~ Kesatuan Melayu No Otak - ini bukan artikel politikus ~
Muhammad Hafeez Hakimi
"Hafeez, nanti kalau nak mengundi mesti PILIH yang tiga ni tau". Layak peraih undi berkempen untuk pilihanraya saja aku 'menasihati' budak berusia 10 tahun ini (yang lebih 10 tahun lagi baru boleh mengundi!).
"Kenapa kene pilih yang ni?". Tanya Hafeez ber-sleng 'KL', almaklumlah menetap di Selangor Darul Ehsan. Aku pun tompang 'Kay-El' lah sikit-sikit.. hehe..
"Yang tiga ni namanya Pakatan Rakyat. Hijau PAS = Parti Islam, DAP = Parti Demokrasi, PKR pulak = Parti KeADILAn. Parti-parti ni lah yang memperjuangkan HAK kita sebagai RAKYAT, penduduk Malaysia", agak panjang lebar aku bersyarah sambil menunjukkan kepada Hafeez beberapa gambar/video Pakatan Rakyat.
"Ada yang lain tak?". Hafeez nampaknya berminat.
"Kalau Pakatan Rakyat, lawannya Barisan Nasional. Dalam Barisan Nasional ada umno, mca bla3... tapi jangan pilih. mesti pilih Pakatan Rakyat," Aku cuba mem-brain-wash Hafeez kaw3 hehe...
"umno tu ape?".
"umno tuUntuk Melayu No Otak", jawabku spontan.
"Ye ker, tipulah". Hafeez menduga.
''Betul.. Tak percaya jom tengok,,". Aku membuka Google (sekarang kan Zaman Google, sonang!) dan menaip 'untuk melayu no otak', search dan keluarlah keputusan seperti di bawah...
Tak clear ek? Meh kita ZOOM....
"Betul ke maksu? amno tuuntuk melayu no otak?".
"Iyer.." sambil mengangguk-angguk dengan selamba.
"Biar betul... kenape diorang takde otak?".
......................
Nota Kaki: Ada sesiapa mau jawab soalan terakhir Hafeez? haha..
Nota Tangan: Sambung balik mood raya. Ops.. Mood MERDEKA pulak! Esok entry untuk MERDEKA.
Updated: On 31st August 2011, at 11.17 pm. Happy 'Ketupat Bendera' from Google.
Jangan disangka semakin canggih zaman beralih, maka yang adat/budaya tradisi dilupakan. Walaupun bersilih teknologi yang datang seperti e-mail, kiriman sms, mms, frindster, facebook dan sebagainya memberi khidmat kiriman e-kad raya... namun kad raya 'tradisional' masih laku dan tetap popular.
Tadaaa!! Kiri dari Hartini, kanan dari Shaharudin (kedai spek mata hehe)
Yang ni pulak... kad2 yang belum bertuan...
Kawan-kawan yang mahu kad raya bolehlah tinggalkan nama/nickname berserta alamat di kotak komen di bawah, inbox FB saya atau pun (bagi tujuan privacy) boleh tinggalkan sahaja pesanan SMS ke nombor 012.564.6274 <<-- jangan risau, nombor saya, okey?.
"Daging (haiwan korban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, akan tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketaqwaan kamu. Demikianlah Dia menundukkannya untukmu agar kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang Dia berikan kepadamu. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat kebaikan (kebajikan),". Al-Quran. (Al-Hajj: 37).
Raya, merangkap cuti kali ini kurang terasa meriah, kerana anak-anak saudara saya tidak pulang ke kampung di sini, Sungai Petani, Kedah... Yang di Sabah, beraya di sana. Yang satu lagi, beraya kampung sebelah Terengganu.. Ohh..
Di Sabah.. Aisyah (6 tahun) dan Amirah (3 tahun).
Tak ada Amirah.. tak adalah yang selalu nak suruh saya dukung, bawak jalan-jalan, 'lari' (dia didukung, kita yang bawak dia lari!), men masak-masak, kira duit (walaupun kiraannya satu-dua-empat dan sepuluh sahaja :P).. Yang nak duduk diribaan saya seperti kakaknya Aisyah. Hu..
Tak ada Aisyah.. tak ada lah yang selalu masuk bilik saya cari saya, main hp saya, tengok cerita karton dekat laptop saya, yang bercerita macam-macam (termasuk yang tak berapa nak paham), yang nak main 'sam mekanik' dengan saya...
Di Terengganu.. Hafeez (9 tahun) dan Haikal (5 tahun).
Tak ada Hafeez.. tak ada lah yang nak tarik tangan saya pergi sana sini, masuk bilik saya, men hp saya, tengok cerita dalam laptop (macam Aisyah).. Paling ketara, tak ada lah yang nak suruh saya buat ais kerim milo, bancuh air, bla3...
Tak ada Haikal.. tak ada lah yang nak jeles kalau saya buat origami, atau layan abangnya, Hafeez lebih...
Haikal Farihin, Aisyah Nabilah, Hafeez Hakimi & Amirah Najihah.
Ada beberapa perkara yang sunat dilakukan semasa menyambut ketibaan hari raya AidilFitri, antaranya ialah:
1- Hidupkan malam raya Pada malam di mana ramai insan yang mungkin terleka dengan persiapan berhari raya, adalah mulia sesiapa yang bangun dan berqiamullail, menunaikan solat sunat dan seumpamanya. Nescaya Allah Taala tidak akan mematikan hatinya sewaktu hati manusia yang lainnya mati.
2- Bertakbir Bertakbir, bertahmid, bertahlil, berzikir semuanya digalakkan. Alunan takbir bagi AidilFitri adalah bermula selepas Maghrib hari ini (jika esok adalah raya) sehingga selesai solat sunat AidilFitri. Manakala bagi AidilAdha pula juga bermula selepas Maghrib sehari sebelum raya, namun berakhir selepas 3 hari.
3- Mandi dan berwangi-wangian. Pada awal pagi hari raya, dituntut mandi sambil berniat mandi sunat hari raya. Kemudiannya memakai pakaian yang baru. Namun jika tiada, memadailah kiranya memakai pakaian yang bersih, menutup aurat dan sesuai. Jangan pakai baju bola pulak! :P. Disunatkan juga berwangi-wangian yang tidak melampau. Namun pastikan tak ada yang akan pengsan dengan bau tersebut. :D
4- Menjamah makanan dipagi raya Biasanya pada hari-hari di dalam bulan Ramadhan, kita tidak bersarapan. Oleh itu pada pagi raya, sebelum menunaikan solat sunat hari raya, eloklah kiranya menjamah sedikit sebanyak juadah sebagai mengalas perut, atau cukup sebagai syarat yang menunjukkan bahawa kita tidak berpuasa pada hari ini.
5- Sunat melewatkan solat raya Solat sunat AidilFitri kebiasaannya lebih lewat berbanding solat sunat AidilAdha. Contoh, AidilFitri 8.30 pagi. AidilAdha 8.30 pagi. Hikmahnya, pada pagi AidilFitri, masih ada ruang dan kesempatan bagi mereka2 yang belum menunaikan ibadah zakat. Hukum zakat selepas solat raya adalah haram makhruh. Bagi AidilAdha pula, diawalkan kerana selepas itu, kita mempunyai ibadah khusus yang lain, iaitu menyembelih tujuan korban.
6- Bersalam-salaman Jika seorang isteri bersalaman dengan suaminya, nescaya akan terhapus segala dosanya sebanyak jari-jemari yang ada. Begitulah digambarkan kelebihan bersalaman antara manusia. Namun harus diingat, bersalam dengan yang mahram (haram dikahwini seperti adik beradik) sahaja. Yang bukan mahram? tak boleh, tak boleh!..
Demikian, perkara-perkara yang sunat dilakukan tatkala meraikan lebaran yang mulia. Petikan kuliah Ramadhan yang disampaikan oleh... tak sempat dengar nama ustaz tuuu :(( yang disiarkan di Mutiara.Fm pada hari ini 08/09/10 pada jam 2.30 petang. Diambil dan digabungkan daripada beberapa hadith Rasul Sallallahu Alaihi Wasallam.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin" kepada semua yang mengenali saya dari tadika, sekolah, universiti, program dan lain-lain medium persahabatan, teristimewa buat rakan-rakan blogger atau narablog yang berkunjung ke sini,, :) Selamat Beraya!.
~ Bukan pertanyaan bilakan raya menjelma.. Tapi sekadar meniru gaya lagu Spider: "Bila Nak Saksi" ~
Pejam celik, pejam celik,. dah 28 hari kita berpuasa. Hampir sebulan sudah. Kedatangan syawal semakin terasa. Iya lah, masa awal-awal Ramadhan dulu, surau, masjid,, penuh sesak. Tapi confirm akan lagi sesak semasa solat hari raya. Dah akhir-akhir ni, makin susut, makin surut.
Teringat tazkirah ringkas yang disampaikan oleh seorang ustaz selepas solat Tarawikh.. Seharusnya jumlah yang hadir ke masjid dan surau2 tetap maintain seperti di awal Ramadhan. Kan ke 10 Ramadhan yang terakhir itu ada Lailatul Qadar? Tapi mungkin juga 'mereka' pulang ke kampung dan mengimarahkan masjid/surau di sana. Insya-Allah.
Jangkaan, hari raya hari Jumaat ni. Dalam taqwim, kalendar semua tulis cetak begitu. Jumaat 1 Syawal. Tapi ada ura-ura kononnya hari Khamis. Maknanya puasa cuma 29 hari. Kalau benar raya hari Khamis, maknanya esok last puasa lah kan?? Malam ni last tarawikh.
Oh??
:)
Esok, Rabu, tengok anak bulan. Dah lahir ke belum? Lepas tu dalam jam 8.00pm, mengadap tv, tengok Penyimpan Mohor2 Besar Majlis Raja2 mengumumkan tarikh hari raya. Penyimpan mohor ni paling glamer time nih,, time umum Ramadhan dengan isytihar Syawal :D