Pages

Saturday, May 16, 2026

Musuh Dalam Selimut


Hari ni berdua dengan ayah santai tonton filem je. Tengok apa yang baru di Netlix (Top 10)

Filem pertama Tamil bertajuk Kartavya.
Biasa filem Tamil atau Hindustan dalam 3 jam, ini 1h 48m je.

Filem kedua Musuh Dalam Selimut

 

Filem ni mengisahkan kehidupan pasangan suami isteri, Gadis dan Andika, yang pada awalnya hidup bahagia dan harmoni. Namun, keadaan berubah apabila Suzy, sahabat baharu mereka, mula memasuki kehidupan keluarga tersebut. Kehadiran Suzy menimbulkan rasa curiga, cemburu dan ketegangan sehingga hubungan Gadis dan Andika semakin renggang. 

Di sebalik sikap ramahnya, Suzy sebenarnya menyimpan rahsia dan niat tersembunyi yang mengancam kebahagiaan rumah tangga mereka. Pelbagai konflik, pengkhianatan dan misteri mula terbongkar sedikit demi sedikit. Dalam usaha mempertahankan keluarga, Gadis dan Andika terpaksa menghadapi kebenaran pahit yang menguji kepercayaan, cinta serta keselamatan mereka sendiri.

Watak utama:

Yasmin Napper sebagai Gadis
Arbani Yasiz sebagai Andika/Dika
Megan Domani sebagai Suzy

Macam tak pernah tengok lakonan mereka sebelum ini.
Jalan cerita pun menarik.

Nampak pulak cerita bersiri The Wonderfools
Adehh... bila nak stop ni.

Beli Apa Di Toko Indo?

Kat dalam kedai Bakso Ali ada satu ruang yang menjual barang² dari Indonesia di bahagian belakang. 
Ibu ambil beberapa keping gambar apa yang dijual.

Pelbagai jenis pentol/bebola frozen.

Aktivit Pagi Sabtu

Pagi ni berjaya juga briskwalk.. last BW end January... teruk betul lah penyakit malas ni. 
Nengok Cie & Linda sahut cabaran 10k langkah sehari memang respek. Ibu nak melangkah beberapa step pun berkira 😅. Hari ni takde program jadi sebelum jam 7 keluar rumah, jalan² kat Dragonfly Park. Seperti biasa target ibu 5km jadi kena pusing tasik 3 kali.

Friday, May 15, 2026

Mie Ayam @ Bakso?

Ada satu content creator dari Indonesia ni ibu follow. Dia tunjuklah makan Mie Ayam. Aihhh.. teringin lah pulak nak rasa. Kebetulan hari yang nak pergi tu puasa jadi bolehlah buat berbuka.

Sampai kedai makan (Bakso Ali) tu nengok menu kemain banyak lagi... ada Bakso, Mie Ayam, Ayam Penyet, Ayam Geprek dan lain².

Rambang mata dibuatnya.

Mie Ayam. 
Ibu ambil yang biasa.
Sampai rumah masuk dalam pinggan letak separuh je. 

Thursday, May 14, 2026

Lunch Di Rest. Mohd Chan, Sungai Buloh

Sabtu lepas solat Zohor ibu hantar ayah ke KTM. ETS ayah jam 4 jadi adalah masa nak lunch kat luar sama². Ayah ajak makan di resto Mohd Chan, Sungai Buloh yang berdekatan dengan stesen KTM.

Jus Epal Asam Boi & Ais Kosong

Menyerah Diri

Dah seminggu gigi/gusi? berdenyut².. makan kena guna bahagian kanan. Malam tadi kemuncaknya sampai terpaksa makan ubat tahan sakit. Ubat Mefenemic Acid dapat masa gusi bengkak awal tahun. 

Game Pemanas Badan

Simpan sini gambar² Wafi masa game pemanas badan yang dirancang sebelum ke pusingan kedua SBP. Namun sebab dah terkandas di pusingan 1, ia dijadikan game persediaan untuk Champion School.