bayam masak bening**aku tak tahu korang panggil apa** ;D

Nenas adalah menu utama, hahaha..sebab dah terlebih potong maka campak saja dalam sambal udang, sodap jugak....

Resepi ikan masin masak lemak nenas


sumber::google

Bahan-bahan

Ikan masin kurau **aku suka yang kering bukan salai yer
Nenas ** potong dadu atau bulat2, ikut suka pon boleh ;p
cili padi 10 biji ** ikut nak pedas macam mana
bawang 1 labu
bawang putih 3 ulas
kunyit 1 inci
serai
santan
garam
gula
ajinomoto

cara memasak:

Tumbuk bawang,bawang putih, cili padi, kunyit dan titik/ketuk serai.
Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan bahan yang telah di tumbuk tadi, kemuadian masukkan ikan, nenas dan akhir sekali masukkan santan, kacau santan pastikan jangan sampai pecah, nanti tak sodap ;p

Kemudian masukkan garam,sedikit gula dan ajinomoto **kalau suka


Resepi sambal tumis udang nenas june ;D


sumber::google

Bahan-bahan

Udang
Cili boh
bawang 1 labu
bawang putih 3 ulas
sedikit air asam jawa
Sos cili linggams 1/2 sudu **kan aku dah kata sos ni sedap..huhuh
nenas
gula
garam
ajinomoto

cara memasak:

Masukkan cili boh, goreng hingga garing, kemudian masukkan bawang, bawang putih yang telah di tumbuk, sedikit air asam jawa dan masukkan udang, tunggu sehingga mendidih kemuadian masukkan nenas, akhir sekali masukkan garam, gula dan penambah perisa. siap! cepat dan sedap! ;p

ps:: bulan puasa memang semangat memasak sebab nafsu makan membarakan?hahahah

Wednesday, August 11, 2010

Baju Raya

wut???? baju raya dah kata dia...baru puasa sehari dah nak citer pasal baju raya...sungguh tak senonoh ini budak june.hahahahha....

tapi seyes nok....mak dah pergi tempah baju raya tau...baru kejap tadi.hahaha...orang lain tempah baju sebulan sebelum puasa, aku betul2 bulan puasa aku pergi hantar tempah, nasib baik kakak tu nak amik, memandangkan aku pelanggan tetap dia, jadi dia amik jugak.sayanglah akak!!

entah ek, aku tau banyak je baju boleh beli online or pergi je la mana2 bazaar mesti banyak baju dah siap, kalau nak upgrade sket pergi je mana2 butik melambak baju cantik2, tapi aku ni jenis tak suka baju dah siap, aku suka tempah. Baju dah siap mesti ada je tak kena, kang baju dah elok, kain pulak singkat...kalau kain semenggah, baju pulak besar...sebabnya, baju aku saiz S kain saiz M**kain nak panjang,bukan nak besar**. Manalah ada orang jual baju,kain asing2, lain2 size, so untuk selamat pegi tempah...baju, design, ukuran semua ikut hang. nak ketat, sendat, besar,kedoboh**besar tahap gaban**, ikut suka hati..janji ko suka kan?

nak tengok tak design baju mak yang glamorrrr tu?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ahhahahaah....glamor mak nok....picca hasil dari incik google..

tak la sehebat tok ti kita ni, tapi design je yang sama..material kain jauh panggang...macam langit dengan bumi...mak ni pipit mana nak sama dengan enggang..

ps:: tetiba mak sentitip..hahahah....

puasa pertama sebagai isteri

Salam Ramadhan semua...

Auuwwww! tajuk ai!heheheh...

saja je nak kongsi cerita perasaan aku bergelar isteri.eceh!!

pagi tadi dengan penuh semangat bangun pukul 4.30 pagi untuk memasak lauk sahur pertama kami. Lauk ikan cencaru masak kicap dan telur dadar jek..heheheh...air teh o panas. Jadilah...sahur bukan nak kena makan sampai penuh perut kan...**alasan...;p**

Bangun tadi dengan mamai2, terhoyong hayang aku.hahahah..buruk beno perangai. Yalah, dulu masa duduk bujang paling koman aku bangun buat outmeal jek, tak pon aku makanlah pape cereal pon, pastu terus krohhhh....bangun subuh lewat2 sket...he...
Kalau kat kampung plak, mak aku yang huru hara masak, aku tau2 bangun, makan. Pas subuh tido semula.Heaven!



Tapi hari ni aku pulak dah jadi mak aku, bangun pagi2 masak untuk suami, dah siap masak, kejutkan dia semua dah terhidang, pastikan kurma,air manis dan air putih semua ada atas meja. Terasa sangat2 berbeza, tapi yang peliknya aku tak rasa susah pun, aku rasa happy, aku rasa seronok dengan apa yang aku buat, walau dalam keadaan mengantuk **nak jugak cakap mengantuk** ;p!

pengalaman pertama yang indah!lagi2 bila hubby cakap " bestnya puasa kali ni, mummy masak untuk daddy, tq sayang.." wawahahahha...rasa terbang kat kayangan.huhuhu..

Sebelum kawen, aku ingat puasa kali ni adalah puasa terakhir aku sebagai perempuan jomblo **Noe pinjam nama kamu yer** rupa2nya takdir Allah tu tak terjangkau, puasa kali ni aku sudah pun bergelar isteri dan sedang menjalani tanggungjawab. Mudah2han aku berjaya laksanakan segala tanggungjawab aku dengan baik dan mengembirakan hati suami. ;) aku juga doakan untuk kalian ;D

ps:: selamat berpuasa untuk semua, moga bulan ramadhan ini memberi barakah untuk semua.

Tuesday, August 10, 2010

cara-cara pakai dan buang KONDOM!

Aku hangin giler pagi2 ni...rasa nak meletup kepala aku....gerrraaammmmmnyerrrrrr!!!! marah marah marah marah sangat sangat!!!!!!

kalau aku dapat la orang tu memang aku sepak sepak dia!

owh! maafkan aku tajuk adalah sangat tidak sopan. Tapi kerana menda alah tu la buat aku hangin satu badan, marah sampai rasa nak nangis!

korang bayangkan tengah syok ko bawak kete tetiba ko tengok kat luar tingkap depan ko ada benda nak terjungkit2 nak di terbangkan angin. Aku pon dok menunggu jugak pebenda la kat depan cermin aku tu, ingatkan plastik apa la kan, Sekali..................................


KONDOM yang penuh dengan ISI!!!!!!

bodoh!bangang!!!!! marahnyaaaaaa!!!!!!!!

oi!!! manusia! ada otak tak????? ko dah pakai.....ko buanglah dalam tong sampah.....perlu ke ko campak ke bawah?????????

rumah ko dah tak da tong sampah ke apa?????pandai pakai pandailah buang!!! tak ada moral betul! aku marah sangat! tapi tak tahu nak buat apa.

Bila aku beritahu hubby aku, dia pun hangin jek, siap suruh pergi car wash terus, pegi cuci.manalah ada car wash bukak pukul 8.00 pagi. Bila kuar dari kete nampaklah kesan selepet benda bangang tu...benci benci!!!!!

Saturday, August 7, 2010

Resepi : Kerapu Masam Manis dan Terung goreng sambal

olla..

aku kebuhsanan ni...so saja lah nak berkongsi dengan kalian apa aku masak malam ni.hheeh...hasil dari meng'google' dapatlah masak masam manis, bukanlah tak pandai tapi memang tak reti and tak penah masak pon...wakakkaka..huduh betul jadi pompuan tapi tak pandai masak. ;P masakan ala-ala tu reti la mak nak masak, kalau hebat2 haruslah mak google dulukan. ;D

bahan-bahan:

Ikan kerapu ** apa-apa ikan yang sedap di masak masam manis pon boley**


sumber:: google

bawang merah 1 labu
bawang putih 3 ulas
cili padi 4 biji **kalau nak pedas lebih
sos tiram 1 sudu
sos tomato 1 sudu
sos cili 1 sudu
sos thai linggams 1 sudu ** sangat recommended!! masak apa pun sodap!
cili boh

lobak 1/2 batang potong dadu
tomato potong dadu
nanas potong kecil
perahan limau nipis

cara-cara memasak::

goreng ikan ** jangan terlalu garing** kemudian alihkan ketepi.

masukkan bawang merah,bawang putih dan cili padi yang telah di tumbuk **aku suka tumbuk** goreng hingga bawang kekuningan, masukkan cili boh sedikit, goreng hingga garing, dan masukkan semua sos. Selepas itu masukkan lobak,tomato,nanas dan air perahan limau nipis, masukkan garam dan gula sedikit secukup rasa. Tunggu hingga mendidih, kepekatan ikut kesesuaian.

cara hidangan::

ikan di letakkan didalam pinggan, curahkan kuah masam manis tadi di atas ikan,dan hiaskan dengan salad. Siap!

Terung goreng sambal



sumber:: google

Terung di potong mengikut citarasa masing2

bawang merah 1/2 labu**jika besar
bawang putih 2 ulas
sos cili 1/2 sudu
sos tiram 1/2 sudu
sos c/thai linggams 1/2 sudu
cili boh


cara-cara memasak::
Bakar terung terlebih dahulu, atau layurkan tanpa minyak, kemudian angkat dan ketepikan.

Kemudian tumbuk bawang dan masukkan bawang, tumis hingga naik bau dan warna kekuningan, masukkan cili boh, goreng hingga garing, masukkan kesemua sos di atas, masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan terung yang telah siap di bakar, gaulkan hingga rata, dan angkat. Siap dihidang.

resepi ni ada yang aku ikut sedap aku, tapi jangan risau kalau korang cuba tak kan sakit perut okeh! heheheh...selamat mencuba!

ps:: hubby cakap " ami masak sedap ari2 sebab tu dy gemuk" hahahah...

Tuesday, July 20, 2010

1st: Majlis Bertandang

erloww lalink...

terasa sangat lembab kali ni aku nak menghapdet..ai banyak keje uollsss..bizi..

rasanya hapdet tentang majlis resepsi sudah pun tamat maka kita sambung ke majlis bertandang/ sambut menantu.

Majlis bertandang/sambut menantu ni di rai dengan sederhana..tak ada pelamin singgah sana raja sehari dua hari, hanya meja santapan dan mini pelamin **eceh! tadi kata tak ada.** tapi pelamin ni bukan aku n my vitamin yang pilih ia adalah pilihan kakak my vitamin. Katanya nampak janggal pula jika mak pengantin hanya duduk di meja makan beradap ketika tetamu bersalaman, rasanya lagi elok jika di dalam rumah. Maka terhasillah mini pelamin ku..sangat simple, tapi aku suka. ;D nampak klasik, duduk bersimpuh sambil tetamu masuk ke rumah untuk melihat pangantin **menantu** . malu ai..auuwww! ;p

jom layan picas...

owh untuk makluman majlis di terengganu tiada khidmat photog, hanya abang ipar my vitamin yang jadi photog, tapi picas yang aku bakal pamerkan ni hasil ikhsan makcik2 vogue aku..ihiks!

start with makeup dan seterusnya lihat sendiri yer....


wajah bulan aku sebelum makeup **mencik dengan bekas jerawat**


selepas di makeup. aku suka makeup ni, sangat soft. i loikee!!


pic credit to : anis
with my bumbum..auuwww!!!


meja santapan, hidangan di sediakan oleh kakak my vitamin, sangat nyum nyum...sedap!! kalian nampak tak bunga pahar tu? itu dikatakan adat johor, kena bawak 1 pahar ke pihak lelaki sebagai cenderahati kot..kot la...aku kurang pasti. ;p


sorry pic penuh untuk khemah ni tiada dalam simpanan plak. purple+pink = suwwittt!!


my sis, my mom, love u all!!muah!


my hensem boy..kesayangan aku nih..


my dad n stepmother n my lil adikssss...ramaikan???ahaks!
owh! nampak tak mini pelamin ku itu...simple jek..ok la kan, atleast amik pic ade backdrop yg cantik.kan kan...


my mom n my MiL..love them both!


the last 1 my vogue da vass auntiess...dorang lagi vogue dari ngantin..camne nih???

jangan tanya kenapa baju pengantin sama dengan family, tak tahu nak jawab apa. Bila beritahu mereka tema pihak lelaki purple+pink, diorang pakat nak color purple, tup tup tengok baju sama ngan aku..adoyai..tak pe..redha...

Apa pun majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulillah..syukur..penantian ku berakhir juga. Amin..

Next episode: acara bersama keluarga my vitamin **keluarga saya juga sekarang..suka!!**

Monday, July 5, 2010

K.A,M.I

salam....

hari ni tiada entry bergambar, hanya ucapan syukur ke hadrat ilahi kerana memberi dia untuk menjadi dahan ku berlindung, payung untuk ku berteduh.

sebulan sudah bergelar isteri kepada dia, semakin memahami dirinya, manjanya, cerewetnya,ragamnya. Ya Allah, semoga kami kekal hingga ke syurga. Amin.

Friday, July 2, 2010

tema perkahwinan

olla lalink...

fuh!!! saja jek... :D

hari ini ada baca satu tajuk yang aku kira menarik "penyerapan tema" dari blog xora b2b yang selalu memberi banyak buah fikiran untuk b2b yang lain, ada saja idea2 menarik dan bernas yang dikeluarkan. Tahniah untuk xora, jom tepuk tangan untuk xora!!! clap clap clap... :D

kerana tajuk itu, aku jadi terpikir adakah tema aku selari untuk majlis aku??

jom kita lihat dan kalian jadi pengadilnye okeh? macih..muah muah!!

seperti contoh-contoh yang telah diberikan oleh xora ** xora kita amik ek...**, ada yang bertemakan movie dan bakal puan T yang membawa tema ala-ala klasik yang sangat sesuai dengan kita sebagai orang melayu **eceh!aku melayu tapi nak tema english ngeh ngeh ngeh**

jom tengok tema kawin aku plak.selari ke berlari-lari??hahahah

pre wed :


english theme kah??


ada ciri2 ke?? macam tak ada jek....heheheh


Kad Jemputan :


masih dengan pertanyaan. adakah ciri2 tema aku??

Bunting :

english???sikit kot...wahahhaha....

pelamin?door gift?bride n groom attire?color? cake ?sila rujuk di gambar2 yang telah di ceritakan di episod lepas, sila nilai dan beritahu berjayakah aku dengan tema itu?? adakah selari atau berlarian???wahahahha...okeh yayang...puhlisssss......muah!

okey lah..tau malas nak tengok older post bagaikan...meh cik senah tunjuk sikit2 untuk kalian menjurikan nya yer...


pelamin aku. pink+white+red


baju kami = putih ;P


ini pic baju dibahagian depan. sikit jek la..tak ada pic penuh la. :P


berarak = tetiba ada budak zapin??english ke??tapi inikan budaya warisan, tak perlu dibuang walau nak ikut mat saleh...ngeh ngeh..**nak jugak kata diri sendiri betul...huhuhu..**


pic ni nak tunjuk baju pengapit.

my family members wearing coklat. english???naaaaa.....


my little angel, flower girl.


they supposed to be my flower ladies, untuk usher groom family, tapi di kesibukkan, mereka tercicir di belakang, maka groom family ke meja makan sendiri, nasib baik ada signage. :D


my wedding cake. in love with it! auuwwww!


door gift VIP : jams, telur n bahulu gulung nenas


door gift tetamu : jams [] door gift tetamu cilik : jelly

apa lagi yer??? tapi rasanya ada satu je yang macam kena sikit dengan tema kawin aku ni. jap jap.....





































taraa!!!!


abaikan si pengantin kepanasan terkena panahan matahari. pic ni hanya nak tunjuk keadaan di luar dewan/sebelah luar dewan. Ada pool dan meja untuk tetamu yang ingin suasana lebih santai. Dek kerana meja diluar ini, dewan tak berapa nak penuh sebab semua orang dok makan kat luar, sebab diorang kata best.hesh! ada2 jek.

Tapi di waktu peak time! dewan penuh giler!! meja diluar menjadi penyelamat keadaan. :D


pic ini sumber dari photog aku : faiq - recomended! banyak idea, kelakar,mesra alam, all my family suka dengan kedua2 photog aku.heheheh...

owh!! sudahlah tiap kali entry picca melambak giler...korang silalah jadi pengadil yer...apakah tema aku selari???
tapi kalau ikut pendapat aku: tak langsung!!! hahahahah...warna je agak selari :p! english wedding??nan ado.....wakakakkaka

ps:: kalau yang ni dikira update pasal reception aci tak???aci la eh...sebab nanti gambar yang sama jugak dok aku tayang.hehehehe....

pss:: saya sayang hubby moncit saya! :p