Showing posts with label Priemer League. Show all posts
Showing posts with label Priemer League. Show all posts

Sep 11, 2010

LIVERPOOL LAWAN BIRMINGHAM




Dalam kegirangan menyambut raya samada berkunjung atau dikunjung oleh rakan taulan, peminat Liverpool akan dihidangkan dengan juadah Liga Perdana dengan perlawanan dengan Birmingham City. Rumah terbuka di Birmingham akan dilawati oleh tetamu dari Merseyside. Setelah lama kita berehat melihat kelibat pemain kita, kerana mereka siboldalam aksi antarabangsa, maka kesemua pemain akan kembali menyarung jersi kita. Dalam semua pulang gembira, hanya Mat Kuyt sahaja terpaksa berehat cuti sakit.

Kalau kita selidik sedikit pasukan tuan rumah, Brum ternyata pasukan mereka tidak banyak berubah. Namun mereka dapat membawa pemain bagus seperti Hleb, Zigic, Bousenjour dan Foster musim ini. Foster mungkin tidak sebagus Joe Hart digawang, namun beliau masih berpotensi menyaingi kehebatan Hart menjaga kubu Brum. Nasib baiklah Hleb cedera kalau tidak bolehlah kita tengok kelibat pemain yang hampir menyarung jersi kita. Zigic yang tinggi lampai masih belum menjadi pemain utama namun amat berbahaya jika Brum menggunkan kelebihan pemain galah tersebut.

Keseluruhan taktik yang digunakan oleh Mcleish amat efektif iaitu bertahan dengan kepadatan sardin cap ayam, dan akan melakukan serang balas apabila lawan terlalu alpa menyerang. Malahan bek mereka walaupun tidak ternama, namun tetap utuh bertahan dan sekali-sekala agak ganas mengasak penyerang lawan. Barisan tengah mungkin tidak dapat menandingi keupayaan kita, tetapi mereka bermain sebagai satu unit. Barisan depan mereka akan menggunakan kepantasan untuk memerangkap dan memanipulasi bek kita yang kurang pantas.

Berbalik kepada pasukan kita. Saya rasa kita akan dapat menyaksikan duo yang baru dibeli bermain untuk perlawanan sulung mereka. Miereles dan Konchesky pasti tak sabar-sabar untuk berikan aksi terbaik dan kita juga mahukan mereka supaya tidak menghampakan terutamanya bek kiri baru kita itu. Saya ingin fokuskan disini bahawa ramai peminat kurang yakin dengan pembelian kurang popular itu. Apa ingat Hodgson ada duit nak beli bek kiri macam Lahm. Bagi saya tiada masalah kalau siapapun yang Hodgson beli asalkan dia mampu berikan yang terbaik.

Torres sudah hampir cergas sepenuhnya. Dua gol bersama Sepanyol baru-baru ini adalah bibit pertanda kebangkitan El Nino. Saya harap dia akan berikan inspirasi seperti mana ketika lawan West Brom tempohari. Segala bebanan untuk menjaringkan gol masih terbeban dibahunya apabila Hodgson gagal membawa masuk penyerang baru sebelum tingkap perpindahan tutup. Jadi terpaksalah kita bergantung harap kepada Ngog sebagai pengganti jika ada aral berlaku kepada Torres. Alternatif lain mungkin Babel namun dia belum lagi diberi peluang sepenuhnya, jika benar Hodgson akan berikan peluang kepada Babel sebagai penyerang bukan lagi sebagai pemain sayap.

Nak tulis panjang pun dah tak larat lagi sebab perut masih penuh. Namun akhir kalam, Tiga mata adalah wajib dicuri dari tuan rumah. Dan saya yakin kita boleh lakukan dengan suntikan pemain baru dan pemain lama yang bakal memberi saingan sengit buat pasukan lain.

Aug 23, 2010

LIVERPOOL LAWAN MAN CITY



Ujian pertama telah berjaya, walaupun hanya sekadar satu mata dengan Arsenal. Ujian kedua lebih mencabar apabila akan bertemu Skuad Orang Kaya, Man City. Kali ini pasukan kita nampak kecil sangat dimata mereka. Namun bagi saya kita tak perlu gusar dengan pasukan ini kerana tekanan di pihak mereka. Macam main sekilo ( istilah main drag 1KM) kat Highway. Mereka pakai TZM150 tapi kita pakai RXZ. Tapi kalau joki tak pandai, pomen korek tak cun, TZM boleh kena dengan RXZ. Begitulah keadaannya jika Mancini tak pandai guna pemaan bintang yang mereka ada dan pemain hebat mereka belum serasi rakan sepasukan lagi, tiada masalah kita boleh pulang tersenyum dari Manchester.

Hodgson ada formula untuk mematahkan Man Citeh. Kita tak perlu risau. walaupun ketiadaan Joe Cole dan Aquilani, barisan tengah kita masih mantap. Gerrard pasti main diposisi lebih menyerang di belakang Torres. Dan kita masih mempunyai Kuyt yang amat berbadi buat Man City. Jovanovic yang tak gementar lawan Arsenal akan pasti sekali lagi buat onar disebelah kiri. Lucas dan Mascherano akan bertugas bergilir-gilir membantu serangan dan pertahanan. Gandingan Carragher dan Skrtel sekali lagi akan diuji namun tak risau sebab Mascher ada. Disebelah sisi saya harap Aurelio main kerana Agger masih bengong dan Johnson akan membantu serangan sebelah kanan. Reina pasti akan bangkit dari kesilapan lalu.

May 8, 2010

MASUK KANDANG RIMAU


Perlawanan penutup jendela Liga Perdana kali ini macam tidak memberikan impak buat pasukan mahupun peminat. Hull sudah pun melingkup turun liga dan Liverpool hanya mampu bersaing untuk Trofi kelas 2 di Eropah. Jelas sekali tumpuan media hanya diberikan pada Rafa dan Torres dan sedikit pada Kapten Gerrard. Makin tak selesa peminat Liverpool buat masa ini. Asyik cerita tak enak saja yang ditulis.

Tumpuan untuk perlawanan ini pastinya agak suram dengan tiada apa untuk dikejar lagi. Kalau begitu apakata Rafa turunkan pemain remaja untuk diberikan peluang beraksi. Letak saja mana-mana pemain simpanan seperti Martin, Irwin, Ayala, Mavinga, Mendy, Kelly, Amoo, Palson, Duran, Bruna, Pacheco, Brouwer, Valle dan Saric dalam kesebelsan utama. Kalah menang tak jadi hal, tapi manatahu boleh menang kira jadi motivasi untuk bersaing.

Rata-rata peminat Liverpool teralih juga kepada perlawanan Chelsea-Wigan dan ManU-Stoke. Bukan lagi rahsia bahawa ramai yang mahu Chelsea menang keatas Wigan dan menang Kejuaraan Liga musim ini. Tapi macam-macam boleh jadi, apapun kita tunggu sampai perlawanan esok yang akan diadakan serentak.

Mar 30, 2010

KEDUDUKAN TERKINI = BAKI 6 PERLAWANAN

Jika melihat dari kedudukan tangga liga terkini, pasti ramai yang mengganggap sudah tiada harapan untuk ke slot Liga Juara-juara eropah. Namun apabila melihat jadual perlawanan mendatang, peluang masih terbuka. Ini kerana Spurs dan Man City akan hadapi lawan yang lebih hebat dan mungkin mereka bakal tercicir mata. Hanya kita dan Villa telah melepasi halangan getir dan bakal menghadapi lawan yang kurang berbahaya. Yakin Boleh.

Spurs (58 points):
Sunderland (A)Arsenal (H)Chelsea (H)Man Utd (A)Bolton (H)Man City (A)Burnley (A)

Man City (56 points):
Burnley (A)Birmingham (H)Man Utd (H)Arsenal (A)Aston Villa (H)Spurs (H)West Ham (A)

Liverpoolkita (54 points):
Birmingham (A)Fulham (H)West Ham (H)Burnley (A)Chelsea (H)Hull (A)

Aston Villa (51 points):
Bolton (A)Everton (H)Portsmouth (A)Hull (A)Birmingham (H)Man City (A)Blackburn (H)

Mar 29, 2010

Feb 5, 2010

LAWAN KAMPUNG SEBELAH.

Kalau di kampung saya, dulu masa zaman sekolah rendah, perlawanan bolasepak dengan kampong sebelah (derby) merupakan acara menarik hujung minggu. Dengan berbekalkan modal sorang pemain mengeluarkan wang 50 sen. Kami akan mengumpul dengan memanggil dari rumah ke rumah. Sampai satu tahap, pasukan kami cukup-cukup 11 orang saja sebab kena musim berkhatan. Walaupun pasukan kami mempunyai kelebihan kerana selalunya bermain dipadang kampung sendiri tetapi rekod terdahulu semenjak zaman abang-abang kami kebanyakannya di pegang oleh kampung sebelah. Aksi lasak dan penuh dramatik ini kerena tiada pengadil atau pengadil selalunya brader dari kampung sebelah yang dibayar upah rokok gudang garam dua batang. Undang-undang offside pun tak reti, tapi itu saja yang ada. Kadang kadang ada juga penonton, tetapi selalunya tiada siapa yang nak tonton perlawanan bolasepak yang main macam ragbi punya ganas. Aksi lasak bukan setakat dalam padang saja, tapi berlarutan sampai masa nak balik. Selalunya budak kampung sebelah akan jadi mangsa sebab mereka yang selalu menang. Jadi pasukan mereka ibarat Liverpool dan kami poyo macam Everton.

Cerita diatas merupakan nostalgia saya ketika zaman sekolah dulu. Mungkin situasi yang sama berlaku antara peminat Liverpool dan Everton. Liverpool ibarat kampung sebelah yang kuat mempunyai pemain berbakat (banyak wakil sekolah), manakala pasukan kami ibarat Everton, yang bermain ortodok ultra bertahan dan kasar sebab banyak geng lastik burung dan kaki berkubang mandi sungai mana lah reti sangat nak main bola secara formal. Jadi walaupun semacam Liverpool kuat sangat namun ada masa kena juga dengan Everton. Ini bukannya apa bila dah main digelanggang orang pastinya kelebihan ada untuk tuan rumah. Maruah dan semangat adalah kunci buat mereka. Dengan pemain utama Livepool pun ramai yang cedera atau baru pulih, maka pasukan Everton yang semenjak dua menjak main bagus amat berbahaya. Salah satu faktor kemasukan Landon Donovan. Pemain pinjaman LA Galaxy ini pernah mencuba nasib di Bundesliga namun hampeh kesudahannya. Balik kampung di US main bagus, sampai tak silap saya pasukan USA boleh masuk Suku Akhir Piala Dunia dengan pemain tambatan ialah mamat ini.

Bagi saya perlawanan ini adalah penting kerana selepas ini pasukan akan berjumpa Man City dan Arsenal. Kalau boleh makan Toffees, maka taiada tekanan sangat untuk bertemu Man City selepas ini. Bukan mudah nak menang jika Everton pandai menggunakan kesempatan mengikat Gerrard seperti mana berlaku ketika lawan Wolve sebelum ini. Buat masa kini setelah perlawanan Bolton tempohari nampaknya kapten kita itu sudah kembali cergas sediakala. Walaupun tiada Torres, Kuyt boleh dikatakan hero pasukan dengan gol penyelamat beliau. Sapa lagi nak diharapkan untuk menggempur musuh, Ngog masih lagi belum matang dan perlu banyak belajar dari pemain Senior. Apapun jua pastinya diharap Rafa akan menggunakan Aquilani bagi menggantikan Lucas.itu sahaja pertukaran yang terbaik yang dipersetujui ramai. Yang lain kekalkankan sahaja kerana pemain sudah berada dilandasan yang terbaik buat masakini untuk berjaya.

Dec 27, 2009

Serigala kena pukul di Anfield

Kemenangan dengan Skuad Serigala memang telah dijangka. Walaupun ada yang terlalu optimis sampai sasar 5-6 biji gol yang akan disental. Tetapi dengan 2-0 itu sudah memadai. Yang penting kemenangan adalah moral untuk pemain bangun dari tidur. Malah jika dilihat ada peningkatan untuk semua pemain tak kira pemain senior atau pemain muda.

Corak permainan sedikit berubah dengan kemasukan Aquilani. Namun begitu agak hairan juga, kita dua orang pemain tengah yang semirip. Aquilani dan Lucas mempunyai gaya yang sama, namun Aqui lebih kreatif dan licik, dan Lucas nampak lebih jitu bertahan dan tenang. Yang kurang memberangsangkan mereka tidak mempunyai kebolehan menggelecek seperti Gerrard kalau tidak mesti lebih tajam gandingan mereka.

Kapten Gerrard telah kembali bertenaga dengan gol pembukaan. Bermain secara bebas menjadikan beliau agak sukar dijaga. Namun apabila beliau banyak membantu tengah, Torres jadi kesepian diatas. Benayoun walaupun agak tenggelam babak pertama namun setelah Ward dikeluarkan kena kad merah nampak selesa sedikit Benni kerana tiada asakan dari lawan. Aurelio bermain baik dan lebih memberi ruang kepada Insua meneyrang.

Paling merisaukan saya adalah koordinasi ketika bertahan, bukannya pemain pertahanan itu sendiri tetapi semua pemain. Banyak kali dilihat pemain Serigala hampir memperdayakan benteng kita nasib baiklah mereka sendiri yang hampeh kalau tak tragedi Pompey mungkin berulang. Reina kali ini cemerlang terbilang gemilang kerana sekalipun hanya lepak sepanjang separuh kedua.

Pakcik Rafa boleh menarik nafas sebentar, dan terpaksa melakar formasi baru untuk misi getir di Villa Park. Cuma yang terlalu boleh diberi pujian adalah beliau telah memberikan peluang kepada Pacheco untuk menunjukkan kebolehan beliau. Saya nampak Pacheco bakal menjadi Benayoun versi baru. Tahniah Rafa.

Aug 14, 2009

Peranan pemain muda dalam persaingan EPL musim ini.



Barisan pemain utama kita bolehlah dikatakan setara dengan pasukan 4 terbaik yang lain. Jika kita menggunakan formasi 4-4-2 maka Reina, Johnson, Carragher, Skrtel, Insua, Mascherano, Gerrard, Reira, Benayoun, Kuyt dan Torres adalah barisan terkuat kita. Namun Rafa rasanya akan memilih 4-2-3-1 dengan menjadikan Lucas diposisi yang ditinggalkan Alonso sementara menantikan Aquilani pulih. Barisan ini boleh dikatakan antara yang mampu menyaingi kekuatan pasukan lain untuk kejuaraan Liga Perdana.

Namun apa yang membezakan kita dengan Man United atau Chelsea, adalah kurangnya kekuatan pada barisan simpanan. Jika Man U mempunyai O’shea, Brown, Flecther, Giggs, PJ Sung dan juga Owen dan Chelsea mempunyai Alex, Ivanovic, Fareira, Balleti, Mikel, Deco, Zhirkov, Kalou dan Shevchenko, pasukan kita pula dibarisi seperti Darby, Degen, Agger, Kelly, San Jose, Ayala, Dossena, Spearing, Plessis , Babel, Ngog dan Voronin. Walaupun Agger, Degen, Dossena dan Babel mampu bersaing untuk kesebelasan utama tetapi pemain lain rata-tanya muda dan cetek pengalaman. Ini merupakan sedikit kelemahan yang membezakan kita dengan Man U dan Chelsea.

Saya sendiri kalau boleh ingin melihat pemain muda kita diberikan peluang. Tetapi jika silap percaturan silap-silap bukan sahaja boleh mengakibatkan keputusan yang mengecewakan tetapi juga perkembangan dan moral pemain akan lingkup. Contoh yang terbaik seperti berlaku kepada Jack Hobbs. Ketika bermain bersama skuad remaja beliau berjaya memperolehi kejuaraan Piala FA remaja dan dibayangkan akan menjadi pengganti Hyypia pada masa depan. Contoh kedua adalah Plessis yang mana tidak mampu bermain baik seperti mana pelawanan sulung beliau di Emirate.

Apa yang ingin saya tekankan disini adalah faktor pengalaman serta keupayaan untuk bersaing dalam sepak terajang Liga Perdana belum ada pada pemain muda kita. Hanya Insua yang betol-betol mantap dan telah menjadi pemain utama. Pemain lain seperti Kelly, Spearing, Nabil dan Ngog antara yang bakal diberikan peluang dalam kesebelasan untuk persaingan EPL dan mereka sahaja yang saya rasa boleh memberikan sedikit persaingan. Namun itu semua bergantung kepada keupayaan mereka untuk memberikan yang terbaik dan menunjukkan kebolehan masing-masing. Yang lain-lain bakal diberikan peluang dalam Perlawanan Piala Liga untuk menguji kemampuan mereka.

Jun 18, 2009

Permulaan Mencabar EPL 2009/10



Spurs akan melayan kunjungan pasukan kita pada perlawanan pembukaan pada 15 Ogos ini. Kunjungan terakhir telah mengakibatkan kita tewas 2-1 dan merupakan rekod kekalah pertama musim lalu. Perlawanan ini bakal menentukan rentak kita awal musim kerana seperi musim lalu, kita berjaya menang tipis di Villa Park dan menghasilkan permulaan yang membanggakan semenjak Rafa menjadi Pengurus.

Perlawanan kedua agak rumit juga apabila kita menerima kunjungan pasukan yang suka menggali kubu ditempat sendiri iaitu Stoke. Kita hanya mampun seri dengan mereka di Anfield musim lalu dan musim ini diharapkan momentum corak serangan yang dipraktikkan pengakhiran musim dapat menerobos kekebalan kubu stoke ini. Lagi satu, pastinya mereka akan mempergunakan Rory "Si tangan Lastik" Delap, untuk melakukan serangan melalui lontaran kedalam. Untuk itu kita mesti men"tackle" tangan beliau bukannya kaki. :)

Chelsea bakal menjadi tuan rumah pada perlawanan ketiga 3 Oktober. Dan skuad Ancelotti, bakal mempersiapkan Cota, kayu hoki dan buku lima untuk membalas dendam dek kerana ditibai dalam kedua-dua perlawanan liga musim lalu. Kekuatan mereka tidak berapa jelas kerana mereka belum lagi membeli pemain lagi dan ini mungkin muslihat ala mafia Itali, Ancelotti.

Man U akan bertandang ke Anfield 24 oktober,untuk memberikan kita pelengkap musim mencabar ini. Walaupun ketiadaan Ronaldo, dengan dana yang banyak pastinya skuad Syaitan Merah ingin pulang dengan sesuatu dan ingin membalas dendam seperti Chlesea yang mana mereka ditibai dengan teruk di Old Toilet.

Musim 2009/10 bakal memperlihatkan keupayaan sebenar pasukan kita. Ini kerana pasukan lain seperti Man U, Chelsea, Arsenal dan juga pasukan OKB seperti Man City pastinya akan berusaha untuk mencabar kejuaraan Liga.

May 22, 2009

Perlawanan Penutup Tirai 2008/09

Perlawanan terakhir kita menentang Spurs di Anfield akan bercampur aduk dengan pelbagai kisah dan cerita menarik yang penuh variasi bagi kedua-dua pasukan.

Liverpool

- Buat kali terakhir , lagenda kita , Sami Hyppia bakal bermain perlawanan terakhir dan akan mengucapkan selamat tinggal kepada kita. Beliau akan diberikan kain lilit kapten untuk perlawanan itu. Walaupun begitu, Hyypia akan kembali sebagai jurulatih setelah menggantungkan butnya.

- Kalau pasukan kita berjaya menghalang dari dibolosi maka Reina bakal menyamakan kedudukan beliau dengan VanderSar dengan 22 tanpa bolos. Sebelum ini Reina telah berjaya memenangi Anugerah Sarung Tangan Emas buat kali ke-3 berturut-turut kerana berjaya mengurangan jumlah bolos pasukan. Insiden Carragher-Arbeloa dikatakan berkaitan dengan situasi ini.

- Steven Gerrard masih berupaya menjadi penjaring terbanyak jika beliau menjaringkan hatrik atau lebih kerana Anelka dan Ronaldo hanya memupunyai kelebihan 2 gol sahaja. Itu juga bergantung kepada Rafa sama ada akan menurunkan Gerrard sepenuh masa atau tidak.

- Rekod terbaru telah dicatat musim ini dengan mengutip 83 mata dan merupakan antara yang terbanyak buat Liverpool dalam format Liga Perdana. Namun 86 mata tetap diidamkan Rafa untuk menyuntik semangat anak buah supaya momentum ini dibawa untuk kejohanan musim depan.

Totenham Hotspurs

- Jika Spurs berjaya menundukkan kita di Anfield, mereka berjaya melakukan hatrik untuk musim ini. Mereka telah berjaya memenagi 2 perlawanan terdahulu di White Hart Lane.

- Spurs perlukan kemenangan untuk melayakkan diri ke kejohanan Eropah musim depan jika seri maka sayonara diucapkan.

- Robbie Keane pasti akan membalas dendam kepada Rafa. Beliau pastinya akan bermain sehabis keringat untuk menunjukkan kehebatan beliau yang belum sempat ditunjukkan di Anfield. Namun saya rasa beliau akan berada dalam poket Hyypia sabtu nanti.

May 16, 2009

Arsenal Penentu Harapan Terakhir



Pertembungan Gunners dan Man U telah membayangi minat saya untuk menunmpukan perhatian terhadap perlawanan dengan West Brom. Apa tidaknya didalam hati terdapat seciput harapan supaya Arsenal dan juga Hull dapat memberikan kejutan buat Shayton Merah. Siapa cakap yang perkara itu mustahil. Sebelum wisel penamat berbunyi sehingga itulah masih ada harapan. Rekod Arsenal dengan Man U musim ini memang tidak dinafikan memihak kepada Man U dalam perlawanan terakhir. Tetapi Arsenal pasti ingin membalas dendam dan sekaligus memberikan pukulan balas sekurang-kurangnya dapat memuaskan hati.

Tetapi semua itu takkan bermakna jika West Brom berjaya sekurang-kurangnya mengutip mata. Saya sedikit risau kerana pasukan yang sedang terdesak untuk tercicir pastikan berusaha bersungguh sungguh. Lagipun mutakhir ini pasukan Hawtorn itu, nampak agak garang permainan mereka apabila membelasah Wigan 3-1 di gelanggang sendiri. Jadi kedudukan tercorot bukan penghalang mereka bagi membuat sial kepada kita.

Untuk itu pasukan terkuat mesti diturunkan untuk tidak memberikan ruang kesempatan untuk Mat Broom. Kita mesti bermain Kamikaze ala Pearl Habour untuk menembusi kubu mereka yang pastinya akan dilapisi kesemua permain termasuk penyerang. Tiga mata adalah mandatori untuk dibawa pulang dari sana.

May 10, 2009

Sokong Manchester Biru malam ini



Kita melakukan apa yang termampu dengan menang dengan West Ham 3-0 pagi tadi. Dan seterusnya kita berharap dan menyokong Man City supaya menafikan musuh sekampung dari melengkapkan kejuaraan musim ini. Lagipun perlawanan kejiranan ini lebih dramatik dan penuh dengan aksi luar biasa. Man City pernah menganiaya Man U pada 1992, setelah menang 2-1 dan mengakibatkan Kejuaraan Liga telah menjadi milik Leeds.

May 5, 2009

Benitez hanya tunggu peluang


Rafael Benitez masih lagi berharap agar Manchester United akan tersilap langkah dalam kempen Liga Perdana England selepas Liverpool kembali merapatkan jurang dengan kemenangan 3-0 ke atas Newcastle kelmarin.

Jaringan Yossi Benayoun dan Dirk Kuyt diikuti tandukan pemain gantian, Lucas Leiva menyaksikan The Reds kembali mengekori Red Devils dengan tiga mata di persada liga meskipun anak buah Alex Ferguson itu memiliki kelebihan satu perlawanan.

Benitez juga tetap mahukan anak buahnya bersiap sedia untuk menghukum sebarang kealpaan yang mungkin dilakukan United menjelang baki saingan musim ini.

"Masih ada banyak kesan positif daripada kemenangan ini," kata pengurus Liverpool itu.

"Kami masih menjaringkan banyak gol, kian menghampiri pendahulu liga itu dan masih tetap memberi tekanan ke atas mereka.

"Manchester United adalah sebuah pasukan yang memiliki pemain yang bagus dan mereka perlu melakukan dua kesilapan besar untuk membenarkan kami memintas mereka.

"Saya percaya mereka masih boleh melakukan kesilapan dan akan dipintas oleh kami.

"Apa yang kami boleh lakukan sekarang ialah terus mencatat kemenangan dan lihat bagaimana mereka hadapi tekanan ini. Kami perlu menang semua perlawanan kamu untuk melihat bagaimana ia akan memberi kesan kepada mereka di persada liga."

Begitupun, pada aksi kelmarin, Liverpool menerima tampa- ran hebat apabila Xabi Alonso mengalami lebam pada kakinya berikutan terjahan keras Joey Barton, manakala Javier Mascherano pula terseliuh buku lali- nya.

Namun, Benitez percaya kedua-duanya akan cergas menjelang kunjungan Liverpool ke West Ham.

Pengurus The Reds itu juga menjangkakan Fernando Torres akan diturunkan pada pertemuan dengan West Ham itu. - Agensi

Apr 25, 2009

Skuad Rimau berjaya dijinakkan

Kita masih berjaya memberikan tekanan kepada Man U apabila mengutip mata penuh di KC Stadium. Keseluruhan perlawanan boleh dikatakan dikuasai oleh kita walaupun pada separuh masa utama kita hanya mampu menjaringkan gol melalui Alonso yang merembat selepas sepakan percuma beliau dihalang oleh bek Hull. Hull juga mempunyai peluang berbahaya hasil setpis. Geovanni hampir mengejutkan kita dengan rembatan voli dari luar kotak.

Separuh kedua telah memberikan kita lebih aksi apabila Hull meningkatkan usaha untuk memberikan tentangan. Namun Kuyt lebih dulu memberikan kita ruang selesa pada minit ke 63. Kemudian insiden kad merah berlaku apababila pemain Hull, Folan menendang Skrtel seperti kes Pepe bek Real Madrid. Jaringan Geovanni pada minit 72 membuatkan kita agak kecut telur, kerana mereka berjaya menghasilkan gol melaui serang balas yang pantas dan mengekploitasi bek kita yang terlalu gila menyerang. Namun Kuyt menjadi pemusnah apabila gol minit 89 mengakhiri usaha Hull untuk memberikan kejutan saat akhir.

Keseluruhannya kesemua pemain menunjukkan persembahan konsisten termasuk Lucas. Namun apa yang memberikan kegusaran ialah barisan pertahanan kita masih lemah ketika menerima asakan serang balas lawan. Kuyt dan Benayoun merupakan pemain yang harus diberikan pujian kerana mereka berjaya membuatkan pertahanan Hull tidak senang duduk.



Liverpool: Reina, Arbeloa, Carragher, Skrtel, Insua, Kuyt (Dossena 90), Alonso, Mascherano (El Zhar 83), Lucas, Benayoun (Agger 88), Torres.
Subs not used: Cavalieri, Ngog, Aurelio, Riera
Booked:
Goals: Alonso (44), Kuyt (63,89)

Hull City: Myhill, Kilbane, Turner, Zayette, Ricketts, Boateng (Manucho 80), Marney, Barmby (Cousin 62), Fagan (Mendy 62), Folan.
Subs: Duke, Halmosi, Hughes, Garcia
Booked: Fagan (60)
Sent off: Folan (58)
Goal: Giovanni (73)

Referee: Martin Atkinson
Attendance: 24,942

Apr 24, 2009

Edisi Risik: Skuad Harimau


Hull merupakan pasukan yang begitu konsisten pada awal musim, tetapi kini mereka telah mengalami kemerosotan mendadak. Hanya berjaya menang 2 dari 24 perlawanan terdahulu mereka sekarang terpaksa berjuang untuk mengelak diri dari terjun ke Liga Championship. Arsenal dan Totenham menjadi mangsa lauk mereka awal musim dan mereka juga telah hampir mengaibkan kita ketika seri 2-2 di Anfield. mungkin kita tertanya-tanya apa yang tidak kena dengan mereka. Jawapannya mudah mereka belum berpengalaman mereka untuk mengekalkan konsistensi.

Dalam kesemua pemain skuad harimau, saya amat menggemari Geovanni. Pemain Brazil ini merupakan nadi kepada serangan Hull dan merupakan pemain paling kreatif mereka. Gol-gol beliau rata-ratanya amat menakjubkan. Kesemuanya samada rembatan jarak jauh ataupun melalui sepakan percuma. Seorang lagi adalah bek mereka Michael turner. Pemain ini pernah dikaitkan untuk dibida oleh Rafa tetapi pengurus Hull, Brown telah menutup ruang untuk usaha perpindahan ke Anfield dengan meletakkan nilai yang tidak munasabah. Beliau pernah diura-urakan untuk dipanggil mewakili England tetapi Capello sebaliknya memilih Jagielka dari Everton.

Corak permainan Hull lebih kepada serang balas, tetapi tidak sekali-kali mereka bermain kotor seperti Stoke yang akan berkubu di benteng sendiri. Boateng yang begitu berpengalaman di EPL merupakan nadi tengah mereka. Dibantu dengan bekas pemain kita, Barmby dibahagian kiri menjadikan pasukan mereka berhanya dengan hantaran dan lambungan cantik beliau. Manakala yang lebih mengerunkan lagi ialah sayap kanan mereka, Mendy yang sepantas Usain Bolt ketika membawa bola.
Cuma malang sekali ketiadaan si Raja, Marlon King yang kembali ke Boro membuatkan bahgian serangan mereka tumpul.

Dalam keadaan mereka sekarang ibarat harimau yang terluka, pastinya Rafa tidak mengambil mudah. Kekuatan mereka dari segi setpis harus ditwarkan. Apa yang penting kita harus menyerang sejak awal permainan tetapi dengan lebih efektif. Kekalkan pemain ketika di Arsenal, kerana Hull tiada Arshavin dalam jersi belang.

Apr 21, 2009

Menang atau gulung tikar



LIVERPOOL - Hanya kemenangan yang menjadi buruan Liverpool apabila berdepan Arsenal pada aksi penting Liga Perdana England awal pagi esok.

Andai menang, anak buah Rafael Benitez itu berpeluang memintas pendahulu liga, Manchester United dengan kelebihan dua mata.

Namun, ia mungkin hanya seketika kerana United akan menanti kunjungan Portsmouth awal pagi Khamis untuk mencari tiga mata penuh bagi meneruskan penguasaan di takhta liga.

Bagaimanapun, jika Liverpool tewas kepada Arsenal pada aksi di Anfield itu, United berpeluang cerah menjarakkan empat mata dengan masih memiliki kelebihan satu perlawanan.

Benitez berkata, meskipun tidak dapat menurunkan Steven Gerrard yang masih cedera, beliau tetap yakin pasukannya sudah menemui rentak.

Beliau turut yakin dua pertahanannya, Daniel Agger dan Emiliano Insua mampu memberikan sumbangan bermakna buat pasukan The Reds itu.

"Prestasi Insua semakin meningkat dan perebu- tan posisi bek kiri semakin sengit antara Fabio Aurelio dan Andrea Dos- sena juga.

"Agger pula yang beraksi di bek tengah dapat mengawal bola dengan baik dan mampu menjaringkan gol. Dia seorang yang bekerja keras," kata Benitez.

Arsenal pula yang baru tewas 1-2 kepada Chelsea pada separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley Sabtu lalu bakal turun tanpa Robin van Persie yang mengalami kecederaan pangkal paha.

Namun, sensasi England, Theo Walcott berkeyakinan mereka mampu menundukkan Liverpool di Anfield selepas gagal di Wembley.

"Semua orang pernah tersungkur dan kami akan cuba lupakan semua itu kerana kami perlu menghadapi pertemuan penting dengan Liverpool ini," kata Walcott. - AFP

Edisi Risik: Skuad pembedil Arsenal

Skuad Arsenal akan bertandang ke Anfield dengan misi untuk mengembalikan maruah mereka yang tercalar apabila ditewaskan Chelski pada saingan Separuh Akhir sabtu lalu. Walaupun impian mereka untuk memenangi kejuaraan Liga perdana Inggeris memang sudah tiada harapan lagi, namun prestasi mereka akhir-akhir ini makin menjadi-jadi.

Malangnya ketiadaan tonggak utama seperti Almunia, Glicy, Gallas dan Djorou bakal membuatkan bahagian pertahanan Skuad Senapang ini agak mudah untuk dimanipulasi oleh barisan hadapan kita. Sagna memberikan mereka berita gembira kerana sudah pulih dari kecederaan, dan selainnya mereka hanya mengharapkan Fabianski, Toure, Silvestre dan Gibbs untuk menangkis serangan kita.

Wenger memang sedikit runsing dengan ketiadaan gandingan berbahaya Persie-Adebayor. Kedua-duanya pasti tidak dapat diturunkan untuk perlawanan esok. Namun pemain seperti Bendtner dan Eduardo masih dianggap berbahaya kepada bot-bot kecil. Tetapi Arshavin adalah pemain tumpuan saya kerana beliau merupakan pembelian terbaik Wenger januari lalu. Kalau tidak keran beliau pastinya Arsenal masih dibelakang Aston Villa disaat ini.

Barisan tengah mereka kalau dibandingkan kita, mereka lebih kreatif dan mobil. Fabregas adalah pakar hantaran pendek dan mempunyai mata helang yang dapat melakukan hantaran maut kepada penyerang. Alex Song pula memberikan kejuan kerana prestasi dan skill beliau telah meningkat mendadak sejak awal musim. 2 D, Diaby dan Denilson pula sama-sama muda tetapi bersaing sesama sendiri untuk kesebelasan utama dan bukannya saya hendak puji, mereka lebih baik jika dibandingkan dengan Lucas.

Bahagian sayap pastinya diisi oleh Nasri dan Walcott disebelah kiri dan kanan. Masing-masing mempunyai skill yang mantap dan mampu membuatkan fulbek kita tidak kering peluh. Nasri walaupun diwar-warkan bakal menjadi pengganti Zidane tetapi belum mencapai tahap lagenda Perancis itu, tetapi nampak berevolusi kearah itu. Walcott pula masih belum menjadi musim ini tetapi beliau jika dididik dan diasuh dengan sempurna pastinya tiada tempat lagi buat Beckham dalam skuad England.

Akhir sekali tidak dilupakan Eboue, budak emas Wenger. Beliau boleh dibandingkan dengan Kuyt. Namun beliau lebih pantas dan boleh diletakkan dimana-mana posisi. Tetapi kelemahan ketara beliau ialah tidak mempunya idea untuk melakukan penyudah dan mudah terbah apabila tersentuh lawan. Dan jika beliau diturunkan pastinya berita gembira buat kita.

Apr 16, 2009

Kejuaraan EPL sasaran baru The Reds


LONDON: Rafael Benitez percaya sifat wira milik pemain Liverpool - sekalipun gagal melakar kemenangan ke atas Chelsea dalam saingan Liga Juara-juara Eropah, awal pagi semalam - harus dipuji dan yakin ia bakal menyemarakkan semangat pasukan menjuarai mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Barisan didik Benitez tersingkir daripada pertandingan Eropah selepas gagal mengikis defisit kekalahan 1-3 dalam saingan suku akhir pertama dalam perlawanan kedua di Stamford Bridge.

Dua kali dalam saingan menakjubkan yang berkesudahan seri 4-4 itu, Liverpool hanya dipisahkan satu gol sahaja untuk mara ke separuh akhir sebelum rembatan Frank Lampard pada minit-minit terakhir memberi anak buah Guus Hiddink ruang bernafas untuk mara dengan agregat 7-5.

Di sebalik keperitan kalah kepada Chelsea dalam saingan Liga Juara-juara buat musim kedua berturut-turut, Benitez tidak melihat sebarang sebab untuk berasa kecewa.

Pengurus Liverpool itu yakin persembahan bersemangat pasukan membuktikan mereka mempunyai kekuatan mental dan fizikal untuk memintas pendahulu EPL, Manchester United.

The Reds kini hanya satu mata di belakang United dan berdepan perlawanan penting di tempat sendiri menentang Arsenal, Selasa ini.

“Kami tidak puas hati dengan keputusan ini. Apabila anda kalah anda terasa kecewa tetapi saya berasa pemain harus bangga dan mengangkat muka mereka,” kata Benitez.

“Kami menunjukkan perwatakan, kualiti dan perlu berasa bangga. Pemain melaksanakan tugas menakjubkan dan peminat pasti gembira dengan mereka.

Liverpool boleh berasa bangga mencabar Chelsea hingga ke saat akhir tanpa kelibat kapten Steven Gerrard. Pemain tengah England tidak diletakkan di bangku simpanan selepas menambah kecederaan pangkal paha hanya 24 jam sebelum perlawanan tetapi Benitez beranggapan dia akan cergas berdepan Arsenal. - AFP

Apr 11, 2009

Misi Blackburn 4.0 berjaya



Ketiadaan Gerrard dalam kesebelasan utama digantikan Kuyt untuk digandingkan dengan Torres dihadapan. Agger, Insua dan Mascherano masuk menggantikan Skrtel ,Aurelio dan Lucas ,manakala Benayoun diletakan dibahagian sayap kanan. Posisi lain tidak berubah.

Permainan memamng dikuasai Liverpool seawal permainan dan seawal 5 minit, Torres telah menjaringkan gol pendahuluan buat tuan rumah dengan voli yang cantik dari sebelah kanan. Peluang demi peluang terhidang namun Torres sekali lagi menjadi pemusnah dengan gol pada minit 33.

Separuh masa kedua berbekalkan 2-0, kita masih menguasai permainan. namun tidak semena-mena Agger yang melakukan larian dari bawah telah melakukan remabtan luar kotak dan menyaksikan gol ke-3 Liverpool malam ini. Ingatkan setakat 3 sahaja. Rupanya gol terakhir dihadiahkan oleh Ngog melalui tandukan hasil tandukan dari LUCAS.

Rasanya Agger boleh kembali mengambil slot bek tengah dari Skrtel untuk bergandingan dengan Carragher. Dan Rafa membuat tindakan yang tepat tidak menurunkan Gerrard untuk membolehkan kapten kita itu bersedia untuk diturunkan pada perlawanan akan datang.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails