Saturday, September 27, 2014

Ragam menghantar jemputan perkahwinan

Assalamualaikum,

Less than a month dah.hehe Sekarang sesi menjemput dan mengedarkan kad jemputan. FYI kad aku tempah melalui kawan kepada kawan aku. Dia design, print dan pos. Seperti biasa ada pro dan cons kalau tempah melalui kawan. Hmm yang tu malas nak ulas panjang nanti macam-macam cerita pulak yang keluar.hehe

Dalam proses menjemput orang ni, ada yang nak kad, ada yang suruh hantar kad kat whatsapp dan ada yang cukup hantar invitation kat fb. Terpulang kepada penerima kad tu kan. Bagi aku, kawan yang rapat dan akan datang ke majlis kita,aku akan bagi by hand, whatsapp atau pos. Dan bagi yang tak berapa nak rapat sebagai contoh kawan sekolah (1 batch yang selalunya berlainan jantina) yang rasa-rasa dia pun tak ingat kita (hehe) cukuplah hantar jemputan kat fb je.

Btw macam-macam ragam manusia jugak lah respond kawan-kawan yang aku terima. Banyak yang best itu aku tak dapat nafikan. Yang tak best pon ada jugak. satu dua je lah. Yang tak best tu..hmmmm rasa nak putus kawan pun ada.

 Korang bayangkan..aku datang majlis kawen dia dulu. Punya ah excited sebab dia kawan yang agak baik jugak lah masa sekolah dulu. Tapi ada crisis (bukan dengan aku tapi salah sorang geng aku) sebab rampas boy friend. well biasalah zaman-zaman muda belia bercinta dulu.hehe Tapi aku konon professional tak nak involved masalah dorang sebab dua-dua aku rapat. Ok back to story, aku datang majlis dia tahun lepas. Dan aku tak mengharap dia datang pun majlis aku sebab dia HO so confirmlah busy kan. Aku cuma nak dia acknowledge majlis aku je. Ye lah kata kawan kan. Tak datang pon aku faham sebab komitment kerja dan keluarga. Aku invite thru whatsapp tau. Baik punya ayat jemput datang ke majlis kawen pada sekian di sekian tempat (panjang ok ayat aku). Bila ada orang invite personally (one to one) kat korang..secara automatic korang akan reply 'Tahniah atau Thanks sebab invite'. kan kan kan? tapi korang tau apa aku dapat bila dia reply...dia reply macam ni.

Hanya icon thumbs up je weh!! icon je!! *crying* tak ada thanks ke sorry ke tahniah ke. Icon tu je. macam ni ke kawan. Bukan kawan 2 3 bulan tapi kawan dari sekolah tau.sekelas lagi. T_T 

Apa perasaan korang bila kawan korang buat macam tu? Secara jujur aku sakit hati. Macam tak hargai kita invite dia secara personal. Kalau invite thru fb korang boleh la ignore je tapi jemputan secara peribadi kot!

Dan aku pon reply balik  'busy nya ko sekarang'. Dan tak sampai seminit dia reply 'Aku baru free.haha ok nnt aku free aku datang k'.  aku:*speechless*

Ko kata ko baru free?tapi ko bagi thumbs up kat aku tak sampai beberapa minit pon. *emo* makan banyak masa sangat ke taip 'ok' 'sorry', 'tq' 'congrats'???? Disebabkan aku emosi sangat aku delete conversation tu without print screen dan terus delete nombor dia.hahaha well perempuan memang emosi!

Sorry kalau korang rasa benda n small matter tapi bagi aku sebagai kawan kita kena hargai jemputan yang di jemput secara peribadi (one by one) kat korang. hmmm macam-macam ragam. Disebabkan aku frust dan emo, aku luahkan perasaan kat mak aku. Aku siap cakap aku nyesal pergi kenduri kawen dia.haha dan mak aku yang comel dan sangat baik nasihatkan aku macamni..

'lupakan dan maafkan lah dia. Mungkin dia rasa dia tak rugi hilang kawan dan jawab jemputan dengan tak ada budi bahasa macam tu. Kita tak boleh kata menyesal datang kenduri dia. Allah dah aturkan, mungkin rezeki kita datang kenduri dia dan mungkin bahagian kita, Allah akan lapangkan masa orang yang kita tak dapat datang majlis kita pada awalnya, akan datang, InshaAllah ada hikmah disebalik semua tu'

Thanks mak. Senang hati dengar ayat pujukan mak. well macam-macam ragam. Betul la orang kata kalau masa kenduri kawen ni la kita boleh kenal siapa betul-betul kawan dengan kita.hmmmm speechless sangat.

korang doakan majlis aku berjalan dengan lancar k. *nervous mood on* Thanks sebab baca bebelan emosi di hari ahad ni.hehe

Thanks ^^

Sunday, September 14, 2014

Sebulan lagi.dup dap dup dap

Assalamualaikum,

Tinggal sebulan lagi nak bertukar status. Tiba-tiba rasa tak get ready, banyak tak siap, tak nak kahwin dan macam-macam. Korang yang dah berkahwin pernah tak rasa macam ni sebelum kahwin? T_T

Tak tahu nak kata macam mana. Nak kata gaduh tak tapi macam tiba-tiba tak ready nak kahwin. Macam mana nak jadi isteri solehah nanti kalau sekarang asyik melawan je kerja bila tunang cakap.aduiii Rasa tak ready sebab tiba-tiba kasih sayang kat parents dan perhatian dari no 1 jadi no 3 dah (selepas suami dan mak & ayah mertua) T_T Rasa tak ready sebab nak masuk ke keluarga baru. Confirm akan ada conflict (tipu la kalau family mertua korang tak ada conflict langsung. DONT DENY!) ekeke *nervous*

Pasal persiapan kahwin pulak hmmmm

1. Legal documents -SETEL! Part ni semua ayah uruskan. Cuma isi borang, datang kursus kahwin dan buat HIV test je. Jumpa tok kadi semua tak perlu.hehe

2. Baju Pengantin- Almost 80% siap. Tinggal nak beading kan baju sanding dan veil je lagi.

3.Hantaran-Almost 80% done. Kek hantaran dah tempah dan 1 dulang sponsored by my cousin. Thanks kak ai :)

4. Katering-Deposit done :)

5.Bilik Pengantin-Belum! Perabot tak beli, langsir tak buat. Sempat ke tidak? T_T

6. Doorgift-DONE! DONE! DONE! Happy!!

7. Kad Kahwin-Tinggal nak edar je lagi.hehe (consider DONE)

8. PA sistem- Belum! T_T suggest please PA sistem area shah alam.huuu

9. Candy Buffet dan Props-DONE!

10. Handbouquet- DONE! Tempah je dari kak nurul.hehe

11. Makeup-DONE!

12. Photographer-DONE!

13. Pelamin nikah dan sanding-DONE!

Hampir semua dah ready.almost 70%. Tengok macam banyak dah buat tapi bila rasa dan tengok macam eh ada je yang tak siap lagi.hehe

BTW berbalik kepada persiapan mental, doakan aku ye. Kalau ada yang nak bagi nasihat please jangan teragak-agak. Sesungguhnya aku sangat perlukan nasihat dan ilmu rumah tangga dari korang yang dah bergelar isteri.sobss Dugaan nak kahwin ni macam-macam.Doakan aku kuat ye.

Thanks all ^^