CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Mr.Kucing. Show all posts
Showing posts with label Mr.Kucing. Show all posts

Friday, January 3, 2014

Wanita Hamil & Kucing : How to Prevent the Toxoplasmosis

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, sebab kita berada di zaman serba canggih, segala persoalan yang kita takde jawapan, just googled! Cuma kalau google dalam Bahasa Melayu susah nak dapat jawapan yang kita cari. As we know, orang barat lebih advance dari kita DAN tak salah kalau kita ambil segala tips dan info-info dari mereka :)

Sejak aku conceive Disember lepas, aku lebih serius ambil tahu banyak hal tentang pregnancy. Compare before aku conceive, segala maklumat aku copy and save without study dalam-dalam. Just baca as an info lepas tu saved. Dengan niat, bila aku pregnant aku baca seriously. Haha.

Semalam baca entry Namee, dia bercakap pasal kucing. Masa awal pregnancy dia pun, dia ada sebut pasal kucing. Dan aku ada 3 ekor anak kucing dalam rumah tu. Aku taknak lepaskan salah satu, aku nak dua-dua sekali (tamak), so aku googled semalam. DAN, sementara itu, aku ada jugak terbaca komen(s), terbaca kata-kata orang yang pregnancy women harus avoid cats! Harus. Without doubt. 

Dan aku tak puas hati. Takkan seteruk itu kucing kesayangan Nabi saw. Kan?

Thanks to GOOGLE, cukup lah info yang aku dapat. After this aku nak refer vet dengan doctors untuk more info pulak :) So kepada pencinta kucing, beberapa hal yang aku dapat, sebenarnya takde salahnya memelihara kucing semasa kita pregnant. Cuma najis dia sahaja. Sebab dalam najis dia tu yang ada parasite Toxoplasmosis. Parasite itu yang tidak baik untuk wanita hamil, bukan kucing itself :) Itu pun in certain case. Larangan keras supaya anda TIDAK mendekati najis kucing adalah sekiranya kucing anda kucing luar, kucing yang makan makanan dimasak, makan tikus (berburu kan sinonim dengan kucing), etc.

Info tambahan boleh refer link yang aku share ni eh!



















To those yang suka kucing, memelihara kucing, harap info ni dapat membantu sedikit, dan dapat mengurangkan sedikit kegusaran dihati. Kalau nak lebih confident, boleh bawak kucing anda ke vet untuk buat test sama ada mereka ada symptom Toxoplasmosis. Buat test dekat diri sendiri pun boleh! But overall yang aku baca, kebarangkalian untuk indoor-only cat sangat rendah. Apa-apa pun ikut preventions dan refer doctor k!

Tapi bagi aku yang tak sempurna lagi ilmu di dada, masih belajar sedikit-sedikit, masih mencari, benda pertama yang kita perlu buat ialah minta dari Allah supaya dijauhkan dari segala penyakit dan bencana. Lagi-lagi niat kita memelihara kucing itu apa. Segala yang terjadi atas kehendakNya, berdoa, usaha dan tawal. Berdoa supaya dilindungi diri ini dan bayi dalam kandungan dari segala penyakit, berusaha ikut tips yang diberi, dan tawal :)


Untuk senangkan korang yang malas nak bukak link satu-satu, aku try simple kan kesemuanya eh....

1. Mintak orang lain uruskan najis kucing (husband)

2. Kalau takde orang sangat-sangat dah
a) guna sarung tangan dan topeng muka semasa uruskan najis
b) cuci tangan selama 30 saat (guna dettol sebaiknya)
c) setelah tanggalkan sarung tangan, terbalikkan ia (buang sebaiknya, sebab disposal glove 40sen sepasang)

3. Letak litter box serendah yang boleh
4. Bagi kucing makan makanan tin dan dry food. Jangan bagi lauk mentah
5. Jangan biarkan kucing main pasir
6. Tukar/bersihkan litter box setiap hari atau 2-3kali seminggu
7. Pastikan kucing sentiasa di dalam rumah
8. Jangan bawak masuk kucing luar (bagi makan kat luar je)
9. Kita sendiri dilarang makan makanan separa masak dan mentah (sayur takpe! hehe)
10. Kalau anda berkebun, ikut tips no.2
11. Untuk kepastian, bawak kucing ke vet untuk test, dan kita jugak pergi buat blood test


Cukup lah tu, selebihnya korang baca sendiri jelah ye. Kalau bukan pencinta kucing pun, ambil lah ini sebagai satu ilmu untuk hari ini. Tak rugi pun dear :) 

Kepada yang ambil langkah untuk jauhkan diri terus dengan kucing terpulang, tak perlu lah kondem aku konon macam aku tak sayangkan diri. Masing-masing ada pendapat, cara dan niat masing-masing kan. Hanya Allah yang tahu.

Lepas sedikit hasil carian dan bacaan aku hari ini dan semalam, aku takde lah rasa diri ini tergolong dalam golongan ikut-ikut je. Maaf, maksud aku, aku tak suka tergolong dalam group main ikutttt je apa orang kata tanpa study terlebih dulu. Kadang-kadang tempat kita bertanya itu pun orang-orangnya masih banyak perlu belajar, taknak lah bertanya di tempat yang salah dan mendapat maklumat yang kurang sempurna.

Okay lah itu je sharing knowledge untuk hari ini, as'salam :)




Love,
Nursaila Norman!


Thursday, November 28, 2013

Kitty Kitty Kitty

Assalamualaikum.


Harini kabel henfon still tertinggal dalam handbag lagi 1. So no pictures for today. Huhu! Tapi nasib baik ada pictures lain yang sempat aku transfer. So harini kita cerita pasal kittens lah ye!

Ingat lagi tak entry Kittens ni? Berita tak baiknya diorang dah lama takde dengan kitorang. Mak dia bawak diorang lari dari rumah. Malas nak cerita kat sini kang aku menangis. Cut it short, aku dengan Suami terpaksa, diulangi terpaksa merelakan Mak dia bawak budak-budak tu lari dari rumah. Akhirnya hilang. Mak dia pulak meroyan. Siapa yang stress? Aku lahhhh.. Suami aku punya lah marah, dia tak bagi Mak kucing tu makan. Sehari jelah. Sebab tak sampai hati kot. 

Tak lama tu Mak dia bunting lagi. Kali ni kitorang langsung tak peduli kat anak-anak dia. Sebab takut dia bawak lari lagi. Tapi bila cukup sebulan je, Mak dia pulak yang tak balik-balik. Aku jugak yang stress lagi sekali. Melilau kitorang laki bini cari Mak diorang. Tapi tak jumpa. Stress stress stress. Bayangkan lah, 4 ekor kot.. Masih menyusu. Mak pulak takde. Nasib baik ada botol susu kucing kat rumah, tapi tak bertahan lama sebab diorang kan 4 ekor, pastu gigit-gigit pulak.. Habis koyak puting tu. Koyak pulak pukul 10 malam. Esoknya kitorang nak g Cameron Highland. Mana nak cari botol susu kucing tengah-tengah malam?

Kitorang pergi KK kedai 24 jam tu, aku beli kan botol susu baby dengan puting extra. Sorry la kittens, Botol BPA free mahal. Ahkak tak mampu nak beli botol susu brand Tommy Tippee or Avent. Botol tu untuk baby ahkak je ye. Muahahahaha!

Tak lama tu diorang kena jangkitan dekat kuku pulak. Aku bawak lah 4 ekor tu pergi klinik sebab 3 ekor kena jangkitan. Sekor je sihat. Dapat ubat antibiotik, vitamin, tahan sakit dan antiseptik. Cut it short, 2 ekor mati sebab dah ajal. (aku taknak tulis meleret-leret, nanti jadi emosi. aku taknak la eyeliner aku comot jap lagi). Tinggal 2 ekor. Ubat masih ada walaupun tinggal separuh. Sekor lagi ni start tunjuk tanda-tanda nak sakit jugak. Start kurus dan suara dah tak nyaring. Taknak jadi macam yang lagi 2 ekor tu, terus bawak diorang g klinik sekali lagi. Kali ni dapat injection dengan ubat cacing. Continue antibiotik baru, dan alhamdulillah sihat!

Selamat lah 2 ekor kat rumah kami sekarang ni. Tapi aku ada la gambar kenangan yang dah mati tu. Sedih je bila tengok-tengok balik gambar diorang. Jangan sedih Saila. Jangan sedih!
































Yang masih tinggal yang kaler campur-campur tu dengan orange je. Yang hitam putih 2 ekor tu dah selamat berbahagia kat sana dah :) Kaki diorang kuning-kuning sebab letak antiseptik. Kesiannnn diorang, bulu tak cantik sangat sebab Mak takde nak jilat-jilat diorang. Kalau aku boleh jilat dah lama aku tolong jilatkan. Erk!







Comel tak? Comel tak? Hehehehe.. Paling comel part telinga diorang bergerak-gerak masa hisap susu.

Kisah kelakar pasal 4 ekor ni, setiap 2 hari kitorang kena beli puting baru. Asyik koyakkkk je. Habis rabak puting. Walaupun puting botol susu baby. Kitorang sampai guna 2 botol susu sebab diorang lasak sangat. Huhuhuhu. 

Kisah paling best aku rasa sebab kehadiran kittens ni, Suami 1st time pegang botol susu. Suami pandai bancuh susu. Hehehehe. Walaupun susu kittens, tetap susu kannnn. Hehe! Suami lah bangun awal sikit dari aku sebab bagi budak-budak tu susu. Ohh, comelllll. Haha. Aku rasa kittens tu bukan kucing, tapi macam anak kitorang je. hewhewhew!

Suami cakap ni praktikal untuk dia. iheeeee.. Comel :)

RIP Miko & Joshua
Stay with us Mino & Markoanah. Stay with us.




Love,
Nursaila Norman!


Tuesday, July 2, 2013

Kittens AND Rezeki

Assalamualaikum.


Harini nak cerita pasal kucing lak eh,eh,eh..

Selalu tak dengar orang cakap macam ni "kucing ni pembawa rezeki ke dalam rumah kita". Rezeki datang dari Allah, Allah menghantar kucing kepada kita untuk menguji sanggupkah kita berkongsi rezeki dengan makhluk lain selain manusia? Makhluk yang tidak mendatangkan keuntungan, tidak membantu kita dalam banyak hal.. Tapi mereka mampu jadi penghibur hati kita di kala duka. Kan?

Dekat rumah kitorang ni kitorang ada la bela 3 ekor kucing dewasa, kucing jalanan je. Yang sekor tu betina, nama dia Bobby, baru-baru ni dia pregnant. Aku nekad nak bela anak-anak dia, Suami pun. Kebetulan Suami biasa bela kucing betina, so dia tau la apa kucing pregnant nak. Aku memang tak pernah bela kucing pregnant. Eh, takpe kan aku guna 'pregnant' untuk kucing? Hewhewhew. Bila Suami aku pandai lebih hal2 kucing pregnant ni haruslah aku excited lebih, tergedik-gedik.

Haritu 6/6/2013 kitorang pun dapat la kittens! Ada 4 ekor semuanya. Hari-hari belek diorang. Suami sampai pening kepala nak larang aku jangan asyik belek babies 4 ekor tu. Hehehehe. Geram. Sikit-sikit angkat belek-belek pastu letak. Mak dia bengangggggg je dengan aku. Haha.

Bila hari-hari belek mesti la aku rasa apasal lambat sangat budak-budak ni nak besar. Suami cakap tggu telinga diorang besar sikit, bukak mata, kuku x keluar.. Lambatnyaaaaa! Tiap kali aku belek budak2 tu mak dia mesti buat muka tension tengok aku. Aku paling suka masa mak dia takde.. Hahaha! Seronok aku belek perut dia, ekor dia.. Masa tu diorang belum bukak mata lagi. Bila mak dia balik je mak dia cepat-cepat lompat masuk dalam kotak impit anak-anak dia. Mak dia stress kalau nampak aku. Hohohoho.











Masa ni diorang baru seminggu, belum bukak mata lagi. Baikkkk je semua.













Masa  ni dah 3 minggu. Dah pandai bergerak gigil-gigil macam orang tua.
Hehehehe.


So tiap kali balik kerja kitorang akan masuk bilik cari diorang dulu. Lagi-lagi kalau mak dia takde, kitorang akan buli diorang teruk-teruk sampai mak dia balik. Bila mak dia balik nampak je aku tengah buli anak-anak dia, laju je mak dia lompat masuk dalam bakul. Masa awal-awal dulu diorang duduk dalam kotak, pastu aku saje alihkan anak-anak dia main dalam bakul, sampai sekarang dioarang suka pulak bakul tu. Now, diorang stay dalam bakul merah. Sekarang dah pandai jengah kepala tengok kitorang masuk bilik. Bilik tu bilik pakaian kitorang, khas untuk pakaian semata. Budak-budak tu dah pandai usha aku pakai baju. Haha. Kalau aku masuk bilik je diorang mesti jengah kepala kat tepi bakul pastu tengokkkkk je aku. Comellll sangat time tu.

Semalam Suami dapat berita gembira, Suami cakap kucing kat rumah doakan rezeki dia. Sebab kita jaga dia, Allah pun murahkan rezeki kami suami isteri. Alhamdulillah.

Haritu pun masa duduk rumah tggu dapat kerja, kitorang tolong sekor ibu kucing ni. Dia menyusukan 7 ekor anak. Lepas bawak g klinik doktor suggested aku tolong susukan anak-anak dia guna botol susu. Diorang amek masa nak pandai isap susu guna botol, beberapa hari lepas tu diorang dah start pandai. Banyak diorang minum. Seronok sangat masa tu. Tapi tiba-tiba sekor-sekor mati. Sampai la tinggal sekor je. Aku bawak balik rumah nak jaga, tapi selamat dua hari je. Kebetulan hari dia mati aku dapat keja. Ibu diorang pun mati jugak at last. Suami cakap rezeki kita tolong kucing jalanan pastu aku terus dapat kerja. Alhamdulillah.

Sekarang ni Oyen pulak luka teruk kat mulut dia, tapi dah okay dah.. Taktau la kenapa pukul atau apa. Oyen ni pun kucing luar, tapi tak kisah lah.. Janji kucing, mana yang kitorang boleh bagi makan kitorang akan bagi selagi mampu. Sekarang ni melayankan kerenah diorang yang suka sangat minum susu Fernleaf kitorang dengan cheesedale aku. Huhuhuhu. Sibukkkk je kalau aku tengah makan cheese sambil baring-baring, mesti Bobby datang mintak jugak. Haha. Pastu kitorang share. Nyum, nyum, nyummmm.

Okay lah say byebye to Kiki, Gegurl, Jorro and Nell!

Harapan aku untuk hari ini : Berkongsi lah sedikit makanan dengan mereka, walaupun sedikit nanti diorang akan doakan rezeki untuk kita, terima kasih!




Love,
Nursaila Norman!

Tuesday, September 25, 2012

Pekak Dah Mati Malam Tadi

Hai.



Assalamualaikum.


Taktau nak tulis macam mana. Masih sedih, tapi aku patut lebih gembira kalau dia dah takde kan. Sekurang-kurangnya aku tau dia tak sakit-sakit lagi. Tapi tu la.. Aku taktau nak suruh diri aku rilex macam mana. Sebab aku memang betul2 rasa kehilangan dia.

Sakit-sakit tekak aku tahan sedih ni.

Untuk masa ni maybe aku tak kuat lagi nak tulis pasal dia. Tapi aku tetap akan tulis sebagai kenangan. Dia bukan la kucing aku yang pertama, tapi tiap kali kematian kucing kesayangan, aku tetap sedih berhari-hari. Itu normal kan?

Pagi ni sesaat lepas terjaga dari tidur, terus dalam hati berdetik 'pekak dah takde'. Sebelum aku sedih cepat-cepat aku bangun masuk bilik air. Masuk bilik air teringat dia. Sebab dia selalu masuk bilik air untuk minum. Sungguh aku tak kuat. Nak tak nak air mata jatuh jugak time ni. Hadoi.

Pagi ni memang lemau. Nak buat keja pun takde semangat. Malas je. Asyik ingat dia. Nak update apa-apa pun takde hati. En Gaban suruh aku fikir positif dengan kehilangan dia. Aku harap apa yang En Gaban cakap betul lah. Dia tengah happy dekat sana, tengah main-main.

Buat masa ni aku tak boleh tengok picha dia. Memang aku taknak tengok. Nanti aku rindu, aku sedih. Tadi bukak blog adik aku Leha, ternampak picha dia dekat side bar. Terus aku klik 'X'. Rindunya.

Meeting pukul 9.30am, harap-harap meeting nanti boleh buang perasaan sedih aku kejap. Dan harap-harap takde sape tanya kenapa mata aku bengkak-bengkak hari ni.

Pekak, kakak rindu.




thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!

Tuesday, August 7, 2012

Selamat Berbuka Miaw!

Hai!



Assalamualaikum.










I call her Pendek :) Masa dia kecik sikit dulu, badan dia lebih pendek dari ekor. Nampak ekor panjang gila-gila. Si kecik ini anak dia. Sama kan? Ni masa kami dah settle mengemas selepas berbuka. Dia masuk rumah kami dan macam biasa terus ke dapur dan makannnn. Selamat berbuka! Tapi kamu tak puasa pun kan?kan?kan? Ehehe! Yang pink tu bekas makan Johnny dengan Pekak. Tapi lain-lain kucing pun guna jugak. Takpe lah, sharing is caring kan..


Cuma, jangan jadi macam dia ni.

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



Nampak tak perut dia? Tak puasa, tapi berbuka macam puasa sangattttt. Lepas berbuka, tidur lah. Apa lagi. Orang nak lalu pun susah. Suka sangat tidur tengah-tengah jalan. Grrr!

Rajin pulak nak update blog pasal comel-comel ni. Hehehehe!





selamat berpuasa sayangs!




Love,
Nursaila Norman!

Tuesday, July 24, 2012

Johnny dan Girlfriend Bawah Umur

Hai!



Assalamualaikum.



Amek baby cat ni dari rumah kazen aku lepas tu bawak balik rumah sebab nak main2. Baby cat ni gegirl tau. Sungguh gatal Johnny cium-cium gegirl ni. Suka la tu! 




Comelnya diaaaaaa!





Tengok! Betapa menyibuknya Johnny nak dekat-dekat dgn gegirl ni.. Gegirl rilex je. First time dia masuk rumah aku, mesti la dia pelik kan.. Johnny lak macam tak pernah tengok kucing. Huhuhuhu!





Akhirnya.. Dapat jugak Johnny tengok gegirl ni dari jarak dekat. Dah macam gangguan seksual pun ada aku tengok si Johnny ni. Hahaha! Tenung over gila. Tak pernah tengok anak kucing ya Johnny.





Hoh! Dia dah ada tempat strategik untuk merenung gegirl.





"boring la..tengok muka abang jek"






Johnny, johnny.. Kalau nampak cicak lagi la. Rasa macam nak bagi tongkat ke kat dia. Letak kat dagu. Tengok siling berjam-jam pun takpe. Janji boleh tengok kawan karib dia tu. Hikhikhik.


sayangi haiwan!




selamat berpuasa sayangs!



Love,
Nursaila Norman!

Tuesday, May 15, 2012

saya suka lihat mereka tidur :)

Assalamaualikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Lupa yang hari ni hari selasa. Ingatkan hari ni hari rabu. Nasib baik tak tulis tajuk entry 'Wordless Wednesday' Hahaha.


Picha-picha di bawah diambil beberapa hari lepas. Kenapa diorang tidur comel sangat? Haihhh.


1. Sayang Pekak

















2. Sayang Johnny










NOTA TAMBAHAN : En Gaban sekarang dah ada kawan dekat 'rumah kita'. Nama dia Boboi. Gigih dia beli makanan Boboi sebelum bawak aku g buka puasa semalam. Makanan Boboi lebih penting dari makanan aku buka puasa. sobsobsob.

p/s : abaikan muka bangun tido dan muka bermalasan di rumah ;p



thanks korang!



Love,
Tata!




Monday, March 19, 2012

Mr. Johnny lebih popular dari Cik Saila :(

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Hai korang!

Sejak aku publish pasal Mr Johnny, ramai betul peminat dia.. Ni yang jeles ni. Sobsobsob! Kali ni aku taknak cerita pasal Johnny. (boikot dia) Hahaha. Aku nak cerita pasal Mr Pekak.

Yup, aku ada lagi sekor kucing. Tapi nama dia tak glamer macam Johnny. Nama dia Pekak. Kejam tak? Takde la kejam sangat.. Sape suh dia buat pekak bila kitorang panggil2 dia. Masa tu kitorang satu family ingat dia betul2 pekak. Pastu terus daftar nama dia kat Jabatan Pendaftaran sebagan Mr Pekak. Hikhikhik!

Tapi kan dia cedera.. Huhuhu. Sabtu pukul 6 pagi dia bergaduh dengan kucing mana ntah. Hampeh betul. Last-last dia cedera kat hidung. Hidung dia bengkak pastu apa lagi demam la.. Biasa la.. Manja kan.. Haruslah demam berhari-hari. Hiks!





sayang kucing punya pasal.
selimut sendiri pun takpe buat dia balut badan.
Hehehehe!


Biasa la kalau dah demam.. Bertempek la kat tempat tidur aku. Kalau tak tu sombong. Panggil2 ajak tidur dengan aku dia buat donno je. Siap tak pandang lagi. Ceh!





luka kat hidung dah kering.
dah tak hensem dah kan?


Dengan harapan supaya dia cepat sembuh. Sebab rindu nak tengok dia tidur bersepah-sepah dalam rumah. Macam ni...........





okeh. OVER!


Well.. Apakan daya.. Kehenseman dia telah dirampas oleh Johnny sekarang ni. Pekak, terima lah hakikat ya.. Anda sudah tidak hensem lagi. Kalau nak maintain hensem, sila jangan layan kucing2 jantan diluar sana yang ajak anda bergaduh sebagai lambang kejantanan. Kalau tak, Johnny kekal sebagai ketua keluarga. Eh?





Johnny, kau pun taknak kalah jugak?
Style tidur pun kau nak kalahkan pekak jugak ke?
Over tau kau nih.



Mana taknya, sejak dari kecik Johnny banyak belajar cara-cara tidur dari Pekak kottt..




Hikhikhikhik!




thanks korang!



Love,
Tata!

Thursday, March 15, 2012

Mr Johnny kami :)

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua





Semenjak aku gunakan picha Mr Johnny sebagai picha profile kat FB kemain lagi yang cakap comelnya, comel laaa.. Dengan harapan diorang akan puji tuan dia juga. Hahaha. Motif? 


Rasanya sebelum ni aku ada cerita sikit pasal Mr Johnny ni kat entry sebelum2 ni. Al-kisahnya aku dengan En Gaban jumpa Johnny ni kat divider batu tengah2 jalan. Dia syok main rumput-rumput halus. Hampeh tak? Selamber je. Langsung tak takut dengan kereta lalu lalang. Masa kitorang nampak tu En Gaban terus berhenti kat tepi jalan pastu aku la berlari-lari anak g tangkap si Johnny ni. Masa tu dia punya lah cute. Sekarang ni hensem. Hahaha. Jadinya tak sampai hati kami nak biarkan dia kat situ. Kitorang cari2 jugak kalau-kalau ada ibu dia. Tapi takde. Huhuhu. So dengan nekad hatinya kami bawa dia pulang ke rumah aku.



yang ni masa dia baru beberapa hari stay dengan kitorang
comel tak muka dia
rasa nak gigit tak?




 



tecikkk je dia. comel2.
skrg?




 



masa ni kena bagi dia tido dalam rumah besi sebab dia tak boleh duduk diam.
tak tau la dia ni spesis apa. jenis tak reti penat. dah macam hamster pun ada aku tgk.


 





time ni dia dah pandai tido merata-rata dah
tapi tempat harus yang tinggi2. bawah2 tak main okehhh.




 



ni kes dengki.
dengki tiap kali aku on laptop.




 



dia memang suka tido ikut suka
ceh.

 






dah besar sikit time ni :)
tapi semakin nakal :(

 






dia macam kurus panjang pulak kan?





 


dia suka lepaking
time ni nak gemok sikit dah :D





 


aku sibuk buat veil, selamber je dia golek2 atas lace aku.
cis!



 






saya suka golek-golek atas kain nieee..







 


bestnyaaaa.. selesa betul..


 







ZzzzZzZZZzzz..



Ceh!





thansks korang!



Love,
Tata!