:: jalan pintas ::

annoying (5) auckland-ku (10) basketball (4) blog (6) cinta (6) contest (5) conversation (2) esoksemalam (6) family (5) filem (3) food (3) friends (12) gelagat (2) gempa bumi (1) heart (14) hurt (7) jadi isu (14) KAMU (1) life (7) lukisan (3) lumut (10) makwe (3) memori (9) perjuangan (8) photos (11) sekolah (2) suara hati (3) tears (1) tension (3)

:: boleh tanya ::

Showing posts with label hurt. Show all posts
Showing posts with label hurt. Show all posts

Thursday, February 3, 2011

cancer otak

aku tegur kau.

kau ckaap ayah kau kat hospital.ayah kau kene cancer otak.

aku terdiam.

terkedu.

aku rindu kau...kau tahu?
rindu gile.
tapi kite makin jauh....
rasa macam friendship kite dah tak de.
semuanya dah berubah sejak kejadian hari tu....

mane aku nak carik manusia sweet macam kau lagi??

kau nak tahu....ape yang ade dalam kepala aku...
aku harap suatu hari nanti aku akan berselisih bahu dengan kau.
dan kau akan tegur aku..."hey fika??".

sambil kita senyum macam dulu-dulu.....i really miss u.

Wednesday, January 19, 2011

betapa aku rindu

saya terasa rindu rumah saya.
saya terasa rindu kenangan lama.
saya terasa rindu orang lama.
saya terasa rindu mereka yang sudah tiada.
saya rindu gelak ketawa lama.
saya rindu bahagia lama.

sedih hari ini berpunca dari kita.berpunca dari diri kita,perjalanan kita dan segala celaka yang kita lakukan.jangan dituding jari pada mereka itu mereka ini.kerana baliknya pada diri kita sendiri.....memendam sesuatu yang sakit itu sukar.amat sekali.memendam dan pendam sehingga letus dan pecah empangan airmata.lalu terpaksa dibiarkan mengalir tanpa dapat disekat...

"maybe it is a mistake".
"manusia itu selfish.jadi baik diam dan ignore.jangan dilayan sangat".
menangislah kau.

letih memendam tiada tempat diluahkan..kembali pada Allah sayang.

Friday, October 29, 2010

readers, for the first time...come here and listen.

lagu yang ditulis sekitar bulan september 2009...liriknya ditulis oleh aku dan untuk aku....pada 7 september 2009 melodinya dicipta sendiri oleh mr.naz dan dinyanyikan olehnya dan diserahkan kepada aku....mr.naz aku kenal hanya melalui blog sekitar tahun 2009...dan kami tidak pernah berjumpa...cukuplah perkenalan di dunia blog dan dia bersetuju untuk memainkan gitar miliknya lalu mencipta melodi lagu itu......lagu ini tidak seberapa...namun ia punya perasaan dan jiwa tersendiri buat aku....lagu ini sedikit sebanyak menelan suasana kelam dan tangisan seseorang suatu ketika dulu....lagu ini seolah-olah punya nafas tersendiri....ia sekadar kata-kata dari aku dan ditujukan buat aku sendiri atas apa yang aku sudah lalui.....dari tahun 1995 itu....dan diulang rasa perit khianat pada tahun 2009 yang lalu...aku bagai bersahabat baik bersama airmata milik aku......aku makin letih dengan agenda manusia disekeliling aku...aku makin penat menyimpan segala rahsia demi kebahagiaan orang lain...sedangkan hati milik aku sendiri hancur tidak berperasaan.....

lagu yang diberi tajuk "pujukan hati" ini sudah lama ingin aku perdengarkan buat semua pembaca esoksemalam suatu ketika dulu...namun hasrat ini disekat oleh perasaan aku sendiri..namun hari ini...aku persembahkan lagu cikai ini buat semua pembaca esoksemalam.....dan aku pedengarkan buat anda semua disini.....bezanya disini aku tutup ruangan komen...terasa segan...jumpa di esoksemalam....take care....

PUJUKAN HATI
lirik ciptaan : lumut
melodi dan nyanyian : mr.naz

Sedaya upaya kuhulurkan senyuman,
Ku buang jauh hiba dan rasa kecewa,
Berjanji sendiri didasar hatiku ini,
Aku kan cekal,terus berdiri…

Buat mereka yang menghancurkan ku,
Sakit ini sungguh menguji hati,
Ku doakan kebahagiaan milikmu,
Usah matikan langkah pencarian,
ku yakin pada ketentuan Tuhan,
Inilah takdir perjalanan kehidupan nyata..
*
Demi ikatan murni, kusimpan segalanya,
Keperitan ini jauh nun di dalam sana,
Ku pujuk hati agar tabah mengharunginya,
Demi hatimu, ku lepaskan ku rela,
Ku pujuk hati untuk terus terima,
Menadah tangan memohon rayu padaNya,
Sebak di hati,kupujukan jua….

Walau dugaan ini buat aku tersungkur,
Namun ku tahu ini bukan pengakhiran,
Lalu airmataku menitis di kalbu,
Tatkala memori semalam menyapa diingatan.


Wednesday, October 20, 2010

jangan jadi perempuan celaka

tengok tajuk pon dah emosional kan???hahahahaha....

dari entry esoksemalam sebenarnya tajuk tuh....aku bawak kat sini mana tau ada sape-sape nak komen....ramai suruh aku bukak kotak komen...tuh lah die ngade-ngade..dulu ade kotak komen tak de plak nak komen..dah tak de baru nak merengek-rengek...dah dah..blog tuh sebenarnya syok sendiri....macam mana aku suke cakap sorang-sorang dulu kat esoksemalam...sebab tuh lah nak kembalikan balik blog tuh kepada asal.....blog sana banyak cerita pasal jiwa...so macam takut nak bagi orang komen..hahahaha...blog sini plak macam blog orang sakit jiwa plak kan??

so,mungkin ada yang nak komen??maklumlah kat sana tak boleh komen..aku tengok ramai je geram nak komen entry-entry syok sendiri kat sana tuh kan???nak follow sekali bagi nasihat mahupun pesanan??silakan....

Saturday, October 16, 2010

mimpi airmata

senang untuk kita berlagak depan orang ramai..namun rupa-rupanya tanpa sedar luka kau tuh masih dalam lagi...walau luka tuh dah nampak kering dan nampak macam tak sakit...tapi kalau disimbah air mungkin tertusuk juga rasa bisanya....

macam biasa mimpi itu mainan tidur...aku lali.aku lali dengan mimpi yag satu itu.....aku belajar untuk jadi ego dengan mimpi sendiri....tapi bila aku mimpi sesuatu yang itu...aku menangis..ego aku macam tiba-tiba jadi cair....ego aku tiba-tiba jadi airmata.....aku benci tahu...eh bukan benci..aku cuma letih...

mimpi aku itu DISINI....

readers blog ni sangat supportive..thanks untuk semua komen dientry lepas....

Friday, October 8, 2010

Dear...

Dear blog,

esok seseorang akan meyambut hari terpenting dalam hidupnya.hari dimana dia kemas berjubah dan tersenyum menggenggam segulung ijazah.hari itu dia akan berkongsi kejayaan dengan orang-orang tersayang dan terpenting dalam hidupnya.dan semestinya orang itu bukan aku.Blog,kalau angin boleh bawak ucapan tahniah ini terus dibisikkan ketelinganya,akan aku segerakan....agar ucapan tahniah dari aku dapat diterimanya tanpa melihat setitis pon airmata milikku jatuh tertumpah...akan aku ucapkan sepenuh hati ucapan tahniah itu buat pemiliknya...agar dia tahu betapa aku gembira melihat dia tersenyum bahagia...Blog,betapa aku pernah mengimpikan untuk menjadi insan terpenting yang bakal dia laungkan kegembiraan atas kejayaan nya.....yang bakal mendengar rasa syukur yang dititipkan untuk Penciptanya.....namun itu semua sekadar dinding impian yang dibina 7 tahun lamanya.....yang akhirnya runtuh tanpa ada kudrat sedikit pon untuk aku menahannya....

Blog,
menjelang hari esok........akan aku persiapkan diri aku dengan setebal tebal ketabahan...akan aku bungkuskan hati aku dengan sekeras keras kekuatan..akan aku tepis segala bisikan syaitan yang bisa mencalarkan perasaan....

terima kasih blog.kau dengar rasa dari hati ini. "tahniah........."




"lepas abang habis belajar...kerja..kumpul duit...lepas tu nak kawen dengan kamu..hanya kamu.janji."-selamat tinggal impian-




dan aku akan sekali lagi akan menulis seperti ini apabila kau bergelar "raja sehari".

Saturday, October 2, 2010

jika itu aku

gambar asal telah diedit untuk diletakkan didalam blog ini.terima kasih kepada tuan punya gambar.
tahniah kepada kawan-kawan untuk final year project mereka.

 hari ini....dengan langkah yang kemas dia melangkah menuju ke kolej kejuruteraan itu....walaupun pada awalnya dia tahu perasaannya mungkin akan sedikit terganggu...ditolak sopan perasaan keruh lalu dia duduk kemas...mata tertumpu pada butir-butir bicara kelibat dihadapannya..suara lantang,penuh yakin....dia terasa sungguh kagum dengan manusia dihadapannya...."tahniah kawan...",bisik hati perlahan.....entah mengapa kepala itu jahat memunggah segala memori lama....sial!!!masa tidak boleh diputarkan........dia mengawal pergolakan jiwa.......dia mahu jadi seperti mereka...dia mahu berdiri seperti mereka-mereka itu...dia mahu bentangkan idea-idea miliknya...dia mahu realisasikan apa ada didalam hatinya....dia mahu sesuatu untuk kepuasan dirinya...namun sudah terlambat....dia kembali tunduk.....pedih....pedih untuk menghabiskan jalan yang langsung tiada tempat didalm hatinya.......

jika aku punya ribuan anak kecil yang bertanyakan jutaan persoalan tentang kehidupan....sungguh acap kali akan aku ingatkan pada  mereka...."jangan tersalah pilih jalan....."...aku pernah rasa betapa celakanya jalan yang ini....pedih gila mahu aku habiskan perjalanan hingga penghujungnya..umpama berjalan diatas pecahan kaca-kaca....kaki sakit bukan setaka diguris malah dibelah hingga berdarah...sakitnya Ya Tuhan.....

jangan demi cinta manusia kau sanggup berkorban apa saja....boleh jika kau mahu berikan hati..tapi jangan pertaruhkan jiwa...kelak kau akan jadi seperti aku.....dilihat bahagia...namun dalamnya tiada apa.............beberapa tahun lalu..."tahniah anda berjaya menyambung pelajaran ke universiti teknologi petronas dalam jurusan kejuruteraan petroleum"..

namun,hari ini dia tersenyum pudar....

aku mohon kembalikan hati dan jiwa aku.......