Showing posts with label {DIY}. Show all posts
Showing posts with label {DIY}. Show all posts

Monday, November 4, 2013

{DIY} Twig Centrepices (Cantik dan Murah!)

Assalammualaikum dan hai pembaca semua!

Siapa tak suka idea murah, mudah dan menarik? Tengah surfing, Rilla terjumpa idea untuk menggunakan ranting kayu sebagai centerpiece. Sesuai untuk majlis-majlis yang bertema rustic. Projek ini tidak memerlukan kos yang besar. Lepas majlis pun tak sayang nak buang.



Selamat mencuba!

Wednesday, October 30, 2013

{DIY} White Lily Handbouqet

Assalammualaikum dan hai bakal-bakal pengantin semua

Sungguh, rindunya nak blogging di sini. Rindu log penuh habuk ni. Rindu dengan pembaca. Sekrang nak update blog kena pandai cari masa, celah-celah timbunan kerja di pejabat, timbunan kerja di rumah, suami dan anak yang perlu perhatian.

I still love weddings. I still love DIYs. Jadi bila sempat, Rilla masih akan update blog ni. Harap korang tak jemu.


Projek ini agak mudah. Boleh guna bunga hidup atau bunga tiruan. Hasil pun nampak elegan. Selamat mencuba!

Monday, February 4, 2013

Thursday, January 31, 2013

{DIY} Paper Accordion Pinwheel Cake Topper

Assalammualaikum dan hai semua!

Ramai yang tanya Rilla macam mana Rilla buat paper medallion/accordion pinwheel untuk hiasa bilik pengantin Rilla. Tutorial yang Rilla jumpa ni boleh terangkan macam mana nak buat cuma untuk hiasa bilik pengantin, kena guna kertas yang lebih besar.

Tutorial ini adalah untuk cake topper. Salah satu idea untuk menjimatkan perbelanjaan majlis korang. Tempah je kek dengan icing kosong, dan cucuk cake topper ni. Nah, tak payah bayar RM500-600 untuk kek kahwin.


Selamat mencuba~

Tuesday, January 29, 2013

{DIY} Felt Chrysanthemum

Assalammualaikum dan hai semua...

Rilla jumpa satu tutorial untuk DIY bunga chrysanthemum dari felt. Sesuai sebagai projek B2B untuk centerpieces! Nak buat handbouqet pon boleh.


Selamat mecuba~!

Wednesday, January 9, 2013

{DIY} Ribbon Bow Ornament

Assalammualaikum dan hai semua...

Rilla nak kongsi satu idea DIY yang Rilla rasa sangat comel - ribbon bow ornament. Boleh digunakan sebagai dekorasi majlis anda. Nak buat pelamin pun boleh: ambil ranting kayu yang besar, buat ornament ni banyak-banyak, dan gantung kat ranting kayu tadi. Mesti cantik.Harga material pun murah, cuma pakai reben yang ikat hamper tu je.

DIY Ribbon Bow Ornament Tutorial by Paper n Pearlz

Selamat mencuba!

Read about my anniversary here. (Dah setahun kahwin pun tak habis-habis lagi review)

Wednesday, August 8, 2012

{DIY} Tissue Paper Backdrop

Assalammulaikum dan hai semua...

Lama kan Rilla tak kongsi idea DIY? Sebenarnya, dah lama tak kongsi apa-apa, hahaha. Rilla terjumpa satu projek DIY ni, iaitu Tissue Paper Backdrop.


Kena pakai tissue paper tau bukan tissue kat ikea tu. Sangat flexible, boleh guna untuk deco bilik pengantin, photobooth atau meja makan beradab. Kalau buat dalam tona ombre mesti lagi cantik. Selamat mencuba!

Tuesday, March 6, 2012

Rilla's Craft {4} DIY Ring Pillow

Entri ini adalah sebahagian dari siri Rilla's Craft. Sila klik logo di atas untuk paparan semua siri ini.


Assalammualaikum dan hai semua!

Sudah lama tak ada entri Rilla's Craft kan? Kali ini adalah tutorial untuk Ring Pillow (Oshinz, ini untuk awak). Rilla memang dah lama nak pakai bantal cincin untuk hantaran Rilla berbanding dengan bekas cincin yang sudah biasa digunakan. Sejak dari tengok Tuanku Zara punya majlis pernikahan, dah memang pasang niat nak guna bantal cincin. Punyalah lama, masa tu belum kenal dengan Kanda lagi, heh. Minta maaf jika kualiti gambar kurang memuaskan, masa ambil gambar ni memang terkejar-kejar, maklumlah, saat akhir baru terhegeh-hegeh nak buat.

Inilah hasil yang kita cuba buat hari ini.


Langkah 1
Buat bantal. Ala, yang macam biasa tu. Saiz, ikut sesuka hati anda.


Langkah 2
Potong beberapa jalur kain. Lebar 5cm, panjang tidak kisah. Lebar juga boleh disesuaikan. Kalau nak kelopak yang kecil, kecilkan lebar jalur kain ini.


Langkah 3
Lipat jalur kain tadi seperti ini.


Langkah 4
Potong bahagian atasnya mengikut bentuk separuh bulatan. Bakarkan sisi-sisi kain jika fabrik anda jenis yang berbulu-bulu.


Langkah 5
Buka lipatan kain yang dipotong tadi. Jahitkan ke atas bantal seperti di dalam gambar ini.


Langkah 6
Jahit mengikut bentuk bulatan. Apabila sampai ke penghujung kain, sambung dengan jalur kain yang lain pula.


Langkah 7
Jahit sehingga bulatan sampai ke tengah.


Langkah 8
Potong sedikit kain berbentuk bulatan dan jahitkan di tengah bantal.



Langkah 9
Potong riben. Rilla guna riben grossgrain. Kemudian jahitkan di tengah-tengah bantal. Masa nak jahit tu, riben dibiarkan sahaja mengurai, jangan diikat seperti dalam gambar ini. Ini adalah gambar masa Rilla cuba ikat riben.


Dan Siap! Inilah rupa bantal cincin yang diletakkan di atas dulang hantaran.


Selamat mencuba!

Nota kaki:
Rilla ada dapat beberapa pertanyaan tentang penggunaan cermin Malma Ikea untuk hantaran Rilla dan perbandingannya dengan hantaran Intan. Rilla memang tak cadangkan korang ikut cara Rilla pakai cermin Malma ni kalau korang nak fungsi cermin itu sendiri. Cuba tengok Intan punya hantaran, nampak reflection bunga-bungaan kan? Intan custom-made dia punya cermin, dia hantar ke kedai frame. Tambahan, lepas guna untuk hantaran, lebih cantik untuk menghias rumah berbanding cermin Malma ni. Cermin Malma ni, bahagian cermin dia kecil sahaja. Kalau tengok hantaran Rilla, semua pun Rilla tutup bahagian cerminnya. Rilla tidak mahukan fungsi cermin itu, sebaliknya lebih kepada nak menampakkan elemen papan kayu. Kalau nak beli papan kat kedai kayu mahal lepas tu nak kena sapu dengan kertas pasir, cat lagi, banyak makan masa. Jadi cermin Malma adalah pilihan yang terbaik buat Rilla. Rilla tetap akan cadang korang guna cara Intan kalau nak hantaran korang ada pantulan cermin.

Monday, September 26, 2011

{DIY} Felt Flowers

Assalammualaikum dan hello my lovely readers.

Kali ini entry untuk sekumpulan tutorials felt flower yang Rilla jumpa. Felt flowers kan tengah in, so Rilla compile tutorials kot-kot ada yang teringin nak DIY. Kos buat felt flowers pun tak mahal sebab felt ni murah je. RM5/gulung kat Daiso. Click the links under the pictures for the tutorials.




















Banyak kegunaan felt flower ni, the possibilities are almost endless. Garlands, centerpieces, hand bouquets, corsages, bunga telur, you name it. Selamat mencuba!

Thursday, August 18, 2011

{DIY} Felt Hearts Hand Bouquet

Assalammualaikum dan hai semua.

I found this while wandering online. So, naturally, I have to share this with you guys. Sangat comel, sesuai untuk majlis pertunangan, if you want something that's a bit relaxed *wink* Cost pun murah. You all boleh beli felt RM5/segulung kat Daiso. 1 gulung pun dah cukup ni.



Selamat mencuba :D

Tuesday, August 9, 2011

{DIY} Crepe Paper Streamer Backdrop

Asalammualaikum dan hai korang.

Rasa macam dah lama tak buat entry DIY. Macam biasa, if Rilla surf internet dan terjumpa sesuatu yang cool, first thought that came through my mine always be 'I've got to share this with my readers'. Kali ni Rilla terjumpa DIY untuk backdrop menggunakan crepe paper. Crepe paper ni harga dia murah, jadi projek ni pun tak memakan kos yang banyak.




Pretty kan? Korang boleh customize ikut warna tema korang. Bayangkan kalau warna pastel..mesti cantik. Bukan sahaja korang boleh guna untuk backdrop photobooth, tapi boleh juga untuk backdrop makan beradab, dan kalau ada sesiapa yang berani mencuba, backdrop pelamin pun boleh.

Daa.

Monday, July 11, 2011

{Deco Ideas} Butterfly Centerpiece

Assalammualaikum dan hai uolls.


Hari ni iolls nak share satu lagi idea inexpensive untuk centerpieces atau untuk apa-apa deco lain. Tak tahu nak panggil benda alah ni apa... centerpiece rama-rama hinggap di ranting kayu atas piring? Heh, panjang benau. Tak kisah la, tapi senang dan murah ok. Tak susah pun nak buat. Piring tu korang beli jek kat kedai dua ringgit. Ranting kayu boleh petik, butterfly, macam dalam tutorial tu, print jek. Penutup kaca tu jek yang mahal. Tapi kalau tak pakai pun still cantik rasanya.

Selamat mencuba :D

Friday, July 8, 2011

{DIY} Lollipop Tree

Assalammualaikum dan hai cantiks

Entri DIY memanjang kan? Rilla kena writer's block la, tak tahu nak tulis apa untuk update majlis sendiri. Plus, I'm pretty busy with my secret project. Secreat la kunun. Oklah kan entri DIY pun dari takde entri langsung kan? Dulu kan Rilla pernah cerita ingat nak bagi lollipop doorgift untuk kanak-kanak yang datang majlis Rilla. Well, Rilla terjumpa lagi satu cara yang comel untuk display doorgift ni. Mudah, tak payah buat packaging. Juga sesuai sangat untuk diletakkan di meja candy buffet.

Thursday, June 30, 2011

{DIY} Bubbles in A Jar

Assalammualaikum dan hai korang <3

I found this, and it's too awesome to not to be shared with you guys. So cute - perfect for door-gifts that children will absolutely love.


Selamat mencuba :D

Tuesday, June 21, 2011

{Fabulous Finds} Tissue Paper Flower

Assalammualaikum dan hai cantiks.

Hari tu Rilla pergi IOI Puchong. Jalan-jalan masuk Daiso a.k.a. kedai 5 ringgit, maknanya setiap barang dalam kedai tu harganya RM5.00. Barang-barang dia semua import dari Jepun. Rilla memang suka lah masuk kedai ni, menggila jadinya, semua barang pun geram tengok. Masa tu ajak kanda masuk sekali, dia pun menggila, lama sungguh dia membelek barang-barang kat bahagian aksesori kereta. Macam-macam ada kat kedai ni, dari peralatn rumah, alat tulis, sampai la aksesori haiwan peliharaan. Bak kata pepatah, macam-macam ada.

Rilla tahu ramai B2B kat luar tu yang tengah gila dengan tissue flower atau paper flower. Rilla jumpa material untuk buat benda ni, khas untuk yang tak berapa rajin nak DIY from scratch. Kenapa? Sebab dia dah potongkan kertas dan ikatkan dawai. Jadi, beli you all beli, tinggal kembang-kembangkan jek.


Boleh didapati dalam pelbagai warna. Rilla beli warna putih.

Sepeket ni boleh dapat 14 kuntum bunga sebesar piring yang guna untuk minum teh tu. Eh, bukan guna piring untuk minum teh, piring yang datang sekali dengan cawan untuk minum teh. Bunga dia kembang semangkuk je. Rilla beli sepeket, saja menggatal. Agak mahal sebenarnya, sebab RM5.00 dapat 14 kuntum jek. Kira sekuntum dalam 36 sen. Kalau banding dengan made from scratch la. Tapi macam yang Rilla cakap, untuk mereka yang tak berapa nak rajin atau yang tak cukup masa.

Daiso ni banyak cawangan. Yang kat IOI tu memang besar. Yang dekat The Curve pun besar jugak.

Dah.

Thursday, April 21, 2011

{Tutorial} DIY Fabric Flower: Poppy

Assalammualaikum dan hello cantiks :*




Rilla kembali lagi dengan tutorial fabrik flower. Asik entri DIY jek. Takpe ke ni? Just to share with you guys another technique of DIYing fabric flower. Rilla guna teknik ni untuk buat bunga ala-ala bunga poppy. Malas nak buat pendahuluan panjang-panjang. Teruslah kita ke tutorial.




Mula-mula sekali, ambil kain dan lipat-lipat. Tak kisahlah nak lipat 8 ke, lipat 16 ke, asal korang boleh gunting. Kemudian, gunting seperti bentuk gitar macam dalam gambar di atas. Untuk projek ni, Rilla guna kain polyester mix. Memang kain perca yang ada kat rumah. But I would think that satin will give you a closer effect to a poppy's petal.




Kemudian, dekatkan dengan api untuk mengkerepotkan [?] kelopak yang telah dipotong tadi. Kalau kelopak anda kecik macam yang Rilla buat ni, seeloknya pakai tweezer untuk langkah ini to protect your pretty fingers. Untuk bunga ini, Rilla sajaje biarkan kelopak tu terbakar sampai hitam. Takpe, sebab kain pun warna gelap. So it sort off adds to the charm.




Inilah rupa kelopak yang telah dibakar. Mengikut pembacaan Rilla, bunga poppy ada 4 hingga 6 kelopak. Rilla buat yang ada 6 kelopak, jadi Rilla perlukan 3 helai kelopak yang macam kat atas ni untuk hasilkan sekuntum bunga.




Untuk mencantumkan kelopak, mulakan dengan menindih dua helai kelopak dan bentukkan macam huruf X. Kemudian jahitkan sedikit untuk tetapkan kedudukan kelopak. Nak gam pun boleh, tapi Rilla prefer jahit.




Kemudian tindihkan kelopak yang terakhir dalam kedudukan menegak dan jahit lagi untuk mengukuhkan kedudukan kelopak.




Kemudian, jahitkan manik secara berselerak di kawasan tengah bunga. Try to conceal the little stitch we did just now. Rilla pakai 5 hingga 6 biji manik untuk sekuntum bunga.




Siap sudah :D Semoga maju jaya [macam ayat dekat depan kertas periksa je?]

Wednesday, April 13, 2011

{Tutorial} DIY Fabric Flower: Peonies

Assalammualaikum dan hello :D



Akhirnya, berjaya menyiapkan tutorial n, Alhamdulillah. Nak buat semalam, tapi kamera ayah pinjam. Si cantik manis Lyana Hanif ada tanya Rilla macam mana nak buat organza flower. Walaupun untuk tutorial kali ni Rilla guna satin, kaedahnya tetap sama. Moh kita.




Mula-mula sekali, ambil kain dan potong bentuk bulatan pelbagai saiz. The circle doesn't have to be perfect. Nak besar mana, ikut kesukaan masing-masing lah. Rilla punya yang paling besar tu lebih kurang saiz permukaan gelas minum. Berapa banyak pun ikut suka hati lah. Kalau rasa nak bunga banyak kelopak, potonglah banyak-banyak. Rilla guna 6 kelopak untuk satu bunga.

Untuk jenis kain, nak guna kain ape pun boleh. But the best is silk [wah, guna silk untuk buat projek macam ni?]. You can also use organza. Yang ni guna satin sebab murah, RM2.00/meter jek.




Kemudian, ambil kain yang dah dipotong itu tadi dan dekatkan dengan lilin. DEKATKAN sahaja, bukan bakorr [walaupun Usop suruh]. Dekatkan sahaja pun sudah cukup kain akan jadi merengkot. Kalau dekat sangat nanti kain tu terbakar, jadi warna hitam, tak lawa, especially bila guna kain warna cerah.




Kemudian susun kelopak-kelopak tu. Tindihkan kelopak yang paling besar di bawah, yang paling kecil di atas.




Lepas tu, jahitkan sedikit untuk mengukuhkan kedudukan kelopak-kelopak.




Kemudian, jahitkan manik. Boleh jahit satu sahaja, atau nak jahit banyak-banyak pun boleh. Tak semestinya guna manik, guna labuci boleh, butang boleh, ikut kreativiti masing-masinglah ye.



Dan kemudian, siaplah bunga anda!


Rilla ada lagi beberapa teknik, nantilah, kalau ada masa, Rilla buat tutorial lagi ya.

Wednesday, March 16, 2011

{DIY} Raibow Pudding

Assalammualaikum dan hai you all *wink*

Ape khabar semua? Sihat? Dah makan? Kali ini Rilla mahu kongsi DIY Raibow Pudding yang Rilla jumpa dengan pembaca semua. Mungkin boleh praktikkan idea ini untuk candy buffet, dessert atau doorgift. Kalau tak mahu warna-warni pun boleh tukar untuk samakan dengan warna tema korang.


Sila klik gambar di atas untuk tutorialnya.

Selamat berDIY.

Friday, March 11, 2011

{DIY} Hydrangea Pomander Ball

Assalammualaikum dan hola!

Sape suka hydrangea angkat keyboard! Memang bunga favourite Rilla la. Tapi masalahnya bunga ni diva sikit, susah nak jaga dan cepat layu. Tapi Rilla ada jumpa tutorial ni, bunga ni dijamin tak akan layu atau duit anda dikembalikan ;p Sungguh senang, sekayu mana pun tangan korang [kalau korang tangan kayu] Rilla yakin, korang mesti boleh buat punya.


Click the picture for the tutorial.

Selamat berpomander semua :D

p/s: Ya, Rilla tulis ni pukul 6 pagi. Boleh tak semalam tertidur dengan baju kurung sampai pukul 5.45 pagi?

Wednesday, March 2, 2011