Jul 12, 2010
SOTONG 1-0 AYAM BELANDA
Jul 11, 2010
SIAPA LEBIH HEBAT
Dalam pasukan kita, semestinya Torres adalah yang terbagus berbanding Kuyt. Daripada skill sampailah siapa paling hensem semuanya mesti kena dekat Torres. Cuma hadiah budak cergas mesti dapat pada Kuyt sebab dia rajin dan payah sakit. Yang lain boleh kata Torres borong semua.
Sebaliknya yang berlaku di Piala Dunia aneh sikit. Walaupun kehebatan Torres di Liga Perdana diakui, namun lain sedikit untuk Piala Dunia ini dia semacam tak berapa fokus. Mungkin masih cedera atau sedang memikirkan destinasi baru, Chelsea kot. Sebiji gol pun belum dia sumbat dan permainan hambar sekali.
Yang paling aneh ialah Kuyt walaupun sekadar menjaringkan sebiji gol, itupun bola muntah, tetapi hantaran beliau banyak membuahkan gol. Bak kata orang, Kuyt bermain dengan semnagat berpasukan tinggi. Biar dia penat dan sakit dan orang lain dapat nama, janji pasukan beliau dapat kemenangan.
Walaupun sotong kurita syirik telah memberikan pembayang yang Spain mungkin juara, segalanya kuasa Allah jua. Dia nak uji manusia sebenarnya. Macam cerita Lembu Emas zaman Nabi Musa, sama saja dengan sotong itu. Kalau percaya yang sotong itu ada kuasa meramal maka jatuh syirik, Dosa besar tu. Wassalam.
Jul 4, 2010
PIALA DUNIA & LIVERPOOL
Terima Kasih German. Engkau telah mengajar England dan yang terbaru Argentina bahawa walaupun tiada nama bintang dalam pasukan pun ,pasukan mereka tetap hebat. Rata-rata umur pemain dibawah 26 tahun kecuali Freidriech dan Klose. Walaupun setahun jagung tetapi permainan amat matang. Paling menonjol ialah Patrick Muller dan Mesut Ozil. Dua orang inilah yang membuatkan Mascherano pening kepala nak jaga.
Berbalik kepada Mascherano dan Maxi, mereka mungkin merasakan pasukan mereka mampu ratah Jerman sebelum sepak mula. Namun bola itu bulat, segalanya bukan seperti direncana. Messi bukan lagi lipas kudung tetapi macam lipas yang kena baling kasut. Taktik yang sikit-sikit bola mesti bagi kat Messi memang tak boleh pakai dah. Dia kena ikat habis rosak rancangan. lagi satu percaturan Maradona kali ini macam lalat kerumun tahi. Buat apa kalau ada pemain sayap macam Di Maria dan Maxi tapi tak selalu gunakan gerakan dari tepi.
Dalam lagi satu perlawanan pasukan Torres berjaya menjinakkan Paraguay dengan tunggal gol Villa. Saya tak mampu nak tengok perlawanan itu kerana sudah tak mampu bertahan. Lagipun hari ini kena kerja la bhai. Maka masih kempunan Torres nak pecah kebuntuan gol. Dan saya yakin beliau masih akan sebegitu jika Bosque masih bagi peluang dia jumpa Jerman nanti.
Jul 3, 2010
PIALA DUNIA & LIVERPOOL : EDISI DIRK KUYT
Yang tak berasa seronoknya beliau mungkin akan membawa jalan sendiri selepas ini. Ini kerana ramai yang sudah menaruh hati kepada beliau setelah mana kemajuan Belanda mengkantoikan Brazil. Rafa mungkin akan mendahului senarai pemuja beliau. Martin Jol telah beberapa kali sebelum ini memujuk Kuyt untuk bersamanya di Hamburg. Dan beberapa kelab lagi yang sedang tunggu dan lihat situasi setelah Kuyt bertemu dengan Hodgson nanti.
Jadi kemampuan Kuyt telah mencapai tahap optimum musim ini memang ditunggu dan begitulah juga rakan sepasukan lain. Walaupun bukan peminat pasukan Oren tetapi saya rasa mereka mempunyai kualiti untuk menajdi Juara Piala Dunia edisi 2010. Saya rasa pemain Arsenal yang bernama singkatan RVP (bukan nama sebenar), telah tenggelam dalam arus syok sendiri. Kalaulah dia bekerja keras seperti mana Kuyt, pastinya pasukan mereka akan digeruni. Saya rasa selain Kuyt, Robben dan Snieder berpuluh kali penting dari beliau.
Jun 28, 2010
PIALA DUNIA & LIVERPOOL
Permain England ternyata mengecewakan. Tiada sistem. Main berterabur. Sepatutnya mereka boleh bermain mudah. Kawal keadaan dari tengah. Ini tidak, semua pemain terlampau ghairah nak menyerang sampaikan Jerman dapat memanipulasi kelemahan dan mengambil peluang kealpaan barisan pertahanan England.
Jadi pemberita boleh kembali bertanya kepada Gerrard apakah focus beliau selepas ini. Maksudnya Liverpool atau Real Madrid. Ataupun mungkin keputusan akan dibuat setelah beliau melihat siapa yang jadi Pengurus terbaru. Peminat sedia menerima seadanya apa pun terjadi. Kalau beliau setia mungkin musim depan ada sinar harapan untuk kita kembali menggegarkan Liga Perdana.
Glen Johnson bagi saya boleh dikatakan antara lubuk serangan Jermain juga tetapi beliau mungkin tertekan kerana terpaksa membantu serangan dan menjaga Mesut ozul sekaligus. Namun seperti biasa kelemahan untuk pertahanan beliau amat terserlah dan jika tidak diambil iktibar lubuk Piala Dunia akan dibawa ke Liverpool.
Nasib baik Carragher tidak main. Jika tidak anugerah kambing hitam pastinya akan diberikan kepada beliau. Saya rasa Carragher mungkin lebih efektif dari Upson kerana Upson tidak dapat menghidu bahaya dari awal. Malah Terry juga semacam hilang tumpuan bila berhadapan dengan penyerang Jerman yang pantas dan licik.
Jun 26, 2010
PIALA DUNIA & LIVERPOOL
Tetapi sebaliknya bagi Agger, pasukan mereka dimalukan oleh Wira Asia, Jepun 3-1. Walaupun begitu Agger memberikan sumbangan apabila beliau dijatuhkan dalam kotak penalti dan penalti disempurnakan oleh Tomasson untuk saguhati dari Jepun untuk bekalan pulang kekampung.
Kuyt akan bertemu Skrtel pada pusingan seterusnya. Namun apakah kita akan melihat satu lagi kejutan oleh wira Slovakia untuk bertemu pasukan sehebat Belanda. Atas kertas Belanda mempunyai peluang cerah tetapi rasanya Slovakia tidak akan memberikan peluang mudah kepada mereka.
Jun 24, 2010
PIALA DUNIA & LIVERPOOL
Berdasarkan aksi England dan Ameria Syarikat sepanjang kempen di Afrika Selatan kali ini, perjuangan mereka diramal berakhir pada pusingan kedua nanti.
Kualiti yang kedua-dua pasukan pamerkan tidak akan membawa mereka pergi jauh.Dengan berakhirnya aksi Kumpulan C semalam, Amerika Syarikat menjuarai kumpulan itu diikuti England di tempat kedua.
Kemenangan England ke atas Slovenia diperoleh menerusi jaringan Defoe sementara Landon Donovan melakukannya untuk Amerika Syarikat pada minit-minit terakhir permainan.England dan Amerika Syarikat menamatkan saingan dengan mengumpul lima mata tetapi Amerika Syarikat muncul juara kumpulan berdasarkan kelebihan jaringan.
Slovenia yang menang 1-0 ke atas Algeria sebelum seri 2-2 dengan Amerika Syarikat pada dua aksi terdahulu terpaksa berputih mata apabila sekadar menamatkan saingan di tempat ketiga dengan empat mata.Algeria pula di tangga terbawah dengan satu mata.
Pada aksi pusingan kedua nanti, Amerika Syarikat akan berdepan naib juara Kumpulan D pada awal pagi Ahad ini diikuti England bertemu juara Kumpulan D pada malam Ahad ini. – Agensi
Jun 23, 2010
PIALA DUNIA & LIVERPOOL
Uruguay yang mengungguli Kumpulan A, akan bertemu Singa Asia, iaitu Korea Selatan dalam pusingan kedua. Bak kata pepatah buku bertemu ruas. Corak gerakan pantas Korea Selatan akan diimbangi oleh kelicikan pemain Uruguay yang bermain secara taktikal. Walaupun begitu Korea Selatan tidak kontang dengan bakat yang hebat. Banyak pemain mereka yang sedang dan pernah menempa nama di Eropah. Park Ji Sung bermain untuk seteru kita Man U, mankala Pak Chu Young bermain untuk kelab Monaco di Perancis.
Akhir sekali takziah buat Perancis yang merupakan pasukan ternama yang pulang awal. Dengan masalah pemain memboikot pengurus ghaplah jingga mereka Domenech. Lagi satu Nampak sangat ramai pemain Arsenal dalam pasukan malam tadi. Naik menyampah betoi. Tapi yang paling memeritkan lagi melihat bekas pemain kita Cisse dan Alou Diarra main sungguh macam tahi. Sepatutnya Benzema kena berada dalam pasukan dan mungkin juga Nasri yang boleh menjadi perancang dalam pasukan. Bagi peminat Perancis selagi ramai sangat Pak Itam main dlam skuad Perancis maka selama itulah nasib mereka tak berubah.
Jun 22, 2010
PIALA DUNIA & LIVERPOOL
Perjuangan Torres dan rakan-rakan belum berakhir. Honduras berjaya dijinakkan 2-0 namun kedua-dua gol Villa yang bubuh. Boleh tahan juga persembahan mereka tak seperti lawan Swiss tempohari, kali ini Navas telah diletakkan bagi menggantikan Iniesta. Namun Torres hanya bermain 70 minit sebelum digantikan dengan Mata. Keseluruhan Nampak permainan Torres semacam dia masih belum pulih sepenuhnya. Pertemuan selepas ini memerlukan Spain menewaskan Chile yang hanya perlu seri.
Saya nampak Chile tidak sehebat mana kerana permainan mereka agak ganjil seganjil jurulatih mereka. Walaupun mempunyai pemain tengah yang mampu menggerakkan permainan iaitu Mati Fernandes, Chile lebih gemar melakukan hantaran tepat secara buta tuli kepada Sanchez dan Bousenjour. Suazo bertindak sebagai pemain sasaran namun beliau agak berat. Tetapi apa yang Nampak berbahaya ialah Chile suka melakukan rembatan tepat kearah gol yang mampu membuatkan penjaga gawang berharap bola Jabulani tidak buat kurang asam.
Namun lagi satu kehairanan saya ialah bekas pemain kita Mark Gonzalez merupakan pemain terbaik mereka malam itu kerana gol tunggal beliau cukup untuk memberikan peluang cerah kepada Chile. Padahal semasa di Anfield beliau lebih hampas dari Babel. Saya agak mungkin faktor usia terlalu muda dan tekanan yang diberikan peminat terhadap Speedy, membuatkan dia gabra sampai tak boleh main. Tidak pun mungkin Rafa yang tak kena cara untuk melatih Mat Speedy. Entahlah barang lepas jadikan pedoman.
Jun 21, 2010
PIALA DUNIA & LIVERPOOL
Jun 17, 2010
PIALA DUNIA & LIVERPOOL
Buatlah 100 percubaan tapi dengan satu kesilapan segalanya akan menghukum diri. Dah tahu pemain ketot metot, main gunakan sayap yang ada, Kanan Navas dan kiri Mata. Alonso atau Fabregas ditengah sorang main bola jauh sorang main dekat. Villa perlukan Torres bukannya Inesta. Puyol ibarat Rio untuk England. Dah patut bersara. Iker dah jadi macam Green, Reina rasanya sudah ketar tangan nak jadi No.1. keputusan yang tidak betul diambil mengakibatkan pilihan Juara mungkin pulang awal.
Kemenangan ini harus diberikan kepada Hitzfield, bekas Pengurus Bayern. Dia kenal Del Bosque (Real Maderid)sudah lama. Pasukan dia banyak kali dikecewakan oleh Del Bosque dulu. Ini merupakan balasan dendam termanis (sweet revenge) untuk Otmar buat Del Bosque. Percaturan Kaiser Jerman ini banyak bergantung kepada kerja berpasukan, bukannya egois individu.
Jadi selepas ini Spain kena jumpa Honduras, kira boleh makan kot (mungkin). Tapi awas, pasukan Chile adalah pedas dalam kari daging. Ramai Cili yang main di Spain. Mereka tiap-tiap minggu tengok Cassilas, Puyol, Xabi, Villa main. Malah Jurulatih mereka Bielsa ibarat Rafa versi Argentina. Suka kumpul video pemain lawan. Cuma kegilaan Rafa tidak mampu beliau lawan sebab Rafa bekerja 14jam sehari.
Walaupun begiitu, pemain Swiss ada bakat juga. Barnetta mungkin ibarat permata dalam lumpur. Inler ibarat Patrik Viera Swiss, tangkas dan jitu. Ziegler yang pernah dikaitkan dengan Rafa paling banyak diuji oleh Navas. Fernandes pernah main di Man City pasti akan jadi buruan selepas ini. Nasib baiklah Degen tak main kalau tak mesti Spain kena main dengan Maicon Liverpool.
Jun 16, 2010
PIALA DUNIA & LIVERPOOL
Pasukan Skrtel telah melepaskan peluang untuk menjadi peneraju kumpulan setelah bekas juara Itali hanya seri dengan Paraguay. Dalam keadaan ini rasanya peluang masih terbuka kepada semua pasukan. Kiranya barang siapa yang menang pada perlawanan selepas ini peluang amat cerah.
Namun agak mengecewakan kerana New Zealand boleh dikatakan pasukan tercorot yang datang ke Piala Dunia kali ini. Namun mereka masih mampu memberikan tentangan sengit hingga minit akhir untuk penyamaan. Skuad Slovakia tidak mempunyai ramai pemain bintang, Cuma Marek Hamsik yang dikatakan bakal menjadi pemain Man City musim depan antara yang paling menonjol.
Jun 15, 2010
PIALA DUNIA & LIVERPOOL
Kali ini pertembungan Belanda dan Denmark telah menemukan dua orang pemain utama kita. Kuyt bermain diposisi Sayap Kanan manakala Agger bermain di posisi bek tengah. Walaupun Kuyt merupakan penjaringkan gol kedua namun ianya adalah hasil kerja keras orang lain.
Bak kata orang lembu punya susu sapi dapat nama. Eljiro Elia yang pernah dikaitkan untuk dibawa ke Anfield oleh Rafa telah berjaya menewaskan Sorenson tetapi agak malang bola terkena tiang, langsung Kuyt yang sememangnya pakar bola cemey (mudah) tidak mempersiakan peluang untuk membuka akaun gol di Piala Dunia.
Agger walaupun dipihak yang tewas namun agak bagus juga. Namun lebih mengujakan ialah Simon Kjaer yang mempunyai susuk tubuh dan fizikal yang mantap. Dia bermain agak agresif dan antara penghalang utama dari Belanda menambah gol. Pemain Denmark yang lain yang agak menonjol ialah Jasper Gronjkaer.
Jun 14, 2010
Jun 13, 2010
PIALA DUNIA & LIVERPOOL
Korea 2-0 Greece
Kargiakos tidak bermain namun hanya sekadar memerhatikan rakan-rakan dimalukan oleh pemain korea. Renhagel mungkin akan meletakkan Kargioakos untuk melawan Nigeria yang tewas tipis kepada Argentina.
Argentina 1-0 Nigeria.
Hanya Mascherano selaku kapten bermain sepenuh masa dan Maxi hanya masuk 20 minit terakhir. Namun Maxi mungkin boleh mendapat penalti jika pengadil dapat melihat pemain Nigeria menghalang beliau dari melakukan hantaran kepada rakan.
England 1-1 USA.
Mungkin Hick & Gillet pasti marah dengan Gerrard kerana mejaringkan gol awal mendahului USA seawal minit ke 6. Tapi kesilapan Green mengakibatkan England sekadar berkongsi mata dengan USA. Carragher masuk setelah King nampak macam tak boleh belah. Johnson antara pemain yang amat berbahaya bergandingan dengan Lennon.
Esok pemain kita akan berentap sesama sendiri iaitu Kuyt lawan Agger. Walaupun Belanda nampak boleh makan Denmark tapi macam-macam boleh jadi
May 24, 2010
KESEBELASAN LIVERPOOL UNTUK PIALA DUNIA
Memang kebetulan dengan musim Piala Dunia pemain-pemain Liverpool turut sama akan menunjukkan aksi dan cuba memenangi Piala Dunia dengan negara masing-masing. Tetapi yang paling kebetulan ialah jika disusun lengkap jadilah satu pasukan. Pelik tapi benar.
GK - Pepe Reina (SPAIN)
LB - Daniel Agger (DENMARK)
CB - Jamie Carragher (ENGLAND)
CB - Martin Skrtel (SLOVAKIA)
RB - Glen Johnson (ENGLAND)
LM - Ryan Babel (HOLLAND)
CM - Javier Mascherano (ARGENTINA)
CM - Steven Gerrard (ENGLAND)
RM - Maxi Rodriguez (ARGENTINA)
F - Dirk Kuyt (HOLLAND)
F - Fernando Torres (SPAIN)