Tuesday, November 3, 2015

Hello November!

Assalamualaikum,

fuhhh laa gila menghilang. Dari awal mengandung sampai bersalin, anak dah hampir 3 bulan dah baru nak buat post blog -_-' update sikit mengenai diri ini..

Dah dapat anak dah! alhamdulilah syukur sangat. Walaupun bersalin awal sebulan sebab bayi melintang, gdm, dan suspect iugr.hmmm part tu tak best nanti kita cerita ok.

Baju songket dan nikah still available untuk disewa. kalau berminat sila email aku ok atau leave comment nanti aku reply :)

Ok tak tau nak update apa lagi. Nanti aku cerita pengalaman bersalin di PPUM.wee

till then,
salam

Thursday, January 8, 2015

Wedding Review: Hantaran Nikah

Hi,

Masa aku bertunang untuk hantaran nikah memang dah siap-siap bagitahu masa nikah sepersalinan dengan dulang 5 dibalas 7. Masa tunang dulu simple-simple je. Masa nikah ni bagi yang boleh guna sikit untuk keperluan harian. Antara barang yang aku bagi kepada suami ialah Al-quraan, set tali pinggang dan wallet, perfume, jam, coklat, kek, kasut. Manakala suami bagi aku lebih dari 5 dulang hantaran.bhahaha hadiah katanya yang lebih tu. Antaranya telekung, al-quraan, handbag dan wallet, kasut, jam, buah, hamper, kek. 

Hantaran semua disediakan oleh makcik aku. Tema dikekalkan masa tunang dulu. Pink-putih.hehe








 last but not least kek yang menjadi perhatian dalam banyak-banyak dulang hantran tu.hehe


 Kek ni aku tempah dari Pandacookies dekat instagram. Idea aku memang nak buat kek TV sebab suami kerja kilang buat TV. Nak bagi memori signature untuk dia supaya dia kerja kuat cari nafkah.ekek Cari punya cari kat instagram tak jumpa pun malaysian yang buat kek TV lagi sebagai contoh. Jadi aku ambil idea dari google (omputih) punya design kek. Maka terjadilah kek TV ni.hihi Thanks Pandacookies. Sebulan sebelum majlis tempah kek ni. Yang bestnya sekali include delivery sekitar Shah Alam. 5 bintang and very trusted!  Alhamdulilah family mentua suka kek ni.

Btw yang tak bestnya bila idea kita sebagai pioneer dan orang lain tiru sebijik-sebijik!! I was like hmmmmmm. at least tulisan kau 'We're Married **love****' tu tukar lah.duhhhhhh ni sebijik kau tiru design, warna, jenama dan tulisan kek aku ni. Sangat tak best ok ditiru sebijik-sebijik.hmmm

Gambar dari OP baru dapat. Lepas ni rajin la kita update.ekeke

ok byeee


Wednesday, November 26, 2014

Review Wedding: Pelamin Dewan

Assalamualaikum,

Salah satu yang orang akan perhatikan masa kenduri adalah pelamin. Ada yang prefer tak perlu pelamin atas sebab-sebab tertentu. Aku pun dulu tak nak pelamin sebab rasa membazir menghabiskan ribu ringgit atas pelamin yang hanya beberapa jam saje. Tapi bila bincang balik kena juga pasang pelamin. Antara sebabnya, untuk  kenangan, senang bergambar, penyeri majlis dan yang penting niatkan tak ada bersanding dan tepung tawar. Hanya bergambar sahaja.huhu 

Disebabkan aku ni pengantin budget, aku puas survey merata untuk dapatkan pelamin dewan bawah RM2k. Ada yang aku cari boleh bagi, tapi design dia sangat simple dan rasa boleh pasang sendiri, tak padan bayar riban riban. Cari punya cari aku ternampak post dari ex B2B Rina  . Masa ni dia dapat harga RM1k. FYI aku punya pelamin sebijik dengan pelamin Rina. Ambil love kat belakang tu pun follow Rina jugak.ehehe sorry sis Rina and thanks for your review!


  • Pelamin dari Classic Bridal by MakeupbyFiza
  • Service review: Terbaik! Krew kak fiza datang on time setup pelamin. Siap dalam masa 2 jam.
  • Price: RM1500 include red carpet, walkaway 8x, arch and payung. Tapi payung tak ada sebabnya aku pun lupa nak remind kak fiza dan dia pun lupa.huhu nasib baik kakak ipar aku ada payung cun simpan dalam kereta.







Berbeza dengan pelamin Rina, aku tukar kerusi. Untuk pengetahuan, aku ambil pelamin bukan sekali dengan katering (deco dewan). Semua asing-asing.hehe Awalnya memang nervous gila sebab takut pelamin tak match dengan deco dewan. Maklumlah ambil asing-asing nanti warna tak sama dan nampak buruk. Alhamdulilah semua perfect! Deco dewan oleh katering pun cantik. Yang ni nanti aku buat review ye. Memang matching sangat dan pak-pak sedara puji cantik.hehe alhamdulilah syukur.

Aku tahu trend pelamin sekarang bukan macam ni tapi sekurang-kurangnya pelamin yang aku tempah ni cukup la untuk keluarga dan kawan-kawan bergambar.hehe Budget pun ciput so berkadar diri la kan. Nak pelamin grand bagai almost 2k++ *pengsan*

Untuk pengetahuan, kerana aku ni sangat malas nak survey butik semua hanya online 100% survey, aku contact kak Fiza thru whatsapp sahaja. Tak call dan tak jumpa face to face langsung. Cuma update je la tanya perkembangan booking kat whatsapp je. Tu yang aku redha kalau kena tipu sebab tak jumpa dan harga pelamin paling murah yang aku pernah survey.hehe Alhamdulilah trusted ok! Highly recommended!!

Sekian.

Monday, November 3, 2014

Call me Puan Amirah

Assalamualaikum!

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. syukur ke hadrat illahi dan izin Allah akhirnya aku telah diijab labulkan dengan pasangan pada 24/10/2014 yang lepas jam 4petang, Jumaat. Syukur Allah. Terima kasih Allah kerana telah menemukan aku dengan pasangan yang diimpikan.alhamdulilah.

Untuk pengetahuan, kami belajar bersama satu kuliah di Matrik Melaka. Tapi setakat kenal-kenal muka la. Dalam hati terdetik, 'eh handsomenya mamat ni. Tapi skema la pulak.bhahahaha' aduiii setakat usha-usha dari jauh je tapi tu pon sekejap sebab dalam pada yang sama minat budak kelas husbandku.aduiiii

Jumpa balik di UTM Skudai kat DSI. Dia beratur depan aku nak daftar PTPTN. Last-last dia tak ambil pun sebab dapat JPA. Nak dijadikan cerita jumpa borak tegur-tegur je kat DSI masa tu. Nervous bukan main Allah je lah yang tahu. Tak tahu kenapa nervous sangat-sangat borak dengan dia. Esoknya dia minta nombor phone melalui kawan dan dari situ kami keep in touch. Sampai 24/10/2007, dia texted, 'boleh saya jadi 'kawan' awak?'. :') Dan perkenalan kami berlarutan sampai 7 tahun. Susah senang bersama, dan alhamdulilah Allah jodohkan kami :')

Untuk pengetahuan juga, aku selalu doa dalam hati supaya dipertemukan jodoh dengan lelaki ada lesung pipit.hahahaha tak tahu kenapa.aku suka sangat. Alhamdulillah suami ada lesung pipit. Tapi nampak tak nampak sangat.hihi Dan aku juga pernah berdoa, supaya kami nikah pada hari dia tanya boleh jadi kawan tak.hehe Tak sangka doa sekecil tu pun Allah makbulkan. Tepat 7 tahun kami berkawan Allah hadiahkan aku dengan suami, kawan baik dan kekasih dunia akhirat. Thank you Allah :') So kepada semua, beware with all your doa especially doa yang kecil-kecil tu. Sebab kita tak tahu Allah nak makbulkan bila kan :)

suamiku, syurgaku

Berkenaan majlis nikah dan resepsi nanti aku update ok! Banyak sangat review nak buat ni. Suka semuanya berkaitan dengan majlis kecuali PA sistem.blerghhhhhhh rasa nak %^#@^&* T_T

Buat B2B yang lain selamat membuat preparation! rasa rindu sangat nak buat preparation kawen sebab semua aku buat sendiri. Rasa nak jadi wedding planner pulak lepas ni.hihihhihi

Ok till then, salam :)





Saturday, September 27, 2014

Ragam menghantar jemputan perkahwinan

Assalamualaikum,

Less than a month dah.hehe Sekarang sesi menjemput dan mengedarkan kad jemputan. FYI kad aku tempah melalui kawan kepada kawan aku. Dia design, print dan pos. Seperti biasa ada pro dan cons kalau tempah melalui kawan. Hmm yang tu malas nak ulas panjang nanti macam-macam cerita pulak yang keluar.hehe

Dalam proses menjemput orang ni, ada yang nak kad, ada yang suruh hantar kad kat whatsapp dan ada yang cukup hantar invitation kat fb. Terpulang kepada penerima kad tu kan. Bagi aku, kawan yang rapat dan akan datang ke majlis kita,aku akan bagi by hand, whatsapp atau pos. Dan bagi yang tak berapa nak rapat sebagai contoh kawan sekolah (1 batch yang selalunya berlainan jantina) yang rasa-rasa dia pun tak ingat kita (hehe) cukuplah hantar jemputan kat fb je.

Btw macam-macam ragam manusia jugak lah respond kawan-kawan yang aku terima. Banyak yang best itu aku tak dapat nafikan. Yang tak best pon ada jugak. satu dua je lah. Yang tak best tu..hmmmm rasa nak putus kawan pun ada.

 Korang bayangkan..aku datang majlis kawen dia dulu. Punya ah excited sebab dia kawan yang agak baik jugak lah masa sekolah dulu. Tapi ada crisis (bukan dengan aku tapi salah sorang geng aku) sebab rampas boy friend. well biasalah zaman-zaman muda belia bercinta dulu.hehe Tapi aku konon professional tak nak involved masalah dorang sebab dua-dua aku rapat. Ok back to story, aku datang majlis dia tahun lepas. Dan aku tak mengharap dia datang pun majlis aku sebab dia HO so confirmlah busy kan. Aku cuma nak dia acknowledge majlis aku je. Ye lah kata kawan kan. Tak datang pon aku faham sebab komitment kerja dan keluarga. Aku invite thru whatsapp tau. Baik punya ayat jemput datang ke majlis kawen pada sekian di sekian tempat (panjang ok ayat aku). Bila ada orang invite personally (one to one) kat korang..secara automatic korang akan reply 'Tahniah atau Thanks sebab invite'. kan kan kan? tapi korang tau apa aku dapat bila dia reply...dia reply macam ni.

Hanya icon thumbs up je weh!! icon je!! *crying* tak ada thanks ke sorry ke tahniah ke. Icon tu je. macam ni ke kawan. Bukan kawan 2 3 bulan tapi kawan dari sekolah tau.sekelas lagi. T_T 

Apa perasaan korang bila kawan korang buat macam tu? Secara jujur aku sakit hati. Macam tak hargai kita invite dia secara personal. Kalau invite thru fb korang boleh la ignore je tapi jemputan secara peribadi kot!

Dan aku pon reply balik  'busy nya ko sekarang'. Dan tak sampai seminit dia reply 'Aku baru free.haha ok nnt aku free aku datang k'.  aku:*speechless*

Ko kata ko baru free?tapi ko bagi thumbs up kat aku tak sampai beberapa minit pon. *emo* makan banyak masa sangat ke taip 'ok' 'sorry', 'tq' 'congrats'???? Disebabkan aku emosi sangat aku delete conversation tu without print screen dan terus delete nombor dia.hahaha well perempuan memang emosi!

Sorry kalau korang rasa benda n small matter tapi bagi aku sebagai kawan kita kena hargai jemputan yang di jemput secara peribadi (one by one) kat korang. hmmm macam-macam ragam. Disebabkan aku frust dan emo, aku luahkan perasaan kat mak aku. Aku siap cakap aku nyesal pergi kenduri kawen dia.haha dan mak aku yang comel dan sangat baik nasihatkan aku macamni..

'lupakan dan maafkan lah dia. Mungkin dia rasa dia tak rugi hilang kawan dan jawab jemputan dengan tak ada budi bahasa macam tu. Kita tak boleh kata menyesal datang kenduri dia. Allah dah aturkan, mungkin rezeki kita datang kenduri dia dan mungkin bahagian kita, Allah akan lapangkan masa orang yang kita tak dapat datang majlis kita pada awalnya, akan datang, InshaAllah ada hikmah disebalik semua tu'

Thanks mak. Senang hati dengar ayat pujukan mak. well macam-macam ragam. Betul la orang kata kalau masa kenduri kawen ni la kita boleh kenal siapa betul-betul kawan dengan kita.hmmmm speechless sangat.

korang doakan majlis aku berjalan dengan lancar k. *nervous mood on* Thanks sebab baca bebelan emosi di hari ahad ni.hehe

Thanks ^^

Sunday, September 14, 2014

Sebulan lagi.dup dap dup dap

Assalamualaikum,

Tinggal sebulan lagi nak bertukar status. Tiba-tiba rasa tak get ready, banyak tak siap, tak nak kahwin dan macam-macam. Korang yang dah berkahwin pernah tak rasa macam ni sebelum kahwin? T_T

Tak tahu nak kata macam mana. Nak kata gaduh tak tapi macam tiba-tiba tak ready nak kahwin. Macam mana nak jadi isteri solehah nanti kalau sekarang asyik melawan je kerja bila tunang cakap.aduiii Rasa tak ready sebab tiba-tiba kasih sayang kat parents dan perhatian dari no 1 jadi no 3 dah (selepas suami dan mak & ayah mertua) T_T Rasa tak ready sebab nak masuk ke keluarga baru. Confirm akan ada conflict (tipu la kalau family mertua korang tak ada conflict langsung. DONT DENY!) ekeke *nervous*

Pasal persiapan kahwin pulak hmmmm

1. Legal documents -SETEL! Part ni semua ayah uruskan. Cuma isi borang, datang kursus kahwin dan buat HIV test je. Jumpa tok kadi semua tak perlu.hehe

2. Baju Pengantin- Almost 80% siap. Tinggal nak beading kan baju sanding dan veil je lagi.

3.Hantaran-Almost 80% done. Kek hantaran dah tempah dan 1 dulang sponsored by my cousin. Thanks kak ai :)

4. Katering-Deposit done :)

5.Bilik Pengantin-Belum! Perabot tak beli, langsir tak buat. Sempat ke tidak? T_T

6. Doorgift-DONE! DONE! DONE! Happy!!

7. Kad Kahwin-Tinggal nak edar je lagi.hehe (consider DONE)

8. PA sistem- Belum! T_T suggest please PA sistem area shah alam.huuu

9. Candy Buffet dan Props-DONE!

10. Handbouquet- DONE! Tempah je dari kak nurul.hehe

11. Makeup-DONE!

12. Photographer-DONE!

13. Pelamin nikah dan sanding-DONE!

Hampir semua dah ready.almost 70%. Tengok macam banyak dah buat tapi bila rasa dan tengok macam eh ada je yang tak siap lagi.hehe

BTW berbalik kepada persiapan mental, doakan aku ye. Kalau ada yang nak bagi nasihat please jangan teragak-agak. Sesungguhnya aku sangat perlukan nasihat dan ilmu rumah tangga dari korang yang dah bergelar isteri.sobss Dugaan nak kahwin ni macam-macam.Doakan aku kuat ye.

Thanks all ^^





Tuesday, July 15, 2014

Wordless Wed: dUCk scarves

Assalamualaikum,

Salam ramadhan semua. Presenting my first dUCK scarves for raya.hehe ;)




weeeeee imma happy girl!!hehe highly recommended. Harga setanding dengan kualiti dan cara bungkusan ;) Dapat discount jugak masa beli dUCK scarves ni. Discount almost half of the price :)

Shop here

Thanks :)