JaJa'Z Latest Stories

Showing posts with label SPM. Show all posts
Showing posts with label SPM. Show all posts

Sunday, November 1, 2015

Hari Graduasi Kali Pertama SMKLH 2015...



Cepat betul masa berlalu...
sedar tak sedar tahun 2015 dah hampir ke penghujung..
rasa macam baru sangat semuanya berlalu kan..
rasa macam baru semalam bebudak ni naik ke tingkatan lima...
Dan esok bermula lah perjalanan sebenar diaorang dlm menempuh dunia SPM...
haishh..sedih plak rasa...
tak puas sebenarnya lagi dengan diaorang...nak mengajar lagi...
tapi apa kan daya..cikgu2 dah beri yang terbaik..
dan skang ni giliran diaorang plak untuk menggunakan segala ilmu2 tu...
kita sebagai cikgu bleh doakan yang terbaik je untuk semua...
biar semuanya berjaya....

So sebagai penutup tahun 2015 n sebelum diaorang melangkah ke alam SPM..
sekolah jaja anjurkan majlis graduasi untuk semua student2 form 5...
ni first time ni...sebelum2 ni mana ada....
sampai jeles la bekas2 student bila tgk budak form 5 this year macam2 pembaharuan dapat...
nak buat macam mana kan..rezeki masing2..
jaja pun excited sangat2...tapi hampir2 juga jaja tak dpt tgk majlis ni...
bleh plak sehari b4 majlis dapat surat untuk kursus...
tapi lepas sosek2 dengan pentadbir...jaja mintak excuse n nak hadir majlis ni jugak...
sayang la kalau terlepas kan...first time plak tu....
bebudak pun frust memula bila jaja bgtau yang memula maybe tak dpt joint diaorang..
hehehh

Meh jaja tepek pic2 sepanjang majlis....


Jubah2 student ni pengetua jaja usahakan sewa dr sek lama dia di Lipis...
punya la semangat dia untuk majlis ni...
tapi sayang nya pengetua sendiri tak dpt attend majlis ni sebab kena kursus 4 hari kat IAB..
frust kemain dia..heheheh


Muka semua kemain happy....
mau tak suka..lom habis blajar, lom exam dah merasa pakai jubah bagai.
cikgu dulu dah habis degree baru merasa tau..heheheh




with my bestie...


pengiring2 majlis hari tu...


berbunga telur n sirih junjung bagai.. haaa...
pengantin je takde...huhuuu

Majlis kali pertama ni sekolah jaja jemput ADUN Lepar, pegawai PPD n YDP PIBG
sebagai tetamu kehormat...
masing2 pun ada jubah memasing...


Lepas semua VIP sampai..majlis bermula...


Ucap tama dr GPK pentadbiran sekolah...


Ucapan perasmi dr ADUN Lepar..



Penyampaian sijil kepada pelajar....


Protokol tu penting yer..baru la majlis lancar...


Barisan pentadbir dan tetamu2 VIP

lepas dah majlis selesai...macam biasa la sesi bergambar pelajar2 ni...



macam2 gaya ada..cikgu layan je lah....






Tulang belakang kejayaan sekolah untuk tahun ni...

Untuk semua student2 cikgu.....
cikgu doakan semoga semuanya dapat buat yang terbaik
serta berjaya dunia dan akhirat..amin....


Thursday, March 21, 2013

Oh! Udang Galah....

Sesiapa yang memang mengikuti blog jaja ni..
kompem korang dah tau yg suatu ketika dulu En Zack memang selalu sangat2 g mancing udang galah..
sampaikan jaja ni dah bosan nak mengadap and masak udang galah ni...
tapi En Zack bukan g ngail kat sungai pun...
ngail kat kolam berbayar jek..hehhehehe
tapi kalau dah rezeki kami..sekali ngail dua jam bleh dapat berbelas2 ekor...
and rekod tertinggi En Zack , dia dapat 33 ekor utk 3 jam mengail..
itu jam memang puas la kami makan...

Pastu bila dah lama2..mood dia nak mengail dah tak berapa nak ada...
so, kiranya dah lama jugak la kami dah tak makan udang galah ni..
kalau ada dijual pun..harga sekilo memang mahal...
kar pasar atau pun yang jual kat tepi2 jalan mencecah sampai rm60 sekilo...
oh tidakkkkk...mahal giler....

Jadinya hari isnin lepas masa jaja g kat pasar malam...
nampak la ada orang jual udang galah ni dengan harga rm35 sekilo...
memang murah dah tu...
jaja pun apa lagi..terus la beli sebab dah lama teringin nak makan..
tapi jaja idok la beli sampai sekilo...
beli 5 ekor je untuk lepaskan kempunan...

Jaja memang tak cadang nak masak menu2 nasi berlauk untuk udang galah ni..
jadinya yang paling simple...
jaja masak nasi goreng and udang tu jaja buat goreng garam kunyit jek...


Nasi goreng seafood yang jaja boh sotong je kat dalam tu..and 
udang galah...

wah! kemain duduk bersimpuh udang2 tu..hehhehhe
sedia untuk di ngap!



tiga ekor untuk jaja..dan dua ekor untuk En Zack...hehehhe
isi udang pun manis jek..maybe sebab masih segar2...
sampai ke kulit2 udang jaja bantai makan..slurpppppp :P



Lepas makan tu terus En Zack cakap..

'Rasa macam nak g ngail plak bila tgk udang ni..'

Ah! sudahhhhhhh.....

^___~


Hari ni result SPM dah keluar...
bukan bebudak je berdebar..cikgu2 ni pun sama naik berdebarnya..
harap2 semua result ok lah...
and tak sabar jaja nak tau result dua orang anak sedara jaja hari ni...

Tuesday, October 30, 2012

Pengawas SPM...

Next week semua student form 5 akan menduduki peperiksaan SPM dah..kejap je kan masa berlalu..rasa macam baru lagi memulakan sesi persekolahan tahun 2012..tau2 bebudak ni dah nak amik SPM dah...tapi jaja tgk bebudak ni rileksss jek...biasa lah tu..orang lain yg nak exam..cikgu2 yang gabra lebih..anak2 nak exam..mak pak yang gabra lebih gak...sebab apa cikgu da ibu bapa yang terlebih gabra? sebab kami semua nak yang terbaik dr student2 ni..harap2 apa yang kami harapkan selama ni membuahkan hasil...


Alhamdulillah, tahun ni rezeki jaja dapat jaga SPM lagi..tahun lepas apply tapi tak dapat..tapi tahun lepas mmg hati malas nak jaga spm pun wlpun awal2 tahun tu jaja mmg apply jd pengawas..mujur gak tak dapat sbb masa tu pk nak balik kampung...nak jenguk mama and family kat Penang...

So, hari jumaat ni bermula lah tugasan pertama jaja sebagai Pengawas Peperiksaam spm dengan taklimat serta melawat pusat peperiksaan dulu..dan isnin depan barulah peperiksaan sebenar berlangsung...sekolah yang jaja jaga kali ni agak jauh la dr umah..kalau tahun2 lepas..sepelaung je dr umah...claim pun dapat sket jek..hikhikhik...kali ni bleh la claim lebih sket.. :p

Memandangkan jaja dapat jd pengawas peperiksaan..so, jaja kena make sure settlekan kerja2 yang kena settlekan sebelum jaja ke taklimat tu jumaat ni...harap2 semuanya berjalan dengan lancar lah...

>____<

Wednesday, November 16, 2011

Frust Sangat2....

Sebenarnya tak tau nak gambarkan macam mana perasaan kami ,cikgu2 ni...
tak tau sama ada sedih ke..frust ke..marah ke...
entah lah..semuanya bercampur baur...
tah apa la yang ada dalam fikiran bebudak ni sebenarnya...

Masuk hari ni dah 3 hari SPM berlangsung...
hari pertama berlalu dengan situasi mercun bola meletop2 tak berhenti...
jantung jaja ni tah berapa kali tersentap sebab terkejut...
asal ada pelajar2 yang keluar awal, lepas2 tu mesti berbunyi jugak mercun..
bingit nya takyah cakap la...tambah lagi dengan rasa sakit hati..

Semalam plak paper BI dan Tasawwur Islam...
bila paper english ni korang paham2 la..
awal tak awal, lepas 30 minit masa berlalu...dah ada student yang keluar..
Zurin yang ajar BI ni takyah cakap la..
masing2 dah buat muka frust...bila diaorang keluar..semua cakap sorry...
masalahnya bukan tak dapat buat..tapi tak nak buat...
terutamnya bebudak kelas belakang ni...
korang paham2 je lah bila sorang dah start keluar..
yang lain2 pun nak ikut sama...tak kisah dah pasal paper yg tengah jawab tu..

Time tasawwur islam plak...
paper mula kul 2 ptg..tapi segelintir pelajar bantai masuk dewan kul 2.10 ptg...
tak dan nak lama pun menjawabnya..
kul 2.30 ptg bebudak ni dah pakat2 keluar dewan semula...
paper 2 jam setengah tapi jawab dalam masa 20 min jek..
korang rasa2 lah kan..
diaorang ni menjawab ke tidak?
jaja takutnya bukan setakat jawab..jaja rasa ada jek yang tak tengok soalan langsung..
semua sibuk nak keluar awal..and kejar nak lepak2 dengan geng
kat luar pagar sekolah...

Tak pk pasal masa depan ke?
aduhhh...memang nak emo jek jaja rasa bila pk pasal hal ni...
jaja selalu bagitau kat student2 jaja...

Study betul2..jawab elok2..
jangan sampai menyesal satu hari nanti...
Dengan ilmu lah dapat menentukan hidup kita dimasa akan datang..
takde ilmu, susah nak hidup..takde ilmu orang pun pandang rendah kat kita
takde ilmu macam mana nak cari duit..
takde ilmu macam mana nak kawen, nak sara keluarga..nak sara anak bini..
tak pikir ke semua tu....

Time jaja drive depan bebudak yang tengah lepak kat tepi pagar sekolah
time nak balik tadi...
memang jaja tak pandang pun diaorang semua...
geram sangat2 rasa...
hanya satu ayat jek jaja ni kalau boleh bagi kat diaorang...

Just wasting your time!
 Ni baru hari ketiga...nak menghabiskan sampai 13hb Disember...
tah macam mana la gaya bebudak ni...

Jaja dok menanti hari khamis ni untuk paper math jaja...
harap2 student2 jaja semuanya dapat buat sehabis baik...
tak daya rasanya nak rasa frust tiap2 hari...

>___<

Monday, November 14, 2011

SPM Bermula Hari Ini...

Masa yang dinanti2 akhirnya tiba jua...
bukan untuk jaja la..tapi untuk student2 jaja ni...
berbelas2 tahun belajar..kini tibalah masa yang dinanti2kan selam ni..
yang bakal menentukan jatuh bangun dimasa akan datang..


Sekejap td sekitar kul 7.50 pagi dah selamat student2 jaja ni masuk ke dewan peperiksaan...
ada yang berdebar2..ada yang semangat berkobar2..
dan ada juga yang buat muka sambil lewa...
dan tak kurang juga yang buat muka tak heran pun pasal exam SPM ni..

Situasi biasa lah kalau pagi2 sebelum masuk dewan ..
Ada yang lupa bawa IC..ada yang lupa bawa slip kemasukkan exam..
Walaupun mulut cikgu2 ni dah berbuih2 pesan kat diaorang...
tapi tetap jugak ulang menda yang sama...

Dan pagi td jugak lah..jaja dapat tgk..beberapa muka yang dah lama tak datang sekolah..
muka2 kena buang sekolah...hadir untuk exam SPM...
dengan rambut yang tercacak ala2 trojan...yang rambut kembang setaman
macam Herman Tino pun ada....
time2 macam tu..tak kuasa dah nak melayan...
selagi Ketua Pengawas tak bising..go on je lah...tapi..
kalau ada complain...siap sedia lah kedai gunting rambut
akan dibuka pagi esok di depan2 dewan tu jugak..

Diiringi dengan doa dan harapan..
semoga semua student jaja akan beroleh kejayaan....

Mulakan dengan Bismillah.....
berkatilah setiap langkah kaki mereka itu dengan kecemerlangan..


Teringat plak kenangan SPM tahun 1996 dulu...

Wednesday, March 23, 2011

Sessi Amik Result SPM...

Akhirnya segala persoalan dah pun terjawab...
siapa best student, berapa peratus lulus,berapa GPS sekolah..
brapa orang fail,berapa orang cemerlang..
Kali ni mood jaja nak snap2 gambo kat dewan tadi tak berapa nak ada sangat..
just amik beberapa keping ni jek..
maybe sebab jaja tak jadi guru tingkatan form 5 last year..
cumanya jaja excited nak jumpa bebudak ict jaja je la...

Result agak lewat la jugak diedarkan pagi tadi sebab terpaksa sorting
sekali dengan sijil2 bebudak ni..
dalam pukul 11 lebih jugak la baru bebudak ni dapat tengok slip 
masing2.. 
Ada yang senyum..ada yang memalu..ada yang buat muka frust..
dan tak kurang juga yang buat muka tak puas hati...

apa pun jua reaksi diaorang,memek muka diaorang..perasaan diaorang
terima je lah seadanya...
itu lah semuanya hasil titik peluh anda2 semua selama 5 thn
belajar kat sek menengah ni...
tak guna dah nak menyesal..tak guna dah nak merungut..
hidup perlu diteruskan...
lepas2 ni pilih la jalan yang terbaik untuk tentukan masa depan
korang sendiri... 
Tetapi yang buat jaja lega sangat2..
alhamdulillah...result ICT masih mengekalkan 100% lulus...
walaupun result tak cemerlang mana..tapi sebab dah lulus tu...
kurang2nya lapang la dada jaja ni sket... 
Ni antara booth kolej2 yang datang untuk buat promosi..
tgk gaya ramai student2 yang berkunjung2 ke booth2 yang ada tadi..
harap2 diaorang dapat tentukan hala tuju hidup diaorang lepas ni..
sambung la belajar selagi boleh...
panjang lagi perjalanan hidup yang perlu ditempuh lepas2 ni....

Tuesday, March 22, 2011

Result SPM Diumumkan Esok...


Adakah ANDA sudah bersedia????


'Anda' tu refer untuk semua bekas2 pelajar spm thn 2010 la yek..
kang ada plak 'akauntan' tu yang menjawab plak..
hehhehe

Tahun ni pertama kalinya dalam sejarah selama jaja bergelar guru..
result SPM diumumkan lewat daripada biasa..
selalu2nya..sebelum cuti sekolah bln 3 memang dah diumumkan..
kali ni terlewat plak..

Time ni for sure ramai student2 yang tengah berdebar2 jek..
makan tak kenyang..mandi tak basah..
tido tak lena...ada ke ek?
hehhehe

Mana2 student yang memang 'pulun' sakan untuk SPM yang lepas
for sure la berdebar2 menanti result esok..
dan maybe  ada juga segelintir student2 yang tak heran pun..

Terima jek apa je result yang dapat....

Itu maybe pada golongan student2 yang jawab lebih2 kurang jek tu..

Jangan kata student2..cikgu2 ni pun berdebar2 jugak..
termasuk la jaja ni...
jaja pun risau jugak dengan result ICT jaja...
dah bertahun2 rekod baik lulus 100% untuk student2 ICT 
dan harap2 tahun ni punya result takde la yang men'spoil' kan plak..

Untuk student2 yang nak amik result esok..
boleh la check kat sekolah masing2 selepas kul 10 pagi yek..
ANDDDDD
make sure pakai pakaian yang bersesuaian...
kang buatnya datang dengan berambut merah, berselipar jamban...
tak pasal2 ada plak yang kena halau balik semula ke rumah...

Monday, December 20, 2010

SPM ~ Tamat sudah...

Selepas sebulan! 15 hari peperiksaan! 17 sessi !
48 paper !
Akhirnya!!! 
tamat sudah SPM untuk tahun 2010 ni..

Lega! Lega!
Akhirnya bleh la jaja start bercuti dengan jaya nya..
^___~
Antara adik2 yang sama2 bertugas kali ni dengan jaja..
dan juga Ketua Pengawas yang sporting,Cikgu Rahim.. 
Posing sat kat dalam dewan sebelum jaja balik tadi...

Esok dan hari2 seterusnya yang berbaki dalam 2 minggu lagi ni..
dapat la jaja rehat2 kan body, rehat2kan minda...
sebelum 'serabut' otak naik sekolah untuk tahun 2011 plak...

Jaja'Z: SPM tahun 1996 dulu..

Wednesday, December 15, 2010

SPM..Hampir Ke Penghujungnya....

Kejap sangat2 masa berlalu...
rasanya macam baru semalam jek jaja bersungut pasal mengantuk amat2 time jaga exam..
pejam celik pejam celik..tau2 isnin depan SPM dah nak habis dah..

Untuk minggu ni duty jaja dah habis..last day on monday next week plak..
untuk paper LK,Katering dan penyajian dan Ekonomi Asas...
lepas tu jaja pun bleh hureyyyyy sama dengan bebudak lain sebab dah habis bertugas..
just tunggu claim masuk je la..hhhehehehhe

Macam2 kerenah birokrasi budak2 yang jaja jumpa kali ni...
ada yang buat jaja kantoi pun ada gak..
kantoi apa..kena la tunggu next2 entry ek...hehheheh

Jaja'Z: Modd berblogging...kembali lah dikau!!!

Wednesday, November 24, 2010

SPM : Day 2

Alhamdulillah, Exam SPM hari ni berjalan dengan lancar sket
kalau nak di compare dr semalam...
student pun ok..cikgu2 pun okey..

Hari ni jaja bertugas jaga exam di kelas...
korang paham2 je la kalau kena jaga exam dikelas ni..
menguap tak hingatttt..mengantuk ya amat..
nak2 plak time paper 2 jam lebih...puas buat aktiviti macam2 sebab tak nak bagi ngantuk..
tapi tadi ada jugak la terbabas sket2..
mujur la jaja port kerusi jaja kat belakang kelas..so, takde la student yg nampak.
hehhehe
kalau tak, terkantoi sudahhhh!!!

Setakat dua hari exam ni..apa yang jaja perasan kat student2 sek tu..
bebudak cina selalu kuar awal..seawal selepas 30 min exam start..
bukan sebab bagus sangat jawab..tapi sebab tak reti jawab apa pun..
agaknya diaorang rasa..dr tak reti buat langsung..
baik la blah keluar jek...

Gasak ko la mamat cina weh..jangan kacau student2 lain nak jawab exam..
sudah laaaaa

Jaja'Z: 12 more days to go...

Tuesday, November 23, 2010

SPM : Day 1

Apa yang jaja boleh simpulkan untuk hari pertama SPM hari ni..

PENAT GILER!!!!!

Tu jer yang mampu jaja luahkan...
selama 4 tahun dah pengalaman jaja jaga SPM, kali ni memang penat nya Ya Rabbiiiii!!

Seawal 7 pagi jaja dah tercongok kat bilik kebal sebab iring Ketua Pengawas 
amik soalan2 exam..
sampai je kat pusat exam dah kul 7.20 pagi dan rupa2nya jaja plak runner untuk hari ni..
dah la jaja pakai heel 2.5 inci punya tinggi...
pastu kena plak  jaja berkejar kejaran hantar kertas exam ke tingkat 3
untuk edaran student2 dibilik2 exam..
blom kul 9 pagi muka jaja dah berpeluh2..mana taknya..
hari ni je jaja ulang alik naik tingkat 3 hantar kertas exam ada dekat 8 kali...
dengan pakai heel 2.5 inci okehhhhh...
Sket2 ketua jaja soh hantar kertas tambahan la..hantar benang la..tanya kedatangan la...
kalau la jaja tau kena jadi runner  hari ni..tak kuasa nak pakai heel2 ni...
menyakitkan kaki jek...

Tu blom cerita pasal lenguh kaki berjalan jaga exam lagi...
asal nak duduk sket jek, ada jek pemantau dr JPNP datang..takpun penyelia kawasan yag dtg..
tak pun, baru je nak duduk..budak plak mintak kertas tambahan..
kena la jalannnnnn lagi...

Teruk tak teruknya punya berjalan, sampai melecet kaki jaja ni tadi..
tak pasal2 time rehat tengah hari jaja berkejar balik umah kejap sebab nak amik sandle 
pastu meluru plak masuk tunas mart sebab nak beli handy plas...
adoi laaa...nak makan2 memang tak sempat dah..
nak baring2 lagi lah jangan mimpiiii...

konon hajat hati lepas habis paper kul 4.30 nak gi menyinggah Giant kejap..
Nan Adoooooo!!!
cakap kat En Zack...tak jadi nak gi...sebab penat tak ingat dah ni....

Skang ni dah siap mandi, dah siap solat...
memang rasa nak baring jek...
tapi apa2 hal nak update blog dulu...

Harap2 esok ok lah sket kot...penat amat rasanya

Jaja'Z: Agaknya hari ni dah berjalan brapa km agaknya ek??


Kepada semua calon2 SPM 2010 
terutamanya kepada semua student2 form 5 SMKLH

Cikgu ucapkan semoga semuanya berjaya...
do the best for spm ok...


Jaja'Z: Mulakan dengan bismillah.....

p/s: Auto publish entry...jaja pun tengah jaga exam SPM ni... :p

Related Posts with Thumbnails