"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Showing posts with label H1N1. Show all posts
Showing posts with label H1N1. Show all posts

Friday, August 7, 2009

H1N1 kritikal

7 Ogos 2009, ke-15&16*Seorang kanak-kanak 9 tahun dan lelaki 37 tahun dilaporkan meninggal di Hospital Kluang, Johor.

6 Ogos 2009, ke-13&14*seorang kanak-kanak enam tahun Mohd Hyafiq Afendi yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan Hospital, Kuantan tengah hari semalam akibat pneumonia atau radang paru-paru. Budak lelaki itu dimasukkan ke hospital pada 1 Ogos selepas mengalami demam dan mengadu sakit perut.
Manakala kematian ke-14 ialah seorang lelaki 57 tahun .

Read more...

Thursday, August 6, 2009

H1N1 semakin serius

5 Ogos 2009, ke-12*seorang lagi kanak-kanak, berusia 6 tahun, meninggal dunia 2.30 pagi ini di Hospital Batu Pahat

4 Ogos 2009, ke-10 &11*Seorang lelaki 20 tahun dan remaja 12 tahun,Melaka
Masing-masing menghidap lelah dan kegagalan buah pinggang.

4 Ogos 2009, ke-9*Iffah Syazwina Samsuddin dilaporkan meninggal dunia pada 4.30 petang di Hospital Melaka.

Read more...

Wednesday, August 5, 2009

Kematian akibat H1N1 di Malaysia

3 Ogos 2009, ke-8*guru sekolah Selangor
Seorang lagi mangsa jangkitan influenza A(H1N1) meninggal dunia hari ini – melibatkan seorang guru dari sebuah sekolah di Selangor yang ditutup 27 Julai lalu.
Ia menjadikan jumlah yang meninggal dunia kerana wabak ini meningkat kepada lapan orang.

3 Ogos 2009, ke-7*ibu muda 2 minggu lepas bersalin Sarawak, 24 tahun
Seorang ibu muda berusia 24 tahun meninggal dunia akibat Influenza A (H1N1) meninggal dunia selepas dua minggu melahirkan anak sulungnya. Bagaimanapun, bayi perempuannya selamat. Ia menjadi kes pertama korban H1N1 di Sarawak dan ketujuh di seluruh negara.

2 Ogos 2009, ke-6*kanak-kanak lelaki Hosp Sultanah Aminah Jhr, 11 tahun
Mangsa keenam itu adalah seorang budak lelaki berumur 11 tahun, yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor pada 29 Julai lalu dengan simptom demam selama satu hari.
“Tiada simptom batuk dan lain-lain tanda-tanda gangguan pernafasan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd.
Ismail Merican..
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, beliau menjelaskan, semasa dalam rawatan keadaan klinikal pesakit bertambah tenat dan dimasukkan ke unit rawatan rapi pada keesokan harinya.
Hasil pemeriksaan mendapati pesakit mempunyai jangkitan paru-paru dan
myocarditis. Beliau meninggal semasa dalam rawatan ICU.

1 Ogos 2009, ke-5*kanak-kanak perempuan KK Bgn Serai, 10 tahun
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Bagan Serai, Perak, menjadi mangsa kelima meninggal dunia akibat jangkitan virus influenza A(H1N1).
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd
Ismail Merican berkata keputusan bedah siasat ke atas mangsa yang meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bagan Serai pada pukul 5.30 pagi disahkan positif virus A(H1N1).

28 Julai 2009, ke-4*wanita hospital Melaka, 20 tahun
Satu lagi kematian akibat H1N1 di negara ini membabitkan seorang wanita berusia 20 tahun yang dirawat di sebuah hospital di Melaka, menjadikan jumlah keseluruhan empat kes.
Perkara itu dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri
Ismail Merican dalam sidang akhbar.

27 Julai 2009, ke-3 *lelaki hospital swasta KL, 42 tahun
Malaysia mencatatkan kematian ketiga akibat jangkitan virus Influenza A (H1N1), membabitkan lelaki tempatan berusia 42 tahun di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada jam 4.40 petang.
Ini menjadikan keseluruhan kes terkumpul H1N1 kepada 1,219 kes dengan 95 kes baru dan tiga kematian.

26 Julai 2009, ke-2*lelaki hospital swasta Subang Jaya, 46 tahun
Malaysia mencatatkan kematian kedua akibat Influenza A (H1N1), apabila seorang lelaki berusia 46 tahun yang menerima rawatan sejak 16 Julai lalu meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Subang Jaya jam 12.35 tengahari.

21 Julai 2009, pertama*warga Indonesia pusat perubatan swasta KL, 30 tahun
Malaysia catat kes kematian pertama kes H1N1 apabila seorang pesakit warga Indonesia berusia 30 tahun mati di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur jam 11.50 pagi.
Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata punca sebenar kematian pesakit terbabit yang juga seorang pelajar masih belum diketahui tetapi siasatan awal mendapati ia disebabkan kadar denyutan jantung tidak terkawal.

Read more...

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP