© Hakcipta adalah terpelihara.
Showing posts with label MC. Show all posts
Showing posts with label MC. Show all posts

Saturday, November 18, 2023

Teks Pengacara Majlis Persaraan

 

PERKARA

 

nota

 

 

ALUAN

Mengumumkan ketibaan Puan Kamariah binti Sukar, Mantan Pembantu Tadbir SKSPR bersama barisan pentadbir dan dif2 jemputan. Dipersilakan mengambil tempat yang telah disediakan.

 

Sireh berlipat sireh pinang

Sireh dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang

Awal bismillah pembuka bicara

 

Bismillahirrahmanirrahim.. alhamdulillahirabbil alamin… assolatu wassalamu ala asyrafil ambiyai walmursalin, wa ala alihi wasohbihi ajmain..

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Yang Berusaha cg Juliah binti Sarju, GB SK Seri Pematang Rengas,

Yang dihormati cg. Pauzidan bin Sungip, cgu Yusma Rizal bin Idrus, cg Nurul Shuhada..

en anuar bin kasim ydp pibg, en. Abu bakar bin diman nydp, en. Sahom bin _______________

Yang diraikan pada hari ini puan kamariah bt sukar, mantan pembantu tadbir skspr,

Yang dialu-alukan en salehuddin bin abd rashid, suami puan kamariah. Selamat datang,

Yang dikasihi rakan-rakan guru dan murid2 sekalian.

 

Alhamdulillah, segala puji dan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas limpah kurnianya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi ini dalam -MAJLIS BAKTI DISANJUNG, BUDI DIJUNJUNG sempena persaraan pun akmaraih bt sukar di DEWAN ANGGERIK SK SERI PEMATANG RENGAS.

 

 

DOA

Hadirin sekalian,

 

Tetak buluh panjang sepuluh
Laksana dititing kias ibarat
Angkat tangan jejari sepuluh
Doa dipohon biarlah berkat

 

Bagi memohon keberkatan majlis pada pagi ini, marilah kita sama-sama menadah tangan, mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh En Mohd Haris Zaidi bin Omar Ali. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

 

Amin2 ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada En Muhd Haris Zaidi bin Omar Ali atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi, Moga-moga majlis kita mendapat keredhaan dari Yang Maha Esa, insyaAllah.

 

UCAPAN GB

Tuan-tuan dan puan-puan,

 

Tak lengkap majlis kita ini tanpa ucapan dari tuan guru besar. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan YANG BERUSAHA CG. JULIAH BINTI SARJU, bagi menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

 

Terima kasih diucapkan kepada cg Juliah binti Sarju.

 

Ucapan wakil murid

Majlis diteruskan dengan ucapan dari wakil murid skspr… untuk itu, dipersilakan Nurul Fatanah binti Hasri, Ketua Pengawas SKSPR untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

 

Terima kasih Nurul Fatanah.

 

Biodata pn kamariah

Hadirin sekalian,

 

Ingin saya kongsikan serba sedikit biodata insan yang kita raikan pada hari ini.

 

Dilahirkan pada 17/11/1970 di Tongkang pechah, Batu Pahat,Johor

Mendapat Pendidikan awal di SK Seri Medan dan SMK Seri Medan..

 

Mendirikan rumahtangga pada  05/06/1992 dengan cinta hatinya Salehuddin B Abd Rashid

Yang kini merupakan pesara Pemandu MDYP.

 

Dikurniakan 3 cahayamata yang diberi nama

1.Nur Illyana

2.Muhamad Ilyasa

3.Nur Iwana

 

Puan Kamariah memulakan perkhidamatannya dengan menjadi

1. 1988 Kerani Sambilan - Pejabat Pilihan Raya Johor, Johor Bahru.

2.24/03/1991 - Pembantu Operasi, SMK Penghulu Saad

3. 01/04/1994- Pembantu Tadbir, SJKC Cheng Siu 2, Batu Pahat

1995 - SMK Seri Medan

2011 - SK Seri Sejati

01/03/2022- SK Seri Pematang Rengas.

 

Sepanjang perkhidmatan, beliau pernah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

APC sebanyak 3 kali iaitu pada

1999- SMK Seri Medan

2008- SMK Seri Medan

2013 - SK Seri Sejati

 

Sepanjang hampir dua tahun di SK Seri Pematang Rengas, beliau telah menjalinkan hubungan yang baik dengan warga rengas dan juga komuniti setempat. Beliau juga telah Berjaya membantu Rengas mendapat penilaian Audit yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

 

Begitulah serba sedikit tentang Puan Kamariah.

Klw ms dah sntk xyah

slide

Hadirin dan hadirat..

 

Majlis akan diteruuskan dengan persembahan multimedia istimewa . Sama-sama kita saksikan!

 

 

Demikian itu tadi persembahan multimedia khas untuk majlis pagi ini. Untuk makluman semua, semua persembahan itu tadi adalah hasil kerja CG Suhaili bt Masdar. Tahniah & syabas, cikgu!

 

Terima kasih diucapkan.

 

 

Ucapan PN KAMARIAH

Sidang dewan yang dimuliakan,

 

Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

 

Inilah saat yang ditunggu-tunggu oleh kita semua bagi mendengar ucapan dan amanat dari yang diraikan Pn Kamariah bt Sukar. Dipersilakan puan.

 

Terima kasih Pn. kamariah atas ucapan sebentar tadi. Semoga apa yang telah disampaikan dapat dijadikan pedoman dan ingatan untuk kebaikan kita Bersama.

 

 

Persembahan

MURID

 

 

Seterusnya, majlis akan diserikan lagi dengan persembahan dari murid sk seri pmtg rengas. Dipersilakan.

 

Terima kasih murid tahun 6. Untuk makluman, persemabhan itu td adalah d bwh bimbingan cgu mohd haris Zaidi bin omar ali. Terima kasih cikgu

 

 

 

Cenderamata

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Warga dewan sekalian,

 

Dikesempatan ini, pihak sekolah berbesar hati untuk menyampaikan watikah persaraan. Utk itu majlis menjemput cgu juliah bt sarju utk menympurnakan acara. Dipersilakan pn kamariah bt sukar.

 

Seterusnya, penyampaian cenderamata buat puan kamariah.

 

1.      Cenderamata dari sekolah, dipersilakan cg juliah bt sarju

2.      Cenderamata dari pentadbir, dipersilakan barisan pentadbir

3.      Cenderamata dari bilik guru, dipersilakan cg farid, pmgku pengerusi bkgk

4.      Cenderamata dari pibg, diprsilakn en anuar b kasim, ydp

5.      Cenderamata dari pra, 1-6… dipersilakan ketua dan penolong ketua kelas

6.      Cenderamata persendirian…

 

Terima kasih diucapkan kepada semua.

 

Majlis sudah pun dipenghujungnya. Sebelum bersurai.. marilah sm2 kita mmbacakan tabih kafah dan surah al-asr.

 

Majlis mempersilakan barisan pentadbir untuk mengiringi Puan Kamariah mengambil tempat di laman santai (berhampiran tangga) untuk melambai kepada murid-murid yang akan pulang.


 Murid-murid sila beratur mengikut kelas. 

 

Majlis mempersilakan barisan pentadbir skspr untuk mengiringi PN KAMARIAH BT SUKAR SEKELUARGA serta dif2 jemputan ke Dewan Mawar untuk jamuan.

 

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah.

Assalamualaikum w.w.b

 

 

 

 

 

Friday, November 17, 2023

Ucapan Wakil Murid - Persaraan Pembantu Tadbir

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt wrt.


Terima kasih kepada pengacara majlis.


Yang diraikan Puan Kamariah binti Sukar, mantan Pembantu Tadbir SK Seri Pematang Rengas.

Yang berusaha Cikgu Juliah bt Sarju (GB),

Yang dihormati Cikgu Pauzidan bin Sungip (GPK Pentadbiran),

Cikgu Yusma Rizal bin Idrus (GPK HEM), Cikgu Nurul Shuhada bt Masrun (GPK Kokurikulum),

Yang dialu-alukan ahli keluarga puan Kamariah binti Sukar, Yang Dipetua Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), tetamu jemputan,

Yang dikasihi guru-guru, rakan-rakan serta hadirin sekalian.


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada

Allah SWT Yang Maha Berkuasa kerana dengan limpah kurnianya

dapat kita bersama-sama dalam majlis BAKTI DISANJUNG, BUDI DIJUNJUNG yang sangat bermakna pada hari ini.


Hadirin yang Dihormati,

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan , yang

pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan. Hari ini,

kami berasa terharu dan sedih kerana bakal kehilangan seorang

Pembantu Tadbir yang sangat berdedikasi, Puan Kamariah binti Sukar.

Beliau bukan sahaja peramah, melakukan tugas dengan

hati yang tulus, malah sentiasa memberikan yang memberikan yang terbaik dalam tugasannya. 


Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid SK Seri Pematang Rengas merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Puan Kamariah binti Sukar. Jasa dan baktimu kami sanjung, budi baikmu kami junjung sehingga akhir hayat.


Kami berdoa semoga Allah SWT akan melimpahkan rahmat-Nya kepada puan seisi keluarga. 


Sekian, terima kasih.

Wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum wrt


**

Kongsi sini senang nanti cari dan edit untuk majlis lain :D

Sunday, January 14, 2018

Teks MC : Mesyuarat Agung MKZ Pt. Sulong

Petang ini bakal menjadi pengacara majlis (MC) Majlis Kemuafakatan Zon Parit Sulong. Sama seperti tahun lepas. Namun, akibat kerosakan hard disk komputer riba, maka teks terpaksa dihasilkan semula.

Tahun ini, kita upload dalam blog. Biar senang ada backup. Hehe!


Doakan saya petang ini ya! =)<3 font="">



PERKARA
TEKS
NOTA
Mengambil tempat

Tuan-tuan dan puan-puan dipersilakan mengambil tempat masing-masing kerana majlis kita akan bermula sebentar sahaja lagi. Kerjasama dan perhatian dari tuan-tuan dan puan-puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.


Ketibaan VIP


Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato Dr Noraini binti Ahmad,
Ahli Parlimen Parit Sulong


Persembahan
Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan tarian zapin yang begitu mengasyikkan sebentar tadi. Untuk makluman hadirin, kumpulan ini adalah di bawah bimbingan Puan Wong Lam Shy dan Pn. Suzilawati binti Sukaimi dari dari Sekolah Kebangsaan Parit Sulong.


Negeri Johor

Hadirin dan hadirat,
Marilah sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan Lagu Bangsa Johor.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.


Solutasi
Mula
Kompang Bergema Pusaka Bangsa
Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

Daun kayu ditengah gurun
Nampak jalur pohon cemara
Tradisi melayu turun temurun
Pantun ditutur pembuka bicara

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى آله وأصحابه أجمعين

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Dato Dr Noraini binti Ahmad, Ahli Parlimen Parit Sulong

Yang Berusaha En. Md Said bin Md Daimon, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat,
Yang Berusaha Pn. Jamilah binti Na`in, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pasir,
---
---
---
Yang Dihormati En. Azmin bin Zahir, Penghulu Mukim 18
Yang Dihormati En. Mokmin bin Kamri, Ketua Kampung Parit Terus
Yang Dihormati En. Che Zamri bin A. Rahman, Pengurus Besar Peladang Sri Medan
Yang Dihormati En. Masdar bin Simok, Ketua Kampung Seri Pasir
Yang Dihormati En. Mohd Nizam bin Adenan, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Seri Pasir, guru besar dan penolong kanan Zon Parit Sulong,

Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan siding hadirin yang dikasihi.


Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita diberikan luangan waktu, digerakkan minda dan deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-sama berkumpul di dewan ini  ini bagi menjayakan MESYUARAT AGUNG MAJLIS PEMUAFAKATAN ZON PARIT SULONG 2018 bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Pasir.


Bacaan Doa

Hadirin Yang Dimuliakan,

Kayu jati si kayu cendana
Mari di tanam kita berdua
Majlis kami tidak kan sempurna
Tanpa diiring untaian doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah dari Yang Maha Esa.

Untuk itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan _____ _________________dari SK Seri Medan untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada ____________________  atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis yang berlangsung akan terus terpancar keberkatan dari Ilahi.


Ucapan

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Bukan rumput sebarang rumput
Rumput ditanam penghias laman
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon kata aluan

Majlis dengan berbesar hati menjemput   En. Jeffri bin Taib, Pengerusi Majlis Permuafakatan Zon Parit Sulong merangkap Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ayer Putih bagi menyampai ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Jeffri bin Taib atas ucapan sebentar tadi.


Ucapan Perasmian

Hadirin yang dimuliakan,

Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Bagi memeriahkan lagi majlis kali ini, majlis sangat berbesar hati memberi laluan, peluang dan kesempatan kepada Yang Berhormat Dato Dr Noraini binti Ahmad,
Ahli Parlimen Parit Sulong untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan MESYUARAT AGUNG MAJLIS PEMUAFAKATAN ZON PARIT SULONG 2018. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan kepada  Yang Berhormat Dato Dr Noraini binti Ahmad atas ucapan perasmian  sebentar tadi.





Penyampaian Sijil
Hadirin yang dihormati,

Buah berangan di tanjung jati
Jatuh berderai di tepi rusa
Budi tersemat di dalam hati
Di sanjung tinggi sepanjang masa

Bagi menghargai jasa dan sumbangan Jawatankuasa MAJLIS PEMUAFAKATAN ZON PARIT SULONG 2017, majlis berbesar hati menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Dato Dr Noraini binti Ahmad, Ahli Parlimen Parit Sulong diiringi oleh En. Jeffri bin Taib, Pengerusi Majlis Permuafakatan Zon Parit Sulong  untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada penerima anugerah-anugerah Majlis Pemuafakatan Zon Parit Sulong. Dipersilakan.

Bagi “Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2017”
1-      Kategori sukan dan permainan, dipersilakan GPK Kokurikulum SK Seri Comel, GPK Kokurikulum SK Seri Medan, GPK Kokurikulum SK Parit Ju, GPK Kokurikulum SK Seri Maimon, GPK Kokurikulum SK Tiga Serangkai, GPK Kokurikulum SK Tenaga Setia, dan GPK Kokurikulum SK Parit Sulong.
2-      Kategori Unit Beruniform, dipersilakan GPK Kokurikulum SK Parit Sulong.

Bagi “Anugerah Kecemerlangan Ko-Akademik 2017”
1-      Kategori Sahibba dan Bercerita Bahasa Melayu, dipersilakan Guru Penolong Kanan 1 SK Seri Comel
2-      Kategori  Sahibba,  dipersilakan Guru Penolong Kanan 1 SK Seri Chantek

Bagi “Anugerah Penghargaan Pengerusi Teknik Terbaik 2017”
1-         Kategori Hoki, dipersilakan Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Seri Comel.
2-         Kategori PT Squasy, dipersilakan Guru besar SK Seri Sejati.

Penghargaan bagi Guru Besar berpindah
En. Abu Bakar bin Sarip dari SK Seri Pasir ke SK Bertam.

Penghargaan bagi Guru Besar Bersara Tahun 2018
1-      Pn. Hjh Nafsiah binti Hussin, GB SK Seri Pematang Rengas, bersara pada 23.3.18
2-      En. Azman bin Hussin, GB SK Seri Chantek, bersara pada 11.5.18
3-      Tn. Hj. Mod Halid bin Abu Yamin, GB SK Seri Sejati, bersara pada 20.5.18
4-      Tn. Aziz bin Seman, GB SK Parit Sulong, bersara pada 6.6.18

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato Dr Noraini binti Ahmad.
Penerima sijil
Cabutan Bertuah 1
Majlis menjemput Yang Berhormat Dato Dr Noraini binti Ahmad bagi mencabut 10 nombor bertuah untuk sesi pertama.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato Dr Noraini binti Ahmad.

Cenderahati
Warga dewan sekalian,

Di kesempatan ini, pihak majlis berbesar hati untuk memberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Dr Noraini binti Ahmad, Ahli Parlimen Parit Sulong atas kesudian merasmikan majlis pada hari ini.

Sehubungan itu, majlis mempersilakan En. Jeffri bin Taib Pengerusi Majlis Permuafakatan Zon Parit Sulong dengan diiringi Pn. Jamilah binti Na`in, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pasir untuk menyempunakan penyampaian cenderamata. Dipersilakan.


Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan sekali lagi Yang Berhormat Dato Dr Noraini binti Ahmad untuk menerima cenderamata kenang-kenangan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Jeffri bin Taib.


Jamuan VVIP
Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Dato Dr Noraini binti Ahmad beserta VVIP majlis pada hari ini ke _______________ bagi menikmati jamuan yang telah disediakan. DIpersilakan.

Hadirin diminta untuk kekal di tempat masing-masing kerana Mesyuarat Agung akan berlangsung selepas ini. Terima kasih.


Mesyuarat
Seterusnya, saya serahkan majlis kepada En. Jeffri bin Taib, Pengerusi Majlis Permuafakatan Zon Parit Sulong  untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung MAJLIS PEMUAFAKATAN ZON PARIT SULONG 2018.


Serah majlis/
Cabutan Bertuah 2
Terima kasih En. Jeffri bin Taib.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kini tibalah kita ke acara yang dinanti-nantikan, tidak lain tidak bukan acara cabutan bertuah sesi seterusnya. Mohon bersedia dengan nombor masing-masing kerana cabutan akan dibuat sebentar sahaja lagi.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput ___________________________ bagi mencabut ____________ cabutan bertuah dan menyempurnakan penyampaian hadiah, dipersilakan.

Pn. Hjh Nafsiah binti Hussin, GB SK Seri Pematang Rengas
En. Azman bin Hussin, GB SK Seri Chantek
Tn. Hj. Mod Halid bin Abu Yamin
Tn. Aziz bin Seman, GB SK Parit Sulong

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ................
Bagi cabutan seterusnya, majlis mempersilakan.......

Hadirin yang dihormati,

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah cabutan bertuah tadi, maka ini bererti majlis kita juga sudah sampai ke penghujungnya


Bersurai

Pihak majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan atas kesudian meluangkan masa pada petang ini bagi menghadiri MESYUARAT AGUNG MAJLIS PEMUAFAKATAN ZON PARIT SULONG 2018.

Dari mana asalnya, usah diusul
Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati

Di atas dahan burung tempua
Melihat rusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Dilain masa bersua lagi

Majlis ditangguhkan dengan bacaan tasbih kafarah dan surah al-Asr.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..