24 May 2012

Elmo Macaron



Assalamualaikum.. rindunya lama tak menaip disini.. sampaikan tadi waktu buka untuk buat entry ni rasa maca pelik sangat sebab dah berubah wajah.. Nasib abaik agak mudah juga kalau tak tak terlaksanalah entry ni. .. Hampir sebulan ita tak menulis.. lama betul rasa.. memang sejak tak menulis disini rasa sangat rindu dan sunyi je bila tak dapat menaip disini..meluahkan apa yang ita gemari dan berkongsi sesuatu agar bermanfaat buat ita dan sesiapa yang inginkan perkara itu. Dalam dua tiga hari ini melonjak-lonjak keinginan nak update blog tapi tak terlaksana juga Alhamdulillah hari ini curi sekejap masa dan menaip disini..


Rutin yang agak 'pack' sebenarnya sejak ita membuka Simple Homemade Cake. Alhamdulillah rezeki dari Allah dan bersyukur dengan galakan dan sokongan yang diberikan oleh semua penempah dan rakan-rakan. Moga ia bermanfaat buat ita dan keluarga. Tapi bila difikirkan balik rasa rugi jika ita biarkan sahaja blog ni.. dari blog ini lah ita kenal banyak benda dan tahu banyak juga benda. Jadinya ita kena juga curi masa untuk update apa-apa untuk dikongsi terlalu banyak bahan yang tersimpan dan biarlah ia dijadikan kenangan disini.


Baiklah untuk hari ini ita nak kongsi resepi Elmo macaron yang ita buat. Comel sangat bagi ita macaron ni di Blog kak wan jadinya memang hati melonjak-lonjak nak cuba.Resepi asal dari cekvisionhomes. ita ambil di blog ka cek.Alhamdulillah cara yang diberikan agak mudah dan ia menjadi dengan baik.Resepi ini lebih kurang dengan resepi yang pernah ita buat sebelum ini. Hanya pengalaman ita yang tak seberapa buat macaron ni , untuk mendapat hasil yang cantik buatlah ketika hari agak panas dan kering, barulah macaron yang terhasil cantik kejadiannya. Terima kasih kak wan atas perkongsian resepi ini.

ELMO MACARON 
BAHAN-BAHAN

Swiss Meringue

  • 80g putih telur ( seeloknya putih telur yang telah disimpan didalam fridge dalam lingkungan 3 - 4 hari kemudian dikuarkan dari fridge sekurang2nya 2 jam sebelum digunakan...)
  • 65g gula kastor 
  • 80g ground almond
  • 140g icing sugar ( boleh guna 130g....)
  • 1/2tsp lemon juice
  • Pewarna serbuk @ gel color pilihan masing2

CARA-CARA PENYEDIAANNYA


Swiss Meringue Macarons

  •  Lapikkan baking tray dengan baking sheets
  •  Menggunakan round template atau duit 50 sen...lukiskan bentuk bulatan dibahagian bawah pelapik baking sheets...(bertujuan utk mendapatkan saiz bentuk macaron yang hampir sama...)...ketepikan
  • Ayak ground almond dan icing sugar ketepikan...
  • Menggunakan kaedah double boil....masukkan gula dan putih telur kedalam mangkuk tahan panas...
  • Kacau sebati putih telur dan gula sehingga suam ( anggaran 50 - 55 darjah Celcius
  • Bila campuran putih telur dan gula telah mencapai kepanasan 50 - 55 darjah Celcius....tuangkan campuran ini kedalam mangkuk pengadun....pukul dengan kelajuan sederhana laju....campurkan juga lemon juice....( jika menggunakan gel color...bolehla dimasukkan kedalam adunan....pukul/kacau sebati...sehingga soft peaks....)
  • Pukul lagi hingga adunan putih telur mula sejuk ....medium peak....berkilat dan bertanduk...( jika terbalikkan mangkuk pengadun adunan putih telur tak jatuh...)
  • Masukkan campuran ground almond & gula icing berwarna kedalam adunan putih telur....menggunakan spatula...kacau sebati adunan ini...tapi jgn over mix ...bimbang kalau ter over mix adunan akan menjadi cair...cukup kacau sebati dan adunan agak pekat ....
  • Masukkan kedalam piping bag...dan pipekan adunan keatas pelapik baking sheets yg telah dilukis bentuk2 bulatan tadi.....
  • Biarkan macaron lebihkurang 30 minit hingga 1 jam
  • Panaskan oven 150 darjah celcius....bakar dalam lingkungan 20 - 25 minit....terpulang kepada jenis oven.
  • Bila masak kuarkan dari oven..
  • Setelah sejuk bolehlah diletakkan filling kesukaan. 
  • Untuk membuat elmo. cairkan coklat putih dan paipkan untuk dijadikan mata. letakkan choc chip diatas coklat putih tadi. Untuk hidungnya warnakan coklat putih tadi dengan pewarna oren dan paipkan untuk dijadikan hidung.. sejukkan sebentar dan dah siap.

Buat juga bentuk Rillakuma yang takde telinga..:)

25 June 2011

Macaron




Salam semua.Malam semalam tetiba je Fathnin selsema. Sebelum tu Fateh dan suami ita. Jadinya semalam malam berjaga-jaga dengan suhu anak-anak takut demam. Alhamdulillah panas sikit je tak sampai pun 38 darjah celsius. Ita just lap-lap badan dan pastikan fathnin tak demam. Fateh ok je nasib tak panas hanya selsema je. Jadinya hari ni fathnin minta cuti dari "home school" dari cikgu Juwita..:) sebab selsema.

Alhamdulilah badan dah tak panas. Ita pun taknak paksa dia sebab dia tak sihat. Ita mengajar kat rumah pun selalunya happy-happy je supaya tak la tahun depan bila dia masuk darjah satu huruf A pun tak kenal.. jadinya tak nak bagi pressure sangat tapi ikut juga silibus darjah satu diMalaysia.



Disebabkan hari ni cuti dari mengajar jadi ada banyak sikit masa mencuba resepi yang mencabar. ita cuba buat macaron hari ni. Takut sebenarnya nak buat bila ramai yang kata nak buat macaron ni susah dan sebagainya. Tapi dalam hati geram je bila semua macaron yang kawan-kawan buat cantik dan menjadi.. ita kena sahut cabaran tu. yosh....:) barang sebenarnya lama dah beli dah dan tunggu hari yang betul2 sesuai nak buat kata kena hari panas dan sebagainya. Jadinya 2-3 hari ini panas pula, lagi pun hari ni cuti mengajar jadi ada banyak masa...:).


Ita nak ucapkan terima kasih pada kawan ita saliza di FB sebab selalu nampak macaron dia jadi cantik je. Dia ada bagi buku panduan online jadinya ita baca sikit before buat selain itu ita juga nak ucapkan terima kasih pada kak Azlita sebab buat entry step by step tu ia amat membantu ita, rasa happy sangat sebab dapat kawan-kawan yang share ilmu yang ada moga ilmu kita ini akan diberkati oleh Allah.. InsyaAllah.



Pengalaman buat macaron ini sebenarnya memang mendebarkan tambah bila tengok waktu bakar tu keluar ke tak kaki dia. Tapi bila tengok kaki nya keluar rasa happy sangat. Hanya satu ita susah nak dapat saiz yang sama dan bulat cantik ... asyik senget je...hihihii.. walaupun dah buat macam tips kak Ita tu kata lukis dengan duit 20 sen kat parchment paper tu, takpe la practise make perfect kan.. nanti bila selalu buat jadi cantik la.. betul tak..

okla jom kita tengok resepi yang marbeles ini dan banyak resepi sebenarnya tapi ita ikut yang ini tambahan ita beli almond powder tu memang 80g je.. jadinya cukup-cukup untuk resepi ni. Izinkan ita share disini ye kak...Terima kasih



Macaron
Resepi asal : Rima
Sumber : Masam manis

Bahan-bahan.
80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor

80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna




cara- cara (Kak Azlita)

  1. Sediaka dulang pembakar. Alas dulang pembakar dgn kertas minyak. Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas kertas minyak dan jarakkan setiap satu sebanyak 3 cm. Terbalikkan keretas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan.
  2. Ayak serbuk almond dan gula icing, ketepikan. (Mula ita ayak tapi macam pengayak ita tu tak bagus plak.. so ita campur dua2 bahan tu tapi pastikan takde yang berketul dengan gaul rata2 jangan berketul-ketul)
  3. Masukkan gula kastor dan telur dalam satu bekas. Ambil sebuah lagi bekas yg besar sedikit dan letakkan air panas. Masukkan bekas gula dan telur kedalam bekas air panas. kacau perlahan sahaja hingga gula larut dan suhu larutan gula dan telur mencapai 50 - 55C. ( ini ita tak buat sebab ita dah rendam telur ita dalam air yang panas suam sebelum pecah lagi)
  4. Keluarkan dari bekas air panas pukul adunan telur dan gula ini dgn kelajuan maksima hingga menjadi pekat dan bertanduk.
  5. Masukkan sedikit2 gula ising dan almond yg telah diayak tadi kedalam 4. Kacau rata menggunakan spatula aje. Ingat ye! adunan ni lebih pekat dari adunan kita buat kek.
  6. ita bahagikan aduna kepada 2 bahagian. Letak pewarna dan ratakan.

  7. Masukkan adunan dlm beg plastik atau piping bag, kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. siapkan sampai habis.
  8. Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint.
  9. panaskan oven 150C - ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven-ita ikut kak ita tp ita bakar 20 minit.
  10. Bakar selama 15 - 20 minit.
  11. setelah masak, letakkan macrons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. kemudian bolehlah buat ganache pulak!
Nota: Tulisan merah itu ita yang buat jadi untuk peringatan ita dimasa depan...

;;

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG