Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Friday, November 6, 2015

Pengalaman Pertama Kali Menyusukan Umar Hayyan

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:56:00 PM 1 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Kali ni aku nak share pengalaman aku semasa pertama kali menyusukan Cik Umar dengan susu badan. Hopefully dengan cara ni akan memberikan banyak panduan dan motivasi untuk aku terus berusaha menyusukan Cik Umar hingga berusia 2 tahun nanti. Insya Allah.

Pertama kali Cik Umar belajar hisap susu badan selepas lebih kurang sejam dia dilahirkan. Masa tu aku dah sedar dari lena selepas penat bersalin. Terdengar bunyi suara baby menangis manja-manja gitu (Umar bukan jenis menangis malalak selepas lahir). Masa tu instinct seorang ibu, aku dapat rasa suara baby tu adalah suara Cik Umar. Dan sangkaan aku betul bila misi datang bawa Cik Umar kat aku. Dia kata baby nangis maybe sebab lapar. Dia suruh aku susukan dia. Aku pun try hulur nenen kat Cik Umar. Elok je nenen sentuh mulut dia, Cik Umar terus senyap. Maybe masa tu Cik Umar tau dia dah berada dekat dengan Ummi dia kot.

Lepas kami dibenarkan pulang ke wad, Cik Umar memang tidur je kerjanye. Cuma kadang-kadang je dia berjaga macam nak menyusu. Dapat tengok bibir dia bergerak-gerak. Try juga bagi tapi bila dia terasa nenen kat mulut terus dia sambung tidur. Kira hari pertama tu aku memang tak berjaya nak menyusukan Cik Umar dengan berkesan la.

Hari kedua tu Cik Umar dah tak nak tidur sangat dah. Dah start merengek lapar. Masa ni la aku try berusaha menyusukan Cik Umar seboleh mungkin. Ohh...apa rasa aku bila kene kulum nenen ngan Cik Umar. Mula-mula tu rasa geli la...tapi lama-lama perasaan tu bertukar jadi sesuatu yang indah. Yang tak dapat diungkap dengan kata-kata. Terasa bonding ibu dan anak tu sangat rapat dan tak mampu dipisahkan. Dapat  rasa juga ada aliran kasih sayang antara kami berdua. Indah sangat. Subhanallah.

Ok...sambung cerita pasal menyusukan Umar Hayyan.

Malam kedua Umar dah start merengek menangis. Bila hulur nenen dia senyap. Lepas tu dia nangis balik. Tidur kejap-kejap je. So aku paham ler dia tak kenyang. Bila aku check diapers dia pula, kurang ada air kencing tu. Tau lagi dia kurang menyusu. Bibir dia pula kering. Sign yang aku tau susu aku tak keluar dengan jayanya. Tapi Alhamdulillah misi memang banyak membantu. Masa Cik Umar merengek tu misi datang check nak tengok sama ada Umar pandai latch atau tau. Bila hulur jari dalam mulut Umar, cepat je dia tangkap dan isap. Kuat pula tu. So misi tau la yang Cik Umar pandai latch. Cuma problem kat susu aku ler. Bila misi picit puting tu, ade je keluar setitik dua air susu. So misi minta aku terus menyusukan Umar.

Tapi hati seorang ibu, mana mampu nak tahan sabar bila tengok anak nangis lapar. Cik Umar lapar. Susu aku pula still malu-malu nak keluar. Air mata aku pula dah start menitik. Nasib baik aku bawa air zamzam. Mak mertua aku minta aku basahkan bibir Cik Umar dengan air zamzam. Moga-moga berkat air zamzam tu Cik Umar mampu berusaha untuk terus menyusu disamping dapat melegakan rasa kelaparan. Oleh sebab Cik Umar tak kenyang menyusu, so poopoo dan peepee Umar memang sangat kurang. Kulit Cik Umar pun dah kelihatan kuning tanda jaundice dah semakin naik.
Malam pertama kami dirumah selepas discharge

Dua hari selepas melahirkan Cik Umar, aku dibenarkan pulang. Lega rasanya. Dalam hati dah plan nak susukan Cik Umar puas-puas kat rumah. Maybe sebab kat hospital, stress...sebab tu susu malu-malu nak keluar. Tapi lain yang kita rancang, lain pula yang berlaku. Susu aku terus taknak keluar. Kalau masa kat hospital tu bila picit je keluar juga 2 3 titik susu. Bila balik rumah langsung tak keluar. Aku dah start panik dah, stress pun ada juga. Cik Umar pula dah menangis kelaparan. Nasib baik kak ipar ada untuk tolong pujuk Umar. Aku yang stress ni try juga pam. Dapat la dalam 2 3 titik, tapi tetap tak cukup untuk Umar. Mata terus keluar air. Kak ipar minta En.Syg belikan susu formula je. Dalam hati aku dah rasa macam loser dah sebab tak mampu nak susukan Cik Umar dengan susu badan. Rasa macam diri ni tak berguna untuk jadi seorang ibu. Rasa macam gagal. Sambil menangis sambil cuba mengepam. Tapi betul la kata orang, makin kita stress makin malu susu nak keluar. Aku dah menangis teresak-esak dah time tu. Nasib baik ada En.Syg. Dia la yang tolong pujuk aku. Dia faham keadaan aku. Dia sangat menyokong aku. Dan akhirnya...dalam keterpaksaan malam tu selepas balik dari hospital Cik Umar terpaksa minum susu formula. Maafkan ummi ye sayang. Ummi terpaksa mengalah dengan keadaan. Yang penting Cik Umar kena juga minum susu, kena cuka poopoo, kena juga peepee...kalau tak kuning Cik Umar lagi teruk. Ummi taknak Umar kene tahan kat hospital sbb kuning.

Alhamdulillah...Allah kurniakan aku suami yang baik, suami yang memahami, suami yang menyokong. Dia tau aku stress. Dia tau aku down. Malam tu dia biarkan aku berehat. Dia yang melayan Cik Umar bila Cik Umar merengek minta susu. Sungguh besar jasa dan pengorbanan mu wahai suamiku.

Esoknye, kak ipar panggilkan tukang urut untuk urut aku sambil urut urat susu, sementara En.Syg dan MIL pula bawa Cik Umar ke klinik untuk check kuning. Lepas urut tu aku memang rasa tenang, rasa ringan badan dan dapat rasa yang urat susu semakin lembut. Dalam hati semoga ada rezeki susu untuk Cik Umar. Kat klinik pula, rupanya kuning Cik Umar sangat tinggi, terus klinik suruh Cik Umar admit hospital terus. Aku memang tak sempat jumpa Cik Umar masa hari tu. Tapi aku redha. En.Syg ada tanya juga kalau-kalau aku nak jaga Cik Umar kat hospital. Tapi aku memilih untuk stay kat rumah aje. Aku takut kalau kat hospital nanti aku jadi sedih dan stress tengok Umar kene letak bawah lampu. Dari aku stress dan nanti susu jadi malu nak keluar baik aku tenangkan hati dan diri, rehat aje kat rumah. Lagi pula aku kene berurut selama 3 hari. Jadi nak kena stay juga kat rumah. Kak ipar pun sokong aku berehat kat rumah. Lagi pun kat hospital tu ada misi dan doktor yang akan jaga Cik Umar. Selebihnya aku tawakkal kepada Allah.

Lepas berurut yang pertama tu, terus aku rasa breast aku tu macam penuh. Petang tu aku try pam dan Alhamdulillah dapat la aku pam kolustrum susu yang sangat berharga tu, dan sempat kirim kat En.Syg untuk diberi kepada Cik Umar. Maghrib tu aku pam lagi, dapat lagi kumpul susu dalam 1oz utk bekal keesokan hari pula. Syukur.
Petang selepas Umar keluar dari wad sebab kuning, lena tidur walaupun dia baru lepas poopoo

Malam tu selepas 3 malam adalah malam pertama aku tidur tanpa Cik Umar. Memang terasa rindu juga. Tapi aku sentiasa doa semoga Allah sentiasa melindungi Umar Hayyan. Dan pada malam tu juga terasa breast besar dan penuh. Dah rasa macam buah kelapa pula. Esoknya hari kedua aku berurut. Masa urut tu rasa air susu menitik. Alhamdulillah, Cik Umar cuma stay satu malam je kat hospital tu. Kuning dia turun dengan cepat. Lepas hospital call kata Cik Umar boleh discharge, terus kami pergi ke hospital. Rindu sangat dah dengan Cik Umar. Kebetulan mak ayah aku datang dari Perak. Memang molek sangat la sebab dapat jumpa dengan Cik Umar. Sampai kat wad tu aku dah dengar sayup-sayup suara baby nangis...lembut je. Dapat agak itu suara Cik Umar. Bila masuk ke tempat wad dia, terus aku peluk cium dia, tukar baju dan nyusukan dia terus. Masa menyusukan Cik Umar tu memang payah betul dia nak latch...maybe sebab breast dan puting aku besar manakala mulut dia kecil. Tapi takpe...aku dan Cik Umar memang sama-sama berusaha untuk meneruskan penyusuan. Dan akhirnya masa dalam kereta Cik Umar berjaya poopoo lepas menyusu. Maknanya dia berjaya menyusu la. Dan pada malam tu pertama kali Cik Umar berjaya menyusu badan dengan aku. Syukur.
Malam pertama Umar tidur kat rumah selepas keluar wad sebab kuning

Tapi bila dah pandai menyusu ni Cik Umar hisap memang kuat. Ngeri juga aku rasa. Lepas tu tiap kali semasa menyusu aku kene ampu sikit breast tu supaya tak tutup hidung Cik Umar. Tapi ada problem lagi, Cik Umar hanya menyusu sebelah kanan je, sebelah kiri dia taknak sebab puting tenggelam. Dan sebab problem tu sampai sekarang Cik Umar memang tak suka yang sebelah kiri. Kalau aku hulur je dia sengih...tak pun dia gigit. 
Umar masa umur 9 bulan

Itulah cerita bagaimana pertama kali aku menyusukan Cik Umar. Next time aku cerita pula pengalam menyusukan Umar Hayyan untuk 3 bulan pertama sebelum aku start masuk kerja.

Saturday, August 29, 2015

35 Years of Excellence

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:11:00 PM 5 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Bulan 8..bulan kemerdekaan...bulan kelahiran aku juga. Walaupun kadang-kadang aku buat-buat lupa tapi sebenarnya aku ingat aje birthday aku ni. Tarikh azimat Allah izinkan aku bernyawa di muka bumi ni. Dan tarikh azimat mak aku bertarung antara hidup dan mati untuk lahirkan aku. 
Alhamdulillah...Allah izinkan aku untuk bernafas lagi pada tarikh ini. Doa aku semoga Allah masih akan izinkan aku untuk terus bernafas dan menikmati keindahan alam milikNya.
Inilah hadiah paling bernilai untuk aku. Alhamdulillah....Tahun lepas Allah hadiahkan aku seorang suami. Tahun ni Allah hadiahkan aku nikmat sebagai seorang ibu. Apa lagi yang aku nak selain daripada 2 orang hero kesayangan aku ni?

Amin

Wednesday, July 1, 2015

Berpantang, Menyusu dan Turun Berat Badan

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:38:00 PM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Masih ingat ke korang dengan rupa paras aku sebelum ni? Ye..dulu aku pernah bising kata berat aku dah naik. Muka makin tembam...bontot makin bulat. Hahahah....Itu keadaan aku masa anak dara...lepas kahwin lagi la mendadak naik berat badan aku...membooooolllllaaaaaattttttt terus. Habis baju-baju kurung yang sedia ada untuk aku pakai kerja dah tak muat. Kalau muat pun ketat kat punggung. Kalau berjalan pun nampak menonggek je bontot aku. Auuuwww...malu aku....

Lepas tu aku peknen...Time buka buku merah tu berat aku cecah 76 kg kot. BMI aku terus overweight. Dalam tempoh 2 bulan kawin aku naik melepasi 70 kg. Dah mengandung lagi la naik berat aku....sebulan naik sekilo dua...Parah betul. Aku dah risau kalau2 berat aku naik sampai 90 kg...Tapi nasib baik bila time nak bersalin je berat aku cuma 88 kg...lebih kurang 12 kg je naik. Lagi 2 kg nak cecah 90 kg...

Ni rupe masa awal-awal berpantang tu...nampak tembam kan. Tu tudung fesyen baru tu...kalah tudung instant yg ada kat pasaran.

Teringat masa aku mengandung dulu, ada je mulut-mulut yang komen pasal berat aku. Mula-mula tu opismate aku yang sedang bercuti sambung belajar yang ucap tahniah sbb aku peknen (ok good) tapi siap tanya aku gemuk tak. Siap tanya adakah kegemukkan aku tu seperti beberapa staf perempuan yang lain. Tapi aku cakap tak adelah sebesar itu (maklumlah sembang dalam fb je). Dalam hati aku dok menyumpah, "macamlah dia tu kurus sangat". Hahahahah....

Itu takpe lagi, orang luar yang tanya. Ini orang dekat pula yang mengomen. Satu hari tu wife sepupu En.Syg dtg umah MIL. Wife sepupu dia ni jenis orang yang bersize comel gitu. Pada aku takde la besar pun...comel. Lepas sepupu tu balik terus MIL cuit aku and cakap, "Jun...cam tu ke besar". Ya Allah hati mana tak sentap. Aku tengah mengandung kot...memang la besar...gemuk. Kalau ngan mak aku memang dah lama aku balas, ini MIL so kene la cover ayat...aku just cakap, "ish..mana ada pun". Tapi dalam hati dah meraung sentap...masuk bilik terus nangis.

Nak ngadu...hanya pada kawan-kawan rapat je aku mengadu. Diorang pujuk aku kata nanti masa pantang...pantang betul-betul. Lepas tu breast feed baby.....Insya Allah berat mudah turun.

So, masa pantang ritu aku memang pantang betul-betul (tapi takde la strict sangat pun). Kalau orang lain pantang 44 hari...aku pantang 100 hari. Haaa...amik kau. Tapi bukanlah sampai 100 hari tu aku amalkan semua bertungku berpilis bagai. Cuma yang 100 hari tu aku masih amalkan lauk berpantang aje...nasi putih, ikan rebus, ikan goreng, ikan kukus dan sayur sawi rebus. Bengkung pula aku pakai sampai 60 hari. Tapi bukanlah tiap2 hari dan tiap-tiap masa aku pakai pun. Ade juga la skip. Tapi memang nampak la perut aku masa 3 bulan lepas bersalin tu flat aje. Mak aku kata...kalau aku betul-betul pakai bengkung mesti lagi flat. Hahahaha...

aku pakai bengkung ni 60 hari

Alhamdulillah...air susu aku banyak...so baby Umar memang fully bf je. Masa awal-awal keluar hospital tu je bagi minum susu formula sebab susu aku tak keluar langsung. Lepas tu kenyang je dia ngan susu aku. Susu banyak ni sampai aku demam la 5 kali dalam tempoh 3 bulan. Ok bab ni nanti aku cerita.
Ni rupa aku yang sekarang...

Eh! kalau dalam pantang kan jangan kerap minum air untuk elak urat kembang? Takde takde...aku memang kuat minum air masa dalam pantang. Menyusukan...mestilah kene kerap minum. Tapi aku amalkan minum air masak suam. Fuhhh...lega. Lagipun air suam ni memang milkbooster masa dalam pantang.

Dan dengan happynye aku nak bagitau dalam tempoh berpantang tu berat aku turun lebih kurang 20 kg. Nampak tak..nampak tak. Nurse yang check aku pun terkejut berat aku turun banyak tu. Memang nampak susut badan aku, muka pun dari bulat tembam penuh terus jadi panjang cengkung. Dan sehingga kini, inilah berat aku sekarang lebih kurang 68-69 kg. Maintain.

Sekarang ni Alhamdulillah...mana-mana baju yang dulu ketat kat punggung tu semua dah longgar. Jeans yang beli masa beberapa hari sebelum kahwin pun dah longgar. Dari saiz L/XL aku dah dapat semula saiz asal M/L. Tapi part dada tu tak boleh elak la...tetap ketat sebab breast penuhkan sebab ada susu. So, mana-mana baju yang ketat part dada tu aku dah tak leh pakai la macam baju kurung moden ke. Tapi baju kurung biasa tu ok je aku pakai.

Hmmm...bila dah kurus kecik ni takde pula yang nak menegur aku kata aku dah kurus...kata aku dah susut...kata aku dah kecil. Yang ada pun kawan-kawan rapat je (thanks). Tapi tetap juga dengar suara-suara sumbang kata kalau aku dah stop menyusu tu nanti berat lagi akan naik kaw-kaw. Ok...bab tu aku tak nak fikir sebab memang dah tahu pun. Cuma sekarang aku nak enjoy dan menikmati kembali walau hanya untuk seketika keadaan hidup aku bila badan dah kurus ni. 
si kecil ni ler yang dah banyak sedut lemak aku melalui susu badan

Nasihat aku kepada wanita mengandung yang rasa diri tu hodoh sebab badan besar, jangan la risau sebab kita tengah mengandung memang la badan tu naik. Tapi kalau kita pantang betul-betul...jaga pemakanan bagi anak menyusu...Insya Allah kita akan dapat berat ideal kita juga. Yang penting usaha...usaha...usaha....kipidap hokey..

Monday, June 29, 2015

Ramadhan Ini

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:14:00 PM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ya Allah...lama betul aku tak update blog. Sampai penuh sawang-sawang yang tak diundang ni. Diam tak diam dah bulan puasa. Kalau sebelum-sebelum ni sempat juga aku nak up entry pasal kedatangan bulan ramadhan ni, tapi kali ni memang tak sempat.

Ehsan Pakcik Google.com

Insya Allah lepas ni aku akan cuba merajin-rajinkan diri untuk up entry baru. Ini pun baru boleh bernafas ni. Keje exam dah habis. Tinggal nak present markah student je esok. Lepas tu boleh la enjoy katak sekejap sampai hujung bulan 8. Student cuti.

Pasal bulan puasa tahun ni, Alhamdulillah, masih lagi ada kesempatan untuk aku berjumpa Ramadhan. Kalau sebelum-sebelum ni masa aku bujang aku berbuka sendirian sambil ditemani rancangan tv yang ntah ape-ape ntah, tapi tahun lepas Allah temukan jodoh aku ngan suami, so dapatlah aku merasa berpuasa buat pertama kali dengan title isteri org. Bangun pagi sediakan makanan untuk sahur, dan kelam kabut balik kerja untuk sediakan juadah berbuka. 

Tahun lepas juga sebenarnya aku berpuasa dalam keadaan berbadan dua. Masa tu Alhamdulillah kandungan aku baru je masuk 4 bulan. Dan itulah kali pertama selepas aku datang peot puasa aku penuh sebulan. So tahun ni aku enjoy la sebab tak kelam kabut nak bayar puasa.

Kalau tahun lepas aku mengandung, maka tahun ni aku sambut puasa bertiga ler; aku, En.Syg dan baby Umar. Alhamdulillah...Alhamdulillah...syukur sangat sebab diizinkan Allah untuk aku menyambut puasa bertiga. Memang meriah la. Kalau tahun lepas kelam kabut nak layan suami je, tahun ni nak kene layan si kecil pula. Memang riuh la time berbuka tu. Mana kita nak makan untuk berbuka, mana si kecil bising nak susu. Lagi-lagi si kecil dah start makan solid food, nampak kita makan, dia pun teringin nak makan. So sebelum berbuka aku akan pastikan dia puas menyusu, dan lepas kami siap-siap makan terus suapkan makanan kat dia pula.

Time sahur pula, masa awal puasa dulu kalau kita bangun dia pun bangun sahur gak. Tapi sekarang ni dah 2 3 hari dia tak bangun sahur. Nyenyak tidur. Alhamdulillah. Dapatlah ummi dan abi dia bersahur dengan tenang.

Oklah, itulah serba sedikit cerita sambutan Ramadhan aku tahun ni. Akhir kalam aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua kawan-kawan yang sudi membaca blog aku ni.

Sehingga kita berjumpa lagi...

Friday, September 19, 2014

Tetamu Allah 1435H

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:40:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah..kedua ibu bapa aku pada tahun ini telah menjadi antara yang terpilih sebagai tetamu Allah untuk musim haji 1435H. Syukur sangat-sangat. Sebab akhirnya penantian dan kesabaran mak aku untuk menjalankan Rukun Islam yang kelima dimakbulkan oleh Allah swt. Manakala untuk ayah aku pula ini adalah pemergian beliau untuk kali yang kedua.
Sedih....?
Mungkin ada sedikit perasaan sedih sebab berpisah dengan mak dan ayah. Bukan tak pernah berpisah sebab sekarang pun aku dah bermastautin di Perlis. Tapi kali ni perpisahan kami agak jauh...aku di Malaysia manakala mak dan ayah di Bumi Haram, Mekah Al Mukarramah. Tapi Insya Allah, semoga mak dan ayah aku tenang menjalankan ibadah disana.

Kepada kawan-kawan, mohon sama-sama berdoa semoga mak dan ayah aku dipermudahkan dan selamat menjalani ibadah haji di sana, dan mendapat haji yang mabrur. Semoga juga Allah sentiasa melindungi mereka dan memudahkan segala urusan. Dan semoga ibadah kedua ibu bapa aku diterima oleh Allah. Amin.

Friday, August 29, 2014

Age Is Just A Number

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:30:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt

I wish to myself...

to me


So...

p/s: this is the back dated entry that I should post on my birthday. But since on that day I was so busy, only today I have the time to wish to myself. 

Monday, August 4, 2014

Raya 2014

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:10:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kawan-kawan. Dah raya ke 8 dah hari ni baru gatal nak update pasal raya kan. Hihihi...malu sendiri. Dah la lama tak update entry baru...tup tup upate terus pasal raya.

Alhamdulillah...tahun ni aku beraya berdua, eh bukan berdua tapi dua setengah bak kata suami aku. Raya first as husband and wife, dan juga baby dalam perut. Teruja? Adalah teruja juga. Kalau dulu salam cium tangan dengan mak ayah dan adik-beradik je. Kali ni dapat salam dan cium tangan suami. Nak gelak...tapi tahan la juga...nanti kata takde feeling raya pula. Hahahaha....

Persediaan raya pun dah lain sikit. Dulu beli kuih untuk rumah mak ayah dengan rumah sendiri, sekarang kena adil, kuih rumah mentua pun kena beli juga. Selain baju raya sendiri, baju raya suami pun kena prepare juga. Nasib baiklah suami bukan jenis yg cerewet, lega hati sikit. 

Turn raya? Hehehehe...tahun ni turn raya kat Perak...balik kampung aku ler. Merasa la juga feeling feeling balik raya lewat. Lagi 2 hari nak raya baru balik kampung. Kalau bujang dulu, akulah manusia yang terawal yang akan balik raya, tapi bila dah kahwin ni kene tunggu suami habis kerja dulu baru la boleh balik kampung. Tapi takpe...demi Perak...aku sabor je...ade gak feeling balik kampung tu.

Walaupun baru beraya as huband and wife, tapi kami takde la pula pulun ambil gambar banyak sangat pun. Just ambil gambar kat studio je. Impian waktu bujang dulu la...nak ambil gambar kat studio time raya kalau dah bersuami. Alhamdulillah...ade juga rezeki tu nak bergambar kat studio.

Ni gambar kat studio ni. Ambil background bunga cherry blossom. Nampak macam sweet je, konon-konon macam ala-ala sakura kat Jepun tu. Hmmm...jadilah...tak dapat gi Jepun pun, dapat background ala-ala sakura pun jadi. Yang suami pula dapat la dia mengimbau kenangan masa dia belajar kat Jepun dulu. Jadilah ye abang ye...nanti kita kumpul duit sehari seposen boleh la buat modal melancong ke Jepun ye...

Lepas tu adik aku bagi idea ambil gambar ramai-ramai kami 7 beradik termasuk suami isteri dan anak masing-masing. Yelah...payah sebenarnya nak kumpul ramai-ramai ni. Lagi-lagi nak ajak abang sulong aku tu bergambar kat studio. Kali ni boleh pula dia nak bergambar kat studio. So ape lagi....inilah dia gambar aku adik beradik. Gambar adik beradik je...mak ayah takde dalam gambar. Bertuah punya anak kan kami ni. Hehehehe....

Itulah cerita raya aku tahun ni. Nak cerita details tu, sama la juga macam tahun-tahun lepas, makan ketupat, lemang dan rendang dan lepas tu pergi beraya ke rumah sanak saudara dan kawan-kawan. Bosankan. Hahahaha....

Friday, July 18, 2014

Dugaan Ramadhan 1435H: MH17

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:48:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Allahuakhbar Allahuakhbar
Picture from Astro Awani

Tengah malam tadi kita dikejutkan dengan laporan mengenai pesawat MAS Boeng 777 MH17 terhempas di wilayah bergolak Ukraine. Terkejut dan sayu dibuatnya. Al Fatihah dan takziah kepada waris semua penumpang dan kru kabin.

Ini adalah ketentuan dan dugaan dari Allah swt untuk kita semua. Selain daripada serangan rejim zionis di Gaza...ini juga adalah berita yang menyayat hati buat kita rakyat Malaysia. Sudahlah kes kehilangan pesawat MH370 masih menjadi misteri, ini pula berita terhempasnya MH17 di Ukraine yang kemungkinan adalah mangsa tembakan peluru berpandu disana. 

Menurut sumber (lupa)...laluan udara diwilayah tersebut telah ditutup semenjak awal Julai dulu untuk laluan komersial. 

Hmmm.....

Ini adalah suratan untuk MH17. Mereka berada pada laluan dan masa yang salah.

Semoga roh-roh penumpang dan kru beragama Islam tenang di sana. Anda cukup bertuah dijemput Allah dalam bulan yang mulia bulan Ramadhan ini.

Semoga roh mereka dicucuri rahmat.

Al Fatihah

Wednesday, April 9, 2014

Anugerah Selepas 8 Tahun

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:23:00 PM 3 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Cerita basi sebenarnya. hampir sebulan dah pun. Tapi nak juga buat entry sebab nak buat kenangan. Kenangan mahal ni. Hahahaha...

Alhamdulillah....awal tahun 2014 ni memang betul-betul memberikan rezeki kat aku. Kalau masa awal bulan 2 hari tu aku diberikan rezeki jodoh, pertengahan bulan 3 pula Allah panjangkan lagi rezeki aku, dapat anugerah pekerja cemerlang (APC). Alhamdulillah....Alhamdulillah....Alhamdulillah. 
Sebenarnya aku takde la nak mengharapkan sangat dengan APC ni, sebab masa tahun 2013 tu aku rasa aku ni kurang aktif sikit. Selain tu salah satu sebab aku kurang aktif adalah aku kena memangku jawatan penolong pendaftar (AR) kat jabatan aku ni. Lama juga tu...3 bulan. Memangku sebab AR cuti bersalin. Elok-elok je dah habis tugas memangku, terus kene ngajar diploma. Takde rehat langsung dan tak sempat nak enjoy hadir kursus.

Selain tu...owhh....ade selain pula. Yup...ade citer lain sebenarnya yang menyebabkan aku sendiri tak teruja sangat siapa yang akan dapat APC 2013 ni. Citer macam ni, since aku masuk keje kat jabatan aku ni 8 tahun yang lalu, diorang awal-awal (diorang ni kira staf senior la) dah bg tau yang calon untuk APC bagi setiap tahun adalah berdasarkan senioriti. Kononnya nak bagi adil. Oklah fine. Kita pun as budak baru paham la kan. Takkan ko baru setahun dua keje dah boleh nak dapat APC. Eh...ini kisah jabatan aku aje tau, yang jabatan lain aku taktau la macam mana (sebab tau ada juga readers yang share satu big boss ngan aku, hahhahah).

So, kalau ikut kiraan matang, sepatutnya aku akan dapat masa APC 2011, yang mana majlis dia dibuat masa tahun 2012. Masa tu aku memang super excited la. Terfikir time tu, wah kalau aku dapat APC tu memang hatrix la. Mana tak nya...tahun 2012 tu aku lulus master aku and then grad. Cer bayangkan kalau aku dapat APC time tu...takke rezeki berganda-ganda kat aku.

Tapi Allah Maha Kaya. Dia tak bagi kat aku rezeki tu. Dia hold sekejap. Terasa kecewa juga la sekejap. Tapi cepat-cepat muhasabah diri. Ingat balik, kalau Allah bagi rezeki APC tu kat aku, maunya aku jadi manusia yang paling riak dimuka bumi ni. Nauzubillah....Allah melindungi aku dari sifat riak tu.

Bila APC 2011 dah terlepas, dan APC 2012 pun nama tak tercalon, aku redha dan tawakkal aje la kan semoga Allah bagi rezeki aku kot lain pula. Masa tahun 2013 tetiba keje aku je jadi banyak. Memang dugaan sungguh. Menangis-nangis aku masa buat kerja. Alhamdulillah, Allah sentiasa ada untuk aku mengadu. Kerja yang di amanahkan selesai dengan jayanya. Rupa-rupanya Boss nampak hasil kerja aku masa tahun 2013. Bila check markah untuk laporan prestasi, markah meningkat. Tergelak aku, kagum pun ada. Tapi aku cool lagi. Tak nak terlalu mengharap.

Dan akhirnya, aku dapat surat jemputan untuk sesi rehearsal APC2013 masa bulan 3 lepas. Maka tahulah aku bahawasanya aku akan mendapat APC. Alhamdulillah...syukur...Allah beri juga rezeki ni kat aku. 
Untuk APC ni aku dapat sijil, saguhati dan juga jam. Ini memang trend kat tempat kerja aku la. Kat tempat lain aku tak tau la diorang dapat apa. Tapi tahun ni special sebab aku dapat jam tangan Bonia yang sangat cantik rekaannya. Macam tahun-tahun lepas, menurut kawan aku yang pernah dapat APC, jam tangan diorang tak secantik macam yang aku dapat. Owh...untuk makluman la kan, brand jam tangan yang diberi masa APC ni tak sama untuk setiap tahun. So nasib la kan kalau tahun tu dapat rekaan yang cantik jelita, memang best la.

Alhamdulillah....inilah namanya rezeki yang Allah bagi. Kita sebagai manusia tak perlu nak jeles kat orang lain sebab rezeki kita tetap ada. Yang penting usaha, doa dan tawakkal...Insya Allah konfem Allah akan makbulkan.

Tuesday, March 11, 2014

Review: Majlis Bertandang Di Perlis (9 Feb 2014)

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:32:00 AM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Tup tap tup tap...dah sebulan rupenye aku jadi isteri En. Syg. Kejap aje kan. Alhamdulillah....so far aku dah boleh adapt dengan kehidupan baru ni. Kadang-kadang tu bila dah leka dengan keje dan time bergosip dengan kawan-kawan sambil gelak kuat-kuat, lupa juga yang kita ni dah jadi bini orang. Ingatkan dok bujang lagi. Hahaha...sib baik nampak inai still merah lagi...so dapat la cepat-cepat sedar diri. Kalo tak....menonong ingat diri ni dok bujang trang tang tang lagi. Kah kah kah kah kah....
Kali ni nak buat review sikit pasal majlis menyambut menantu kat rumah En.Syg pula. Majlis ni dibuat seminggu selepas majlis kat Perak. Majlis simple aje pun. Tapi dalam simple-simple tu pelamin tetap ado. Hahaha...

Citer pasal pelamin ni. Plan asal memang takde nak pelamin bagai. Yang ada cuma meja makan beradap yang termasuk dalam pakej katering je. Tapi FIL pula teruja nak tengok anak teruna dia tu bersanding. Maka last minit dah ni, diorang gi booking pelamin. Kami laki bini tak mampu nak kata apa-apa sebab FIL dah bagitau setuju or not dia nak juga buat pelamin. Fully sponsored by FIL.
Tema warna kat Perlis ni pillihan aku sebenarnya. See...belum apa-apa aku dah guna kuasa queen control dah kan. Keh keh keh. Takde lah pun. Birukan sinonim dengan imej lelaki. So aku decide la nak guna warna ni dengan persutujuan En.Syg juga. Lagi pun aku kan suka warna biru. Jadi seboleh yang mungkin aku nak juga warna ni muncul dalam majlis aku. Nak cari warna biru yang sesuai pun bukan senang. Kulit kami ni kan kategori berwarna sikit. So padanan warna haruslah sesuai. So warna apa lagi yang sesuai dengan biru kalau bukan silver atau grey. Baru matchingkan. Hahahah...panjang pula explanantion aku ni.

(p/s: citer sebenarnya, aku memang berangan-angan pasal warna tema ni lama dah. Dalam angan-angan mat jenin aku tu, aku nak tema sebelah aku warna pink krim dan sebelah lelaki warna biru.)
Baju pengantin kami hak milik kami sendiri. Warna tiffani blue. Ingat tak lagi aku pernah buat entry pasal songket dan satin dan juga pasal design baju ni kat sini (sila klik). Yang disewa hanyalah aksesori-aksesori sahaja seperti samping, keris kontot, rantai, tanjak dan veil. Fuh...nasib baik juga tau sebab veil yang disewa tu matching dengan warna baju. Owh...tudung grey tu pun hak milik aku sendiri juga. Aku diy semula tudung halfmoon yang aku beli masa nak bertunang dulu tapi tak jadi nak pakai. Letak lace letak manik....siap.
Mekap aku ni free aje. Sebabnya sepupu En.Syg yang tolong mekapkan. Memang puas hati juga la dengan mekap ni. Muka aku pun takde la berubah sangat bila lepas mekap tu. Dia punya mekap kat mata tu buat mata aku jadi lagi bulat. Hahahaha...Ada sesape ke yang berminat nak dapatkan perkhidmatan sepupu En.Syg ni untuk mekap?

Oklah malas nak sembang panjang-panjang dah. Aku tepek la 2 3 keping gambar lagi habuan korang semua muntah hijau.
Tengok gambar ni terasa flawless gila kulit muka tu, tapi realitinya....muka macam permukaan bulan.
Aksi mengada-ngada ni kak ipar En.Syg punya idea, lepas tu sporting pula laki aku berposing
Gaya skema atas pelamin ni memang wajib ada, kalo tak bukan bersanding la namanya.
Ini pun idea kak ipar En.Syg yang konon-konon nak bagi nampak efek bulu mata pelesu tu la kononnya.
Aksi mengada-ngada no 2. 
Tema biru + silver (kelabu)
Bergambar dengan adik-beradik En.Syg. See...laki aku je yang gelap sikit, tapi takpe janji sekufu ngan aku.
Ini pula bergambar dengan MIL, SIL dan biras-biras ku.

Monday, February 17, 2014

Majlis Resepsi di Perak ~ 2 Februari 2014

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:56:00 AM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Gambar dari OP belum dapat lagi. So kat sini just share gambar yang ada daripada kamera adik ipar aku aje. Nanti kalau dah siap gambar dari OP, aku share lagi ye (itu pun kalau korang tak sampai nak muntah hijau ler). Mari kita layan cerita bergambar
Ini saudara mara sebelah mak aku. Terharu sangat sebab pakcik aku yang pakai kopiah putih ni sebenarnya tak sihat (sakit jantung). Tapi dia datang juga ke majlis aku ni. Kalau ikutkan dia tu jenis dah malas nak jalan jauh melainkan jika terpaksa ke IJN. Makcik aku yang pakai baju coklat tu pun sebenarnya tak sihat juga. Tapi gigih dia suruh suami dia belikan tongkat lepas dapat kad jemputan semata-mata nak datang kenduri aku ni. Terharu sangat kat diorang.

Ini sepupu-sepapat sebelah mak aku. 

Sempat bergambar dengan Paman Amat sekeluarga. 

Ni tak payah nak intro la ek...konpem la aku kan.

 
Full outfit display ni. Labuh gila kain baju aku tu. Bukan setakat labuh...berat juga. 7 meter kain...haaa...amik ko. Patutnya kena pakai heel 4 inci, tapi pakai heel 2 inci je. Jalan pun meleret. Dah nak sangat dress ala-ala Kate Middleton...haa...tahan aje la kan.

Saje nak letak lagi gambar suami isteri ni...keh keh keh. 

Ini sepupu aku lagi...dengan boipren dia...merangkap pengapit aku pada hari kejadian. Ada sesape nak cari pengapit, boleh la contact dengan sepupu aku tu.

Oppss...mereka ni bukan laki bini tau. Yang baju merah tu laki orang, yang baju biru tu bini orang. Tapi yang konpem diorang ni classmate aku since dari sekolah rendah sampai menengah. Thanks Amran dan Ida sebab sudi datang ke majlis aku ni. Lama betol tak jumpa dengan Ida. Dengan Amran last jumpa pun tahun 2009 kalau tak silap aku.

Yezza...yezza...yezzaaa...ni kawan-kawan sekolah rendah dan menengah aku juga. Ish cam berjanji je diorang ni datang pakai baju merah. Yang kat depan tu anak-anak diorang la. Thanks ye Milah, Jamiah, Rohaya, Lilly dan Rohana sebab sudi datang ke majlis aku ni. Macam reunion plak. Aku ingat aku yang kawin last-last ni takde kawan-kawan yang datang, rupanya ramai yang datang. Kawan aku si Rohana tu tokei butik Hanna Collection kat Kluang Johor, specialize in bridal outfit making. Baju dia semua cantik-cantik. Balik Perak sebab dia nak datang kenduri aku. Itu pun sempat dapat job buat baju kahwin dengan butik pengantin yang aku sewa ni. Rezeki-rezeki. Lilly pula pandai buat kek. Kalau tak sebab anak dia sakit, aku memang akan tempah kek dengan dia.

Yayyy... both besties yang sanggup turun dari JB untuk datang ke kenduri aku. Inilah bestie aku since dari USM dulu. Walaupun kami berlainan kos tapi bilik tv dah mempertemukan kami bertiga. Thanks ye Yani and Rafe. Lepas ni just tunggu turn Rafe pula. Aku akan doakan ko ditemukan jodoh dengan lelaki yang beriman. Untuk Yani pula, semoga jodoh ko kekal dunia dan akhirat. Lepas ni kita boleh sambung balik aktiviti cuti-cuti Malaysia kita yang dah tertangguh ni. Next trip nak gi mana?

 
Paling terharu geng-geng opis dari Perlis. Sampai juga korang ke majlis aku ek. Aku ingatkan takde yang sudi nak datang ke Perak. Tapi bila dapat tau depa datang, aku jadi hepi sangat-sangat. Bukan calang-calang yang datang, Bos aku ni. Kalau tak sebab aku ni adalah pengantin, nak je aku lompat-lompat sambil tepuk tangan.

Tak payah nak intro...ni adik-adik aku ni.

My Grandnanny sebelah ayah

Famili abang (merah) dan adik aku Ismail (biru)

Famili abang cak (kalau tulis abg je nanti macam-macam maksud yang keluar)

Oleh sebab semua gambar ni daripada kamera dedi Darrien, so haruslah gambar budak Darrien ni sangat banyak dalam kamera. Jadi kita tempek juga gambar si kecik ni sebagai penyeri. Heheheh....

Famili Mail

Famili Jimah.

Aku dah kata, budak Darrien ni memang curious dengan bunga tangan aku. Pantang disua je, terus menyambar. Jangan jadi mat bunga sudahlah bila besar nanti ye Darrien...

Pengantin lama ni. Dulu pun Jimah sanding kat dewan ni juga. Guna khidmat butik pengantin yang sama juga. Tapi kali ni diorang sanding dengan budak kecik Darrien yang sangat keletah ni. Comey je gaya Darrien ni bila nak snap gambar.

Ni pengantin setahun yang lalu...dah setahun ke...eh belum lagi. Bulan 6 ni baru cukup setahun. So masih lagi pengantin baru la.

 
Ni tak payah cakap. Pengantin 10 tahun yang dulu. See....jauh beno jarak masa kenduri aku dengan kenduri abang aku ni. Kalau nak diikutkan tu aku anak no 2 yang beza umur setahun je dengan abang aku ni. Tapi percayalah lepas ni mak aku kena tunggu lagi 5 hingga 10 tahun kot baru la ada kenduri lagi.

Ape motif ntah abang aku ni. Mentang-mentang la pelamin tu tak runtuh, suka pula dia nak posing.

Yang tiga orang ni adik-adik aku. Still belajar tapi taktau bila nak habis. So antara diorang bertiga ni yang mana dulu yang gatal nak kahwin...kita tunggu aje la ek.

Nak letak gambar suasana majlis tapi takde gambar yang sesuai. So letak gambar orang kuat majlis aje la ek....iaitu adik beradik aku la. Hahahah....time kenduri diorang ni dulu (kecuali kenduri mail) aku la event manager cum stage manager cum promoter cum tukang angkat semua bagai....time kenduri aku ni turn diorang la plak ek. Itu pun last-last dah habis kenduri pengantin juga yang kena join angkut barang-barang balik dari dewan ke rumah. Yang pengantin-pengantin lama tu semua dah hilang daulat. Yang belum jadi pengantin tu pula sebab daulat fresh lagi kena la bantu sampai habis. 
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea