Monday, March 24, 2014

Alfatihah buat MH370

 Assalamualaikum,




Salam takziah buat keluarga mangsa MH370. Semoga Allah merahmati setiap jiwa dan jasad yang berada dalam MH370. Sesungguhnya dariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. Alfatihah :'(

p/s: Sedih sangat bila kawan cerita kebanyakan pekerja freescale adalah top performer dan si isteri (yang juga pekerja freescale) sedang mengandung menunggu suami yang berada dalam MH370 pulang. Salam takziah .


Saturday, March 1, 2014

Wedding Preparation-DIY Veil Nikah

Assalamualaikum,

Sana sini orang DIY veil. Kite pon tak nak ketinggalanlah.hehe actually memang sangat beza kalau DIY dengan tempah. Duit, Kualiti dan kepuasan. Terpulang kita nak pilih yang mana. But for me..I choose DIY. Sebab:-

1. Nak jimat. Veil yang dijual dan ada yang cutom made boleh sampai RM120 (paling murah pernah survey). Tapi itu pon simple teramat.
2. Kepuasan. Boleh design ikut yang kita nak. Adjust selagi mampu dan tambah selagi nak.haha
3. Kualiti kalau yang professional of course lah tak boleh lawan. Tapi kalau DIY sendiri yang pandai jahit kualiti tak perlu dipertikaikan lagi.hehe ;)
4. Sebab nak cabar diri sendiri. Orang lain boleh buat veil kenapa aku tidak? :O

FIY boleh rujuk beberapa blog B2B yang dah bagi tutorial buat veil.hehe kalau case aku, aku tak rujuk sangat sebab aku ada contoh veil sendiri. Masa tunang aku beli material dan hantar tempah kat kawan aku. Dia memang berniaga veil dan beads. Viel-lova namanya. Jadi bila pakai masa tunang dan aku jadikan veil tersebut as a sample dan rujukan. So potongan ikut veil yang dah diberi. Settle! Aku percaya semua orang boleh buat veil sendiri. Confident atau tak je dan masa yang diperlukan. Ni veil masa tunang aku.

Kain net 2m dan boarder lace double side 1m (RM30) dari Jakel JB, beads from Viel-lova. Actually aku memang cari boarder lace paling murah kat Jakel. Siap cakap kat akak  yang layan 'Saya nak yang paling murah sekali'. hehe

Okey untuk majlis aku nanti, ketiga-tiga majlis (nikah,sanding,tandang) aku buat veil sendiri. Untuk nikah aku guna chiffon, sanding-tak tau lagi.mungkin net ataupun chiffon.bergantung pada warna net yang aku nak cari. tandang-net (lebih masa tunang).

Meh update sikit DIY veil yang aku dah buat.mihmihmih

lace lebih dari french lace beads baju nikah aku.

Masih dalam process pembikinan.eceh.

Kos DIY veil: Chiffon bidang 60 1.2m Kamdar=RM16, 0.5m french lace, 6 jenis beads (dari kecil sampai besar, RM2 per packet)=RM12, Jahit tepi tudung RM3-Skudai Parade.

Overall total DIY Veil Nikah=RM31 (tak termasuk lace sebab lace adalah balance dari kain untuk baju nikah)

Kalau veil yang aku buat macam ni di custom made kan, harga dia RM180-RM280.phewwww mahal bebeno. DIY lagi better kan? ;)

Harap dapat beri inspirasi dan semangat kat B2B nak DIY.hee

till then,
salam