Sehari sepotong ayat
(Al-Baqarah:21-22)
Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....
Monday, October 26, 2009
Friday, November 21, 2008
Tawan Puncak Gunung Baling
Hari ni ada hal tapi tak pergi sebab dah masuk hari ke-7 Fawwaz masih tak bermaya walaupun panas dah berkurangan dan... badan sendiri pun rasa letih lagi... teringat masa kuat, nikmat sihat... sehingga digelar "Wanita Perkasa" oleh Pengetua Kanan Cemerlang 2 hari sebelum beliau pencen... catatan sejarah, pengalaman yang sukar untuk dilupakan kerana "Sejarah dalam hidupku", lebih kurang jam 10.30 pagi pada 11 Julai 2008 dengan usia sebegini... bersama kumpulanku (seorang guru lelaki, seorang guru perempuan dan 34 pelajar) telah berjaya menawan puncak Gunung Baling dengan rekod kumpulan terbaik sepanjang pendakian berbanding dengan 3 kumpulan lagi... ramai yang tak sampai...(yang sampai 5 guru lelaki, seorang guru perempuan dan lbh krg 70 pelajar). Pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa kami harungi serta pengajaran yang kami perolehi. Sebenarnya tak rancang pun nak daki... so tak bawakla peralatan, pakaian daki dsb. Kasut pun pinjam kasut pelajar yang lelah tak boleh daki...w/b/pun, alhamdulillah selamat semuanya... Banyak ilmu yang dipelajari pada hambanya yang berfikir sepanjang pendakian. Mula-mula memang geram... apala punya gila orang tua ni suruh kami daki gunung yang tak ada khazanah yang boleh menguntungkan kami...kalau boleh kaya takpe juga tapi bila daki barula tau rahsia disebalik pendakian gunung yang tiada laluan dakian... Gunung Jerai ok lagi sebab ada laluan dakian... Rupa-rupanya dalam gila situa tu aku mempelajari sesuatu... macam-macam ada makhluk Allah... halus, kecil, besar, penghisap darah dsb. Para pelajar belajar kerja berpasukan, para guru belajar erti kasih sayang. Di sinilah menguji kepintaran guru dan pelajar dapat mempraktikkan setiap apa yang dipelajari di dalam kelas...menghayati keBesaran Allah dan menggunakan nikmat Pemberian Allah... kombinasi semua deria dan akal yang diberikan agar seimbang... tapi Alhamdulillah semuanya dapat diatasi... mungkin sebab tu dapat anugerah guru dedikasi..he he... Sebenarnya setiap amalan bergantung kepada niat kita dan amalan hendaklah selari dengan syariat Allah SWT... Ini antara gambar yang tak sempat sampai atas...berpatah balik... di bawah mereka hidangkan durian kampung...kesian mereka... sebab ada juga yang jatuh, terseliuh, pengsan, muntah dan.... banyak dugaan mereka tempuh, sampai ada yang terkeluar dari mulut mereka 'kalau kami tau betapa peritnya sebegini kami tak daki...'
tapi pada diri ini cukup banyak yang kupelajari erti nikmat yang Allah beri pada diri ini, InsyaAllah akan ku gunakan dengan sepenuhnya dijalan Allah SWT...
Monday, October 13, 2008
Jamuan Raya SMKPN
Alhamdulillah, semua guru dan pelajar seronok beraya ramai-ramai. Terimakasih kepada semua guru dan pelajar yang sama-sama menjayakannya. Maaf ya yang mana tak de dalam ni...
Tuesday, October 7, 2008
kawan-kawan datang raya
Malam tadi penat sangat, sampai tak sedar apa tidur. Keletihan, dari pagi kemas rumah, masak, kawan-kawan cikgu perempuan beraya, makan tengahari di rumah, sebelum tu beraya sampai larut malam. Seronoknya bila ramai kawan-kawan datang, semua puas makan sehingga menjilat jari, itu baru masak mengejut ikan siakap, kerabu, sayur campur, siput seribu dan ayam goreng berempah belum lagi masak resepi istimewa...he he... Masing-masing kata baru kami sedar siapa "wanita perkasa"...yang digelar Pengetua Kanan Cemerlang Kubang Pasu yang dah pencen tu... serba boleh rupanya... bukan ligat di sekolah je, boleh masak... jahit... ceramah...atur jadual... program... marah budak budak... he he guru disiplinla katakan...pujuk, korek rahsia pelajar... macam-macam lagi... yang paling bestnya bukan sekadar menjilat jari tapi sampai ada yang menghirup sup sayur campur dalam mangkuk besar guna senduk besar... tak taula apa sedapnya... sapala diri ini, orang yang dah lanjut usia... dalam sejarah tapi tak ambik gambar sebab kamera cik abu bawa ke office. Lepas makan tengahari, pakat makan kuih raya sampai licin beberapa kuih raya..syoknya..masing-masing seronok... Ni gambar sebahagian dari mereka Masing-masing nak sangat beraya rumah Kak Shidah makan kuih raya dan masakan Kak Shidah. Pukul 2.15 baru pergi sekolah, kelas 2.40-3.50, pukul 4 balik bawa lagi kawan yang mesyuarat, tak sempat datang waktu tengahari, sportingnya Pen. Kanan Petang kerana mengizinkan pembantunya menjamu kawan-kawan di rumah tp dengan syarat "lain kali masak untuk cikgu lelaki pulak"... 'tak masalah janji ada masa je'.. maklumla.. susah cari masa lapang, lebih dari yb. Jamuan ni pun tak rancang awal, petang Ahad di sekolah ada adik-adik tu nak beraya ke rumah...jawab sedap mulut je, "ok tengahari esok mai pondok kami, makan tengahari ramai-ramai, terimala seadanya...orang tua la katakan..." ...jadi....Alhamdulillah. Pukul 5 petang pergi pula ke sekolah sebab ada kelas 5.20-6.30 pulak. Balik rumah baru kemas... malam, lepas isya' ke A Star, hantar barang Hafiz dan Najah pulak, balik letih terus tidur...
Hari lain pun lebih kurang macam ni juga...aktiviti penuh sampai tidur tp kelmarin lain dari yang lain...masak banyak belum tentu ada barang atau tidak untuk dimasak, tak de dalam perancangan...janji spontan tanpa berfikir panjang... Balik sekolah petang ni sambut & buka puasa 6 syawal bersama MB pulak... aturcara sampai 12... moga diberkati Allah, insyaAllah.