:: jalan pintas ::

annoying (5) auckland-ku (10) basketball (4) blog (6) cinta (6) contest (5) conversation (2) esoksemalam (6) family (5) filem (3) food (3) friends (12) gelagat (2) gempa bumi (1) heart (14) hurt (7) jadi isu (14) KAMU (1) life (7) lukisan (3) lumut (10) makwe (3) memori (9) perjuangan (8) photos (11) sekolah (2) suara hati (3) tears (1) tension (3)

:: boleh tanya ::

Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Sunday, April 24, 2011

2 bulan kot

fuh dah lebih 2 bulan tak menulis kat blog ni...
yup memang niat nak tutup terus pon blog ni..hehe..tapi bagi sesape yang tak tau...aku still setia dengan blog esoksemalam tu...kat situ macam tempat asal aku bermula la kononnya....tapi tu la entry-entry 2009 aku dah pindahlan ke tempat lain...bia aku je la yang baca dan tahu sejarah 2009...tapi to all readers yang follow since 2009...mesti nampak jatuh bangunnya kehidupan...ambil lah yang baik buang yang buruk...

now dah 2011.....=)

kalau dulu aku pernah cakap 2009 tu tahun paling teruk aku....but now aku nak cakap 2011 antara tahun terbaik mungkin....aku mula melangkah jauh lagi..kali ni balinglah batu paku besi segala aku tetap akan tahan....aku tak boleh puaskan hati semua orang...dah aku tahu ade je yang tak puas hati dengan aku......tak ape..aku tak marah.....aku tak punye kudrat nak terangkan hal sebenar satu-satu pada kalian..biar saje mase tentukan.....

akhirnya pintu hati aku berjaya dibuka,
hey jejaka kau rupanya yang punya kunci hati itu...=)

Wednesday, February 2, 2011

tak payah kecoh la

masa aku taip entry ni aku macam nak bawak kan satu analogi cerita pak pandir.
tapi tetibe macam malas plak sebab aku sakit perut ni..
lepas tu baru balik dari gym nak pegi mandi jup lagi.
so jadi malas.

apa yang aku nak tulis dali lubuk hati aku ni...
tak payah nak kecoh-kecoh lah bai....
betulkan kesalahan sendiri lagi bagus dari anda mengambil masa 24 jam untuk fikir dan  cari apa kelebihan diri anda yang bleh anda tayangkan dekat orang lain...ohhhh shame on u....bile kekurangan tu kita perbaiki dan ubah ke arah lebih baik so that orang lain tak rasa menjengkelkan....itu tandanya kita sudah ubah kekurangan jadi kelebihan..so kan best kelebihan tu dah bertambah dari buat-buat macam bagus sebenarnya tak ada ape???tak adalah orang rasa annoying.

macam pak pandir la,
bila satu kampung label yang pak pandir ni memang pandir so pak pandir kene lah sedar diri yang die tu pandir..jangan buat bodoh tak faham...come on,kita ni hidup bermasyarakat lah pak pandir woi....

pak pandir hidup ker??
ok lah pak pandir tu aku...ok?
eh eh tapi tak payah lah rasa diri tu betul je...

Wednesday, January 19, 2011

betapa aku rindu

saya terasa rindu rumah saya.
saya terasa rindu kenangan lama.
saya terasa rindu orang lama.
saya terasa rindu mereka yang sudah tiada.
saya rindu gelak ketawa lama.
saya rindu bahagia lama.

sedih hari ini berpunca dari kita.berpunca dari diri kita,perjalanan kita dan segala celaka yang kita lakukan.jangan dituding jari pada mereka itu mereka ini.kerana baliknya pada diri kita sendiri.....memendam sesuatu yang sakit itu sukar.amat sekali.memendam dan pendam sehingga letus dan pecah empangan airmata.lalu terpaksa dibiarkan mengalir tanpa dapat disekat...

"maybe it is a mistake".
"manusia itu selfish.jadi baik diam dan ignore.jangan dilayan sangat".
menangislah kau.

letih memendam tiada tempat diluahkan..kembali pada Allah sayang.

Monday, November 22, 2010

arak haram,babi haram....tapi ramai minum arak tak pula makan babi.

aku punya pelbagai jenis kawan..............dari yang ada mak ayah,tak ada mak ayah,anak terbuang mahu pun anak hartawan....aku kawan dengan banyak jenis manusia...sebab aku suka...........

bila kita kenal ramai orang..kita akan kenal banyak perangai..kita akan tahu banyak masalah..kita akn didedahkan dengan bermacam jenis perihal kehidupan.......dulu,aku dengar orang cakap "jangan berkawan dengan budak rosak akhlak....pilih kawan baik-baik"...bila dengar orang cakap macam tuh..aku selalu deny.biasalah budak denial macam aku ni....bukan ape aku pelik mana plak kau tahu akhlak die dah rosak and akhlak kau sempurna??bagi aku kawan je lah dengan sape-sape..baru ada banyak sikit warna dalam kehidupan kau..baru ada masalah sikit untuk kau pikirkan.....baru hidup namanya...

ok tukar topik lah.macam rasa nak sambung nanti je...em ramai orang islam minum arak.setuju???cuba kau pikir punyalah banyak lagi air dalam dunia ni..arak gak kau kejar....ok kenapa ramai orang islam minum arak tapi tak ada plak isu ramai orang islam makan babi.....

kawan aku cakap...sebab orang yang minum arak tuh tak nak makan babi sebab itu sedara mereka.......sekian.

Tuesday, November 9, 2010

jauh di sudut hati..aku tak nak balik MALAYSIA

below are just few things that i pick up randomly around my mind :
  1. bila tengok nama,logo,gambar atau sesiapa yang menyebut Universiti Malaysia Pahang aku rasa sedikit sentap.jangan tanya kenapa.
  2. i do love optics and electrics thingy kot, dan quantum totally out....lepas tu thermo dan electromagnetics bakal mencabar aku lagi khamis ni.oh Tuhan.
  3. aku rindu nak memasak.....
  4. aku tak nak balik Malaysia..ini serius..perasaan untuk tak nak tinggal di Malaysia rasa makin menebal..mungkin rasa nak balik kejap-kejap jumpa family je..tapi untuk terus menetap kembali macam dulu bila aku dah habis belajar disini nanti...aku rasa itu satu perkara yang sangat berat...aku tak suka duduk Malaysia..sorry for that..ini bukan nak cerita pasal semangat patriotik ke sejarah hang tuah ke..tak kenal tanah tumpah darah ke...BUKAN...ini sekadar terapi jiwa..ianya personal....i just hate to stay in Malaysia.dats all.
  5. aku suka rosyam nor.dan aku sedih dia akan makin tua...sebab aku suka dia sejak aku sekolah rendah lagi kot...hye rosyam nor.
  6. aku selalu berdoa supaya aku tak terjumpa seorang perempuan free hair ni,pakai spec,dahi jendul,muka ada jerawat....bagi aku dia perempuan paling sial pernah aku jumpa selama aku hidup...dan aku selalu mintak pada Tuhan..jauhkan aku dari terserempak in real life dengan dia...sebab aku dah janji dengan diri aku..kalau aku jumpa dia depan mata...automatik..aku ulang..automatik aku akan lempang muka dia SEKALI secara SEKUAT HATI...aku tak kisah orang sekeliling nak kata aku gila.....aku yang lalui semua ni...jadi biar aku je yang faham nikmat dapat tampar muka dia....ini bukan soal dendam mahupun busuk hati...ini soal dia bitch....ye aku jahat.admit it.tapi kalau kau kat tempat aku pon..silap-silap kau akan bunuh dia.sape tahu?
  7. hari tuh mak aku cerita...anak buah aku 4 tahun tengok gamba aku..lepas tu dia cakap..."lamanya tak balik...rasa rindu pulak..."...aku sedih.terus buat aku rasa rindu yang membuak-buak.....tapi aku tak nak duduk malaysia.
  8. sekarang pukul 6.30 pagi dah macam kul 9 pagi plak...magrib plak masuk kul 8..masa berganjak ..summer menghampiri.
  9. bukan aku tak cuba lupakan apa yang dah berlaku..ape kau ingat aku bodoh sangat tak nak lupakan semua tuh?
  10. aku rindu aku.......mane diri aku yang dulu?mane?

Saturday, October 30, 2010

kepada someone...to a girl.




It takes a minute to have a crush on someone,
an hour to like someone,
and a day to love someone,
but it takes a lifetime to forget someone...

Saturday, October 16, 2010

cool ape

satu conversation di hari yang dingin pada musim bunga.

"gua cuaklah....rasa macam tak dapat jawab lah....matilah".
"lu cuak??".dia tanya gua...terus gua pandang dia sepantas kilat.tak faham.
"kenapa?".gua masih memancing jawapan...
"gua jarang tengok lu gelabah....u look so cool most of the time...so bila lu cakap lu cuak...gua rasa macam salah dengar...selalu gua tengok lu ni rileks je kan...so cool."
"cool??u must be wrong heh...mana ada gua cool...gua just follow  the flow..."...gua jawab acuh tak acuh.

dalam hati sape tahu?ade taman ka?rumah terbakar ka?musim tengkujuh ka??...

hitam putih itu sudah gua sebatikan jadi warna PELANGI...

ok macam tak ada kaitan gambar ni kan....
-kuey teow ladna auckland- haha

i do love cooking....cooking ni macam therapy jiwa...seronok. 

disebabkan komen paan kat entry lepas..tuh yang gua bawak naik entry ni.haa..gua cool ape paan...emosi tuh saje-saje je ngade-ngade tulis entry emosi...kecoh lah lu paan..haha...gua cool...kan frodo kan??