Showing posts with label iftar. Show all posts
Showing posts with label iftar. Show all posts

Friday, August 17, 2012

Ramadhan 2012 - Day 28 - Iftar with officemates

Mesti ramai orang dah bercuti. Tadi tengok masjid Taman Tun pun dah tak ramai jemaah solat Jumaat macam biasa. Jeles I sebab orang dah ramai cuti tapi I gak kena kerja. Ni tengah sangap kat ofis sementara menunggu pukul 5. Sangap-sangap pun sebenarnya banyak kerja kena settle before pergi bercuti. Ni pun dah siap compose email nak bagitahu that I will be on leave next week. Ingat nak tulis kat situ "P/S: Please don't call my handphone =P". Sebabnya tak pernahlah I aman nak bercuti sebelum-sebelum ni.....ada jer calls dari ofis. Menyampah.

Semalam my office belanja staff buka puasa at restoran Peranakan Place, One Utama. Payah nak dapat peluang office belanja staff buka puasa ni, so harus pergi. Meny semalam Otak-otak, Gerang Asam Fish, Butter Prawn, Honey Sotong, Pandan Chicken, Tomyam Soup, Cincalok Omellete, Kailan Salted Fish and Steamed White Rice. The whole set is RM369 untuk 8-10 orang makan. My table semua ladies tapi licinlah semua pinggan unlike meja sebelah yang kena duduk semeja dengan bosses. Kesian derang kena control makanlah tu LOL. Nasib baik my fren and I datang awal sikit so kitaorang bolehlah chop meja mana nak duduk hehe.

Semalam masa buka puasa macam tak boleh masuk sangat nasi sebab selalunya I memang makan sikit jer. Bila dah banyak lauk ni mulalah tamak semua nak rasa.

now I am salivating over the asam pedas.
 Kuah dia tak pedas and very sedap. Tengok gambar pun air liur dah keluar. Nak kena google ni macamana nak buat asam pedas style Peranakan.


Pandan chicken was delicious. Nak makan silalah tanggalkan daun pandannya dulu ya =P


butter prawn sedapnya. I siap makan nasi dengan "sampah-sampah" dalam pinggan butter prawn tu lagi. Sampah-sampah tu is actually eggs. Tapi macamana telur boleh jadi macam tu eh?


penuh dengan kulit udang. I memang hantu udang <3>

Tak ada gambar my collegue sebab semua dalam my camera. Malas nak transfer gambar. Gambar-gambar ni semua from my iPhone. Dah nak habis makan semalam baru perasan yang Erra Fazira pun ada buka puasa kat situ dengan anak dia. Nak ambik gambar seganlah pulak.

teh tarik sorang-sorang kat foodcourt Jusco sementara menunggu drebar I pick up

Itu pun malam tadi terembat jugaklah tali pinggang dan rantai 3 tier. Pastu ada cardigan yang I berkenan on 70% discount tapi tak ada price tag. Jenuh menunggu salesgirl tu check harga tapi dah lama sangat malas I nak tunggu lagi.



I got duit raya. Dah tua-tua pun dapat raya....ni yang suka ni. Bolehlah beli baju raya lagi sepasang =P

So how's your Raya preparation? Dah cukup semua?

Thursday, July 19, 2012

Last minute, jangan tiru macam saya

I always do this to myself. When will I ever learn my lesson?
Tiap-tiap tahun bila dah last minit barulah nak marathon sprint ganti puasa tahun lepas.
Today is my last day ganti puasa phew *lap peluh*

Hopefully next year it wont happen again. Kali ni kena berusaha untuk ganti puasa dalam bulan Syawal. Puasa enam terus lagi senangkan. Tapi itulah bila bulan Syawal pulak punyalah liat nak puasa sebab bersusun open house. Tak per kena tetapkan iman (tolonglah doakan)







last day puasa ganti kita berbuka dengan McDonald's

Triple cheeseburger tu sedap tapi disebabkan my stomach dah biasa makan sikit so nak menghabiskan burger 3 lapis daging is so difficult. Seksa okay.....makan...makan...makan pun tak habis-habis. Setengah jam pun tak habis nak makan sebiji burger tu. 

 Bernama News dah umumkan yang Malaysia akan mula berpuasa Sabtu. So tomorrow makanlah tengahari puas-puas ya sebab lepas tu dah tak boleh makan tengahari lagi dah for a month.

Selamat Berpuasa kepada readers yang berada di luar negara. Ada yang dah start berpuasa esokkan. Jangan lupa baca niat berpuasa sebulan.

Hmm...nak makan apa lunch besok ni eh. ;)



- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, September 4, 2010

Siapa yang paling kenyang hari ni



Menu utama berbuka hari ni
Nasi lemak ayam goreng berempah.Hari ni cuti masak sebab penat kemas rumah, lap sawang semua dan tukar langsir rumah. Lepas solat isya ni baru sempat mop lantai rumah. Siang tadi lepas kemas rumah pun dah melepek kepenatan.


Dessert. Orang makan kurma, I makan cempedak goreng.Nasib baik tak tamak siang tadi, beli RM1 pun dah banyak sebab makan sorang.
Ini kes teringin nak mengunyah coklat. Singgah 7E lepas balik pasar ramadhan beli coklat sebungkus. Makan lepas mop rumah....sedapppp

Nak tau tak sapa yang paling kenyang dalam rumah ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|



















Si gemuk ni =P

Monday, August 23, 2010

Hit me baby one more time

Remember last week I told you guys that I bought Sheperd's pie from pasar ramadhan TTDI. I've craving for the pie for days after I had the first one last week. So today, I actually bought 2. Meat and chicken pie. I had chicken Sheperd pie last week, so gonna try the one with meat.

Actually bought two because Kakak kacau last week. She ate half of my Sheperd pie and she likes it so much.In fact she ask me to buy somemore. So today one each, no gaduh-gaduh and berebut. We can enjoy our delicious pie dengan aman dan bahagia.





can't wait to dig into you baby






can you see the meat?. Delicious.























they actually put brochures in every plastic bag of the item they sold. Good marketing strategy. Lepas habis puasa I so am gonna go to their cafe and try other food there.








Sunday, August 22, 2010

Lauk semalam


Plan awalnya nak masak sambal sotong sebab terliur tengok dalam blog Mat Gebu. Sekali menunggu orang yang keluar beli sotong berejam-jam tak balik-balik jugak. Sambal sotong terus tukar jadi ayam masak merah dan sambal telur. Kalau dah dua-dua merah, takkan nak masak sambal sotong pulak lagikan. 

Last-last sotong jadi sotong goreng kunyit sajalah. Hari ni insyaallah moga-moga adalah sambal sotong =)

Broccoli tu khas untuk anak dara si kecik yang maukan broccolinya direbus saja.
Apa juadah berbuka hari ni?

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, August 21, 2010

Pasar Ramadhan TTDI

Almost 10 hari Ramadhan, this is the first time this year jejak kaki to Pasar Ramadhan TTDI kampung halamanku. Tahun ni lebih banyak membeli at Pasar Ramadhan KD yang dekat dengan rumah. Let me tell you price wise, Pasar Ramadhan TTDI ni harga barang mahal sikit dari Kota Damansara. Choice of food pun slightly different dari at KD punya pasar Ramadhan. Crowd pun macam different sikit. I saw Nik Ma*rini the ex-model yesterday here. Tinggi and lawa. Nasib baik tak terjumpa any ex-schoolmates yesterday, or else I would've menyorok mana-mana =P
pusing-pusing pasar ramadhan sekali ternampak kambing panggang. Agak-agaknya how muchlah tu. First time in years of going to pasar ramadhan TTDI, kali ni ada kambing panggang.



price of beryani here. Tapi gerai ni bukan gerai beryani yang famous di TTDI ni. Gerai beryani yang famous tu queue panjang giler so orang pemalas macam I ni takkan sanggup nak queue panjang-panjang punya walaupun sesedap mana makanan tu. I got other choice ok. Gerai beryani tu, sblm nasi & lauk sampai lagi orang dah beratur dulu, boleh?
layout pasar ramadhan tahun ni better than previous years sebab luas sikit ruang nak berjalan in between gerai. Kalau tak cramp sangat.
the yellow and red stripes stall is where I bought the yummylicious Sheperd's pie I ate yesterday. Sedap sangat sampai rasa tak cukup beli satu sebab Kakak sibuk nak share jugak. Anak dara tu siap pesan suruh beli lagi hari ni. RM5 for the Sheperd's pie. Their spaghetti pun not bad. Beli 2 bungkus, licin dua-dua. I want Sheperd's Pie again but malasnya nak drive to TTDI petang nanti.
luas dan selesa membeli belah makanan. Sediakan jerlah ongkosnya ya.

Sheperd's Pie, I hear you calling me. Sebenarnya nak buat bukannya susah sangat cuma malas jerkan =P

Ramadhan dah ke 11 dah,kan. Cepatnya Ramadhan passing through. Baju raya budak-budak ni tak cuci lagi. Nantilah tunggu time tak boleh puasa nanti, boleh spring clean rumah sekali. Selamat berpuasa semua, jangan ponteng-ponteng ya =P

Tuesday, August 17, 2010

Juadah berbuka Pasar Ramadhan Kota Damansara

Tiap-tiap hari kami mesti ke Pasar Ramadhan Kota Damansara. Pasar Ramadhan TTDI dan Pasar Ramadhan Sg. Penchala dah tak pergi dah. Pasar Ramadhan TTDI, harga makanan slightly expensive and susah nak parking. Even my mother yang stayed in TTDI pun tak pergi pasar ramadhan TTDI, dia pergi pasar ramadhan Sg. Penchala.

Pasar ramadhan Kota Damansara ni tak adalah besar sangat tapi kira semua yang teringin makan boleh cari. Janganlah pulak nak cari steak atau kambing panggang kat situ sah-sahlah tak adakan =P


variety of lauk with reasonable price


Kakak's favorite laksa
teruja jumpa rojak buah tapi agak kecewa sebab kuah dia blant



you all perasan tak sekarang ada pesen murtabak baru. Murtabak tu dia masak dalam bekas empat segi dulu baru transfer ke dalam kulit dia.

Beratur panjang tu orang nak beli murtabak ni sampaikan kedai murtabak lain macam tak laku jadinya. Hari-hari queue panjang. Tapi hati I tak terbukak lagi nak join the queue.

According to my officemate rasanya sama jer dengan murtabak biasa. Sapa yang pernah rasa murtabak ni. Betul ke rasanya sama jer?



orang beratur nak beli murtabak. Hari-hari beratur panjang.




dear hubby's favorite ayam golek. Kat Kota Damansara ni seekor RM15. Officemate I cakap kat Rembau harga sekor ayam ni RM18. Macamana tu kat Rembau lagi mahal?



I prefer ayam goreng anytime =)


Ini juadah berbuka semalam. Kalau ikutkan hati macam-macam nak makan. 

Ada 30 hari puasa, so ada 30 hari nak cuba macam-macam juadahkan so jangan tamak.

Ingatkan diri sendiri tu =P

Sunday, August 15, 2010

Mood masak bubur lambuk

Hari ni tetiba datang mood nak masak bubur lambuk. Selalunya dulu kalau kerja di pusat bandar, Encik suami rajin ambik bubur lambuk kampung baru. Bubur lambuk tempat lain I tak layan sangat sebab rasa tak sesedap bubur lambuk Kg. Baru.

Disebabkan keteringinan makan bubur lambuk, maka masaklah sendiri. Bukannya susah pun. Bahan-bahan nak masak bubur lambuk ni simple jer.

Nak bagi resepi tapi tau lah I selalu masak kot campak-campak ikut agak-agak jer. Resepi kat bawah ni I ambik dari My Resepi.com tapi memang samalah dengan cara I buat bubur lambuk. Dasar pemalas nak type panjang-panjangkan.

Bahan-bahan ( satu periuk untuk 4-5 orang )

  • 1 cawan beras
  • 3 cawan air
  • 4-5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 2-3 sudu besar rempah kurma
  • sedikit kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
  • 1 mangkuk daging/ atau lebih -ikut selera masing masing (dihiris nipis)
  • 1/2 cawan santan
  • minyak untuk menumis
  • daun ketumbar (hiasan)
  • bawang goreng (hiasan)
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga bunga lawang. Kemudia masukkan bawang, bawang putih & halia yang telah dia kisar bersama.
  2. Bila dah naik bau, masukkan rempah kurma. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air. Masak hingga naik minyak.
  3. Masukkan pula daging, beras & air. Biarkan bubur merenih sehingga daging dah beras masak.
  4. Bila bubur dah masak..masukkan santan, rasa garam gula, & masak lagi sehingga mendidih.
  5. Hiaskan dengan bawang goreng & daun ketumbar.

Selamat Mencuba =)

P/S: Anak I puji melambung-lambung kata bubur lambuk Mama sedap....kembang jap hidung sang ibu ni =)

Saturday, September 19, 2009

Nak pengsan

Saya sedang kepengsanan kerana kepenatan membuat kerja rumah


Sorang-sorang.....


Selamat Hari Raya....iftar lagi berapa jam jer lagi...saya akan berbuka dirumah ibu mertuaku dan takbir sekali

Monday, September 14, 2009

We got ditch because of F1

Semalam I dah cakap dah dengan hubby yang I nak ajak bukak puasa luar.

Dia kata ok....wahhh sukalah mak tak payah fikir nak masak apa.

Dia kata nak pergi lepas solat Maghrib senang sebab dah solat.

Sekali lepas I sembahyang maghrib semua itu pakcik kata dia nak tengok F1 lah pulak dia tak nak pergi. Mau angin satu badan dibuatnya.

Sebab dah janji dengan budak-budak so bawaklah derang keluar makan.

Tekak I teringin nak makan nasi lemak antarabangsa tapi budak-budak ni nak makan kat Santai lah pulak.

Mengalah dengan anak-anak. Majoriti wins....

Biarkanlah Ayah derang kat rumah sleep eat and drink F1 dia tu =P




Kakak lapar tak dapat makanan lagi....sian anak Mama puasa ya

ngap roti John...yummy

that's my bihun bandung, sudah kena songlap sama ini budaklah

Kakak sedekah semua udang dalam nasi goreng paprik seafood dia to Mama dia...

udang my favorite


syok gila dapat air tembikai. See muka happy Kakak dapat air


sembabnya my face....tengok tu Abang buat muka tikus mondok dia


Santai ni memang bestlah sebab service dia cepat dan pantas. Tak payah berlapar lama menunggu.

Hmm...tonite Nasi Lemak Antarabangsa perharps for buka puasa.

Tuesday, September 8, 2009

Yesterday's Iftar

Semalam another buka puasa session with friends, still with kawan-kawan sekolah menengah tapi group lain. Banyaknya group ya.
Semalam lepak kat The Curve TGIF
ingat kan dah lambatlah nak Pergi The Curve sekali smooth jer sebab Selangor cuti kan semalam
sah-sah kat KL jam kalau Selangor cuti

Seronok dapat jumpa kawan-kawan sekolah menengah ni terutama sekali mengingatkan kenakalan kami masa time sekolah tu


too cheesylah chicken breast ni. I makan seketul jer.

Mungkin jugak sebab tank perut kecik




makan sokmo cheese saja semalam....there goes my diet


boneless chicken wings



clam chouder soup...sedap I tell u. Lain kali nak kena order lagi ni



dalam toilet pun sempat ambik gambar ya


nak buat macamana dah namanya pun blogger


kuota bukak puasa I minggu ni dah habis sebab my hubby pun sibuk nak bukak puasa kat luar minggu ni

puas hatilah dapat sembang-sembang dengan kawan-kawan sambil bukak puasa

Next....sapa nak bukak puasa dengan saya pulak?


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin