Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
Ya Allah,rahmatilah kami dengan al Quran,jadikanlah ianya sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami.
Ya Allah,Ingatkanlah apa yang kami lupa daripadanya,berikanlah ilmu yang
belum kami ketahui mengenainya,anugerahkanlah kepada kami untuk
membacanya di tengah malam dan penghujung siang.jadikanlah ia sebagai
hujah bagi kami wahai tuhan seru sekalian alam.Ya Allah,perbaikilah bagi
kami agama kami kerana dialah penjaga urusan kami,perbaikilah bagi kami
dunia kami kerana di dalamnya kami hidup,perbaikilah bagi kami akhirat
kami kerana ia tempat kembali kami,jadikanlah hidupan sebagai tambahan
segala kebaikan bagi kami danjadikanlah kematian sebagai kerehatan kami
dari segala kejahatan.
Ya Allah,jadikanlah sebaik-baik umur kami pada penghabisannya
dansebaik-baik amal kami adalah penutupnya dansebaik-baik hari bagi kami
ialah hari berjumpa denganMu.Ya Allah,kami memohon kepada Mu kehidupan
yang tenteram, kematian yang tenang dantempat kembali yang tidak
menyedihkan dan tidak membuka aib.
Ya Allah,kami memohon kepada Mu sebaik-baik permohonan,sebaik-baik
kejayaan, sebaik-baik ilmu,sebaik-baik amal, sebaik-baik
pahala,sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian,teguhkanlah,
beratkanlah timbangan kebaikan kami,teguhkanlah keimanan kami,
tinggikanlah darjat kami,terimalah sembahyang kami.kami memohon
ketinggian syurgaMu,keharusan mendapat rahmatMu dan keteguhan
pengampunanMu,keselamatan dari segala dosa, kejayaan dari semua
kebajikan,keuntungan syurga dan keselamatan dari neraka.
Ya Allah,perbaikilah akhir hayat kami dalam segala perkara.selamatkan kami dari kenistaan hidup di dunia dan siksaan di akhirat.
Ya Allah,Anugerahkanlah kepada kami ketakutan kepadaMuyang dapat
menghindarkan kami dari berbuat maksiat kepadaMu,ketaatan yang dapat
menyampaikan kami kepada syurgaMu,keyakinan yang dapat memperkecilkan
musibah dunia yang menimpa kami,berikanlah kenikmatan kepada kami dengan
pendengaran, penglihatan dankekuatan kami selama hidup kami, jadikanlah
ia sebagai peninggalan kami,jadikanlah pembalasan kami kepada orang
yang menzalimi kami.tolonglah kami menghadapi orang yang memusuhi
kami.janganlah Engkau jadikan dunia sebagai kehendak kami yang paling
besar danpengetahuan paling akhir bagi kami,janganlah Engkau beri
kekuasaan atas kami kepada orang yang tidak mengasihi kami.
Ya Allah,janganlah Engkau tinggalkan dosa-dosa pada kamimelainkan Engkau
telah mengampuninya,janganlah Engkau tinggalkan kesusahan kepada
kamimelainkan Engkau telah mengembirakannya.janganlah Engkau tinggalkan
hutang-hutang kepada kamimelainkan Engkau telah menunaikannya
danjanganlah Engkau tinggalkan sesuatu keperluan dunia dan akhirat pada
kamimelainkan Engkau telah menunaikannya.
Ya Allah,berilah kebaikan kepada kami di dunia dan akhirat,peliharalah
kami daripada azab api neraka.selawat dan salam kepada Rasulullah
junjungan yang mulia, para keluarga dan sahabat-sahabat baginda,Subha
narabi ka rabbil izzati amma ya sifun..wasalamun ‘alal mursalin
walhamdulillah hirabbil alamin.Amin ya rabbal ‘alamin.