Terkini

Sabtu, 1 September 2018

SST-Rokok-Naik-Harga

PETALING JAYA : Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk rokok telah ditetapkan pada 10 peratus pada 29 Ogos, dan ia akan menyebabkan harga rokok meningkat.

Pengarah urusan British American Tobacco (M) Bhd (BAT) Erik Stoel berkata, syarikat itu bimbang dengan kesan yang akan dikenakan oleh SST ke atas 10 peratus  daripada industri rokok.

Beliau menggesa kerajaan untuk menimbangkan semula peningkatan SST terhadap produk tembakau "memandangkan perdagangan rokok haram yang tinggi ini dan tekanan berterusan ke atas pendapatan boleh guna untuk pengguna Malaysia purata".

"Bagi industri tembakau, SST 10 peratus lebih tinggi daripada 6 peratus GST (barang dan cukai perkhidmatan) sebelumnya.

"Tambahan pula, ini bermakna cukai berganda kerana SST akan dikenakan levi termasuk cukai tinggi, yang mana kita kini menyumbang kepada Kerajaan," katanya dalam satu kenyataan pada hari Jumaat.

Beliau berkata, malangnya ia akan memaksa syarikat itu tiada pilihan lain tetapi untuk mempertimbangkan kenaikan harga bagi pengguna.

"Kami prihatin bahawa ia dapat meningkatkan lagi pertumbuhan perdagangan haram di Malaysia.

"Industri rokok di bawah tekanan hebat dan tidak pernah pulih daripada kenaikan cukai eksais yang belum pernah berlaku hampir 40 peratus pada November 2015, yang menaikkan harga rokok kepada harga yang tinggi berbanding rokok haram," katanya.

Sebagai akibatnya, Stoel berkata jumlah jualan rokok mengikut undang-undang telah menurun dengan ketara dan menjadikan Malaysia sebagai "kawasan pemburu yang sangat menarik untuk penyeludup dan pelbagai jenis jenayah yang tidak sepatutnya dikaitkan dengan 'Malaysia baru' yang dihormati."

"Peningkatan harga ini akan menyebabkan perbezaan yang lebih tinggi antara harga rokok dan haram, jika tiada penyelesaian kerajaan yang berkesan untuk mengekang perdagangan rokok haram di Malaysia," katanya.

Sabtu, 11 Mac 2017

jais-sarday-rmmj-orang-tengah.png

KLUANG : Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Md Jais Sarday menegaskan bahawa pemilikan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan rumah kuota Bumiputera di negeri ini tidak melibatkan orang tengah.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan helah pihak tertentu yang menjamin rumah berkenaan jika mendapat sejumlah bayaran.

Jais Sarday yang juga Adun Mahkota, meminta orang ramai melaporkan kepada Polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya ada pihak meminta bayaran untuk tujuan itu.

Beliau turut menegaskan bahawa rumah mampu milik ini dibina bertujuan untuk membantu rakyat memiliki rumah sendiri.

Ujarnya, kerajaan Johor telus dalam urusan penjualan rumah RMMJ. Bagaimanapun, tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab ini memberi imej buruk kepada urus tadbir kerajaan negeri.

Rabu, 8 Mac 2017

Jais-Sarday-Exco-Perumahan

KLUANG : Kerajaan Negeri Johor hari ini dilaporkan merombak semula tiga portfolio Exco kerajaan negeri yang akan berkuatkuasa Ahad ini.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Khaled Nordin, rombakan itu termasuk jawatan dan tugas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang disandang Datuk Abd Latif Bandi sebelum ini.

Dalam satu kenyataan, Khaled turut mengumumkan perlantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi DUN Mahkota, Kluang, Datuk Md Jais Sarday sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang baharu.

Untuk memastikan kelancaran urusan kerajaan negeri, portfolio Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang disandang ADUN Mahkota itu akan diletakkan di bawah kendalian Datuk Ayub Rahmat .

Memetik laporan MStar, Khaled berkata portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani , Ismail Mohamed akan diamanahkan portfolio Keusahawanan dan Pembangunan Koperasi.

Dalam pada itu, Kahled turut memaklumkan bahawa penyusunan semula tiga portfolio ini telah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Beliau turut menegaskan bahawa penukaran portfolio Datuk Md Jais Sarday itu adalah tepat dan sesuai berdasarkan pengalamanya yang luas serta kedudukanya sebagai Exco paling kanan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Selasa, 28 Februari 2017

jais-sarday-imcoop

KLUANG : Kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri Johor, menerusi Koperasi Iskandar Malaysia Bhd (imCoop) merancang untuk membuka 20 lagi Kedai Harga Patut Muafakat Johor pada tahun 2017.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Md Jais Sarday, berkata lokasi kedai harga patut ini akan tertumpu di sekitar kawasan pembangunan Iskandar Malaysia.

Katanya, Kedai Harga Patut Muafakat Johor dirancang untuk dibuka di lokasi yang mempunyai banyak pejabat kerajaan termasuk di pusat pentadbiran kerajaan negeri di Kota Iskandar dan Wisma Persekutuan di sini.

jais-sarday-imcoop-pelanggan

Jelas beliau lagi, langkah untuk membuka lebih banyak Kedai Harga Patut Muafakat Johor ini sejajar dengan aspirasi kerajaan Johor untuk membantu masyarakat mendapatkan bekalan barangan basah dan asas tani dengan tawaran harga lebih.

Sehingga kini, imCoop sudah membuka lapan cawangan di Johor termasuk Pengerang, Kota Tinggi dan Tenggaroh, Mersing dan dua lagi cawangan di Paroi dan Panchor di Negeri Sembilan sejak ditubuhkan pada 2014.

Md Jais berkata, imCoop adalah gabungan 116 koperasi di bawahnya dan diwakili oleh kira-kira 75,000 anggota koperasi.

Selasa, 21 Februari 2017

dap-kluang-SHEIKH-OMAR-ALI

KLUANG : Berikutan pameran rang DPT suku keempat 2016 yang dipamerkan pada 7 hingga 20 Feb yang lalu, Pakatan Harapan Kluang menerusi Pejabat Ahli Dewan Negeri (ADUN) Mengkibol telah turun ke lapangan untuk membuat semakan terhadap senarai pemilih yang pindah alamat mengundi di parlimen ini.

Dari sejumlah 61 nama yang disemak, terdapat 7 nama yang dikenalpasti meragukan apabila tuan rumah yang di temui mengesahkan bahawa nama pengundi yang ditempatkan di alamat kediaman mereka tidak dikenali.

Daripada 7 nama tersebut, masing-masing 4, 2 dan 1 daripadanya dipindahkan ke 3 alamat di sekitar Taman Pelangi dan taman-taman berhampirannya dekat Jalan Niyor.

Saya telah memfailkan bantahan bagi kes-kes ini di SPR pada 19 Februari 2017 yang lalu.

Keadaan ini menimbulkan tanda tanya, siapakah yang telah memindahkan nama-nama ke alamat kediaman yang tiada kaitannya antara tuan rumah dengan pengundi tersebut?

Saya sangsi bahawa ada pihak yang telah memanipulasi nama pengundi dengan memindahkannya tanpa mengikut prosedur yang betul bagi tujuan memenangi pilihan raya yang akan datang menerusi taktik kotor.

Untuk rekod juga, YB Jais Sarday dari UMNO memenangi kerusi DUN Mahkota pada PRU 13 yang lalu dengan majoriti 1108 undi. Ironinya, dalam kes pemindahan masuk alamat 7 nama pengundi yang sangat meragukan ini juga berlaku di DUN Mahkota.

Justeru, saya sangat yakin pemindahan menggunakan taktik kotor ini ada kaitannya dengan survival UMNO untuk memastikan kemenangan kekal milik mereka disini.

Selepas kenyataan media oleh ADUN Mengkibol Tan Hong Pin berhubung isu alamat mengundi Menteri Besar Johor yang ditempatkan di Pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang bersama 13 lagi nama yang lain (rujuk http://m.malaysiakini.com/news/373037), jelaslah bahawa UMNO tiada keyakinan untuk memenangi PRU 14 yang akan datang menerusi tawaran polisi yang baik dan iltizam menghentikan salahguna kuasa pemimpin-pemimpin mereka. 

Sebaliknya, mereka masih memilih menggunakan taktik kotor menjelang PRU yang akan datang.

KENYATAAN MEDIA
SHEIKH OMAR ALI
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor

Ahad, 19 Februari 2017

khaled-tentera-fly-jb

Hasrat kerajaan negeri Johor ingin membantu keluarga 8 remaja sekolah yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru awal pagi semalam dipertikai netizen.

Rata-rata pengguna laman sosial yang mengikuti perkembangan kes ini mempersoal kewajaran kerajaan negeri menyediakan khidmat guaman untuk keluarga mangsa sedangkan banyak lagi kes kemalangan jalan raya berlaku sebelum ini tidak dapat pembelaan serupa.

Netizen turut mempersoal apa motif kerajaan negeri berbuat demikian serta menuntut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberi penjelasan lebih lanjut mengenainya.



Dalam satu kenyataan media semalam, Menteri Besar Johor menyatakan bahawa kerajaan negeri akan membela nasib keluarga mangsa dengan memberi khidmat guaman percuma bagi mengkaji tindakan sewajarnya  berhubung kes ini.

Selain dari bantuan guaman, kerajaan negeri turut memberi bantuan segera berupa wang tunai berjumlah RM1,600 bagi setiap keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut.

Mohamed Khalid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri berkata bantuan tersebut akan disalurkan menerusi beberapa angensi negeri dan pusat termasuk Tabung Khairat Kematian Negeri Johor, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Khamis, 16 Februari 2017

Mahathir-CIA-BMF

KUALA LUMPUR : Kabinet hari ini bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara pada sekitar 1990-an.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata pasukan petugas khas itu akan dianggotai pelbagai agensi kerajaan termasuk individu-individu yang dihormati dan berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu.

“Pasukan petugas khas ini akan mengemukakan syor dan cadangan untuk dipertimbangkan oleh Kabinet dalam tempoh terdekat dan tindakan selanjutnya termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) jika perlu berdasarkan hasil siasatan itu nanti,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, tindakan kerajaan itu membuktikan komitmen dan ketelusan kerajaan bagi memastikan urusan Bank Negara pada ketika itu dijalankan mengikut urus tadbir yang ditetapkan.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, kerajaan akan sentiasa terbuka dan telus dalam siasatan itu memandangkan ia melibatkan Bank Negara Malaysia dan dikatakan skandal kewangan terbesar.

“Penubuhan pasukan petugas khas ini merupakan langkah permulaan bagi mendapatkan semula fakta-fakta yang berkaitan – menganalisis semua Hansard rasmi mesyuarat-mesyuarat Parlimen pada masa itu, minit-minit Mesyuarat Kabinet yang terdahulu, laporan Ketua Audit Negara, Bank Negara Malaysia dan laporan-laporan lain daripada agensi-agensi yang berkenaan.

“Ia juga bertujuan untuk mengetahui apa sebenar yang telah berlaku, jumlah kerugian sebenar dan sama ada terdapat salah laku tatacara pentadbiran kewangan serta adanya tindakan pihak tertentu untuk menutup apa yang sebenar berlaku dari pengetahuan rakyat Malaysia selama ini,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Isnin, 23 Januari 2017

muhyiddin-shahrir-felda

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meragui kemampuan Pengarah Felda yang baharu, Tan Sri Shahrir Abdul Samad untuk mengembalikan semula kegemilangan institusi berkenaan.

Beliau turut menyarankan Shahrir Samad supaya membasmi dan membersihkan segala masalah penyelewengan dan isu dalaman yang sedang berlaku jika benar-benar serius ingin menaikkan semula nama Felda.

 “Saya dengar pengerusi Felda yang baharu itu mahu kembalikan semula kegemilangan Felda seperti satu masa dahulu jadi saya tidak tahu bagaimana dia nak selesaikan masalah sebegini.

“Mungkin dia pun sebagai pengerusi dah ketinggalan zaman kerana tidak melihat dengan jelas masalah yang dihadapi Felda sekarang tidak seperti dahulu kerana sekarang ia sudah rosak dibuat oleh pihak pimpinan yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Shahrir_Abdul_Samad_Felda

Memetik laporan Sinar Harian, Muhyiddin mendakwa, kemerosotan prestasi Felda juga berpunca daripada pihak yang tidak bertanggungjawab, korupsi dan campur tangan pihak kerajaan yang tidak amanah serta tidak menampakkan hasilnya.

“Dulu kita tahu hasil daripada nilai syarikat dan nilai korporat hasil yang ada di bawah Felda memang cukup besar sehingga bernilai berbilion ringgit. Tetapi, hairan bagaimana pada waktu yang cukup singkat segala apa yang telah dibina untuk puluhan tahun boleh hancur begitu sahaja.

“Selain itu, sebahagian besar daripada harta dan saham daripada Felda juga dilihat sudah tidak mempunyai nilai ditambah pula dengan kekuatan kewangan yang agak lemah. Ini semua hanya memberi kesan buruk kepada peneroka,” katanya.

Tambahnya, PPBM bersama Pakatan Pembangkang mempunyai rancangan bagi menyelesaikan perkara tersebut yang bermula dengan memberikan penerangan kepada kesemua peneroka mengenai masalah yang sedang dialami Felda sekarang.

Ahad, 15 Januari 2017

muhyiddin-talkin-umno

SHAH ALAM : Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi gambaran bahawa UMNO kini sedang berada di hujung nyawa kerana roh dan jiwa yang memberi nafas kepada parti itu sudah lama mati.

Ketika berucap pada Majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di Stadium Malawati semalam, Muyiddin berkata, parti yang diketuai Najib Razak itu tidak akan pulih dari sakit tenat yang sedang dialami dan hanya menunggu masa untuk ditalkinkan sahaja.

Beliau juga menjelaskan, perjuangan Bersatu adalah bukan untuk kepentingan individu tetapi sebuah wadah politik baharu untuk orang Melayu, masyarakat pribumi dan rakyat Malaysia.

"Kita berjuang untuk mengagih kekayaan negara secara adil dan saksama tanpa mengira kaum dan agama serta mendokong prinsip bahawa setiap rakyat berhak untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti dan sempurna.

"Semua ini bukan sekadar pernyataan dasar atau harapan parti, tetapi matlamat perjuangan yang termaktub secara jelas di dalam Perlembagaan. Jadi, selagi Bersatu wujud, inilah yang menjadi landasan perjuangan parti kita," katanya lagi

Memetik laporan Sinar Harian, Muhyiddin berkata, Bersatu bukanlah serpihan mana-mana parti dan perasmian parti itu satu permulaan dan perjalanan masih jauh.

"Masih banyak ranjau, duri dan liku yang mesti kita tempuh. Akan ada ribut, taufan, ombak dan gelombang besar yang perlu kita redah.

"Tak kurang juga fitnah dan adu domba yang cuba memecahkan kesatuan kita. Yang irihati dengan pencapaian kita," katanya.

Sabtu, 14 Januari 2017

hentian-bas-kluang.jpg

Hampir setiap tahun rakyat diminta membayar cukai kepada kerajaan termasuk kerajaan negeri. Tujuan cukai dibayar adalah untuk membantu kerajaan yang dipilih melalui sistem pilihan raya bagi menyediakan perkhidmatan dan prasarana yang terbaik untuk rakyat.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong menerusi status laman sosialnya mempersoal ke mana perginya duit pembayar cukai di Kluang yang dikutip setiap tahun itu.

Pertiakaian itu dibuat kerana beliau selaku wakil rakyat di sini tidak berpuas hati dengan perkhidmatan serta kemudahan prasarana yang disediakan kerajaan negeri menerusi Majlis Perbandaran Kluang (MPK).

Dalam status Facebooknya, beliau menyatakan bertapa teruknya keadaan Terminal Bas Kluang pada hari ini yang tidak diselenggara dengan baik dan tidak memberi keselesaan untuk para peniaga dan pengguna yang secara langsung menggunakan fasiliti dan perkhidmatan di terminal bas di sini.

Di akhir statusnya, sekali lagi wakil rakyat dari DAP itu bertanya, di mana hak warga Kluang selaku pembayar cukai.
Syahrin Md Jamaludin

Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Datuk Syahrin Md Jamaludin, menasihatkan Tan Sri Annuar Musa supaya berhenti berbalah di media sosial dengan menumpukan tugasnya kepada parti.

Menurut beliau, tindakan berbalas kenyataan media membabitkan isu penajaan The Reds Warrior tidak mendatangkan manfaat kepada Umno sebaliknya memberikan persepsi negatif Rakyat kepada parti kerajaan itu.

Tambah beliau, polemik perbalahan dengan TMJ itu tidak akan menguntungkan Umno terutamanya Umno Johor dalam usaha untuk menarik golongan muda mendekati parti itu ketika detik pilihanraya umum sudah hampir.

"Tindakan Annuar 'cari pasal' dengan keluarga diraja Johor yang terkenal dengan pengaruh yang kuat dalam kalangan Bangsa Johor terutamanya orang muda akan merugikan Umno.

"Biarpun isu yang berlegar itu bukan isu politik, namun Annuar secara tidak langsung dilihat sebagai mewakili Umno kerana jawatannya dalam parti...jadi ia tak elok kepada Umno," katanya.

Memetik laporan Sinar Harian, Syahrin juga turut mengingatkan bahawa tugas sebagai Ketua Penerangan sepatutnya menggandakan usaha untuk turun padang termasuk di Johor untuk memberikan penerangan tentang isu-isu semasa dan bukanya 'sibuk' membuat kenyataan media berkaitan bola sepak.

Dalam pada masa yang sama, Pemuda Umno Tebrau turut menyatakan kesesiaan untuk membantu dan menyokong usaha Ketua Penerangan Umno itu turun ke Johor terutamanya di bahagian itu mendekati golongan muda serta meyakinkan mereka supaya terus memilih Umno untuk menerajui kerajaan.

Rabu, 14 Disember 2016

rahsia-pisau-cukur-couple

Baru-baru ini penulis pergi menemankan seorang rakan ke Kampung Sg Merlong Laut yang terletak di Rengit, Batu Pahat. Jaraknya lebih kurang satu jam lebih dari bandar Kluang sekiranya ada sesiapa berhajat ke sana selepas membaca artikel ini.

Tujuan rakan penulis  ke sana katanya hendak berubat bagi menguatkan stamina kelakianya atau labih tepat lagi tanaga batin.

Beberapa hari sebelum pergi ke kampung berkenaan, rakan penulis ada menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi satu. Katanya calon dah ada, cuma apa yang dia risau ialah takut performance tak memberangsangkan ketika melayan kedua isterinya nanti.

Sambil tersenyum penulis hanya mengiyakan sahaja apa yang dia kata.

Pada hari yang ditetapkan akhinya kami sampai di Kg Sg Merlong Laut mengikut alamat yang diberikan. Kami dijemput naik ke rumah, tuan rumah memperkenalkan dirinya dengan panggilan En. Md Noh.

Penulis lihat orangnya sudah berusia, dalam lingkungan usia 70an agaknya . Beliau merupakan seorang pengamal perubatan tradisional cara kampung terutamanya dalam hal-hal sakit tuan.

Selepas beberapa minit bersembang, rakan penulis tadi terus mengeluarkan sebilah pisau lipat seakan-akan sama seperti dalam gambar di bawah. Penulis hanya melihat sahaja pisau berkenaan tanpa bertanya apa tujuan atau kegunaan pisau tersebut.

razor-66-pisau-cukur

Proses merawat pun bermula...

Sepanjang proses rawatan dijalankan, rakan penulis tadi dilihat begitu khusyuk mendengar penerangan En. Md Noh sambil menulis sesuatu di atas kertas. Penulis ingatkan ada aktiviti fizikal seperti proses urutan seperti biasa diamalkan oleh pengamal perubatan cara kampung yang lain.

Rupa-rupanya apa yang dicatatkan oleh rakan penulis tadi hanyalah panduan dan juga amalan tertentu yang perlu dilakukan oleh pesakit semasa di rumah.

Bagaimanapun, kegunaan atau fungsi pisau cukur tadi masih menjadi rahsia hingga ke hari ini.

Setelah selesai proses rawatan, penulis difahamkan oleh En Md Noh bahawa kaedah rawatan ini hanya untuk lelaki beragama Islam sahaja tindak kira usia dan status (samada bujang atau berkahwin).

Katanya, lelaki bujang yang bakal berkahwin juga boleh mendapatkan rawatan ini tetapi dengan syarat tertentu dan kesan dari rawatan ini hanya akan dapat dirasai setelah sah ijab kabul (nikah).

Jelas beliau lagi, rawatan ini bukan semata-mata untuk menguatkan tenaga batin sahaja tetapi lebih kepada untuk memulihkan kembali stamina yang hilang setelah seharian penat bekerja.

Sekiranya ada sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan rawatan pisau cukur dari En Md Noh, jangan malu-malu untuk menghubungi penulis di talian 018-2826104 atau 014-2298359. Tak salah sekiranya ingin mencuba.

Penulis turut dimaklumkan bahawa ramai pesakit dari pelbagai latar belakang dan tempat sanggup datang berjumpanya untuk berubat.

Namun harus diingat, setiap penyakit pasti ada penawarnya kecuali mati. Anggap sahaja rawatan ini sebagai ikhtiar terkahir bagi merawat penyakit atau masalah yang dihadapi. Samada berkesan atau tidak sesuatu kaedah rawatan itu, semuanya terjadi atas izin Allah yang Maha Bekuasa.

Isnin, 12 Disember 2016

belajar-autocad-kluangtoday

Assalam..Dalam artikel kali ini penulis ingin berkongsi serba sedikit kelebihan menguasai ilmu AutoCAD. Penulis yang pasti ada semua tahu dan mengenali apa itu AutoCAD.

Secara ringkasnya AutoCAD merupakan satu perisian komputer yang membantu dan memudahkan para jurureka atau jurutera membuat lukisan kejuruteraan.

Penulis difahamkan, di peringkat sekolah terutamanya di sekolah aliran vokasional turut menggunakan perisian ini dalam proses pembelajaran (lukisan teknik)

Menurut pemerhatian penulis, sesiapa sahaja yang mahir menggunakan AutoCAD atau perisian CAD yang lain, mereka ini sangat mudah mendapat kerja. Kenapa ya.. 

Peluang Pekerjaan Tinggi

Jika kita lihat dan selidik di laman-laman pencarian kerja seperti Job Street.com dan lain-lain, permintaan terhadap tenaga kerja yang mahir mengendalikan perisian AutoCAD amat tinggi terutama sekali dalam sektor pembuatan, pembinaan dan juga rekabentuk.

Faktor permintaan yang tinggi ini didorong oleh keadaan semasa di mana pihak syarikat atau pengilang mencari tenaga kerja yang mahir menggunakan AutoCAD bertujuan untuk meningkatkan kecekapan operasi mereka selain dapat menjimatkan masa dan kos.

Lagi satu faktor ialah tidak ramai generasi muda hari ini berminat dengan komputer dan mempelajari AutoCAD atau perisian yang berkaitan denganya.

Gaji Lumayan

Ada orang kata, kerja guna otak gajinya lebih lumayan dari orang yang bekerja menggunakan tangan. Betul ke?

Ya, memang betul!

Purata gaji terkini bagi tanaga kerja yang mahir menggunakan AutoCAD adalah di antara RM1800 hingga mencecah RM3000. Namun, ia bergantung kepada kemahiran dan prestasi kerja kita.

Jadi, tak rugi sekiranya kita mempelajari dan menguasai perisian ini

Cepat Dan Tepat

Apa sahaja kerja kita boleh lakukan sekiranya mahir menggunakan AutoCAD. Selain itu, kerja-kerja dilakukan seperti rekabentuk, pengubahsuaian rekabentuk dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.

Kreatif Dan Teliti

Ini kelebihan untuk diri sendiri. Mempelajari dan menguasai ilmu AutoCAD ini mampu menjadikan seorang individu sentiasa berfikiran kreatif, positif dan sentiasa mencari jalan penyelesaian kepada masalah. Pendek kata, tiada perkara yang mustahil yang tak dapat dilakukan selagi kita tidak mencubanya.

Selain itu, hasil kerja yang dilakukan bukan sahaja mengkagumkan, malah apa sahaja perkara yang dilakukan dalam hidup dibuat dengan penuh ketelitian.

Jumaat, 9 Disember 2016

kanye-west-kim-kardashian-divorce-2

Rumah tangga pasangan Kim Kardashian dan Kanye West dilaporkan goyah disebabkan beberapa episod hitam yang melanda keluarga mereka sejak kebelakangan ini.

Daily Mail melaporkan bintang realiti berusia 35 tahun itu dikhabarkan sudah tidak tahan untuk meneruskan perkahwinan bersama Kanye dan merancang untuk bercerai.

Malah sumber turut mendedahkan situasi rumah tangga pasangan itu berada dalam keadaan tegang dan Kim akan memastikan hak penjagaan dua anak mereka iaitu North dan Saint berpihak kepadanya.

"Kim berasa terperangkap dalam perkahwinan tersebut dan perkara buruk yang menimpa keluarga mereka," kata sumber.

Dalam pada itu, Kanye yang dimasukkan ke hospital selama 10 hari pada bulan lalu akibat gangguan mental dikatakan penyebab Kim tidak lagi tahan dengan suaminya itu.

"Kim terpaksa berhadapan dengan masalah kesihatan suaminya yang mengalami tekanan perasaan dan ditambah dengan masalah lain Kim tidak lagi gembira dengan perkahwinannya," kata sumber lagi.

Kim juga dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung dengan Kanye di kediaman mewah mereka di Bel-Air sebaliknya menyewa sebuah rumah di Los Angeles.

Bagaimanapun pasangan itu masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

MStar

Khamis, 8 Disember 2016

Khaled-Nordin-Johor

ISKANDAR PUTERI : Fitnah terbaru mantan perdana menteri, Dr Mahathir berkaitan 700,000 warga asing di Johor yang kononnya akan diberi Kad Pengenalan (IC) untuk menjadi pengundi pada Pilihan Raya Umum akan datang adalah tidak berasas dan berniat jahat.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi kenyataan di laman Facebook miliknya berkata dakwaan melulu Dr Mahathir tersebut bukan sahaja tidak logik, malah tidak bersandarkan fakta dari sumber yang sahih.

Mohamed Khaled turut menjelaskan bahawa kedudukan semasa pemilikan hartanah oleh kepentingan asing di Johor adalah sangat rendah iaitu hanya 2.01 peratus daripada jumlah keseluruhan hak milik hartanah di Johor iaitu sebanyak 1,452,931 unit.

"Bagi tempoh 2003 sehingga 30 November 2016, jumlah kelulusan permohonan kebenaran perolehan hartanah oleh kepentingan asing dalam rekod Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Johor adalah sebanyak 29,218 unit.

Angka ini mewakili pemilikan hartanah jenis bertanah dan strata.

Sekiranya kita mengambil kira anggaran empat orang bagi setiap unit hartanah oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), sekurang-kurangnya 116,872 orang sahaja yang mengisi unit-unit hartanah yang dimiliki oleh orang asing itu," ujar beliau.

Dalam kenyataan yang sama juga, Mohamed Khaled turut menegaskan bahawa proses permohonan warga asing untuk menjadi warganegara Malaysia adalah sangat ketat dan memerlukan pertimbangan teliti oleh Kerajaan dalam pelbagai aspek.

"Malaysia adalah negara yang sangat tegas dan sukar untuk memberikan kerakyatan kepada mana-mana warga asing. Malah ratusan ribu lagi mereka yang telah dilahirkan di Malaysia dan telah tinggal di Malaysia sebegitu lama tetapi masih belum diberikan kerakyatan," katanya.

Tambah beliau, Malaysia juga tidak mempunyai dasar yang membolehkan sesiapa yang memiliki hartanah di Malaysia layak memohon kerakyatan Malaysia. Maka dengan itu, pemilikan hartanah di Malaysia tidak memberi kelebihan dalam proses memohon status kewarganegaraan.

Pada masa yang sama, Mohamed Khaled yang juga Pengurusi Perhubungan UMNO Negeri Johor  turut mezahirkan rasa kesal  terhadap Dr Mahathir yang kini lebih menyanjung dan  mempercayai laporan negatif media barat mengenai negara tanpa usul periksa.

"Sebagai negarawan yang membidani Malaysia yang moden ini, Tun Mahathir pasti ingat betapa agresif dan konsistennya media Barat dalam memburuk dan memperkecil-kecilkan segala inisiatif pembangunan yang beliau perkenalkan.

Apakah Tun Mahathir lupa tentang serangan sistematik media Barat terhadap pembangunan besar-besaran Putrajaya dan Cyberjaya dan pembinaan Petronas Twin Tower. Semuanya digambarkan sebagai pembaziran wang rakyat," soal beliau.

Dr Mahathir sebelum ini dalam entri blog miliknya mendakwa lebih 700,000 warga China akan dibawa masuk ke Forest City. Dalam entri blog itu turut menyatakan bahawa warga China berkenaan akan diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Selasa, 29 November 2016

Nippon-Electric-Glass-HQ

KUALA LUMPUR : Sebanyak 2,602 projek pembuatan dengan penyertaan dari Jepun dilaksanakan di Malaysia sehingga akhir tahun lalu, membabitkan pelaburan bernilai RM85 bilion dan mewujudkan 342,837 peluang pekerjaan.

Bagi tempoh lapan bulan tahun ini, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) meluluskan 36 projek pembuatan dari Jepun dengan pelaburan berjumlah RM1.05 bilion dan bakal mewujudkan tambahan 1,280 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

Menurut MIDA, projek berkenaan bakal dilaksanakan di Kelantan, Johor, Perak, Melaka, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang.

Katanya, sebanyak 86 peratus daripada pelaburan berkenaan adalah daripada aktiviti pengembangan dan kepelbagaian syarikat Jepun sedia ada yang beroperasi di negara ini.

"Antara syarikat terbabit ialah Rohm-Wako Electronic, Nippon Electric Glass, Cosmo Scientex dan Polyplastics Asia Pacific," demikian menurut MIDA dalam kenyataan, pada Isnin.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas sesi dialog antara Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed bersama Kedutaan Jepun, Dewan Perdagangan dan Industri Jepun di Malaysia (JACTIM) dan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir Menteri di Kedutaan Jepun, Yoshinori Kodama; Presiden JACTIM, Toshihiko Todokoro; dan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud.

Antara isu yang dibincangkan pada dialog itu ialah prosedur dan peraturan mengenai perdagangan dan pelaburan serta status rundingan terkini Malaysia mengenai perjanjian perdagangan bebas (FTA).

MIDA berkata, syarikat Jepun yang beroperasi di Malaysia bukan sahaja dijangka terus melabur semula di negara ini, tetapi turut menjadikan Malaysia sebagai hub untuk menjalankan operasi di peringkat serantau dan global. Katanya, MIDA akan bekerjasama rapat dengan rakannya dari Jepun dalam menggalakkan hubungan perniagaan membabitkan perniagaan antara negara itu dan Malaysia.

Sumber : BH

najib-malaysia-bankrap

PUTRAJAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan dakwaan kononnya Malaysia akan bankrap dan sebuah kerajaan yang gagal hanyalah sebagai serangan politik kerana ia tidak disokong fakta dan kenyataan yang sahih. 

Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membidas tanggapan sedemikian berkata, dakwaan oleh sekumpulan kecil itu dilihat lebih bermotifkan politik.

Katanya, rakyat perlu lebih bijak menilai dengan menganalisis fakta dan kenyataan yang datangnya dari pihak yang tidak berkepentingan seperti agensi penarafan, Bank Dunia dan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF).

"Inilah yang perlu kita jelaskan kepada rakyat bahawa mereka tidak boleh percaya apa yang tidak disokong dengan kenyataan dan fakta...kenyataan dan fakta ini mestilah datang daripada pihak yang tiada kepentingan.

"Ulasan mereka (pihak yang tiada kepentingan), analisis mereka itu adalah sebenarnya lebih tepat daripada apa sahaja yang didakwa oleh mana-mana pihak yang bermotifkan politik," katanya pada program Soal Jawab Khas bersempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di sini, Isnin. 

Najib yang baru-baru ini pulang daripada menghadiri persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menyatakan beliau ada bertemu dengan wakil agensi penarafan seperti Moody's dan juga Pengarah Urusan IMF Christine Lagarde ketika di Lima, Peru.

"Kalaulah kita menjurus kepada ekonomi yang akan bankrap, sudah tentu badan penarafan seperti Moody's, wakilnya di situ akan beritahu mereka melihat keadaan ini memang akan membawa kepada kemudaratan kalau kita tidak melakukan sesuatu.  

"Lagarde (juga) tidak membayangkan bahawa kita dalam keadaan krisis," kata beliau. 

Pada sesi dialog tidak rasmi pemimpin APEC bersama Lagarde di Peru minggu lepas, IMF menyokong langkah yang diambil ke atas mata wang Malaysia, selain menyatakan pergerakan nilai ringgit adalah di luar kawalan.

Lagarde menyokong apa yang Malaysia lakukan iaitu pengapungan mata wang sebagai barisan pertahanan terbaik disebabkan apa yang berlaku pada ringgit adalah di luar kawalan.

Najib turut berkongsi perbualannya dengan bakal Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump pada Ahad (27 November) yang menyifatkan Malaysia mempunyai ekonomi yang baik berikutan perkembangan ekonomi negara yang berkembang 4.3 peratus pada suku ketiga tahun ini. 

Ketika ditanya sama ada prestasi ekonomi tidak menentu tahun depan dan selanjutnya akan meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat dan mempengaruhi sentimen politik rakyat, Najib berkata apa yang berlaku pada ekonomi global adalah di luar kawalan. 

Sebaliknya, beliau berkata kerajaan telah melakukan apa yang terbaik untuk rakyat bagi mengurangkan kesan ketidaktentuan ekonomi global selama ini.

"Saya percaya rakyat akan faham bahawa hari ini apa yang kita lakukan adalah yang terbaik untuk rakyat dan kita merupakan pihak yang boleh memenuhi harapan rakyat berbanding dengan alternatif yang ada," kata Perdana Menteri.

Atas dasar itu, beliau berkata Barisan Nasional pernah memenangi pilihan raya pada zaman kemelesetan ekonomi serta menang besar pada Pilihan Raya Negeri Sarawak pada Mei lepas walaupun sesetengah pihak meramal akan kalah berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). 

Selain itu, BN juga menang besar pada pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar di Selangor dan Kuala Kangsar di Perak, katanya.

Najib dalam pada itu berkata subsidi kerajaan juga dikekalkan antaranya untuk kesihatan dan pendidikan bagi menangani kos sara hidup rakyat. - Bernama

Sabtu, 22 Oktober 2016

bajet2017-najib

SHAH ALAM : Beberapa orang cerdik pandai dan juga pakar ekonomi negara hari ini merumuskan bahawa Bajet 2017 yang dibentangkan baru-baru ini sangat baik dan banyak memberi manfaat kepada rakyat.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, melalui Bajet 2017 ini, rakyat boleh merancang kewangan untuk mendepani 2017, yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Katanya, dengan keadaan harga minyak dunia yang tidak stabil, harga rumah yang begitu tinggi serta kos sara hidup yang kian meningkat, bajet kali ini  dilihat mampu memberi sedikit kelegaan di hati rakyat.

Beliau turut mengalu-alukan langkah Kerajaan meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kerana ia mampu memberi impak positif dalam merangsang perkembangan ekonomi negara apabila wujudnya kuasa beli sekaligus mengurangkan beban kewangan yang dtanggung rakyat.

Beliau juga bersetuju dengan potongan diskaun sebanyak 15 peratus ke atas baki hutang untuk penyelesaian penuh ke atas Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana ia memberi ruang kepada graduan bekerja untuk merancang kewangan mereka.

Selain itu, pengenalan kad debit kepada pelajar IPT bagi menggantikan baucar buku adalah langkah berkesan bagi mengelak berlaku ketirisan dalam kalangan pelajar. Langkah memperkenal kad debit ini juga dapat menjimatkan kos untuk mencetak baucar berbentuk kupon.